Post on 26-Jul-2015
GANGGUAN EMOSI MURID
DEFINISI
Kamus Dewan dan Pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi:
Adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Ada fakta yang menyatakan bahawa memang murid-murid kini ramai yang mengalami tekanan emosi yang kian meningkat.
Chaplin (1989) dalam Dictionary of psychology :
Emosi adalah keadaan yang tindak balas dari organisme berlaku perubahan-perubahan yang disedari, yang mendalam sifatnya dari perubahan sikap sebenar.
Gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Mohmood Nazar Mohamad (1992):Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi( Mohmood Nazar Mohamad, 1992)
Panzario Jr.(2009) :
Tekanan (gangguan emosi) adalah berlaku secara semula jadi dimana ia berlaku unsur-unsur paksaan daripada persekitaran luaran yang boleh menyebabkan hal ehwal dalaman individu meneimanya.
Apabila penderaan emosi berlaku bersama-sama dengan penderaan lain, kesan penderaan terhadap emosi.
Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi
(Malaysia 1991), Kassimi Kasim. Sudut Perundangan:
Menunjukkan penderaan ini berlaku secara khusus serta tersendiri dan seseorang perlu membuktikan hubung kait penderaan emosi dengan berlakunya kesan kepada perasaan, tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak.
Pengenalan; Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara
satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar. Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.
Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.
Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.
CIRI-CIRIKebiasaannya seseorang yang merasa emosinyaterganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;Kecemasan dan marah Sukar tunjukkan emosi tertentu Alami kesulitanKonflik2 jenis: Positif Negatif
PUNCA GANGGUAN EMOSI;
Persekitaran sekolah
Gaya pengajaran guru
· Peristiwa dalam keluarga
· Pengaruh keluarga
· Pengaruh rakan sebaya
· Tindakan guru
TANDA-TANDA MASALAH EMOSI DAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR ADALAH SEPERTI
YANG BERIKUT;
· Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah · Selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas · Sentiasa kelihatan letih · Kerap sakit perut · Mudah diserang penyakit · Duduk dalam keadaan yang tidak selesa · Pencapaian akademik yang semakin merosot · Sering berasa cemas, takut dan benci · Konsep kendiri yang lemah · Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan · Cepat marah · Suka bergaduh
PUNCA
IBU BAPA
Menurut Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) dan merasuah fikiran (corrupting).
Sebagai contoh menakutkan kanak-kanak:
Bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibu bapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh anak itu.
Ibu bapa mahukan anak - anak mereka :
Mencapai kejayaan dalam pendidikan sebagai jaminan mendapat kerjaya yang baik di masa hadapan. Penggunaan peraturan tanpa rasional dan meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap pencapaian anak - anak akan memberi tekanan kepada anak - anak. Sekiranya harapan yang diletakkan ibu bapa tidak dapat dicapai oleh anak - anak, ini akan menyebabkan anak - anak mengalami tekanan yang teruk sehingga boleh menyebabkan trauma.
Penceraian ibu bapa menyebabkan:
Anak - anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan anak - anak berasa tersisih dan kurang mendapat kasih sayang sehingga menyebabkan anak - anak mengalami tekanan perasaan.
KES BUNUH DIRI PELAJAR
AKIBAT TEKANAN
Rakan merupakan orang yang paling rapat bagi seorang
individu di sekolah mahupun di rumah. Rakan merupakan
faktor yang sangat mempengaruhi kehidupan seseorang
contohnya dari segi pergaulan,percakapan, sikap. Apabila
seseorang bergaduh dengan rakannya, ia akan sunyi kerana
rakannya tidak mahu berkawan dengannya, tidak makan di
kantin bersama. seseorang yang mengalami masalah ini
mudah murung dan sedih apabila dipulaukan. Contoh lain,
seperti kes buli, ponteng sekolah dan lain-lain.
Guru adalah orang yang paling berpengaruh dalam perkembangan seorang kanak-kanak. sikap seorang guru akan menyebabkan pelbagai bentuk dan perubahan emosi murid.
Guru yang garang, tidak bersikap adil, tidak mengambil berat, akan menyebabkan murid yang bermasalah tingkah laku kerana murid lebih bebas untuk berkelakuan tidak sopan samaada dengan rakan-rakan mahupun guru mereka sendiri.
Jika guru itu garang anak murid akan berasa takut dak tidak yakin dengan diri mereka sendiri kerana mereka takut sekiranya guru tanya dan mereka jawab dengan jawapan yang salah. Ini akan menyebabkan murid tersebut jadi lebih pasif.
Salah satu faktor tekanan pelajar ialah kurangnya kecerdasan intrapersonal. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada kecerdasan seseorang yang mampu memahami diri sendiri, mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya sendiri. Kebiasaannya, pelajar masa ini lebih cenderung berfikiran negatif.
Terdapat 3 konsep diri negatif yang diamalkan oleh pelajar iaitu:
1. Tidak yakin dengan kemampuan diri untuk mengatasi masalah.2. Tidak merasa setara dengan orang lain.3. malu menerima pujian dan kritikan.
Gaya hidup atau keinginan yang melebihi
kemampuan juga menyebabkan tekanan dalam kalangan
pelajar. Setiap pelajar mempunyai keinginan yang sangat
tinggi yang ingin dicapai.
Mereka juga tidak bijak menguruskan keperluan
dengan betul ini menyebabkan berlakunya stess. Ada di
antara pelajar yang mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi
dibandingkan dengan kemampuan mereka
LANGKAH ATASI
Langkah Atasi Tekanan Dari Ibu BapaKeluarga yang mempunyai masalah atau
konflik akan menyebabkan anak yang menjadi mangsa. Anak - anak akan berasa terpinggir dek kerana kurang kasih sayang.
Anak -anak ini dinasihati supaya berjumpa dengan para profesional serta mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling. Hal ini sedikit debanyak dapat membantu para pelajar dari terus dibelenggu tekanan.
+ ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA PERSEKITARAN
+ Riadah dapat mengurangkan stress.
+ Riadah merupakan satu aktiviti yang dapat mengurangkan stres khususnya dalam kalangan pelajar. Aktiviti riadah seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar.
+ Bersukan:+ Bermain Bola Sepak+ Bermain Ping pong+ Berkhemah+ Memancing
+ Membaca:+ Ayat-ayat suci al-Quran,+ Komik, + Novel + Segala bahan-bahan yang dapat menenangkan jiwa
ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA SUDUT INTERPERSONAL
+ Pelajar perlu mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks.Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
+ Menyanyi + Menari+ Menjerit+ Berlari+ Ketawa
Hal ini boleh membantu pelajar melepaskan stress sambil menyanyi tidak kira di mana sahaja ikut kehendak diri sendiri.
ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA SUDUT INTERPERSONAL
Menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan juga merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah punca sosial. Remaja tersebut haruslah membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja masyarakat seperti:
Aktiviti gotong-royong Mengikuti majlis keagamaan Menderma kepada masjid atau rumah anak-
anak yatim dan sebagainya.
Setiap detik gangguan boleh membawa pelbagai
reaksi dan padah yang berpanjangan sehingga menggangu
saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jika
pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal
lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila
kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa.
Dalam kebanyakan situasi, masalah mental dan sosial
boleh melemahkan lagi tunggak kekeluargaan pada masa
akan datang. Ini sudah tentu merugikan semua pihak.
TERIMA KASIH