Post on 02-Jan-2016
description
SURYATI BT. UDAI701016135770002
1. PENGENALAN
Mata Pelajaran Pendidikan Seni telah lama diajar di sekolah-sekolah di
Malaysia. Mata pelajaran ini telah mula diperkenalkan semenjak zaman British lagi
dan telah berkekalan hingga ke hari ini. Ketika itu mata pelajaran ini dikenali sebagai
Lukisan. Mata pelajaran ini kemudiannya dikenali sebagai Seni Lukis dan
Pertukangan Tangan dan pada masa ini ia disebut sebagai mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual. Ini jelas menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
telah melalui beberapa perubahan dan akan terus berubah. Pendidikan Seni Visual
lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain
seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan
Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
2. PENDIDIKAN SENI VISUAL MENURUT BERSOON (1982).
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Bertolak dari hasrat inilah pengajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) tidak
harus dipandang ringan. Pendidikan Seni Visual adalah program pendidikan yang
bersistem, terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu.
Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan merentas nilai
pembangunan manusia khususnya kanak-kanak. Dalam penghasilan seni, selalunya
kanak-kanak akan melukis apa yang dilihat, dirasakan dan kepercayaan mereka dalam
tempoh yang tertentu. Aktiviti seni seperti mewarna adalah menjadi perkara biasa.
Apabila kita melihat lukisan kanak-kanak, ia adalah menjurus kepada kebebasan
dalam kehidupan khayalan dan pemahamannya. Menerusi pengalaman yang mereka
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1
SURYATI BT. UDAI701016135770002
peroleh itu akan membolehkan mereka mengenali diri mereka sendiri dan
hubungannya dengan alam sekitar.
Imej-imej yang digambarkan oleh kanak-kanak bertaburan dan menggunakan
simbol-simbol yang mereka sahaja mengetahui. Jadi ini akan menimbulkan kesulitan
dalam pengamatan objek yang dilukis. Bersoon (1982) berpendapat galakan yang
diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam
memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan
meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan
penaksiran. Oleh yang demikian, boleh dikatakan hasil seni kanak-kanak adalah
ilham yang Tuhan berikan kepada mereka.
Maka sejajar dengan ini Pendidikan Seni Visual boleh membantu
meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam pengamatan dan menambahkan
pengetahuan tentang adanya perbezaan antara benda-benda ataupun imej-imej tampak
yang terdapat dalam kehidupan persekitaran mereka. Latihan begini akan
menyempurnakan lagi kualiti pengetahuan mereka pada alam dan secara langsung
menjurus ke arah pencapaian objektif yang digaris di dalam kurikulum Pendidikan
Seni Visual.
2.1. Aspek-aspek utama organisasi kurikulum Pendidikan seni Visual
Setelah dinyatakan matlamat seni visual di dalam pendidikan sekolah rendah
dan kaitan kepentingannya menurut pandangan Bersoon (1982) selanjutnya
dibincangkan tentang bidang-bidang dan aspek-aspek seni yang terdapat di dalam
kurikulum sekolah rendah dan bagaimana ia dapat membantu guru menjadikan
pengajarannya lebih berkesan dan bersepadu.
Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah KBSR di susun di dalam empat bidang kegiatan. Empat bidang tersebut ialah
menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan
mengenal kraf tradisional.Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat bahan-bahan,
apresiasi seni visual serta menghargai nilai murni.
Aspek-aspek utama yang dipentingkan dalam organisasi kurikulum ini
dihuraikan seperti berikut:
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
2
SURYATI BT. UDAI701016135770002
2.1.1. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui
kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek
alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara
konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi
dan pemikiran abstrak.
2.1.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini
menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi
dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi
visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat
mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa
akan datang.
2.1.3. Apresiasi seni visual secara mudah. Apresiasi seni visual memberi
pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat
dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui
hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara
seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Secara tidak langsung
murid diperkenalkan dengan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
2.1.4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Selain diberi
pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai
menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai
patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
3
SURYATI BT. UDAI701016135770002
2.2. Perkaitan aspek-aspek utama dalam organisasi kurikulum Pendidikan
Seni Visual berdasarkan pernyataan Bersoon (1982).
Seni Visual dalam pendidikan meletakkan pandangan Bersoon (1982) sebagai
asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Pandangan beliau ini
jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada
dan oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan
kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang
mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan
teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi.
