Asigmnt Edu Individu-mizi

28
TUGASAN INDIVIDU. Nama : Mohd Tarmizi bin Halim No. K/P : 780601-08-6445 1.0 KONSEP PROFESION Profesion berasal daripada perkataan Latin „profiteor‟ yang terbahagi kepada “pro”yang secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna “mengakui, berjanji, mendedahkan kepada semua, berikrar”. Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus. Profesion juga dianggap sebagai pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang kompleks. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komited memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan sebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat.Sebagai contoh, menurut Ragbir Kaur (2011), menyatakan bahawa guru-guru di Malaysia merupakan satu profesion kerana mereka mengikuti kod etika yang telah digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.0 KOD ETIKA KEGURUAN Kod etika keguruan sama seperti profesion yang lain seperti kejuruteraan, perubatan dan guaman yang juga mempunyai kod etikanya. Seseorang guru perlu mematuhi kod etika demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seseorang guru. Di Malaysia,

description

edu

Transcript of Asigmnt Edu Individu-mizi

Page 1: Asigmnt Edu Individu-mizi

TUGASAN INDIVIDU.

Nama : Mohd Tarmizi bin Halim

No. K/P : 780601-08-6445

1.0 KONSEP PROFESION

Profesion berasal daripada perkataan Latin „profiteor‟ yang terbahagi kepada “pro”yang

secara umum bermakna “ke arah” dan “fiteor” yang bermakna “mengakui, berjanji,

mendedahkan kepada semua, berikrar”. Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai

satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang

tinggi dan latihan khusus. Profesion juga dianggap sebagai pekerjaan yang melibatkan

penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang kompleks. Ahli sesuatu profesion berpegang

kepada kod etika dan komited memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang

disifatkan sebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat.Sebagai

contoh, menurut Ragbir Kaur (2011), menyatakan bahawa guru-guru di Malaysia merupakan

satu profesion kerana mereka mengikuti kod etika yang telah digubal oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

2.0 KOD ETIKA KEGURUAN

Kod etika keguruan sama seperti profesion yang lain seperti kejuruteraan, perubatan

dan guaman yang juga mempunyai kod etikanya. Seseorang guru perlu mematuhi kod etika

demi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seseorang guru. Di Malaysia,

“Tatasusila Profesyen Keguruan” yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

merupakan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya. Di bawah ini

dinyatakan Kod Etika Keguruan;

“ Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke

arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan,

menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat

yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-

prinsip rukunegara.”“ Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak

Page 2: Asigmnt Edu Individu-mizi

muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima

Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami

ketaraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

2.1 Tanggungjawab Terhadap Murid

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal

lain.

Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani,

mental, emosi, politik,ekonomi,sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada

mereka yang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam

matapelajaran yang diajar tanpa sebarang bayaran.

Menunjukkan suatu cara berpakaian, peraturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada murid.

Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar

supaya pengajaran kami mencapai mutu setinggi-tingginya.

2.2 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anakmereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat diantara

institusi pendidikan dengan rumah tangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka

dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan

bijasana.

Mengelakkan diri daripada atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi

ibu bapa murid.

Page 3: Asigmnt Edu Individu-mizi

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu

yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga

mereka.

2.3 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan murid, masyarakat, negara atau yang bertentangan dengan Rukun

Negara.

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab, berguna, menghormati orang tua dan menghormati

perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil

bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta

institusi pendidikan dengan masyarakat.

Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecendekiawanan masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

2.4 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang

boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa,

atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami

sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan

rajin dan bersungguh-sungguh dan melaksanakannya sejajar dengan kemajuan

ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang

baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.

Page 4: Asigmnt Edu Individu-mizi

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

3.0 KONSEP AKAUNTIBILITI

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ dihuraikan sebagai

bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri

Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan

penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk

mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan

keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu

keputusan yang telah diambil.

