Post on 02-Jul-2015
Pengenalan
Fakta sejarah telah membuktikan bahawa sememangnya peperangan Plessey antara Siraj Ud
Daulah di Benggal dengan ketumbukan British atau East Indies Company pada tahun 1757
telah menjadi titik tolak kepada penguasaan India oleh British. Tahun ini juga menjadikan
India sebagai satu tanah jajahan Inggeris di India. Mulai daripada peristiwa itu jugalah satu
demi satu wilayah sama ada wilayah Islam yang diperintah oleh wazir, Nizam dan lain-lain
lagi serta wilayah-wilayah Hindu oleh Peshwa di India telah dialahkan dan diletakkan ke
dalam lingkungan kekuasaan British di India.1 Sepanjang tempoh awal penjajahan itu, British
telah mengambil tindakan –tindakan drastik melalui suatu bentuk sistem ekonomi seperti
sistem zamindar, sistem percukaian British serta pengeksploitasian ekonomi oleh pihak
Syarikat yang bertindak sebagai pentadbir kolonial di India bagi pihak British.2 Selain itu,
British turut memperkenalkan beberapa langkah pembaharuan sosial dan politik di India serta
cubaan untuk melaksanakan unsur-unsur barat di taklukan mereka di India. Tetapi selalunya
dari segi reaksi penduduk India yang sangat rigid kepada kebudayaan mereka, Hal ini pastilah
akan menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan di India yang sememangnya
cenderung kepada nilai dan tradisi tempatan serta pastinya akan menimbulkan penentangan
terhadap tindakan British tersebut yang bertentangan dengan norma sosial masyarakat . 3
Antaranya penentangan yang boleh dibincangkan termasuklah “ Dahagi India” pada tahun
1857-1859 yang merupakan penentangan terbesar tersebut sepanjang pemerintahan Inggeris
semasa kurun ke 19 dan isu yang ingin di kaji dalam esei ini adalah sejauh manakah peristiwa
pemberontakan 1857 itu boleh dianggap sebagai usaha untuk membebaskan India daripada
penjajahan British di benua kecil ini. Selain itu, esei juga turut cuba untuk merungkap faktor-
faktor dasar British di India sebelum tahun 1857 yang telah menimbulkan azam bagi
1 Bhattacharjee. Arun, History of Modern India1757-1947, New Delhi: Ashish Publishing House, 1960.hlm 252 Ibid3 Penjajah British di India dilakukan oleh pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang mendapat konsesi bagi menjalankan aktiviti perdagangan dan penaklukan bagi pihak British ini ditubuhkan pada tahun 1600.
1
penduduk India bagi membebaskan diri mereka daripada pihak British melalui penentangan
mereka melalui Dahagi India itu sendiri. Esei akan membincangkan lagi perkara tersebut di
bahagian berikutnya.
