Post on 13-Feb-2015
description
Carta Aliran Pandu Puteri Di Sekolah Rendah & Menengah 2004-2009
Pandu Puteri Kelip-kelipObjektif
Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti Pandu Puteri yang
membolehkan warga pra sekolah:
Memupuk kemahiran melahirkan perasaan;
Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita, melengkap dan mewarnakan
gambar
Mengukuhkan kemahiran sosial.
Matlamat
Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil serta
mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah untuk
memperkayakan lagi suasana pembelajarannya.
Ikrar
Saya berjanji akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan
Negara saya Malaysia dan menolong orang setiap masa.
PANDU PUTERI TUNASPandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di
Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali
dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun
1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah
mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie
kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan
perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada
gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk
yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini
akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik
sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang
lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan
kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang
mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa
Ahli Pandu Puteri Tunas
Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh
kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru
menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai
Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka
dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan.
Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga
Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana
Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
perkembangan diri.
Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada
Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang
Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undang-
undang yang telah ditetapkan.
Persetiaan Pandu Puteri Tunas
Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan
kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi
undang- undang Pandu Puteri Tunas.”
Undang-Undang Pandu Puteri Tunas
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.
Cogan Kata Pandu Puteri Tunas
'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu
Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas
dan Istiadat Hormat Besar.
Kumpulan Pandu Puteri Tunas
Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur,
Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga.
MelurMelur taat dan setiaBerusaha setiap masa
SiantanSiantan datang berkawanBerani macam pahlawan
TerataiTeratai nama kamiBekerja setiap hari
KesidangKami Kesidang datangMenolong pagi petang
CempakaCempaka bersuka riaMenolong orang duka
KenangaKami bernama KenangaBerjasa bertenaga
Pakaian Pandu Puteri Tunas
1. Kemeja hijau berlengan panjang
2. Seluar panjang biru tua
3. Skaf (berwarna coklat)
4. Lambang kumpulan
5. Lambang Negeri
6. Woggle
7. Lencana dunia
8. `Shoulder Flashes'
9. Stoking hitam
10. Kasut hitam
11. Tudung hitam
PANDU PUTERI REMAJA
Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh
remaja perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah
lulus ujian Pra-Persetiaan, barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri
Remaja. Pandu Puteri Remaja memakai pakaian seragam berwarna hujau
dan biru tua. Ahli-ahli yang telah berjaya memperoleh lencana kecekapan
memakai selepang di atas baju kemeja.
Cogan kata Pandu Puteri Remaja ialah “SELALU SEDIA”. Ini menunjukkan
bahawa Pandu Puteri Remaja sentiasa berada dalam keadaan sedia
menghadapi sebarang cabaran atau ujian. Cogan kata ini sentiasa
dipegang oleh seseorang Pandu Puteri Remaja agar ia sedar akan
tanggungjawabnya kepada diri dan negara khususnya.
Kronologi Penubuhan Pasukan Pandu Puteri
Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada
tahun 1917. Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan
di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri
Sembilan pada tahun 1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun
1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua
negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu
Puteri dalam bahasa Melayu.
Cogan Kata/Motto
"SELALU SEDIA"
Keahlian
1. Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga
15 tahun.
2. Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-
Persetiaan.
Pasukan Pandu Puteri Remaja
1. Jumlah ahli yang maksimum bagi sesuatu Pasukan Pandu Puteri
Remaja adalah 36 orang dan jumlah minimum pula ialah 16 orang.
2. Tiap-tiap satu Pasukan Pandu Puteri Remaja hendaklah mempunyai
seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten dan seorang
penolong yang dikenali sebagai Leftenan.
3. Tiap-tiap pasukan Pandu Puteri Remaja dalam sesebuah daerah
hendaklah disahkan dahulu oleh Pesuruhjaya Daerah serta
didaftarkan dengan secepat mungkin. Borang Pendaftaran
hendaklah dipenuhi dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan
Pesuruhjaya Negeri kepada Ibu Pejabat Kebangsaan bersama-sama
dengan yuran pendaftarannya.
