Post on 28-Oct-2015
description
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS
MAJOR IN ENGLISH
SEMESTER 1
HBEF2103MAC12
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
NAME : CRISTINA JOHNNY
MATRICULATION NO. : 781226125338001
IDENTITY CARD NO. : 781226125338
TELEPHONE NO. : 012-8661887
EMAIL : mrskennyfred@rocketmail.com
crisfred@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER)
TUTOR : EN. WAN MOHAMAD BIN W. MUDA
Cristina johnny 781226125338001
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Isi Kandungan 1
2.0 Pengenalan 2-4
3.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Individu
3.1 Perbezaan Individu 5-8
3.2 Persepsi Dan Penanggapan 9-10
3.3 Kecerdasan 11-12
3.4 Kemahiran Berfikir 13
4.0 Langkah-Langkah Melibatkan Murid Pelbagai Pencapaian Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran 14
4.1 Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid 15-16
4.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan 17
4.3 Pendekatan Elektif 18
4.4 Pendekatan Tematik 19
5.0 Penutup 20
6.0 Rujukan 21
1
Cristina johnny 781226125338001
2.0 Pengenalan
Pencapaian akademik yang baik penting untuk membantu seseorang itu memperoleh pekerjaan
yang dapat menjamin kelangsungan hidupnya. Menurut Research Center On Academic Success
[CRIRES ] ( 2005 ), pencapaian akademik adalah pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh
oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pencapaian akademik ini
adalah hasil daripada proses pembelajaran yang berlaku, yakni, sejauh mana murid dapat
membuat perubahan tingkah laku terutama dari segi kognitif.
Menurut Stalling ( 1973 ), pembelajaran berlaku berdasarkan 3 aspek iaitu; pembelajaran
haruslah menampakkan perubahan dalam tingkah laku; melibatkan sesuatu pemikiran; dan
menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Rahil Mahyuddin ( 2000 ) pula
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan
ketrampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan intelek.
Saya telah membuat kajian ke atas 2 orang murid iaitu, murid A yang mempunyai
pencapaian akademik lemah dan murid B yang mempunyai pencapaian akademik baik. Kedua-
dua murid ini berada di Tahun 5 ( berumur 11 tahun ).
Hasil daripada kajian dan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa kedua-dua murid ini
mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi individualiti (perbezaan individu ), persepsi
dan penanggapan, kecerdasan dan juga kemahiran berfikir. Faktor-faktor inilah yang
mempengaruhi penguasaan pembelajaran mereka seterusnya menentukan sejauh mana
pencapaian akademik mereka, seperti yang tunjukkan dalam rajah 2.0(i).
Berdasarkan keputusan kajian saya ini, saya mencadangkan teori pembelajaran
konstruktivisme diaplikasikan dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran serta
pendekatan yang sesuai untuk melibatkan murid-murid yang berbeza pencapaian akademik
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini saya tunjukkan dalam rajah 2.0(ii).
2
Cristina johnny 781226125338001
Rajah 2.0(i) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid A
dan Murid B
3
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PENCAPAIAN
AKADEMIK
Perbezaan Individu
Persepsi dan
Penanggapan
Kemahiran
Berfikir
Personaliti dan Sikap
Sosio-ekonomi
dan Asuhan
Keluarga
Suasana Tempat Tinggal dan
Pengaruh Rakan Sebaya
Kecerdasan
Cristina johnny 781226125338001
Rajah 2.0(ii) Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Guru Untuk Melibatkan
Murid-Murid Dengan Pencapaian Akademik Yang Berbeza Dalam
Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran.
