5/28/2018 Zine Mimpi
1/39
5/28/2018 Zine Mimpi
2/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 1
.Mengapalah kita bersusah payah dengan kehidupan,
Apabila dengan tiba-tiba usaha itu direntap oleh kematian?
1 | Syaitan
5/28/2018 Zine Mimpi
3/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 2
kita pernah bertentang wajah
lalu kita palingkan.
kita pernah ingin merenung
tapi kita tundukkan.
kita rindu berbalas kata
dan kita bisukan.
Tuhan?
2 | Tentang Kita
5/28/2018 Zine Mimpi
4/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 3
Tuhan sedang bercinta.
pada saat-saat akhir janjitemu
dalam lebat hujan
tanpa jemu
sambil menghembus kabus wayu.
-dingin
dalam bercinta
ramai kecewa
~
3 | Tahajjud
5/28/2018 Zine Mimpi
5/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 4
M a y 1 4 , 2 0 1 2
Sambil berteleku, tubuhnya bergoyang perlahan kedepan-belakangberulangkali. bibirnya berkumat kamit, manakala, jemarinya seolah-olah
menghitung kiraan kamitannya.
Selepas pagi subuh dan setiap petang asar, aku gemar melihat perilaku tindak
tanduk dia, lebih tepat sebenarnya, aku rasa kagum. Dia pernah beritahu aku
dahulu, ada dua wirid yang paling digemarinya. pertama adalahwirdul latheef
imam al-haddad dan yang kedua adalahwird Al-imam An-nawawi.
Pada mulanya aku memang skeptikal dengan segala bagai wirid-zikir-hizib yangpelik-pelik, yang entah dari mana wujud dan mungkin direka-reka. lebih-lebih
lagi bila satu tika dahulu bekas mufti perlis Ust.Asri Hafizahullah membidaah
"Majmuk sharif Kamil". Maka, berkobar-kobarlah, orang-orang muda seperti
aku yang dangkal lagi cetek ilmunya ni ikut-serta bahtera perubahan yang
dibawa beliau untuk membuang segala perkara yang katanya menyulitkan lagi
islam.
aku pernah tanya, kenapa dia gemar dua wirid ni berbanding al-mathurat
albanna (atau Dr Asri hfzhullah sendiri*) yang memang sudah sohih ada sanadhadithnya? Jawab dia, segala susun ayat pada wirid kedua ini walaupun dia
tidaklah faham semuanya, tetapi bagi dia sangat cantik, segala pujian, segala
rintihan dan permintaan yang ada pada kedua ini dekat pada hatinya. Dan dia
tahu bahawa ini adalah Puji dan rintih Ulama-almuhtadin yang mengarangnya,
yang lahir dari benak dan kalbu suci mereka terhasil daripada kefahaman
Quran dan hadith juga, bahkan mereka lebih memahami. Walaupun ini sekadar
jawapan peribadinya dan tidaklah se"gah" serangan yang dilakukan oleh pihak
tertentu, dengan jawapan seperti ini terlerai dan lenyap seluruhnya kusut ragu
aku.
" Boleh aku tanya soalan lagi? "
" boleh, kenapa? "
" kenapa kau kira setiap zikir yang kau baca? kira pahala ke? Sedangkan nikmat
http://www.youtube.com/watch?v=q_4o-Ig9ark&feature=results_video&playnext=1&list=PL13B142C6144DDE91http://www.youtube.com/watch?v=q_4o-Ig9ark&feature=results_video&playnext=1&list=PL13B142C6144DDE91http://www.youtube.com/watch?v=kluR90aMZ1khttp://www.youtube.com/watch?v=kluR90aMZ1khttp://www.youtube.com/watch?v=q_4o-Ig9ark&feature=results_video&playnext=1&list=PL13B142C6144DDE91http://www.youtube.com/watch?v=q_4o-Ig9ark&feature=results_video&playnext=1&list=PL13B142C6144DDE915/28/2018 Zine Mimpi
6/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 5
yang Tuhan bagi pada kau sungguh banyak tak terkira, Jadi bukankah lagi elok
kalau zikir itu juga dibaca terus menerus setiap saat tanpa kira-kira?" . Soal aku
dengan rasional seorang salik amatur.
tanpa berlengah walau seketika, dengan lembut dia jawab;
" Sebenarnya mad, aku tidak kira pun. Aku cuma mahukan setiap inci tubuhku
juga berzikir sekali, bukan sekadar lidah, malah jemari aku, dan seluruhnya
dengan caranya tersendiri mengingat Tuhan. Agar di akhirat kelak, mereka ini
yang akan menjadi saksi bahawa aku telah berzikir mengingati Tuhan "
" ........ "
Jujur, Aku tergamam.
Cerpen | Mimpi I
5/28/2018 Zine Mimpi
7/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 6
M a y 1 1 , 2 0 1 2
330 am.
