Post on 23-Jun-2015
BAB 2: KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
PENGENALAN
3 Konsep penting bagi bab ini•Konsep Masyarakat•Konsep Budaya•Konsep Perpaduan dan
Integrasi
Konsep Masyarakat
Definisi: •Kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Masyarakat• Pergaulan• Harmonis• Budaya
– Menurunkan budaya– Generasi yang menerima&– Budaya material – Budaya bukan material
Masyarakat• undang-undang• sistem politik • ekonomi• pentadbiran• nilai• norma• emosi• semangat mencintai masyarakat
sesebuah negara
Konsep Masyarakat• Memahami hakikat bahawa manusia, demi
kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat
• Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat
• Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain
• Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik
Ciri-Ciri Utama Masyarakat
• Berkelompok • Berbudaya • Mengalami perubahan• Berinteraksi ( dalaman & dgn pihak
luar)• Mempunyai kepimpinan• Mempunyai aturan sosialnya (susun
lapis, kelas, status dan kasta)
Konsep Etnik, Etnisiti & Etnosentrisme
• Etnik - sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.
• Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme.
• Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
• Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
• Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi etnik sendiri.
Konsep Ras & Rasisme
• Ras sebuah kelompok sosial yang mempunyai anda pengenalan kolektif berasaskan berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.
• Rasisme – Pandangan, pemikiran atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka.
– Gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.
Rasisme wujud pada 2 tahap :
• tahap individu
• tahap institusi
Konsep Prejudis dan Stereotaip
Prejudis • Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu
• Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
• Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generari lain.
• Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.
Strereotaip• kenyataan-kenyataan umum yang negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik • Gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain.
• Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat.Setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain.
Konsep DiskriminasiDiskriminasi • pandangan, pemikiran dan kepercayaan
negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
• Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
• manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik
KONSEP BUDAYA
Definisi:Satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
BUDAYA
Kebendaan Bukan Kebendaan
merujuk kepada benda-benda yang konkrit Contoh:
- Lukisan- Alat-alat muzik- Peralatan dan
kelengkapan hidup
merujuk kepada konsep, tanggapan, idea atau sesuatu abstrak yang dibentuk manusia Contoh:
- Adat resam- Nilai-nilai- Undang-undang- Kepercayaan masyarakat
Peranan dalam Pembentukan Budaya
Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.
Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.
Ciri-ciri Budaya Dipelajari
Dikongsi
Bersifat sejagat
Diwarisi
Berubah-ubah
Mempunyai unsur simbolik
Adanya pandangan semesta (worldview)
Konsep Perpaduan dan Integrasi
Perpaduan:Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Integrasi:Satu proses untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur integrasi terdiri daripada:Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur.
Integrasi ekonomi – usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.
Integrasi kebudayaan - usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.
Integrasi sosial – merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial.
Integrasi pendidikan – mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,jasmani, dan rohani.
Integrasi politik - usaha-usaha yang menyatupadukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.
Tahap-tahap Hubungan Etnik
Segregasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgamasi
Hubungan terpisah
Hubungan sebati
Konsep Segregasi
• Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik yang lain dalam sebuah negara.
• Pemisahan berlaku dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, status sosioekonomi, minat dan pencapaian, pengangkutan, kemudahan awam dan sebagainya.
Konsep Akomodasi
• Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing.
• Konsep ini luas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.
Konsep Akulturasi• Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam
kalangan individu atau kolompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
• Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan satu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari satu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
• Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Konsep Asimilasi• Satu proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
• Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
• Berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.
Konsep Amalgamasi
• Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.
• Ditentukan apabila terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Pengalaman Malaysia• Kerajaan melaksanakan pelbagai langkah dan
program.• Tujuan: memupuk perpaduan rakyat.
• Kesenian, kebudayaan juga diperkukuhkan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia.
Jabatan Perpaduan Negara
Majlis Penasihat Perpaduan Negara
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pendidikan Kebangsaan