SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA?...

40
1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita mendesak supaya pemimpin “tidak bercela”? Atau adakah kita jauh lebih menderita dan kecewa jika gereja diserahkan kepada orang yang salah, atau pemimpin yang tidak layak untuk membuat keputusan bagi umat Tuhan? Untuk mengelakkan bahaya itu, penulis Dan Vander Lugt dan Kurt De Haan menolong kita dan berfokus kepada kelayakan berdasarkan Alkitab bagi kepimpinan gereja. Mereka akan menunjukkan sebab isu ini ada kena-mengena dengan kita semua. Martin R. De Haan II KANDUNGAN Mencari Orang Yang Sesuai . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2 Siapakah Layak Menjadi Pemimpin Gereja? ...... 8 Orang yang: Ada Nama Baik ....... 10 Ada Pengawalan Diri .... 13 Ada Nilai-Nilai Ketuhanan .................. 16 Hatinya Mengasihi...... 19 Keluarga Yang Sihat ..... 21 Iman Yang Matang. . . . . . 23 Minda Yang Rela Diajar . . 26 Kajian Kes ........... 29 Masalah dan Prinsip.... 34 Standard Untuk Kepimpinan .......... 37 Adakah Anda Layak? . . . 38 Buku Asli: “Who Qualifies To Be A Church Leader?” Reka bentuk kulit: Stephen Wilkes/Getty Images/Stone Petikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. © 2009, 2010, 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan. Dicetak di Malaysia E-mel: [email protected] S S

Transcript of SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA?...

Page 1: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

1

SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA?

anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak

masalah jika kita mendesak supaya pemimpin “tidak bercela”? Atau adakah kita jauh lebih menderita dan kecewa jika gereja diserahkan kepada orang yang salah, atau pemimpin yang tidak layak untuk membuat keputusan bagi umat Tuhan? Untuk mengelakkan bahaya itu, penulis Dan Vander Lugt dan Kurt De Haan menolong kita dan berfokus kepada kelayakan berdasarkan Alkitab bagi kepimpinan gereja. Mereka akan menunjukkan sebab isu ini ada kena-mengena dengan kita semua. Martin R. De Haan II

KANDUNGANMencari Orang Yang Sesuai . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2

Siapakah Layak Menjadi Pemimpin Gereja? . . . . . . 8

Orang yang:

Ada Nama Baik . . . . . . . 10

Ada Pengawalan Diri . . . . 13

Ada Nilai-Nilai Ketuhanan . . . . . . . . . . . . . . . . . . 16

Hatinya Mengasihi . . . . . . 19

Keluarga Yang Sihat . . . . . 21

Iman Yang Matang. . . . . . 23

Minda Yang Rela Diajar . . 26

Kajian Kes . . . . . . . . . . . 29

Masalah dan Prinsip . . . . 34

Standard Untuk Kepimpinan . . . . . . . . . . 37

Adakah Anda Layak? . . . 38

Buku Asli: “Who Qualifies To Be A Church Leader?” Reka bentuk kulit: Stephen Wilkes/Getty Images/StonePetikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. © 2009, 2010, 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan. Dicetak di Malaysia E-mel: [email protected]

SS

Page 2: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

2

MENCARI ORANG YANG SESUAI

rang yang merekrut Tentera Laut Amerika Syarikat

memberitahu kami bahawa mereka sedang mencari orang yang sesuai. Bukan semua orang layak menjadi askar dalam pasukan yang berdisiplin tinggi dan sangat dihormati ini, serta sering mengetuai serangan dalam peperangan. Rekrut mesti berjaya melalui satu siri ujian berat secara fizikal dan mental sebelum mereka menjadi anggota yang mantap. Kristus sedang mencari orang yang layak untuk memimpin gereja-Nya dan menjadi teladan yang salih dalam sikap dan tindakan mulia yang patut menjadi ciri orang Kristian yang dewasa. Dia memilih orang yang sesuai untuk menjadi pemimpin tentera-Nya ke peperangan rohani dan

menjaga serta memelihara umat-Nya. Kelayakan pemimpin ada banyak dan semua itu mustahak bagi kesihatan rohani jemaah. Jika kita bertolak ansur dengan standard pemilihan pemimpin gereja, ia bererti kita mengambil risiko untuk mengalami masalah keperibadian dan semangat dalam jemaah dan kesaksian yang semakin kurang kesannya di dunia. Banyak antara gereja kita menjadi kurang salih dan tidak berkesan kerana gagal melatih dan memilih pemimpin yang berkelayakan.

Orang yang layak ini harus menjadi teladan yang salih dari segi sikap dan kelakuan kepada

semua orang.

OO

Page 3: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

3

Apakah kedudukan kepimpinan yang ingin diisi oleh Kristus? Ada dua jenis pemimpin gereja yang diberi perhatian khusus di dalam Perjanjian Baru: pemimpin jemaah (penatua) dan penolong jemaah (diaken). Dalam surat-surat rasul Paulus kepada Timotius dan Titus, dia merangka kelayakan bagi orang yang akan memimpin dengan cara mengajar, mengarah, melengkapi, membimbing, menjadi teladan, menegur, mendorong, melindungi, mengasihi, dan melayani tanpa mementingkan diri sendiri. Sebelum menghuraikan kelayakan keperibadian bagi pemimpin jemaah dan penolong jemaah, mula-mula kita harus memeriksa peranan khusus bagi setiap jenis pemimpin dalam gereja tempatan.

Siapakah seorang pemimpin (penatua)? Pemimpin pada zaman Perjanjian Lama ialah orang yang lebih tua dan berada dalam kedudukan kepimpinan atas keluarga atau suku. Misalnya Musa, dia dibantu oleh para pemimpin (Keluaran 3:16, 18; 24:1). Golongan orang ini menjadi pemimpin yang dihormati berdasarkan umur dan pengalaman mereka. Pada zaman awal Perjanjian Baru, ketika gereja baru bermula, umur seseorang juga menjadi dasar pertimbangan. Walaupun para pakar Alkitab tidak semuanya bersetuju dengan umur minima bagi seseorang yang layak menjadi pemimpin, namun ada beberapa orang mencadangkan umur 30 tahun. Yesus berumur 30 tahun ketika Dia mula pelayanan-Nya di khalayak ramai (Lukas 3:23). Dan pakar Perjanjian

Page 4: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

4

Baru Merrill C. Tenney telah mencatat bahawa ahli majlis agama orang Yahudi, iaitu Sanhedrin, harus berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Tambahan pula, banyak antara ciri yang disenaraikan di dalam 1 Timotius dan Titus hanya kelihatan dalam hidup seseorang setelah keperibadian dan kedewasaannya terbukti benar selama beberapa tahun. Bagaimanapun, umur semata-mata tidak menjamin kedewasaan atau kerohanian. Seorang yang agak muda mungkin layak juga. Ketika Paulus memberitahu Timotius, “Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda” (1 Timotius 4:12), mungkin Timotius berumur dalam pertengahan tiga puluhan dan dia berada dalam kedudukan yang berkuasa atas gereja-gereja di wilayah Efesus. Timotius

harus menunjukkan bahawa melalui kehidupan salih, dia boleh dicontohi. Orang muda yang berada dalam kedudukan kepimpinan di gereja-gereja kita pada masa ini mesti menunjukkan melalui hidup mereka bahawa meskipun mereka belum jadi warga emas, mereka bijak dan dewasa secara rohani. Apakah tugas seorang pemimpin gereja? Ada beberapa gereja menganggap pemimpin jemaah itu sama juga dengan pastor. Gereja-gereja lain memilih sekumpulan orang untuk melayani sebagai pemimpin jemaah, dan sering diketuai oleh ketua pemimpin jemaah atau pastor yang menjadi pemimpin dalam hal pengajaran dan penyampaian firman Tuhan (1 Timotius 5:1). Pemimpin jemaah, pastor (atau gembala), dan pengawas (juga diterjemah

Page 5: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

5

sebagai biskop atau penatua) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan beberapa ciri jawatan yang sama (lihat Kisah Rasul 20:17,28; Filipi 1:1; 1 Timotius 3:1; 5:17; Titus 1:5-9; 1 Petrus 5:1-2). Seorang pemimpin jemaah: • “Memerintah” jemaah

dengan sikap hamba (1 Timotius 5:17; Ibrani 13:17; 1 Petrus 5:1-3).