Sebab-sebab tercetusnya Dahagi India 1857
Berbagai-bagai pendapat telah dikemukakan oleh para sarjana yang mengkaji tentang faktor-
faktor yang mendorong kepada berlakunya Dahagi India yang dilancarkan oleh para tentera
India yang berkhidmat dengan kerajaan British di India. Antaranya, seperti seorang sarjana
India yang bernama Mc Carthy yang menerangkan bahawa salah satu faktor yang membawa
kepada pemberontakan pada tahun itu adalah disebabkan oleh tindakan pihak British yang
tidak sensitif tentang adat resam para tentera India yang berkhidmat di bawah pihak British.4
Hal in dapat dipertahankan oleh para sarjana kerana pihak British sebelum tahun 1857
sememangnya mempunyai dasar yang pro kepada polisi yang berpaksikan falsafah kehidupan
Bentham. Sarjana falsafah barat ini menekankan agar kepuasan maksimum menjadi
keutamaan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, apabila dalam menjalankan dasar terhadap
pihak tentera sepoi ( Indian Army), pihak pentadbiran tentera British sememangnya tidak
mempedulikan tentang adat resam tempatan kerana adat resam tempatan dilihat tidak
memberikan kepuasan maksimum bagi pihak British di India.5 Malah, pentadbiran kerajaan
Inggeris semasa Lord Bentinck(1835-1840) menjadi gabenor jeneral India, beliau pernah
mengutarakan bahawa beliau akan menggunakan polisi yang dikeluarkan oleh gurunya
(Bentham) untuk mentadbir India. Oleh itu, pihak tentera sepoi India yang terdiri daripada
kalangan orang Hindu dan Islam dikatakan tidak dilayan dengan adil kerana nilai-nilai
masyarakat India tidak sesuai dengan idealisme budaya Inggeris . Antaranya, pihak British
tidak memberikan pangkat kepada golongan berkasta tinggi sebaliknya memberikan kepada 4 P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm21
5 ibid
2
semua pihak yang dirasakan sesuai oleh kerajaan penjajah British berdasarkan kebolehan
mereka. Hal ini berbeza dengan keadaan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan
tradisional India yang memberikan keutamaan berasaskan kasta seperti yang dilakukan oleh
Kerajaan Maratha dulu sebelum kerajaan tersebut jatuh pada tahun 1818. Ini menimbulkan
perasaan tidak puas hati golongan berkasta tinggi kerana bagi golongan berkasta tinggi status
mereka adalah sewajarnya diberikan keutamaan dalam urusan kenaikan pangkat dalam
perkhidmatan ketenteraan British mengikut interpretasi mereka. Hal ini adalah amat
bertentangan dengan pihak British yang menekankan kebolehan peribadi sebagai kayu ukur
dalam kenaikan pangkat dalam perkhidmatan tentera British di India. Oleh itu, kesannya,
sudah ada bibit ketidakpuasan hati pihak tentera India dalam organisasi ketenteraan British
kerana mereka berasa diri mereka telah dianaktirikan oleh pentadbiran British. 6 Perasaan ini
sengaja dipendamkan oleh para anggota tentera India sehingga mereka bangkit memberontak
menentang pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris. Bagi sesetengah kasta, mereka amat
pantang dalam sesetengah perkara seperti keluar dari wilayah mereka. Kasta mereka bagi
sesetengah masyarakat Hindu akan jatuh apabila keluar daripada wilayah mereka atau ke
seberang laut. Tetapi, pada tahun 1852, pihak British di bawah Gabenor Jeneral Lord
Dalhousie(1851-1856) telah mengarahkan askar-askar sepoi di Benggala untuk berperang di
Burma ekoran berlakunya perang Anglo-Burma kedua pada tahun tersebut. Tindakan ini
bertentangan dengan norma masyarakat Hindu yang berkasta tinggi tersebut.7Selanjutnya,
Hal ini telah dijelaskan lagi oleh Akta Perkhidmatan Tentera 1856 yang dikeluarkan oleh
British juga turut menerangkan bahawa mulai tahun tersebut, semua anggota tentera India
akan digerakkan ke luar India atau ke mana- mana sahaja yang diarahkan oleh pegawai
tentera British. Hal ini telah difahami oleh anggota-anggota berkasta tinggi bahawa mereka
akan dihantar ke seberang laut dalam operasi ketenteraan British. Tindakan tersebut pastinya
6 Talmiz Khaldun, The Great Rebellion, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C .Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm217 Malleson, The Indian Mutiny Of 1857, Delhi: Datta Book Centre, 1971.hlm 14
3
menimbulkan perasaan kurang senang golongan kasta tinggi seperti kasta Brahmin dan
Kesatria kerana martabat mereka akan jatuh.8 Sungguhpun, terdapat skim elaun Bharatta atau