Di bawah dihuraikan perkaitan aspek-aspek utama dalam organisasi
kurikulum Pendidikan Seni Visual berdasarkan pandangan Bersoon (1982).
2.2.1. Aspek pemerhatian secara aktif.
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Dalam hal ini adalah tidak dapat
dinafikan pendidikan seni mempunyai perkaitan rapat dengan kognitif. Ini disebabkan
pengajaran dan pembuatan seni adalah berasaskan ilmu pengetahuan. Mengetahui
melalui pemerhatian adalah suatu mode pengetahuan dan suatu cara untuk belajar
tentang realiti. Cabaran yang guru hadapi adalah menggunakan pemerhatian dengan
bijak dalam pengajaran seni, dengan kata lain guru ingin pelajar menjana ilmu
pengetahuan dengan menggunakan mata.
Semasa menyediakan aktiviti, guru perlu memberi perhatian kepada
pengetahuan sedia ada murid. Pengetahuan sedia ada murid perlu dikenal pasti
supaya seseorang murid tersebut bersedia sebelum melibatkan diri dalam proses
pembelajaran. Adalah disarankan juga guru menggunakan benda-benda konkrit dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni. Ia boleh dilakukan dengan meminta
murid-murid memerhati, merenung dan membuat pengamatan dengan menggunakan
pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya yang ada pada
alam. Seterusnya perbincangan murid dengan guru dibuat bagi mencetus idea dan
imiginasi mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Benda konkrit pada alam
secara tidak langsung dapat membantu murid itu memberi tindak balas yang sesuai
berdasarkan rangsangan yang diterima. Dengan ini juga proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih mudah. Contohnya guru mengajar tajuk `kereta’, murid-
murid pernah melihat contoh-contoh kereta sama ada dalam bentuk gambar ataupun
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
4
SURYATI BT. UDAI701016135770002
murid pernah melihat rupa bentuk kereta melalui pengalaman hidup mereka.
Pengetahuan sedia ada ini dapat membantu murid-murid melakukan aktiviti yang
disarankan oleh guru. Maka dengan ini, faktor pengetahuan sedia ada dan benda
konkrit bertujuan menggalakkan kanak-kanak menggunakan deria dari pengalaman
dalam membuat penaksiran dalam pelbagai kegiatan seni sejajar dengan pandangan
yang dikemukakan oleh Bersoon (1982).
2.2.2. Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
Kritis dikaitkan dengan keadaan murid boleh memberi pendapat dan kritikan.
Kreatif pula membawa maksud sesuatu yang asli dan berdaya cipta. Setiap murid itu
pula mempunyai tahap kreativiti yang berlainan antara satu sama lain. Menerusi
kegiatan yang disediakan oleh guru seni dalam bilik darjah, maka banyak kegiatan
yang boleh menggalakkan potensi kritis dan kreatif di kalangan murid.
Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan ini melibatkan
penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum
aktiviti penghasilan. Guru seni perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara
semasa menyediakan aktiviti.
Semasa aktiviti penerokaan, guru seni boleh mempengaruhi pengalaman
pembelajaran murid-murid misalannya dalam aktiviti cuba mencuba dan suaikenal
dengan bahan. Semasa aktiviti ini guru memberikan pendedahan kepada murid-murid
tentang asas mewarna. Guru seni boleh menggunakan pelbagai jenis kertas yang
memberi kesan yang berlainan apabila dibubuh warna air. Pengalaman estetika murid-
murid itu menjadikan murid-murid lebih mampu memanipulasi bahan dalam situasi
yang berlainan. Aktiviti seumpama ini menjadikan sesuatu kegiatan seni itu menjadi
lebih menyeronokkan.
Dalam penerokaan juga murid-murid adalah bebas daripada jawapan tetap.
Ini bermaksud melalui aktiviti seni, kanak-kanak belajar membuat pernyataan diri
dengan meluahkan perasaan melalui hasil seni mereka.Melalui lukisan murid-murid
juga memberi gambaran tentang latar belakang dan keadaan emosi yang dihadapi.
Dalam konteks ini guru harus memahami murid-murid mempunyai emosi, kepuasan
dan keinginan yang berlainan. Minat dan kecenderungan pada sesuatu kerja seni
tertakluk kepada kepuasannya. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya memaksa
atau mengawal kreativiti dan imginasi murid-murid dalam pengajaran dan
pembelajaran seni sebaliknya guru seni seharusnya bertindak sebagai pembimbing
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
5
SURYATI BT. UDAI701016135770002
dan memberi tunjuk ajar dalam semua kegiatan seni. Sehubungan dengan ini murid
senang dan ingin mencuba segala jenis kegiatan dan aktiviti seni.