• “Melengkapi orang percaya” denganmengajar firman Tuhan (Efesus 4:11-12;

1 Timotius 4:6,11,13,16; 2 Timotius 4:2-4). • Menjaga kawanan

daripada ajaran salah atau yang menyeleweng (Kisah Rasul 20:17,28;

1 Timotius 1:3-4; 6:20-21; 2 Timotius 4:1-5;

Titus 1:10-16). • Melindungi jemaah

daripada perbuatan orang yang mengacau dan menimbulkan perpecahan (2 Timotius

2:14-18, 23-26; Titus 3:9-11). Rasul Paulus berkata, “Seseorang yang ingin menjadi pemimpin jemaah, dia menginginkan pekerjaan yang sangat baik” (1 Timotius 3:1). Orang perorangan seharusnya didorong untuk menunjukkan kelakuan Kristian dan mengembangkan kemampuan kepemimpinan mereka. Tetapi rasul itu juga berkata, “Seorang pemimpin jemaah haruslah...” Memang baik untuk berkeinginan menjadi pemimpin, tetapi dia mesti memenuhi kelayakan. Senarai kelayakan tidak menuntut kesempurnaan tanpa dosa, tetapi standard kelakuan Kristian haruslah tinggi dan mempunyai iman yang matang dalam Kristus. Apakah peranan penolong jemaah? Diaken, istilah penolong jemaah yang diterjemahkan daripada perkataan

Page 6: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

6

Yunani bererti “orang yang melayani.” Tujuh orang yang disebut dalam Kisah Rasul 6:1-6 berperanan sebagai penolong jemaah dalam beberapa tugas

tertentu sementara mereka membantu dalam pembahagian makanan kepada balu. Berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam Kisah Rasul 6 dan apa yang dihuraikan di bahagian lain di dalam Perjanjian Baru, apabila gereja-gereja tempatan ditubuhkan dan bertumbuh, peranan rasmi penolong jemaah adalah membantu pemimpin jemaah agar mereka boleh menumpukan perhatian dalam tugas mengajar dan berdoa. Filipi

1:1 dan 1 Timotius 3:8-13 menerangkan bahawa peranan penolong jemaah hampir sama dengan peranan pemimpin jemaah, dan kita boleh andaikan bahawa para penolong jemaah adalah pengurus bagi banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan jemaah. Itulah sebabnya pada hari ini ramai gereja menyerahkan tugas penting yang berkaitan dengan kewangan dan keperluan kebendaan gereja kepada para penolong jemaah. (Ada beberapa gereja mempunyai “pemegang amanah” untuk mengisi peranan ini.) Apakah yang membezakan golongan orang ini daripada orang lain di gereja? Standard yang diberi dalam Alkitab bagi kepimpinan gereja adalah sifat peribadi, bukan berdasarkan ijazah universiti atau seminari, kemahiran pengurusan perniagaan, atau

Bagi Paulus, kelayakan yang tinggi adalah wajib dalam

kepemimpinan.

Page 7: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

7

karisma peribadi. Mungkin kita cenderung memilih pemimpin berdasarkan kejayaan peribadi atau kedudukan sosial. Tetapi Paulus menyeru supaya mencari pemimpin dengan lebih mendalam, dan mencari sifat peribadi yang menyatakan iman yang teguh dan memantulkan kebolehpercayaan, kematangan, dan kestabilan. Standard bagi pemimpin gereja adalah tinggi kerana mereka harus menjadi “teladan kepada mereka” (1 Petrus 5:3). Oleh sebab penolong jemaah pun dalam kedudukan yang ada tanggungjawab, mereka harus menjadi contoh yang baik dalam pertumbuhan kehidupan yang semakin menyerupai Kristus. Bagaimana kelayakan ini diterapkan kepada setiap orang? Kelayakan bagi pemimpin gereja adalah orang yang

sifatnya bersungguh-sungguh dalam iman kepada Kristus, bertumbuh dalam pengenalannya akan Tuhan, dan menjadi dewasa dalam kehidupan Kristian. Oleh itu, pelajaran ini seharusnya menolong kita untuk memeriksa hidup untuk melihat sama ada kita menjadi serupa dengan Kristus dalam percakapan dan perbuatan. Walaupun kita mungkin tidak memegang jawatan pemimpin atau penolong jemaah, kita juga seharusnya menjadi dewasa dan mampu menjadi teladan kepada orang lain. Sama seperti rasul Paulus, kita juga seharusnya boleh berkata, “Ikutlah teladanku, sebagaimana aku pun mengikut teladan Kristus” (1 Korintus 11:1). Dalam halaman-halaman berikut, kita akan memeriksa ciri-ciri yang diterangkan oleh Rasul Paulus dalam 1 Timotius 3 dan Titus 1.

Page 8: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

8

Sementara anda mengkaji kelayakan ini, periksalah diri anda untuk menilai sama ada anda mempunyai kelayakan tersebut. Kemudian, nilailah para pemimpin gereja anda dan proses pemilihan gereja anda untuk memastikan bahawa orang yang tepat menjadi pemimpin gereja anda.

SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA?

emasa kempen pilihan raya diadakan pada peringkat tempatan,

negeri, dan kebangsaan, para pengundi dihujani dengan dakwaan calon-calon yang cuba meyakinkan pengundi bahawa merekalah yang paling layak menjadi presiden, senator, ahli majlis undangan, gabenor, datuk bandar, ahli majlis tempatan, atau pegawai kerajaan. Kata-kata kempen mereka amat tajam. Sedihnya, orang yang menang tidak selalunya orang yang paling berlayak. Kelebihan sering kali diberi kepada orang yang ada “imej media” yang baik. Suasana sepatutnya sangat berbeza dalam persekutuan orang percaya ketika memilih pemimpin jemaah. Sikap

Kelayakan bagi pemimpin gereja

adalah orang yang sifatnya bersungguh-

sungguh dalam iman kepada Kristus, bertumbuh dalam

pengenalannya akan Tuhan, dan menjadi

dewasa dalam kehidupan Kristian.

SS

Page 9: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

9

yang berpolitik, angkuh, permainan kuasa, dan pertandingan populariti tiada tempat di dalam gereja. Keperibadian seseorang dan kematangan rohani seharusnya menjadi isu utama dalam pemilihan pemimpin. Pemimpin jemaah dan penolong jemaah mempunyai pengaruh langsung terhadap hal-ehwal rohani jemaah. Oleh itu, tidak menghairankan jika Alkitab menyenaraikan beberapa kelayakan rohani secara khusus. Senarai kelayakan bagi pemimpin yang paling lengkap terdapat dalam 1 Timotius 3:1-13 dan Titus 1:5-9. Walaupun syarat-syaratnya adalah lebih banyak merujuk kepada pemimpin jemaah berbanding dengan penolong jemaah, persamaan dalam keperibadian mereka adalah amat besar (lihat hal. 37 untuk senarai yang

berasingan). Kedua-dua pemimpin dan penolong jemaah hendaklah “tidak bercela” dalam kelakuan (1 Timotius 3:2,10). Perbezaan utama dalam kelayakan adalah para pemimpin hendaklah “dapat mengajar orang” (1 Timotius 3:2) dan dapat “menggalakkan orang lain dengan ajaran yang benar, dan juga menunjukkan kesalahan orang yang menentang ajaran itu” (Titus 1:9). Beberapa kelayakan bagi para pemimpin

“Sering kali isu penting

dalam pemilihan pemimpin gereja

bergantung kepada keperibadiannya, bukan kehidupan

rohaninya.” —Warren W. Wiersbe

Page 10: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

10

NAMA BAIKSatu pepatah lama menyatakan, “Kekuatan seutas rantai sama kuat dengan mata rantai yang paling lemah.” Hal itu memang benar apabila diterapkan pada nama baik pemimpin gereja. Seseorang mungkin mempunyai bakat besar dan pengetahuan luas tentang kebenaran dalam Alkitab, tetapi jika hidupnya mempunyai “mata rantai yang lemah,” maka nama baiknya akan terjejas dan kesan pelayanannya akan berkurang, atau pun musnah sama sekali. Itulah sebabnya kelayakan pertama ini amat penting untuk kepimpinan. Marilah meneliti setiap

lebih berkaitan dengan kemampuan mereka untuk menjalin hubungan dengan orang, baik dalam hal menyampaikan kebenaran mahupun menangani perselisihan. Dalam buku kecil ini, kita akan menggabungkan senarai kelayakan dan menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kelayakan bagi dua jenis pemimpin gereja tersebut. Untuk menonjolkan keperibadian mereka, kami telah membahagikannya ke dalam tujuh kategori. Seorang yang layak menjadi pemimpin gereja mesti memiliki: (1) nama baik, (2) pengawalan diri, (3) nilai-nilai salih (4) hati yang mengasihi, (5) keluarga yang sihat, (6) iman yang matang, dan (7) minda yang boleh ajar.

