Post on 02-Feb-2018
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
76
KEBEBASAN BERAGAMA: ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR
Faisal Ahmad Shah. PhD1
ABSTRAK
Artikel ini cuba menganalisis tahap kefahaman
masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terhadap
maksud kebebasan beragama. Umum mengetahui
bahawa isu kebebasan beragama telah dibincangkan
dengan panjang lebar oleh pakar agama dan undang-
undang sama ada mereka memahaminya secara bebas
atau secara mengikat. Namun tidak banyak kajian
secara khusus dilakukan bagi menilai tahap kefahaman
masyarakat Islam mengenainya. Kajian ini penting bagi
mengenalpasti pola kecenderungan masyarakat Islam
terhadap isu kebebasan beragama sama ada menyokong
pendapat yang diwarwarkan oleh sarjana barat atau
menyokong kefahaman Islam yang sebenar. Kajian
mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat Islam
di Wilayah Persekutuan terhadap maksud kebebasan
beragama masih rendah sehingga boleh membawa
kepada salah faham dan kekeliruan terhadap imej dan
ajaran Islam itu sendiri.
PENDAHULUAN
Islam menjamin hak kebebasan beragama sesuai dengan kedudukannya
sebagai agama yang syumul dan suci. Islam memberi hak kepada setiap
individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan
malahan Islam mewajibkan penganutnya untuk menghormati amalan
agama lain. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-
Baqarah ayat 256:
1 Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
77
Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada
simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah),
Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza
dalam memahami maksud ayat ini. Ada golongan berpandangan
bahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu
diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam yang
berpegang dengan pendapat ini ialah Dr Tariq al-Suwaidan. Beliau
menegaskan dengan katanya: “Antara hak manusia ialah memilih
agama yang dia kehendaki, menjadi haknya juga untuk memilih
kumpulan yang dikehendaki seperti menjadi sunni, syiah dan
sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa manusia juga mempunyai
hak untuk menyembah tuhan yang dipilih dengan cara yang
dikehendaki”. Namun pendapat beliau dibantah oleh Mufti Arab Saudi
Sheikh ‘Abd al-‘Aziz bin Abdullah Al al-Syeikh. Menurut Sheikh ‘Abd
al-‘Aziz bin Abdullah Al al-Syeikh “kesemua agama telah terbatal
ketika Allah mengutuskan nabi Muhammad dengan syariatnya sebagai
penutup syariat syariat sebelumnya dan agama-agama terdahulu. Justeru
menjadi wajib kepada setiap makhluk mentaati nabi Muhammad dan
mengikuti sunnahnya kerana nabi Muhammad adalah penutup segala
nabi dan utusan. Kita beriman dengan rasul-rasul Allah yang terdahulu,
beriman dengan risalah mereka dan kesahihan risalah mereka tetapi
amalan dan pelaksanaannya adalah terhadap syariat nabi Muhammad
SAW.” (http://www.sahab.net/forums/?showtopic=129316 14 Mei
2015)
Jika diteliti, kebebasan beragama secara mutlak bermaksud
negara Islam tidak boleh sama sekali memaksa seseorang individu
untuk menganut agama Islam. Ini kerana setiap individu mempunyai
hak masing-masing untuk menganut ajaran agama kesukaannya
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
78
(Muhammad Fathi Uthman, 1982 ). Sejarah juga membuktikan bahawa
Nabi Muhammad SAW tidak pernah memaksa orang bukan Islam
untuk memeluk agama Islam. Baginda mengajak manusia ke jalan
benar dengan menyeru orang-orang kafir supaya memeluk agama Islam
tanpa menggunakan kekerasan dan memaksa mereka untuk menerima
Islam. (‘Abd al-Hakim Hassan, 1983)
Tafsiran Ulama Tentang Ayat ”Tiada Paksaan Dalam Agama”
Tafsiran umum ayat ال إكراه يف الدين ialah agama Islam itu bukan
didasarkan dari paksaan. Agama itu bertunjangkan kepercayaan dan
kemahuan. Sekiranya, seseorang itu dipaksa menerima agama Islam,
maka agama itu tidak akan membawa sebarang makna kepada
penganutnya (Abdullah Yusuf Ali, 1991). Kebanyakan ulama tafsir
silam seperti al-Qurtubi, al-Tabari and al-Tusi, berpendapat bahawa
ayat “Tidak ada paksaan dalam agama” (Surah Al-Baqarah) tidak boleh
ditafsir secara harfiyyah (literal), yakni seseorang itu bebas dari
sebarang paksaan dalam agama. Terdapat empat pandangan dalam hal
ini. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)
Pertama, hak kebebasan beragama hanya dianugerahkan kepada
ahli kitab yang membayar jizyah. Kedua, ayat “Tidak ada paksaan
dalam agama” telah dinasakhkan dengan ayat lain yang menyeru jihad:
“Perangilah mereka di mana jua pun mereka berada”. Terdapat juga
pendapat yang mengatakan ayat ini membuktikan bahawa Nabi
Muhammad SAW memaksa orang-orang Arab Quraish menerima
Islam. Kegagalan mereka berbuat demikian boleh membawa implikasi
dibunuh. Ketiga, dikatakan bahawa terdapat orang Ansar yang
memaksa anak-anak mereka supaya memeluk Islam. Bagaimanapun
hasrat mereka telah ditegah oleh Allah. Keempat, bahawa ayat tersebut
membawa maksud sesiapa yang memeluk agama Islam setelah menjadi
penderhaka, keislamannya hendaklah diterima. (Taufiq al-Hakim, 1977,
Muhammad bin al-Hassan al-Tusi, 1957)
Setengah ulama yang berpendapat dengan pendapat yang
pertama iaitu hak kebebasan beragama hanya dianugerahkan kepada
ahli kitab yang membayar jizyah bersandarkan kepada firman Allah
dalam surah al-Taubah ayat 29:
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
79
Maksudnya: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah
dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak
mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya,
dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang
yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka
membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
Ayat ini menceritakan bagaimana Allah mengangkat perintah
berperang terhadap ahli kitab jika mereka membayar jizyah dan mereka
tunduk kepada pemerintahan Islam. Manakala selain daripada ahli kitab
dan Majusi, sama ada dari kalangan orang kafir, orang musyrik ataupun
atheis, maka wajib menyeru mereka kepada Islam. Jika mereka
menyambut seruan dakwah, maka ia satu nikmat yang besar. Jika
mereka tidak menyambut seruan dakwah, maka wajib memerangi
mereka sehingga mereka masuk ke dalam Islam. Dalam hal ini jizyah
tidak diterima dari mereka. Rasulullah SAW tidak meminta
pembayaran jizyah dari orang Arab yang kafir. Para sahabat juga ketika
berjihad memerangi orang-orang kafir setelah wafatnya Nabi, mereka
juga tidak menerima jizyah kecuali dari ahli kitab dan Majusi. Di antara
dalilnya adalah firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 5:
Maksudnya: Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang
dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja
kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka,
serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian
jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
80
serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu).