4. Tiap-tiap Pasukan Pandu Puteri Remaja dikehendaki membaharui
pendaftarannya dan mengemaskinikan bilangan ahlinya dengan Ibu
Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya daerah dan Pesuruhjaya
Negerinya. Pembaharuan ini tidak lewat daripada 31 Mac tiap-tiap
tahun.
Persetiaan Pandu Puteri Remaja
"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya
upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara
saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-
undang Pandu Puteri Remaja"
Undang-Undang Pandu Puteri
1. Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.
2. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.
3. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
4. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan
bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
5. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.
6. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa
memelihara alam sekitar.
7. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira
walaupun di dalam kesulitan.
9. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.
10. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan
perbuatan.Hormat Pandu Puteri Remaja
Tiga jari tangan ditegakkan, ibu jari diletakkan di atas jari kelingking yang
dibengkokkan. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi.
Pakaian Seragam Pandu Puteri Remaja
1. Baju kemeja berwarna hijau
2. Skaf (berwarna kuning)
3. Jata Negeri
4. Woggle
5. `Shoulder Flashes'
6. Lambang Kumpulan
7. Lencana Dunia
8. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja
9. Seluar panjang biru tua
10. Stoking hitam
11. Kasut hitam
12. Tudung hitam
PANDU PUTERI RENJER
PENGENALAN
Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi
umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-
Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua
Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse.
Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang
pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya.
AHLI PANDU PUTERI RENJER
andu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16
hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi
ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti
program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.
Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu
Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan
Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri
Renjer.
UNIT PANDU PUTERI RENJER
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah
36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya
diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik
seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin
dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri
Renjernya.
COGAN KATA
Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai
cogan kata yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.
PERSETIAAN PANDU PUTERI RENJER
"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan
sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan
Negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa, dan,
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI RENJER
1. Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
2. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
3. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
4. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu
Puteri Renjer yang lain.
5. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
6. Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam
sekitar.
7. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
8. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira
walaupun dalam masa kesulitan.
9. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
10. Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
PAKAIAN PANDU PUTERI RENJER
1. Baju kemeja hijau berlengan panjang
2. Skaf berwarna biru tua
3. Jata Negeri
4. Woggle
5. `Shoulder Flashes'
6. Lencana Dunia
7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Renjer
8. Seluar panjang biru tua
9. Stoking hitam
10. Kasut hitam
11. Tudung hitam
Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat untuk
menjadi calon Anugerah Pandu Puteri Raja perlu menduduki ujian
Cabaran Anugerah Ketua Pesuruhjaya (CAKP).
Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer yang berminat menjadi
calon CAKP hendaklah mengisi Borang Permohonan yang boleh didapati
daripada Ketua Pesuruhjaya Cawangan masing-masing, atau terus dari
Ibu Pejabat Kebangsaan. Borang Permohonan yang telah dilengkapkan
hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pemimpin,
Pesuruhjaya dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan masing-masing.
PANDU PUTERI KADET
Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkan pemimpin muda yang memahami dan
menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranan kepemimpinan dalam
pergerakan Pandu Puteri.
Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi pendidikan guru dan ditadbir oleh
Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah cawangan ini.
Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan (8) orang dan
maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh mempunyai lebih daripada
satu Pasukan Pandu Puteri Kadet.
Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet yang
terdiri daripada:
Ketua Pasukan
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Pasukan Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran, Pesuruhjaya atau
Jurulatih.