NAMA BAIK

TIDAK BERCELA

DIHORMATI

TERTIB KELAKUAN

SIFAT YANG BAIK

JEMAAH

JEMAAH

KRISTUS

PEMIMPIN

JEMAAH

PENOLONG

JEMAAH

Page 11: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

11

kelayakan secara ringkas. Tidak bercela(pemimpin dan penolong jemaah—1 Timotius 3:2, 10; Titus 1:6-7). Sifat ini merangkumi semua dan berkaitan dengan segala segi kehidupan. Seorang pemimpin jemaah atau penolong jemaah hendaklah tidak bercela dalam mana-mana sifat penting yang tersenarai dalam 1 Timotius 3 atau Titus 1. Apabila diuji, mereka mesti didapati “tidak bercela” pada pandangan orang yang akan dilayani. Adakah ini bererti orang tersebut harus sempurna untuk menjadi pemimpin gereja? Tentu sekali tidak, kerana tiada seorang pun sempurna. Tetapi ciri pola hidupnya mesti sesuai dengan standard kepimpinan berdasarkan ajaran Alkitab. Sesiapapun pemimpin yang melanggar salah satu standard yang tinggi itu haruslah ditangani dengan segera dan menurut ajaran

Alkitab (Matius 18:15-17; 1 Timotius 5:19-20). Apabila mempertimbangkan seorang calon, seharusnya dia ditanya jika ada tuduhan yang diketahui dan belum diselesaikan, dan yang boleh mempersalahkan dia. Seorang Yang Dihormati Oleh Orang Di Luar Jemaah(pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:7). Mereka yang “di luar” jemaah adalah orang bukan Kristian yang memerhati kesaksian pemimpin gereja. Seorang pemimpin jemaah tidak boleh berfungsi dengan berkesan sebagai pemimpin dan saksi dalam masyarakat jika dia dicurigai kerana melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh dipersoal atau yang ketara berdosa. Kesaksian segenap jemaah dalam masyarakat dan kewibawaan pemimpin seperti itu dalam gereja akan terjejas dengan parah disebabkan nama buruk.

Page 12: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

12

Jika keperibadian seorang pemimpin dipersoalkan, ini bukan saja tidak baik untuk gereja tetapi juga berbahaya bagi individu tersebut. Dalam 1 Timotius 3:7, dinyatakan bahawa jika seorang pemimpin jemaah tidak mempunyai nama baik, dia akan jatuh ke dalam “perangkap Iblis.” Iblis sedang bekerja untuk menjatuhkan pemimpin Kristian dan merosakkan kesaksian gereja. Tertib Kelakuannya (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:2). Perkataan yang diterjemahkan “tertib kelakuannya” boleh juga diterjemahkan sebagai “dihormati” atau “terhormat.” Ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “teratur” atau “disusun dengan baik.” Orang yang hidupnya teratur adalah orang yang berkelakuan baik, dengan itu dia mendapat penghormatan daripada orang di sekelilingnya.

Oleh itu, seorang pemimpin gereja tidak sepatutnya orang yang berlari dari satu masalah ke masalah lain kerana dia tidak pandai mengurus dirinya. Sesiapapun calon bagi jabatan gereja seharusnya diperhati dan disoal untuk menentukan sama ada hidupnya mencerminkan ketekalan dan ketertiban. Sifat Yang Baik (penolong jemaah— 1 Timotius 3:8). Orang yang melayani dalam peranan rasmi di gereja haruslah orang yang terhormat dan bermaruah tinggi. Dia hendaklah bersungguh-sungguh dalam tugasnya. Adakah orang itu menganggap ringan isu-isu rohani? Seperti sifat sebelumnya, “tertib kelakuannya,” adakah seorang pemerhati, sama ada di dalam atau di luar gereja, menghormati orang itu dan tugas rasminya?

Page 13: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

13

PENGAWALAN DIRISeorang penagih adalah orang yang hilang kawalan dirinya. Faktor yang menguasai dirinya mungkin berupa dadah, alkohol, makanan, seks, TV, kemarahan, wang, kuasa, pekerjaan, atau hobi yang sangat menguasai hidup. Dalam setiap kes itu, orang tersebut dikuasai dan bukan dia yang menguasai. Sebaliknya, seorang pemimpin gereja hendaklah menyatakan penguasaan diri. Tetapi apakah maksudnya mengawal diri? Senarai kelayakan yang diberi oleh Paulus secara khusus menyebut tentang pengawalan diri

dan beberapa perkara yang berkaitan. Tahu Mengawal Diri (pemimpin jemaah—Titus 1:8). Seorang pemimpin hendaklah menyatakan hidup yang berdisiplin. Dia mesti menunjukkan perkembangan dalam usahanya untuk mencontohi Kristus dan pengawalan akan nafsu dan keinginannya (Galatia 5:16-26). Pengawalan diri ini bukan usaha sendiri semata-mata; ia adalah kerjasama dengan Roh untuk membuat keputusan yang bijak dan hidup dengan bersandar kepada-Nya. Seorang yang ada pengawalan diri memilih untuk hidup bagi Tuhan dan bukan untuk dirinya sendiri. Hidupnya terkawal. Dia tidak dibelenggu oleh keinginan yang berdosa. Ciri-ciri berikut adalah tanda yang baik tentang tahap pengawalan diri seseorang.

PENGAWALAN DIRI PENGAWALAN DIRI

BUKAN PEMABUK

TIDAK SUKA BERKELAHI

TIDAK SOMBONG

TIDAK CEPAT MARAH

TULUS

JEMAAH

JEMAAH

KRISTUS

PEMIMPIN

JEMAAH

PENOLONG

JEMAAH

Page 14: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

14

Bukan Pemabuk(pemimpin dan penolong jemaah—1 Timotius 3:3,8; Titus 1:7). Perkataan Yunani yang digunakan di dalam 1 Timotius 3:3 dan Titus 1:7 merujuk kepada kebiasaan yang minum terlalu banyak wain. Pada zaman klasik Yunani Hellenistik (zaman ketika pengaruh budaya dan kuasa Yunani mencapai kemuncaknya), istilah itu mempunyai erti “terhuyung-hayang” atau “kasar.” Perkataan Yunani yang digunakan dalam 1 Timotius 3:8 bererti “terikat kepada” atau “ketagih dengan” wain. Paulus memberi amaran terhadap hidup yang terlalu dikuasai oleh wain, atau lebih dikenali sebagai pemabuk, atau orang yang menghabiskan terlalu banyak masa untuk minum minuman keras. Orang seperti itu tidak layak menjadi teladan, kerana dia akan jatuh ke dalam bahaya yang dikuasai oleh wain

dan bukan oleh Roh (Efesus 5:18). Orang yang dipertimbang-kan untuk masuk dalam kepimpinan harus dinilai dengan pertanyaan berikut: Adakah kesaksiannya dijejaskan oleh penggunaan alkohol? Adakah dia ketagih dengan alkohol atau dadah? Adakah dia ada sebarang ketagihan?

Tidak suka berkelahi (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:3). Seorang pemimpin jemaah tidak sepatutnya selalu bergaduh, bertelingkah, berselisih faham, atau berlawan. Seorang yang dewasa seharusnya boleh bertolak ansur tentang hal-hal yang

Pemimpin jemaah seharusnya boleh bertolak ansur

tentang hal-hal yang tidak begitu penting.