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam hal ini Allah tidak memberi pilihan kepada mereka antara
masuk Islam atau tetap memeluk agama mereka. Allah juga tidak
menuntut mereka membayar jizyah. Bahkan Allah memerintahkan
untuk memerangi mereka, sehingga mereka bertaubat dari kesyirikan,
menegakkan solat, dan menunaikan zakat. Berdasarkan ayat ini, yang
hanya diterima daripada orang musyrik selain ahli kitab dan Majusi
ialah memeluk agama Islam dan ia sudah pasti dilaksanakan dengan
kemampuan. Kefahaman ini disokong oleh hadith nabi yang
diriwayatkan oleh Ibn Umar:
أمرت أن أقاتل الناس حت »أن رسول الل صلى هللا عليه وسلم قال: ، ويقيموا الصالة، وي ؤتوا يشهدوا دا رسول الل ، وأن مم أن ال إله إال الل
الزكاة، فإذا ف علوا ذلك عصموا من دماءهم وأموالم إال بق اإلسالم، وحساب هم على الل
Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai
mereka bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad
Rasulullah, menegakkan solat, serta menunaikan zakat. Jika mereka
melakukan hal itu, bererti mereka telah selamat dariku darah dan harta
mereka, kecuali dengan hak Islam. Dan hisab mereka adalah
tanggungan Allah ‘azza wa jalla.” (Al-Bukhari)
Nabi SAW juga tidak memberikan pilihan antara masuk Islam
dan tetap memeluk agama mereka yang batil. Nabi SAW juga tidak
meminta jizyah dari mereka. Maka hal itu menunjukkan bahwa wajib
memaksa orang kafir untuk memeluk Islam sampai mereka memeluk
agama Islam, kecuali ahlu kitab dan orang Majusi. Paksaan kepada
mereka bagi menjamin kebahagiaan mereka dan keselamatan mereka di
dunia dan di akhirat. Ini adalah salah satu kewajipan Islam. Islam
datang menyelamatkan orang-orang kafir dari sebab-sebab kehancuran,
kerendahan, kehinaan dan siksaan di dunia dan di akhirat.
Setengah ulama berpendapat ayat “Tidak ada paksaan dalam
agama” juga membawa pengertian bahawa seseorang Islam bebas sama
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
81
ada mahu meninggalkan agama Islam atau memeluk agama lain selagi
mana dia tidak mencemuh, mencerca atau menghina agama Islam.
Dalam erti kata yang lain, seseorang yang meninggalkan agama Islam
dengan cara baik, tidak dikenakan sebarang hukuman fizikal di dunia
ini. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)
Pandangan yang mengatakan bahawa ayat “Tidak ada paksaan
dalam agama” telah dinasakhkan dengan ayat “Perangilah mereka di
mana jua mereka berada” ditolak oleh majoriti ulama. Terdapat banyak
bukti lain yang menolak dakwaan ini. Sejarah telah membuktikan
bahawa ahli kitab telah diberi kebebasan beragama dalam negara Islam,
dengan syarat mereka membayar jizyah (Taufiq al-Hakim, 1977)
Tafsiran ”Kebebasan Beragama” Menurut Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Malaysia sebenarnya telah memberi jaminan hak
beragama di Malaysia melalui pengubalan Perlembagaan Persekutuan
pada 1956 yang memasukkan peruntukan Perkara 11(1). Jaminan
kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan
bukan Islam. Namun, jaminan hak beragama yang diberikan bukanlah
bermaksud hak untuk menukar agama atau dengan kata lain murtad. Di
dalam peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan telah
menyatakan setiap individu itu bebas untuk menganut apa-apa
agama. Oleh itu, setiap penduduk di Malaysia sebenarnya berhak untuk
menganut apa-apa agama yang disukainya jika mengikut Perlembagaan
Persekutuan. Namun, bagi penganut agama Islam, mereka masih
tertakluk di bawah beberapa peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan yang menghalang mereka untuk menganut agama lain atau
dengan kata lain, murtad.
Dari aspek kebebasan dalam penyebaran agama juga adalah
tidak mutlak. Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan
agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Perkara 11(1) tertakluk
kepada Fasal 4 dalam mengembangkan agama iaitu membenarkan
undang-undang negeri dan persekutuan (bagi Wilayah Persekutuan)
untuk mengawal atau membatasi pengembangan mana-mana
kepercayaan kepada umat Islam. Justeru, penyebaran doktrin dan
kepercayaan agama bukan Islam kepada kalangan Islam merupakan
satu kesalahan jenayah tetapi sebaliknya, penyebaran agama Islam
kepada penganut agama-agama lain adalah diharuskan Peruntukan ini
dimasukkan untuk memelihara kestabilan masyarakat. (Mohamed
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
82
Azam Mohamed Adil, 2010) Kini terdapat sembilan negeri yang telah
mempunyai undang-undang mengenai kawalan dan sekatan
pengembangan agama-agama bukan Islam kepada orang Islam
(Enakmen Agama Bukan Islam, 1988). Walau bagaimanapun, sehingga
kini hanya negeri Pahang sahaja yang menguatkuasakan undang-
undang tersebut. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)
Perkara 11 iaitu kebebasan ugama yang disebut dalam
Perlembagaan Persekutuan sering dimanipulasi untuk kepentingan
pihak tertentu. Pelbagai pihak mempersoalkan Perkara 11 yang
sepatutnya diaplikasikan kepada semua kaum tanpa mengira samada
Islam atau bukan Islam. Kes Lina Joy merupakan kes pertama
membabitkan artikel 11 yang dibawa ke peringkat mahkamah
Persekutuan untuk ditafsirkan. Ia memberi implikasi yang cukup besar
terhadap status agama Islam khasnya serta keluhuran Perlembagaan
amnya. (Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Mohd Herzali Mohd
Haled, 2008.)