Dalam separa sedar, ada sesuatu yang berbisik pada cupingku, dalam sayup-
sayup halus wayu subuh yang melintasi ruang-ruang sempit udara pada jendela
kamar;
"Psst..."
"Ada sekuntum mawar cinta lalu, yang paling kerap kau intai-hidu mekar dan
harumnya hingga kini. sudah dipetik teman baikmu"
....
Seperti Mimpi.
Lalu aku buka mata perlahan-lahan, memandang dongak ke putih siling dalam
selang beberapa ketika, Merenung bait bisik halus misteri tadi hingga tembus
terlihat langit fajar dihias sinar manik-manik bintang, dan bulan sementaraada. Dan azan pun berkumandang.
Aku tersenyum lagi.
*Kata dia, itu tandanya masa hadapan aku makin bersinar, Wallahualam.
Cerpen | Mimpi II
5/28/2018 Zine Mimpi
8/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 7
M a y 1 0 , 2 0 1 2
1 am.
Aku sedang berbaring menikmati novel Faisal Tehrani, Maaf dari Sorga sambil
menanti mata terlelap, dia pula masih khusyuk duduk disebelah aku
menghadap meja studinya. Sudah 5jam berlarutan aku kira dari mula aku
menelentangkan badan atas katil dia. Sesekali aku cuba mengusik, dia sekedar
mencebik dengan renung mata yang pelik. Ah, biarlah, aku cuma ingin
menceriakan suasana kusam sunyi tengahmalam ni.. Hampir setengah jam
kelopak mata menjadi hipokrit, tak juga terlelap. Tiba-tiba, dia sahut nama aku,
aku beliakkan mata dengan malas.
"Mad, kalaulah tiba-tiba ada peperangan ataupun bencana alam ke, ataupun
keadaan-keadaan genting berlaku, dan dihadapan engkau ada dua orang,
seorang muslim melayu dan seorang lagi cina kafir, yang tengah bergelut
antara hidup mati, dan kau cuma mampu selamat seorang je, kau rasa, kau
akan pilih siapa?"
"mestilah yang muslim, kenapa?". aku tak fikir pun sebab aku lebih tertarik
kenapa soalan ni tiba-tiba keluar.
"aku rasa, aku akan selamatkan yang non-muslim dulu. Sebab orang yang dah
mengucap semua akan masuk syurga kan? tapi kalau kafir, diorang tak dapat
masuk syurga langsung kan? kita tolak tepi dulu yang munafik. Aku cuma tak
mahu penghuni neraka ramai, kalau yang kafir masih hidup, dia ada peluang
lagi dapat hidayah kan? Kalau boleh, aku nakkan semua penduduk bumi ni
sama-sama masuk syurga. boleh ke macam ni?"
Aku dah agak. Dia akan bagi jawapan macam ni. memang itu yang mengalir
dalam darah dia.
Cinta.
~ Cerpen | Nadi Mimpi
5/28/2018 Zine Mimpi
9/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 8
M a y 8 , 2 0 1 2
Kebelakangan ini, setiap kali aku menjenguk ke bilik dia, dia tengah khusyuk
duduk menghadap buku di meja studinya. Biasalah, student medik, kalau takstudi, mautlah jawabnya. kalau kena repeat, siapa mahu tanggung yuran
beribu-raban ringgit tu. Aku tahu ekonomi famili dia bermasalah, sama macam
aku. Studi tu satu nikmat. Tak kiralah belajar apa pun, yang penting minat. Tapi
yang aku mushkil, dari pukul 4ptg sampai 12malam, sambung lepas aku
bangun tidur 3 pagi, tak habis lagi sampai pukul 12tghari, setiap kali aku datang
masuk ke bilik dia. Dia masih setia atas kerusi menghadap meja
studinya,dengan 2-3 buku yang dibuka serentak ." .... Ni dah tahap bukan
orang dah ni "
"ni apa kes melekat kat meja studi je tiap masa? tak bosan ke?"
"Haah, aku dah bosan buang masa, mad"
...
..
.
"Oh"
~
Cerpen | Mimpi III
5/28/2018 Zine Mimpi
10/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 9
M a y 7 , 2 0 1 2
Dia datang pada aku sekali lagi dengan berjurai air mata dan mengadu, katanyasudah lelah, sesak dan penat melakon watak "budak baik" sepanjang
hidupnya. dan kata dia lagi, dia ingin mencuba topeng-topeng lain yang lebih
mencabar, yang kononnya mampu memberi sesuatu yang membuatkan rongga
dalam dadanya rasa nikmat seperti dikala seluruh bendalir dalam tubuh
kedingnya mengalir kesetiap pembuluh darah, deras pantas memenuh setiap
ruang-ruang kosong , kemudian kembali semula kepada jantung untuk dipam
semula bertalu-talu, agar setiap tisu-tisu dalam tubuhnya merasa hidup,
merasa kehangatan dan ketagihan untuk terus bermain watak tersebut
sehingga kemuncak, klimaks yang berterusan berulangkali tanpa peleraian
selagi jantung terus berdegub mengepam.