4
Langkah-Langkah P & P Dalam
Kelas Yang Mempunyai Murid
Pelbagai Pencapaian
Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
Pendekatan Pengajaran
dan Pembelajaran
Berpusatkan Murid
Berpusatkan Bahan
Pendekatan Elektif
Pendekatan Tematik
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Cristina johnny 781226125338001
3.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid
3.1 Perbezaan Individu
Dengan berdasarkan kepada pendapat Borich dan Tombari ( 1997 ), saya merumuskan bahawa
perbezaan individu adalah variasi yang boleh dilihat di kalangan ahli-ahli dalam sesuatu
kelompok yang mempunyai karakteristik atau ciri-ciri tertentu seperti; temperamen atau tret
personaliti ataupun sikap; tahap tenaga; corak persahabatan; dan kebergantungan kepada
keluarga terutama ibu-bapa. Perbezaan individu murid A dan murid B ini saya tunjukkan dalam
jadual 3.1(i).
Jadual 3.1(i) Perbezaan Individu Murid A dan Murid B
Murid
Ciri-Ciri
Murid A Murid B
Personaliti dan Sikap - Ekstrovert
- Sukar bekerjasama
- Sukar menumpukan
perhatian
- Pemarah
- Ambivert
- Beridisiplin
- Tenang
- Boleh dipercayai
Sosio Ekonomi dan
Asuhan Keluarga
- Pendapatan ibubapa
hanya cukup untuk
keperluan asas
- Cara asuhan indulgent
- Pendapatan ibubapa
dapat menampung
keperluan
persekolahannya
- Cara asuhan autoritatif
Suasana Tempat Tinggal
dan Pengaruh Rakan
Sebaya
- Tinggal di kawasan yang
padat
- Isi rumah ramai/jiran
bising
- Ramai rakan sebaya yang
suka melepak
- Tinggal di kawasan
penempatan kerajaan
- Jiran-jiran tidak membuat
bising
- Tidak ramai rakan sebaya
yang melepak
5
Cristina johnny 781226125338001
3.1.1 Personaliti dan Sikap
Murid A merupakan murid yang terlalu ekstrovert, yakni, dia suka membuat bising dan
mengganggu rakan-rakannya semasa mereka sedang membuat aktiviti seperti latihan dalam
kumpulan dan sebagainya. Murid A seringkali membuat intimidasi dan provokasi dan kelihatan
seronok apabila orang menumpukan perhatian kepadanya meskipun perhatian itu sebenarnya
adalah dalam bentuk kemarahan. Murid A selalu menyampuk semasa guru sedang mengajar
tetapi apabila diajukan soalan, dia tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat dan
kadang-kadang hanya berdiam diri sahaja apabila ditanya. Akibat daripada sikapnya ini, dia tidak
mempunyai ramai kawan yang sudi membantunya apabila dia memerlukan bantuan dalam satu-
satu tugasan yang diberikan. Akibat daripada tingkahlaku disruptifnya ini, dia tidak dapat
menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dan ketinggalan banyak isi-isi
pelajaran.
Murid B pula mempunyai tret personaliti ambivert iaitu dia aktif apabila keadaan
memerlukannya berbuat demikian dan akan senyap apabila perlu. Murid ini senang dibawa
berbincang dan tidak cepat marah. Murid ini juga tenang dan sentiasa berfikir dahulu sebelum
membuat apa-apa keputusan. Apabila guru bertanya soalan kepadanya, dia akan menjawab
soalan tersebut dengan berhati-hati dan selalunya dia dapat memberikan jawapan yang tepat. Dia
disenangi oleh ramai murid lain dan sering dipilih menjadi ketua dalam satu-satu kumpulan atau
tugasan yang dilakukan. Penumpuan dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan oleh murid B
membantunya mendapat input pelajaran yang optimum semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
3.1.2 Sosio-ekonomi dan Asuhan Keluarga
Ibu murid A bekerja sebagai pembantu kedai di Pekan Kunak manakala ayahnya pula bekerja di
sebuah kilang yang terletak di Kota Kinabalu. Ayahnya hanya akan pulang beberapa kali dalam
setahun dan ibunya bekerja sehingga lewat petang setiap hari. Murid A mempunyai seramai 5
orang adik beradik yang semuanya masih bersekolah dan mereka dijaga oleh nenek mereka yang
sudah berusia. Pendapatan kedua ibubapa murid A ini mungkin hanya cukup untuk menampung
keperluan asas mereka sekeluarga, iaitu membayar sewa tempat tinggal, membeli bahan
6
Cristina johnny 781226125338001
makanan dan membayar bil-bil air serta elektrik. Murid ini tidak dapat membeli buku-buku
rujukan tambahan yang diperlukan untuk membantunya mengukuhkan pembelajarannya.
Ibubapanya juga tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menghantar murid A kelas
tuisyen.
Murid A juga dididik dengan cara ‘indulgent’ oleh ibunya. Mungkin kerana ibu murid A
bekerja sehingga lewat petang dia tidak tahu perkembangan anaknya dan tidak tahu sikap
sebenar anaknya. Ibu murid ini akan mempercayai semua yang diberitahu oleh anaknya tanpa
menyelidik dahulu kebenarannya. Ibu murid ini pernah datang ke sekolah membuat aduan
apabila anaknya diambil tindakan disiplin setelah berulang kali melakukan kesalahan disiplin
dan beliau membela anaknya dengan mengatakan bahawa anaknya itu didenda secara tidak adil.
Walaupun setelah ditunjukkan salinan surat-surat kesalahan disiplin yang tidak disampaikan oleh
anaknya kepadanya, ibu murid A masih tetap membela anaknya. Cara didikan ‘ indulgent’ ini
menyebabkan murid A tidak berdisiplin dan membentuk sahsiah yang tidak baik. Dia tidak
teragak-agak untuk melanggar peraturan disiplin sekolah kerana dia tahu ibunya akan
menyebelahinya walau apapun yang dia lakukan.
Murid B pula tinggal bersama ayahnya yang betugas sebagai seorang anggota polis dan
ibunya yang bekerja sebagai seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah. Dia juga tinggal dengan
neneknya dan ibubapanya juga menggaji seorang pembantu rumah. Dia mempunyai 3 orang adik
beradik. Boleh dikatakan, murid ini mempunyai sebuah keluarga yang rapat atau ‘close knitted
family’. Murid B mempunyai akses kepada pelbagai bahan pembelajaran seperti buku-buku
rujukan, kamus, alat-alat pembelajaran seperti ‘puzzle’ dan sebagainya yang boleh membantu
perkembangan kemahiran berfikirnya, kerana ibubapanya boleh mempunyai sumber kewangan
yang mencukupi untuk menampung keperluan tersebut. Murid B juga dihantar menghadiri
beberapa kelas tusiyen bagi membantu penguasaannya dalam matapelajaran tertentu. Ini dapat
membantu murid B memperkukuhkan lagi pembelajarannya dan memberinya lebih motivasi
untuk belajar.
Selain daripada itu, ibubapa murid B mengamalkan cara didikan autoritatif; murid B
diberi ruang membentuk jati dirinya sendiri tetapi dalam masa yang sama, ibubapanya
menerapkan nilai kawalan dan disiplin bagi memandu murid B dalam pergaulannya dengan
masyarakat. Murid B akan didenda oleh ibubapanya sekiranya didapati dia melanggar sesuatu
7
Cristina johnny 781226125338001
peraturan terutamanya peraturan sekolah. Murid B mempunyai jadual waktu sendiri untuk
bermain, menonton televisyen dan belajar. Murid B juga dididik oleh ibubapanya untuk
membantu dalam tugas seharian di rumahnya seperti mencuci pinggan mangkuk dan membasuh
pakaiannya sendiri. Setiap kejayaannya akan diberikan pujian dan ganjaran oleh keluarganya
dengan cara membawa murid B ke restoran kegemarannya ataupun membelikan murid B buku
cerita baharu. Akibat daripada didikan ibubapanya ini, murid B menjadi murid yang berdisiplin
dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya.
3.1.3 Suasana Tempat Tinggal dan Pengaruh Rakan Sebaya
Murid A tinggal di satu kawasan penempatan yang amat padat. Penumpuannya untuk belajar
akan terganggu kerana suasana terlalu bising bukan sahaja akibat jarak antara rumah yang terlalu
dekat, yakni, hanya beberapa langkah sahaja antara satu sama lain tetapi juga kerana faktor isi
rumah yang terlalu ramai. Rakan-rakan sebaya yang ramai juga turut mempengaruhi murid ini
sehingga dia leka terhadap pelajaran. Rakan-rakannya akan membawanya melepak atau bermain
bersama sehingga lewat petang menyebabkan dia penat apabila tiba ke rumah. Ini
mengakibatkan murid A seringkali tidak membuat kerja rumahnya dan jarang sekali
mengulangkaji pelajaran.
Murid B pula tinggal di perumahan kerajaan ( Flat Perumahan Polis ), yang dekat dengan
perpustakaan dan juga masjid. Suasana di tempat tinggalnya lebih tenang kerana semua
peraturan berkaitan tidak membuat bising dan tidak mengganggu ketenteraman diamalkan di
penempatan kerajaan. Keadaan ini membolehkannya menelaah pelajarannya dengan lebih baik.
Selain daripada itu, dia juga boleh ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan pelajaran yang
diperlukannya. Mereka sekeluarga juga sering ke masjid untuk bersembahyang bersama dan ini
membantunya membentuk jatidiri yang utuh.
8
Cristina johnny 781226125338001
3.2 Persepsi dan Penanggapan
Menurut Slavin ( 1997 ), persepsi bermaksud membuat interpretasi atau memberi makna kepada
ransangan yang diterima. Apabila persepsi telah dibuat, seseorang itu akan membentuk konsep
dan kefahamannya, dan inilah yang disebut sebagai penanggapan. Perbezaan persepsi dan
penanggapan murid A dan murid B saya tunjukkan dalam jadual 3.2(i).
Murid A mempunyai kesukaran mengenal pasti maklumat penting atau membuat hubung
kait dan ini menyebabkan dia tidak dapat membentuk konsep yang tepat bagi mengukuhkan
pembelajarannya. Sebagai contoh, saya telah menunjukkan kepada murid ini beberapa keping
gambar, iaitu, gambar sungai yang kotor, gambar sebuah kawasan penempatan dengan sampah
bertaburan, gambar sebuah tong sampah yang tidak ditutup dan gambar sebatang longkang yang
tersumbat. Apabila saya bertanya kepada murid A, tajuk apakah yang akan dipelajarinya pada
hari tersebut, dia tidak dapat memberi tanggapan yang tepat. Dia hanya boleh memberitahu apa
yang dilihatnya pada gambar sahaja, contohnya, dia berkata , “gambar sungai, gambar kawasan
perumahan, gambar tong sampah dan gambar longkang.” Dia tidak dapat membuat tanggapan
yang lebih terhadap ransangan yang diterimanya.
Apabila gambar-gambar yang sama saya tunjukkan kepada murid B, sambil dia melihat
gambar tersebut dia sudah mula membuat interpretasi, contohnya, dia berkata, “ gambar sungai
yang kotor, gambar kawasan perumahan yang kotor, gambar tong sampah yang tidak ditutup dan
gambar longkang yang tersumbat.” Murid B juga dapat membuat tanggapan yang tepat apabila
dia menjawab soalan saya tentang tajuk pelajaran pada hari tersebut, yakni, pencemaran alam
sekitar ( Pollution ), sub topik yang saya ajar di dalam tajuk ‘Saving The Environment’. Murid B
lebih tajam persepsinya dan dia boleh membuat penanggapan yang lebih tepat berbanding
murid B. Ini membantunya mencapai kefahaman dengan lebih cepat dan mendalam berbanding
murid A.
9
Cristina johnny 781226125338001
Jadual 3.2(i) Perbezaan Persepsi dan Penanggapan Murid A dan Murid B
Murid
Persepsi/
Penanggapan
Murid A Murid B
Persepsi - Lambat/ persepsi yang
kurang jelas
- Cepat / menggunakan
imaginasi atau daya
fikir semasa membuat
persepsi
Penanggapan - Kurang Tepat/ statik - Tepat/ kreatif
10
Cristina johnny 781226125338001
3.3 Kecerdasan
Menurut Piaget ( 1950 ), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam
usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Gardner ( 1983 ) pula berpendapat bahawa
kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu
hasil kerja dalam konteks budayanya sendiri dan beliau mengkelaskan kecerdasan kepada 9 jenis
iaitu; logik-matematik, kinestetik-badan, naturalis, eksistensial, intrapersonal, interpersonal,
visual-ruang spatial, muzik dan bahasa lingusitik. Perbezaan kecerdasan murid A dan murid B
saya tunjukkan dalam rajah 3.3(i).
Murid A mempunyai kecerdasan kinestetik-badan kerana dia suka aktiviti-aktiviti fizikal
dan mencabar. Dia akan hadir dalam setiap aktiviti pemilihan pemain untuk pasukan bola baling,
bola sepak dan hoki, malangnya dia sering tidak terpilih kerana dia tidak dapat bekerjasama
dengan murid-murid lain dan dia juga cepat hilang sabar. Oleh sebab itu, walaupun dia
mempunyai bakat dalam sukan-sukan tersebut, jurulatih pasukan tidak akan memilihnya kerana
faktor sahsiah dan tingkahlakunya. Malangnya, kecerdasannya dalam bidang lain terutama
bidang bahasa-linguistik dan logik-matematik amat lemah, menyebabkan dia ketinggalan juuh
dari segi pencapaian akademik.
Murid B pula mempunyai kecerdasan yang lebih dalam logik-matematik, bahasa-
linguistik, interpersonal dan naturalis. Dia amat cemerlang dalam mata pelajaran Matematik,
Bahasa Inggeris dan Sains. Dia mempunyai ramai kawan dan turut menyertai aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum secara aktif. Dia seringkali terpilih untuk mewakili sekolah disebabkan oleh disiplin
dan sifat kerjasamanya yang tinggi. Ini membantunya untuk lebih bermotivasi dalam
pelajarannya dan dia berjaya mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.
11
Cristina johnny 781226125338001
Rajah 3.3(i) Perbezaan Kecerdasan Murid A dan Murid B
12
Murid A
Kecerdasan Kinestetik-Badan
Kecerdasan Logik- Matematik
Kecerdasan Bahasa-Linguistik
Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Naturalis
Murid B
Cristina johnny 781226125338001
3.4 Kemahiran Berfikir
Menurut Edward de Bono (1990), berfikir adalah proses kompleks yang berlaku dalam minda
seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu
tujuan. Kemahiran berfikir yang tinggi adalah apabila seseorang itu dapat berfikir dengan kritis
dan kreatif; dapat mengenalpasti seterusnya membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Murid A tidak mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi; sebagai contoh, dia tidak
dapat membuat banding beza antara tingkah laku yang baik dengan yang tidak baik. Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pula dia sukar untuk menerangkan sebab dan membuat inferens.
Murid A ini juga tidak mampu menjana idea-idea yang kreatif untuk membantunya mencipta
analogi dan metafora. Dia hanya mampu menjawab soalan-soalan berbentuk tertutup dengan
bantuan maksimum daripada guru.
Murid B pula dapat menunjukkan kemahiran berfikir yang tinggi; yakni dia boleh
membanding beza antara perlakuan yang baik dan yang tidak baik dan membuat ramalan tentang
apa akibat daripada perlakuan-perlakuan tersebut. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pula,
murid ini amat mahir membuat inferens dan teliti dalam pemerhatiannya. Dia juga boleh
menjana idea baru; contohnya dia telah menambah minyak wangi ke dalam larutan surat khabar
lama yang dikitar semula menjadi kertas baru yang berbau harum. Murid ini amat gemar dengan
aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata dan juga kuiz.
13
Cristina johnny 781226125338001
4.0 Langkah-Langkah Melibatkan Murid Pelbagai Pencapaian Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
Saya mengambil teori pembelajaran konstruktivisme sebagai teori sandaran saya dalam
mencadangkan langkah-langkah untuk melibatkan murid-murid pelbagai pencapaian dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivisme ialah
pendekatan yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman tentang apa
yang mereka pelajari. Oleh yang demikian, strategi pengajaran dan pembelajaran serta
pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah komponen-komponen perlu disesuaikan untuk
melaksanakan teori ini supaya semua murid dalam kelas itu dapat dilibatkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
4.1 Strategi dan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan ( 1998 ), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Dalam konteks pendidikan, strategi adalah kebijaksanaan pemilihan
pendekatan, kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Mok Song Sang ( Pedagogi / 1992 ) pula, strategi pengajaran ini termasuklah,
kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti yang digunakan dan dilaksanakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Edward M. Anthony ( 1963 ) pula, pendekatan adalah cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. Pendekatan
adalah bercorak abstrak dan keberkesanannya hanya boleh dinilai setelah ianya dilaksanakan
secara emparitikal dalam bilik darjah.
Saya juga memetik hasil kajian yang dimuat turun di laman web
http://www.slideboom.com/presentations/93887/Strategi-dan-Pendekatan-P%26P, yang
menyatakan bahawa pendekatan dibahagi kepada 4 jenis iaitu, pendekatan induktif, pendekatan
deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan tematif. Kaedah pula, menurut Kamus Dewan
(2000) adalah cara atau aturan membuat sesuatu. Kaedah ini amat berkait rapat dengan teknik,
iaitu kemahiran khusus atau spesifik untuk membuat sesuatu. Contoh pengajaran yang
melibatkan langkah-langkah ini saya tunjukkan dalam rajah 4.1(i).
14
Cristina johnny 781226125338001
Rajah 4.1(i) Contoh Langkah-Langkah Melibatkan Murid Pelbagai Pencapaian Dalam
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
15
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Sub-topik
‘Pollution’
(Pencemaran Alam)
PendekatanStrategi
Berpusatkan Bahan
Berpusatkan Murid
Bahan
Pendekatan Elektif
Pendekatan Tematik
1)Kaedah Kumpulan
-Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut pencapaian.
2)Kaedah Demonstrasi
-Murid ditunjukkan cara mengitar semula kertas samada melalui video atau dibuat oleh guru sendiri.
-Murid yang pandai menulis cara mengitar semula kertas dan mengitar semula kertas.
-Murid yang agak lemah menonton semula video dan mengikutinya untuk mengitar semula kertas.
1)Kaedah Pembelajaran Kendiri
-Murid yang pandai diberikan tajuk kesan-kesan dan bagaimana untuk mengatasi pencemaran alam.
-Murid yang agak lemah diberi tajuk jenis-jenis dan sebab pencemaran alam.
-Murid dibawa ke Pusat Akses Kendiri dan mereka menggunakan sendiri bahan-bahan di stu untuk mencari maklumat tentang tajuk masing-masing.
-Guru akan menjadi pemudahcara terutama bagi murid-murid yang agak lemah.
-Murid yang pandai mungkin memilih untuk melayari internet atau membaca surat khabar manakala murid yang agak lemah memilih untuk menonton tayangan video atau melihat gambar-gambar tentang pencemaran alam.
1)Teknik Penyoalan
-Murid yang pandai diberikan soalan-soalan jenis terbuka yang memerlukan jawapan yang panjang seperti, ‘apa perasaan anda apabila melihat gambar longkang yang kotor?’
-Murid yang agak lemah diberikan soalan-soalan jenis tertutup yang memerlukan jawapan yang pendek seperti, ‘Pernahkah anda membuang sampah ke dalam sungai?’
1)Teknik Perbincangan
-Murid dipercahkan mengikut kumpulan dan diberikan tajuk-tajuk yang berbeza mengikut keupayaan intelek mereka.
-Diakhir sesi pengajaran murid akan membentang hasil kerja masing-masing dan menggabungkan semua hasil perbincangan mereka.
Teori
Pembelajaran
Konstruktivisme
Teori
Pembelajaran
Konstruktivisme
Cristina johnny 781226125338001
4.1.1 Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid
Saya mencadangkan strategi ini untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
mempunyai murid berbeza pencapaian kerana dengan menggunakan strategi ini, murid boleh
membentuk proses pembelajaran secara lebih fleksibel berdasarkan tahap mereka sendiri.
Strategi ini akan membantu murid-murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir mereka.
kaedah kumpulan amat sesuai untuk melaksanakan strategi ini.
Strategi ini memberi kebebasan kepada murid untuk membuat pilihan tentang bahan
sumber dan aktiviti pembelajaran yang mereka gemari. Contohnya, guru memberikan contoh
atau membuat demonstrasi demostrasi ataupun menayangkan video cara-cara mengitar semula
kertas daripada surat khabar lama.
Bagi kumpulan murid berprestasi baik, mereka boleh menulis cara-cara mengitar semula
kertas dan melakukan semula aktiviti tersebut dalam kumpulan mereka manakala bagi murid
yang berprestasi rendah, mereka boleh menonton video demontsrasi mengitar semula kertas
tersebut sambil melakukan aktiviti tersebut. Hasilnya adalah kedua-dua kumpulan akan berasa
seronok dan mendapat hasil iaitu kertas kitar semula. Aktiviti yang mereka lakukan juga adalah
berdasarkan tahap mereka sendiri dan ini menggalakkan hasil pembelajaran yang optimum untuk
semua murid.
16
Cristina johnny 781226125338001
4.1.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan
Strategi ini juga sesuai untuk digunakan dalam kelas yang mempunyai murid yang mempunyai
tahap pencapaian berbeza kerana strategi ini meransang keinginan dan minat yang lebih di
kalangan murid, dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai.
Guru boleh membawa murid-murid ke Pusat Akses Kendiri, yang menyediakan pelbagai
alat dan bahan pembelajaran, seperti; komputer dan internet, buku-buku, ensiklopedia, gambar-
gambar, alat audio dan sebagainya. Guru akan memberi tajuk, contohnya, murid diminta untuk
menghasilkan satu peta minda tentang tanggungjawab mereka sebagai anggota masyarakat dan
apa yang boleh dilakukan untuk memulihara alam sekitar. Murid-murid yang lemah mungkin
boleh menonton video manakala murid yang pandai boleh menggunakan internet untuk mencari
maklumat.
Murid-murid boleh menggunakan semua sumber atau bahan yang ada di dalam Bilik
Akses Kendiri itu dan guru akan mengawal selia dari segi disiplin dan hala tuju murid sekiranya
perlu.
17
Cristina johnny 781226125338001
4.1.3 Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Pendekatan Elektif
Pendekatan ini amat sesuai untuk menangani murid yang mempunyai tahap pencapaian yang
berbeza-beza kerana ia lebih mudah dan fleksibel. Ia sesuai dijalankan untuk aktiviti kumpulan
(pengayaan dan pemulihan). Guru akan menyediakan bahan yang pelbagai dan menjadi aktif
sebagai pemudahcara, sementara murid pula membuat pelbagai aktiviti yang melibatkan lebih
dari satu derianya, yakni; deria dengar, deria lihat, deria rasa dan deria sentuh.
Pendekatan ini boleh juga digunakan untuk membantu murid berpencapaian baik dengan
cara mempelbagaikan jenis soalan, yakni; soalan-soalan tertutup yang memerlukan jawapan yang
agak pendek diberikan kepada murid berpencapaian kurang baik; dan soalan-soalan terbuka yang
memerlukan jawapan panjang diberikan kepada murid berpencapaian baik. Sebagai contoh, bagi
murid yang berpencapaian kurang baik, mereka akan ditanya soalan seperti, ‘Apakah aktiviti
menebang pokok secara berleluasa itu satu tindakan yang baik?’ Jawapan yang perlu diberikan
bagi jawapan ini hanyalah, ‘ya’ atau ‘tidak’ tetapi sedikit sebanyak isi pelajaran telahpun
diterangkan di dalam soalan tersebut. Bagi murid berpencapaian baik pula boleh diberikan soalan
seperti, ‘adakah anda bersetuju dengan tindakan orang tersebut menebang pokok secara
berleluasa? Kenapa?’ Jawapan bagi soalan ini lebih panjang dan mencabar minda murid untuk
berfikir.
Seterusnya di pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran pendekatan deduktif pula
dilakukan iaitu dengan cara mengemukan soalan-soalan yang dapat membantu murid-murid
membuat kesimpulan. Bagi membantu kumpulan yang berpencapaian kurang baik, contoh-
contoh dan bahan-bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar perlu diperbanyakkan.
18
Cristina johnny 781226125338001
4.1.4 Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Pendekatan Tematik
Pendekatan tematik adalah pendekatan yang mementingkan asas perbincangan dan seringkali
diertikan sebagai pokok perbincangan. Ia amat sesuai digunakan dalam pengajaran matapelajaran
bahasa.
Pendekatan tematik ini menitikberatkan perbincangan atau aktiviti kumpulan, dan ini
menyenangkan seseorang guru itu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya dalam
sebuah kelas yang mempunyai murid berbeza pencapaian.
Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tahap pencapaian
yang sama dalam setiap kumpulan dan mereka akan diberikan sub-topik yang berbeza arasnya
mengikut tahap mereka sendiri. Tema yang berbeza bagi setiap kumpulan ini akan disatukan
kemudian untuk membentuk satu pembelajaran yang saling melengkapi.
Contohnya bagi kumpulan yang cemerlang, mereka diberi sub-topik tentang kesan-kesan
dan cara mengatasi pencemaran alam sekitar. Kumpulan yang sederhana akan diberi sub-topik
penyebab pencemaran alam sekitar. Manakala kumpulan yang lemah diberikan sub-topik jenis-
jenis pencemaran alam sekitar. Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, sub-sub topik
tersebut akan digabungkan membentuk satu tajuk lengkap iaitu, pencemaran alam sekitar.
19
Cristina johnny 781226125338001
5.0 Penutup
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. Faktor-faktor ini
mungkin datang dari diri murid itu sendiri dan mungkin juga dipengaruhi oleh persekitaran.
Seorang guru perlu mengetahui faktor-faktor ini supaya dia dapat menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah satu
sesi yang mampu memberi input pembelajaran kepada semua murid di dalam satu-satu kelas
tersebut.
Untuk mencapai objektif ini, seseorang guru perlulah mempunyai strategi-strategi dan
pendekatan-pendekatan yang sesuai selari dengan teori pembelajaran yang dipilih, supaya sesi
pengajaran dan pembelajarannya mampu difahami oleh semua murid; samada murid yang
mempunyai pencapaian rendah; ataupun murid yang mempunyai pencapaian baik.
(2985 patah perkataan)
(Tidak termasuk rajah dan jadual)
20
Cristina johnny 781226125338001
6.0 Rujukan
1. The International Observatory on Academic Achievement (IOAA), Research Center For
Academic Success (CRIRES) [2000]. Documentary Watch. Online. Canada
Boleh Dicapai Di http://www.crires-oirs.ulaval.ca
2. Jane A. Stallings. (1973). Follow Through Program Classroom Observation Evaluation
1971-72. Stanford Research Institute, Menlo Park, California.
3. Rahil Bin Hj. Mahyuddin. (2000). Psikologi Pendidikan II. Addison Wesley Longman
Malaysia. Petaling Jaya, Selangor.
4. Gary D. Borich, Martin L. Tombari. (1997). Educational psychology: a contemporary
approach. Longman.
5. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (Edisi Kedua/2011).
HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Open University Malaysia.
6. Fakhrul.(“n.d”). Strategi dan Pendekatan P&P. Online.
Boleh Dicapai Di http://www.slideboom.com/presentations/93887/Strategi-dan-Pendekatan-P
%26P,
7. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan. Malaysia.
21