Post on 14-Apr-2018
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
1/12
4531/2 FIZIK 2
Fizik 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
BENTUK KERTAS SOALAN
Kertas Fizik 2 4531/2 mengandungi tiga bahagian.
Bahagian A: Bahagian ini mengandungi 8 soalan. Calon dikehendaki menjawabsemua soalan.
Bahagian B: Bahagian ini mengandungi 2 soalan. Calon boleh memilih untukmenjawab soalan 9 atau soalan 10.
Bahagian C: Bahagian ini mengandungi 2 soalan. Calon boleh memilih untukmenjawab soalan 11 atau soalan 12.
Calon diberi masa 2 jam untuk menjawab soalan dari ketiga-tiga bahagiantersebut.
PRESTASI KESELURUHAN
Calon mempamerkan prestasi keseluruhan yang sederhana. Sebahagian besarcalon tidak dapat menjawab soalan yang memerlukan kepada menyatakan maksudistilah atau konsep fizik tertentu. Kematangan calon dalam memberikan fakta dankonsep fizik adalah rendah terutama dalam soalan penyelesaian masalah danmembuat keputusan. Keupayaan menyelesaikan soalan aplikasi kuantitatif adalahsederhana di mana terdapat sebilangan calon yang tidak dapat menggunakan
persamaan yang betul menyebabkan proses gantian dalam persamaan tidak tepat.Terdapat juga calon yang tidak menguasai atau sangat lemah dalam kemahiranproses sains seperti membuat pemerhatian, membanding dan membeza. Akibatnyacalon gagal dalam menjawab soalan mengkonsepsi dengan tepat.
PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON
Kumpulan Tinggi
Jawapan calon adalah jelas, ringkas dan disusun dengan teratur serta memenuhi
kehendak soalan. Bahasa saintifik yang digunakan adalah tepat. Gambarajah yangjelas dan lengkap di lampirkan dengan penerangan kandungan yang betul. Calonberjaya dalam mengaitkan situasi dan penyelesaian masalah dengan menggunakanistilah dan bahasa sainstifik yang betul. Kumpulan ini mempunyai kemahiranmengkonsepsi yang tinggi. Jawapan calon menunjukkan bahawa mereka telahmenguasai kemahiran-kemahiran seperti dalam huraian sukatan pelajaran Fizik.Calon dalam kumpulan ini berupaya untuk memberi cadangan yang logik danmemberikan kaedah penyelesaian masalah dengan betul.
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
2/12
Fizik 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Kumpulan Sederhana
Jawapan calon adalah panjang dan tidak terus. Walaubagaimanapun maksudnyaagak jelas. Penyusunan fakta tidak konsisten. Kumpulan ini tidak menguasaisepenuhnya istilah-istilah Fizik. Jawapan calon memenuhi kehendak tugasan
soalan dengan menggunakan fakta-fakta yang ringkas dan ayat-ayat yang pendek.Calon berupaya menjawab soalan-soalan struktur dengan baik tetapi gagal dalamsoalan-soalan esei. Isi kandungan jawapan yang diberikan dalam soalan eseiadalah tidak berapa tepat dan tidak lengkap. Calon lemah dalam soalan yangmelibatkan kemahiran mengkonsepsi. Dalam soalan yang melibatkan kemahiranmembuat keputusan, jawapan calon adalah terlalu umum dan kurang menggunakankonsep fizik dalam jawapannya.
Kumpulan Rendah
Kebanyakan jawapan calon tidak memenuhi kehendak tugasan soalan. Calon juga
tidak memahami tugasan soalan. Jawapan calon adalah kabur dan carakerja adalahberterabur. Calon tidak berupaya untuk mengaplikasikan konsep fizik dan hukumfizik dengan betul. Pemahaman konsep, fakta, rumus, unit, kuantiti fizik dan prinsip-prinsip fizik adalah sangat lemah terutama dalam menjawab soalan mengkonsepsidan penyelesaian masalah. Jawapan calon juga adalah tidak selari denganperuntukan markah yang ditentukan. Calon juga tidak dapat mengaitkan konsepfizik dengan kehidupan harian.