Aktiviti seni yang berunsurkan penemuan oleh murid sendiri boleh
memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha
menemukan sesuatu yang baru, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan
yang bakal diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan.
Misalannya lawatan ke gua-gua batu dapat memberikan murid penemuan yang
mereka tidak sedari sebelum ini seperti keindahan lanskap yang terdapat dalam gua
dan hidupan di dalamnya.
Dalam aktiviti penghasilan atau pembuatan pula, guru hendaklah mengambil
kira tatacara, langkah dan proses membuat. Dalam hal ini ia merangkumi peraturan-
peraturan bagi menghasilkan sesuatu ciptaan yang baik. Prosedur ini berkaitan dengan
disiplin ilmu, yang menerangkan bagaimana dan mengapakah perlunya mengetahui
prosedur bagi sesuatu tindakan ataupun amalan tertib kerja dalam menghasilkan
sesuatu ciptaan atau rekaan. Sesuatu prosedur itu perlu dipatuhi aturan dan tata
caranya. Misalannya, sebelum seseorang tukang ukir hendak mengukir, beliau
perlulah mengetahui cara-cara menyediakan peralatan dan tahu menggunakannya.
Selain daripada itu beliau juga harus tahu cara mengasah alat mengukir seperti pahat
dan pisau wali. Dalam masa yang sama tukang ukir perlu faham bagaimana hendak
membuat penyeliaan bahan, bagaimana cara dan kaedah mengukir yang pelbagai, dan
bagaimana membuat kemasan pada karya. Melanggar sesuatu prosedur bermakna
akan memberikan kesan kepada kualiti karya yang dihasilkan.
2.2.3. Aspek apresiasi seni visual secara mudah.
Apresiasi melibatkan penyataan dan unsur afektif. Ada dua jenis aktiviti
apresiasi, iaitu aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah
yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Guru seni menyediakan aktiviti mudah,
dengan memberi perhatian kepada unsur penyerapan pengetahuan dan penerapan
nilai yang berkaitan dengan kandungan. Apabila dilihat pada kebanyakkan aktiviti
seni, murid-murid akan melalui proses mental yang membantu proses pendidikan.
Misalannya pengetahuan tentang seni, budaya, tokoh ataupun artis, sejarah serta sains
dan teknologi adalah antara kandungan kurikulum yang diperoleh murid-murid dalam
pembelajaran pendidikan seni di sekolah. Penguasaan pengetahuan dalam tajuk-tajuk
di atas menunjukkan peningkatan ilmu seni mereka.Ini bagi membolehkan mereka
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
6
SURYATI BT. UDAI701016135770002
mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam urusan hidup mereka
serta menghargai dan membanggai warisan dalam kebudayaan kebangsaan.
Aspek apresiasi juga mengambil kira perasaan, penghargaan dan refleksi diri
murid-murid. Dalam konteks ini guru harus memberi penghargaan yang bertujuan
meningkatkan lagi penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran serta
menanam keyakinan diri. Misalannya menampalkan karya murid di sudut seni
ataupun papan kenyataan. Ini meningkatkan harga diri pelajar dan memberikan
keyakinan kepada pelajar akan kebolehan mereka, dengan kata lain murid boleh
membuat refleksi diri dari penghargaan yang diberi gurunya.
2.2.4. Aspek menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Kegiatan seni mampu menanam perasaan mencintai alam kehidupan di
kalangan murid. Misalannya ilmu estetika akan mendidik murid-murid menyedari dan
memahami apa yang dikatakan keindahan. Keindahan pula lazimnya dikaitkan dengan
alam yang diciptakan oleh Allah. Justeru pendidikan seni dapat memupuk murid-
murid dengan mencintai alam sekitarnya serta berusaha memelihara keindahan yang
dianugerah Allah kepada manusia.
Kemahiran dan pengetahuan seni mampu menjana idea dan membolehkan
pelajar mengaitkan kandungan dengan perkara lain di luar kegiatan dalam
kehidupan seharian.Murid-murid yang kreatif boleh memanipulasi bahan dan
sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi
peluang kepada murid-murid memberi idea bersama-sama bagi mengembangkan
bakat mereka sendiri. Guru membentuk beberapa kumpulan di kalangan murid-murid,
kemudian meminta mereka menggunakan bahan yang terbuang untuk dijadikan
sesuatu bahan yang baru, yang bolah digunakan semula. Secara tidak langsung
kreativiti murid-murid akan berkembang dan dapat mencipta idea yang baru.