PAKAIAN PANDU PUTERI KADET
1. Kebaya / Kurung Biru (rasmi)
2. Skaf Berwarna Biru Muda
3. `Shoulder Flashes'
4. Woggle
5. Lencana Dunia
6. Lencana Pelantikan
7. Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)
8. Kasut bertutup hitam (tumit lebar - 1 1/2" tinggi)
9. Lencana nama
PANDU PUTERI SISWI
Bahagian Pandu Puteri Siswi
menyediakan wanita remaja dan
dewasa memimpin dan
melaksanakan tanggungjawab
sebagai pemimpin. Ahli Pasukan
Pandu Puteri terdiri daripada pelajar
wanita dari Institusi Pendidikan tinggi
(Universiti atau Kolej awam dan
swasta). Perjumpaan diadakan satu
kali seminggu.
PROGRAM PANDU PUTERI SISWI
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) mempunyai tujuan mendidik, melatih dan
mengembangkan potensi semua ahli supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa,
berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan
setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan
selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.
Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan yang akan disampaikan kepada
Pandu Puteri Siswi mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama
dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. Falsafah Pergerakan Pandu Puteri berlandaskan
tiga aspek utama, iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Melalui Program Pandu Puteri Siswi, Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menghasilkan
barisan pemimpin bertauliah sebagai Pemimpin dan Pesuruhjaya untuk mengukuhkan lagi
Pergerakan Pandu Puteri serta mendidik dan memimpin ahli Persatuan yang terdiri daripada
wanita, remaja dan dewasa.
Program Pandu Puteri Siswi ialah program pendidikan bukan formal untuk wanita. Pelaksanaan
program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk
memenuhi kehendak dan keperluan wanita Malaysia.
Program Pandu Puteri Siswi bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang:
Menghayati dan mengamalkan ciri-ciri pemimpin muda, khasnya berasaskan Prinsip Asas Pandu
Puteri dan Kaedah Pandu Puteri
To internalise and practise the characteristics of young leaders, specifically based on the Girl
Guiding Fundamental Principles and the Girl Guiding Method
Memahami dan mengamalkan konsep Ketua dan Pengikut
Understanding and practising the concepts of Leadership and Followership
Berupaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai Pandu Puteri
Empowered to develop and refine Girl Guiding knowledge, skills and values
Program ini dibahagikan kepada enam peringkat:
Asas Ilmu Pandu Puteri
Program Asas Pemimpin Muda: Prinsip Asas Kepimpinan
Program Lanjutan Pemimpin Muda: Membina kemahiran memimpin sesuai untuk suasana yang
penuh perubahan
Sistem Sikap dan Nilai
Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri di peringkat Daerah untuk mengukuhkan semangat
Pandu Puteri melalui penglibatan dalam aktiviti dan acara peringkat Cawangan, Kebangsaan dan
Antarabangsa
Pengenalan kepada organisasi Pandu Puteri peringkat Cawangan dan Kebangsaan
Kaedah Pengajaran
Ceramah dan syarahan, khasnya untuk aspek Teori
Amali
E-Learning
Self-directed Learning
Kajian Kes
Penilaian setiap Peringkat
Ujian Bertulis (Penulisan, Laporan, Jawapan Kuiz, dsb)
Amali: Kemahiran yang dikuasai dan Kompetensi
Penglibatan & Semangat Kesukarelaan
Sahsiah: Kehadiran, Komunikasi dan Kepimpinan
Pasukan Pandu Puteri Siswi
Sebuah Pasukan dianggotai oleh sekurang-kurangnya 16 orang dan maksimum ialah 36 orang.
Lebih daripada satu Pasukan boleh ditubuhkan di dalam sesebuah kampus.
Setiap Pasukan dipimpin oleh seorang Pemimpin Berwaran atau Jurulatih Bertauliah sebagai
pembimbing dan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang Penolong Pemimpin.
Pasukan perlu melantik Jawatankuasa pasukan terdiri daripada
Pengerusi
Setiausaha Kehormat
Bendahari Kehormat
Ahli Jawatankuasa
Pengerusi Jawatankuasa Kecil:
o Perhubungan Awam
o Bahan Sumber
o Peralatan
o Sosial dan Lawatan
o Kebajikan
o Lain-lain yang diperlukan
Penyelaras IPT atau Pegawai Kokurikulum atau Pembimbing boleh dijemput sebagai Penasihat.
