Post on 14-Sep-2019
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIK SEK. MEN. TEK. PGKL CHEPA, KELANTAN
MEMILIH ALIRAN TEKNIKAL SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA
NOORHISHAM BIN MD. NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tarikh: ___ ___________ Tarikh: ____ ____________ ______________18 APRIL 2006 _______________ 18 APRIL 2006
_ ______________________ Nama Penyelia _____________ KELANTAN
_ _________ _______ ________ ______________________EN. YUSOF BIN BOON __________________________ 16150 KUBANG KERIAN,
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:
_ _________
(HURUF BESAR)
__________________________ PT 132 KG. PULAU RAJA,
Saya ____________ _________ ______________________________________________NOORHISHAM BIN MD. NOR ( 781104 - 03 - 5051)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: ___________________________________________________________________
_______________________________________________________________
____________________________________________________________
_________________________________
____
_______
__________________________________
SESI PENGAJIAN: ___ ___ ____
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN
EMPAT ALIRAN TEKNIK SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PGKL.
CHEPA, KELANTAN MEMILIH ALIRAN TEKNIKAL SEBAGAI
PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA
____ _____2005 / 2006 / 2
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop
dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )”
Tandatangan : ____________________
Nama Penyelia : EN. YUSOF BIN BOON
Tarikh : 18 APRIL 2006
FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR TINGKATAN
EMPAT ALIRAN TEKNIK SEK. MEN. TEK. PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
MEMILIH ALIRAN TEKNIKAL SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA
NOORHISHAM BIN MD. NOR
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : __________________________
Nama Penulis : NOORHISHAM BIN MD. NOR Tarikh : 18 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Untuk …
Ayahandaku, Md. Nor bin Ahmad, bondaku, Sahabariah binti Semail
Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan selama ini
Khas untuk isteriku yang disayangi, Nik Aliza binti Nik Mustapa dan anakku
Muhammad Harith. Terima kasih atas bantuan, galakan, kesabaran dan kepercayaan
yang berterusan
Tidak lupa kepada ahli keluargaku, Norsalwini, Faiz Affendie, Amir Faisal, Ayu
Mastura dan adik kesayanganku Nur Liyana Izzati
Terima kasih atas galakan dan bantuan yang tidak pernah pudar
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM terutama sekali
En Yusof bin Boon. Jasa kalian amat ku hargai
Terima kasih atas segala-galanya
Akan ku kenang buat selama-lamanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita
ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang
telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi
kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih
juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat
dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis,
Encik Yosof Bin Boon atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang
tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak pengetua Sekolah
Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan yang terlibat dalam penyelidikan ini
amat dihargai. Tidak lupa juga kepada individu yang terlibat sama ada secara
langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat bonda, isteri dan keluarga tersayang, segala doa restu dan
dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan
dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal sebagai pembentukan awal kerjaya.
Sampel penyelidikan ini dipilih melalui kaedah rawak mudah. Seramai 146 orang
daripada 292 orang pelajar tingkatan empat aliran teknik SMT Pengkalan Chepa,
Kelantan terlibat dalam kajian ini. Data bagi penyelidikan berbentuk deskriptif ini
diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh pelajar. Data dianalisis
dengan menggunakan Statistical Packages For The Social Science ( SPSS Version
12.0 ) serta ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Dapatan Kajian
menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih aliran
teknikal adalah disebabkan oleh faktor minat dan guru. Berdasarkan dapatan kajian,
min bagi faktor minat adalah 3.88 manakala min bagi faktor guru adalah 3.17 iaitu
berada pada tahap tinggi. Faktor ibu bapa dan keluarga serta rakan sebaya kurang
mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal. Dapatan kajian juga
menunjukkan min bagi faktor ibu bapa dan keluarga adalah 3.40 manakala min bagi
faktor rakan sebaya adalah 3.13 iaitu berada pada tahap sederhana.
vi
ABSTRACT
The research aim to identify the factors that influence the students selection
of technical field stream as a first step towards the development of a choice of
careear. The sample are selected randomly. There are 146 out of 292 technical
field students in SMT Pengkalan, Chepa Kelantan involve in this research. The data
for this descriptive research are collected through questionnair completed by student.