Jika dilihat dari segi tafsiran ‘kebebasan ugama’ itu sebenarnya
adalah tidak sama dengan ‘kebebasan beragama’ di mana ‘kebebasan
ugama’ itu hanya terhad kepada kebebasan menganuti dan
mengamalkan agamanya tanpa ada sekatan seperti mana yang
dijelaskan dalam Fasal 1 dan tertakluk kepada Fasal 4
mengembangkannya. Hal ini demikian adalah berbeza jika terma
‘kebebasan beragama’ digunakan iaitu kebebasan untuk mengamalkan
mana-mana agama yang ada di Malaysia. Undang-undang telah
meletakkan keadilan kepada semua kaum secara sama rata di sini iaitu
untuk menganut dan mengamalkan agamanya.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan,
“Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian dalam
Persekutuan”. Perlembagaan telah mengiktiraf Islam sebagai agama
bagi Persekutuan dan menjadi tanggungjawab bagi negara untuk
mempertahankan agama Islam. Perbuatan murtad misalnya adalah suatu
perbuatan menentang Islam. Di sinilah jaminan hak beragama itu
dipelihara. Apabila sudah memilih Islam, maka setiap penganut agama
Islam tertakluk kepada undang-undang Islam. Oleh itu, untuk
memelihara ketinggian agama Islam, perbuatan keluar dari Islam sesuka
hati adalah tidak dibenarkan. Terdapat hujah yang mengatakan Perkara
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
83
3(1) hanyalah untuk menunjukkan agama Islam tidak lain hanyalah
untuk tujuan peribadi dan diberi tempat semasa majlis-majlis rasmi dan
bukan merangkumi cara hidup yang meliputi kehidupan hidup
bermasyarakat, perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan,
moral dan perundangan. Namun, hujah ini adalah tidak tepat kerana
dilihat seperti menafikan sepenuhnya peranan agama Islam yang
merangkumi setiap aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi dan
sosial. Oleh sebab itulah wujudnya Mahkamah Syariah dalam
mengadili perkara-perkara berkaitan urusan umat Islam termasuklah
menentukan keputusan keluar daripada Islam. Sudah sewajarnya
penganut Islam tertakluk di bawah undang-undang Islam.
(http://www.isiukm.org/2011/06/murtad-dari-sudut-perlembagaan/)
Bukti lain yang menunjukkan tidak mutlaknya kebebasan
beragama yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1), ialah Perkara 11(5)
Perlembagaan Persekutuan menyebut “Perkara ini tidak membenarkan
sebarang tindakan yang berlawanan dengan undang-undang awam yang
melibatkan ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.
Peruntukan ini terpakai ke atas orang Islam dan bukan Islam. Perkara
11(5) Perlembagaan Persekutuan menyekat hak kebebasan beragama
dari aspek ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. Justeru
itu, dengan jelas hak kebebasan beragama di Malaysia bersifat subjektif
di mana ada sekatan tertentu dan bersyarat. Walaupun, aktiviti-aktiviti
keagamaan diberi kebebasan tetapi ianya tidak boleh menyalahi
undang-undang awam, ketenteraman awam, kesihatan awam atau
akhlak. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)
Kesimpulannya, terdapat empat perkara utama berkaitan
kebebasan beragama di bawah Perkara 11(5): (Mohamed Azam
Mohamed Adil, 2010). Pertama, kebebasan beragama tertakluk kepada
undang-undang awam. Ini bermaksud bahawa kerajaan boleh
mengadakan atau meluluskan undang-undang yang mengawal atau
menyekat aktiviti-aktiviti termasuk anutan, amalan dan penyebaran
sesuatu agama (ABM Mahbubul Islam, 2002). Kedua, ketenteraman
awam. Tertakluk kepada kepentingan memelihara ketenteraman awam,
kerajaan boleh membataskan hak kebebasan beragama yang diberi
(ABM Mahbubul Islam, 2002). Justeru itu, kerajaan boleh melalui
Perkara 11(5) membataskan hak kebebasan beragama seandainya ia
dilihat boleh mengancam ketenteraman awam. (Kevin Tan et.al, 1991)
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
84
Perkara ketiga dan empat adalah berkaitan dengan faktor
kesihatan dan akhlak. Ini bermakna setiap perbuatan yang dikaitkan
dengan agama tetapi bercanggah dengan akhlak dan kesihatan boleh
dihalang oleh kerajaan. Sebagai contohnya, sekiranya sekumpulan
orang tidak berpakaian langsung di kawasan awam atas nama agama,
maka kerajaan boleh mengambil tindakan seperti melarangnya dengan
alasan perbuatan tersebut tidak berakhlak. (ABM Mahbubul Islam,
2002)
Latar Belakang Responden
Kajian ini melibatkan 300 orang responden di sekitar Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Responden-responden ini dipilih secara
rawak berdasarkan kepada 10 kawasan parlimen iaitu: Lembah Pantai,
Seputeh, Wangsa Maju, Titiwangsa, Segambut, Cheras, Bukit Bintang,
Bandar Tun Razak, Batu dan Kepong. Berikut adalah jadual
menunjukkan latarbelakang responden.
Item Kategori Peratus
Kekerapan (f) %
Jantina Lelaki 94 (31.3%)
Perempuan 206 (68.7%)
Pendidikan SPM 90 (30%)
Diploma 84 (28%)
Sarjana Muda 96 (32%)
Sarjana 23 (7.7%)
Phd 7 (2.3%)
Jadual 1: Analisis Latarbelakang Responden
Pengkaji mengedarkan kepada 300 orang responden yang terdiri
daripada 94 orang (31.3%) responden lelaki dan 206 orang (68.7%)
responden perempuan. Bilangan responden perempuan adalah lebih
sedikit berbanding responden perempuan kerana kurangnya kerjasama
daripada responden lelaki.
