Post on 02-Jun-2018
8/10/2019 Edu3083 Asas Kepimpinan
1/6
1
1.0 Kajian Kes Guru Cemerlang
Dalam dunia pendidikan, istilah guru pakar merujuk kepada usaha yang dilakukan
oleh KPM untuk mengiktiraf guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dancemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. Guru
pakar ini juga dikenali sebagai Guru Cemerlang (GC). Guru Cemerlang ini
merupakan bintang yang menyerlah dalam bidangnya. Mereka menggunakan
pengalaman mereka secara holistik berbanding dengan guru-guru biasa yang lain.
Guru cemerlang ini menjadi role modelkepada guru lain. Apabila seseorang guru itu
menjadi guru cemerlang, guru tersebut berpeluang untuk naik pangkat ke gred yang
lebih tinggi Khas Untuk Penyandang (KUP) secara laluan laju (fast track).
Sehubungan dengan itu, untuk tugasan kursus EDU3083 Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesional Guru, kami berpeluang menganalisis tentang
perkembangan kerjaya seorang guru cemerlang di salah sebuah sekolah.
Bagi menganalisis perkembangan tersebut, saya bersama tiga orang rakan
iaitu Christina Sandang Anak Duak, Frinday Bin Merika, Jirah Barati dan Jocylyn
Justine telah menjalankan temu bual bersama satu-satunya guru cemerlang dalam
bidang Sains Sukan di negeri Sabah ini. Walaupun beliau kini bergelar pensyarah di
salah sebuah Institut Pendidikan Guru, namun beliau masih memegang jawatanmahupun gelaran sebagai Guru Cemerlang Sains Sukan. Dilahirkan pada 13 Mac
1976 dan berasal dari Tawau, beliau merupakan lulusan Universiti Kebangsaan
Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani. Berkhidmat
semenjak tahun 1999 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, beliau telah
mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan juga Sains Sukan. Beliau yang
dimaksudkan ialah Encik Dzulfikar Awang Anak.
Tahun 2008 merupakan tahun bertuah apabila permohonan beliau untuk
menjadi guru cemerlang disahkan dan diiktiraf. Kini, beliau bergelar Guru Cemerlang
Sains Sukan DG44. Sepanjang beliau bergelar guru, beliau telah berkembang
bermula daripada seorang guru novis kepada seorang guru cekap dan kemudiannya
menjadi seorang guru cemerlang. Perkembangan ini selaras dengan teori Trotter
(1986) yang mengatakan bahawa perkembangan seorang guru adalah daripada
seorang guru cekap sehingga menjadi guru cemerlang atau dikategorikan sebagai
guru yang mahir.
Melalui temu bual yang telah dijalankan, tiga aspek utama yang sangat
ditekankan oleh beliau sepanjang kerjayanya untuk menjadi guru cemerlang adalah :
8/10/2019 Edu3083 Asas Kepimpinan
2/6
2
Rajah 7 : Aspek penting Untuk Menjadi Guru Cemerlang
Ketiga-tiga aspek dalam rajah ini sangat penting kerana aspek ini saling
memerlukan antara satu sama lain dan semua aspek ini telah menjadi pegangan
beliau untuk mengecapi kejayaan seperti yang kita dapat lihat sekarang. Apabila
memikul tanggungjawab sebagai pendidik, kita seharusnya sentiasa berusaha
meningkatkan diri dengan kemahiran dalam bidang yang diceburi. Kita perlu sentiasa
memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul. Dalam erti kata lain,
penyelidikan mahupun pembaharuan perlu dibuat kerana hasil kerja tersebut akan
menambahkan ilmu pengetahuan kita di samping mampu memperbaiki amalan
kendiri kita sebagai seorang guru.
Begitu juga dengan aspek hubungan dan interaksi bersama orang yang
berada di sekeliling kita. Hubungan yang baik haruslah dijaga khususnya apabila
berada di sekolah. Hubungan baik dengan pihak sekolah mampu mempengaruhi
peluang kita untuk terus maju ke hadapan. Apabila kita memerlukan bantuan,
mereka dengan rela hati akan membantu kita. Hubungan yang tidak baik
menyebabkan diri kita sukar untuk bergaul atau mendekati sesebuah organisasi.