dikenali sebagai “The Foreign Service Of Bharatta” yang bertujuan untuk mengambil hati
anggota tentera India itu, pastinya gagal menambat hati mereka kerana masyarakat India pada
masa itu lebih mementingkan maruah mereka sebagai golongan berkasta tinggi berbanding
dengan ganjaran kewangan oleh pihak Kerajaan British. Tambahan pula, tindakan ini juga
adalah disebabkan oleh pemahaman mereka bahawa dengan arahan untuk berkhidmat di
seberang laut, para anggota tentera India beragama Hindu secara tersirat nya akan cuba
dipaksa memeluk agama Kristian dan ini menimbulkan ketidakpuasan hati mereka9. Dalam
tindakan ini, pihak British sememangnya gagal memahami aspirasi dan kebudayaan India
dengan mendalam serta tidak sensitif terhadap nilai-nilai orang India tersebut telah
membibitkan rasa tidak puas hati di dalam jiwa para tentera India tersebut serta menimbulkan
perasaan memberontak dalam kalangan tentera sepoi tersebut lantas apabila timbulnya
sesuatu khabar angin , mereka dengan mudahnya telah melancarkan penentangan yang
akhirnya memberikan kesan ke atas landskap politik India itu sendiri.10
Polisi Lesap Waris (Doctrine Of Lapse)
Undang-undang Lesap Waris merupakan suatu langkah pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris
di India bagi meneruskan legitimasi penguasaan mereka di benua kecil ini. Polisi ini telah
mengisyaratkan bahawa kerajaan British di India berhak untuk mengambil alih pentadbiran
tempatan sekiranya para pemerintah tempatan tidak mempunyai waris sah daripada keturunan
mereka sendiri. Sungguhpun, para pemerintah di India pada masa itu boleh menabalkan anak
angkat mereka sebagai nizam, peshwa dan sebagainya, tetapi pihak British menganggap
8 M.P Shrivastava, The Indian Mutiny 1857, Allahabad: Chuch Publications.1971.hlm 25.9 James Bryne, British opinion And Indian Revolt, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C Joshi Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm 292
10 Ibid
4
perlantikan itu sebagai illegal atau tidak sah11. Oleh itu, akan memberikan kuasa penuh
kepada pihak British dalam mengubah struktur kerajaan di India serta mengambil alih
pemerintahan peribumi melalui polisi ini sungguhpun polisi ini tidak adil dan tidak sesuai
dengan kehendak peribumi India.12 Hal ini dibuktikan oleh tindakan yang dilakukan ke atas
Nana Sahib, iaitu anak kepada Peshwa Baji Rao ii yang tidak diiktiraf sebagai pemerintah
baru bagi wilayah kanpur pada tahun 1853 oleh pihak British kerana beliau adalah anak
angkat kepada Baji Rao ii. Beliau juga dihalang menggunakan gelaran Peshwa sungguhpun
beliau telah diiktiraf oleh ayah angkatnya iaitu Baji Rao sebagai peshwa selepas kematiannya
pada tahun 1853.Tindakan ini cuba dihalang oleh beliau melalui petisyen yang dihantar
kepada pihak British di India, tetapi tidak dilayan oleh pihak British. Hal yang sama juga
turut dihadapi oleh Rani Jhansi iaitu pemerintah di Jhansi yang turut tidak diiktiraf oleh
British sebagai pemerintah baru selepas kematian suaminya pada 1854.13 Sungguhpun di
dalam undang-undang Hindu pada masa itu yang membenarkan pewarisan takhta oleh Jhansi
Rani sebagai sah kerana dia adalah permaisuri dalam kerajaan Jhansi tetapi pihak British
sengaja tidak mempedulikan perkara ini kerana pihak British ingin agar wilayah-wilayah ini
berada dalam kawalan pihak British secara total kerana tahap negeri-negeri ini adalah dalam
keadaan naungan British sahaja dan bergantung pada kebolehan pegawai British dalam
mengawal negeri-negeri tersebut. 14 Jadi kebimbangan Inggeris adalah mereka bimbang
seandainya Raja-raja ini memberontak terhadap British dengan memotivasikan rakyat mereka
menentang British. Selain itu, bagi mengurangkan kos untuk membayar elaun tahunan
kepada pemerintah tersebut pihak Inggeris telah menggunakan alasan tersebut bagi
mewajarkan tindakannya terhadap pentadbiran tradisional India. Kesannya, pengalahan mesti
dilakukan melalui dasar lesap waris ini. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan
11 Sir John Kaye, History Of Indian Mutiny, Lahore: Oriental Publishers & Booksellers, 1976.hlm 1512 Malleson, The Indian Mutiny Of 1857, Delhi: Datta Book Centre,1971.hlm 28.13 Ibid14 Bhattacharjee. Arun, History of Modern India1757-1947, New Delhi: Ashish Publishing House, 1960.hlm 135.
