FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan...

37
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR- PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL UNTUK MEMILIH KERJAYA DALAM BIDANG YANG DIPELAJARI HARTINI BINTI MOHD REJAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2008

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR-

PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL UNTUK MEMILIH KERJAYA DALAM

BIDANG YANG DIPELAJARI

HARTINI BINTI MOHD REJAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

iii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR-

PELAJAR ALIRAN VOKASIONAL UNTUK MEMILIH KERJAYA

DALAM BIDANG YANG DIPELAJARI

HARTINI BT MOHD REJAB

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

iv

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : HARTINI BINTI MOHD REJAB

Tarikh : APRIL 2008

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

v

DEDIKASI

Teristimewa buatmu ayah dan ibuku yang teramat dikasihi…

Mohd Rejab Bin Abu Bakar dan Hazizah Bt Alwi

Doa, nasihat, pengorbananmu menjadi panduan hidupku

Kasih sayangmu menjadi penguat hatiku…

Buat adik-adikku yang disayangi….

Fitry Hakim dan Muhammad Hafiffy

Kalian amat bermakna dalam hidup ini,

Kejayaanku, kejayaanmu jua…

Buat yang teristimewa,

Amer Kamel Bin Amer Nordin yang banyak membantu

Pengorbananmu amat ku hargai…

Buat rakan-rakanku yang dikasihi,

Kenangan bersama kalian akan kukenang selamanya….

Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…

semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran

InsyaAllah…

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya

dapat juga saya menyempurnakan kajian ini dengan jayanya walaupun terdapat

beberapa rintangan dan dugaan semasa menyiapkannya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat En. Asnul Dahar Bin Minghat dan Tuan Haji Kandar Bin Selamat

selaku Pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi

bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga

membolehkan saya menyempurnakan kajian ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu

memberikan kerjasama bagi menjayakan laporan projek penulisan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada ibu dan bapa saya

yang telah banyak memberikan dorongan dan motivasi kepada saya semasa

menyiapkan kajian ini pengorbanan serta dorongan yang diberikan amat dihargai.

Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

vii

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengenalpasti samaada

faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja, dan ibu bapa serta rakan mempengaruhi

kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang

yang dipelajari. Sampel kajian ini melibatkan seramai 127 orang pelajar aliran

vokasional yang mengikuti kursus Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan

Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan dan

Penyamanan Udara. Tempat kajian ini dijalankan ialah di Sekolah Menengah

Teknik Kluang, Johor. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai

indeks kebolehpercayaan item soal selidik ialah 0.862. Data-data yang diperolehi

dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package For

Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor jangkaan

pendapatan merupakan faktor yang tertinggi sekali dengan nilai purata min 2.73

diikuti faktor minat dengan nilai purata min 2.55 dan faktor kerja dengan nilai

purata min 2.54. Faktor ibu bapa serta rakan merupakan faktor yang terendah sekali

dengan nilai purata min hanyalah 2.23. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi

memungkinkan kajian lanjutan dijalankan.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

viii

ABSTRACT

This descriptive research is conducted to determine whether interest

factor, expected salary, work, parent and peer influence the readiness of vocational

stream’s students in choosing a career in the field studied. This research involves

127 vocational stream’s students which are undergoing Machine Practical

Workshop, Automotive, Building Structure, Electrical, Electronic, Welding and

Air-Conditioner course. The research location is at Sekolah Menengah Teknik

Kluang, Johor. Questionnaire is used as the research instrument. The reliability’s

index value of questionnaire is 0.862. Data is analyzed using Statistical Package for

Social Science (SPSS). The outcome of this research shows that expected salary is

the highest factor with mean value of 2.73, followed by interest factor with mean

value of 2.54. Parents and peers factor is the lowest mean value 2.23 which means it

least influence students in choosing their career. Several suggestions have been

given for further research in future.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN JUDUL iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

x

BAB 1 PENDAHULUAN HALAMAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.6.1 Pelajar 11

1.6.2 Guru 12

1.6.3 Pihak Pengurusan Sekolah 12

1.6.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 12

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Definisi Istilah 13

1.8.1 Faktor 13

1.8.2 Mempengaruhi 14

1.8.3 Kesediaan 14

1.8.4 Pelajar 15

1.8.5 Vokasional 15

1.8.6 Aliran Vokasional 15

1.8.7 Memilih 16

1.8.8 Kerjaya 16

1.8.9 Bidang Yang Dipelajari 17

1.8.10 Minat 17

1.8.11 Jangkaan Pendapatan 17

1.8.12 Kerja 18

1.8.13 Ibu bapa 18

1.8.14 Rakan 18

1.9 Kesimpulan 19

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

xi

BAB 2 SOROTAN PENULISAN HALAMAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Faktor Minat 21

