Post on 30-Dec-2014
Nama:Rose Anida Ayu binti Saino
No K/P:680425-04-5178
alamat:no 2,jln sd 2/10,Taman seri duyong
75460 melaka.
Orang Sumber
Temubual
Faiz:Assalamualaikum Pn Rose.Boleh saya mengambil sedikit masa Pn Rose?
Pn. Rose:Boleh.Mungkin saya bantu kamu?
Faiz:Ya,Saya ingin bertanya tentang bila kedai Santan Segar ini ditubuhkan?
Pn. Rose:Kedai Santan Segar ini ditubuhkan pada 1 Mei 2010.
Faiz:Berapakah biji kelapa yang digunakan dalam sehari?
Pn. Rose:Sekurang-kurangnya 100 biji kelapa sehari.Kalau ramai pelanggan maka makin
bertambah biji kelapa lagi.
Faiz:Okey.Berapakah modal pn Rose untuk mebuka kedai ini?
Pn. Rose:Lebih kurang RM 20000.
Faiz:Sungguh besar nilainya ya puan.Seterusnya,sebelum kedai ini ditubuhkan di manakah
puan menjalankan perniagaan santan ini?
Pn. Rose:Saya menjalankan peniagaan santan selama 3 tahun di rumah.
Faiz:Berapakah bilangan pekerja yang ada?
Pn Rose:Saya tidak mengambil pekerja kerana anak-anak saya sudi membantu saya.
Faiz:Baiklah,sampai di sini sahaja perbualan kita.Terima kasih kerana sudah membantu saya
menjalankan kerja kursus.Maaf saya mengganggu masa puan.
Pn Rose:Sama-sama.
Kedai Santan Segar
No.2,Jln SD 2/10,Taman Seri Duyong,75460 Melaka.
MELAWAT TEMPAT
KAJIAN
MELAWAT TEMPAT KAJIAN
KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL
kedai santan segar
perniagaan rosman & anak-anak
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang , Alhamdulillah
bersyukur saya kehadrat illahi dengan limpah kurnia dan innayahnya berjaya saya menyiapkan
kerja kursus sejarah yang merupakan pencetus utama saya untuk mendapat A dalam subjek
sejarah bagi peperiksaan PMR .Tanpa bantuan pihak – pihak yang terbabit tidak mungkin saya
dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan sungguh sempurna sekali .
Pertama sekali sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Telok
Mas Tn. Hj Yusoff bin Othman kerana telah banyak memberi saya dorongan untuk
melakukan kerja kursus ini . Tidak dilupakan juga kepada Guru Sejarah saya iaitu Puan Hjh
Azizah bt Ibrahim kerana telah banyak menyumbangkan idea-idea yang bernas bagi
membantu saya melaksanakan kerja kursus ini dengan mudah dan lengkap .
Selain itu , saya ingin menngucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya , iaitu En
Mohd Marzuki Bin Yusoff dan Puan Afrida bt. Eddy Sudarsis kerana telah banyak memberi
sokongan serta membelanjakan wang ringgit bagi membantu saya melaksanakan kerja kursus
ini .Terima kasih saya ucapkan.
Akhir,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya
terutama Muhammad Asyraf b. Morni,Muhammad Haziq b. Azlan dan Muhammad Hafiz bin
Sulaiman yang telah membantu saya untuk menjayakan kerja kursus sejarah ini.Mereka telah
menyemak kesilapan ejaan dan memperbaiki serba sedikit kesalahan yang telah saya buat.
Sekali lagi ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada pihak-pihak yang
terbabit .Terima kasih saya ucapkan .
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif dan tujuan kajian ini dijalankan.Antara objektif kajian yang
diperolehi ialah:
*Mengenal pasti sejarah,kepentingan,perkembangan dan perancangan orang sumber
iaitu Pn Rose dalam pekerjaannya sebagai pengusaha perniagaan santan.
*Meneliti kaedah dan cara pembungkusan santan ke dalam plastik.
*Memberi pengalaman dan mengaplikasikan kemahiran dalam asas pembuatan kelapa
kepada santan menggunakan alat yang tertentu.