3.1 AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami

dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa

maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme

keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di

atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,

masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

3.1.1 Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di

bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan.Guru

juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-

murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah

bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor

jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah

membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang

bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu

memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat

terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan

Page 5: Asigmnt Edu Individu-mizi

berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas

harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah

kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh

yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak

di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

3.1.2 Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar

dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah

di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang

ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru

hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi

pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal

menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang

boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru

juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan

peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik

supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru

juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa

lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.1.3 Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga

bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti

terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas

mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti

sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia

mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran

sekolah.

3.1.4 Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat dan Negara

Page 6: Asigmnt Edu Individu-mizi

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk

menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada

prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni

pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru

hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan

mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain

itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru

dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik

dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu

sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan

negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan

pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun

Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap

pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,

bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan,

keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat

di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli

masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan

ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima

oleh masyarakat .

3.1.5 Akauntabiliti Terhadap Profesion Keguruan

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan

berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya

isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan

seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak

pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan

strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara

maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid

menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 PROFESIONALISME KEGURUAN

Page 7: Asigmnt Edu Individu-mizi

Socket dalam Hawke & Hawke (2002), profesionalisme adalah amalan berkualiti dan

pekerjaan yang berstatus dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan masa

kini yang mendesak kepada peningkatan kualiti dalam semua bidang perkhidmatan sosial.

Guru-guru dianggap sebagai satu pekerjaan professional kerana ia merupakan pekerjaan

spesifik dan dijalankan oleh mereka yang mempunyai kelayakan dan latihan profesionalisme

yang khusus (Ragbir Kaur, 2011). Oleh itu, guru-guru perlulah menjalankan tanggungjawab

yang telah diamanahkan untuk memastikan penyampaian yang berkualiti dapat disampaikan

kepada murid. Selain itu, guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan

masyarakat sekeliling agar sentiasa bertindak jujur dalam setiap perlakuannya.

Huraian di atas adalah perkara dasar bagi penghuraian isi kandungan tugasan saya

yang seterusnya berkaitan dengan dua buah video iaitu filem pendek yang bertajuk ‘The

Inviligator’ dan video klip ‘Cikgu Shaari’, yang memaparkan isu-isu keguruan untuk diulas

sejajar dengan senario pendidikan di negara ini. Ulasan tentang konsep profesion, etika,

akauntabiliti dan profesionalisme keguruan serta cadangan dan pandangan untuk memperbaiki

amalan tersebut.

5.0 ULASAN KEPADA FILEM PENDEK ‘THE INVILIGATOR’

Video yang berdurasi 11:53 ini, mengisahkan tentang dua orang guru sekolah

menengah dan aspirasi mereka dalam profesion perguruan. Dibintangi pelakon selebriti Cheryl

Samad sebagai Miss Amira dan Tony Eusoff sebagai En. Khairil. Filem pendek ini sekaligus

memaparkan pertembungan ideologi dari perspektif pedagogi dan pada masa yang sama

berada dalam dilema antara kehendak masyarakat dan sistem pendidikan yang ada.

Miss Amira seorang guru pelatih yang menjalani praktikum untuk semester akhir di

sebuah sekolah menengah ‘lelaki’. Beliau mengajar Bahasa Inggeris dan dibimbing oleh En

Khairil seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman di sekolah itu. En. Khairil dihormati

oleh murid-muridnya kerana bersikap toleransi dan bijak membaca gelodak jiwa murid-

muridnya.

Setiap orang guru terikat dengan pematuhan Kod Etika Keguruan. Untuk memudahkan

penjelasan saya berkaitan perkara ini, saya telah menyediakan sebuah jadual (senarai semak)

bagi pematuhan Kod Etika Keguruan oleh Miss Amira dan Encik Khairil seperti di Jadual 1.

Page 8: Asigmnt Edu Individu-mizi

Jadual 1: Pematuhan Kod Etika Keguruan oleh Miss Amira dan En. Khairil

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID

ELEMEN YA TIDAK CATATAN

Lebih mengutamakan kebajikan dan

keselamatan murid daripada hal-hal lain

/ Sentiasa mahu melakukan yang

terbaik

Bersikap adil terhadap setiap orang murid

tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik,ekonomi,sosial, keturunan

atau agama.