Tambahan lagi, interaksi yang tidak berkesan menjejaskan sesuatu perkara itu untuk
disampaikan dengan lebih baik dan menyukarkan kita untuk memperoleh maklumat.
Melalui aspek pencapaian pula, guru cemerlang hendaklah memastikan
setiap pencapaian pelajarnya menunjukkan peningkatan. Pencapaian tersebut
bergantung dengan bidang yang kita mahir. Penting juga bagi seorang guru untuk
mengesan sesuatu pencapaian muridnya. Hal ini selaras dengan kenyataan Syed
Ismail dan Ahmad Subki (2010) bahawa guru yang mahir juga harus berupaya
mengesan pencapaian atau kelemahan seseorang murid. Sebagai contoh, guru yang
telah ditemu bual memberitahu bahawa peningkatan tahap pencapaian pelajarnya
adalah meningkat dari tahun ke tahun dalam subjek yang diajarnya. Selain itu, beliau
juga menunjukkan pencapaian apabila pelajarnya mampu mengurus dan
mengendalikan sukan sekolah tanpa bantuan guru.
Hasil
Kerja
Hubungan
dan
Interaksi
Pencapaian
8/10/2019 Edu3083 Asas Kepimpinan
3/6
3
Seterusnya, guru cemerlang yang telah ditemu bual mendapati pelajar di
kelas berasa bosan dengan sesi pembelajaran (chalk and talk). Kebosanan murid
dapat dilihat dari segi reaksi muka dan hasil pembelajaran pada sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Dengan itu, beliau cuba memikirkan satu kaedah atau teknik
untuk membantu dan meningkatkan motivasi murid. Johnson (1972) ada
menyatakan bahawa profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat
yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar.
Rajah 8 : Inovasi Guru Cemerlang
Terdapat tiga jenis inovasi yang telah beliau lakukan seperti yang terdapat
dalam Rajah 8. Beliau menyediakan permainan agar murid mempunyai masa untuk
bermain sambil belajar menggunakan peralatan permainan tersebut. Oleh itu, murid
tidaklah bosan mahupun tertekan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Peralatan tersebut bukan sahaja untuk tujuan bermain, tetapi turut
berfungsi untuk meningkatkan minat dalam akademik. Teknik ini merupakan inovasi
beliau untuk pengajaran pengekodan. Bagi melaksanakan pengajaran pengekodan,
seseorang guru itu perlu lebih mahir daripada murid tentang sesuatu topik itu.
Selain itu, beliau juga telah melaksanakan satu sistem periodisasi dalam
sukan khususnya kepada atlet sekolah. Seperti yang kita ketahui, sistem latihan
memang dilakukan oleh mana-mana organisasi di sekolah menjelang sesuatu
kejohanan, namun beliau mengambil inisiatif dengan melakukan latihan secara
konsisten dalam tempoh setahun. Setiap tahun, beliau akan memastikan pelajar
yang menjadi atlet akan menjalani latihan mengikut masa atau period yang telah
beliau tetapkan. Di sekolah lain, guru hanya melatih atlet sekolah tiga kali seminggu
sebelum sesuatu kejohanan. Selepas kejohanan tamat berkemungkinan tiada lagi
latihan yang konsisten dilaksanakan seperti sebelumnya. Justeru, guru cemerlang
yang ditemu bual ini menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang
bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh kerana sanggup melatih atlet dari masa
ke masa dan dari tahun ke tahun tanpa henti. Buktinya, Sekolah Menengah
Pengurusan
Sukan SekolahSistem Periodisasi
Teknik PengajaranPengekodan
8/10/2019 Edu3083 Asas Kepimpinan
4/6
4
Kebangsaan Tawau direkodkan menjadi johan keseluruhan selama 10 tahun bagi
kejohanan olahraga di daerah Tawau.
