Gerhana matahari

Post on 23-Jun-2015

270 views 29 download

Transcript of Gerhana matahari

Gerhana Matahari Separa

Gerhana Matahari Cincin

Gerhana Matahari Penuh

Gerhana Matahari Cincin

Kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari semasa kejadian Gerhana Matahari

Bumi Bulan Matahari

Bayang akan terbentuk apabila sesuatu objek berada di hadapan satu sumber cahaya. Contohnya sewaktu kita berada di bawah sinaran lampu jalan raya. Apabila diamati pada bayang tersebut, terdapat dua jenis bayang terbentuk; satu bayang gelap yang digelar umbra, dan satu bayang separa gelap yang digelar penumbra.

Konsep yang sama berlaku apabila bulan melintasi di hadapan matahari (rujuk rajah di sebelah). Kelihatan lokasi di bumi yang termasuk dalam bayang umbra dan ada yang termasuk dalam bayang penumbra. Sesiapa yang berada dalam bayang umbra akan melihat gerhana matahari penuh berlaku dan sesiapa yang berada dalam bayang penumbra, mereka akan melihat gerhana matahari separa sahaja.

Konsepnya mudah sahaja. Sesiapa yang berada dalam bayang umbra, maka

akan dapat melihat gerhana matahari penuh. Manakala sesiapa yang berada dalam bayang penumbra akan melihat

gerhana matahari separa.

Mengikut rajah di sebelah, kedudukan bulan-matahari ketika gerhana

matahari cincin ialah bulan berada lebih dekat dengan matahari yang

menyebabkan bayang umbra terhasil dan difokus kepada satu titik yang tidak sampai ke permukaan bumi. Titik fokus

umbra ini akan membentuk satu bayang baru iaitu bayang antumbra. Sesiapa yang berada dalam bayang

antumbra akan melihat gerhana matahari cincin.

Rajah menunjukkan cara melihat gerhana matahari

Animasi Kejadian Gerhana Matahari

Animasi Kejadian Gerhana Matahari