Pengerusi adalah Ketua Pasukan Pandu Puteri Siswi
Pakaian Pandu Puteri Siswi
Kebaya / Kurung Biru
Skaf Berwarna Biru Muda
`Shoulder Flashes'
Woggle
Lencana Dunia
Lencana Pelantikan
Jata Universiti
Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)
Stoking hitam
Kasut bertutup hitam (bertumit lebar - 1 1/2" tinggi)
PANDU PUTERI DEWASA
1. Individu dewasa yang pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu
Puteri Siswi. Individu ini boleh mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan
Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau
Pasukan Pandu Puteri Siswi yang ditugaskan tanpa menghadiri Kursus Pemimpin Baru.
Pemakaian lencana Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan lencana
pelantikan pemimpin.
2. Individu dewasa yang tidak pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program
Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau dilantik sebagai penasihat oleh pihak tertentu untuk
mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan
Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi.
Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru dan dilantik sebagai Pemimpin Tidak
Berwaran oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
Pemimpin Berwaran digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan supaya lulus Kelas Satu dan boleh
menguji Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu
Puteri Raja.
Pesuruhjaya ialah Pemimpin Berwaran yang mentadbir, mengurus dan mengelolakan aktiviti
Pandu Puteri di peringkat Kebangsaan, Cawangan dan Daerah.
Seseorang Pemimpin Berwaran boleh dipilih dan dilantik sebagai Pesuruhjaya untuk jawatan
tertentu oleh Pesuruhjaya Daerah, Ketua Pesuruhjaya Cawangan, atau Ketua Pesuruhjaya
Malaysia. Pelantikan ini hendaklah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Malaysia.
KURSUS PEMIMPIN BARUKursus Pemimpin Baru membolehkan Pemimpin:
1. Menghayati dan mengamalkan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang, Persetiaan,
Undang-Undang Pandu Puteri, Cogan Kata, Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang,
Panji-Panji dan Khidmat.
2. Mengetahui sejarah Pandu Puteri di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
3. Mengenal pasti cara mematikan hujung tali serta membuat dan menggunakan simpulan
dan ikatan seperti yang berikut:
o lilit manuk
o simpul bungkusan
o buku sila
o lilit balak
o bunga geti
o tambat seraya
o tambat serong
o tambat kacang
o lilit dua simpul
o tambat pemukat
o tambat silang gunting
4. Mengetahui cara menaikkan dan menurunkan panji-panji, menggunakan isyarat wisel serta
isyarat tangan.
5. Mengendalikan istiadat Pandu Puteri termasuk Istiadat Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri
Remaja dan Pandu Puteri Renjer.
6. Memahami makna dan boleh menggunakan tanda-tanda mengesan
7. Menghayati dan boleh menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri serta lagu-lagu Pandu
Puteri seperti Lagu Dunia, Taps dan Lagu Rantau Asia Pasifik
8. Menyalakan api dengan dua batang mancis untuk menjerang air atau memasak.
9. Berjalan kaki sejauh tujuh (7) kilo meter sambil mengkaji 12 jenis benda hidup (enam
haiwan dan enam tumbuh-tumbuhan) dan menyediakan Buku Skrap yang berkaitan.
10. Menghayati konsep kekeluargaan dan perkembangan emosi, intelek, sosial dan fizikal
remaja.
11. Berkhemah sekurang-kurangnya satu hujung minggu.
KURSUS PRA WARAN
Kursus Pra Waran membolehkan Pemimpin mengurus dan mengendalikan Perjumpaan Pasukan
Pandu Puteri di setiap peringkat.
Kursus Pra Waran terdiri daripada tiga bahagian:
Perancangan,
Pengurusan Pasukan,
Pertolongan Cemas.
Setelah menghadiri Kursus Pra Waran, Pemimpin berupaya:
Mendampingi satu Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer,
Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sekurang-kurangnya satu
bulan.