Page 15: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

15

tidak begitu penting. Apabila kita mem-pertimbangkan seorang calon, tanyalah soalan-soalan berikut: Adakah orang itu sukar melibatkan diri dalam dialog jika pandangannya tidak diterima? Adakah dia berdegil untuk mempertahan sudut pandangannya ketika berhadapan dengan tentangan yang wajar dan tidak boleh disangkal? Tidak Sombong (pemimpin jemaah—Titus 1:7). Orang yang suka menguasai orang dan tidak bertimbang rasa, tidak layak untuk masuk dalam kepimpinan. Begitu juga orang yang sentiasa memaksa orang menerima pendapatnya walaupun ia bertentangan dengan fakta, keadaan, dan keperluan atau perasaan orang lain (1 Korintus 13:5). Oleh itu, soalan-soalan yang patut ditanya adalah ini: Adakah orang itu selalu

mendesak bahawa “dia yang betul”? Adakah kelakuannya kasar apabila ada orang mencabar pendapatnya? Adakah dia menolak pendapat-pendapat baik hanya kerana itu bukan cadangannya? Tidak Cepat Marah (pemimpin jemaah—Titus 1:7) Orang yang cepat naik darah mudah menjadi marah dan kasar. Adakah orang yang dicadangkan untuk menjadi pemimpin biasanya sangat emosi apabila berhadapan dengan tentangan, sehingga dia menunjukkan kemarahan dengan cara yang menakutkan? Adakah dia menggenggam penumbuk, menghentak kaki, dan memukul meja? Adakah dia menggunakan serangan peribadi yang sama sekali tiada kaitan dengan isu yang sedang dibincang? Jika jawapannya adalah ya bagi soalan-soalan tadi, maka calon itu tidak layak.

Page 16: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

16

Alkitab memberi perintah kepada kita, “Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari” (Efesus 4:26). Kemarahan yang wajar boleh dikawal dan terarah kepada hal-hal yang dimurkai Tuhan. Tulus (pembantu jemaah—1 Timotius 3:8). Seorang pekerja gereja seharusnya orang yang boleh dipercayai kata-katanya. Dia tidak boleh berubah-ubah atau tidak ikhlas dalam percakapannya. Dia tidak boleh mengatakan satu perkara kepada seseorang dan perkara yang bercanggah kepada orang lain. Kata ya bererti ya, dan tidak bererti tidak. Adakah orang yang dicadangkan untuk menjadi pemimpin gereja menunaikan janjinya? Atau adakah dia bersifat munafik dalam percakapannya? Adakah dia mengubah kebenaran untuk

kepentingan dirinya sendiri? Adakah dia memburuk-burukkan orang lain di belakang mereka?

NILAI-NILAIKETUHANANAdakah anda hancur hati jika pencuri mengambil alat pemain DVD dan TV anda? Bagaimana reaksi anda jika simpanan seumur hidup anda lenyap bersama dengan broker pelaburan? Adakah anda menghabiskan lebih banyak masa menggilap kereta daripada berbual-bual dengan keluarga anda? Adakah pekerjaan anda menguasai pemikiran dan menghabiskan tenaga anda? Adakah anda mengambil

NILAI-NILAI KETUHANAN

TIDAK TAMAK AKAN WANG

TIDAK TAMAK

MENYUKAI APA YANG BAIKSUCI

JEMAAH

JEMAAH

KRISTUS

PEMIMPIN

JEMAAH

PENOLONG

JEMAAH

Page 17: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

17

masa berdoa dan membaca Alkitab? Apakah yang dinyatakan oleh buku cek atau penyata kad kredit tentang nilai-nilai anda? Inilah jenis soalan yang mendedahkan perkara yang kita sangat hargai dalam kehidupan. Para pemimpin gereja seharusnya menunjukkan apa yang diutamakan Tuhan melalui hal-hal yang diutamakan oleh mereka. Tidak Tamak Akan Wang (pemimpin dan penolong jemaah— 1 Timotius 3:3,8; Titus 1:7). Keutamaan seorang pemimpin tidak seharusnya berkisar pada pengumpulan harta dunia. Dia seharusnya menjadi contoh yang baik. Sekiranya dia kaya pun, dia tetap meletakkan keutamaan yang tertinggi pada pengumpulan harta di syurga (Matius 6:19-24). Seorang pemimpin tidak sepatutnya dituduh oleh sesiapapun bahawa dia

menggunakan kedudukannya untuk mendapat keuntungan kewangan bagi dirinya sendiri (1 Tesalonika 2:3-9). Dalam urusan kewangan, sama ada milik peribadi atau bisnes, dia tidak sepatutnya menggunakan cara yang tidak beretika atau yang boleh dipersoalkan untuk mendapatkan wang. Tidak Tamak (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:3). Sifat ini berkait rapat dengan “tidak tamak akan wang.” Seorang pemimpin tidak sepatutnya sibuk dengan harta kebendaan. Cinta akan wang menjauhkan orang daripada iman (1 Timotius 6:10). Beberapa soalan akan membantu untuk mengetahui sama ada calon kepimpinan itu tamak atau serakah. Adakah dia lebih memperhatikan benda atau manusia? Jika dia kaya (pada dasarnya ini tidak salah), adakah dia mempunyai berbagai-bagai jenis kawan,

Page 18: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

18

termasuk orang yang tidak mempunyai banyak harta di dunia? Adakah masanya terlalu banyak digunakan dalam mendapat atau mempertahan harta kebendaan? Menyukai Apa Yang Baik (pemimpin jemaah—Titus 1:8). Dalam tafsirannya bagi surat Titus, William Hendriksen menyatakan bahawa “menyukai apa yang baik” bererti, “mencintai kebaikan, bersifat mulia, dan bersedia melakukan apa yang menguntungkan orang lain.” Gene Getz menerangkan bahawa ini merujuk kepada orang yang “ingin berbuat baik, bukan jahat.” Dalam Galatia 6:10, rasul Paulus menyatakan, “Oleh itu, selama kita berpeluang, kita patut berbuat baik kepada semua orang, terutama sekali kepada saudara-saudara kita yang seiman.” Oleh itu, “Pencinta akan apa yang baik”

bererti, orang seperti itu menunjukkan melalui perbuatannya bahawa dia ingin memantulkan kebaikan Tuhan dalam semua perbuatan dan perhubungannya. Dia memikirkan kepentingan orang lain. Suci (pemimpin jemaah—Titus 1:8). Seorang pemimpin mesti benar-benar ingin menyenangkan hati Tuhan. Sikap dan tindakannya mesti mencerminkan kesungguhannya—pengabdian kepada Tuhan. Dia mesti mengutamakan hakikat rohani dalam hidupnya sendiri. Hidupnya patut menyatakan bahawa hatinya berpusat pada Tuhan dan Kerajaan-Nya, bukan pada hal-hal duniawi. Keperibadian ini mungkin agak sukar untuk diukur, tetapi menjawab soalan-soalan berikut boleh membantu. Adakah cara hidup dan percakapan

Page 19: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

19

orang itu menunjukkan bahawa dia benar-benar memperhatikan Tuhan dan firman-Nya? Adakah orang itu mengasingkan waktu untuk belajar firman Tuhan dan berdoa?

HATI YANG MENGASIHIDalam fasal tentang kasih di dalam Alkitab, iaitu 1 Korintus 13, rasul Paulus menonjolkan keutamaan kasih dalam kehidupan kita. Oleh itu, tidak hairan apabila Paulus memasukkan beberapa syarat yang menunjukkan kasih seorang calon kepada orang lain. Tidak cukup bagi seorang pemimpin atau penolong

jemaah untuk mempunyai pengetahuan firman Tuhan, menjadi guru yang berkesan, memberi banyak wang kepada gereja, atau bahkan mengaku mempunyai iman yang kuat. Tanpa kasih, semuanya tidak berguna. Kelayakan berikut adalah beberapa aspek tentang cara seorang pemimpin dapat menyatakan kasih. Lemah-Lembut (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:3). Erti sebenar istilah ini adalah lebih luas daripada apa yang boleh diungkapkan dalam satu kata. Semua istilah berikut mengandungi erti kata asal dalam bahasa Yunani: lembut mesra, baik hati, sabar, bertimbang rasa, mengampuni, dan ramah-tamah. Jika orang itu cepat marah, tidak bertimbang rasa, kasar, atau kejam, dia tidak layak menjadi pemimpin.

HATI YANG MENGASIHI

LEMAH-LEMBUT

PENDAMAI

SUKA MENYAMBUT ORANG KE RUMAHNYA

JEMAAH

JEMAAH

KRISTUS

PEMIMPIN

JEMAAH

PENOLONG

JEMAAH

Page 20: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

20

Pendamai (pemimpin jemaah—1 Timotius 3:3). Secara harfiah, perkataan Yunani ini bermaksud “bukan penyerang.” Seorang pemimpin jemaah tidak seharusnya menyatakan kemarahan atau tindakan yang menakutkan untuk menguasai orang lain. Dia juga tidak sepatutnya berjalan-jalan untuk mencari masalah. Dia tidak boleh menyelesaikan perbezaan pendapat dengan kata-kata atau perbuatan yang ganas. Pemimpin gereja tidak sepatutnya orang yang menjadikan bilik mesyuarat sebagai tempat bertikam lidah. Ketika memeriksa kelayakan orang untuk menjadi pemimpin, perhatikanlah dengan teliti cara dia menyelesaikan perbezaan pendapat dengan orang lain. Suka Menyambut Orang Ke Rumahnya (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:2; Titus 1:8).