2.3 Faktor Jangkaan Pendapatan 25

2.4 Faktor Kerja 29

2.5 Faktor Ibu Bapa Dan Rakan 30

2.6 Kesimpulan 35

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN HALAMAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Instrumen Kajian 37

3.3.1 Bahagian A 38

3.3.2 Bahagian B 39

3.4 Sampel Dan Populasi 40

3.5 Tempat Kajian 42

3.6 Kajian Rintis 42

3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 43

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 43

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 45

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 45

3.9 Kesimpulan 46

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

xii

BAB 4 ANALISIS DATA HALAMAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Data 49

4.3 Analisis Data Bahagian A (Biodata Responden) 49

4.3.1 Jantina 49

4.3.2 Bidang Kursus Yang Dipelajari 50

4.3.3 Bangsa 52

4.4 Analisis Bahagian B (Analisis Item

Mengikut Persoalan Kajian) 52

4.4.1 Persoalan Kajian Satu 53

4.4.2 Persoalan Kajian Dua 57

4.4.3 Persoalan kajian Tiga 61

4.4.4 Persoalan kajian Empat 65

4.5 Analisis Keseluruhan 69

4.6 Kesimpulan 70

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN HALAMAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan Bahagian A (Latar Belakang

Responden) 72

5.3 Perbincangan Bahagian B (Persoalan Kajian) 73

5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 74

5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 79

5.3.3 Persoalan Kajian Tiga 83

5.3.4 Persoalan Kajian Empat 86

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

xiii

5.4 Rumusan 92

5.4.1 Rumusan Latar Belakang Responden 92

5.4.2 Rumusan Persoalan Kajian 93

5.5 Cadangan 94

5.5.1 Pelajar 95

5.5.2 Sekolah 95

5.5.3 Ibu bapa 96

5.5.4 Rakan 97

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.7 Kesimpulan 98

BIBLIOGRAFI 99

LAMPIRAN

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 1.1 Jumlah Pekerja Asing Mengikut Warganegara 6

Jadual 3.1 Pemeringkatan Skala Likert 39

Jadual 3.2 Pecahan Item-item Soalan Mengikut

Persoalan Kajian 40

Jadual 3.3 Bilangan Populasi Dan Sampel Kajian

Mengikut Bidang Yang Dipelajari 41

Jadual 3.4 Pengkelasan Skor Skala Likert 46

Jadual 3.5 Pengkelasan Skor Min Dan Status 47

Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 50

Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Bidang Kursus Yang Dipelajari 51

Jadual 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 52

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Peratusan danMin Bagi Faktor Minat 54

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratusan dan Min Bagi Faktor Jangkaan

Pendapatan 58

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

xv

Peratusan dan Min Bagi Faktor Kerja 62

Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan,

Peratusan dan Min Bagi Faktor Ibu Bapa

serta Rakan 66

Jadual 4.8 Analisis Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan

Kajian dalam Nilai Purata Peratusan dan Purata Min 69

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Pengesahan dari Fakulti

C Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Johor

E Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian

Rintis

F Pengesahan Instrumen Kajian

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

xvii

SENARAI SINGKATAN

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPSS Statistical Package For Sosial Science

BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi sebuah negara maju.

Wawasan 2020 yang telah diinspirasikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang

keempat iaitu Yang Amat Berhormat Tun Mahathir B. Mohamad telah menjadi

matlamat kita semua. Untuk menjadi sebuah negara yang maju, Malaysia telah

mengalihkan tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian. Dalam tempoh

masa kurang 12 tahun sahaja lagi menjelang tahun 2020, Malaysia kini sedang giat

menjalankan kerja-kerja yang menjurus kepada kemajuan negara. Untuk merealisasikan

hasrat ini, kepakaran dan kemahiran dalam bidang teknologi amat diperlukan oleh

negara kita. Oleh yang demikian, Malaysia amat memerlukan pekerja-pekerja

professional, mahir dan separa mahir dalam bidang-bidang teknologi seperti kimpalan,

