Post on 06-Feb-2018
PERMULAAN YANG KUKUH!
Di Tadika MOE (MOE Kindergarten),
kami percaya bahawa kanak-kanak adalah pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu, aktif dan cekap.
Pegangankami
2
Kanak-kanak adalah pelajar yang sentiasa ingin tahu. Perasaan semulajadi ini harus dipupuk. Mereka sering berasa kagum dan bertanya soalan serta ingin meneroka demi memahami dunia sekeliling mereka. Berdasarkan sifat ingin tahu ini, mereka menjumpai dan mempelajari lebih banyak perkara secara berterusan.
Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Mereka
belajar apabila melakukan sesuatu. Mereka juga lebih cenderung untuk memahami dan mengingati kemahiran dan konsep yang dipelajari melalui penyertaan, penerokaan dan eksperimentasi yang melibatkan objek dan pengalaman sebenar.
Kanak-kanak adalah pelajar yang cekap. Kemahiran berfikir dan taakulan mereka berkembang dari masa ke semasa sambil mereka membina pengetahuan baru di atas pengetahuan dan pengalaman yang telah sedia ada. Melalui pemikiran dan proses renungan yang berterusan, kanak-kanak mendalami pemahaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi.
Kami memupuk kanak-kanak secara holistik supaya mereka berkeyakinan, memaparkan kemahiran sosial yang kuat dan memperoleh asas yang baik dalam membaca dan mengira.
Kurikulum kami dibina oleh pakar-pakar kurikulum MOE yang membentuk Rangka Kerja Memupuk Pelajar pada Peringkat Awal (Nurturing Early Learners Framework). Kurikulum ini membimbing pembangunan program-program tadika di sektor pendidikan prasekolah di Singapura.
Anak anda akan memulakan suatu pengembaraan ilmu yang menarik di bawah dua program utama Tadika MOE – Program HI-Light dan Program Literasi Starlight.
Visi kami adalah untuk menyediakan permulaan yang kukuh untuk setiap kanak-kanak. Kami berusaha untuk berbuat demikian dengan menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti yang berpatutan kepada rakyat Singapura dan menjadi pemangkin peningkatan kualiti dalam sektor ini.
3
ProgramHI-Light
Pembangunan secara holistik
melalui pendekatan
pembelajaran bersepadu
4
Program HI-Light membentuk teras kurikulum Tadika-tadika MOE.
Program HI-Light dibina untuk menyokong pembangunan holistik kanak-kanak melalui pendekatan bersepadu kepada pembelajaran dan menimbulkan keseronokan dan minat untuk belajar dalam diri kanak-kanak.
Oleh kerana kanak-kanak belajar secara holistik daripada pengalaman mereka dan tidak mengasingkan apa yang mereka pelajari, pengalaman pembelajaran dalam Program HI-Light dirancang secara menyeluruh untuk membantu kanak-kanak memahami dunia sekeliling mereka.
Melalui Program HI-Light, kanak-kanak akan dipupuk secara holistik dalam enam bidang pelajaran:
Luahan Estetik dan Ekspresi Penerokaan Dunia Bahasa dan Literasi
Pembangunan Kemahiran MotorNumerasiPembangunan Sosial dan Emosi
Program Literasi Starlight bertujuan untuk memupuk keupayaan awal kanak-kanak berdwibahasa. Ia ditawarkan dalam Bahasa Inggeris dan ketiga-tiga Bahasa Ibunda. Program ini memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati Bahasa Inggerisdan Bahasa Ibunda mereka, berkomunikasi dengan yakin dan menyedari tentang adat dan budaya tempatan.
Pembelajaran bahasa dibuat seronok untuk kanak-kanak melalui pelbagai sumber seperti Buku Besar, lagu dan permainan yang ditetapkan dalam konteks tempatan. Ahli keluarga turut terlibat dalam pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti yang kanak-kanak dapat lakukan bersama ahli keluarga.
Melalui program ini, kanak-kanak akan membina kemahiran mendengar, bertutur dan literasi awal yang akan membina asas yang kukuh dalam pembelajaran bahasa untuk masa hadapan.
Memupuk keupayaan awal
kanak-kanak berdwibahasa
ProgramLiterasi
Starlight
5
PerbezaanTadikaMOE
6
Belajar melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan empat tema Di tadika MOE, anak anda akan mempelajari dan maju melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan tema-tema berikut:
Siapakah saya?
Siapakah orang-orang dan apakah tempat-tempat di sekeliling saya?
Dengan siapakah saya berkongsi dunia ini?