/ Menjalankan tanggungjawab

yang diberi

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit

mengenai murid kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.

/ / Ya kepada En. Khairil .

Tidak kepada Miss Amira kerana

mendedahkan perangai

pelajarnya

Membimbing atau mengajar seseorang

murid dalam darjah sendiri atau dalam

matapelajaran yang diajar tanpa sebarang

bayaran.

/ Masuk ke kelas untuk mengajar.

Menunjukkan suatu cara berpakaian,

peraturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada

murid.

/ Berpakaian kemas.

Memelihara dan membaiki kecekapan

ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,

persidangan, mesyuarat atau seminar

supaya pengajaran kami mencapai mutu

setinggi-tingginya.

/ Miss Amira sedang menjalani

latihan amali di sekolah tersebut.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT

Mengelakkan diri daripada membuat

sebarang kenyataan atau ulasan yang

boleh mencemarkan nama baik seseorang

/ En Khairil menegur Miss Amira

di luar kelas dan bukan

Page 9: Asigmnt Edu Individu-mizi

guru di hadapan murid atau ibu bapa, atau

berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan

maruah seseorang guru.

dihadapan murid.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya

menunaikan tanggungjawab dengan rajin

dan bersungguh-sungguh dan

melaksanakannya sejajar dengan kemajuan

ikhtisas dan sosial.

/ En Khairil membimbing Miss

Amira untuk menjadi seorang

guru yang baik.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

kami terutamanya mereka yang baru

menceburkan diri dalam profesion

perguruan.

/ Ya kepada En. Khairil kerana

memberi kata-kata semangat

kepada Miss Amira

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak

mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

/ Miss Amira tidak dapat

mengawal perasaan marah dan

kecewa.

Berdasarkan jadual 1 di atas, pematuhan kepada Kod Etika Keguruan boleh

menjelaskan kepada akauntabiliti En. Khairil dan Miss Amira terhadap pelajar, terhadap diri

sendiri dan terhadap profesion keguruan. Isu-isu etika guru yang boleh diketengahkan di sini

ialah kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru dan pengurusan masa.

En. Khairil seorang guru yang disegani oleh murid-muridnya. Personaliti beliau yang

terbina hasil pengalaman mengajar di sekolah tersebut mendatangkan impak yang jelas iaitu

kepercayaan murid-murid terhadap beliau. Akauntabiliti terhadap pelajarnya telah dilaksanakan

dengan cara yang terbaik. Walau pun wujud tindakan yang tidak sewajarnya seperti

menyembunyikan maklumat berkaitan kertas soalan peperiksaan yang ‘bocor’ dan maklumat

berkaitan isu cinta monyet di kalangan pelajarnya serta memberi imbuhan kepada salah

seorang pelajarnya dalam bentuk wang ringgit atas satu tugasan yang diarahkan beliau.

Hal ini berbeza dengan Miss Amira, guru pelatih yang masih mentah dengan asam

garam kehidupan dan realiti alam keguruan. Patuh kepada Kod Etika Perguruan, dengan sebab

itu beliau kurang setuju dengan cara En. Khairil menangani pelajarnya untuk mendapatkan

perhatian daripada mereka, sehingga sanggup mengambil sikap memejamkan mata atas

Page 10: Asigmnt Edu Individu-mizi

masalah disiplin seperti yang dinyatakan di atas. Masih segar dengan asas pedagogi tetapi bila

berhadapan realiti di bilik darjah, Miss Amira gagal menggunakannya, beliau mengherdik

seorang pelajar di hadapan pelajar yang lain dan meninggalkan kelas begitu sahaja walau pun

pada ketika itu beliau sedang dicerap.