PRESTASI TERPERINCI
BAHAGIAN ASOALAN STRUKTUR
Soalan 1
Majoriti calon dapat memberikan jawapan yang tepat Soalan 1(a) dan 1(c).Sebahagian kecil calon tidak memahami kaedah menentukan senggatan terkecilbagi jam randik seperti ditunjukkan pada Contoh 1. Sebahagian kecil calon jugatidak dapat membaca masa yang ditunjukkan pada jam randik. Calon tidakmenguasai kemahiran manipulatif pengendalian alat pengukur seperti ditunjukkan
pada Contoh 2.
Contoh 1
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
3/12
Fizik 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Contoh 2
Soalan 2
Majoriti calon dapat memberikan jawapan yang tepat Soalan 2(a), 2(c)(ii) dan 2(d).Sebahagian kecil calon tidak dapat menentukan tempoh daripada graf sesaran-masa seperti ditunjukkan pada Contoh 3.
Contoh 3
Soalan 3
Sebahagian besar calon memberikan jawapan yang tepat pada Soalan 3(a), 3(b)
dan3(c). Sebahagian kecil calon gagal menghitung masa bagi radioisotop berkurangdaripada keaktifan asalnya seperti dtunjukkan pada Contoh 4
Contoh 4
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
4/12
Fizik 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Soalan 4
Sebahagian kecil calon menjawab sepenuhnya soalan ini. Calon yang menjawabsepenuhnya soalan didapati memberikan jawapan yang tepat.Sebahagian besar calon tidak menjawab keselurahan soalan. Terdapat juga
sebahagian kecil calon yang tidak menjawab langsung. Ini dapat disimpulkansebahagian calon mengabaikan sub topik ini atau tidak diajar langsung semasapengajaran dan pembelajaran di kelas. Sebahagian besar calon juga di dapati tidakmengetahui prinsip asas kendalian sebuah O.S.K. seperti yang ditunjukkan dalamContoh 5.
Contoh 5
Soalan 5Majoriti calon dapat menjawab dengan tepat soalan ini. Calon dapat menguasaikemahiran mengkonsepsi sepenuhnya.
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
5/12
Fizik 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Soalan 6
Sebahagian besar calon dapat menjawab dengan tepat Soalan 6(a) dan 6(b).Walaubagaimana pun sebahagian kecil calon tidak dapat menyatakan apa yangberlaku kepada jarak di antara dua bunyi kuat yang berturutan seperti yang
ditunjukkan pada Contoh 6. Terdapat juga calon tidak dapat memberikan sebab bagijawapan yang betul seperti ditunjukkan pada Contoh 7.
Contoh 6
Contoh 7
Soalan 7
Sebahagian kecil calon dapat menjawab dengan betul. Sebahagian besar calontidak dapat menyatakan maksud titik fokus seperti ditunjukkan pada Contoh 8.Terdapat juga sebilangan besar calon tidak dapat melukis rajah sinar pembentukkanimej seperti ditunjukkan pada Contoh 9. Majoriti calon tidak dapat mencadangkankedudukan mentol bagi menghasilkan sinar selari yang selari pada pemantul cekung
yang digunakan dalam lampu suluh seperti ditunjukkan pada Contoh 10.
Contoh 8
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
6/12
Fizik 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Contoh 9
Contoh 10
Soalan 8
Sebahagian besar calon dapat menjawab dengan tepat Soalan 8(a) dan 8(b) dan8(d). Terdapat sebahagian besar calon tidak dapat menghitung masa yang diambil
untuk meningkatkan suhu keatas periuk seperti ditunjukkan pada Contoh 11.
Contoh 11
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
7/12
Fizik 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
BAHAGIAN B
SOALAN ESEI
Soalan 9
Majoriti calon dapat menjawab dengan tepat Soalan 9(a), 9(b) dan 9(c). Bagi Soalan9(d) terdapat sebahagian kecil calon mengulangi maklumat yang terdapat dalamsoalan untuk dijadikan sebagai jawapan seperti ditunjukkan pada Contoh 12 danContoh 13. Terdapat juga sebahagian besar calon memberi sebab bagipengubahsuaian ke atas rakit seperti ditunjukkan pada Contoh 14.