"Kau, faham perasaan itu... kan?"
...aku sekedar tersenyum.
~
Cerpen | Persona
5/28/2018 Zine Mimpi
11/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 10
A p r 2 8 , 2 0 1 2
Aku cuma ingin berehat dari keduniaan
dan pergi,
dan menjadi sediakala
seperti saat aku lahir ke bumi.
Tapi,Tuhan...
Makin ku cuba berganjak setapak,
ikat belikat makin ketat.
makin menjerut.
dan aku kembali lagi,
di sini.
3 | Haqiqat
5/28/2018 Zine Mimpi
12/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 11
A p r 2 9 , 2 0 1 2
Lihatlah dalam kedua mataku.
lewat pantulannya.
yang hidup
sebagai aku.
akan kau tahu bahwa engkaulah
sahaja
yang kulihat selalu.
4 | Bayang
5/28/2018 Zine Mimpi
13/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 12
M e i 2 1 , 2 0 1 3
CATATAN I : Neraka
Kalau cuba diingat-ingat, zaman kanak-kanak dulu. Aku merasakan
Neraka lebih real dari Tuhan. kewujudannya terasa seakan lebih konkrit,
bagaimana kita ditakut-takutkan lewat cerita-cerita seram dari mulut kawan-
kawan, "ancaman" daripada emak dan abah, cikgu-cikgu dan juga kelas-kelas
agama dan kuliyah motivasi untuk "brainwash" kanak-kanak supaya jadi anak
soleh. Maka, neraka yang digambarkan pada setiap lapisannya disediakan
siksaan mahadahsyat yang berbagai-bagai dan khusus untuk kesalahan-
kesalahan tertentu seringkali dijadikan modal dan salah satu cara untuk
mentarbiah anak-anak.
Ini kerana, memberi ancaman mungkin difikir lebih mudah dan kurang berisiko
dari mengajarkan untuk berfikir. Lebih malang lagi, hal-hal sebegini akhirnya
diambil alih tugasnya oleh institusi dari orang-orang yang sepatutnya, yang
hampir dengan kanak-kanak. Seperti halnya pendidikan seks dan sebagainya. Ia
jadi suatu Malu, Asing dan dinobatkan sebagai Taboo.
Tentang neraka lagi, kita secara sedar malah kemudiannya cuba untuk
membayang-bayangkan keadaannya, seteruk pengalaman atau gambaran
peristiwa paling dahsyat pernah dilihat didunia setara kapasiti kita sebagai
kanak-kanak seawal 5-6 tahun.
Cuba bayangkan tentang bagaimana berenang dalam nanah-nanah yang busuk.
berjalan atas titian senipis bulu dihiris tujuh yang tulang-tulang manusia atau
orang dihadapan kita menjadi arang pembakar dibawahnya, melihat watak-
watak asing seperti syaitan jadi teman banduan yang menerima nasib serupa.
Dan Api , api sebagai elemen esensial potrait Neraka yang sedang mengunyah-ngunyah dedaging manusia.
Kita justru berasa terancam untuk melakukan perbuatan-perbuatan jahat.
Ketika itu bata-bata dimensi moral dalam diri kita mula dibentuk istananya.
Konsep Baik-Buruk serta Syurga-Neraka tak terpisah, atau belum lagi dipisahkan.
Aku, sebagai kanak-kanak yang kuat berimaginasi, Neraka Hidup bahkan terasa
Lebih Hidup.
5/28/2018 Zine Mimpi
14/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 13
Manakala bila bicara tentang Tuhan;
Tuhan hal yang Abstrak, Tuhan tak dapat digambarkan atau dibayangkan. Tuhan
malah terasa berjarak dan asing dari diri kita, sebagai kanak-kanak, sebagai akuketika itu.
Aku tak ingat bila pertama kali dan dimana aku diperkenalkan dan diajarkan
tentang Tuhan. Soalnya sekarang aku terfikir bagaimanapula untuk mengajarkan
tetang Tuhan kepada orang lain khususnya anak-anak kita nanti, sedangkan aku
sendiri masih jauh dari kenal. apatahlagi mau katakan aku telah cinta.
Sambil merenung cermin di depan mata.
5/28/2018 Zine Mimpi
15/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 14
J u n 2 9 , 2 0 1 3
Izinkan aku menjadi tanah semula.
menjadi yang tak berupa.
yang tak dikenali sesiapa.
hanya menyubur
menumbuh
untuk sebatang
yang merendang
yang membahagiakansemua.
5 | Soyf
5/28/2018 Zine Mimpi
16/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 15
IISoufflure
Letaklah sejuta penyair pun di atas setiap kelopak bunga agar dihisap madunya
lalu dilumurkan kelak ke bumi .Bumi takkan manis.
Takkan.
|2013
5/28/2018 Zine Mimpi
17/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 16
June 23
IJika dilakarkan segala rakaman pengetahuan yang tidur dalam zihin di atas
kertas,
aku tiadapat menuliskan apa-apa.