Miss Amira seharusnya mengkaji semula tingkah lakunya bagi mengenal pasti mengapa

beliau gagal mengurus kelas dan sesi P&P, berdasarkan kepada faktor-faktor yang dinyatakan

tadi. Dalam kes ini, Miss Amira hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin dicapai iaitu

bagaimana menarik minat pelajar untuk belajar. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, rasa cinta

terhadap kerjaya, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain perlu dibina

secara perlahan-lahan seiring dengan pengalaman. Miss Amira perlu melawan identiti gagal

seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang

guru, Miss Amira juga bertanggungjawab dalam memilih keputusan sama ada untuk diri sendiri

atau anak didiknya. Setiap pilihan yang dibuat perlulah rasional dan relevan kepada keperluan

asas guru yang mengajar dan murid yang belajar. Namun harus diingatkan, bahawa setiap

pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka Miss Amira seharusnya memilih

tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.

6.0 ULASAN KEPADA VIDEO ‘CIKGU SHAARI’

Video yang berdurasi 3:10 ini, mengisahkan tentang seorang guru sekolah rendah dan

dilema beliau antara dua kerjaya. Dibintangi seniman agung Allahyarham P. Ramlee sebagai

Cikgu Shaari. Video ini sekaligus memaparkan gaya pembelajaran tradisional, dari segi tulisan

guru, ejaan beberapa perkataan dan suasana bilik darjah pada ketika itu.

Video ini bertajuk ‘Cikgu Shaari- Lawak Bola P. Ramlee. Hasil tontonan saya, status

‘cikgu’ yang disandang oleh En. Shaari dalam video ini memberi satu gambaran yang dapat

dinilai dari aspek profesion, etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan dalam arena

pendidikan di negara ini.

Profesion En. Shaari adalah seorang guru sekolah rendah yang bertanggungjawab

mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dengan gelaran Cikgu Shaari. Beliau mengajar di sesi

pagi dan suasana kelas yang teratur.

Page 11: Asigmnt Edu Individu-mizi

Merujuk kepada elemen yang terdapat dalam Kod Etika Keguruan saya telah

menyediakan satu jadual senarai semak untuk memudahkan saya membuat pemerhatian bagi

pematuhan Kod Etika Keguruan oleh Cikgu Shaari.

Jadual 2: Pematuhan Kod Etika Keguruan oleh Cikgu Shaari

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID

ELEMEN YA TIDAK CATATAN

Lebih mengutamakan kebajikan dan

keselamatan murid daripada hal-hal lain

/ Tidak memerhatikan tingkahlaku

murid.

Bersikap adil terhadap setiap orang murid

tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik,ekonomi,sosial, keturunan

atau agama.

/ Tidak melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran

yang betul.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit

mengenai murid kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.

- - Tidak dapat dinilai

Membimbing atau mengajar seseorang

murid dalam darjah sendiri atau dalam

matapelajaran yang diajar tanpa sebarang

bayaran.

/ Masuk ke kelas pada waktu yang

ditetapkan.

Menunjukkan suatu cara berpakaian,

peraturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada

murid.

/ / Ya kepada cara berpakaian dan

peraturan tetapi Tidak kepada

tingkah laku kerana tidur waktu

mengajar.

Memelihara dan membaiki kecekapan

ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,

persidangan, mesyuarat atau seminar

supaya pengajaran mencapai matlamat.

- Tidak dapat dinilai

Berdasarkan jadual 2 di atas, pematuhan kepada Kod Etika Keguruan boleh

menjelaskan kepada akauntabiliti Cikgu Shaari terhadap pelajar, terhadap diri sendiri dan

Page 12: Asigmnt Edu Individu-mizi

terhadap profesion keguruan. Isu-isu etika guru yang boleh diketengahkan di sini ialah

kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru, kerjaya sambilan dan pengurus masa.

Paparan video klip ini sangat berkaitan dengan isu kerja sambilan. Kerja sambilan

merupakan salah satu cara bagi memperolehi pendapatan walaupun seseorang itu mempunyai

pekerjaan tetap. Kerja sambilan itu merangkumi seseorang yang bekerja sendiri dan dalam kes

Cikgu Shaari, beliau menjadikan hobi dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang muzik sebagai

cara untuk menambahkan pendapatan. Tetapi amalan ini telah menganggu tugas hakiki beliau

sebagai seorang guru.