Secara harfiah, istilah ini bererti “mengasihi orang asing.” Pada zaman Perjanjian Baru, sifat ini merujuk kepada menghulurkan persahabatan dan memberi tumpangan kepada saudara seiman yang dalam perjalanan, atau yang lari daripada penganiayaan kerana iman kepada Kristus. Dalam pengertian yang lebih luas, suka menyambut orang merujuk kepada sifat ramah dan kerelaan untuk menolong orang yang memerlukan bantuan. Adakah calon bagi kepimpinan gereja menyambut orang baru di gereja? Adakah dia menyambut orang seiman ke rumahnya dengan baik? Adakah dia menyambut mubaligh dan pekerja Kristian yang dalam perjalanan?

Page 21: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

21

KELUARGA YANG SIHATAdakah anda akan meng-upah mekanik kereta yang memandu kereta buruk yang hampir tidak dapat jalan? Atau adakah anda akan minta cara menjaga gigi daripada jururawat pergigian yang mempunyai gigi rosak? Adakah anda mahu orang yang lima kali terlibat dalam kemalangan kereta pada tahun lepas untuk mengajar anda memandu dengan baik? Kita mengharapkan orang yang kita percayakan harta benda dan hidup kita untuk mempunyai kemahiran yang terbukti, untuk mengetahui apa yang dikatakannya. Demikian juga dengan

pemimpin gereja. Mereka mesti mengamalkan apa yang dikhutbahkan dan menjadi contoh yang baik kepada orang percaya yang sedang dibimbing dan dilayani. Hidup berkeluarga seseorang adalah segi yang paling ketara dalam keperibadian dan kebolehannya dalam kepimpinan. Itulah sebabnya Paulus, dalam senarai yang diajukannya dalam 1 Timotius dan Titus, memberi empat kelayakan yang ada kaitan dengan kesihatan rohani dalam keluarga seorang pemimpin. Mempunyai Seorang Isteri Sahaja (pemimpin dan penolong jemaah— 1 Timotius 3:2,12; Titus 1:6). Pakar Alkitab yang baik memberikan penjelasan yang berlainan tentang kelayakan ini. Sebilangan orang berkata bahawa pemimpin atau penolong jemaah hanya boleh berkahwin satu kali sepanjang hidupnya. Orang lain berkata bahawa

KELUARGA YANG SIHAT

MEMPUNYAI SEORANG ISTERI SAHAJA

MENGURUS RUMAH TANGGA DENGAN BAIK

ANAK YANG MENURUT KATA

ANAK YANG MENGHORMATI ANAK PERCAYA

KEPADA KRISTUS

JEMAAH

JEMAAH

KRISTUS

PEMIMPIN

JEMAAH

PENOLONG

JEMAAH

Page 22: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

2222

seorang pemimpin mesti berkahwin dengan satu orang perempuan pada satu masa. Satu pandangan lain adalah seorang pemimpin atau penolong jemaah mesti setia kepada isterinya, “lelaki yang punya satu orang wanita saja.” Ada lagi yang berkata bahawa maksudnya adalah seorang pemimpin gereja mesti sudah berkahwin. Perkara yang jelas adalah kelayakan ini menuntut agar pemimpin jemaah yang berkahwin mesti setia kepada isterinya. Adakah calon itu setia kepada satu orang wanita saja? Seorang pezina, lelaki yang mempunyai perempuan simpanan, atau orang yang berfoya-foya sudah jelas tidak layak menjadi pemimpin. Tahu Mengurus Rumah Tangganya Dengan Baik (pemimpin dan penolong jemaah— 1 Timotius 3:4,12). Paulus membuat pemerhatian bahawa orang yang tidak

dapat mengurus rumah tangganya sukar dipercayai untuk mengurus gereja dengan baik. Anak-anaknya seharusnya dilatih dengan baik, dan dia mesti mempunyai perhubungan yang baik dengan isterinya. Kelayakan ini mungkin merangkumi pengurusan kewangan. Sebagai ketua keluarga, seorang lelaki mesti menunjukkan sifat yang membuat dia layak menjadi pemimpin jemaah. Namun, ini tidak bererti seorang pemimpin itu seorang pengurus rumah tangga yang sempurna, tetapi dia memerlukan jawapan ya bagi soalan ini: Adakah dia mengurus keluarganya dengan baik? Anak-Anaknya Menurut Perintahnya Serta Menghormati Dia (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:4; Titus 1:6). Kenyataan ini khasnya merujuk kepada cara yang sepatutnya bagi

Page 23: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

2323

pemimpin gereja mengurus keluarganya. Anak-anaknya harus membuktikan bahawa bapa mereka seorang pemimpin yang dihormati di rumah dan dia tahu mendidik dan mendisiplin mereka. Tiada bapa mempunyai anak-anak yang sempurna, oleh itu kita tidak sepatutnya mengharapkan kesempurnaan daripada anak-anak pemimpin. Tetapi, seperti yang dinyatakan dalam Titus 1:6, anak-anak seharusnya berkelakuan dengan begitu rupa sehingga tiada seorang pun boleh menuduh mereka sebagai liar atau tidak patuh. Anak-Anaknya Percaya Kepada Kristus (pemimpin jemaah—Titus 1:6). Kelayakan ini (harfiah “anak-anak mempunyai iman”) dituntut secara khusus daripada pemimpin jemaah kerana tanggungjawab mereka terhadap hal-ehwal rohani jemaah mereka.

Wajarlah diketengahkan bahawa jika seorang bapa tidak dapat memimpin anak-anaknya sendiri untuk menjadi pengikut Kristus, bolehkah dia diharapkan dalam hal memimpin orang lain untuk beriman kepada Kristus dan menjadi dewasa dalam Dia dengan berkesan? Kelayakan ini tidak menuntut anak-anak pemimpin untuk berkelakuan seperti malaikat pada setiap masa, tetapi ini bermaksud bahawa mereka percaya kepada Kristus.

IMAN YANG MATANGJika anda ingin belajar memandu pesawat, guru yang bagaimanakah anda

IMAN YANG MATANG

BUKAN ORANG BARU

DIUJI

HATI NURANI YANG MURNI

BERPEGANG TEGUH PADA FIRMAN

DAPAT MENGGALAKKAN

MENUNJUKKAN KESALAHAN

JEMAAH

JEMAAH

KRISTUS

PEMIMPIN

JEMAAH

PENOLONG

JEMAAH

Page 24: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

24

pilih: seorang budak berumur 9 tahun yang membuat model pesawat, atau seorang pengajar yang berkelayakan dan teruji dengan beribu-ribu jam pengalaman dalam memandu pesawat? Siapakah yang sepatutnya memimpin gereja-gereja tempatan dan mengajar orang percaya cara untuk menjalani kehidupan Kristian? Atas sebab-sebab yang jelas, kita akan memilih pemimpin yang mempunyai iman yang teruji dan tetap—iman yang berpengalaman dan matang. Bukan Orang Baru (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:6). Calon untuk kepimpinan gereja tidak sepatutnya orang yang baru menjadi Kristian. Orang yang baru percaya belum mendapat nama baik sebagai seorang Kristian. Dia belum dikenal dengan baik dalam masyarakat Kristian. Rasul Paulus memberi amaran

bahawa jika orang percaya yang belum matang terlalu cepat dinaikkan kepada kedudukan pemimpin, dia mungkin berada dalam bahaya menjadi sombong “lalu terkutuk seperti Iblis dahulu” (1 Timotius 3:6); maksudnya, dia akan dipenuhi oleh kesombongan yang sama mengakibatkan kejatuhan Iblis dan dijatuhi hukuman Tuhan. Terlalu cepat menaikkan kedudukan orang yang baru menjadi Kristian mungkin menyebabkan dia mempunyai penilaian yang tidak betul tentang keadaan kerohaniannya. Walaupun seorang calon mungkin memenuhi kebanyakan kelayakan yang lain, yang penting sekali kita harus membuat pemeriksaan sama ada dia mempunyai cukup pengalaman sebagai orang Kristian, agar dia tetap rendah hati walaupun dia dinaikkan menjadi pemimpin jemaah.