automotif, binaan bangunan, elektronik, elektrik dan lain-lain. Dalam memperkatakan

tentang penyediaan pekerja mahir dan separa mahir, Ramlee (2000) berpendapat bahawa

dalam merealisasikan Wawasan 2020 secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa

pendidikan teknik dan vokasional dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan

separa mahir.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

2

Merujuk kepada Laporan Kajian Sistem Pelajaran Vokasional Di Semenanjung

Malaysia (1981) pembangunan negara terutama dalam bidang industri memerlukan lebih

ramai lagi tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Memandangkan hal tersebut, usaha

yang bersungguh-sungguh perlu diambil untuk melatih tenaga rakyat bagi memenuhi

keperluan yang bertambah. Dalam konteks inilah sekolah-sekolah vokasional dapat

memberikan sumbangan yang positif ke arah pencapaian matlamat negara dalam

menyediakan tenaga rakyat yang cekap dan berkebolehan untuk mencapai tujuan Dasar

Ekonomi Baru (halaman 16).

Mahathir (1991) ada menyatakan pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri

Malaysia adalah bergantung kepada keupayaan kita untuk mempertahankan produktiviti

yang tinggi dan daya saing di arena antarabangsa. Daya saing dan produktiviti industri

pula bergantung kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir, dan bermotivasi

tinggi. Rakyat adalah sumber utama. Tanpa ragu-ragu pada tahun 1990an dan

seterusnya, Malaysia mestilah memberi perhatian sepenuhnya kepada pembangunan

sumber yang amat penting ini.

Hal ini memperlihatkan bahawa pendidikan teknik dan vokasional terutamanya

aliran vokasional diberikan tanggungjawab yang besar untuk melahirkan tenaga kerja

yang mahir, berkebolehan dan berpendidikan agar dapat membantu negara mencapai

hasrat menjadi negara maju. Aliran vokasional merangkumi kursus seperti Amalan

Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi

Logam serta Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

3

Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) dalam Mohd Sahibudilah (2004)

berpendapat bahawa pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan

ekonomi dan sosial negara. Negara yang sedang pesat membangun memerlukan tenaga

professional dan separa professional bagi menentukan kesinambungan pembangunan

negara. Mereka merupakan aset terpenting yang merencanakan teras pembangunan

sesebuah negara.

Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memasuki alam pekerjaan terbuka

luas kepada pelajar-pelajar aliran vokasional ini. Bagi merebut peluang pekerjaan di

negara ini, ramai majikan yang bersedia untuk menerima pelajar-pelajar vokasional

bekerja dengan mereka. Hal ini dibuktikan melalui Laporan Kajian Sistem Pelajaran

Vokasional Di Semenanjung Malaysia yang dijalankan pada tahun 1981. Merujuk

kepada laporan ini, sebanyak 45.2 % lepasan sekolah vokasional hanya menunggu di

antara satu hingga enam bulan sahaja sebelum mendapatkan pekerjaan. Ini

menunjukkan bahawa pelajar lepasan sekolah vokasional amat diperlukan dalam

memenuhi kehendak pasaran kerja negara.

1.2 Latar belakang masalah

Ke arah mencapai Wawasan 2020, negara Malaysia memerlukan ramai tenaga

kerja professional, pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang teknologi. Sekolah

Menengah Teknik dan Vokasional diharapkan agar dapat melahirkan ramai rakyat

Malaysia yang berpengetahuan dalam bidang teknologi selaras dengan matlamatnya

iaitu:

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

4

(i) Membantu negara dalam proses pembangunan industri melalui program

pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan tenaga manusia terlatih

serta berpengetahuan teknikal.

(ii) Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar melanjutkan

pelajaran dalam bidang teknologi.

(iii) Memperkembangkan minat di kalangan pelajar dalam bidang sains dan

teknologi.

(iv) Memperkembangkan sikap pekerjaan yang positif, bertanggungjawab dan

berdisiplin di kalangan pelajar.

Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), Sekolah Menengah

Vokasional (SMV) yang ada sekarang disemak dan digubal semula sesuai dengan

permintaan yang semakin mendesak sejajar dengan perkembangan perindustrian yang

semakin pesat. Langkah ini adalah sesuai bagi meningkatkan imej dan status sekolah-

sekolah ini (halaman 10).