Akauntabiliti terhadap pelajarnya gagal dilaksanakan. Beliau menjadi kurang bermaya di

sekolah. Mudah letih di sekolah kerana tenaga digunakan untuk bekerja sambilan. Tugasan

mengajar dilakukan secara ala kadar. Kerja sambilan telah menjejaskan tugas hakiki beliau di

sekolah. Ini dapat dilihat melalui paparan bagaimana beliau melaksanakan sesi pengajarannya.

Tanpa persediaan yang rapi dan tanpa bahan bantu belajar beliau masuk ke kelas. Tiada set

induksi di awal sesi pengajaran bagi mencetus idea dan imaginasi murid sebagai persediaan

memulakan pembelajaran pada hari tersebut. Kaedah pembelajaran berpusatkan guru dan

bersifat autokratik. Beliau hanya mengarahkan semua murid membaca dua baris ayat yang

sama:’Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola’ dan dibaca secara bergilir-gilir.

Jika kita menonton video ini secara keseluruhannya di bawah tajuk ‘Masam-masam

Manis’, kita akan mengetahui bahawa kerjaya beliau selain guru ialah seorang pemuzik dan

penyanyi yang hebat. Minat dan kecenderungan terhadap muzik membolehkan beliau bekerja

sambilan di sebuah kelab malam. Situasi ini merupakan kepuasaan kepada dirinya. Konflik

antara kepuasan diri dengan profesion sebagai guru berlaku akibat kegagalan beliau mengurus

masa dengan baik.

Bekerja sambilan sebagai penyanyi dan pemuzik di ‘kelab malam’. Tanpa menjejakkan

kaki, kita sedia maklum bahawa kelab malam adalah tempat hiburan yang beroperasi pada

waktu malam, menyediakan makanan ringan dan minuman termasuk minuman keras,

disediakan pentas pertunjukkan yang dilengkapi dengan muzik dan tempat menari. Banyak-

banyak unsur kurang sihat didalamnya.

Suasana tempat bekerja dan tuntutan kerja yang memerlukan beliau bekerja hingga

awal pagi, menyebabkan tiada persediaan untuk mengajar dan mengantuk/tertidur semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan

Page 13: Asigmnt Edu Individu-mizi

akauntabiliti terhadap profesion keguruan. Konflik yang berterusan akan mewujudkan

pandangan negatif masyarakat terhadap profesion perguruan. Masyarakat akan beranggapan

bahawa guru-guru di sekolah mempunyai masa rehat yang terlalu banyak, sehingga dapat

menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah, bekerja sambilan dan sebagainya.

Imej profesion perguruan telah tercalar di situ.

Huraian di atas adalah merujuk kepada elemen Kod Etika Perguruan yang tidak dipatuhi

oleh Cikgu Shaari. Isu ini boleh diatasi dengan cara Cikgu Shaari membuat pilihan, sama ada

memilih profesion sebagai penyanyi atau guru. Jika beliau sayang akan kedua-dua profesion

ini, beliau boleh memilih untuk menjadi penyanyi dan pemuzik dengan hanya memenuhi

undangan untuk majlis-majlis rasmi atau tertutup sahaja. Di sekolah beliau boleh menubuhkan

Kelab Muzik, yang mana dengan cara ini beliau boleh mencurahkan khidmat bakti melalui bakat

yang dimiliki untuk dikongsi bersama dengan murid-muridnya.

Ini adalah kerana seseorang guru perlu menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat

mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat mencorakkan kualiti

personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam

dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang

terbuka dan dinamik. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara

tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat

terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru,

secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta rasa mempercayai adalah

mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara guru dan pelajar.

Di sini saya huraikan sedikit berkaitan kepimpinan sekolah berdasarkan watak Guru

Besar. Beliau memperlihatkan kemampuan serta kebijaksanaan dalam menangani isu disiplin

Cikgu Shaari. Tindakan beliau mengarahkan Cikgu Shaari ke pejabatnya adalah bagi

mengelakkan nama baik seseorang guru tercemar di hadapan murid yang boleh menjatuhkan

maruah seorang guru.

TUGASAN INDIVIDU.