Bagaimana sesuatu benda atau perkara berfungsi?
Setiap tema merangkumi topik-topik yang diketahui oleh kanak-kanak dan ini memberikan peluang kepada mereka untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu, sebelum mereka belajar tentang kawan-kawan mereka, orang-orang lain, dan tempat-tempat di sekeliling mereka di Singapura dan selanjutnya di peringkat dunia.
Pembelajaran menerusi bermain secara terarah dan interaksi yang berkualitiMelalui aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang dirancang bagi mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, anak anda akan terlibat dalam perbincangan bersama guru-guru dan rakan-rakan mereka untuk membina idea dan konsep bersama-sama.
7
Pembelajaran melalui kegiatan-kegiatan yang mempunyai cita rasa Singapura yang unikAnak anda akan belajar tentang orang, tempat-tempat dan perkara-perkara di sekelilingnya seperti perayaan, tradisi dan makanan tempatan. Ini akan menjadikan pembelajaran anak anda lebih autentik, relevan dan nyata.
Mendalami pembelajaran melalui Projek Minggu untuk Meneroka (MuM)Untuk mendalami pembelajaran kanak-kanak, setiap penggal berakhir dengan suatu projek MuM. Kanak-kanak bekerja bersama-sama rakan-rakan dan guru-guru mereka untuk mengetahui topik-topik yang menarik perhatian mereka dengan lebih mendalam. Melalui projek-projek MuM, kanak-kanak akan seronok mempelajari secara kendiri dan mencari jawapan kepada soalan-soalan mereka. Pengalaman-pengalaman ini akan membina keyakinan anak anda dan memupuk kecenderungannya terhadap pembelajaran.
8
Kerjasama yang kukuh bersama keluarga dan kommuniti
Kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar mendidik anak anda. Kami berusaha untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dengan kerjasama yang kukuh bersama keluarga dan komuniti. Kami melibatkan keluarga dalam proses pembelajaran kanak-kanak melalui bengkel dan aktiviti kekeluargaan.
Melalui komunikasi yang berkesan, penglibatan yang aktif dan kerjasama yang bermakna, kami ingin bekerja rapat dengan anda untuk menyokong pembangunan anak anda secara holistik dan memastikan dia mempunyai permulaan yang kukuh.
distinctive Singapore flavourdistinctive Singapore flavour
Kerjasama yang rapat dengan sekolah rendah untuk melicinkan peralihan ke Darjah 1
Kerjasama kami yang rapat dengan sekolah rendah memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan menyokong peralihan mereka ke Darjah 1. Anak anda akan berinteraksi dengan murid-murid sekolah rendah melalui aktiviti gabungan dan belajar daripada rakan-rakan seusianya menerusi proses ini.
Untuk menggalakkan kesinambungan pembelajaran dari prasekolah ke sekolah rendah, kurikulum kami merangkumi tempoh percubaan selama lima minggu, di mana anak anda akan mengetahui kehidupan sebagai seorang murid sekolah rendah dan bersiap sedia untuk perubahan yang bakal dihadapinya di Darjah 1.
Kami juga bekerjasama dengan para pendidik sekolah rendah untuk memastikan pemahaman yang sama mengenai pembelajaran dan perkembangaan kanak-kanak supaya mereka dapat menyokong pembelajaran anak anda dengan lebih baik apabila dia melangkah ke Darjah 1.
9
Tadika MOE menyediakan program empat jam. Ibu bapa yang memerlukan program sepanjang hari untuk anak-anak mereka boleh memilih kemudahan Kindergarten Care (KCare) yang disediakan oleh penyedia khidmat yang dilantik MOE dan berdasarkan panduan MOE.
KCare menyediakan masa dan tempat untuk kanak-kanak bermain dan meneroka dalam persekitaran yang kondusif yang dapat memenuhi keperluan-keperluan pembangunan kanak-kanak kecil.
Anak anda akan didedahkan kepada pelbagai jenis pengalaman menerusi kaedah permainan dalam bidang-bidang yang menarik.
Kemudahan KCare menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk:
Bermain di dalam dan luar bilik darjah Bermain dengan kawan-kawan dan berinteraksi dengan anggota masyarakat yang lain Meneroka dunia di sekeliling mereka
10
Kemudahan Kindergarten
Care
Kami ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guruJensson. Mereka memberikan tipyang praktikal untuk membantu
pembelajaran dan pembangunan anakkami. Guru-guru Jensson juga berkongsi
dengan kami portfolio pembelajarannya yang meliputi pengalaman dan perkembangan Jensson. Terbukti sah bahawa aktiviti pembelajaran di MOE Kindergarten bertumpu pada kanak-kanak. Kami
yakin bahawa Jensson dalam jagaan yang baik oleh sekumpulan pendidik yang berdedikasi di MOE Kindergarten dan berharap dia akan membesar
sebagai murid yang aktif dan yakin!
