Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 32

Transcript of Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/32

    3757/2 EKONOMI ASAS 2

    Ekonomi Asas 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN.

    Kertas Ekonomi Asas 3757/2 mengandungi dua bahagian iaitu:Bahagian A - Calon dikehendaki memilih 3 soalan daripada 5 soalan dalam

    bahagian ini.Bahagian B - Mengandungi soalan 6 dan wajib dijawab.Calon diberi masa 2 jam untuk menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Secara keseluruhan prestasi calon pada tahun ini adalah sederhana tetapi lebih baikberbanding tahun sebelumnya. Sebahagian besar calon berupaya mengaitkan teori,konsep, fakta, huraian dan kemahiran ekonomi dengan memberi respon yang tepatdan relevan dengan bahan rangsangan/situasi yang dikemukakan dalam tugasansoalan. Namun begitu terdapat calon yang hanya berupaya mengemukakan faktatanpa dapat menghurai dengan tepat. Sebahagian kecil calon memberi respon

    dengan fakta dan huraian yang tidak tepat. Prestasi calon menjawab soalanBahagian B lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Calon mampu memahami dan mentafsir tugasan soalan dengan tepat. Konsep,kemahiran, fakta, huraian dan contoh dapat dikemukakan dengan tepat, mencukupi,sistematik dan lengkap bagi soalan yang dijawab. Penguasaan bahasa danpengolahan adalah baik, tepat dan ringkas. Calon kumpulan ini mempunyaikebolehan menjawab dengan baik soalan berbentuk pengiraan dan menganalisisdata.

    Kumpulan Sederhana

    Calon dapat memberi respon yang tepat bagi soalan aras rendah dan sebahagiansoalan aras sederhana. Namun calon dalam kumpulan ini gagal menguasai soalanaras tinggi. Calon memperlihatkan hanya mampu menguasai tajuk-tajuk tertentusahaja. Mereka juga gagal menjawab soalan pengiraan. Kebanyakan calon tidakdapat menjawab kesemua pecahan soalan yang dikemukakan dengan tepat.Terdapat calon mengulangi fakta yang sama dan huraian yang dikemukakan kurangtepat. Calon tidak mampu memberi respon yang tepat bagi soalan berbentuk

    mentafsir, menganalisis dan membuat keputusan. Calon juga masih lemah dalammenjawab soalan Bahagian B. Istilah dan konsep ekonomi yang kurang mantapmenyebabkan calon tidak dapat mengemukakan jawapan yang baik.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/32

    Ekonomi Asas 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kumpulan Rendah

    Calon tidak dapat menjawab soalan atau jawapan calon tidak bertepatan dengantugasan soalan. Calon menjawab berdasarkan apa yang mereka tahu danbukannya apa yang dikehendaki dalam tugasan soalan. Calon mengemukakanfakta dan huraian berdasarkan pemikiran logik tanpa menggunakan teori atau

    konsep ekonomi yang dipelajari. Fakta dan huraian yang diberi tidak tepat dan tidakmencukupi. Penguasaan bahasa dan konsep ekonomi yang lemah menyebabkancalon gagal menguasai pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi.

    PRESTASI TERPERINCI

    Soalan 1 (a)

    Prestasi jawapan calon sangat baik. Kekuatan calon dapat menerangkan konsepmasalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan dalam memilih projek pembangunanyang diberi dan penyelesaiaannya dengan tepat.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/32

    Ekonomi Asas 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan sebahagian kecil calon ialah mengemukakan jawapan berkaitanmasalah asas ekonomi dan bukannya masalah ekonomi.

    Contoh jawapan calon:

    Kesilapan sebahagian kecil calon ialah membuat huraian masalah kekurangandikaitkan dengan kekurangan modal atau kekurangan wang. Sepatutnya calonmenjawab sumber pendapatan negara. Bagi masalah pilihan, kesilapan yangdilakukan ialah memilih Projek Tebatan Banjir Sungai Pari atau KompleksSukan Komuniti Taiping. Jawapan yang tepat ialah memilih salah satu Projek

    pembangunan yang dinyatakan atau memilih projek pembangunan yangdapat memaksimumkan kebajikan masyarakat atau Projek Tebatan BanjirSungai Pari. Dari aspek kos lepas, terdapat calon menghurai sebagai barangterbaik yang di lepaskan atau barang kedua terbaik yang dipilih . Huraian yangtepat ialah projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan atau melepaskanProjek Kompleks Komuniti Taiping. Calon hanya menyatakan memilih projekpembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat tanpa perkataan kebajikanmaksimum.

