Sejarah Pandu Puteri

download Sejarah Pandu Puteri

of 18

description

sejarah pandu puteri

Transcript of Sejarah Pandu Puteri

Sejarah Pandu PuteriBagaimana segalanya bermula...Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.

Mereka merupakan pasangan yang mengagumkan. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas.

Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama.Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

Kelahiran WAGGGSOleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS.

Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan.Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negaraPada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai"Our World News". Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia.Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan.Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau) Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia.Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932, Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu.Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaa dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966.Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge).

Carta OrganisasiLembaga Eksekutif KebangsaanBil.JawatanPegawaiTempoh

1.Yang DipertuaYABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

2.Timbalan Yang DipertuaDYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah2013 - 2018

3.Ketua PesuruhjayaCik Normala bt Baharudin2013 - 2018

4.Pesuruhjaya AntarabangsaCik Jeyadhevi Subramaniam2012 - 2015

5.Pesuruhjaya Pandu Puteri TunasPuan Tee Huey Ghee2011 - 2014

6.Pesuruhjaya Pandu Puteri RemajaPuan Chempaka Emalin bt Pahamin2013 - 2018

7.Pesuruhjaya Pandu Puteri RenjerCik Ainil Shahnaz bt Muhamad Sham2012 - 2015

8.Pesuruhjaya Pandu Puteri KadetPuan W. Hasnah bt Abdullah2011 - 2012

9.Pesuruhjaya Pandu Puteri Siswi dan DewasaPuan Nurulain bt Hj. Ngah2011 2014

10.Pesuruhjaya GuildPuan Lucy Lee2011 - 2014

11.Pesuruhjaya Program dan LatihanPuan Tek bt Mohamad Noor2011 - 2014

12.Pesuruhjaya KeahlianYBhg Puan Sri To' Puan Zainon Bte Zainuddin2012 - 2015

13.Pesuruhjaya Perhubungan dengan MasyarakatCik Joyce Ong Choon Kim2011 - 2014

14.Pesuruhjaya Struktur & PengurusanPuan Hjh Salbiah bt Ma'arof2011 - 2014

Ahli Ex-OfficioBil.JawatanPegawai

1.Setiausaha KehormatCik Nabihah bt Badar

2.Bendahari KehormatPuan Zahridah Hanum bt Mazlan

3.Penasihat Undang-UndangPuan Rusnita bt Noor

Misi & Visi Pandu PuteriVISI:Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan.

VISION:Taking the lead in developing the potential of girls and women for change.

MISI:Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demikepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.

MISSION:Girl Guides Association Malaysia is committed to develop girls andwomen of calibre through internationalization of Girl Guidingknowledge, skills and values to benefit the society and country.