Ibu bapa Jensson Lim, MOE Kindergarten @
Sengkang Green
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan atas dedikasi dan
komitmen mereka terhadap kanak-kanak. Terima kasih juga atas usaha memupuk rasa cinta Hasanur
terhadap Bahasa Tamil. Dia telah membina hubungan yang rapat dengan semua orang di MOE Kindergarten @ Blangah Rise dan akan membawa kenangan dan pengalaman indah ini ke lembaran
baru di sekolah rendah!
Ibu bapa Hasanur Rahmaan Bin Mohd Ali,
MOE Kindergarten @ Blangah Rise
Terima kasih atas bimbingan dankesabaran anda dalam mendidik Ke Le.
Lagu-lagu, cerita-cerita dan pengetahuanyang Ke Le berkongsi dengan kami
membuktikan yang dia berasa seronokdan telah belajar dengan banyak di sekolah.
Ke Le amat menggemari darmawisata-darmawisata yang disertainya
dan akan berkongsi pengalamannya itudengan saya selama beberapa hari.
Terima kasih!
Ibu bapa Quek Ke Le, MOE Kindergarten @
Punggol View
Terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan MOE Kindergarten @ Punggol
Green! Dalam tempoh singkat selama 2 tahun, Athena telah berubah daripada
seorang yang pendiam, pemalu dan tidak bertutur dalam Bahasa Cina kepada
seorang yang ramah-tamah, berani dan bersikap ingin tahu. Sekarang, Athena suka belajar Bahasa Cina dan dia boleh bertutur dalam Bahasa Cina dengan yakin. Terima
kasih atas didikan anda yang baik!
Ibu bapa Athena Lee, MOE Kindergarten @
Punggol Green
Penghargaandan Perakuan
Ibu Bapa
11
12
Penggal dan cuti Tadika MOE mengikuti kalendar persekolahan MOE.
Jadual ProgramK1 dan K2 (Program MK 4 Jam)
Sesi Pagi
Sesi Petang
8pg - 12tgh
1ptg - 5ptg
Pusat-pusat KCare beroperasi dari 7pg - 7mlm, Isnin hingga Jumaat, termasuk cuti sekolah. Ia ditutup untuk 6 hari setiap tahun, selain daripada cuti umum yang diwartakan. Tarikh penutupan Tadika MOE dan pusat-pusat KCare akan diselaraskan agar tarikh-tarikh ini sepadan sejauh mungkin.
Untuk maklumat tentang yuran dan bantuan kewangan, sila layari www.moe.gov.sg/moekindergarten.
Kelayakan ProgramProgram
Tadika 1 (K1)
Tadika 2 (K2)
Kindergarten Care (KCare)
KelayakanKanak-kanak berumur 5 tahun padatahun kemasukanKanak-kanak berumur 6 tahun padatahun kemasukanKanak-kanak berdaftar di Tadika MOE
Kanak-kanak K1 dan K2 yangmenghadiri Sesi Pagi Tadika MOE
Kanak-kanak K1 dan K2 yangmenghadiri Sesi Petang Tadika MOE
K1 dan K2 (Program sepanjang hari MK & KCare)7pg - 8pg (KCare)8pg - 12tgh (MK)12tgh - 7mlm (KCare)
7pg - 1tgh (KCare)1tgh - 5ptg (MK)5ptg - 7mlm (KCare)
Jurong WestMOE Kindergarten @ FrontierMOE Kindergarten @ Westwood
PunggolMOE Kindergarten @ Oasis*MOE Kindergarten @ Punggol Cove*MOE Kindergarten @ Waterway*
SengkangMOE Kindergarten @ Springdale
Telok BlangahMOE Kindergarten @ Blangah Rise
WoodlandsMOE Kindergarten @ Riverside
13
Rumah Terbuka: 8 April 2017, 9pg - 2ptgPendaftaran: 8 dan 10 April 2017, 9pg - 2ptg
Rumah Terbuka: 1 April 2017, 9pg - 2ptgPendaftaran: 1 dan 3 April 2017, 9pg - 2ptg
Kemasukan Tadika 1 pada 2018Kunjungi kami di Rumah Terbuka kami pada April 2017! Sila mendaftar untuk Rumah
Terbuka di www.moe.gov.sg/moekindergarten.Pendaftaran untuk kemasukan Tadika 1 pada 2018 akan diterima pada hari
Rumah Terbuka dan hari Isnin seterusnya.