KAEDAH KAJIAN
1.KAEDAH TEMU BUAL
Melalui kaedah temu ramah,saya telah menemu bual Rose Anida Ayu binti Saino,43 tahun,NO 2
Jln SD 2/10,Taman Seri Duyong,75460 Melaka. untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut
tentang kajian ini.
2.Kaedah lawatan dan pemerhatian
Saya telah melawat Kedai Santan Segar ‘Rosman & Anak-anak’ untuk mengkaji sejarah institusi
berkenaan.Banyak maklumat berguna dapat diperolehi berdasarkan pemerhatian saya di sini.
3.Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari
laman sesawang http://ms.wikipedia.org/wiki/Santan yang dikaji malah turut memuat turun
bahan yang terdapat sebagai rujukan.
Hasil Kajian
1.Maklumat Asas
-Nama/Jenis kegiatan ekonomi: SANTAN SEGAR
-Sejarah/Asal usul kegiatan ekonomi:
Baru-baru ini berita mengenai obesiti di kalangan murid sekolah telah menarik perhatian ramai. Bermacam punca dibincangkan dan diketengahkan pelbagai pihak. Antaranya ialah jenis makanan yang dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berbagai pandangan diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI LEMAK ditunding sebagai salah satu puncanya.Isu ini menjadi semakin hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Rasional pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi kerana penggunaan SANTAN KELAPA dalam penyediaan nasi lemak.
Sebagai seorang profesional yang terlibat dalam penyelidikan kelapa, saya terpanggil untuk memberi pandangan dan membetulkan MITOS terhadap santan kelapa. Saya merasakan begitu bersalah jika membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan mengenepikan khazanah alam yang dianugerahkan Allah SWT. Masih terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana seorang ibu memberikan pendapatnya semasa wawancara berita TV3. Beliau menyatakan nasi lemak melemahkan pemikiran anaknya. Juga di zaman persekolahan saya dahulu, jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak sebagai penyebabnya. Sehingga kini mitos santan kelapa masih berterusan.
Sayangnya perkara ini berlaku juga di kalangan profesional termasuk pakar permakanan Malaysia. Malah ketika saya menjalankan ujian saringan kesihatan di sebuah hospital swasta, saya juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan. Santan kelapa dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi. Walau bagaimanapun, analisis saintifik mendapati kolestrol dalam santan kelapa adalah tersangat rendah berbanding lemak dari sumber lain, terutamanya haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak kelapa.Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak haiwan.
Persoalan kini ialah sama ada telah dijalankan kajian saintifik mengenai kesan pengambilan santan dalam makanan harian ke atas pengguna. Secara peribadi, saya belum menjumpai sebarang kertas kerja santifik berkaitan perkara ini. Jika demikian, bagaimana santan sebegitu dicemuh sebagai punca kepada masalah obesiti dan penyakit jantung.
Santan kelapa mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Minyak kelapa mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu. Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada wujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi isu besar di Amerika Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran.
Kempen anti-minyak tropika dan Program Piramid Makanan (Food Pyramid Program) telah dilancarkan dalam tahun 1992 secara besar-besaran oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (United States Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam Kacang Soya (American Soybean Association, ASA). ASA mencegah pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang tinggi. Asid lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan.
Akibat dari kempen tersebut, penduduk AS telah mengubah cara permakanan di mana pengambilan minyak soya dan minyak jagung digunakan sepenuhnya dalam diet mereka. Program ini ternyata membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20 tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS menghadapi masalah kegemukan (National Health 3 / 4 and Nutrition Examination Survey 1999-2000). Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang mendadak di AS.
Ternyata Program Piramid Pemakanan ini membawa musibah kepada penduduk AS. Kini pendapat yang mengaitkan penyakit jantung dengan asid lemak tepu dipertikai ramai saintis. Kajian terkini menunjukkan penyakit jantung bukanlah disebabkan pengambilan asid lemak tepu tetapi disebabkan pengambilan asid lemak perlu (essential fatty acids) yang berlebihan (Time’s March 1, 2004 dan Fortune’s October 23, 2003).