Melalui pendidikan seni juga guru dapat menjana minda murid-murid untuk
berfikir secara logik. Secara tidak langsung bahan yang terbuang boleh digunakan
semula dan ini dapat mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar secara
berleluasa dan pembaziran.
Dari perbincangan aspek-aspek utama organisasi kurikulum Pendidikan Seni
Visual di atas dan hubungkaitnya dengan pernyataan Bersoon(1982) ialah guru-guru
seni perlu melihat sesuatu aktiviti seni itu pada sudut yang lebih luas yang mana ia
bukan sahaja membina kemahiran dan intelek melalui deria penglihatan, sentuhan dan
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
7
SURYATI BT. UDAI701016135770002
sebagainya tetapi juga memantapkan aspek emosi seseorang murid. Guru seni adalah
sebagai role model kepada murid-murid perlu memberi galakan dan bimbingan serta
menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
usaha melahirkan murid-murid yang berkualiti.
3. PENDIDIKAN SENI VISUAL MENURUT HILDA TABA
Menurut Hilda Taba, kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan struktur
minda manusia. Struktur ini berkaitan dengan kognitif, ingatan, ingatan dan luahan
semula (Memory and Retention), pemikiran bercapah, pemikiran bertumpu dan
penilaian.
Pandangan Hilda Taba ini menyokong salah satu bidang seni visual iaitu
bidang membentuk dan membuat binaan. Bidang kegiatan ini menegaskan
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan
lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid
berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses
penghasilan seni.
3.1. Aktiviti membentuk dan membuat topeng berdasarkan aspek-aspek
struktur minda manusia menurut pandangan Hilda Taba.
3.1.1. Tajuk.
Pemilihan tajuk ialah Haiwan Liar. Semua
haiwan ini mempunyai skala dan tekstur muka
yang berlainan menyebabkan kanak-kanak
harus memikirkan tentang bentuk apabila
membuatnya. Kanak-kanak perlu membentuk
dan membina serta menyelesaikan masalah
skala dan bentuk dengan bimbingan daripada
guru. Kanak-kanak juga akan mengenali jenis-jenis haiwan liar dan kepentingannya
kepada manusia.
3.1.2. Tema dan subjek.HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
8
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Pemilihan tema adalah berdasarkan perkara seperti alam semulajadi dan objek
persekitaran, imaginasi dan khayalan, aliran dan tema sejagat serta keperluan dan
pengalaman harian manusia. Sesuatu tema yang dipilih mengikut fungsi yang tertentu
seperti sebagai perlambangan nenek moyang, simbol dewa-dewi dalam kepercayaan
masyarakat tertentu, pelengkap upacara, penyingkap sejarah, media pendidikan dan
sebagai hiburan. Tema yang dipilih dalam aktiviti membentuk dan menbuat binaan
topeng muka ini ialah haiwan. Penghasilan topeng lebih menumpukan kepada tajuk
haiwan liar. Muka topeng yang dilakarkan memaparkan muka haiwan liar seperti
harimau, orang utan, singa, buaya, gajah dan sebagainya.
3.1.3. Pemilihan alat dan bahan.
Pemilihan alat dan bahan bergantung kepada jenis topeng yang akan
dihasilkan. Ini penting bagi menentukan ketahanan dan daya penarik kepada topeng
tersebut. Alatan yang perlu disediakan ialah gunting, gelang getah atau tali, gam.
Bahan seperti kertas keras saiz A4/kad manila, warna air/warna poster, marker pen,
bahan guna semula untuk hiasan pada muka topeng (seperti bulu ayam, daun kering,
benang bulu dan sebagainya).
3.1.4. Teknik penghasilan.
Setiap topeng yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa
penghasilannya bergantung kepada jenis-jenis topeng yang akan dibuat.
3.1.5. Proses membuat topeng muka.
Langkah 1
Melakar bentuk muka topeng berdasarkan
tema yang dipilih pada kertas tebal/manila
kad.Gunting permukaan kertas tersebut untuk
mendapatkan bentuk rupa haiwan liar.