Asas Kawad KakiPERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ( Logo Pandu Puteri Remaja )ARAHAN KAWAT KAKIMEMBENTUK LADAM KUDA (CARA PERTAMA)- tidak melebihi 20 ahli PASUKAN !PASUKAN, MASUK BARIS !PASUKAN, SEDIA !PASUKAN HENTAK KAKI......... HENTAK !PASUKAN KE LADAM KUDA, SEPAT JALAN !PASUKAN, BERHENTI !KE DALAM, PUSING !PASUKAN PANJI-PANJI, JALANKAN TUGAS :- PASUKAN PANJI-PANJI, MASUK BARIS-PASUKAN PANJI-PANJI, CEPAT JALAN-BERHENTIPembawa panji-panji akan mengibarkan benderaSelepas lagu Dunia dinyanyikan, Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang-PASUKAN PANJI-PANJI, HORMAT BENDERA....HORMAT !- PASUKAN PANJI-PANJI, KE BELAKANG PUSING- CEPAT JALAN !-BERHENTI !-KE BELAKANG / DALAM PUSING !MEMBENTUK LADAM KUDA (CARA KEDUA)PASUKAN !KETUA, MASUK BARIS !PASUKAN, MASUK BARIS !PASUKAN, SEDIA !PASUKAN HENTAK KAKI......... HENTAK !PASUKAN KE LADAM KUDA, SEPAT JALAN !PASUKAN, BERHENTI !KE DALAM, PUSING !PASUKAN PANJI-PANJI,KELUAR BARIS : PASUKAN PANJI-PANJI, SEDIA CEPAT JALAN BERHENTI KE KANAN / KE KIRI PUSING !Pembawa panji-panji akan mengibarkan benderaSelepas lagu Dunia dinyanyikan, Pasukan panji-panji mengikat tali bendera ke tiang PASUKAN PANJI-PANJI, HORMAT BENDERA....HORMAT ! PASUKAN PANJI-PANJI, KE KANAN / KE KIRI PUSING ! CEPAT JALAN ! BERHENTI ! KELUAR BARISARAHAN UNTUK ISTIADAT MENGAMBIL KEDATANGAN 1. PASUKAN !2. KETUA, MASUK BARIS !3. KETUA, BILANG !4. KETUA, KE KIRI PUSING !5. KETUA BILANG (mula dengan 0)6. DUA LANGKAH KE HADAPAN, GERAK7. PASUKAN, MASUK BARIS !8. PASUKAN, SEDIA !9. KE KANAN, LURUS !10. PANDANG, DEPAN !11. KETUA, AMBIL KEDATANGAN !- KUMPULAN BUNGA ............... SENANG DIRI 12. PASUKAN SEDIA ! 13. PASUKAN KE KANAN, PUSING ! 14. KETUA, LAPOR ! 15. PASUKAN KE BENTUK LADAM KUDA, CEPAT JALANPELANTIKAN PANDU PUTERI(Setelah ahli membentuk Ladam Kuda)

PASUKAN PANJI-PANJI, KELUAR BARIS ! ( 2 Pasukan Panji-panji)- PASUKAN PANJI-PANJI, CEPAT JALAN !- BERHENTI !- KE KIRI / KE KANAN PUSING !- PASUKAN PANJI-PANJI, KE BELAKANG, PUSING !- CEPAT JALAN !(Apabila pasukan panji-panji berselang, kapten memberi arahan : : PASUKAN, HORMAT BENDERA, HORMAT !- BERHENTI ! KE DALAM, PUSING !KETUA KUMPULAN .......(NAMA KUMPULAN) BAWA AHLI BARU KE HADAPAN UNTUK DILANTIK !- AHLI BARU, MASUK BARIS !- AHLI BARU, CEPAT JALAN !.......BERHENTI !- KE KANAN / KE KIRI PUSING !- AHLI BARU, KE KANAN PUSING !- HORMAT BENDERA HORMAT !- KE KIRI PUSING !.......HORMAT BENDERA, HORMAT- KE BELAKANG PUSING .....HORMAT PASUKAN, HORMAT- KE KANAN / KIRI PUSING !- CEPAT JALAN .......... BERHENTI !.....KE KANAN / KE KIRI PUSING !- MASUK BARIS !- KE DALAM / BELAKANG, PUSING !SETELAH SELESAI ISTIADAT PELANTIKAN

PASUKAN PANJI-PANJI, JALANKAN TUGAS !- PASUKAN PANJI-PANJI, CEPAT JALAN !- BERHENTI !- KE KANAN / KE KIRI PUSING !- CEPAT JALAN !- BERHENTI ! .... KELUAR BARIS

PASUKAN ! .... KELUAR BARIS !ISTIADAT MENURUNKAN PANJI-PANJI DAN TAPS (Selepas selesai Perjumpaan atau Majlis ) AHLI MEMBENTUK LADAM KUDA