    Soalan 1 (b) (i)

    Prestasi calon adalah baik. Kebanyakan calon dapat menyatakan sistem ekonomiperancangan pusat. Namun begitu, terdapat sebahagian kecil calon yangmenjawab sistem ekonomi kapitalis. Kesilapan calon juga ialah mengemukakan

    dua jenis sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan perancangan pusatdalam jawapan.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/32

    Ekonomi Asas 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1 (b) (ii)

    Prestasi calon adalah baik. Kebanyakan calon mampu menjelaskan ciri lain yangdiminta. Ciri yang dikemukakan tepat dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan segelintir calon ialah menyatakan kembali ciri pilihan dan pemilikansumber yang telah dinyatakan dalam soalan.

    Contoh jawapan calon:

    Terdapat calon memberi konsep yang tidak lengkap seperti untung maksimum dan

    kebajikan maksimum. Terdapat juga segelintir calon yang tidak dapat mengenalpasti sistem ekonomi Negara Noor dan negara asal Martina dengan tepat.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/32

    Ekonomi Asas 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1 (c)(i) (a)

    Prestasi calon adalah baik. Sebahagian besar calon memberi jawapan yang lengkapberserta jalan kerja.

    Contoh jawapan calon:

    Soalan 1 (c)(i) (b)

    Pada keseluruhannya prestasi calon adalah baik. Calon dapat mengira dengan

    tepat.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/32

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/32

    Ekonomi Asas 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan segelintir calon tidak dapat menjelaskan maksud isi rumah dan gagalmenyatakan isi rumah sebagai unit ekonomi.

    Soalan 2 (b) (i)

    Calon cemerlang berjaya mengaitkan hubungan antara harga barang X dan kuantiti

    barang Y. Bagi calon sederhana dan rendah, mereka tidak mampu mentafsir rajahdan mengaitkan harga barang X dengan kuantiti barang Y dengan baik.

    Soalan 2 (b) (ii)

    Kekuatan Calon dapat menjelaskan dengan tepat hubungan antara harga barang Xdengan kuantiti barang Y berasaskan hubungan barang penggenap.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/32

    Ekonomi Asas 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah hanya menjelaskan keluk tanpa memberi hubungan kenaikanharga barang X terhadap kuantiti barang Y.

    Contoh jawapan calon.

    Soalan 2 (c) (i)

    Calon cemerlang memberikan jawapan yang tepat.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan calon memberi jawapan yang salah dan terdapat juga calon yangbertukar nilai P dengan Q.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/32

    Ekonomi Asas 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2 (c) (ii) (a), (b), (c)

    Walaupun kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik tetapi tidakramai calon yang dapat menjawab pecahan soalan (a) dan (b). Kekuatan calonmampu menjelaskan hubungan antara output dengan kos purata dan kos sut.

    Contoh jawapan calon.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/32

    Ekonomi Asas 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan segelintir calon ialah gagal menjelaskan kos purata dan kos sutminimum. Calon tahap rendah menjelaskan hubungan berdasarkan angka yangdipetik dalam soalan tanpa menyatakan hubungan meningkat atau jatuh atauminimum.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/32

    Ekonomi Asas 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2 (d)

    Prestasi calon adalah sederhana. Kekuatan calon dapat mentafsir rangsanganyang dikemukakan dan menjelaskan faktor mempengaruhi pertambahan penawarantelevisyen.

    Contoh jawapan calon.

    Kelemahan calon ialah menjelaskan faktor mempengaruhi permintaan bukannyapenawaran. Terdapat juga kesilapan calon yang hanya menyenaraikan faktorsahaja tanpa disokong dengan huraian.

    Soalan 3 (a) (i)

    Prestasi calon secara keseluruhan adalah baik. Kekuatan calon mampu menyatakankauntiti permintaan dan penawaran pasaran dengan tepat.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/32

    Ekonomi Asas 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan calon ialah gagal mengenal pasti kuantiti permintaan atau penawaran.Terdapat calon bertukar kuantiti permintaan dengan kuantiti penawaran. Kesilapanyang sering dilakukan oleh sebahagian calon tidak menulis unit.