5
suasana yang kurang selesa dalam kalangan pemerintah Hindu dan Muslim di India yang
merasakan pihak Inggeris cuba menafikan hak yang sewajarnya yang patut diterima oleh
mereka secara turun temurun. Lantas, mereka cuba membebaskan diri dengan menyertai
penentangan tentera sepoi terhadap ketidakadilan British itu sendiri.15
Sejauh manakah Dahagi India Boleh Dianggap Sebagai Perang Pembebasan India?
Istilah pembebasan merupakan istilah yang sering diguna pakai oleh sarjana sejarah dalam
menerangkan tentang Dahagi India yang berlaku pada tahun 1857. Tetapi, sejauh manakah
istilah pembebasan India ini dapat digunakan dalam membicarakan tentang dahagi tersebut?
Istilah pembebasan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada perkara
berikut.
‘pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yang diduduki musuh”16
Dalam hal ini. Para sarjana melihat isu ini daripada berbagai-bagai sudut pandang. Tetapi,
kebanyakannya melihat bahawa dahagi India sebenarnya tidak mencerminkan usaha-usaha
untuk membebaskan India daripada penguasaan British sebenarnya. Hal ini dilihat daripada
matlamat para pejuang yang terlibat dalam perjuangan ini yang sememangnya tidak sekata
antara satu sama lain. Hal ini dilihat daripada sudut yang lebih mendalam kita akan dapati
para pejuang ini sebenarnya berjuang dalam lingkungan kepentingan sendiri serta berusaha
menjaga kepentingan masing-masing.17 Selanjutnya, kesetiaan yang ditonjolkan adalah
kepada para pemimpin masing-masing lalu apabila pihak Inggeris bertindak balas , mereka
tidak menolong antara satu sama lain. Lantas, perjuangan mereka adalah bukan perjuangan
pembebasan bagi seluruh India tetapi merupakan perjuangan pembebasan bagi wilayah
15 Bhattacharjee. Arun, History of Modern India1757-1947, New Delhi: Ashish Publishing House, 1960.hlm 136.16 Teuku Iskandar, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998.hlm17 P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm 166.
6
mereka sahaja. Bukti yang jelas telah ditonjolkan melalui matlamat para pemimpin itu seperti
Nana Sahib, Tantia Topi dan Rani Jhansi yang sebenarnya menentang British kerana ingin
mendapatkan kembali kuasa yang mereka miliki yang telah diambil alih British melalui
proses lesap waris itu sendiri. Dendam mereka terhadap pihak British melalui tindakan
British sebelum ini telah memberi dorongan kepada Nana Sahib, Rani Jhansi, Tantia Topee
untuk menyertai tentera sepoi dalam menentang British itu sendiri. Bagi golongan Muslim di
India mereka lebih berusaha untuk memulihkan pemerintahan Mogul di Delhi yang semakin
lemah ekoran daripada pengaruh British di wilayah yang berhampiran dengan wilayah Mogul
tersebut. Lalu bagi golongan Muslim sendiri mereka sebenarnya lebih menumpukan kepada
pemulihan Mogul dan memanipulasikan penentangan oleh tentera sepoi ini sebagai suatu
langkah untuk memulihkan kembali kerajaan Mogul yang dianggap sebagai pelindung umat
Islam di India itu sendiri.18 Tambahan pula, Bahadur Shah dianggap sebagai simbol
penyatuan bagi seluruh India sungguhpun ia akan menyebabkan kontradiksi dengan
pemimpin Hindu yang lain yang sememangnya mempunyai idealisme yang berbeza dengan
pandangan pro Mogul dalam kalangan kaum Hindustan (Muslim) itu sendiri.19 Tidak
mustahil jika penentangan ini berjaya, mungkin para pemerintah tersebut akan berperang
sesama sendiri bagi merebut kekuasaan yang di tinggalkan oleh British itu sendiri.
