Post on 27-Jun-2015
TEKNIK CANTASAN
DAHANPENANAMAN GETAH
(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
TUJUAN
● Memperbaiki bentuk dan kestabilan jemala pokok
● Menggelakkan kerosakan angin disebabkan oleh jemala yang berat
● Menjamin ketinggian batang yang cukup untuk ditoreh
● Mendapatkan batang yang licin dan kemas bagi menyenangkan kerja penorehan.
JENIS CANTASAN
• Terdapat dua jenis catntasan iaitu :
a) Cantasan Terkawal
b) Cantasan Pembetulan
CANTASAN TERKAWAL● Tujuan
- Mendapat pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan kuat.
- Pokok mempunyai pendahanan seimbang, semua dahan sisi lebih kecil dari batang dan daha-dahan keluar dari batang pada sudut yang lebar
Pokok yang mempunyai jemala dan pendahanan yang seimbang
TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
● Mula melakukan cantasan terkawal apabila pokok mempunyai empat pusaran dahan kebiasaannya pokok ketika ini berumur di antara 1.5 sehingga 3 tahun
● Cantas semua dahan pada paras terendah supaya pokok itu kekal dengan tiga pusaran dahan
● Kekalkan pokok sentiasa mempunyai 3 pusaran dahan sehingga ketinggian batang 300 sm.
● Rangsangan dahan perlu dilakukan sekiranya pokok tidak berdahan ketika pokok mencapai ketinggian 200 sm.
TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
• Langkah semasa membuat cantasan :
- Menggunakan kacip pokok yang tajam
- Potongan di buat ke paras batang supaya tidak tumbuh lagi dahan baru di situ
- Bekas cantasan di salut bahan pembalut luka “ Shell Tree Dressing”.
TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
• Pokok mempunyai satu atau dua pusaran tiada cantasan diperlukan
• Pokok yang telah membentuk tiga pusaran dahan
TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
Cantas semua dahan di pusaran yang terendah
TEKNIK CANTASAN TERKAWAL
Cantasan dibuat dengan menggunakan kacip tajam
Bekas cantasan disapu bahan pembalut luka
CANTASAN PEMBETULAN
● Tujuan
- Memperbetulkan tabiat perdahanan yang tidak memuaskan.
- Memastikan tunas baka dikehendaki hidup subur menjadi pokok yang bakal ditoreh.
KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
1. Cabang berbentuk ‘V’ di hujung batang
- Cantas dahan yang kurang subur dan tinggalkan satu dahan untuk menjadi batang utama.
KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
Dahan sisi yang terlalu cergas Dahan sisi yang telah dicantas
KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
2. Dahan sisi yang subur dan menyebabkan pokok condong
- Pendekan dahan itu di pertengahan jemala dengan menggunakan gergaji
- Potong di bawah kelompok mata tunas
- Dahan yang berat hendaklah dipotong sedikit demi sedikit bermula dipertengahan dahan supaya kelengkang dahan itu tidak terkoyak
KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
3. Pusaran dahan tumbuh di satu tempat tanpa dahan utama
- Bila keadaan berlaku di bahagian batang yang bawah, cantas kesemua melainkan dahan yang paling subur yang akan menjadi batang utama
- Bila keadaan berlaku di bahagian batang yang atas, cantas dahan-dahan itu dan tinggalkan 3 – 4 dahan yang subur tetapi berjauhan antara satu sama lain.
- Dahan yang subur akan menjadi batang utama
KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
Dahan berlonggok di terminal tanpa dahan utama
Di tinggalkan dahan utama setelah cantasan
KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
• Langkah semasa membuat cantasan :
- Menggunakan kacip pokok atau gergaji yang tajam
- Potongan di buat ke paras batang supaya tidak tumbuh lagi dahan baru di situ
- Potongan mesti menyerong sedikit supaya air hujan tidak bertakung di atas permukaan luka.
- Elakkan pangkal dahan terkoyak daripada batang utama.
- Bekas cantasan di sapu tar atau wound dressing
KEADAAN JEMALA DAN TEKNIK CANTASAN PEMBETULAN
Mencantas dahan Menyapu tar atau Wound Dressing
RUJUKAN
1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah.
2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah
3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-pokok Getah.
4. Risalah Impak Getah Intisari maklumat untuk pekebun kecil siri 1.1