~
June 24
I
Darah yang tumpah semalam kan terus mengalir di sungai dendam dan
berkumpul di lautannya.
Tunggulah nanti musim tengkujuh atau adanya gegak gempita.
Tunggulah.
II
Bagaimana harus kuberhenti memuisikanmu?
jika sepi selalu hadir sewaktu-waktu
tanpa mengetuk pintu
~
5/28/2018 Zine Mimpi
18/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 17
June 27
Hawa,Bukanlah aku ini diciptakan untuk engkau. Tetapi untuk bumi. Aku fikir biarlah
wujud kita ini memenuhi segala kehendak-Nya "
..
Adam,
Bukankah aku ini juga adalah bumimu yang perlu kau redah hutan-nya, daki
gunung-nya, dan suburkan tanah-nya? Bumi ini yang patut kau makmurkan
dahulu. bukan begitu?"
~
June 28
IDi dampar laut, kesunyian jadi penunggu.
dia jugalah yang memekikkan segenab rasa kerinduan
jiwa-jiwa yang tersemadi di dasar.
dialah yang melaung-laung pada ombak.
Memanggil-manggil masa lalu.
II
kau masih boleh menangis sepuas-puasnya tanpa bahuku, yang dahulu kau
kesatkan hingus dan airmata lalu tersenyum....
~
July 2
Kita ini adalah makhluk abadi
-bezanya?
Abadi di sorga
atau di neraka.
~
5/28/2018 Zine Mimpi
19/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 18
July 3
Cintamu bagai sepotong senja di stesen tua.
-yang aku tak harapkan pun keretapinya tiba.
~
July 4
I.Sayang,
kotak pandora yang kau sembunyikan ini kelak kan terbuka jua.
Maka tanamlah aku sedalam-dalamnya.
II.
Kemanapun kumenghadap.Berlari meninggalkan catatan lalu
Nyaringan siul dan silhuetmu
nantiasa bergema
-Menghantui-ku
III.Berjela panjang syair ku nukilkan jadi peta di kota kenangan.
carilah aku dicelah-celah makna yang ku siratkan.
dikala sunyi datang.
dikala aku hilang.
~
5/28/2018 Zine Mimpi
20/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 19
IIIMengenali-mu,
seperti menyelami kedalaman
tak berdasar.
Tak pula melemaskan.
If Only|Surat-surat untuk masa hadapan.
5/28/2018 Zine Mimpi
21/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 20
August 12
Malam kita disarungkan janji cinta,
Langit juga riang berpesta.
Telah Tuhan luncurkan
bunga api besar-besaran
-untuk kita
Menyebar cinta-Nya ke Angkasa
#perseidmeteorshower #happyday
6 | Engagement
5/28/2018 Zine Mimpi
22/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 21
| A p r 2 3 , 2 0 1 2
Disebalik masa hadapan
Dia adalah yang akan bisik padaku nanti;
"Sayang, ini adalah kecintaan kita, rahsia hanya kita berdua.... dan Tuhan"
sementara sekarang, dia sedang bersembunyi dibalik daun pintu angan-angan
dan impian. Menunggu saat yang paling sesuai untuk membuka pintu
dan melangkah masuk ke kamar aku, atau, menunggu aku sahaja
memimpinnya nanti.
http://memoriyangterpadam.blogspot.com/2012/04/disebalik-masa-hadapan.htmlhttp://memoriyangterpadam.blogspot.com/2012/04/disebalik-masa-hadapan.html5/28/2018 Zine Mimpi
23/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 22
KENANGAN
Di sela rekah dermis dukaku yang berdarah.
Mampukah masa memujuk platelet bertemankan erythrocyte
menyelimut derita agar haemostasis merayu aku hingga melupa
parut lama?
TRIVIAL
hubungan yang dipaksa-paksakan tak ubah seperti doktrin sebuah hagemoni.
kita dipaksa suka. dipaksa benci. dipaksa buat itu ini. Bukankah itu yang paling
dibenci sekarang dalam zaman demokrasi yang kononnya menjaga hak asasi
manusia. Takkanlah satu hal; emosi yang jadi hakmilik peribadi yang sangat
personal pun mahu dirampas.
cukuplah.
JUJUR
Mari kita berlaku jujur pada diri sendiri.
Tentang hal-hal yang kita tahu dan tidak.
Tentang jalan-jalan yang pernah kita harungi atau belum.
Tentang luka-luka yang telah memarut atau sedang menitis darah.
Tentang kebiasaan kau hanya memakai perfume tanpa mandi untuk ke kelas dimusim dingin.
Tentang betapa kau menyalahkan lecturer ketika kau tidak faham.
Tentang buku-buku yang telah dihadam atau hanya diselak-selak.
Tentang perasaan menjadi orang penting serta menjaga kepentingan.
Tentang betapa sebenarnya kita tidak memikirkan masalah orang lain .