Tubuh manusia tidak dapat mensintesis asid lemak perlu dan hanya diperoleh dari diet pemakanan. Minyak jagung, minyak soya dan minyak bunga matahari mengandungi asid lemak perlu, omega-6 iaitu asid linoleik (C18:2, ?6), yang tinggi. Tubuh manusia akan menukar asid linolenik kepada asid arakidonik (C20:4, ?6). Asid arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan (membrane) plasma sel-sel badan. Bila diperlukan asid ini akan dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan membentuk sebatian aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi. Kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan menyebabkan keradangan dan penyakit alahan (allergic).
Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak jagung, minyak soya, minyak bunga matahari) 20 kali ganda lebih tinggi berbanding asid omega-3 (minyak ikan). Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid omega-?3 dan omega-?6.
Prostaglandins yang dihasilkan secara berlebihan menyebabkan keradangan seterusnya penyakit kronik kepada rakyat AS. Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada masalah penyakit jantung dan kegemukan. Asid trans bukanlah asid yang boleh didapati secara semula jadi. Asid ini terbentuk semasa proses penghidrogenan (hydrogenation process).
Proses penghidrogenan ialah tindakbalas kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak kacang soya, jagung dan bunga matahari pepejal atau lemak pada suhu bilik. Gas hidrogen ditambah semasa proses ini untuk menukarkan minyak kepada lelemak. Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut dalam industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lelemak. Marjerin dan lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan
minyak jagung perlu melalui proses penghidrogenan. Lelemak ini digunakan secara berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, aiskrim, piza, coklat dan sebagainya.
Food and Drug Administration (FDA) AS akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari penggunaan asid trans ini. Pada Januari 2006, FDA telah mewajibkan pengusaha makanan melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang dihasilkan.
Terdapat beberapa kajian di AS mengenai kesan pengambilan minyak kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini menunjukan kandungan kolestrol dan LDL (low density lipoprotein) dalam darah tikus meningkat.Walau bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan dalam kajian ini telah dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa yang diguna dalam ujian ini dicemari asid trans.
Keputusan ujian ini tidak seharusnya diterima sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak kelapa. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya khazanah alam yang dikurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih telah banyak membantu kita membongkar rahsia 4 / 4 alam. Asid lemak tepu boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai karbon pendek (C 4:0-C 6:0), sederhana (C 8:0-C 12:0) dan panjang (C 14:0 >). Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan masing-masing dan kita memerlukan kesemuanya. Minyak kelapa merupakan sumber trigliserida berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride, MCT). Banyak kajian klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara maju termasuk Eropah dan Jepun.
Kajian mendapati asid lemak berantai sederhana dimetabolitkan badan secepat glukosa tetapi ia mampu membekalkan tenaga yang lebih tinggi. Tenaga yang terhasil dari asid lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm berbanding 4 kcal/gm dari glukosa. Pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan mengandungi 65% asid lemak tepu rantai sederhana. Penemuan ini mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di kepulauan Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga segera.
Dengan bukti saintifik di atas, sudah sampai masanya rakyat Malaysia diberi maklumat tepat supaya dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian mereka. Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah perlu dilhat dari sudut yang lebih menyeluruh dan tidak sahaja dari sudut pemakanan. Juga bagi menjaga kesihatan rakyat, sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan peratusan asid trans dalam produk makanan.
Sejak kebelakangan ini pula terdapat banyak pengusaha kelapa mendapatkan santan untuk dijadikan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara mengandungi pelbagai khasiat kerana ia boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi. Meminum santan sama seperti meminum minyak kelapa dara. Dua sudu besar minyak kelapa dara (30 ml) menyamai setengah biji kelapa. Khasiat mengenai minyak kelapa dara banyak tersebar, terutama dalam internet. Penulisan khususmengenai perkara ini akan dihasilkan dalam masa terdekat.
Sudah sampai masanya persepsi terhadap santan diperbetulkan dan diletakkan pada pespektif sebenar. Setiap khazanah alam anugerah Allah SWT kepada hambaNya mempunyai peranan
tersendiri, yang diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana dalam apa juga perkara.
Sejarah kedai santan segar.