Nama : Low Mee Chien

Page 14: Asigmnt Edu Individu-mizi

No. K/P : 771222-08-6600

1) ULASAN KEPADA FILEM PENDEK ‘THE INVILIGATOR’

Filem pendek yang bertajuk ‘The Inviligator’ mengisahkan cara dua orang guru

menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah. Cikgu Amira merupakan seorang guru yang

baru keluar dari maktab yang sedang menjalani pratikum di sebuah sekolah menengah. Cikgu

Amira masih di bawah pimpinan Cikgu Khairul. Pada pandangan saya, Cikgu Khairul telah

mewujudkan satu situasi pendidikan pada masa kini untuk menguji Cikgu Amira. Walaupun

saya tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh Cikgu Khairil (menyuruh pelajar

berlakon dengan memberikan mereka duit), tetapi situasi ini memang akan berlaku kepada

seorang guru yang baru keluar dari maktab.

Kawalan kelas memainkan peranan yang penting dalam filem ini. Cikgu Amira berasa

cemas semasa mengajar pelajar yang sukar dikawal dan pada waktu yang sama dipantau oleh

guru bimbingannya di belakang kelas. Pelajar yang bernama Megat masuk ke dalam kelas

semasa Cikgu Amira mengajar di depan. Megat langsung tidak menghormati Cikgu Amira, dia

membuat kerja rumah cikgu lain dan tidak mendengar nasihat cikgu. Apabila Cikgu Amira

mendapati Megat tidak menghirau amaran dia, Cikgu Amira berasa sangat marah dan telah

melakukan perbuatan yang salah. Cikgu Amira telah merampas buku kerja Megat. Perbuatan

Cikgu Amira dari segi profesion adalah tidak menepati tahap professional. Cikgu Amira

seharusnya memberi peluang kepada Megat dengan berjanji memberi masa kepada Megat

untuk menyiapkan kerja rumahnya selepas pengajaran Cikgu Amira.

Pelajar dalam kelas tidak menghormati Cikgu Amira kerana dia merupakan cikgu yang

baru. Mereka berkelakuan seperti membuli semua cikgu yang baru keluar dari maktab.

Walaupun pelajar kelas ini memang teruk, tetapi sebagai seorang cikgu yang berprofesional,

Cikgu Amira tidak patut meninggalkan kelas begitu sahaja. Beliau sepatutnya mengawal emosi

diri sendiri dan cuba mengatasi masalah yang timbul. Sebagai seorang guru yang beretika

tinggi, Cikgu Amira sepatutnya bersabar dan berkomunikasi dengan Megat supaya pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Jika seorang cikgu yang panas baran dan dia

menunjukkannya di depan pelajar, maka pelajar pada masa kini juga akan belajar apa yang

dibuat oleh cikgu. Oleh itu, cikgu sepatutnya beremosi tinggi dan mengawal emosi diri sendiri.

Page 15: Asigmnt Edu Individu-mizi

Cikgu Khairil cuba memberi Cikgu Amira satu situasi yang akan dihadapi olehnya pada

masa yang akan datang. Cikgu Khairil telah mewujudkan beberapa situasi yang berbeza untuk

memberitahu Cikgu Amira bahawa sebagai seorang cikgu kita perlu cuba berfikir di pihak

kalangan pelajar. Kita perlu mengetahui apa yang dimain dalam fikiran kalangan pelajar masa

kini. Kita sebagai guru perlu berkawan dengan pelajar supaya pelajar kita akan berkongsi

pengalaman dengan kita. Ini akan memudahkan cikgu menguruskan kelas dan kawalan kelas

juga akan diatasi dengan mudah. Kita sebagai guru juga perlu berfikiran lebih kreatif semasa

kita menyediakan rancangan pengajaran untuk menarik perhatian para pelajar. Kita sebagai

guru tidak boleh berputus asa seperti yang ditunjukkan oleh Cikgu Amira.