Selanjutnya, para sarjana juga melihat bahawa faktor yang menyebabkan dahagi India tidak
wajar dianggap sebagai pembebasan India adalah disebabkan faktor ciri-ciri pemberontakan
ini yang sebenarnya tidak mencerminkan suatu bentuk penentangan yang bersepadu bagi
seluruh India. Sebaliknya, ianya hanyalah sekadar suatu bentuk penentangan setempat yang
dipelopori oleh tentera sepoi India itu sendiri dengan dibantu oleh tentera pemberontak
18 K.M Ashraf, Muslim Revivalists And Revolt, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm 85
19 Ibid
7
tempatan yang dinaungi oleh Raja-raja mereka. 20 Bukti jelas yang dapat dilihat adalah
penentangan ini hanya wujud di kawasan Bihar, Oudh, Benggal , Delhi dan Lucknow sahaja
yang terletak di kawasan tengah dan barat daya India. Tetapi, kawasan lain seperti wilayah
Punjab, Sind dan wilayah-wilayah di kawasan Maharashtra dan selatan India rata-ratanya
masih teguh di bawah penjajahan British di benua kecil ini. Oleh sebab itulah kita tidak dapat
menganggap bahawa dahagi India 1857 sebagai suatu perang pembebasan India.21 Faktor
yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku adalah disebabkan oleh faktor komunikasi
antara semua wilayah India yang tidak seimbang antara satu sama lain di India pada masa
tersebut lantas idea-idea penentangan terhadap penjajah Inggeris tidak dapat disebar luaskan
ke seluruh India. Boleh dikatakan bahawa teknologi pengangkutan dan komunikasi di India
tidak begitu sempurna lalu menyebabkan penentangan hanya terhad di kawasan tertentu
sahaja. Lalu akhirnya menyebabkan penentangan tidak dapat dijalankan serentak dan ini
menyebabkan kegagalan dahagi India pada tahun 1859.22Tambahan pula, idea tentang
pembebasan atau perjuangan kemerdekaan belum lagi popular pada masa itu serta idea-idea
nasionalisme kebangsaan belum wujud lagi dalam masyarakat India itu sendiri. Mereka, iaitu
penduduk India sebahagian besarnya masih lagi bernaung di bawah ketua-ketua atau raja –
raja mereka lantas idea tentang nasionalisme atau pembebasan India itu tidak wujud sama
sekali kerana kesetiaan adalah kepada pentadbir-pentadbir tempatan. Lalu, semua tindakan
adalah bergantung pada keputusan pemimpin mereka sama ada ingin menyertai penentangan
terhadap British atau tidak. Jika para pemimpin tempatan bersikap Pro- British, kemungkinan
para penduduk wilayah akan mengikut kehendak para Raja atau Nizam mereka sahaja untuk
setia kepada British. Oleh sebab itulah, terdapat sebahagian pemerintah tidak mengikut sama
dalam dahagi India tetapi bersikap berkecuali atau membantu pihak British dalam menentang
20 P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm 21 Ibid22 Malleson, The Indian Mutiny Of 1857, Delhi: Datta Book Centre,1971.hlm 30
8
pemberontak seperti Nana Sahib, Rani Jhansi dan sebagainya.23 Misalnya, tentera Sikh
dikatakan telah bertindak sebagai pengkhianat dalam dahagi India kerana mereka telah
bersikap setia dengan British apabila menggagalkan tindakan penentang di Kubu Allahabad.