Kedai ini telah dibuka pada tahun 2010.Tahun tersebut merupakan tahun paling bermakna bagi
Pn Rose kerana anaknya iaitu Hafiz menghadapi UPSR.Pelbagai rintang yang dilalui olehnya
seperti banyak persaingan,kekurangan buah kelapa dan sebgainya.Pn Rose menghadapi
ringtangan tersebut dengan tenang dan sabar.Setiap hari Pn Rose berdoa kepada Tuhan agar
perniagan beliau berkembang maju hingga ke luar negeri.Hasilnya,perniagan beliau kini di
sebuah kedai tepi atau dikenali sebgai ‘corner lot’.Beliau amat bersyukur kepada Allah.
Setiap hari perniagaan beliau mendapat untung hampir mencecah RM1000.
-Lokasi/tempat kajian
Tempat kajian di No 2,JLN SD 2/10,Taman Seri Duyong,75460 Melaka.
-Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat
Pn. Rose Anida Ayu binti Saino
2.Latar Belakang.
-Tujuan dijalankan:
Tujuan Pn. Rose menjalankan perniagaan santan ini adalah untuk menyara hidup keluarga.
-Proses/Cara perlaksanaan
Abang Hafiz(Firdaus) sedang memarut kelapa sebelum diperah.
Hafiz sedang membuang kotoran yang ada di dalam kelapa tersebut.
Hafiz sedang membersihkan mesin perah santan.
-Peralatan/kaedah yang digunakan
Mesin Parut kelapa
Mesin perah santan
Produk yang dihasilkan:
Santan segar siap dipek di dalam plastik mengikut isipadu yang tertentu.
3.Sumbangan/pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
Menyatakan hubungan kemasyarakatan
Menyatakan bahawa penjualan santan merupakan sumber pendapatan atau tidak
Menjelaskan sama ada santan yang di jual memenuhi permintaan pelanggan ataupun tidak.
Mengenal pasti sama ada penjualan santan di gerai ‘Santan Segar’ membuka pekerjaan kepada masyarakat sekeliling ataupun tidak.
Sumbangan kepada keluarga
Menurut Pn Rose menjual santan merupakan sumber pendapatan utama keluarga beliau.
Beliau mengatakan bahawa menjual santan telah membuatkan hidup beliau menjadi lebih
senang. Menurut beliau lagi , menjual santan juga dapat mengeratkan hubungan sesama
masyarakat sekeliling . Sebagai contoh , ada pelanggan yang datang dari daerah lain,hanya
dengan satu tujuan iaitu hanya untuk membeli santan beliau.Oleh hal yang demikian,perkara
ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat.
Memenuhi permintaan
Pn Rose menjalankan perniagaan santan untuk memenuhi permintaan sekeliling taman.Dulunya,beliau
membuat perniagaan santan secara kecil-kecilan di rumah beliau.
Hubungan kawasan setempat
Pn. Rose telah memilih kedai di tempat yang strategik iaitu di hujung tepi jalan.
Penerusan tradisi keluarga
Pn. Rose telah membuka kedai santan ini menerusi tradisi keluarga dahulu.
4.Prospek
Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pengusaha gerai ‘Santan Segar’.
Menjelaskan reaksi penduduk terhadap jualan santan yang dijalankan.
Menyatakan galakan yang dikemukakan oleh penduduk sekitar terhadap industri santan yang dijalankan oleh pengusaha gerai ‘Santan Segar’
Menyatakan saranan dan harapan pengusaha gerai ‘Santan Segar’
Dalam industri penjualan sudah pasti banyak cabaran yang dihadapi oleh para usahawan.
Menurut beliau lagi,antara cabaran yang beliau hadapi ialah,santan jualan beliau pernah
dituduh sebagai santan busuk dan ada pelanggan yang mengatakan santan yang beliau jual ,
mahal.
Kebanyakan penduduk sekeliling , menyukai lemang jualan beliau. Mereka mengalakkan Pn.
Rose mengusahakan jualan lemang dengan lebih besar lag bukan sahaja membuka gerai
jualan lemang secara kecil – kecilan diTaman Seri Duyong , malahan ada segelintir penduduk
yang memberi cadangan agar Pn Rose membuka kedai santan yang lebih besar .