Merujuk kepada taraf pendidikan pula, didapati bahawa para
responden mendapat pendidikan di peringkat yang berbeza. Para
responden terdiri daripada 90 orang lepasan SPM, 84 orang lepasan
diploma, 96 orang lepasan sarjana muda, 23 orang lepasan sarjana dan 7
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
85
orang lepasan PhD. Bagi peratusan pula, 30% mewakili responden
lepasan SPM, 28% responden lepasan diploma, 32% responden bagi
lepasan sarjana muda, 7.7% responden lepasan sarjana dan 2.3%
mewakili responden lepasan PhD.
Metode Kajian
Kaedah Soal Selidik
Satu set soal selidik telah dibentuk bersesuaian dengan objektif dan
persoalan kajian yang dibuat. Penulis mengedarkan satu set borang soal
selidik (questionnaire) bagi mendapatkan maklumat tentang kefahaman
masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan mengenai kebebasan
beragama. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian A: Maklumat diri yang yang melibatkan jantina dan
pendidikan. Bahagian B: 20 Soalan Penyataan Berkaitan Kebebasan
Beragama. Bahagian A hanya tertumpu kepada jantina dan pendidikan
sahaja kerana daripada dua soalan ini dapat dibezakan tahap kefahaman
lelaki berbanding wanita selain tahap pendidikan mereka. Manakala
bahagian B mengandungi 20 penyataan yang akan menguji kefahaman
responden terhadap kebebasan beragama. Responden diberi lima pilihan
jawapan iaitu Setuju, sangat setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat
tidak setuju.
Ujian Rintis (Pilot Test)
Bagi menguji realibiliti instrumen kajian, penulis memilih seramai 30
orang responden. Proses ini penting di dalam sesuatu kajian yang
menggunakan borang soal selidik agar hasil kajian yang terjamin
kesahannya berjaya diperolehi. Setelah ujian rintis, untuk menentukan
ketekalan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik, hasil
ujian rintis ini dianalisis menggunakan program SPSS 10.0 bagi
mendapatkan Cronbach Alpha. Nilai realibiliti keseluruhan yang
diperolehi hasil dari ujian rintis ialah 0.8311. Oleh itu ia menunjukkan
instrumen soal selidik mempunyai nilai kebolehpercayaan yang agak
tinggi dan sesuai digunakan. Untuk meningkatkan lagi nilai
kebolehpercayaan, item-item yang tidak relevan ditolak dan beberapa
pengubahsuaian dibuat sebelum borang soal selidik diedarkan kepada
responden kajian sebenar.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
86
Analisa Data Soal Selidik
Data dan maklumat dari soal selidik yang dijawab oleh responden
dianalisis dengan menggunakan program SPSS 10.0. Penulis
menggunakan statistik deskriptif sahaja. Menurut Iran Herman, analisis
deskriptif biasanya digunakan untuk memperihalkan data yang terdapat
pada sampel kajian sahaja dan tidak digunakan untuk membuat suatu
kesimpulan atau generalisasi menyeluruh kepada populasi yang dikaji.
Statistik deskriptif yang digunakan di dalam kajian ini merangkumi
jumlah peratus dan kekerapan sahaja.
Analisis Kefahaman Mengenai Kebebasan Beragama Dalam
Masyarakat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Analisis ini dilakukan untuk mengetahui kefahaman masyarakat tentang
kebebasan beragama. Sebanyak 20 pernyataan telah dikemukakan.
No.
Pernyataan Respon
STS
(n)
TS
(n)
TP
(n)
SS
(n)
S
(n)
1 Kepercayaan agama
adalah hak peribadi
sepenuhnya.
17
(5.7%)
116
(38.7%)
0
(0%)
41
(13.7%)
126
(42%)
2 Menukar agama
adalah hak peribadi
bagi setiap
manusia.
10
(3.3%)
79
(26.3%)
0
(0%)
47
(15.7%)
164
(54.7%)
3 Syariah Islam
melarang seorang
Muslim menukar
agamanya.
4
(1.3%)
11
(3.7%)
0
(0%)
136
(45.3%)
149
(49.7%)
4 Sekiranya
seseorang Islam
memeluk agama
lain dan tidak
menghebahkan
agama barunya, dia
tidak patut
dihukum.
32
(10.7%)
151
(50.3%)
0
(0%)
18
(6%)
99
(33%)
5 Seseorang yang
telah menukar
agama baru
16
(5.3%)
93
(31%)
2
(7%)
66
(22%)
123
(41%)
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
87
dikenakan hukuman
mati.
6 Sesetengah Muslim
yang meninggalkan
Islam akan
menyebabkan umat
Islam lain merasa
ragu tentang Islam.
36
(12%)
119
(39.7%)
1
(3%)
36
(12%)
108
(36%)
7 Meninggalkan
Islam untuk
menganut agama
lain adalah suatu
perbuatan yang
tidak berfaedah.
2
(7%)
15
(5%
2
(7%)
133
(44.3%)
148
(49.3%)
8 Seseorang itu diberi
kebebasan untuk
memeluk agama
Islam tetapi
menukar dari Islam
kepada agama lain
adalah dilarang.
7
(2.3%)
20
(6.7%)
3
(1%)
121
(40.3%)
149
(49.7%)
9 Sekiranya
seseorang Islam
menukar agama, dia
hendaklah bertaubat
dan kembali
memeluk Islam.
4
(1.3%)
21
(7%)
0
(0%)
160
(53.3)
115
(38.3)
10 Hukuman yang
dikenakan kepada
mereka yang
meninggalkan
agama Islam akan
mengurangkan
kecenderungan
orang lain untuk
meninggalkan
Islam.
11
(3.7%)
65
(21.7%)
0
0%)
95
(31.7%)
129
(43%)
11 Hukuman mati bagi
mereka yang
meninggalkan
Islam adalah
hukuman yang
dahsyat
11
(3.7%)
41
(13.7%)
1
(3%)
143
(47.7%)
104
(43.7%)
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
88
12 Orang yang murtad
wajib dikenakan
hukuman mati.