Tentang aksi-aksi lakonan ketika menjaga hak golongan tertindas.
Tentang kebenaran tiap kata yang kita katakan benar.
Tentang siapa sebenarnya tuhan dalam diri kita.
5/28/2018 Zine Mimpi
24/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 23
DEWASA
Apakah, menjadi dewasa itu, menjadi yang hilang segan malunya.
menjadi yang sunyi perasaan bertemannya, yang hampa segala emosinya.
yang kononnya objektif. sentiasa waja semangatnya
maka dia tak layak untuk melemah.
walau seketika?
SEMPURNA
Aku tidak pernah inginkan sempurna,
Kerana kesempurnaan adalah bibit kesepian.
Yang mengocakkan kolam perasaan.
Melempah sesal jadi derita lalu menghujan.
Sempurna hanya menjadikan kita
saling tidak memerlukan lagi..
saling menyendiri.
saling memati.
Kalau hidup mahu sempurna serba serbinya,
Apa guna Tuhan ciptakan syurga?
CLICHE
Dunia ini sudah terlalu tua untuk menjadikan kesah-kesah percintaan itu tidak
lagi cliche.
Bosan.
| A p r 4 , 2 0 1 2
5/28/2018 Zine Mimpi
25/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 24
| A p r 2 3 , 2 0 1 2
GIBRAN DAN RUMI
Puisi untuk Baihaqi,
Subuh Tiba dengan Hati-hati
ia tidak mengetuk pintumu
atau memberi salam
ia berjalan masuk perlahan-lahan
dari sela daun pintu
yang terkuak oleh angin liar semalam
lalu mengirim pesan Tuhan kebawah gebarmu
-Khalil Faisal Gibran
Jawab Rumi,
Wahai Subuh,
Makhluk Tuhan yang Patuh
Dingin wayumu adalah gebarku
Semenjak dahulu,
Saat lelah dan takut
Saat rindu dan hanyut
Dalam Ruku' dan Sujud.
Dan pintu kubiar luas terbentang
Khusus buatmu
untuk aku,
kau kejut.
-Baihaqi Ar-Rumi.
http://rantingrantings.blogspot.com/http://rantingrantings.blogspot.com/5/28/2018 Zine Mimpi
26/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 25
CINTA SEMPURNA
Mungkin benar kata gibran, kadangkala, orang yang paling mencintaimu
adalah orang yang tak pernah menyatakan cinta kepadamu, kerana takut kau
berpaling dan memberi jarak, dan bila suatu saat pergi, kau akan menyedari
bahawa dia adalah cinta sesungguhnya yang tidak penah kau, sedari
5/28/2018 Zine Mimpi
27/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 26
IV
Di Kaki LangitBilakah waktunya
Dingin wayu itu tidak lagi meneman para pencinta
Lewat doa sembah sujudnya dengan penuh harapan
Wahai Tuhan, "bilakah cinta kita ini akan berbalas?"
Dahi para abid sudah melekuk malah pekat hitamnya
Liur sang darwisy sudah kering memuji hingga membengkak
kerongkongnya.
Para alim pula...
Bukankah Tuhan lebih hampir dari urat leher?
Ataukah masih belum cukup lagi rintihan dari kita?
Sehinggakan malamJadi sunyi
5/28/2018 Zine Mimpi
28/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 27
J a n 4 , 2 0 1 2
CATATAN II: Tuhan Yang Hilang
I.
Tulisan ini bukan bertujuan
membawa kepada kehampaan
Tuhan,
Atau menafi segala teknikalnya
syarat-syarat, kaedah-kaedah atautatacara manual untuk sampai
kepada tuhan, yang telah diwarisi
semenjak dahulu.
Kerana, mungkin bagi kita,
persoalan tentang ketuhanan ,
ibarat wilayah yang terlalu sakral
untuk dicerobohi lalu kita gelapkandalam kehidupan untuk
dipersoalkan .Menjadi taboo dan
menyerahkannya sebulat-bulat
kepada para yang arif untuk
menentukan untuk diri ini. Padahal
ia adalah suatu yang amat sentral,
yang sepatutnya dijawab oleh setiap
jiwa yang hidup.
Pernah atau tidak, sebelum
mengimani sesuatu kepercayaan,
kita mengutarakan segala persoalan
yang lahir benar-benar dari hati
nurani kita untuk mengetahui,
hingga segalanya mencerah secerah
mentari tanpa awan pada kala ia
terbit. Kita sebagai seorang yang
lahir muslim,bagi saya, mempunyai
kekurangan fatal berbanding
mualaf,muslim lainnya yang
menganuti islam setelah islam -
sebagai suatu agama- menjawab
persoalan-persoalan tentangkewujudan dirinya.
Merekamualaf, memperakui
kebenaran islam sejujur hatinya
setelah membanding segala
kefahaman tentang kehidupan. Dan
Menukar agama sudah tentu
keputusan yang paling sukar dalam
kehidupan dan memerlukan
perbandingan-perbandingan yang
adil kepada semua ajaran.