Dalam situasi negara yang memerlukan ramai tenaga kerja mahir dan separa

mahir yang berpengetahuan dan berkemahiran di kalangan rakyat negara ini, negara kita

mengalami masalah kekurangan pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang

teknologi. Dengan adanya pelajar-pelajar aliran vokasional yang telah dijuruskan dalam

bidang-bidang pengkhususan mereka, Malaysia sewajarnya tidak lagi menghadapi

masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir sehingga perlu mengambil

pekerja asing bekerja di negara ini.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

5

Kong Cho Ha (2004) berkata bahawa negara akan menghadapi kekurangan

35,000 tenaga mahir dalam pelbagai bidang terutama sains, teknologi serta kejuruteraan

menjelang tahun 2005. Beliau mengingatkan, kegagalan melahirkan generasi pelapis

dan professional dalam bidang tersebut akan menimbulkan ancaman besar kepada

pembangunan ekonomi negara. Tambah beliau lagi, kita tidak ada alternatif lain kecuali

mengukuhkan program pendidikan kita untuk melatih sumber manusia yang mahir

dalam bidang-bidang ini secara bersepadu serta berterusan. Kerajaan menyasarkan

jumlah keseluruhan sekolah teknik dan vokasional di seluruh negara kepada 96 buah

menjelang 2006 untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan,

pengurusan kewangan dan elektrik.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri,

Johor Bahru, Johor (2005) terhadap pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia aliran

Vokasional (SPMV) sekolah tersebut mendapati bahawa daripada 12 orang pelajar,

hanya seorang sahaja pelajar lepasan SPMV ini yang bekerja dalam bidang yang

dipelajari seperti sewaktu di sekolah. Hasil kajian tersebut turut mendapati enam

daripada pelajar lepasan SPMV tersebut menyambung pelajaran di peringkat sijil,

diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan dan Automotif manakala tiga pelajar lain

menyambung pelajaran dalam bidang sastera dan pengurusan.

Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Fu Ah Kiow (2007), terdapat hampir

dua juta pekerja asing di negara ini. Jumlah yang dinyatakan ini dengan jelas

menunjukkan bahawa negara kita sedang dibanjiri oleh pekerja–pekerja asing. Pekerja-

pekerja asing ini bekerja dalam bidang-bidang seperti pembinaan, perladangan dan

bidang- bidang lain sehingga ke pejabat berhawa dingin. Apa yang menghairankan kita

semua, negara kita mempunyai begitu ramai pelajar-pelajar vokasional yang boleh

bekerja sebagai pekerja mahir dan separa mahir, namun mengapakah Malaysia masih

lagi memerlukan begitu ramai pekerja asing. Di manakah pelajar-pelajar vokasional

yang telah dilatih mengikut bidang pengkhususan mereka? Pelajar-pelajar vokasional

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

6

ini telah dilatih mengikut bidang pengkhususan mereka seperti Amalan Bengkel Mesin,

Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektonik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta

Penyejukan dan Penyamanan Udara. Contoh kebanjiran pekerja asing paling ketara yang

boleh kita semua lihat ialah dalam sektor pembinaan. Sektor ini dengan jelasnya

dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing yang perlu dilatih semula. Perkara ini akan

mendatangkan kerugian kepada negara kita.

Jadual 1.1 menunjukkan bilangan pekerja asing yang sah di negara ini dengan

dikeluarkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) pada 31.3.2006. Jumlah pekerja asing ini

adalah seramai 1,850,063 orang.

Jadual 1.1: Jumlah pekerja asing mengikut warganegara

BIL. WARGANEGARA JUMLAH

1 Bangladesh 58,878

2 Kemboja 6,637

3 India 139,716

4 Indonesia 1,215,036

5 Myanmar 92,020

6 Nepal 200,220

7 Pakistan 15,021

8 Filipina 22,080

9 Sri Lanka 5,076

10 Thailand 7,282

11 Vietnam 86,836

12 Lain-lain 2,262

JUMLAH BESAR 1,850,063

(Sumber : www.parlimenmalaysia.com.my)

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

7

Shukor (1998) ada menyatakan bahawa pengambilan pelajar lepasan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan

Sekolah Menengah Vokasional (SMV) meningkat 3,595 orang pelajar iaitu dari 20,900

orang pelajar pada tahun 1997 kepada 24,495 orang pelajar pada tahun 1998. 13,540

orang pelajar ditawarkan untuk pengambilan aliran kejuruteraan teknikal manakala

10,955 orang aliran vokasional. Menurut beliau, sambutan pelajar memang

menggalakkan. Pada kebiasaannya, kementerian menerima permohonan 4 kali ganda

daripada jumlah yang ditawarkan iaitu di antara 80,000 hingga 90,000 permohonan.