20
(6.7%)
84
(28%)
0
(0%)
61
(20.3%)
135
45%)
13 Bilangan umat
Islam yang
meninggalkan
agama Islam
semakin meningkat.
8
(2.7%)
50
(16.7%)
1
(3%)
113
(37.7%)
128
(42.7%)
14 Penyebaran agama-
agama lain dalam
masyarakat Islam
akan menyebabkan
situasi yang tidak
stabil dalam negara.
15
(5%)
77
(25.7%)
0
(0%)
103
(34.3%)
105
(35%)
15 Perkara 18 dalam
Deklarasi Hak
Asasi Manusia
Sejagat iaitu setiap
orang mempunyai
hak kebebasan
untuk menukar
agama dan
kepercayaan
dijadikan alasan
oleh segelintir umat
Islam untuk
menukar agama.
22
(7.3%)
78
(26%)
3
(1%)
53
(17.7%)
144
(48%)
16 Mereka yang
menghina
kepercayaan umat
Islam seperti
mempertikai ibadat
orang Islam harus
dihukum.
13
(4.3%)
43
(14.3%)
3
(1%)
122
(40.7%)
119
(39.7%)
17 Segelintir umat
Islam murtad
adalah disebabkan
mereka
beranggapan
bahawa agama
Islam banyak
mengongkong
25
(8.3%)
78
(26%)
0
(0%)
52
(17.3%)
143
(47.7%)
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
89
kehidupan mereka.
18 Seseorang yang
menghina Nabi
layak menerima
hukuman mati.
3
(1%)
40
(13.3%)
0
(0%)
130
(43.3%)
127
(42.3%)
19 Mereka yang
menghina para
ulama Islam perlu
didenda mengikut
undang-undang.
1
(3%)
20
(6.7%)
0
(0%)
136
(45.3%)
143
(47.7%)
20 Orang bukan Islam
boleh memberi
pandangan dalam
isu berkaitan umat
Islam selagi mana
tidak mengkritik
amalan orang
Islam.
1
(3%)
21
(7%)
0
(0%)
156
(52%)
122
(40.7%)
Jadual 2
Jadual 2 menunjukkan pernyataan berkaitan kebebasan
beragama. Berdasarkan pernyataan 1, didapati responden
kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan bahawa kepercayaan
agama adalah hak peribadi sepenuhnya. Ia jelas dilihat apabila
seramai 126 (42%) responden bersetuju, 41 (13.7%) responden
sangat setuju. Manakala seramai 116 (38.7%) responden tidak
bersetuju dan 17 (5.7%) responden mengatakan sangat tidak setuju.
Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk menganut
agama Islam. Seseorang yang ingin menganut Islam perlu dengan
kerelaannya sendiri dan bukan kerana paksaan atau kepentingan
tertentu. Malah orang yang masuk Islam kerana dipaksa pasti akan
memberikan masalah yang besar kepada orang Islam lain. Islam
dibina dengan prinsip-prinsip dan dasar yang jelas yang menjamin
keselamatan manusia di dunia dan di akhirat. Justeru Islam tidak
memerlukan kepada paksaan untuk orang lain mempercayainya.
Bagi pernyataan bahawa menukar agama adalah hak peribadi
bagi setiap manusia menunjukkan bahawa 164 (54.7%) responden
bersetuju dan 47 (15.7%) responden sangat setuju berbanding
dengan 79 (26.3%) responden tidak bersetuju dan 10 (3.3%)
responden mengatakan sangat tidak setuju. Hasil kajian ini
menunjukkan kebimbangan bahawa majoriti responden
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
90
beranggapan bahawa seseorang boleh menukar agamanya mengikut
pilihanya sendiri. Namun Islam memberi kebebasan kepada
seseorang untuk memilih agama masing masing tetapi apabila dia
telah masuk ke dalam Islam maka dia tidak boleh keluar selama-
lamanya. Kefahaman majoriti responnden yang dipaparkan dalam
kajian ini membuktikan tahap keilmuan dan kefahaman yang rendah
mengenai maksud kebebasan beragama.
Pernyataan 3 bahawa syariah Islam melarang seorang muslim
menukar agamanya. Didapati 149 (49.7%) responden bersetuju, 136
(45.3%) responden sangat setuju. Manakala seramai 11 (3.7%)
responden tidak bersetuju dan 4 (1.3%) responden mengatakan
sangat tidak setuju. Majoriti responden memahami dengan baik
bahawa syariat Islam melarang seorang muslim menukar agamanya.
Malangnya segelintir responden tidak bersetuju bahawa syariah
Islam melarang seorang muslim menukar agamanya. Namun jumlah
mereka adalah rendah dan tidak merisaukan. Ia sekaligus
membuktikan bahawa ada di kalangan umat Islam yang masih tidak
memahami perkara prinsip dan asas dalam Islam.
Selain itu, seramai 99 (33%) responden bersetuju dan 18 (6%)
responden sangat setuju bahawa sekiranya seseorang Islam
memeluk agama lain dan tidak menghebahkan agama barunya, dia
tidak patut dihukum. Namun terdapat 3 (1%) respondan tidak pasti
dengan pernyataan tersebut. Manakala seramai 151 (50.3%)
responden tidak bersetuju dan 32 (10.7%) responden mengatakan
sangat tidak setuju. Berdasarkan hasil kajian ini menunjukkan
majoriti responden memahami bahawa hukuman bagi kesalahan
murtad hanya dilaksanakan apabila pesalah murtad menghebahkan
agama barunya. Data ini menggambarkan kekeliruan di kalangan
umat Islam mengenai hukuman terhadap pesalah murtad. Kesalahan
murtad wajib dihukum walaupun pesalahnya tidak menghebahkan
agama barunya. Murtad juga bukan sahaja berlaku dengan sesuatu
penghebahan tetapi berlaku dengan penolakan terhadap prinsip-
prinsip asas Islam seperti menolak pensyariatan solat, puasa pada
bulan Ramadan, mempertikaikan al-Quran, meragui risalah yang
dibawa oleh nabi dan seumpamanya. Jika hukuman tidak
dilaksanakan kerana pesalah murtad tidak mengistiharkan agama
barunya maka akan berlakulah pertukaran agama dengan sewenang-
wenangnya sekaligus memberi ancaman kepada umat Islam yang
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
91
tidak dapat membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
Kemungkinan mereka yang berpegang dengan pendapat ini
berhujjah bahawa nabi tidak pernah menghukum golongan munafik
walaupun nabi mengetahui keberadaan mereka. Bezanya zaman
tersebut nabi mengenali setiap orang munafik dan kejahatan mereka
manakala zaman kini, umat Islam tidak mengetahui siapakah
mereka dan kejahatan mereka.