Merancang program perjumpaan mingguan untuk selama tiga bulan.
Mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu
Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu Puteri Dewasa sendiri, tidak kurang daripada tiga
bulan dan menghantar permohonan untuk penyeliaan oleh Pesuruhjaya Daerah.
Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-
bahan yang ada di dalamnya.
Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan
selanjutnya.
Memberi pertolongan cemas dan bertindak apabila menghadapi keadaan tertentu seperti:
- luka
- terseliuh
" muntah-muntah
" terbakar
" melecur
" perut masuk angin
" sengatan serangga
" sawan
" tidak sedar diri.
KURSUS LANJUTAN
Kursus Lanjutan membolehkan Pemimpin:
1. Merancang dan mengelolakan projek khidmat untuk Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pandu
Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi atau Pandu
Puteri Dewasa
2. Merancang pengembaraan (pioneering) dan menyediakan gejet berkaitan.
3. Memahami Skim Berdikari dalam Program Pandu Puteri Renjer untuk pemupukan sistem
nilai hidup ahli-ahli yang dipimpinnya.
4. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Program Pandu Puteri sehingga Kelas
Satu.
5. Merancang dan mengendalikan aktiviti dan ujian Skim Lencana Kecekapan.
6. Menyediakan diri untuk layak mengambil Ujian Mutiara II dan Mutiara III.
Pakaian Pandu Puteri Dewasa:
Kebaya / Kurung Biru (Rasmi)
Baju Kemeja Hijau dan Seluar Panjang Biru (Aktiviti Luar/ Perjalanan)
`Shoulder Flashes'
Penampang
Lencana Dunia
Lencana Pelantikan
Lencana Waran / Lencana Lain (cth: Jurumasak, Juru Pertolongan Cemas, Lesen
Perkhemahan/Jurulatih)
Tag Nama
Tudung Batik PPPM (untuk yang beragama Islam) dan Klip Tudung
Kasut bertutup hitam (tumit lebar - 1 1/2 " tinggi)
Tas tangan berwarna hitam
GUILD PANDU PUTERI RAJA
GUILD TREFOIL
Guild Trefoil dianggotai oleh sekumpulan bekas ahli Pandu Puteri yang
ingin terus terlibat secara langsung dalam kegiatan Pandu Puteri, memberi
khidmat dan sokongan, mendapatkan tajaan dan derma untuk Persatuan
Pandu Puteri Malaysia di peringkat Kebangsaan, Cawangan dan Daerah.
Bilangan ahli Kumpulan Guild Trefoil ialah minimum lapan (8) orang dan
maksimum 50 orang.
Guild Trefoil dikendalikan oleh Jawatankuasa Guild Trefoil yang terdiri
daripada:
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Penasihat Kumpulan Guild Trefoil merupakan seorang pesuruhjaya.
Pakaian Guild Trefoil
1. Baju Kurung Batik PPPM
2. Tudung Putih (untuk yang beragama Islam)
3. Kasut hitam
SAHABAT PANDU PUTERI
Wanita dewasa yang berminat menceburi bidang Pandu Puteri dan menikmati acara sosial Pandu Puteri
walaupun tidak pernah menjadi ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia boleh menganggotai Pasukan
Sahabat Pandu Puteri. Dengan demikian, mereka boleh dilantik atau dijemput menjadi Ahli Jawatankuasa
Kecil, Kumpulan Kerja dan Pasukan Kerja. Pasukan Sahabat Pandu Puteri membantu mendapatkan tajaan
dan derma, memberi khidmat dan menyokong Persatuan Pandu Puteri Malaysia di peringkat Kebangsaan,
Cawangan, Daerah atau Pasukan.
Ahli Berpakaian Seragam boleh menjadi anggota Kumpulan Sahabat Pandu Puteri.
Bilangan ahli Pasukan Sahabat Pandu Puteri ialah minimum lapan (8) orang dan maksimum 50 orang.