Langkah 2
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
9
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Lukis rupa muka haiwan liar berdasarkan
sifatnya iaitu mata, telinga, mulut, hidung dan
lain-lain yang berkaitan dengan muka.
Langkah 3
Mewarna muka topeng yang telah dilukiskan
sifatnya dengan warna air/warna poster.
Langkah 4
Menampal bahan guna semula sebagai hiasan
pada muka topeng. Marker pen digunakan bagi
menambahkan hiasan pada muka topeng.
Langkah 5
Menebuk lubang bagi memasukkan tali atau
gelang getah yang akan melekatkan topeng
dengan muka manusia. Akhir sekali membuat
kemasan pada topeng yang dihasilkan.
3.1.6. Persembahan hasil kerja.
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
10
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Sesuatu karya membuat topeng muka seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Watak topeng mesti menepati tema dan tajuk.
b) Bahan yang digunakan hendaklah bersesuaian dan relevan dengan fungsinya.
c) Topeng tersebut pastikan tahan dan selamat digunakan terutama semasa
persembahan.
d) Penggunaan pelbagai bahan yang diadun untuk membentuk suatu gubahan
yang menarik dan dapat memikat penonton apabila digunakan dalam
persembahan.
e) Mempunyai sifat ketulenan agar mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
f) Mempunyai prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, harmoni, kontra, warna,
imbangan dan kesatuan yang menarik.
3.1.7. Perkaitan aktiviti menghasilkan topeng dengan aspek struktur minda manusia.
a) Kognitif.
Aktiviti membuat topeng memerlukan seseorang murid atau pengkarya
mempunyai pengetahuan sedia ada yang berkaitan dengan tema dan tajuk
yang hendak dipersembahkan melaui penghasilan topeng. Selain itu
pengkarya juga seharusnya menggunakan pengetahuan mereka tentang
cara untuk menghasilkan sebuah topeng muka dengan menggunakan alat
dan bahan yang sepatutnya.
b) Ingatan dan luahan semula.
Apabila seseorang murid itu hendak menghasilkan topeng muka,
mereka cuba mengingat kembali segala pengalaman dalam pelbagai
perkara berkaitan kemahiran menghasilkan sesuatu. Kemahiran-kemahiran
yang dimiliki seseorang itu digabungjalin dan diaplikasikan bagi
menghasilkan topeng. Contohnya ialah semasa hendak melakar bentuk
muka haiwan murid menggunakan kemahiran matematik dan sains.
Penghasilan topeng merupakan luahan semula segala pengalaman dan
pengetahuan dalam pelbagai bidang subjek yang dipelajari. Maka dapatlah
kita melihat seni tampak dalam penghasilan topeng yang kreatif.
c) Pemikiran bercapah.
Pemikiran bercapah memerlukan seseorang berfikir lebih subjektif,
secara terbuka dan luas. Menghasilkan topeng menggalakkan pemikiran
bercapah dengan aktiviti merekacipta rupa bentuk topeng muka yang
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
11
SURYATI BT. UDAI701016135770002
bertemakan haiwan liar. Murid cuba sedaya upaya untuk memindahkan
pengetahuan mereka tentang muka haiwan liar pada kertas yang akan
menggambarkan kepada sesiapa yang melihatnya akan mudah mengenali
dan memahami tentang apa yang dihasilkan. Sebarang tindakan dalam
penghasilan topeng itu adalah berdasarkan pemikiran perekanya. Misalnya
penggunaan warna yang memberikan kesan estetika dalam karya adalah
melalui pemikiran bercapah.
d) Pemikiran bertumpu.
Pemikiran bertumpu menghadkan seseorang berfikir kepada perkara
yang difokuskan dan secara objektif. Dalam aktiviti membuat topeng ini,
seseorang itu tertumpu kepada menghasilkan rupa bentuk muka seekor
haiwan liar. Maka pemikiran dikerah untuk mengolah permukaan kertas
keras/kad manila menjadi sebuah topeng yang menarik dan tidak lari dari
tema dan tajuk yang dikehendaki.
e) Penilaian.
Aspek penilaian menentukan setiap aktiviti menghasilkan topeng ini
mencapai dan memenuhi kehendak objektif penghasilan topeng muka. Ia
menitikberatkan kepada setiap proses yang dijalankan untuk membuat
topeng. Topeng yang telah disiapkan dinilai bagi menentukan kaitannya
terhadap tajuk dan tema, alat dan bahan serta teknik penghasilan yang
digunakan.