Mengenai pernyataan 5 iaitu seseorang yang telah menukar
agama baru dikenakan hukuman mati, mendapat respon yang baik
daripada responden yang mana 123 (41%) responden bersetuju, 66
(22%) responden sangat setuju dan 2 (7%) responden tidak pasti.
Manakala seramai 93 (31%) responden tidak bersetuju dan 16
(5.3%) responden mengatakan sangat tidak setuju. Berdasarkan
hasil kajian ini membuktikan majoriti responden bersetuju bahawa
hukuman bagi pesalah murtad ialah hukuman mati. Namun terdapat
jumlah yang besar juga di kalangan responden yang tidak bersetuju
dengan hukuman ini. Ia tidak menghairankan kerana para fuqaha’
juga berselisih pendapat mengenai perlaksanaan hukuman ini.
Bagi pernyataan bahawa sesetengah Muslim yang meninggalkan
Islam akan menyebabkan umat Islam lain merasa ragu tentang Islam
didapati responden kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan
yang diberi. Ia jelas dilihat pada 108 (36%) responden bersetuju, 36
(12%) responden sangat setuju dan seorang (3%) responden tidak
pasti. Manakala seramai 119 (39.7%) responden tidak bersetuju dan
36 (12%) responden mengatakan sangat tidak setuju. Orang Islam
yang mempunyai iman yang kuat dan kental pasti tidak akan
terpengaruh atau tergugat dengan keluarnya orang Islam daripada
Islam. Namun bagi mereka yang lemah imannya pasti akan tergugat
dan tertanya-tanya kenapa orang Islam keluar daripada Islam.
Faktor umum keluarnya orang Islam daripada Islam ialah kerana
mereka tidak memahami ajaran Islam dengan sebaiknya atau
terkeliru dengan propaganda musuh-musuh Islam. Justeru Islam
mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah murtad bagi
menjaga nama baik dan imej Islam dan mengelakkan orang Islam
lain terpengaruh dengan tindakan tersebut.
Majoriti responden bersetuju iaitu 148 (49.3%) dan 133 (44.3%)
responden sangat setuju bahawa meninggalkan Islam untuk
menganut agama lain adalah suatu perbuatan yang tidak berfaedah.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
92
Namun begitu, terdapat 2 (7%) responden tidak pasti. Manakala
seramai 15 (5%) responden tidak bersetuju dan 2 (7%) responden
mengatakan sangat tidak setuju. Fakta ini jelas menunjukkan
kebimbangan bahawa ada segelintir umat Islam yang beranggapan
bahawa meninggalkan Islam mempunyai faedahnya.
Berdasarkan pernyataan bahawa seseorang itu diberi kebebasan
untuk memeluk agama Islam tetapi menukar dari Islam kepada
agama lain adalah dilarang, didapati responden bersetuju iaitu 149
(49.7%) responden bersetuju, 121 (40.3%) responden sangat setuju
dan 3 (1%) respondan tidak pasti. Manakala seramai 20 (6.7%)
responden tidak bersetuju dan 7 (2.3%) responden mengatakan
sangat tidak setuju. Kajian ini juga membuktikan bahawa segelintir
umat Islam masih tidak memahami maksud kebebasan beragama
yang sebenar apabila segelintir mereka tidak bersetuju dengan
larangan menukar dari Islam kepada agama lain.
Seramai 115 (38.3%) responden bersetuju sekiranya seseorang
Islam menukar agama, dia hendaklah bertaubat dan kembali
memeluk Islam dan 160 (53.3%) responden sangat setuju. Manakala
hanya 21 (7%) responden tidak bersetuju dan 4 (1.3%) responden
mengatakan sangat tidak setuju berkemungkinan mempunyai
pendapat yang berbeza. Hakikatnya pemerintah wajib meminta
orang yang murtad untuk bertaubat dan kembali kepada agama
Islam sebelum sesuatu hukuman boleh dilaksanakan. Namun kajian
yang dijalankan menunjukkan segelintir umat Islam tidak
memahami proses hukuman yang ditetapkan oleh Islam terhadap
golongan yang murtad. Segelintir daripada mereka tidak bersetuju
pesalah murtad diminta untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.
Hukuman yang dikenakan kepada mereka yang meninggalkan
agama Islam akan mengurangkan kecenderungan orang lain untuk
meninggalkan Islam jelas menunjukkan respon yang positif
daripada umat Islam. Seramai 129 (43%) responden bersetuju, 95
(31.7%) responden sangat setuju. Manakala seramai 65 (21.7%)
responden tidak bersetuju dan 11 (3.7%) responden mengatakan
sangat tidak setuju. Hukuman berat yang diperintahkan oleh Islam
ke atas pesalah murtad, selain menghukum pesalah juga memberi
amaran kepada orang Islam lain supaya tidak keluar daripada Islam.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
93
Namun segelintir umat Islam memahami sebaliknya berdasarkan
hasil kajian ini.