Pasukan Sahabat Pandu Puteri dikendalikan oleh Jawatankuasa Sahabat Pandu Puteri yang terdiri
daripada:
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Penasihat Sahabat Pandu Puteri merupakan seorang Pesuruhjaya.
Sahabat Asia Pasifik, Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
(Friends of Asia Pacific WAGGGS)
Sahabat Asia Pasifik WAGGGS ditubuhkan pada tahun 1999. Kumpulan ini berfungsi sebagai skim
penjanaan dana di peringkat rantau yang membekalkan sumber kewangan kepada program latihan, acara,
projek dan aktiviti untuk perkembangan remaja dan wanita muda di Rantau Asia Pasifik. Sehingga hari ini,
Sahabat Asia Pasifik WAGGGS mempunyai 900 orang ahli yang kebanyakannya berasal dari rantau ini.
Perhimpunan kedua Sahabat Asia Pasifik WAGGGS telah diadakan di Kuantan, Pahang dari 16 hingga 19
Ogos 2005. Perhimpunan ini amat bersejarah kerana perhimpunan ini menyaksikan Upacara Pelantikan
Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik WAGGGS yang pertama, iaitu KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku
Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K.
(Johor); S.P.M.J. Perhimpunan ini juga menandakan Mesyuarat Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik
WAGGGS.
Adalah menjadi kebiasaan untuk mengadakan satu Perhimpunan Sahabat Asia Pasifik WAGGGS setiap kali
berlangsungnya Persidangan Rantau Asia Pasifik.
KategoriSumbangan
Tanda KeahlianUSD GBP
Perak (Silver) 100 – 349 55 – 150 - Sijil Keahlian- Jemputan ke Persidangan Rantau
Emas (Gold) 350 – 549 200 – 299 - Sijil Keahlian- Pin Emas- Jemputan ke Persidangan Rantau
Berlian (Diamond) 550 – 1999 300 – 999 - Sijil Keahlian- Pin Emas dan Kristal- Jemputan ke Persidangan Rantau
Penaja Utama (Major Donor)
2000 ke atas 1000 ke atas - Sijil Keahlian- Pin Emas dan Kristal- Plak eksklusif- Jemputan ke Persidangan Rantau
Penaja Korporat (Corporate Donor) - terbuka kepada mana-mana syarikat, yayasan atau organisasi
1000 ke atas 500 ke atas - Sijil Keahlian- Pin (Untuk Presiden / Pengerusi)- Plak (untuk Organisasi)- Jemputan ke Persidangan Rantau
Sumbangan anda akan membolehkan Rantau Asia Pasifik:
Membolehkan remaja wanita dan wanita muda untuk menjadi pemimpin yang berkebolehan dan
berkeyakinan
Membuka peluang kepada wanita muda untuk menghadiri latihan kemahiran hidup
Memberi peluang kepada wanita muda untuk menyertai acara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di
peringkat antarabangsa
Memperkembangkan sepenuhnya potensi wanita muda di Rantau Asia Pasifik
Membantu negara yang sedang berusaha untuk mendapatkan keahlian Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)
Menyokong projek khidmat masyarakat serta program dan isu seperti kesihatan remaja, celik huruf dan
pemeliharaan alam sekitar
SUKARELAWAN PANDU PUTERI
Sukarelawan Pandu Puteri ialah satu bahagian baru dalam Persatuan
Pandu Puteri Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2004 melalui
Program Signatur Antarabangsa (Signature Programme Volunteerism).
Keahlian bahagian ini terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18 tahun
ke atas. Bahagian ini adalah di bawah kategori Ahli Tidak Aktif dan
Persatuan tidak perlu membayar yuran kuota kepada Persatuan Pandu
Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) untuk Sukarelawan
Pandu Puteri.
Program Sukarelawan Pandu Puteri terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
Perkembangan Kendiri
Perkembangan Belia
Khidmat
Penglibatan dalam acara Pandu Puteri
Penjanaan Dana dan Khidmat Sokongan