Mereka juga turut bertindak dengan menolak untuk menurunkan bendera British di situ serta
membantu pelucutan senjata oleh sebahagian tentera Sepoi itu sendiri. Dalam hal ini telah
membuktikan bahawa idea pembebasan India melalui penentangan Dahagi India tidak dapat
dihayati oleh semua rakyat India. Oleh sebab itulah, tidak boleh dianggap sebagai perang
pembebasan India.24
Selanjutnya, perbahasan akan diteruskan dengan melihat kepada faktor –faktor politik,
ekonomi dan sosial yang membawa kepada dahagi India ini. Dalam hal ini, para penentang
terutamanya pihak para tentera sepoi sebenarnya bukanlah ingin menentang kekuasaan
British tetapi mereka juga sebenarnya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati mereka
terhadap pihak pentadbiran tentera British serta dasar-dasar British yang cuba mengubah
struktur politik , ekonomi dan sosial India,. Hal ini dapat dilihat melalui akta-akta yang
dilaksanakan oleh pihak British yang dilihat memiliki kecenderungan menentang norma-
norma masyarakat India. Antaranya dengan penggubalan Akta Kahwin Semula Balu 1856,
yang secara langsung telah mengubahkan status balu-balu setaraf di sisi undang-undang serta
pengharaman suttee oleh British. Di samping itu, penghapusan amalan thug juga telah
memperlihatkan satu penentangan terhadap budaya India yang sebenarnya tidak selaras
dengan ajaran Hindu sungguhpun ia adalah sebahagian daripada adat orang-orang India
beragama Hindu tersebut.25 Tindakan British ini secara tidak langsung sebenarnya telah
menimbulkan ketegangan dengan pihak tentera sepoi kerana sungguhpun tentera sepoi
menyertai angkatan tentera British, tetapi, mereka tetap rigid dalam soal adat istiadat India
23 P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm 13824 M.P Shrivastava, The Indian Mutiny 1857, Allahabad: Chuch Publications.1971.hlm 147.25 Ibid
9
terutamanya dalam kalangan tentera beragama Hindu . Oleh itu, pihak British yang bertindak
sewenang-wenangnya ini telah menimbulkan penentangan mereka. Hal ini, secara dasarnya
lebih cenderung untuk menarik perhatian pihak British agar lebih menghormati budaya
tempatan lalu rasa tidak berpuas hati itu ditonjolkan dalam dahagi India itu sendiri. 26Mereka,
tentera sepoi juga sebenarnya turut berusaha untuk melepaskan geram terhadap pihak British
yang tidak mahu memahami idealisme tempatan dalam mentadbir organisasi ketenteraan
serta melaksanakan pentadbirannya di India. Buktinya adalah dengan pengenalan senjata
Enfield oleh pihak Inggeris bagi menggantikan senjata sebelumnya27. Selanjutnya apabila
terdapat khabar angin dalam kalangan pihak tentera Sepoi bahawa minyak yang digunakan
oleh kartrij peluru itu dilumuri oleh minyak khinzir dan minyak lembu, para anggota tentera
sepoi menunjukkan penentangan mereka lalu melancarkan pemberontakan kerana agama
Hindu yang amat memuliakan lembu sebagai haiwan suci serta agama Islam yang
mengharamkan khinzir. 28Hal ini bukanlah suatu pembebasan tetapi sebagai tanda protes
mereka terhadap tindakan British di India dan dalam kalangan tentera India sendiri serta
menginterpretasikan rasa tidak puas hati itu melalui penentangan terbuka terhadap British
dengan harapan pihak British dapat mengubah polisinya yang lebih adil. 29 Hal ini bukanlah
suatu pembebasan India tetapi hanyalah sebahagian daripada ekspresi ketidakpuasan hati
yang ditonjolkan oleh golongan tentera sepoi India terhadap British. Perkara ini dibuktikan
selepas perubahan dasar oleh British selepas peristiwa ini, khususnya pemansuhan akta lesap
waris tersebut serta dasar-dasar yang lebih bertolak ansur terhadap nilai sosiobudaya
penduduk India, tidak terdapat penentangan besar-besaran bersenjata di India sehingga kurun
kedua puluh.
26 Malleson, The Indian Mutiny Of 1857, Delhi: Datta Book Centre,1971.hlm 4827 Ibid28 Sir John Kaye, History Of Indian Mutiny, Lahore: Oriental Publishers & Booksellers, 1976.hlm 3329 Ibid
10
Selanjutnya, dalam membincangkan tentang hal ini tidak dapat dinafikan bahawa dalam
mengkaji tentang dahagi India ini sememangnya tidak dapat dinafikan terdapatnya pen
subahat yang telah membantu pihak British dalam menggerakkan British dalam menentang
pihak sepoi sendiri. Istilah pen subahat ini merujuk kepada individu yang telah membantu
pihak musuh dalam memberikan tentangan kepada pihak negaranya sendiri. Boleh dikatakan
bahawa golongan pen subahat ini telah memberi bukti tentang pandangan bahawa Dahagi
India 1857 bukanlah suatu gerakan nasionalisme atau pembebasan India. Oleh itu, asasnya,
terdapat golongan yang turut membantu pihak British dalam menghapuskan penentangan
dahagi India tersebut. Peranan pen subahat itu sebenarnya menonjolkan tiadanya koordinasi
yang bersepadu dalam kalangan masyarakat India kurun ke 19 bagi melawan ketidakadilan
melalui pemberontakan 1857 tersebut. Hal ini sangat kelihatan dengan tindakan sesetengah
golongan bangsawan di India yang membantu British dalam menghapuskan penentangan
itu.30 Contohnya, pada 16 Mei , Chunilal telah merekodkan di dalam diarinya yang
menerangkan bahawa Tentera Sepoi di Allamah telah menemui sepucuk surat dari
Ahsanullah iaitu, ahli keluarga golongan bangsawan Mogul telah menulis kepada pihak
British bahawa beliau akan membantu British untuk merampas Delhi daripada tangan
pemberontak. Hal ini disebabkan oleh keinginan untuk memberi pengiktirafan kepada Mirza
Jawan Bakht, iaitu anak Bahadur Shah dengan Zeenat Mahal agar dilantik sebagai bakal Raja
Delhi(Mogul). Tindakan ini sebenarnya merupakan suatu pengkhianatan kepada pihak
Tentera Sepoi India kerana tindakan ini akan melemahkan penentangan tentera sepoi di
Delhi.31 Lantas memudahkan pihak British menumpaskan penentangan kerana terdapatnya
pembesar yang sudi bersubahat dengan kerajaan British. Hal ini juga memberi suatu
interpretasi bahawa pengkhianatan itu berlaku kerana terdapat kepentingan sendiri bagi
30 P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.hlm 171-17231 Ibid
11
pihak pembesar itu sendiri.32 Tentera Sepoi telah memenggal kepala Ahsanullah kerana ingin
mengelakkan beliau daripada membantu British. Tambahan pula, Zeenat Mahal telah
dijadikan tebusan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang. 33 Tiadanya koordinasi antara
pemberontak dan juga golongan bangsawan itu sendiri telah menjadikan penentangan ini
tidak bersifat pembebasan kerana golongan pen subahat ini menonjolkan sifat sebagai
penyokong kerajaan British ekoran terdapat suatu keistimewaan atau ganjaran yang boleh
diperoleh hasil daripada sokongan pihak British tersebut. Terdapat juga sebahagian
masyarakat India yang menyokong British khususnya masyarakat India beragama Kristian.34
Sebabnya, golongan ini berasakan bahawa pendekatan British lebih sesuai dengan aspirasi
mereka yang memeluk Kristian dan jika mereka menyokong aspirasi golongan dahagi India,
mereka bimbang sekiranya tidak membantu British, kepentingan peribadi mereka khususnya
golongan bangsawan pro British itu tidak dipenuhi serta tindakan pembalasan oleh golongan