Kekurangan fatal inibagi
saya, yang membunuh senyap
agama kita dari hidup menyebarnilai-nilai universalnya.Kerana
muslim itu umpama cermin bidal
tamsil cahaya Tuhan yang
terpencar-pencar dari sumber
normatif yakni wahyu. Jika kelabu
berdebu cerminnya maka
cahayanya juga tiada mampu
memantul sejernihnya.
5/28/2018 Zine Mimpi
29/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 28
Sebelum menusuk ruang
kepercayaan yang berbalut dengan
faham-faham yang tanpa
makna,yang diikat dengan jargon-
jargon bahasa arab. Kita, pada saya,sedang membodohkan diri sendiri,
dengan kepercayaan.jadi, Apa itu
kepercayaan, atau keimanan?
Kata Soren Kierkegaard;
Iman itu tidak punya dasar.
Beriman itu seperti m asuk ke dalamlubang gelap. Tidak tahu apa yang
ada di sana. Entah kebahagiaan
atau malah malapetaka
Mungkin yang ingin disampaikan
Kierkegaard bahawa keimanan buta
tanpa tubuh falsafi yang utuh kukuh
itu membodohkan ,menyesatkandan mengalpakan.
Atau juga, Tuhan itu sekadar
projeksi emosi manusia-manusia
yang tertindas, Bak kata Karl Marx
tentang agama ,
agama adalah sekaligus ungkapan
penderitaan yang sungguh-sungguh
dan protes terhadap penderitaan
yang sungguh-sungguh. Agama
adalah keluhan makhluk yang
tertekan, perasaan dunia tanpa
hati, sebagaimana ia adalah roh
zaman yang tanpa roh. Ia adalah
candu rakyat.
Mungkin juga, tanpa mengakui
peranan wahyu, tafsiran-tafsiran
serupa begini juga akan muncul
pada jiwa-jiwa muslim. Lalu
mengangan-angankan kenikmatan
syurga kerana ditindas didunia!
Ada juga yang mengatakan
bahawa kerosakan hidup ini yang
mendorong kita sembahyang!
Perkataan-perkataan ini bukan
hanya keluar pada mulut-mulut
non-muslim bahkan juga Muslim
jika tidak diberi faham konsep yang
benar kukuh.Ini yang melanda
ummat kita sekarang!
II.Menjadi Kritis
Siapa aku? Kenapa Aku Wujud? Apa
itu tuhan? Apa itu keimanan? Apa
itu agama? Kenapa perlunya Tuhan?
Apakah aku bebas berbuat? apakah
aku boleh menentukan taqdir
sendiri? kenapa perlu
agama?apakah yang menentukanbetul dan salah? dll.
Soalan-soalan ini seharusnya
dijawab dengan konsep-konsep
yang jelas kukuh. Bukan sekedarnya.
Bukan yang ditanya spontan
termangu menjawabnya,Kerana
perkara tauhidik bukanlah yang
5/28/2018 Zine Mimpi
30/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 29
dibenarkan taqlid seperti fiqh.
Agama sepatutnya menjadi bahan
kritis kita untuk menjawab soalan-
soalan kehidupan!
dan seharusnya, Persoalan-
persoalan ini lahir sendiri dari
nurani hati yang terdalam untuk
mengenal diri dan Tuhan.
Man arafa nafsah arafa rabbah
Proses mengenal diri adalah suatu
perjalanan panjang yang
berlanjutan, tentulah memerlukan
guru spiritual untuk mengemudi
perjalanan ini. Dan setiap suatu
kefahaman yang cuba untuk diimani
perlulah melalui proses kritikal bagi
mengenal benar atau salah konsep
itu.
Tetapi apa yang berlaku masani,
dalam kalangan golongan aktif
berdakwahsekitar saya , soalan-
soalan asasi ini seolah tiada penting
dan tiada penekanan khususi untukdiperteguh, yang diutamakan
adalah praktisnya, fiqh.Perlu tahu
bahawa,suatu idea atau
kefahaman seharusnya didatangkan
dengan tubuh falsafi yang utuh
supaya memperkukuh lagi
keberlangsungan
perlaksanaannya/ibadahnya .Jika
tidak, ibadah hanya sekadartonggang terbalik jasad yang mati
tiada makna,hilang nilai
kebertuhanannya.
Itulah yang telah diusahakan olehleluhur muslim pendahulu kita
seperti alghazali, ibn rushd ,ibn
farabi dan lain-lain. Kerana mereka
tahu, Agama ini hanya akan hidup
tersebar dan menyebar jika
persoalan-persoalan falsafi asasi ini
dapat dijawab dengan konsep yang
jelas. Begitu juga yang berlaku
dalam agama-agama lain,
terdapatnya tokoh-tokoh seperti
st.augustine, Thomas Aquinas dan
rene Descartes.