The data are analysed by using the Statistical Packages For The Social Science
( SPSS Version 12.0 ) and showed in frequency, percentage and mean. The finding
of the research showed that the factor influence the students selection in technical
field of study are interest and teachers factor. Accordance the finding of the research
showed mean for interest factor are 3.88 and teachers factor are 3.17 which in the
high level. While the parental and family and also age friends factor are influence
deficient students selected technical field of study. The finding of the research also
showed mean for the parental and family factor are 3.40 and age friends factor are
3.13 which in the moderate level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TASIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
viii
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Terminologi 7
1.8.1 Minat 7
1.8.2 Keluarga 7
1.8.3 Pelajar 7
1.8.4 Kerjaya 8
1.8.5 Pembentukan Awal Kerjaya 8
1.9 Penutup 8
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pilihan Kerjaya 11
2.3 Pengaruh Minat 13
2.4 Pengaruh Ibu Bapa dan Keluarga 14
2.5 Pengaruh Rakan Sebaya 17
2.6 Pengaruh Guru 18
2.7 Penutup 21
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka bentuk Kajian 22
ix
3.3 Tempat Kajian 23
3.4 Populasi Kajian 23
3.5 Sampel Kajian 24
3.6 Instrumen Kajian 24
3.6.1 Pembinaan Soal Selidik 25
3.7 Prosedur Kajian 26
3.8 Kajian Rintis 27
3.9 Analisis Data 28
3.10 Penutup 29
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS KAJIAN
BAB IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Data 30
4.3 Analisis Data Latar Belakang Responden 31
4.3.1 Taburan Responden Mengikut 31
Jantina
4.3.2 Taburan Responden Mengikut 32
Bangsa
4.3.3 Taburan Responden Mengikut 32
Kursus Yang Diikuti
4.4 Analisis Data Faktor Yang Mempengaruhi 33
Pelajar Memilih Aliran Teknikal
4.4.1 Faktor Minat 33
4.4.2 Faktor Ibu Bapa dan Keluarga 37
4.4.3 Faktor Rakan Sebaya 39
4.4.4 Faktor Guru 41
4.5 Penutup 45
x
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Perbincangan 47
5.2.1 Perbincangan Persoalan kajian 1 48
5.2.2 Perbincangan Persoalan kajian 2 50
5.2.3 Perbincangan Persoalan kajian 3 52
5.2.4 Perbincangan Persoalan kajian 4 54
5.3 Rumusan 55
5.4 Cadangan 57
5.4.1 Pihak Sekolah 58
5.4.2 Guru –Guru 58
5.4.3 Ibu Bapa dan Keluarga 59
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 60
BIBLIOGRAFI 61
LAMPIRAN
Lampiran A 66
Lampiran B 67
Lampiran C 72
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Linkert Pemeringkatan Yang Telah Diubah 25
3.2 Item Bagi Setiap Faktor 26
3.3 Pengkelasan Skala Pemeringkatan Linkert 28
3.4 Pembahagian Tahap Penilaian 29
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti 33
4.4 Taburan Responden Minat mengikut Minat Terhadap 34
Aliran Teknikal
4.5 Taburan Responden Minat mengikut Pengaruh Ibu Bapa 37
dan Keluarga Dalam Memilih Aliran Teknikal
4.6 Taburan Responden Minat mengikut Pengaruh Rakan 40
Sebaya Dalam Memilih Aliran Teknikal
4.7 Taburan Responden Minat mengikut Pengaruh Guru 42
Dalam Memilih Aliran Teknikal
4.6 Taburan Responden Minat mengikut Faktor - faktor 45
Memilih Aliran Teknikal
xii
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
SMT - Selolah Menengah Teknik
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
BPPP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Kajian BPPP 66
B Borang Soal Selidik 67
C Kebolehpercayaan ( Cronbach’s Alpha ) 72
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) adalah landasan pendidikan di Malaysia.