Majoriti responden bersetuju dengan pernyataan bahawa
hukuman mati bagi mereka yang meninggalkan Islam adalah
hukuman yang dahsyat. Ia jelas dilihat pada 104 (34.7%) responden
bersetuju, 143 (47.7%) responden sangat setuju dan seorang (3%)
responden tidak pasti. Manakala seramai 41 (13.7%) responden
tidak bersetuju dan 11 (3.7%) responden mengatakan sangat tidak
setuju. Terdapat dua kemungkinan yang boleh dirumuskan daripada
hasil kajian bagi soalan ini. Pertamanya: Kemungkinan mereka
yang beranggapan bahawa hukuman tersebut dahsyat dan ia tidak
sesuai dilaksanakan. Keduanya: Ia adalah hukuman yang dahsyat
dan perlu dilaksanakan bagi memberi amaran dan peringatan kepada
orang Islam yang lain. Bagi responden seramai 41 (13.7%) yang
menjawab tidak bersetuju dan 11 (3.7%) responden mengatakan
sangat tidak setuju, menunjukkan bahawa mereka bersetuju
hukuman tersebut dilaksanakan.
Berdasarkan pernyataan bahawa orang yang murtad dikenakan
hukuman mati, responden yang bersetuju adalah seramai 135 (45%)
responden bersetuju, 61 (20.3%) responden sangat setuju. Manakala
seramai 84 (28%) responden tidak bersetuju dan 20 (6.7%)
responden mengatakan sangat tidak setuju. Majoriti responden
bersetuju bahawa hukuman kepada orang yang murtad adalah
hukuman mati. Namun segelintir daripada mereka tidak bersetuju
dengan hukuman tersebut sesuai dengan perselisihan ulama
berkaitan perlaksanaan hukuman tersebut
Hasil daripada maklum balas daripada responden bahawa
seramai 128 (42.7%) responden bersetuju, 113 orang (37.7%)
responden sangat setuju bahawa bilangan umat Islam yang
meninggalkan agama Islam semakin meningkat. Namun terdapat
seorang (3%) tidak pasti. Manakala seramai 50 orang (16.7%)
responden tidak bersetuju dan 8 orang (2.7%) responden
mengatakan sangat tidak setuju. Hasil kajian menunjukkan
kepekaan umat Islam terhadap isu murtad yang semakin meningkat
dari tahun ke tahun.
Berdasarkan pernyataan bahawa penyebaran agama-agama lain
dalam masyarakat Islam akan menyebabkan situasi yang tidak stabil
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
94
dalam negara mendapat sokongan majoriti yang mana seramai 105
(35%) responden bersetuju dan 103 (34.3%) responden sangat
setuju. Manakala seramai 77 (25.7%) responden tidak bersetuju dan
15 (5%) responden mengatakan sangat tidak setuju. Majoriti
responden berpendapat penyebaran agama-agama lain dalam
masyarakat Islam akan menyebabkan situasi yang tidak stabil dalam
negara. Pendapat ini bertepatan dengan peruntukan dalam
perlembagaan persekutuan Perkara 11(1) yang tertakluk kepada
Fasal 4 iaitu membenarkan undang-undang negeri dan persekutuan
(bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal atau membatasi
pengembangan mana-mana kepercayaan kepada umat Islam.
Perkara 18 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu
setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk menukar agama dan
kepercayaan dijadikan alasan oleh segelintir umat Islam untuk
menukar agama, didapati responden kebanyakannya bersetuju
dengan kenyataan yang diberi. Ia jelas dilihat apabila seramai 144
(48%) responden bersetuju, 53 (17.7%) responden sangat setuju dan
seramai 3 (1%) responden tidak pasti. Manakala seramai 78 (26%)
responden tidak bersetuju dan 22 (7.3%) responden mengatakan
sangat tidak setuju. Majoriti responden berpendapat Perkara 18
dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dijadikan alasan oleh
segelintir umat Islam untuk menukar agama. Hakikatnya golongan
yang mendokong deklarasi hak kebebasan beragama secara mutlak
iaitu kepada orang Islam dan bukan Islam berhujjah dengan
deklarasi ini. Mereka beranggapan orang Islam juga wajar
dibenarkan untuk menukar agama mengikut pilihan mereka sendiri.
Kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka yang
menghina kepercayaan umat Islam seperti mempertikai ibadat orang
Islam harus dihukum. Ini dapat dilihat apabila seramai 119 orang
(39.7%) responden bersetuju dan 122 orang (40.7%) responden
sangat setuju. Namun terdapat 3 orang (1%) responden tidak pasti.
Manakala seramai 43 orang (14.3%) responden tidak bersetuju dan
13 orang (4.3%) responden mengatakan sangat tidak setuju.Majoriti
responden bersetuju bahawa orang yang menghina kepercayaan
umat Islam harus dihukum. Namun malangnya segelintir umat
Islam tidak bersetuju mereka dihukum. Kemungkinan golongan ini
berpegang dengan hak kebebasan bersuara secara mutlak bahawa
setiap orang bebas untuk mengemukakan pendapat masing-masing.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
95
Islam turut mendokong hak kebebasan bersuara tetapi dengan
batasan dan sempadan tertentu iaitu selagi mana tidak menyakiti
orang lain, mengaibkan mereka atau menzalimi mereka.
Berdasarkan pernyataan bahawa segelintir umat Islam murtad
adalah disebabkan mereka beranggapan bahawa agama Islam
banyak mengongkong kehidupan mereka, didapati responden
kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan yang diberi. Ia jelas
dilihat pada 143 (47.7%) responden bersetuju, 52 (17.3%)
responden sangat setuju dan 2 (7%) responden tidak pasti. Manakala
seramai 78 (26%) responden tidak bersetuju dan 25 (8.3%)
responden mengatakan sangat tidak setuju. Kajian ini menyokong
kajian-kajian lepas yang pernah dilakukan sebelum ini bahawa
antara faktor ramainya orang keluar daripada agama Islam adalah
disebabkan anggapan bahawa Islam mengongkong kehidupan
mereka. Mereka beranggapan banyak perkara yang tidak boleh
dilakukan dalam Islam berbanding dengan agama-agama lain.