Page 25: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

25

Diuji (penolong jemaah—1 Timotius 3:10). Sebagaimana seorang pemimpin jemaah tidak seharusnya orang baru, demikian juga penolong jemaah. Dia sepatutnya sudah matang dalam iman dan keperibadian. Dia mesti sudah menunjukkan kesetiaannya bahawa dia layak melayani jemaah secara rasmi. Sudahkah orang itu menyatakan kemampuan untuk menjadi teladan kepada orang lain? Adakah hidupnya selaras dengan kelayakan yang dinyatakan dalam firman Tuhan? Dengan Hati Nurani Yang Murni, Mereka Mesti Berpegang Kepada Iman Kristian (penolong jemaah— 1 Timotius 3:9). Penolong jemaah tidak boleh munafik. Imannya tidak sepatutnya pada tahap pengetahuan sahaja, dan bercanggah dengan pola hidupnya setiap

hari. Dia mesti menunjukkan kesungguhan dalam iman dan keyakinan yang teguh terhadap kebenaran firman Tuhan. Berpegang Teguh Pada Firman Yang Benar (pemimpin jemaah—Titus 1:9). Seperti kelayakan penolong jemaah yang terdahulu, para pemimpin jemaah juga dituntut untuk mempunyai asas yang teguh dalam ajaran yang benar. Mereka mesti yakin akan kebenarannya dan rela serta mampu membelanya. Apabila mempertimbangkan seseorang untuk masuk dalam kepimpinan, tanyalah soalan ini: Adakah orang itu mendasarkan hidupnya pada firman Tuhan? Adakah dia menghormati firman Tuhan sebagai mutlak dalam segala hal yang berkaitan dengan iman, kehidupan, dan amalan? Atau adakah dia menunjukkan kecenderungan untuk tidak mempedulikan

Page 26: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

26

atau mengetepikan kebenaran mutlak Alkitab? Dapat Menggalakkan dan Menunjukkan Kesalahan (pemimpin jemaah—Titus 1:9). Sebagaimana yang dinyatakan dalam senarai kelayakan bahawa pemimpin jemaah seharusnya “dapat mengajar orang” (1 Timotius 3:2), dia sepatutnya mengetahui isi Alkitab dengan baik. Dia harus mempunyai pegangan yang kuat pada kebenaran dan boleh menjelaskan dengan meyakinkan tuntutan firman Tuhan dalam hidup kita. Apabila dia dicabar oleh orang yang dikuasai oleh ajaran palsu, adakah dia boleh mengenal perkara yang palsu? Dapatkah dia menerapkan firman Tuhan yang sesuai bagi isu itu?

MINDA YANG RELA DIAJARAda orang yang degil seperti keldai. Bagaimana pun anda cuba berbincang, mereka tetap tidak mahu mendengar. Sekali mereka mengambil keputusan, mereka tidak mahu dipengaruhi oleh fakta. Apabila orang seperti itu dilantik sebagai pemimpin dalam gereja, masalah akan segera menyusul. Seorang pemimpin mesti boleh membincangkan pendapat yang bercanggah dan mengambil keputusan yang bijak. Itulah sebabnya rasul Paulus menyenaraikan beberapa sifat seorang pemimpin yang layak, dan ini mencerminkan kemampuan

MINDA YANG RELA DIAJAR

DAPAT MENGAJAR ORANG

BIJAKSANA

BOLEH MENGAWAL DIRI

JUJUR

JEMAAH

JEMAAH

KRISTUS

PEMIMPIN

JEMAAH

PENOLONG

JEMAAH

Page 27: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

27

untuk berfikir secara objektif. Semua kelayakan yang disebut dalam bahagian ini adalah dituntut dalam sifat pemimpin, dan maksudnya baik. Para pemimpin jemaah adalah pembuat keputusan utama dalam gereja. Mereka mempunyai tanggungjawab utama untuk mengisytihar serta melindungi kebenaran, dan juga menangani pelbagai perkara kecil dalam kehidupan gereja. Dapat Mengajar Orang (pemimpin jemaah—1 Timotius 3:2). Inilah kelayakan utama dengan dua erti. Pertama, mungkin maksudnya adalah seorang pemimpin mesti dapat mengajar orang lain tentang kebenaran dalam Alkitab. Tetapi perkataan Yunani boleh juga bererti “boleh ajar.” Kemungkinan besar, maksudnya lebih daripada kebolehan untuk mengajar. Oleh itu, dalam konteksnya, sifat ini kelihatannya merujuk

kepada kemampuan untuk menyampaikan kebenaran tanpa keangkuhan. Seorang pemimpin harus rela ditegur. Guru yang terbaik adalah orang yang melihat diri mereka sebagai penyampai kebenaran, bukan sumber kebenaran. Sikap yang berfikiran terbuka dan munasabah adalah sifat yang mustahak dalam kepimpinan, dan begitu juga orang yang sedar akan kepentingan perbincangan. Soalan berikut boleh membantu menilai seorang calon. Adakah dia mempunyai pegangan kuat terhadap kebenaran Alkitab? Adakah dia mampu menjelaskan kebenaran itu kepada orang lain? Adakah dia mempunyai pemikiran yang terbuka terhadap maklumat baru, walaupun hal itu bercanggah dengan pandangannya pada masa ini? Adakah dia mempunyai kebolehan untuk membincangkan apa-apa

Page 28: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

28

isu dengan cara objektif dan sabar? (2 Timotius 2:24). Boleh Mengawal Diri (pemimpin jemaah— 1 Timotius 3:2). Maksud perkataan ini lebih daripada penahanan diri dalam hal makan atau minum. Gene Getz menyatakan bahawa “orang yang berkelakuan sederhana tidak hilang arah secara fizikal, fikiran, dan rohani. Dia teguh dan berpendirian tetap, dan pemikirannya jelas.” Dia ada keseimbangan dalam hidupnya, tidak cenderung pada sikap keterlaluan yang membawa kerosakan. Apabila mempertimbangkan orang untuk masuk dalam kepimpinan gereja, kita seharusnya bertanya sama ada orang itu menunjukkan pertimbangan yang seimbang dan boleh dipercayai. Adakah dia menunjukkan kecenderungan terhadap sikap melampau atau keterikatan pada

peraturan, yang mungkin boleh mempengaruhi keberkesanannya dalam penilaian dan pelayanannya secara umum? Bijaksana (pemimpin jemaah—1 Timotius 3:2; Titus 1:8). Maksud perkataan ini sangat dekat dengan istilah sebelumnya, iaitu boleh mengawal diri. Seorang pemimpin jemaah mesti waras dalam pemikiran dan tindakannya. Dia bukan orang yang cenderung bertindak mengikut perasaan, membuat keputusan tanpa berfikir atau terburu-buru. Dia mesti boleh mengawal diri dan berhati-hati dalam tindakannya. Orang yang layak menjadi pemimpin mengelak daripada membuat keputusan dengan cepat-cepat berdasar pada maklumat yang tidak cukup, dan pada umumnya dia menunjukkan keputusan yang baik. Jujur (pemimpin jemaah—Titus 1:8).

Page 29: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

29

Orang yang mempunyai kuasa dalam gereja mesti mengambil berat tentang kejujuran dalam segala urusannya. Dia mesti melakukan apa yang betul dan adil dalam segala keadaan. Oleh itu, seorang pemimpin jemaah mesti ada keberanian untuk mencari kebenaran walaupun hal ini menyusahkan dan menjadi kontroversi. Dia sentiasa berusaha untuk berlaku adil dan tidak berat sebelah. Dan dia mesti berusaha untuk membuat keputusan berdasarkan prinsip, bukan atas keperibadian orang.