Pasti, dalam kalangan kita ada yang
telah khatami kitab-kitab turath
seperti sifat 20, risalah tauhid,kifayatul-awwamdan juga yang
kontemporari seperti kubra al-
yaqiniyyat alkauniyah . tetapi
apakah yang dipelajari itu sekadar
seolah-olah jargon-jargon arab
yang tanpa makna sehingga tiada
mampu untuk menguatkan iman,
memberi faham, dan berupaya
menangkis serangan-serangan luar.
Jika, ada muslim, yang berkata tak
terkesan atau terasa dengan
serangan-serangan luar, yang
merusak fikiran justru akidah,maka
mungkin, mereka adalah yang tiada
ambil kesah pada agamanya.
Cukuplah pada solat yang lima,puasa dan zakat.
5/28/2018 Zine Mimpi
31/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 30
Tulisan ini bukan sengaja ditulis
untuk meruntuhkan tembok-
tembok faham agam yang dah
tersemai dalam jiwa kalian. Tetapi
hanya untuk kalian cuba menilaikembali rapuh kukuhnya banteng
sentral kehidupan itu,
akidah.Kerana, serangan pemikiran
sudah masuk gelombang yang
kedua pada zaman kita.Kerana,
dengan inilah kehidupan beragama
kita lebih berkualiti dan bermakna.
5/28/2018 Zine Mimpi
32/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 31
A p r i l 1 6 , 2 0 1 2
CATATAN III: Kemanusiaan
IAku masih tidak faham kenapa
sulit sangat untuk mereka
memahami erti kemanusiaan.
sedangkan, kewujudan kita dibumi
ini telah ditentukan sebegini
rupanya, semenjak lahir,
tempatnya, keluarganya,
kepercayaannya, bangsanya dan
lain-lain yang kita mahu atau tidak,
itu adalah kita.
IIAndaikata aku dilahirkan yahudi. di
ajar sungguh-sungguh tentang
agama yahudi tanpa ada sekalipun
cubaan-cubaan oleh yang tahu akan
kebenaran untuk mengajarku dan
membimbing ke jalan yang "benar".
jadi, realiti aku adalah seperti yang
dibawakan oleh ajaran yahudi. Baik
buruknya, ibadahnya, atau dengan
kata lain, "welthaanschauung"nya.
IIIandaikata engkau dilahirkan syiah,
dilahirkan dengan faham-faham
keagamaan yang penuh emositentang kecintaan, kebencian
melalui pengalaman pengalaman
sejarah yang telah didoktrin
semenjak lahir mengenai Rasul dan
keluarga junjungan engkau. maka,
engkau juga akan meyakini
sungguh-sungguh setulus-murninya
apa yang dibawakan oleh parapendahulu engkau, termasuk ibu-
bapa engkau yang kau cintai. sujud
rayu kepada Tuhan yang
sebagaimana kau percaya, tawasul
kepada para auliya, dan bertaqiyah
seperti yang diajarkan,lalu
bersungguh-sungguh menyebarkan
apa yang kau yakini.. maka segalaitu menjadi realiti bagi engkau.
IVdan tiba-tiba ada satu kelompok
yang mengeklaim kebenaran
mengecam kematian kepada
engkau dan aku. dan kalau-kalau
malang menimpa kita, mereka tiada
membantu atas alasan kita adalah
daripada kelompok bathil yang
harus dijauhi. paling keji dan hina
yang berlaku apabila permainan
sentimen mula berleluasa dalam
komuniti pengeklaim kebenaran,
segala amal ibadah kita adalah
dituduh sesat, kita-kita ini adalah
5/28/2018 Zine Mimpi
33/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 32
ahli neraka jahannam. dan dengan
sentimen ini akan terbitlah usaha-
usaha menghancurkan kita. Sudah
tentulah jiwa kita yang menganuti
seperti apa yang dicorakkan pada
kain putih kita semenjak lahir terasa
tercabar dan terhina. sudah
tentulah kita akan cuba
pertahankan sungguh-sungguh
kepercayaan itu.
Apakah nilai kita ini jauh lagi
rendah dari binatang? sehingga
timbul nilai ganda ( double standard
) terhadap kemanusiaan hanya
kerana kepercayaan?
* semakin lama aku terasa jelik dengan pembongkar "kesesatan" yang
berkopiyah, yang suka mengangkat sentimen kebencian. dengan ayat-ayat
kesat yang menyakitkan. Apakah itu dakwah? Apakah dengan menyebarkan
perasaan kejijikan engkau terhadap "kesesatan", kau terasa muliya? ya, tujuan
kau sungguh murni untuk menyelamatkan Aqidah. tetapi kenapa kau borong
sekali kata kesat yang tiada faedah? sehingga melunturkan kemanusiaan
kepada mereka. Yang salah adalah ajaran mereka (bagi engkau) , tetapi
tiadalah sehingga merendahkan tahap kemanusiaan mereka!
perkataan "sesat" bagi aku untuk umat islam sungguh kasar dan mnenyakitkan,
sungguh. tukarkanlah kepada sekadar mengatakan, Mereka telah "tersalah"
faham.