PASUKAN PANJI-PANJI, KELUAR BARIS !- PASUKAN PANJI-PANJI, SEDIA !- CEPAT JALAN !- BERHENTI !- KE KANAN. / KE KIRI PUSING !- PASUKAN PANJI-PANJI, HORMAT BENDERA, HORMAT !- KE KANAN / KIRI PUSING- CEPAT JALAN- BERHENTI !- KELUAR BARIS1. PEMBAWA PANJI-PANJI AKAN MENYERAHKAN BENDERA KEPADA Kapten2. pasukan menyanyikan lagu taps siang / malam, mula !3. PASUKAN BERSURAI !FORMASI V 1. PASUKAN, SEDIA !2. PENANDA MASUK BARIS !3. PASUKAN, MASUK BARIS !4. PASUKAN, SEDIA !5. PASUKAN, BILANG !6. PENAN KE HADAPAN, BARIS BELAKANG KE BELAKANG, PUSING7. PASUKAN, KE BENTUK V, GERAK !8. PASUKAN ANJI-PANJI, JALANKAN TUGAS :- PASUKAN PANJI-PANJI, CEPAT JALAN- BERHENTI !- PASUKAN PANJI-PANJI, HORMAT BENDERA, HORMAT !- KE BELAKANG PUSING !- CEPAT JALAN- BERHENTI !- KE BELAKANG / DALAM PUSING !- PASUKAN, KELUAR BARIS !PELANTIKAN PANDU PUTERI RENJER1. AHLI-AHLI MEMBENTUK FORMASI V2. BENDERA DIKIBARKAN3. NYANYIAN LAGU DUNIA4. ARAHAN :- KETUA PASUKAN, BAWA AHLI BARU KE HADAPAN UNTUK DILANTIK- AHLI BARU, MASUK BARIS !- CEPAT JALAN !- BERHENTI !- KE KANAN / KIRI PUSING !- - KAPTEN / PUAN, SAYA MEMBAWA .........(NAMA)/ ..........(BILANGAN AHLI BARU YANG TELAH LULUS PRA PELANTIKAN DAN SEDIA UNTUK DILANTIK SEBAGAI SEORANG PANDU PUTERI RENJER- (ACARA PELANTIKAN DIJALANKAN)- HORMAT BENDERA, HORMAT !- HORMAT PASUKAN, HORMAT !- KE KIRI / KE KANAN, PUSING !- CEPAT JALAN !- BERHENTI !- MASUK BARIS !- PASUKAN KELUR BARIS

PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH1.Pelantikan Guru Penasihat1.1Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta Pendidikan 19961.2 Penalti yang dikenakan adalah berdasarkan :Peraturan 2 dalam peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Akta Kerajaan Jilid 42/no 11(tambahan No 41) Perundangan (A)P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.Penalti yang dikenakan tidak melebihi RM50 000 atau 2 tahun penjara1.3Semua peraturan tentang pengurusan kokurikulum sekolah hendaklah dirujuk pada dokumen/surat pekeliling yang dilampirkan/ yang telah sedia ada.1.4Perintah AmSeseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu/ takwim adalah dianggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.Perlanggaran Tata Kelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)1993:4(2) Seseorang pegawai tidak boleh(g) Tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