KAJIAN KES ita sudah cuba membuat garis besar tentang

kelayakan menurut ajaran Alkitab bagi pemimpin dan penolong jemaah dengan cara yang mudah dan nyata. Bagaimanapun, beberapa

contoh boleh membantu untuk menunjukkan bagaimana kelayakan menurut Alkitab itu diterapkan.CONTOH PERTAMA: George P.George seorang anggota gereja yang sudah lama, agak kaya, dan pemurah dalam hal memberi sokongan kewangan. Bagaimanapun, dia terlalu berkeras dengan pendapatnya sendiri, dan saudara seiman sering terkejut dengan emosinya yang beria-ia terhadap hal-hal yang kecil dan biasa pada pandangan mereka. Dia cenderung mengkritik anggota gereja yang lain dengan melampau. George kelihatan tidak suka melibatkan diri dalam keadaan berkumpulan. Jika dia melibatkan diri dalam perbincangan tentang sesuatu yang menarik minatnya, dia mengganggu perbincangan bebas kumpulan itu dengan

KK

Page 30: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

30

kata-katanya yang kasar dan beremosi. Dia tidak menunjukkan minat terhadap pembelajaran doktrin dan seolah-olah tidak sedar bahawa dia menunjukkan kemarahannya dengan cara yang tidak sesuai. Jelas sekali bahawa George tidak sedia untuk melayani sebagai pemimpin atau penolong jemaah. Pemimpin diharapkan sebagai orang yang tidak suka berkelahi (1 Timotius 3:3), boleh mengajar (atau rela diajar, 1 Timotius 3:2), tidak kasar melainkan lemah lembut (1 Timotius 3:3), tidak cepat marah (Titus 1:7), dan boleh mengawal diri (Titus 1:8).CONTOH KEDUA: John (“Pop”) W. John seorang yang mesra, mudah berkawan, dan rajin pergi ke gereja (sejak tahun 1940), dan masih giat dalam pelayanan gereja. Sedihnya, dia dikenal sebagai orang yang kuat membela

pandangan teologi yang aneh tentang isu-isu kecil (kadangkala dia mencabar pastor dalam kebaktian umum). Kadang-kadang dia mengkritik dengan terlalu tajam. Dia mengumpat dan bercakap dengan kuat sehingga konco-konconya berasa malu dengan perhatian yang diberi kepada “kelompok” mereka. “Pop” mungkin seorang anggota gereja yang dihargai dan dikasihi, tetapi dia tidak layak menjadi pempimpin gereja. Dia kurang kecermatan dan kebijaksanaan (1 Timotius 3:2); dia suka berkelahi (1 Timotius 3:3); dan dia tidak mempunyai sifat yang penting, iaitu kebolehan mengajar. CONTOH KETIGA: Christopher H.Chris sudah menjadi anggota gereja selama 3 tahun dan dia seorang peniaga yang berjaya dengan keperibadian yang menarik. Dia seorang

Page 31: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

31

pemurah dalam pemberian kewangan kepada gereja, dan dia kelihatan orang yang benar-benar prihatin terhadap perkara rohani. Bagaimanapun, dia belum begitu dikenali dalam masyarakat, dan para anggota gerejanya telah menerima beberapa laporan, yang mengatakan bahawa urusan perniagaannya dijalankan dengan kurang bijaksana. Oleh sebab Chris baru 3 tahun di gereja itu, kemungkinan besar tidak bijak untuk mempertimbangkan dia sebagai calon. Sekiranya dia telah menunjukkan sifat yang begitu baik sehingga dilihat perlu untuk mempertimbangkan dia sebagai calon, maka dia mesti dibersihkan daripada semua tuduhan perbuatan salah dalam urusan perniagaannya. Seorang pemimpin gereja diharapkan sebagai orang

yang: tidak bercela (1 Timotius 3:2,10; Titus 1:6-7), ), berkelakuan baik (1 Timotius 3:2), dihormati oleh orang yang tidak percaya (1 Timotius 3:7), tidak tamak akan wang (1 Timotius 3:3,8; Titus 1:7), tidak tamak (1 Timotius 3:3), diuji (1 Timotius 3:10), dan bukan orang yang baru percaya (1 Timotius 3:6).CONTOH KEEMPAT: Harold H.Harry menjadi anggota gereja kira-kira 5 tahun lalu. Dia seorang eksekutif yang berjaya dan dinaikkan pangkat sehingga mencapai peringkat yang tertinggi dalam sebuah syarikat yang penting, dan dia adalah pemimpin semula jadi yang menyatakan keyakinan diri dan kemahiran dalam perkara sosial. Bagaimanapun, kawannya tidak ramai. Dia dan isterinya telah memberikan masa dan tenaga yang amat sangat kepada pengumpulan

Page 32: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

32

Titus 1:8), dan mungkin dia terdedah kepada bahaya dituduh sebagai pencinta wang (1 Timotius 3:3,8; Titus 1:7). Walaupun dia cerdas akal, pintar, dan pandai, namun dia tidak bijaksana (1 Timotius 3:2; Titus 1:8), tidak tahu mengawal diri (1 Timotius 3:2), dan tidak jujur (Titus 1:8). Dia tidak boleh mengajar (1 Timotius 3:2; Titus 1:9) Dia telah membuktikan dirinya suka berkelahi (1 Timotius 3:3), dan dia tidak giat, oleh itu imannya tidak teruji (1 Timotius 3:10), dan sikapnya yang menghina pembelajaran firman Tuhan yang unggul menunjukkan bahawa dia tidak “berpegang teguh pada perkhabaran yang dapat dipercaya” (Titus 1:9).CONTOH KELIMA: Allen M.Sebagai seorang penyelia peringkat pertengahan dalam sebuah syarikat tempatan, Allen mempunyai

lambang status berbentuk kebendaan, dan mereka mengehadkan hubungan sosial hanya dengan pasangan-pasangan yang juga asyik dengan harta kekayaan. Beberapa orang telah mendapati bahawa Harry kurang minat dalam perbincangan yang bukan dipimpin atau dikuasainya. Harry “terlalu sibuk” untuk memberikan masa yang cukup bagi pelayanan gereja, dan secara terbuka dia mengumumkan bahawa dalam hidupnya yang sibuk, sedikit sekali waktu yang diasingkan bagi renungan, pembelajaran, atau pembacaan Alkitab. Harry mewakili cabaran yang serius kepada kepimpinan gereja. Walaupun dia disiplin dalam beberapa hal, dia tidak sesuai untuk menjadi pemimpin gereja. Harry hanya menyambut orang tertentu (1 Timotius 3:2;

Page 33: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

33

keinginan yang kuat untuk menjadi pemimpin atasan dalam gerejanya. Dengan keperibadiannya yang suka mengarah, dia sering menguasai orang lain dan bersikap angkuh.

Oleh sebab keinginannya yang terlalu kuat terhadap kuasa, Allen telah belajar berfikir dengan cara politik, teologi, dan ideologi. Dia telah mengambil kesimpulan bahawa kebolehan untuk melabel orang dan organisasi adalah tanda kekuasaan rohani.

Allen amat tidak suka mengadakan perbincangan dengan fikiran terbuka kerana dia takut didedahkan kepada apa-apa fakta yang mungkin mencabar pandangannya yang terlalu cetek. Dia mengelak orang atau keadaan yang mungkin memberi dia pengajaran. Walaupun Allen ada keinginan kuat untuk menjadi pemimpin gereja, dia menjadi bahaya yang besar kepada kehidupan rohani gereja. Dia sangat kurang dalam banyak hal. Dia tidak boleh mengajar (1 Timotius 3:2; Titus 1:9); dia tidak bijaksana (1 Timotius 3:2), tidak jujur (Titus 1:8), dan tidak tahu mengawal diri (1 Timotius 3:2); dia sombong (Titus 1:7); mungkin dia suka berkelahi (1 Timotius 3:3); dan dia tidak “berpegang teguh pada perkhabaran yang dapat dipercaya” (Titus 1:9).