Bukankah Shahadah kita masih sama?
5/28/2018 Zine Mimpi
34/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 33
M a r 2 7 , 2 0 1 2
CATATAN IV : Hipokrit
Aku terasa hidup dalam timbunan
bernyawa bangkai hipokrit, bangkai
bertopeng keadilan, bangkai
bertopengkan keamanan dan
kemanusiaan. Bersemboyankan
slogan bernada simpati dan prihatin,
aura kasih sayangnya konon tak
terbendung lagi dari badan.
Ibaratnya hampir melimpah-limpah
hingga melampaui negara, benua
dan malah jika mampu ingin
menjelajah ke planet planet lain.
Kononnya, Agar kasih sayang dan
simpatinya didengari, dinikmati
semua.
Muak.
Cukuplah. Hei pejuang. Lupakan
semua itu. Lupakan saja syria.
Lupakan palestin. Lupakan. Kalau
teman serumah masih berlapar
kesempitan wang. Kalau jiran
sebelah merengek tidak punya beras
untuk makan, lupakan saja jika
tangan tangan tua gelandangan yang
menadah meminta kau abaikan,
yang kau tarik muka rasa rimas,
kanak kanak kecil yang mengemis
kau rasa jelik, menyampah dan mual.
Bau bau busuk gelandangan kau
hinakan. Perangai buruk dan
semuanya tentang mereka kau
sampahkan.
Terlalu ramai lagi, di sini, di sekeliling
kamu yang memerlukan dan
dilupakan. Apakah pahala
membantu syria lebih besar dari
membantu gelandangan? Apakah
benar mereka memerlukan kau?
Atau kau sekedar ingin menempa
nama sebagai hero penyelamat yang
bersimpati terhadap si malang yang
dipopularkan?
Kau cuma bernasib baik dilahirkan
senang. Ingat.
Mungkin. Telah tiba saatnya kita
matikan facebook, padamkan
televisyen, hentikan tweeter dansegala bentuk media berita yang
menghebah penderitaan. Kita keluar
dari bilik dan rumah kita. Keluar ,
berjalan dan sebarkan pada
sekeliling kasih sayang dan
kemanusiaan yang sebenar.
Ya, kau tidak perlu menjadi seorangaltruist untuk berbuat sedemikian.
5/28/2018 Zine Mimpi
35/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 34
Ps: sebenarnya, aku sungguh muak dengan lambang-lambang, logo-logo dan
bermacam lagi yang bersifat kemanusiaan yang tidak jujur. Yang beredaran di
laman laman sosial oleh manusia manusia hipokrit. Mempamerkan semua itu
tidak menjadikan kamu terlepas dari dosa dosa ketidakpedulian terhadap
ketidak-adilan sosial yang berlaku pada masyarakat kamu. Langsung.
5/28/2018 Zine Mimpi
36/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 35
Awan
Lapis-lapis
Yang menumpul
Segala yang ingin menembus.
Berkurangkah sifat mentari dengan adanya engkau?
Hinggakan murba dibumi merintih walang rindu- derita
yang berkabung terus legam, menghitam
Apakah mentari lebih berma'na tanpa wujudnya engkau?
Hangat segala harapan menghidup yang disiramkan- bahagia.
Tersiram lebih, lantas tajam membuta
5/28/2018 Zine Mimpi
37/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 36
MESSIAH
Bumi mungkin tak terasa.
Hempas halus menggegar sang yang dimurka.
Lewat senja kemarin
Saat setiap satu pelepahnya dinyala hangus.
Menembus mega awan kian mengelam.
Waktu alpa dipuja ashiq.Dengan gempa.
Dia jatuh bersama nista.
Perlahan-lahan
Timbunan puing keramat dibangun semula
Dengan rupa hangat menyenang.
Pada setiap jejaknya yang menelusurDengan sayapnya yg seakan hidup
Di sujud.
Bila gelap disangka mentari.
Bangun kita bagai berjalan tidur.
Menari tidur
Teriak tidur.
Dalam nyenyak tidur terdalam.
Oh,
Tunggu sahaja kiamat datang.
5/28/2018 Zine Mimpi
38/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 37
HAIKU
Berdentum kata
Tin tin kosong terjatuh
Kiamat tiba
5/28/2018 Zine Mimpi
39/39
ZINE PARACETAMOL | Mimpi 38
Aku mahu terus menulis sebanyak mungkin. Menulis setiap hari, menulis dan
terus merakamkan kenangan, fikiran dan paling tidak adalah perasaan, melalui
huruf-huruf, titik noktah, koma, sengkang dan smiley. walaupun terkadang
ianya sia-sia, kosong nilai. Biarkan aku. Kerana aku cuma mahu menulis.
Menulis untuk mengingatkan aku bahawa satu ketika, aku juga pernah hidup.
Aku juga manusia.
Baihaqi
Top Related