Seseorang yang menghina Nabi layak menerima hukuman mati,
didapati kebanyakan responden bersetuju dengan kenyataan yang
diberi. Ia jelas dilihat pada 127 orang (42.3%) responden bersetuju,
130 (43.4%) responden sangat setuju. Manakala seramai 40 (13.3%)
responden tidak bersetuju dan 3 (1%) responden mengatakan sangat
tidak setuju. Penghinaan kepada nabi merupakan salah satu perkara
yang membatalkan syahadah dan menyebabkan seseorang itu
terkeluar daripada Islam. Justeru mereka yang melakukan perbuatan
ini diminta untuk bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika tidak,
hukuman berat akan dikenakan ke atas mereka
Seramai 143 (47.7%) responden bersetuju dan 136 (45.3%)
responden sangat setuju bahawa mereka yang menghina para ulama
Islam perlu didenda mengikut undang-undang Manakala seramai 20
(6.7%) responden tidak bersetuju dan seorang (3%) responden
mengatakan sangat tidak setuju. Majoriti responden bersetuju
dengan hukuman yang dikenakan kepada mereka yang menghina
para ulama Islam. Kebebasan beragama tidak bermaksud seseorang
boleh menghina penganut lain atau tokoh agama lain. Hukuman ini
juga akan dapat menjamin keamanan dan kestabilan dalam sesebuah
Negara.
Berdasarkan pernyataan, didapati responden kebanyakannya
bersetuju dengan kenyataan bahawa orang bukan Islam boleh
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
96
memberi pandangan dalam isu berkaitan ibadat dan amalan umat
Islam selagi mana dia tidak mengkritiknya. Ia jelas dilihat pada 122
orang (40.7%) responden bersetuju, 156 orang (52%) responden
sangat setuju. Manakala seramai 21 orang (7%) responden tidak
bersetuju dan seorang (3%) responden mengatakan sangat tidak
setuju. Islam tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk
memberikan pandangan tentang Islam sama ada yang berkaitan
dengan ibadat atau amalan umat Islam. Namun setiap pendapat itu
perlu dikemukakan beserta fakta bukan berdasarkan emosi atau
perasaan benci kepada agama lain. Pendapat juga hendaklah
dikemukakan dengan beradab dan perasaan hormat kepada agama
lain.
PENUTUP
Kajian mengenai kebebasan beragama daripada sudut agama dan
undang-undang telah banyak dibincangkan sebelum ini. Namun
kajian berkaitan tahap kefahaman masyarakat terhadap maksud
kebebasan beragama tidak banyak dilakukan. Kajian ini
membuktikan bahawa majoriti masyarakat Islam di Wilayah
Persekutuan memahami maksud kebebasan beragama. Namun
terdapat kekeliruan di kalangan masyarakat mengenai beberapa
perkara berkaitan kebebasan beragama antaranya” menukar agama
adalah hak peribadi bagi setiap manusia” Hasil kajian ini
menunjukkan kebimbangan bahawa majoriti responden
beranggapan bahawa seseorang boleh menukar agamanya mengikut
pilihannya sendiri. Hakikatnya Islam memberi kebebasan kepada
seseorang untuk memilih agama masing masing tetapi apabila dia
telah masuk ke dalam Islam maka dia tidak boleh keluar selama-
lamanya. Masyarakat Islam juga terkeliru mengenai isu “seseorang
Islam yang memeluk agama lain dan tidak menghebahkan agama
barunya, dia tidak patut dihukum”. Majoriti responden memahami
bahawa hukuman bagi kesalahan murtad hanya dilaksanakan
apabila pesalah murtad menghebahkan agama barunya. Data ini
menggambarkan kekeliruan di kalangan umat Islam mengenai
hukuman terhadap pesalah murtad. Kesalahan murtad wajib
dihukum walaupun pesalahnya tidak menghebahkan agama
barunya. Secara keseluruhannya majoriti masyarakat memahami
maksud kebebasan beragama sebagaimana yang dikehendaki oleh
ajaran Islam.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015
97
RUJUKAN
Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an,
1411H/1991M
ABM Mahbubul Islam, Freedom of Religion in Shari’ah: A
Comparative Analysis, AS Noordeen, 2002.
Al-‘Ili, ‘Abd al-Hakim Hassan, al-Hurriyyah al-‘Ammah, Dar al-Fikr,
1403 H/1983 M
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, dalam
Mausu’ah al-Kutub al-Sittah. Riyad: Dar al-Salam. 2001.
Al-Ta’fah Abi Ja’far Muhammad bin al-Hassan al-Tusi, al-Tibyan fi
Tafsir al-Qur’an, Jil. 2, Maktabah al-Amin, 1367H/1957M
Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan
Orang Islam Selangor 1988 (Enakmen 1/1988)
Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan
Islam di Kalangan Orang-orang Islam Negeri Sembilan 1991
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
Kelantan 1981 (Enakmen 11/1981)
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
Kepada Orang Islam Melaka 1988 (Enakmen No. 1 tahun 1988)
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
Pahang 1989 (Enakmen 5/1989)
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
Perak 1988 (Enakmen 10/1988).
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
Terengganu 1980 (Enakmen 1/1980)
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan
Islam Johor 1991 (Enakmen 12/1991)
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam
Kedah 1988
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS
FAISAL AHMAD SHAH
98
Kevin Tan et.al, Constitutional Law in Malaysia and Singapore, 1st.
Ed., Malayan Law Journal, 1991
Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Mohd Herzali Mohd Haled.
Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan
kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dlm
Jurnal Usuluddin Bil 27 (2008)
Mohamed Azam Mohamed Adil. 2010. Laporan Akhir Murtad dan
Kebebasan Beragama: Satu Kajian Kes di Selangor. Laporan
yang dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Selangor pada
Disember 2010.
Muhammad Fathi Uthman, Huquq al-Insan Baina al-Syari’ah al-
Islamyyah wa al-Fikr al-Qanun al-Gharbi, Dar al-Shuruq, 1401
H/1982 M
Taufiq al-Hakim, Mukhtasar Tafsir al-Qurtubi al-Jami’ Li Ahkam al-
Qur’an, al-Hai’ah al-Masryyah al-‘Ammah Li al-Kitab, 1977
Turath al-Islam, Tafsir al-Tabari, Jil. 5, Dar al-Ma’arif, Mesir, t.t.
http://www.sahab.net/forums/?showtopic=129316
http://www.isiukm.org/2011/06/murtad-dari-sudut-perlembagaan/
http://ar.wikipedia.org/wiki/السويدانطارق _