Kenyataan yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat begitu

ramai pelajar yang berminat dengan pendidikan vokasional di negara kita. Namun

begitu, adakah mereka masih berminat untuk memilih kerjaya dalam bidang yang telah

dipelajari kelak? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar

aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari? Oleh yang

demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam

bidang yang dipelajari.

Dalam membuat keputusan dan pemilihan mengenai sesuatu perkara, terdapat

pelbagai perkara yang mempengaruhi keputusan dan pemilihan tersebut. Menurut

Tolbert (1974) setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang itu dipengaruhi oleh

berbagai faktor termasuklah pengaruh orang lain, keadaan, keperluan, masa, kebolehan

serta minat. Hal yang sama juga turut berlaku dalam pemilihan kerjaya seseorang.

Pemilihan kerjaya yang tepat dengan latar belakang individu adalah amat

penting. Dewan Siswa (1997) ada menyatakan bahawa pemilihan kerjaya yang tepat

dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri adalah sangat penting

dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang. Tersalah pilih atau tersalah mengatur

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

8

strategi dalam memilih pekerjaan boleh menimbulkan rasa bosan dalam bekerja,

menyesal, menanggung kerugian atau lain-lain risiko yang tidak menyenangkan dalam

hidup.

Pernyataan ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat yang diutarakan oleh

Strong (1943) yang mengatakan bahawa pemilihan kerjaya merupakan satu penglahiran

tindakan-tindakan yang mencerminkan pengetahuan individu itu terhadap pekerjaan

yang dipilih, gambaran personaliti, kebolehan dan motivasi individu yang membuat

pemilihan kerjaya tersebut.

Salah satu faktor yang mempengaruhi seseorang itu dalam pemilihan kerjaya

ialah minat. Menurut Crow dan Crow (1988) minat sebagai penggerak, seseorang itu

boleh mengembangkan minat dan seterusnya berusaha dengan gigih sehingga baik.

Pendapatan atau gaji merupakan suatu perkara yang amat penting dalam

kehidupan hari ini. Terdapat kes-kes berlakunya mogok dikalangan pekerja apabila

mereka tidak berpuas hati dengan gaji yang diberikan. Menurut Jabatan Perangkaan

(1978), gaji atau pendapatan adalah merujuk kepada penerimaan secara tunai atau benda

yang berulang kepada seorang pekerja secara tetap pada kadar tahunan atau jarak masa

yang lebih daripada kerap.

Faktor kerja merupakan faktor seterusnya yang dipilih oleh pengkaji dalam

kajian ini. Menurut Holland (1973) seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu

pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang

pekerjaan, pangkat, bentuk kerja dan ganjaran.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

9

Faktor ibu bapa dan rakan turut mempengaruhi seseorang itu dalam pemilihan

kerjaya. Hal ini disokong oleh Ginzbug (1951) yang menyatakan bahawa terdapat

pengaruh ibu bapa terhadap pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Beliau mendapati ibu

bapa mempengaruhi anak-anak dengan cara memberi satu contoh pergerakan atau

penyerupaan. Bagi faktor pengaruh rakan pula, kajian yang telah dibuat oleh Suhaimi

(1996) mendapati remaja lebih terpengaruh dengan rakan sebaya daripada orang lain

dalam pelbagai aspek. Ramai remaja mula mempelajari erti kehidupan bersama rakan

sebaya mereka. Pembentukan peribadi dan watak pelajar turut dipengaruhi peribadi

rakan yang didampingi. Lazimnya remaja akan menjadi baik serta berjaya apabila

mereka bersahabat dengan rakan yang baik dan rajin belajar. Begitu juga sebaliknya.

1.3 Pernyataan masalah

Masalah kekurangan pekerja mahir dan kebergantungan terhadap pekerja asing

dalam bidang-bidang teknologi seperti kimpalan dan binaan bangunan menjadi satu

masalah yang perlu diselesaikan dengan segera oleh negara ini. Pelajar-pelajar aliran

vokasional amat diperlukan untuk menjadi sumber tenaga kerja dalam bidang-bidang ini.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang

dipelajari dari aspek minat, jangkaan pendapatan, kerja dan ibu bapa serta rakan.