Contoh 12
Contoh 13
Contoh 14
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
8/12
Fizik 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Soalan 10
Secara keseluruhan majoriti calon menjawab soalan ini dengan tepat. Sebahagiankecil calon memberi fakta yang bercanggah seperti ditunjukkan pada Contoh 15.Terdapat juga calon memberikan fakta yang tidak tepat seperti ditunjukkan pada
Contoh 16. Sebahagian kecil calon tidak memahami tugasan soalan seperti yangditunjukkan pada Contoh 17.
Contoh 15
Contoh 16
Contoh 17
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
9/12
Fizik 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Soalan 11
Secara keseluruhan jawapan calon adalah pada tahap sederhana. Majoriti calonmenjawab dengan tepat hanya pada Soalan 11(d)(iii) sahaja. Terdapat calon yangmemberikan maksud istilah yang tidak tepat seperti yang ditunjukkan pada Contoh
18. Sebahagian besar calon memberikan langkah pengiraan yang salah sepertiyang ditunjukkan pada Contoh 19. Di dapati juga sebahagian besar calon tidakmemahami prinsip keseimbangan daya dan konsep daya paduan seperti yangditunjukkan pada Contoh 20.
Contoh 18
Memberikan definasi yang tidak tepat
Contoh 19
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
10/12
Fizik 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Contoh 20
Soalan 12
Secara keseluruhan jawapan calon adalah pada tahap sederhana. Terdapat calonyang memberikan maksud istilah yang tidak tepat seperti yang ditunjukkan padaContoh 21. Sebahagian besar calon tidak dapat menerangkan apa yang berlakukepada nyalaan lilin apabila suis dihidupkan seperti yang ditunjukkan pada Contoh22. Di dapati juga majoriti calon memberi sebab yang tidak tepat kepada pemilihanaspek bagi memilih litar yang paling sesuai seperti yang ditunjukkan pada Contoh23. Terdapat juga calon yang melakukan kesilapan penggunaan rumus rintangan
berkesan bagi litar sesiri dan selari seperti yang ditunjukkan pada Contoh 24.
Contoh 21
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
11/12
Fizik 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
Contoh 22
Contoh 23
Contoh 24
7/27/2019 Fizik K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon
12/12
Fizik 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010
SARANAN KEPADA CALON
1. Calon dicadangkan untuk menguasai kemahiran asas fizik seperti kemahiranmenkonsepsi,kemahiran menyelesai masalah, kemahiran membuatkeputusan, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
2. Bagi soalan pengiraan calon dicadangkan supaya berhati-hati dalammembuat gantian dan menyemak unit pada jawapan akhir.
3. Bahasa dan istilah yang digunakan mestilah betul, tepat dan ringkas sesuaidengan laras bahasa sains serta menggunakan kata kunci yang betul.
4. Calon perlu memahami tugasan dan kehendak soalan dengan membuatperancangan sebelum menulis jawapan.
SARANAN KEPADA GURU
1. Guru dicadangkan menguasai konsep fizik dengan betul dan mendalam,
memahami objektif mata pelajaran Fizik dan objektif pentaksiran Fizik.2. Penguasaan konstruk dalam pentaksiran Fizik perlu juga dikuasai supaya
bentuk dan kehendak soalan peperiksaan dapat di patuhi.3. Penekanan kepada kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir hendaklah
dititikberatkan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.4. Perhatian yang serius kepada amali fizik hendaklah diberikan supaya pelajar
dapat menguasai konsep fizik dengan lebih jelas lagi. Dengan ini prosespengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran masteridan konstektual disarankan digunakan sepenuhnya.
5. Mengalakkan penggunaan istilah, sebutan dan ejaan yang betul semasaproses pengajaran dan pembelajaran serta banyak mengaitkan konsep fizikdengan dengan kejadian harian.