    Soalan 3 (a) (ii)

    Calon kumpulan baik dapat menjelaskan keadaan ketidakseimbangan pasarandengan tepat.

    Contoh jawapan calon:

    Sebahagian calon tidak dapat menjelaskan keadaan ketidakseimbangan pasaranmungkin disebabkan tidak menguasai topik keseimbangan pasaran.

    Soalan 3 (a) (iii)

    Calon kumpulan baik dapat menghuraikan keadaan pasaran dengan tepat, jelasdan mencukupi.

    Jawapan calon seperti contoh berikut:

    Calon lemah tidak dapat menghuraikan keadaan pasaran mungkin disebabkan tidak

    menguasai topik keseimbangan pasaran.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/32

    Ekonomi Asas 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3 (b)

    Prestasi calon kurang memuaskan. Calon baik dapat menjawab dengan tepat danberjaya menghubungkait kesan dinyatakan dengan pasaran kereta import.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan calon ialah menjelaskan semula kandungan dalam petikan rangsangan

    tanpa menyatakan kesan ke atas kereta import. Kelemahan calon menjawab secaraumum atau logik akal serta menjelaskan kesan ke atas pasaran kereta tempatanyang sepatutnya kesan ke atas pasaran kereta import.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/32

    Ekonomi Asas 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3 (c)

    Calon dapat mengenal pasti logo dengan tepat. Mereka juga dapat menyatakanfakta dan huraian dengan tepat, jelas dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Walau bagaimanapun sebahagian besar calon gagal mengenal pasti logo bankpusat. Kesannya huraian mereka tertumpu kepada bank perdagangan atau InstitusiKewangan Bukan Bank (IKBB).

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/32

    Ekonomi Asas 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3 (d)

    Prestasi calon kurang memuaskan. Bagi segelintir calon baik mereka dapatmenyatakan fakta dan huraian dengan tepat, jelas dan mencukupi.

    Kebanyakan calon menerangkan tentang sumbangan Institusi Kewangan Bukan

    Bank (IKBB) dan terdapat juga calon menerangkan jenis-jenis akaun di bankperdagangan sedangkan respon yang diperlukan ialah IKBB menerima depositdaripada orang ramai.

    Soalan 4(a) (i)

    Prestasi calon adalah rendah kerana kebanyakan calon gagal menjawab soalan ini.Sebahagian kecil calon dapat memberi jawapan yang tepat tetapi fakta dan huraiantidak mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan calon ialah menerangkan aliran sumbangan sektor utama tetapi tidakmenerangkan sebab sumbangan sektor utama semakin menurun. Terdapat juga

    calon yang menyenaraikan fakta yang tidak relevan dengan kehendak soalan.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/32

    Ekonomi Asas 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(a) (ii)

    Sebahagian kecil sahaja calon yang dapat menjawab soalan ini dengan tepat.Kebanyakan calon gagal menganalisis jadual. Kelemahan calon ialah menjelaskankeadaan arah aliran sumbangan sektor kedua dan sektor ketiga secara umum iaitusama ada menurun atau meningkat tanpa menyatakan tempoh (tahun) seperti

    kehendak soalan. Terdapat segelintir calon yang menjelaskan kesan peningkatansumbangan sektor kedua dan ketiga terhadap ekonomi negara sedangkan responyang diperlukan ialah menjelaskan arah aliran sumbangan sektor.

    Contoh jawapan calon:

    Soalan 4(b) (i)

    Prestasi calon adalah sederhana. Kebanyakan calon boleh menjawab soalandengan tepat. Namun begitu terdapat sebahagian kecil calon gagal menjawabsoalan ini. Ramai calon yang menyalin petikan soalan sebagai jawapan.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/32

    Ekonomi Asas 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(b) (ii)

    Prestasi calon adalah sederhana. Segelintir calon yang baik dapat memberikanfakta dan huraian yang tepat dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Namun kelemahan ramai calon ialah menyatakan fakta tanpa huraian. Terdapatcalon yang menjawab cara mengatasi inflasi sedangkan jawapan yang diperlukanialah cara mengatasi kemelesetan ekonomi. Selain itu kelemahan calon ialahmenghuraikan cara dasar belanjawan sedangkan soalan meminta calonmenghuraikan cara bank pusat mengatasi kemelesetan.