2.Pengurusan Badan Beruniform/Kelab/Persatuan. Sila rujuk dan gunakan garis panduan yang disertakan.2.1Semua sekolah diminta untuk menggunakan garis panduan pengurusan kokurikulum seperti dalam lampiran 1.25 perkara yang dinyatakan dalam lampiran berkenaan hendaklah dipatuhi.(Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42/No.11 (Tambahan No.41) Perundangan ( A ) 196 bertarikh 21 Mei 1998. 2.2Semua Badan Beruniform yang tidak diluluskan pendaftarannya dikira tidak sah dan segala implikasi undang-undang adalah di bawah tanggungjawab Pengetua/Guru Besar.2.3Penubuhan Persatuan seperti Persatuan Agama Hindu/Buddha/Kristian dan sebagainya mestilah mematuhi SuratPekeliling Ikhtisas 9/2000(Kelulusan mestilah daripada Pengarah Pelajaran selaku Pendaftar).2.4Kutipan Yuran/Derma2.4.1Istilah yuran tidak boleh digunakan,sebaliknya digantikan dengan istilah derma atau sumbangan.2.4.2Semua kutipan mestilah mengikut peraturan Akta 1996 dan di bawah pengawasan Pengetua/Guru Besar.2.5Aktiviti2.5.1Aktiviti yang dirancang mestilah berorientasikan pendidikan,pengetahuan dan keperluan semasa.2.5.2Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan nilai dan tatasusila hendaklah dielakkan.2.5.3Aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan sepanjang tahun,tiada pengecualian bagi kelas peperiksaan,namun begitu pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan mengukuhkan kurikulum2.6Pemantauan Penyeliaan Aktiviti Kokurikulum2.6.1Pemantauan aktiviti kokurikulum hendaklah dilakukan oleh pihak pengurusan kokurikulum untuk memastikan keberkesanan pengurusan sesuatu badan beruniform/kelab/persatuan.2.7Pelaporan/Dokumentasi2.7.1Sekolah perlu menyediakan pelaporan,dokumentasi dan penilaian bagi setiap program yang dijalankan disekolah.3.Takwim Sekolah3.1Berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh JPS/PPD.3.2Sekolah diminta memastikan bahawa aktiviti Merentas Desa,Sukan Tahunan dan Perkhemahan dimasukkan dalam Takwim Sekolah.3 jenis aktiviti ini wajib dilaksanakan di peringkat sekolah.3.3Pihak sekolah diminta menghantar satu salinan Takwim Sekolah ke PPD pada atau sebelum 31 Januari 2005 (U.P : Penyelia Kokurikulum)4.Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah4.1Setiap sekolah wajib tubuhkan JK Kokurikulum sekolah berdasarkan SPI / 19854.2Jawatankuasa ini mesti di pengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua.4.3Ahli-Ahli Jawatankuasa boleh dilantik di kalangan Penolong Kanan,Guru Penyelaras Persatuan,Badan Berunifom dan Setiausaha Sukan.4.4Fokus,misi dan visi kokurikulum sekolah hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa.4.5Satu mesyuarat penyelarasan bersama dengan jawatankuasakurikulum sekolah hendaklah diadakan pada awal tahun untuk memastikan program sekolah bersifat bersepadu dan mempunyai halatuju yang sama.4.6Setiap mesyuarat mesti mempunyai minit.5.Penilaian Aktiviti Kokurikulum5.1Penilaian aktiviti sekolah Rendah dan Menengah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.5.2Sekolah wajib membuat penilaian setiap tahun.Tahap pencapaian hendaklah direkodkan.Skala A - E digunakan.5.3Sila ambil kira kes pelajar yang tidak dapat menyertai ketiga-tiga aktiviti kerana terlibat dengan latihan bermusim/pusat apabila mewakili negeri/negara.Pelajar-pelajar berkenaan hendaklah dibantu agar sekurang-kurangnya mendapat markah C secara keseluruhan.5.4Sekolah diingatkan untuk merekodkan markah tertinggi pelajar dalam tahun yang dinilai.Sebagai contoh : markah pelajar semasa di Tahun 5 / Tingkatan 4 digunakan,walaupun pelajar tersebut kurang/tidak mahu menyertai aktiviti kokurikulum semasa berada di Tahun 6/Tingkatan 5.Perkara ini tidak harus diumumkan kepada para pelajar.5.5Berdasarkan analisis markah penilaian kokurikulum,pihak sekolah diminta mengkaji semula keberkesanan setiap program/aktiviti yang dijalankan.5.6Setiap sekolah hendaklah menghantar laporan keputusan penilaian kokurikulum setiap tahun selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 November setiap tahun.6. Kegagalan/Enggan Menghadiri Aktiviti Kokurikulum.6.1Semua pelajar dan guru wajib menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan 1996.Pihak sekolah akan berhadapan dengan masalah apabila ibu bapa enggan membenarkan anaknya menyertai aktiviti kokurikulum atas alasan-alasan tertentu.6.2Garis Panduan / Peraturan Tetap mengenai perkara ini mestilah dimasukkan dalam Peraturan Kokurikulum Sekolah6.3Penjaga/Ibu Bapa dimaklumkan secara bertulis mengenai wajibnya menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan yang sedia ada.6.4Ibu bapa menjawab masih tidak mahu anaknya menyertai aktiviti kokurikulum dan sanggup menerima apa sahaja bentuk tindakan.6.5Pihak sekolah memaklumkan secara rasmi bahawa anaknya akan mendapat pangkat E atau gagal dalam Sijil Penilaian Kokurikulum dan akan direkodkan dalam Sijil Berhenti Sekolah.(Rujuk peraturan 4 dalam peraturan-peraturan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai warta kerajaan jilid 42/No 11 (Tambahan No 41). Perundangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.