Objektif utama pendidikan diberikan adalah bagi melahirkan warganegara yang
seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Setiap remaja
yang menjadi warganegara Malaysia perlu dibentuk dan dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan agar mempunyai wawasan dan visi yang jauh dalam kehidupannya serta
Wawasan 2020 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).
Menurut Hieraki Maslow, setiap individu itu sewajarnya mempunyai
matlamat dan keperluan yang sama. Keperluan asas yang ada perlulah dipenuhi
untuk kepuasan dan dorongan bagi mencapai keperluan – keperluan yang lain.
Seorang pelajar akan merasakan bahawa mendapatkan sesuatu pekerjaan yang baik
dan berprestij atau mendapatkan sesuatu keputusan yang cemerlang serta dapat
melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah suatu tahap kesempurnaan kendiri.
Justeru itu, pendedahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman amatlah
diperlukan untuk mencapai tahap tersebut. Semua ini akan memudahkan bagi
mereka untuk membentuk dan merencana kerjaya masing – masing.
2
Kerjaya memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seseorang.
Kerjaya dapat mempengaruhi tingkah laku manusia secara keseluruhannya seperti
pertuturan dan gaya pakaian (Nik Aziz dan Mutter, 1982). Menurut Super (1957)
kerjaya berperanan untuk menentukan status sosial, nilai, sikap dan gaya seseorang.
Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa mempunyai sesuatu kerjaya yang baik
merupakan matlamat dalam kehidupan manusia. Oleh itu, bagaimanakah
pembentukan kerjaya itu perlu dirancang oleh seseorang pelajar ?. Seandainya para
pelajar telah memilih aliran teknikal sebagai pembentukan awal kerjaya yang
diingini, apakah pemilihan mereka bertepatan dengan potensi diri dan kemampuan
mereka ?
Holland (1973) menyatakan bahawa membuat keputusan mengenai pemilihan
kerjaya adalah amat penting supaya seseorang individu dapat memperolehi kepuasan
daripada pekerjaanya. Pemilihan kerjaya tidak sesuai akan menyebabkan seseorang
tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja secara efektif dan individu
tersebut berkemungkinan akan meninggalkan pekerjaannya begitu sahaja. Oleh itu
pembentukan kerjaya perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar seiringan
dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan. Pemilihan kerjaya
bukanlah satu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan dipengaruhi oleh
faktor-faktor luaran dan dalaman yang ada dipersekitarannya di sepanjang proses
pemilihan kerjaya itu berlaku.
Tolbert (1974) mengatakan perkembangan kerjaya merupakan satu proses
yang berterusan. Proses ini bermula daripada peringkat kanak-kanak, ke peringkat
remaja, ke peringkat awal dewasa dan seterusnya ke peringkat dewasa. Pelajar -
pelajar yang berada di tingkatan empat dan tingkatan lima merupakan golongan
dalam peringkat awal dewasa. Di dalam peringkat inilah proses pemilihan sesuatu
kerjaya yang diminati mula dibentuk dan dirancang.
Kajian yang dijalankan oleh Greig (1950) ke atas remaja di Sekolah Teknik
Victoria mendapati dengan nyata bahawa remaja kekurangan pengetahuan mengenai
3
bidang kerja yang ada. Mereka tidak memahami keperluan pendidikan dan
hubungan kebolehan mereka dengan kebolehan yang diperlukan untuk berjaya dalam
pekerjaan itu sendiri. Hampir satu per lima daripada mereka tidak menyatakan
dengan jelas bidang pilihan mereka. Oleh itu, jelas bahawa kebanyakan remaja
kekurangan asas yang mencukupi bagi mereka memilih profesion sendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah merupakan satu bidang
latihan yang menjurus pelajar ke arah kemahiran teknikal atau kemahiran vokasional.