Bukit BatokMOE Kindergarten @ Dazhong
Bukit PanjangMOE Kindergarten @ West Spring
Farrer ParkMOE Kindergarten @ Farrer Park
PunggolMOE Kindergarten @ Punggol GreenMOE Kindergarten @ Punggol View
SembawangMOE Kindergarten @ Northoaks
SengkangMOE Kindergarten @ Fernvale LinkMOE Kindergarten @ Sengkang Green
TampinesMOE Kindergarten @ Tampines
YishunMOE Kindergarten @ Yishun
Pendaftaran ini terbuka kepada semua kanak-kanak Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap yang dilahirkan antara 2 Januari 2013 dan 1 Januari 2014 (termasuk kededua tarikh ini). Sila kunjungi lelaman web kami untuk maklumat tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran.
*Tadika baru MOE yang akan dibuka pada 2018. Rumah Terbuka dan Pendaftaran untuk tadika-tadika MOE ini akan dianjurkan serentak di MOE Kindergarten @ Punggol View and MOE Kindergarten @ Punggol Green.
1
13
16
17
14
15
2
1
3
10 9
7 45
86
18
11
12
1
14 17
BARAT
BUKIT BATOKMK@Dazhong
Dazhong Primary School35 Bukit Batok St 31Singapore 6594416896 0738mk_dazhong@moe.edu.sg
16JURONG WESTMK@Frontier*
Frontier Primary School 20 Jurong West St 61 Singapore 6482006686 3885mk_frontier@moe.edu.sg
MK@Westwood*Westwood Primary School1 Jurong West St 73Singapore 6491886316 0211mk_westwood@moe.edu.sg
15BUKIT PANJANGMK@West Spring*
West Spring Primary School60 Bukit Panjang Ring Road Singapore 6799466892 5395mk_westspring@moe.edu.sg
UTARA
SEMBAWANGMK@Northoaks*
Northoaks Primary School61 Sembawang DriveSingapore 7576226481 2018mk_northoaks@moe.edu.sg
3
YISHUNMK@Yishun*
Blk 318A Yishun Avenue 9#01-126 Singapore 7613186710 7874mk_yishun318a@moe.edu.sg
14
LokasiKami
2WOODLANDSMK@Riverside*
Riverside Primary School110 Woodlands CrescentSingapore 7378036362 7223mk_riverside@moe.edu.sg
7
9 11
18
TIMUR
TAMPINESMK@Tampines
Blk 489C Tampines St 45#01-171 Singapore 5224896782 7424mk_tampines489c@moe.edu.sg
1312TELOK BLANGAHMK@Blangah Rise*
Blangah Rise Primary School91 Telok Blangah HeightsSingapore 1091006274 6830mk_blangahrise@moe.edu.sg
SELATAN
FARRER PARKMK@Farrer Park
Farrer Park Primary School2 Farrer Park RoadSingapore 2175676341 5389mk_farrerpark@moe.edu.sg
TIMUR LAUT
PUNGGOL6 MK@Punggol Green*
Punggol Green Primary School98 Punggol WalkSingapore 8287726443 8335mk_punggolgreen@moe.edu.sg
MK@Punggol View*Punggol View Primary School9 Punggol PlaceSingapore 8288456659 4235mk_punggolview@moe.edu.sg
SENGKANGMK@Fernvale Link*
Blk 470A Fernvale Link#01-410 Singapore 7914706241 0902mk_fernvalelink@moe.edu.sg
8
10
5 MK@Punggol Cove* Punggol Cove Primary School 52 Sumang WalkSingapore 8286746872 2220contact@moe.gov.sg
MK@Waterway*Waterway Primary School 70 Punggol DriveSingapore 8288026872 2220contact@moe.gov.sg
Sengkang Green Primary School15 Fernvale RoadSingapore 7976366241 6640mk_sengkanggreen@moe.edu.sg
MK@Sengkang Green* MK@Springdale*Springdale Primary School71 Anchorvale LinkSingapore 5447996384 6707mk_springdale@moe.edu.sg
4 MK@Oasis* Oasis Primary School 71 Edgefield Plains Singapore 828716 6872 2220 contact@moe.gov.sg
15
*Kemudahan Kindergarten Care disediakan
6872 2220contact@moe.gov.sgwww.moe.gov.sg/moekindergarten
Kementerian Pendidikan
Dicetak pada tahun 2017 Feb