Selain itu, beliau turut membuat satu lagi inovasi iaitu dari segi pengurusan
sukan dalam sukan sekolah. Dalam pengurusan sukan ini, guru sekolah hanyaterlibat sebagai pembimbing sahaja. Beliau hanya meminta pelajar sekolah yang
menguruskan serta mengendalikan semua aspek dalam sukan sekolah sama ada
sebelum, semasa dan selepas sukan tersebut. Mungkin kita biasa mendengar guru
dan pelajar bekerjasama dalam sesuatu program serta aktiviti yang dilaksanakan
tetapi beliau telah berjaya mencipta satu inovasi dalam pengurusan sukan seperti ini.
Keberkesanan ketiga-tiga inovasi yang telah dilaksanakan ini dapat disokong
dengan keputusan bagi subjek Sains Sukan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau yang meningkat dari
tahun ke tahun.
Berdasarkan kejayaan beliau, kita dapat melihat perkembangan beliau yang
bermula daripada seorang guru biasa sehinggalah menjadi guru cemerlang. Sebagai
seorang guru cemerlang, ciri-ciri yang berikut adalah amat penting iaitu :
1. Peribadi
2. Pengetahuan dan kemahiran3. Hasil kerja
4. Komunikasi dan interaksi
5. Potensi diri
Jika dilihat dari segi potensi, beliau seorang guru yang mempunyai sahsiah
terpuji, berketerampilan, peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar serta
berpegang teguh kepada etika perguruan mahupun etika perkhidmatan awam.
Manakala, dari segi pengetahuan dan kemahiran, beliau sangat menguasai
dan menghayati kandungan mata pelajaran serta bidang pengkhususan dan
kepakaran beliau. Beliau juga bijak mengurus masa serta mampu mengenal pasti
keperluan dan masalah pembelajaran murid dan menyediakan tindakan susulan.
Pada masa yang sama, hasil kerja beliau dilihat berupaya meningkatkan hasil
pembelajaran ke arah membangunkan potensi murid selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sufean (1995) menyatakan bahawa profesionalisme
keguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang guru untuk mencapai
keberkesanan, produktiviti, akauntabiliti, kecekapan dan kemahiran untuk mengajar.
8/10/2019 Edu3083 Asas Kepimpinan
5/6
5
Dalam hal ini, di samping memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta
berkemampuan menyampaikan idea atau mesej dengan berkesan dalam pelbagai
situasi, beliau juga seorang yang proaktif, berinisiatif, bersifat responsif dan inovatif
dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
Seterusnya, beliau juga merupakan seorang guru yang bertanggungjawab
dan sentiasa bersedia. Jika seseorang guru itu mengamalkan tanggungjawab
dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan,
maka guru berkenaan dianggap telah mengamalkan nilai murni dalam kehidupannya
(Hedderdof, 1971). Dalam melaksanakan sesebuah program dalam mahupun di luar
sekolah, penghargaan berbentuk sijil amatlah dititikberatkan. Segala bahan bukti
seperti sijil ini difailkan untuk membuktikan penglibatan beliau dalam sesebuah
program. Kecekapan yang ditunjukkan oleh guru cemerlang bukan sahaja
menunjukkan tanggungjawab beliau terhadap aktiviti atau pelajarnya, tetapi juga
beliau sangat bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Beliau memastikan
bahawa hasil kerja yang telah dilakukan turut mempunyai bukti bertulis selain
daripada bukti pencapaian yang dapat dilihat oleh orang lain.
Berdasarkan analisis di atas, nyatalah bahawa seorang guru cemerlang
berupaya memberikan sumbangan besar kepada kemajuan pendidikan negara.
Seharusnya, Malaysia hendaklah mempunyai lebih banyak guru cemerlang yangdiiktiraf bagi memperbaiki dan memajukan lagi sistem pendidikan yang terdapat di
Malaysia. Sesuatu tugas yang dilaksanakan tidak bertujuan bagi mendapatkan
pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah seseorang itu mempunyai komitmen
untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta bermatlamatkan
sumbangan untuk masyarakat dan negara (Intan, 1995).
8/10/2019 Edu3083 Asas Kepimpinan
6/6
6
5.0 Rujukan
Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Sekolah Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd
Abu Bakar Nordin (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum Edisi Kedua. Tanjong
Malim, Quantan Books.
Abd. Rahim Abd. Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Lebar (2002). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia.
Petaling Jaya: Addison Wesley Longman.
Mok Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Kampus Ilmu Khas, Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.