Page 28: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

10

1.4 Objektif Kajian

Merujuk kepada pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, pengkaji

telah mengenalpasti beberapa objektif kajian dalam penyelidikan ini iaitu :

i Mengenalpasti samaada faktor minat mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar

aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.

ii Mengenalpasti samaada faktor jangkaan pendapatan mempengaruhi kesediaan

pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang

dipelajari.

iii Mengenalpasti samaada faktor kerja mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar

aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.

iv Mengenalpasti samaada faktor keluarga serta rakan mempengaruhi kesediaan

pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang

dipelajari.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan menjawab beberapa persoalan

berikut iaitu :

i Apakah faktor minat mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional

untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?

Page 29: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

11

ii Apakah faktor jangkaan pendapatan mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar

aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?

iii Apakah faktor kerja mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional

untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?

iv Apakah faktor keluarga serta rakan mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar

aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas sama

ada kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang

yang dipelajari adalah dipengaruhi oleh faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja dan ibu

bapa serta rakan. Perkara ini perlu dipertimbangkan oleh pihak pelajar, guru, dan pihak

pengurusan sekolah. Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan seperti berikut :

1.6.1 Pelajar

Agar dapat merencana dan merancang matlamat pembelajaran mereka dengan

jelas dan tepat. Pelajar juga diharap agar dapat meningkatkan kesediaan mereka untuk

memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.

Page 30: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

12

1.6.2 Guru

Agar dapat meningkatkan usaha untuk memberikan pengetahuan dan

pendedahan tentang bidang yang diajar. Guru juga diharap agar dapat meningkatkan

kesediaan pelajar untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.

1.6.3 Pihak Pengurusan Sekolah

Agar dapat menyusun program dan aktiviti motivasi serta pendedahan yang

sewajarnya tentang alam pekerjaan kepada pelajar bagi meningkatkan kesediaan pelajar

untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.

1.6.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

Agar dapat memberi hubungkait antara sekolah dan alam pekerjaan kepada

pelajar bagi meningkatkan kesediaan pelajar untuk memilih kerjaya dalam bidang yang

dipelajari.

Page 31: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

13

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar–pelajar aliran vokasional tingkatan 4.

Hanya pelajar-pelajar aliran vokasional sahaja yang menjadi sampel dalam kajian ini.

Pelajar-pelajar aliran vokasional yang menjadi sampel terdiri daripada pelajar-pelajar

yang mengikuti kursus Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik,

Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Kajian ini memberi perhatian kepada empat faktor yang mempengaruhi kesediaan

pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari

iaitu faktor minat, jangkaan pendapatan, kerja dan faktor ibu bapa serta rakan.

1.8 Definisi Istilah

Berikut diberikan beberapa definisi istilah yang telah digunakan dalam kajian

ini :

1.8.1 Faktor

Menurut Kamus Dewan (1994), faktor ialah unsur atau sebab yang

menyumbang kepada sesuatu hasil. Manakala menurut The Oxford English Dictionary

pula, faktor membawa maksud sesuatu elemen yang terdapat dalam komponen tertentu

yang membuatkan hasil atau sebagai agen. Dalam kajian ini faktor yang dimaksudkan

Page 32: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

14

ialah faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk

memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.

1.8.2 Mempengaruhi

Menurut Kamus Dewan ( 1994 ), mempengaruhi bermaksud pengaruh atas,

menggunakan pengaruh kepada atau menguasai. Dalam konteks kajian ini,

mempengaruhi membawa maksud perkara atau aspek yang memberi kesan terhadap

kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang

dipelajari.

1.8.3 Kesediaan

Menurut Kamus Dewan (1994), kesediaan bermaksud perihal sedia,

kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan membawa maksud

kerelaan untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari.

Page 33: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

15

1.8.4 Pelajar

Menurut Kamus Dewan (1994 ), pelajar bermaksud orang yang belajar atau

orang yang mengaji. Dalam kajian ini, pelajar ialah pelajar tingkatan empat aliran

vokasional yang mengikuti kursus-kursus seperti Amalan Bengkel Mesin, Automotif,

Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan

dan Penyamanan Udara.