Sistem pendidikan ini memainkan peranan penting bagi menyediakan tenaga kerja
yang separa mahir dan berpengetahuan asas untuk memenuhi kehendak sektor
industri. Pada tahu 1979, laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) yang ada disemak dan digubal semula sesuai dengan
permintaan yang semakin mendesak sejajar dengan perkembangan perindustrian
yang semakin pesat. Selanjutnya pada tahun 1993, Menteri Pendidikan Dato’ Amar
Dr. Sulaiman Daud menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
akan menumpukan perhatian yang lebih terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi di
semua peringkat persekolahan sebagai asas bagi membentuk satu masyarakat yang
saintifik dan berteknologi tinggi menjelang abad ke 21.
Hasrat kerajaan untuk menjadikan negara sebagai negara maju daripada segi
sains dan teknologi menjelang tahun 2020 terserlah apabila 69 buah SMV di seluruh
negara dinaik taraf kepada SMT pada tahun 1997. Kini terdapat 86 buah SMT di
seluruh negara termasuk 14 buah SMT di Sabah dan Sarawak. Pertukaran status
SMV ke SMT ini memperlihatkan aliran teknikal diperkenalkan di dalam Sistem
Pendidikan Teknik dan Vokasional di samping kursus aliran vokasional dan kursus
aliran kemahiran yang sedia ada. Dalam aliran teknikal yang diperkenalkan kursus-
kursus yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrikal dan
Awam.
4
Setelah dinaikkan taraf, pengambilan pelajar lepasan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) semakin meningkat setiap tahun. Pada tahun 2002 seramai 49,300
pelajar telah ditawarkan untuk masuk ke tingkatan empat di SMT di seluruh negara.
Angka ini telah meningkat sebanyak 3,040 pelajar berbanding tahun 2001. Daripada
jumlah tersebut, 32,190 pelajar ditawarkan ke aliran teknikal, 12,990 pelajar aliran
vokasional dan 4,220 pelajar ditawarkan aliran latihan kemahiran ( Berita Harian,
Ruangan ADD, m.s 22 ).
Apabila SMV di seluruh negara dinaikkan taraf kepada SMT pada tahun
1997, keadaan ini dapat memperlihatkan kepentingan aliran teknikal. Begitu juga
dengan pertambahan permohonan ke SMT telah meningkat setiap tahun, ini dapat
menggambarkan pendidikan teknik dan vokasional mula mendapat tempat di hati
pelajar.
Dapatan kajian lepas dan pernyataan yang dinyatakan di atas jelas
menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan yang lebih
kepada pembelajaran teknikal. Justeru itu menimbulkan pertanyaan kepada
penyelidik, adakah faktor minat, ibubapa dan keluarga, rakan sebaya dan guru
mempengaruhi pelajar lepasan PMR yang menuntut di tingkatan empat SMT
Pengkalan Chepa, Kelantan untuk memilih aliran teknikal sebagai pembentukan awal
kerjaya mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidik melakukan kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah
faktor – faktor yang mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal sebagai
pembentukan awal kerjaya mereka selepas peperiksaan PMR di SMT Pengkalan
Chepa, Kelantan. Kajian ini akan melihat daripada faktor minat, ibu bapa dan
keluarga, rakan sebaya dan guru.
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai bagi
mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar lepasan PMR
dalam menentukan pemilihan mereka terhadap aliran teknikal. Antaranya ialah
untuk mengetahui sama ada :
i. Faktor minat telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.
ii. Ibu bapa dan keluarga telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.
iii. Rakan sebaya telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.
iv. Guru telah mempengaruhi pelajar memilih aliran teknikal.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan supaya penyelidik dapat menghuraikan beberapa
persoalan yang timbul :
i. Adakah minat mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal ?
ii. Adakah ibu bapa dan keluarga mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran
teknikal ?
iii. Adakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal?
iv. Adakah guru mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran teknikal ?