Harapan beliau adalah , beliau berharap pelanggan yang datang ke gerai Santan Segar
semakin bertambah dan tidak putus – putus membeli lemang beliau .Beliau juga
berharap agar anak – anak muda pada zaman sekarang boleh melakukan kerja menjual lemang,
kerana kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat .
Alhamdulillah ,dengan kesihatan tubuh badan yang dikurniakan dapatlah saya melakukan
kajian ini dengan jayanya.Sepanjang proses kajian berlangsung terdapat juga beberapa halangan
yang berjaya saya tempuh dengan dengan ketabahan hati. Dalam proses pembelajaran yang
paling penting ialah kesabaran kerana dengan kesabaranlah kejayaan dapat ditempuhi.Selain itu
saya juga dapat mempelajari akan sesuatu yang bermanfaat iaitu cara-cara membuat
santan.Jikalau kita sebagai anak muda tidak memainkan peranan untuk menyambung warisan
turun temurun kita,maka hilanglah budaya mahupun warisan yang diwarisi daripada nenek
moyang kita.Sebagai anak bangsa,kita sememangnya perlu mengenal dan mengenang warisan
turun temurun kita.Selain itu, saya juga dapat mempelajari memarut kelapa,membungkus santan
dan sebagainya.
Dari matra yang berbeza,saya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama Pn Rose
dan keluarga,yang mana sebelum ini kami tidak begitu rapat.Selepas melakukan kajian ini
hubungan kami semakin rapat dan tidak ubah seperti sebuah keluarga .
Saya berasa begitu bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus sejarah ini dengan jayanya .
Sekian sahaja daripada saya.
Terima kasih .
Rumusan
Orang sumber:
Rose Anida Ayu binti Saino,680425045178,No 2,Jln SD 2/10,Taman Seri Duyong,75460 Melaka.
Internet:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Santan
https://maps.google.com.my/maps?hl=ms&tab=wl
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/11514-mitos-mengenai-santan-kelapa-mardi.html
Buku:
Success Sejarah PMR,Muslimin Fadzil,OXFORD FAJAR Sdn. Bhd.
RUJUKAN
Kegiatan ekonomi tradisional kini semakin pudar di kalangan masyarakat.Kegiatan
ekonomi tradisional bermaksud aktiviti yang dijalankan pada zaman dahulu kala dan
masih dijalankan pada zaman pada masa kini.Persoalannya,mengapakah kegiatan ekonomi
penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia?
Pertama,kita mestilah berbangga sebagai rakyat Malaysia dengan menghargai dan
mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.Contohnya,amalan pembuatan keris masih lagi
tidak luntur dalam masyarakat kampung kini.Impaknya,ramai golongan muda kini mengenal
dan mengetahui secara lanjut tentang pembuatan keris.Jelaslah,bahawa mengenal kegiatan
ekonomi tradisional amat penting dalam masyarakat.Bak kata pepatah `jauhari mana yang
mengenal manikam’.
Seterusnya,kegiatan ekonomi yang berasaskan tradisional mampu melahirkan individu
yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.Buktinya,jika seseorang itu masih
mengamalkan ekonomi yang berlandaskan tradisional,ia dapat menunjukkan rasa
bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.
Selanjutnya,kita haruslah bertolak ansur dan bertoleransi antara satu sama lain.
Contohnya,sebuah masyarakat majmuk haruslah mengamalkan sikap bertolak ansur dengan
orang lain.Kita juga haruslah bersikap bertoleransi antara satu sama lain supaya melahirkan
masyarakat yang harmoni.
Di samping itu,kita mestilah bersifat amanah dan jujur dalam sesuatu pekerjaan
yang dijalankan.Contohnya,seseorang perlu bersifat amanah dan jujur dalam diri masing-masing
supaya dapat menghasilkan pekerjaan yang berkualiti.
ELEMEN 3
Akhir sekali,kita mestilah berganding bahu membangunkan negara yang maju ke arah
era pemodenan masa hadapan.Impaknya,ia akan dapat membantu negara kita akan terus ke
hadapan untuk mencapai negara yang maju.