1.8.5 Vokasional

Merujuk kepada Kamus Dewan (1994), vokasional ialah pendidikan amali

yang menitik beratkan kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan (professional

dan sebagainya). Dalam konteks kajian ini, vokasional merujuk kepada aliran yang

sedang diikuti oleh sampel kajian.

1.8.6 Aliran Vokasional

Dalam kajian ini, aliran vokasional merujuk kepada kursus Amalan Bengkel

Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam

serta Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Page 34: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

16

1.8.7 Memilih

Menurut Kamus Dewan (1994), memilih bermaksud menunjukkan

(menentukan) barang (orang dan lain-lain) yang disukai. Dalam konteks kajian ini,

memilih merujuk kepada memilih bidang pekerjaan.

1.8.8 Kerjaya

Kamus Dewan (1994) menyatakan bahawa kerjaya ialah penglibatan yang

berterusan serta perkembangan dan kemajuan seseorang di dalam suatu lapangan

(profesion, kegiatan dan sebagainya) biasanya sebagai cara mencari punca pendapatan

kehidupan. Menurut Mansur Abdullah (1986), kerjaya boleh dimaksudkan sebagai

keseluruhan bidang kerja yang dialami oleh seseorang itu sepanjang hayatnya.

Wilensky (1961) pula mendefinisikan kerjaya sebagai satu pekerjaan yang teratur iaitu

setiap pekerjaan merupakan persediaan bagi yang berikutnya.

National Vocational Guidance Association telah mendefinisikan kerjaya

sebagai kesinambungan kerjaya individu itu atau sebaliknya, interaksi antara pilihan

pendidikan dan pekerjaan yang meliputi suatu jangka masa, urutan pekerjaan dan

kedudukan yang disandang. Dalam konteks kajian ini, kerjaya merujuk kepada

pekerjaan dalam bidang yang sedang dipelajari oleh sampel pada masa kajian ini

dijalankan.

Page 35: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

17

1.8.9 Bidang yang dipelajari

Dalam kajian ini, bidang yang dipelajari merujuk kepada bidang kursus yang

diikuti oleh sampel iaitu Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan,

Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam serta Penyejukan dan Penyamanan

Udara.

1.8.10 Minat

Tolbert (1974) menyatakan bahawa minat ialah satu kecenderungan bagi

seseorang individu untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu perkara yang

menjuruskan mereka ke pilihan kerjaya di bidang tertentu. Dalam konteks kajian ini,

minat membawa maksud minat terhadap aliran vokasional.

1.8.11 Jangkaan Pendapatan

Kamus Dewan (1994) menyatakan bahawa jangkaan bermaksud apa-apa yang

dijangka, dugaan, sangkaan. Menurut kamus ini juga, pendapatan bermaksud jumlah

wang yang diperolehi dalam jangka waktu tertentu (sebagai hasil daripada mata

pencarian, kerja yang dilakukan dan sebagainya), hasil yang terdiri daripada gaji dan

lain-lain. Dalam konteks kajian ini, jangkaan pendapatan membawa maksud jangkaan

sampel terhadap pendapatan yang akan diperolehi dalam aliran vokasional.

Page 36: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

18

1.8.12 Kerja

Merujuk kepada Kamus Dewan (1994), kerja ialah kewajipan yang mesti

dilaksanakan, sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan. Dalam konteks kajian ini, kerja

membawa maksud kerja yang perlu dilakukan dalam aliran vokasional.

1.8.13 Ibu bapa

Menurut Kamus Dewan (1994), ibu bapa ialah orang tua (yakni emak dan

ayah). Dalam konteks kajian ini, ibu bapa membawa maksud orang yang mempengaruhi

kesediaan sampel untuk memilih kerjaya dalam aliran vokasional.

1.8.14 Rakan

Merujuk kepada Kamus Dewan (1994), rakan ialah sahabat, handai, taulan,

teman (sepermainan, sekerja dan lain-lain). Dalam konteks kajian ini, rakan membawa

maksud orang yang mempengaruhi kesediaan sampel untuk memilih kerjaya dalam

aliran vokasional.

Page 37: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI · PDF fileiii faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar-pelajar aliran vokasional untuk memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari hartini

19

1.9 Kesimpulan

Dalam bab ini, pengkaji telah menghuraikan tentang latar belakang masalah,

pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian

dan definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.