“Anda tidak memukul kepala

orang untuk memimpin. Itu dipanggil penyerangan,

bukan kepimpinan.” —Dwight Eisenhower

Page 34: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

34

MASALAH DAN PRINSIP

enyatakan kelayakan bagi kepimpinan agak

mudah. Namun proses mencari, mengambil, dan menilai pemimpin boleh jadi sukar. Bahagian ini akan menangani masalah praktis yang anda mungkin hadapi. Kekurangan calon yang layak. Jangan turunkan standard. Hanya individu yang layak dan sepatutnya menjadi pemimpin. Semak semula perlembagaan gereja jika perlu, agar tidak sukar memenuhi bilangan minima pemimpin atau penolong jemaah. Binalah pemimpin melalui pelatihan yang aktif (2 Timotius 2:2). Menurut Alkitab, perkara yang penting adalah bukan berapa orang tetapi siapa yang akan memimpin. Orang yang layak tidak rela menjadi

pemimpin. Untuk mendorong orang yang layak supaya menerima kedudukan pemimpin, tekankan kebenaran bahawa orang yang menginginkan peranan pemimpin jemaah menginginkan pekerjaan yang sangat baik” (1 Timotius 3:1). Memuji-muji pahala untuk masa ini dan dalam kekekalan yang melayani Tuhan dan mengumpulkan harta di syurga (Matius 6:19-21; 1 Timotius 3:13; 1 Petrus 5:4). Penolong jemaah yang menjalankan tanggungjawab pemimpin jemaah. Jika penolong jemaah berfungsi sebagai pemimpin jemaah dalam tugas mengajar, memberi pengawasan rohani, dan mengambil keputusan, pastikan agar mereka mempunyai kelayakan sebagai pemimpin jemaah. Kajilah pola kepimpinan dalam Alkitab: Penolong jemaah harus membantu

MM

Page 35: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

35

para pemimpin jemaah supaya mereka ada masa untuk berdoa dan mengajar firman Tuhan (Kisah Rasul 6:3-4). Para penolong jemaah boleh melayani dalam banyak cara—tetapi pelayanan itu mesti membantu para pemimpin jemaah. Pemimpin semasa yang tidak layak. Jika selepas mengkaji kelayakan pemimpin berdasarkan Alkitab, anda mengambil kesimpulan bahawa seorang atau lebih pemimpin di gereja anda gagal dalam ujian itu, maka gunakanlah prinsip Matius 18:15-17, Galatia 6:1, dan 1 Timotius 5:19-20. Lakukan perkara yang berani dan mengasihi—mula-mula jumpalah orang itu secara peribadi dan bincangkan standard Alkitab dengan dia. Pastikan agar anda mempunyai sikap yang betul dan fakta yang tepat sebelum anda bertemu dengan dia.

Jika orang itu tidak rela menyelesaikan dosanya, carilah seorang pemimpin gereja lain yang boleh menemani anda untuk berjumpa dengan orang itu. Jika penyelesaian ini pun gagal, kemukakan kes itu kepada seluruh kepimpinan gereja untuk disiasat oleh mereka. Orang yang tidak mahu bertaubat atau orang yang telah merosakkan namanya harus disingkirkan daripada kepimpinan. Pemimpin yang mahu memerintah tetapi tidak melayani. Semasa mengajar dan melatih pemimpin, prinsip menjadi teladan dan hamba haruslah dititikberatkan (Matius 20:20-28; 23:8-12; Yohanes 13; Kisah Rasul 6:1-4; 1 Timotius 4:12; 1 Petrus 5:3). Seorang penolong atau pemimpin jemaah seharusnya diberi tanggungjawab atas hal-hal yang dijelaskan dengan terperinci dalam gereja.

Page 36: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

36

yang tidak diketahui oleh jemaah umum, maka mereka patut memainkan peranan yang penting dalam proses pencalonan. Selain itu, lebih bijak untuk menyuruh calon itu untuk memeriksa dirinya menurut kelayakan seperti dalam ajaran Alkitab sebelum pengumuman dibuat. Dia seharusnya menarik diri jika dia dengan ikhlas merasa tidak layak. Dalam hal mencalonkan pemimpin jemaah, temuramah yang teliti harus dilakukan. Apabila nama calon diumumkan, dan jika anggota jemaah mempunyai bukti yang kukuh berdasarkan Alkitab bahawa dia tidak layak menjadi pemimpin atau penolong jemaah, mereka harus berjumpa dengan dia menurut cara yang diterangkan di dalam Matius 18:15-17. Tubuh Kristus bertanggungjawab untuk

Kepimpinan yang berkesan adalah kepimpinan yang memberi perhatian. Bagaimana anda tahu bahawa seseorang itu layak? Jika gereja anda mengizinkan pencalonan daripada jemaah, seorang calon seharusnya dicadangkan untuk dipertimbangkan oleh seseorang yang mengenal calon itu dengan baik dan benar-benar percaya bahawa calon itu layak menurut standard 1 Timotius 3 dan Titus 1. Untuk melindungi bakal calon daripada rasa malu dan perbalahan yang mungkin berlaku, lebih bijak untuk mencadangkan calon-calon secara rahsia kepada pemimpin gereja sekarang. Oleh sebab pemimpin jemaah mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi doktrin dan amalan gereja (1 Timotius 3:1-5; 1 Petrus 5:1-4) dan biasanya peka pada hal-hal

Page 37: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

37

memelihara disiplin dalaman dan mencegah individu yang tidak layak daripada dipilih. Bagaimana sekiranya tentangan kuat timbul terhadap kelayakan seorang individu? Periksa sama ada bantahan itu berdasar pada syarat daripada Alkitab atau isu peribadi. Sebarang tuduhan berat harus diteliti dengan terperinci oleh para pemimpin gereja untuk memastikan sama ada calon itu layak, dan melindungi dia daripada tuduhan yang subjektif dan tidak adil. (Jika seorang penuduh bertindak secara tidak munasabah atau menyimpan rasa dendam, dia harus ditegur.)

STANDARD UNTUK KEPIMPINANPEMIMPIN JEMAAH

1 Timotius 3:1-7 ()dan Titus 1:6-9 ()

1. tidak bercela 2. satu isteri 3. berkelakuan sederhana 4. berfikiran waras 5. kelakuan baik 6. suka menyambut orang 7. boleh mengajar 8. bukan pemabuk 9. tidak kejam 10. tidak tamak 11. lemah lembut 12. tidak suka berkelahi 13. tidak cemburu 14. mengurus keluarga dengan baik 15. anak-anak tunduk 16. bukan baru percaya 17. kesaksian baik 18. anak-anak percaya 19. tidak pentingkan diri

Page 38: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

38

ADAKAH ANDA LAYAK?

dakah anda layak menjadi salah seorang pemimpin

di gereja anda? Mengapa layak, atau mengapa tidak? Jika tidak, apakah yang perlu berubah, dan apakah yang menghalang anda layak menjadi pemimpin? Adakah anda mengambil langkah pertama supaya layak dalam kepimpinan? Adakah anda mengenal Pemimpin, Kepala jemaah, iaitu Yesus Kristus, secara peribadi? Sudahkah anda mengerti bahawa gereja yang benar adalah terdiri daripada orang yang telah menerima anugerah pengampunan dosa yang percuma daripada Dia, dan kini mempunyai keyakinan akan syurga dalam hidup yang akan datang? (Yohanes 14:1-6; Efesus 2:8-9). Jika anda tidak pernah

20. tidak cepat marah 21. cinta akan kebaikan 22. adil 23. suci 24. boleh mengawal diri 25. berpegang teguh pada firman Tuhan 26. boleh mendorong

PENOLONG JEMAAH1 Timotius 3:8-12

1. hormat2. tulus3. bukan pemabuk4. tidak tamak akan wang5. berpegang pada iman dengan hati nurani yang murni6. diuji7. terbukti tidak bercela8. suami seorang isteri9. mengurus anak-anak dan keluarga dengan baik

AA

Page 39: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

39

percaya secara peribadi kepada Kristus untuk mendapat penyelamatan jiwa, saat inilah masa yang terbaik. Lalu bertekadlah untuk bertumbuh dalam pengenalan akan Tuhan dan contohilah Kristus dalam kehidupan sehari-hari anda. Mungkin anda sudah menjadi orang percaya untuk beberapa ketika, tetapi anda tahu anda tidak layak masuk kepimpinan kerana beberapa dosa dalam hidup anda, atau anda telah gagal menjadi matang sebagai orang percaya. Ingatlah bahawa Tuhan menghendaki anda untuk menjalani hidup yang salih, walaupun anda bukan pemimpin (1 Petrus 1:13–2:12). Ambillah keputusan pada saat ini untuk mengikut Kristus dan jadilah orang yang boleh dicontohi. Atau mungkin anda seorang pemimpin di gereja anda. Adakah anda layak? Jika tidak, adakah anda rela berubah atau meletakkan

jawatan? Adakah anda dan gereja anda rela menyemak perlembagaan gereja untuk menjadikan Alkitab dasarnya dalam hal pemilihan pemimpin gereja? Jemaah akan mengikut pemimpin mereka. Adakah pemimpin anda mengikut Kristus? Adakah anda rela mengikut Dia dan menunjukkan jalan kepada orang lain?

Page 40: SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? file1 SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak masalah jika kita

40

Renungan