    Soalan 4(c)

    Hampir keseluruhan calon gagal menjawap soalan ini. Namun segelintir kecil calondapat menjawab dengan memberi fakta dan huraian tetapi tidak mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Sebahagian besar calon tidak dapat menyatakan fakta yang tepat.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/32

    Ekonomi Asas 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(d)

    Prestasi calon adalah baik. Kebanyakan calon dapat menyatakan perbezaan sahajatanpa menyatakan persamaan sedangkan kata tugas ialah Bandingkan.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan segelintir calon ialah tidak dapat menyatakan fakta beban cukai dancontoh cukai.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/32

    Ekonomi Asas 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5 (a)

    Prestasi calon adalah sederhana. Sebahagian kecil calon yang baik dapatmemberikan fakta dan huraian yang tepat dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan ramai calon ialah tidak dapat memberikan fakta yang tepat. Terdapatjuga calon yang cenderung mengulangi fakta semasa mengemukakan huraian.Kebanyakan calon juga memberikan jawapan yang kurang jelas dan terlaluumum.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/32

    Ekonomi Asas 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5(b) (i)

    Prestasi calon adalah baik. Kekuatan sebahagian besar calon kerana dapatmenjawab mengikut format pengiraan, jalan kerja dan memberi jawapan yang tepat.Namun begitu, kesilapan segelintir calon ialah tidak mencatat perkataan nilaibagi eksport nampak dan import nampak.

    Contoh jawapan calon:

    Soalan 5 (b) (ii)

    Prestasi calon kurang memuaskan. Sebahagian kecil calon dapat menjawabmengikut format pengiraan, jalan kerja dan memberi jawapan yang tepat.

    Contoh jawapan calon:

    Namun begitu, kebanyakan calon tidak menguasai format menghitung imbanganakaun semasa. Kebanyakan calon menjawab secara kurang jelas iaitu tidakmenulis butiran tetapi menulis angka sahaja. Kesilapan sebahagian calon ialahmengkelaskan butiran urus niaga kerajaan dalam imbangan pendapatan yangsepatutnya berada dalam imbangan perkhidmatan.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/32

    Ekonomi Asas 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5 (c)

    Prestasi calon adalah sederhana. Segelintir calon baik dapat menjawab dengantepat.

    Contoh jawapan calon:

    Namun terdapat calon yang gagal meletakkan titik perpuluhan dengan tepat.Kelemahan kebanyakan calon ialah tidak mengemukakan format pengiraan yangbetul. Selain itu sebahagian calon didapati tidak menulis unit yen dalam

    jawapan.

    Soalan 5(d)

    Prestasi calon tidak memuaskan. Segelintir calon yang mendapat markah penuh

    memberikan huraian dengan tepat dan mencukupi.

    Kelemahan calon ialah menjawab secara umum dan tidak memfokuskan kepadakepentingan Yen Jepun kepada Malaysia. Terdapat jawapan calon yang terpesongdengan menjelaskan kesan terhadap nilai Ringgit berbanding Yen. Kesilapansebahagian calon ialah menggunakan perkataan membeli barang dari Jepundan tidak menggunakan laras bahasa ekonomi iaitu mengimport.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/32

    Ekonomi Asas 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5 (e)

    Prestasi calon adalah kurang memuaskan. Calon baik dapat menjelaskan kesanperubahan eksport dan import dengan jelas, tepat dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan sebilangan besar calon ialah memberikan jawapan terpesong

    daripada kehendak soalan. Kebanyakan calon memberikan jawapan eksportmeningkat dan import meningkat sahaja tanpa mengaitkan dengan kedudukanpenawaran dan permintaan Ringgit Malaysia. Antara kelemahan ketara calonialah gagal menganalisis angka (kuantiti) yang dikemukakan sebagai rangsangandalam soalan iaitu calon hanya menyalin semula butiran atau angka dalamrangsangan tanpa membuat perbezaan peningkatan nilai eksport. Sebahagiancalon menjelaskan kesan secara umum dan tidak mengaitkan dengan kesanterhadap import dan eksport. Kesilapan calon juga ialah menjawab kesanperubahan kadar pertukaran asing terhadap imbangan dagangan sedangkankehendak soalan ialah kesan perubahan eksport dan import terhadap kadarpertukaran Ringgit Malaysia.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/32

    Ekonomi Asas 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (a)

    Prestasi calon adalah baik. Ramai calon mampu meneroka dan mengesanmaklumat dalam petikan. Calon dapat membuat keputusan yang tepat besertadengan alasan yang jelas dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Namun terdapat calon yang tidak dapat mengesan dan memahami maklumat dalampetikan. Pendirian mereka ialah memilih pekerjaan sebagai guru tuisyen sedangkansoalan berkehendakkan pendirian pemilihan pekerjaan di Syarikat Lubuk Emas SdnBhd. atau Syarikat Seribong Sdn. Bhd. Kesilapan sebahagian kecil calon yangmemberi huraian tidak selaras dengan pendirian, di mana calon memberi pendiriantidak setuju tetapi memberi alasan bersetuju. Terdapat juga calon yang tidakmenyatakan pendirian dan mencampur adukkan alasan setuju dan tidak setuju.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/32

    Ekonomi Asas 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh jawapan calon :

    Soalan 6 (b)

    Prestasi calon adalah sederhana. Sebahagian kecil calon sahaja yang dapatmemberikan respon yang tepat, jelas dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/32

    Ekonomi Asas 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat segelintir calon yang dapat memberikan alasan dengan tepat tetapi tidakmencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Namun begitu, kebanyakan calon tidak dapat memberikan alasan dengan tepat danterdapat juga calon yang cuba memberikan alasan tetapi tidak relevan dengan kesdan kehendak soalan.

    Soalan 6 (c )

    Prestasi calon adalah kurang memuaskan. Sebahagian kecil sahaja calon mampumenjawab soalan ini dengan tepat, jelas dan mencukupi.Terdapat segelintir calonyang dapat menjawab soalan ini dengan tepat tetapi tidak mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/32

    Ekonomi Asas 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Sebahagian besar calon tidak dapat menjawab dengan jelas dan tepat keranakurang pengetahuan dan kemahiran menggaplikasi teori ekonomi dengan kehendaksoalan. Kelemahan kebanyakan calon menyenaraikan huraian tanpamengemukakan fakta yang sesuai.

    Contoh jawapan calon:

    Soalan 6 (d )

    Prestasi calon tidak memuaskan. Sebahagian kecil sahaja calon mampu menjawabsoalan ini dengan tepat dan mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan kebanyakan calon ialah tiada kemahiran menganalisis untuk menjawabsoalan iaitu kesan terhadap masyarakat. Calon memberikan jawapan secaraumum dan mengemukakan kelebihan belajar di pusat tuisyen.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    27/32

    Ekonomi Asas 2 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (e )

    Prestasi calon tidak memuaskan. Hanya sebahagian kecil calon dapat memberikan

    pendirian dan alasan yang tepat.

    Contoh jawapan calon:

    Kelemahan kebanyakan calon ialah dapat menyatakan pendirian tetapimengemukakan alasan yang tidak mencukupi atau tidak dapat mengemukakanalasan yang relevan.

    Contoh jawapan calon:

    Terdapat segelintir calon yang dapat mengemukakan pendirian tetapi memberialasan yang bertentangan dengan pendirian yang diberikan.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    28/32

    Ekonomi Asas 2 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (f )

    Prestasi calon kurang baik. Segelintir calon baik dapat memberikan fakta danhuraian dengan tepat dan mencukupi.

    Bagi calon kumpulan sederhana, mereka dapat memberikan fakta tetapi tiada

    huraian atau fakta dan huraiannya tepat tetapi tidak mencukupi.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    29/32

    Ekonomi Asas 2 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan kebanyakan calon ialah memberi jawapan fungsi lain bank perdagangansedangkan kehendak soalan ialah fungsi kemudahan pembayaran bank

    perdagangan.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    30/32

    Ekonomi Asas 2 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga kesilapan calon mengemukakan fakta kemudahan pembayaran bankperdagangan yang tidak relevan dengan perkhidmatan pembayaran bil sepertikehendak soalan.

    Contoh jawapan calon:

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    31/32

    Ekonomi Asas 2 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Perlu menguasai konsep, istilah dan fakta ekonomi dengan tepat.2. Semua tajuk perlu dipelajari dan diberi perhatian yang sama kerana

    kebanyakan soalan ada kaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.3. Gunakan buku teks yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

    sebagai bahan rujukan utama.4. Biasakan diri merangka jawapan agar fakta dan huraian cukup serta tidak

    mengulangi fakta atau huraian yang sama.5. Jawab kedua-dua Bahagian A ( 3 soalan ) dan satu soalan wajib di Bahagian

    B. Gunakan peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan sebagai panduanbagi menentukan jumlah fakta yang sepatutnya diberi dalam jawapan.

    6. Jawapan perlu dikaitkan dengan bahan rangsangan yang diberi dalamsoalan. Elakkan jawapan secara umum. Jawapan hendaklah spesifik dantepat.

    7. Gunakan laras bahasa atau istilah ekonomi yang tepat.8. Bagi soalan pengiraan, tulis rumus yang berkenaan, tunjukkan cara pengiraan

    dan beri jawapan yang tepat. Nyatakan unit yang berkenaan dalam

    jawapan.9. Perbanyakkan latihan kendiri terutamanya soalan-soalan SPM tahun-tahun

    lepas agar lebih terdedah dengan aras soalan peringkat SPM terutamanyasoalan berbentuk kemahiran berfikir seperti mengaplikasi, membanding beza,mentafsir, membuat keputusan dan menganalisis jadual atau data, bahangrafik dan situasi atau kes.

    10. Perlu pembacaan yang luas tentang isu-isu ekonomi semasa peringkatnegara atau global melalui media cetak atau elektronik agar mendapatpendedahan yang secukupnya tentang perkembangan dunia ekonomi dankaitkan dengan teori ekonomi yang dipelajari.

    11. Perlu memilih soalan dengan bijak untuk mendapat markah yang tinggi.12. Mulakan ulangkaji semasa Tingkatan 4 dan pastikan dapat menguasai

    sukatan pelajaran Tingkatan 4 sebelum memulakan pembelajaran diTingkatan 5. Elakkan amalan mengulangkaji pada saat-saat akhir menjelangpeperiksaan SPM.

    13. Fahami tugasan soalan sebelum menjawab. Jawab apa yang ditanya danbukannya apa yang saya tahu atau mengikut pemikiran logik sahaja.

  • 7/27/2019 Ekonomi Asas K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    32/32

    Ek i A 2 32 K M t J SPM 2010

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Pastikan setiap pelajar menguasai konsep, istilah, teori, rumus dan larasbahasa ekonomi.

    2. Pelbagaikan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran serta gunakan bahansumber pendidikan yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan bagi

    menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran.3. Beri pendedahan awal dan latihan berterusan kepada pelajar dalam bentuk-

    bentuk soalan SPM terkini bermula semasa di Tingkatan 4 agar pelajar biasadengan soalan yang berbentuk kemahiran berfikir dan menjawab berdasarkanbahan rangsangan yang diberi. Ingatkan pelajar supaya menjawab 3 soalandari Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.

    4. Wujudkan pembelajaran kontekstual yang mampu memberi ruang danpeluang kepada pelajar untuk mendekatkan diri dengan pengalaman sebenaryang berlaku di persekitaran mereka kerana ini dapat membantu menjanaidea dan percambahan minda pelajar.

    5. Pastikan pelajar melukis rajah atau keluk dengan cara yang betul tanpamengabaikan label yang perlu ada dalam rajah atau keluk tersebut seperti titik

    origin dan unit pada paksi.6. Sentiasa mengingatkan pelajar agar menulis rumus, menunjukkan cara

    pengiraan yang teratur, memberi jawapan yang tepat dan jelas serta menulisunit yang sesuai semasa latihan, ujian atau dalam peperiksaan.

    7. Bimbing pelajar menghasilkan jawapan tepat dan padat tanpa meleret-leret.Lakukan pemeriksaan latihan secara tekal dan berterusan agar kelemahandan kesilapan dapat diminimumkan.

    8. Guru perlu membina soalan yang sama standard dengan soalan SPM agarpelajar mendapat pendedahan yang berdasarkan aras soalan SPM.

    9. Galakkan dan bimbing pelajar cara belajar yang berkesan agar daya ingatandan kefahaman pelajar lebih mantap.

    10. Pastikan pelajar menguasai isi kandungan mata pelajaran Ekonomi Asassecara menyeluruh dan bukannya memilih atau memberi tumpuan kepadatajuk-tajuk tertentu sahaja.

    11. Guru perlu membuat pengesanan terhadap kelemahan pelajar dan membuatpenambahbaikan, klinikal, pengukuhan dan pengayaan.