3.2. Penilaian aktiviti membuat boneka.
Berpandukan kepada aktiviti membuat boneka penilaian dapat dibuat dengan
menjawab tentang persoalan berkaitan tajuk dan tema yang sesuai. Tema dan tajuk
seharusnya menepati kehendak pengkarya. Misalnya tajuk menghendaki hasil yang
bertemakan haiwan kesayangan maka hasil boneka perlu menjurus kepada pilihan
haiwan seperti sapi, arnab, kucing serta pelbagai lagi bentuk muka haiwan. Alat dan
bahan yang digunakan diambil kira dalam penilaian bagi menentukan kesesuaiannya
mengikut proses membuat boneka. Kesesuaian watak bergantung kepada stail boneka
yang dihasilkan. Begitu juga dengan pilihan reka bentuk, warna dan padanan imej
mengikut jenis boneka. Penilaian akhir dilihat secara keseluruhan karya dihasil bagi
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
12
SURYATI BT. UDAI701016135770002
menentukan kejayaan hasil boneka tersebut seterusnya memungkinkan ia digunakan
dalam persembahan dengan sempurna.
Terdapat lima kriteria yang akan dinilai terhadap hasil kerja murid (boneka).
Kriteria ini ditetapkan khusus untuk mengetahui sejauh mana sesebuah karya seperti
boneka mempunyai ciri-ciri kreativiti yang amat diutamakan dalam bidang seni
tampak. Bagi karya yang mendapat skor penuh iaitu 25 markah maka ia dianggap
memenuhi kriteria karya yang berkualiti dan kreatif. Begitu juga sebaliknya jika skor
di bawah 20 markah adalah karya yang sederhana. Skor yang tidak mencapai 10
markah dikira sebagai lemah daripada segi kualiti dan kreativiti.
3.2.1. Borang Pemarkahan Hasil Kerja Murid
SEKOLAH KEBANGSAAN GITA, KUCHING
BORANG PEMARKAHAN HASIL KERJA MURID
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nama murid : ______________________
Kelas : ______________
Tarikh: ______________
Bidang: ___________________________________________
Tajuk : ____________________________________________
Bil Kriteria Skor
ABersifat Fleksibel.Berupaya menghasilkan karya mengikut keadaan dan kesesuaian.
1 2 3 4 5
B
Sensitif Dan Peka.Mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap persekitarannya dan deria yang sensitif terhadap persepsi estetik dalam menghasilkan karya.
1 2 3 4 5
CGagasan Idea Yang Asli Dan Tulen.Menghasilkan karja mengikut cetusan rasa dan berbeza daripada yang biasa dihasilkan.
1 2 3 4 5
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
13
SURYATI BT. UDAI701016135770002
DLogik.Menghasilkan karya secara logik dan rasional dengan membezakan antara kebaikan dan keburukannya.
1 2 3 4 5
EBerfikiran Bebas.Menghasilkan karya dengan daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja.
1 2 3 4 5
JUMLAH SKOR /25
4. PENUTUP
Kesimpulannya, kedua-dua pandangan tokoh barat, Bersoon(1982) dan Hilda
Taba ini amat penting untuk diterapkan oleh guru di dalam pengajaran Pendidikan
Seni Visual. Amat penting untuk kita mengetahui dan memelihara seni visual yang
telah lama kita ketahui. Selain itu, perlulah juga kita menghargainya dan melihat
betapa indahnya seni visual. Peranan guru di sini amat penting untuk memberikan
sesuatu aktiviti seni yang menyeronokkan kepada muridnya agar mereka tahu dan
dapat menghayati keindahan seni visual yang mana kita tahu tak lekang dek panas
dan tak lapuk dek hujan.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Pusat
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
14
SURYATI BT. UDAI701016135770002
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni
Visual: KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Pendidikan Seni Visual: Modul
Pengajaran dan Pembelajaran KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Md. Nasir Ibrahim, Prof. Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni: Untuk
Maktab & Universiti. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Rousliluddin, et. al (2007). Pengenalan Pendidikan
Seni Visual. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.
Pengenalan PSV. Available at: http://www.sksenai.com/blogs/index.php?
blog=11&title=pengenalan-psv&more=1&c=1&tb=1&pb=1
4 bidang PSV KBSR. Available at: http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/4-bidang-
psv-kbsr.html
Pendidikan Seni. Available at: http://wareyzseni.blogspot.com/2008/11/pendidikan-
seni.html
HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
15