Peranan Cikgu Khairil telah menunjukkan cara beliau menangani masalah displin di

kalangan pelajar. Beliau telah mendekati para pelajar secara psikologi dan bukannya dengan

cara marah. Pelajar pada masa kini memang tidak boleh dimarahi oleh sesiapa pun. Tetapi

mereka bukannya jahat, cuma mereka memerlukan guru yang boleh memimpin mereka ke jalan

yang betul. Mereka berasa bahawa mereka juga perlu dihormati seperti orang dewasa. Jika

sebagai seorang guru juga bertindak ganas dan panas baran seperti Cikgu Amira, maka pelajar

juga akan mengikut emosinya. Adakalanya pelajar sengaja melakukan sesuatu untuk menarik

perhatian guru. Sebagai seorang guru kita mesti mendekati dan memahami isi hati pelajar kita.

Perlakuan guru tidak harus menyinggung perasaan guru, ini adalah kerana guru merupakan

model kepada pelajar.

Kesimpulanya, sebagai seorang guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap

profesionnya dan hal ini akan dapat meninggkatkan tahap professional perguruan. Guru

penyayang akan melahirkan murid yang cemerlang dari semua segi. Sebagai seorang guru

baru perlu sentiasa meminta tunjuk ajar daripada guru lama yang berpengalaman.

2) ULASAN KEPADA VIDEO ‘CIKGU SHAARI’

Filem pendek yang bertajuk ‘Cikgu Shaari’ mengisahkan seorang cikgu yang tidak

bertanggungjawab. Sebagai seorang cikgu, Cikgu Shaari telah menjalankan pekerjaan luar dan

Page 16: Asigmnt Edu Individu-mizi

tidak mengutamakan pekerjaan utamanya. Perbuatan Cikgu Shaari memang tidak boleh

diharapkan, dia tidak membuat penyediaan rancangan pengajaran, dia masuk ke kelas tanpa

tujuan, dia tidak menghirau apa yang dibuat murid-muridnya, di tidur di dalam kelas dan dia

marah muridnya kerana tidak bangunkan dia semasa guru besar masuk ke kelas. Semua

perbuatan Cikgu Shaari adalah tidak menepati profesion, etika, akauntibiliti dan profesionalisme

seorang guru. Sebagai seorang guru yang berprofesion, Cikgu Shaari sepatutnya menyediakan

rancangan pengajaran sebelum masuk ke kelas. Ini adalah kerana guru merupakan orang yang

memberi ilmu pengetahuan kepada anak murid supaya mereka dapat dididik menjadi insan

yang berguna pada masa depan. Oleh itu, kita sebagai seorang guru perlu bertanggungjawab

untuk mendidik murid kita dengan sepenuh hatinya.

Kesimpulannya, sebagai seorang cikgu yang bertanggungjawab kita perlu

merancangkan pengajaran sebelum masuk mengajar murid kita. Kita juga perlu menjalankan

tugas kita dengan sepenuh hati supaya kita dapat mendidik insan yang berguna dan cemerlang

pada masa depan.

TUGASAN INDIVIDU.

Nama : Mohd Osman Bin Zakaria

No. K/P : 770201-08-6957

Page 17: Asigmnt Edu Individu-mizi
Page 18: Asigmnt Edu Individu-mizi

REFLEKSI INDIVIDU.

Nama : Mohd Tarmizi bin Halim

No. Matrik : 28098

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan keredhaan-Nya saya dan rakan-

rakan yang terdiri daripada Mohd Osman Zakaria dan Low Mee Chien, telah diberikan ruang,

peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Kami mengucapkan

ribuan teriam kasih kepada pensyarah TN. HJ. MEOR SHAHARUDDIN HASHIM kerana

memberi bimbingan kepada kami sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Tajuk utama bagi

tugasan kerja kursus ini ialah menghuraikan peranan yang perlu dimainkan oleh kepimpinan

sekolah ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi selaras

dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara yang dihasratkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Secara individu, kami dikehendaki memberikan ulasan kritis tentang

konsep profesion, etika, akauntabiliti dan profesionalisme berkaitan isu yang terdapat di dalam

filem pendek yang bertajuk ‘The Inviligator’ dan video klip ‘Cikgu Shaari’ serta membuat refleksi

tentang pelaksanaan tugasan ini.