pemberontak itu akan memberi kesan buruk kepada pihak golongan masyarakat India
beragama Kristian itu sendiri35. Tambahan pula, sebahagian daripada bangsawan dan
masyarakat India Kristian telah mendapat keistimewaan daripada British melalui polisi-polisi
yang dijalankan khususnya akta yang membenarkan pemilikan harta warisan sungguhpun
memeluk agama Kristian serta sistem zamindar itu hanya dapat dijaga sekiranya menyokong
pihak British kerana pihak pemberontak tidak boleh diharapkan dalam memberikan
perlindungan kepada para penduduk India Kristian tersebut.36 Dengan tiadanya sokongan
menyeluruh tersebut, maka kita tidak boleh menganggap pemberontakan itu sebagai
pembebasan India tetapi hanyalah pemberontakan tempatan atau pemberontakan sebahagian
penduduk India semata-mata.
32 ibid33 ibid34 James Bryne, British Opinion And Indian Revolt, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C Joshi Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957. hlm 29435 Ibid36 P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957. hlm 154.
12
Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh dibuat tentang penentangan atau dahagi India ini adalah disebabkan
oleh tindak tanduk British khususnya pentadbiran Syarikat Hindia Timur British yang
bertindak sesuka hati tanpa memikirkan aspirasi kebudayaan dan sosiopolitik India sehingga
menimbulkan penentangan tersebut. Selanjutnya, Penentangan Dahagi India ini tidaklah
boleh dianggap sebagai suatu pembebasan India kerana ia hanyalah penentangan yang tidak
menyeluruh serta ketiadaan koordinasi antara pemimpin Hindu dan Muslim dalam menentang
British. Di samping itu, penentangan ini juga adalah suatu ekspresi ketidakpuasan hati
penduduk India terhadap dasar British yang akhirnya menyebabkan mereka menentang
British serta keterlibatan sesetengah penduduk India yang menyokong British itu sendiri .
Jelaslah bahawa pemberontakan 1857 ini bukanlah suatu pembebasan bagi India tetapi
hanyalah sebagai penentangan tempatan serta ekspresi ketidakpuasan hati tentera Sepoi India
terhadap ketidakadilan British sendiri. Jelaslah juga melalui dahagi ini, kita dapat
mengatakan bahawa Dahagi India ini bukanlah suatu pembebasan India secara
keseluruhannya tetapi hanyalah suatu penentangan setempat semata-mata.
13
Bibliografi
K.M Ashraf, Muslim Revivalists And Revolt, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957
Bhattacharjee Arun, History of Modern India1757-1947, New Delhi: Ashish Publishing House, 1960.
James Bryne, British opinion And Indian Revolt, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C Joshi Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957
M.P Shrivastava, The Indian Mutiny 1857, Allahabad: Chuch Publications.1971
Malleson, The Indian Mutiny Of 1857, Delhi: Datta Book Centre,1971.
P.C Joshi, 1857 In Our History, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C. Joshi, Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.
Sir John Kaye, History Of Indian Mutiny, Lahore: Oriental Publishers & Booksellers, 1976
Talmiz Khaldun, The Great Rebellion, dalam Rebellion 1857, diselenggarakan oleh P.C.Joshi Calcutta: People Publishing House(Private) Ltd.1957.
Teuku Iskandar, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998
14