Dalam proses menyiapkan tugasan, kami telah mencari pelbagai sumber dan bahan

rujukan yang bersesuaian dengan kehendak soalan tugasan. Sumber bahan di dapati dalam

bentuk buku rujukan dan sumber internet. Kami telah mendapat bahan di Pusat Sumber IPG

Ipoh dan sentiasa berkolaborasi sesama rakan agar tugasan ini dapat dilaksanakan dengan

baik. Bahan rujukan yang diperolehi berkisar tentang kepimpinan dalam organisasi sekolah dan

juga tentang profesional keguruan yang meliputi aspek etika, akauntabiliti dan konsep

profesion. Ini selaras dengan kehendak soalan tugasan yang diberi.

Pada pemahaman saya, perkembangan profesional boleh dilihat sebagai

perkembangan dalam aspek penyuburan diri guru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan

keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami

dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar. Selain itu, professional juga memerlukan

kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu terutamanya di bilik darjah serta

mengejar status untuk kepuasan diri.

Page 19: Asigmnt Edu Individu-mizi

Trend masyarakat sekarang terutamanya pelajar, lebih menjauhi buku dan mendekati

ICT. Pembangunan profesional guru juga harus ke arah memperlengkapkan diri secara global

kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan

pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Justeru itu,

pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh

guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksimum mungkin.

Pengetahuan baru yang saya perolehi dalam pelaksanaan tugasan ini ialah tentang teori

peringkat-peringkat perkembangan guru. Kini saya menyedari untuk menjadi seorang guru yang

Berjaya, ianya mengambil masa, perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar

sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat. Seni pengajaran boleh dipelajari dan

merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta ketelitian dan refleksi terhadap

amalan diri. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa kejayaan sesebuah sekolah itu adalah

bergantung kepada kepemimpinan yang cemerlang. Ini secara tidak langsung akan dapat

melahirkan sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi.

Sebagai penambahbaikan kepada profesion guru yang disandang sekarang, saya perlu

menjadi seorang guru yang berkesan, seorang yang mahir di dalam membuat keputusan

dengan tepat pada sebarang keadaan. Berjaya membuat keputusan yang tepat adalah suatu

keistimewaan. Untuk mendalami ilmu ini saya perlu memiliki akal budi, kepintaran, ilmu tentang

kurikulum dan pedagogi, kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahan dalam

aspek pengajaran melalui refleksi diri supaya menjadi guru contoh serta meneruskan budaya

pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai guru yang profesional, saya perlu melaksanakan kerjaya ini dengan sepenuh

hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini.

Mendukung salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan

bagi RMK-9 iaitu membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan

akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan

dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan

‘show case’ kepada negara-negara lain di dunia. Selain itu, menggenggam wacana dalam

dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting

dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut

perkembangan ilmu

Page 20: Asigmnt Edu Individu-mizi

Secara profesional, saya sebagai guru berkewajipan untuk memelihara imej dan

profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi

kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, saya perlu menanam azam untuk

meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan dan

juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif.

Nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini ialah

melalui tontonan filem pendek ‘The Inviligator’ dan video klip ‘Cikgu Shaari’. Saya tertarik

dengan sifat yang ditonjolkan oleh En. Khairil dalam ‘The Inviligator’. Beliau menggunakan

pendekatan yang amat berbeza untuk menarik perhatian pelajarnya iaitu dengan cara

mendapatkan kepercayaan mereka, ‘TRUST’, daripada kepercayaan yang diberi oleh pelajar

kepadanya, telah dimanipulasi untuk membina personaliti guru yang dihormati dan disegani.

Menerusi video klip ‘Cikgu Shaari’, apa yang dipaparkan itu perlu diambil perhatian, agar

ianya tidak berlaku. Hal ini kerana guru merupakan orang yang kedua penting dalam

kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa medaftarkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa

menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi

orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi

amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita hendaklah

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual,

menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.

Saya berharap refleksi ini dapat menjelaskan pemahaman saya kepada keseluruhan

arahan tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Saya juga berharap penyusunan dan huraian

tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083) yang disediakan

ini dapat menepati skema pemarkahan dan memenuhi justifikasi seperti yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih.