Refleksi 2017–2018
Untuk Masa Depan Bermula Sekarang
01
06 08
36 38
Kandungan
Membangunkan RakyatMemberi sokongan dengan bermaruah untuk orangperseorangan dan keluarga yang berada dalam kesusahan
Membangunkan MasyarakatMemupuk keharmonian antara kaum dan agama sertamenggalak pemahaman rentas budaya dan bahasa.
Pendidikan, latihan, kegiatan dan kempen untuk meningkatkankesedaran dan persediaan dalam menghadapi kecemasanberkaitan kesihatan, sekitaran dan bencana besar lainnya menjejas Singapura.
Tujuan dan matlamat Temasek Foundation Cares adalahuntuk menyumbang kepada kesejahteraan, menjamin maruah dan mengukuh mata pencarian individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan bantuan di Singapura, menerusi teras berikut:
MisiDaya Usaha Strategik&
Kenyataan Pengerusi
Lembaga Pengarah
Senarai Program danTalian Perhubungan
Nota Pengurusan
Sorotan Utama Tahun Kewangan FY 2017/2018
02
Program untuk Tahun Kewangan FY 2017/2018
1 2
3 4
Membangunkan KeupayaanPendidikan, latihan dan daya usaha lain bagi meningkatkanpeluang untuk menjamin mata pencarian.
Membina Semula KehidupanMenghulur tangan membantu orang perseorangan yang kurang bernasib baik, keluarga atau masyarakat.
Sorotan Utama
Geran Program
FY 2017/2018
menerusiTemasek DanaKesediaan Kecemasan
11,950 20
700 kanak-kanak
600 belia
6,800 warga tua
3,850 keluarga
$12,327,708
menerusi Endowmen Balaji Sadasivan,
Ee Peng Liang dan Temasek Foundation Cares
penerima faedah secara langsung
Tahun Kewangan
280,000
penerima bantuanprogram
$
01Refleksi 2017/2018
01
PengerusiKenyataan “Masa depan kesihatan
dan penjagaan masyarakat bermula dengan model
inovatif yang dirintis hari ini.”
02
Masa depan kesihatan dan penjagaan masyarakat bermula dengan model inovatif yang dirintis hari ini. Berdasarkan kepercayaan ini, kami telah memperuntukkan $69.9 juta sejak 2009 untuk merintis tentang penjagaan yang dapat dilaksanakan secara bertahap dan mampan di masa depan.
Semasa Tahun Kewangan 2017/2018 kami meluaskan sempadannya dan membangunkan beberapa program yang menggunakan teknologi bagi menguji model penjagaan yang baru, selain merintis program huluan bagi memberi khidmat kepada golongan rentan dalam masyarakat kita. Secara keseluruhannya, kami menyokong 20 daya usaha kesihatan dan penjagaan masyarakat tahun ini yang memanfaatkan 11,950 warga Singapura secara langsung. Program ‘Kekal Bersedia’ kami juga dimanfaatkan 280,000 orang dalam masyarakat.
Teknologi sebagai Pemudah Penjagaan
Kami memperkenalkan teknologi rangka luar bagi pemulihan berteraskan masyarakat untuk warga emas (dipaparkan di muka depan Laporan Tahunan). Projek ini adalah gabungan dengan Hospital Universiti Nasional, NTUC Health, Hospital St. Luke / ElderCare dan Stesen Sokongan Angin Ahmar. Ini bermakna rawatan pemulihan ini dapat menjimatkan kos dan sumber tenaga. Menerusi program perintis ini, kami harap dapat memperkenalkan penggunaan teknologi rangka luar di kalangan masyarakat.
Pemeriksaan sebagai satu Strategi untuk Campur Tangan Awal
Pemeriksaan berfungsi untuk warga emas di seluruh negara
Menerusi satu kerjasama bersejarah dengan Kementerian Kesihatan, kami bersama-sama rakan korporat telah menawarkan khidmat pemeriksaan mata, pendengaran dan kesihatan mulut di serata pulau untuk semua rakyat Singapura berusia lebih 60 tahun. Warga emas yang memerlukan kaca mata, alat pendengaran dan gigi palsu akan juga menerima bantuan kewangan bagi mendapatkan alat bantuan tersebut agar mereka dapat melihat, mendengar dan makan dengan lebih baik. Kesan pemeriksaan awal akan membantu warga tua mengekalkan mutu kehidupan yang baik dan terus berdikari sedang mereka meniti usia senja.
Pemeriksaan menyeluruh berteraskan masyarakat bagi kanak-kanak rentan
Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Perubatan NUS, dan disokong oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak, bagi Pemeriksaan Berteraskan Masyarakat untuk Kanak-Kanak Berisiko Berusia 0 hingga 6 tahun. Menerusi program Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak (KIDS) 0-3, kami tahu bahawa kanak-kanak dari keluarga kurang bernasib baik berdepan dengan risiko lebih besar dalam tumbesaran mereka apabila memasuki prasekolah. Mereka perlu mendapatkan khidmat kesihatan bersepadu dan penjagaan masyarakat untuk keperluan pembelajaran dan pembangunan mereka.
Hanya 1 dari setiap 5 pesakit angin ahmar
meneruskan pemulihan selepas keluar dari
pusat rawatan
PROGRAM UTAMA
Teknologi rangka luar meningkatkan pemulihan
pesakit dalam masa yang singkat
Play-Ability menggalak dan memberi sokongan kepada mereka untuk menjalani gaya hidup aktif menerusi sukan
Hanya 1 dari setiap 3
orang kurang upaya melibatkan diri dalam
kegiatan sukan sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu
20 kali
Adik-beradik kanak-kanak
yang menghidapi autisme adalah
lebih terdedah untuk menghidapi
autisme
Pemeriksaan ke atas adik-beradik
membolehkan campur tangan awal
jika diperlukan
Refleksi 2017/201803
Di bawah program ini, perubatan, kejururawatan dan kerja sosial masyarakat, bersama-sama pengamal sukarela, baru-baru ini menjalankan pemeriksaan perubatan, kerja-kerja pembangunan masyarakat dan pemeriksaan pendidikan menyeluruh ke atas keluarga berpendapatan rendah di Boon Lay. Untuk beberapa bulan mendatang, pasukan ini akan mengadakan pertemuan susulan dengan keluarga yang didekati, menghubungkan mereka dengan khidmat kesihatan dan kemasyarakan sedia ada untuk penjagaan lanjut.
Pemeriksaan Yang Di Sasar untuk mengenalpasti autisme dalam diri kanak-kanak
Kami dapat tahu dari kajian bahawa adik-beradik kanak-kanak yang menghidapi autisme menghadapi 20 kali kemungkinan mendapat autisme berbanding jumlah penduduk secara amnya. Disebabkan itu, kami merintis program BabySibs – Khidmat Pemeriksaan Autisme di Kalangan Kanak-Kanak Singapura Bersama-sama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) untuk memeriksa adik-beradik kanak-kanak yang menghidapi autisme.
Hasil keputusan akan dimaklumkan kepada KKH bagi mendapatkan model pemeriksaan berteraskan masyarakat yang sesuai di Singapura untuk pengesanan awal autisme, dan rakan-rakan masyarakat kemudian boleh dilatih untuk melaksanakannya.
Sukan sebagai satu Wadah untuk Melibatkan Golongan Kurang Upaya
Menerusi kerjasama dengan SportCares, kami sedang menguji sukan untuk golongan kurang upaya sebagai satu wadah untuk menggalak golongan kurang upaya lebih bergaul dalam masyarakat dan membina masyarakat yang merangkumi semua. Dilancarkan pada Mac 2018, program baru Play-Ability, menyediakan peluang untuk seseorang yang kurang upaya dari segi jasmani dan tahap pemikiran untuk belajar, bermain dan merapatkan hubungan dengan penjaga, rakan-rakan dan orang ramai menerusi sukan riadah.
Sahol (kiri) mendengar penerangan sukarelawan, Celine Tng, tentang bagaimana menggunakan raket untuk memukul bulu tangkis. Apabila beliau pertama kali bermain badminton di bawah program Play-Ability, beliau menunjukkan kurang berminat untuk menyertainya. Selepas beberapa sesi, beliau dengan sendirinya memegang raket dan bermain tanpa henti selama sejam.
Lebih 300 sukarelawan perubatan dan pelajar kerja-kerja kemasyarakatan tampil pada satu hujung minggu untuk menjalankan pemeriksaan untuk kanak-kanak dan keluarga di Boon Lay Drive. Kelihatan, seorang budak menjalani pemeriksaan mulut di pondok pergigian.
04
Program ini menawarkan beberapa ciri unik bagi menggalak seseorang yang kurang upaya untuk turut serta secara kerap dalam sukan. Ia menyediakan jurulatih terlatih; kemudahan sukan yang terjamin seperti lorong khusus di kolam renang, gelanggang bola jaring/badminton dan padang bola sepak; khidmat penjagaan; selain pengangkutan untuk pergi dan pulang dari tempat sukan.
Kesiapsiagaan Kecemasan sebagai Satu Cara Hidup
Kesiapsiagaan kecemasan adalah bidang kerja utama kami. Dalam Tahun Kewangan 2017/2018, kami memberi tumpuan terhadap pendidikan awam. Kami mendekati masyarakat menerusi pelbagai wadah media berbilang model bagi memberi penekanan tentang kesiapsiagaan kecemasan kepada penduduk Singapura secara lebih meluas.
Buat pertama kali, kami memperkenalkan daya usaha ‘Kekal Bersedia’ semasa Perarakan Hari Kebangsaan. Cenderahati dan sebuah video yang memaparkan pesanan ‘Kekal Bersedia’ dan ‘Menghidupkan Semula Degupan Jantung’ telah disampaikan di Persembahan Pendidikan Nasional, Previu dan Perarakan Hari Kebangsaan 2017, menjangkaui kira-kira 180,000 warga Singapura di kesemua hari acara tersebut.
Bagi meneruskan lejangan, kami bekerjasama dengan Singapore Press Holdings dalam suku terakhir 2017 untuk memanfaatkan secara kreatif saluran media perdana bagi menggalak orang ramai mempelajari bagaimana menghidupkan semula degupan jantung. Kempen berkenaan mencecah kira-kira 2.9 juta orang. Dengan kejayaan ini, kami merancang untuk menyiarkannya di saluran televisyen percuma tahun ini, sebagai meningkatkan kesedaran terhadap kesiapsiagaan kecemasan. Siaran ini juga akan memberi maklumat praktikal tentang bagaimana memberi respons dalam pelbagai keadaan kecemasan.
Kami akur bahawa kanak-kanak perlu belajar cara kekal bersedia. Oleh itu, kami bekerjasama dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan agar dapat berkongsi pesanan
“Anda hanya perlu sejam untuk menjadi wira.” Demikian pesanan di sebalik video ‘Menghidupkan Semula Degupan Jantung’ yang ditayangkan kepada umum di wadah digital dan layar luar rumah yang bertujuan mendorong orang ramai mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa.
SGSecure dan kesiapsiagaan kecemasan menerusi pendekatan bercerita yang menerapkan sukatan pelajaran utama di sekolah-sekolah rendah. Ini telah dilakukan menerusi penyebaran buku ‘Kekal Bersedia’ kepada setiap murid Darjah 3 dan 4 di sekolah-sekolah rendah.
Buku-buku ini melengkapi daya usaha kami bagi Tahun Kewangan 2016/2017 dengan menjadikan buku-buku cerita ‘Kekal Bersedia’ yang direka khusus bagi kanak-kanak di sekolah Pendidikan khas.
Kesimpulan
Kami di Temasek Foundation Cares berbangga dapat berkhidmat kepada rakyat Singapura. Untuk itu, kami berterimakasih kepada Temasek Holdings, Temasek Trust dan rakan-rakan yang amat kami hargai kerana bersama kami dalam perjalanan penuh bermakna ini demi kesejahteraan rakyat Singapura.
Richard Magnus Pengerusi
Yang benar
Refleksi 2017/201805
PengarahLembaga
Richard Magnus Pengerusi
Tarikh Pelantikan: 25 Mei 2009
Pengerusi, Majlis Pengangkutan Awam
06
Vemala K Rajamanickam Bendahari (Sejak 29 Ogos 2017)
Tarikh Pelantikan: 10 Jun 2009
Mohd Salleh Marican Pengarah (Bendahari dari 30 Ogos 2013 hingga 28 Ogos 2017)
Tarikh Pelantikan: 25 Mei 2009
Zainul Abidin Rasheed Pengarah
Tarikh Pelantikan: 17 Februari 2012
Pang Cheng LianPengarah
Tarikh Pelantikan: 10 Jun 2009
Benedict CheongPengarah
Tarikh Pelantikan: 25 Mei 2009
Koo Tsai KeePengarah
Tarikh Pelantikan: 5 Jun 2015
Consultant, Allen & Gledhill LLP
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Second Chance Properties Ltd
Duta Besar (Bukan Residen) ke Kuwait dan Pengutus Khas Menteri Ehwal Luar ke Timur Tengah
Anggota Lembaga, Mee Toh Foundation
Ketua Eksekutif, Temasek Foundation International & Temasek Foundation Management Services
Pengarah Penasihat, Temasek International Advisors Pte Ltd
Refleksi 2017/201807
BabySibs — Khidmat Pemeriksaan Autisme untuk Kanak-Kanak Singapura
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
Adik-beradik kanak-kanak penghidap autisme
3 tahun Memeriksa adik-beradik kanak-kanak yang menghadapi autism bagi membolehkan campur tangan dan pengesanan awal
Penerima BantuanRakan Kerja
Jangka Masa
LATAR BELAKANG
Gangguan Spektrum Autisme adalah satu ketidakupayaan pembangunan sepanjang hayat yang menjejas kira-kira 1 peratus jumlah penduduk.
Mengenalpasti Keperluan
Satu rangka kerja pemeriksaan berstruktur
diperkenalkan bagi membolehkan pengesanan dan campur tangan awal
ke atas kanak-kanak autisme
1%
Disebabkan baka, adik-beradik kanak-kanak penghidap autisme berkemungkinan 20 kali lebih tinggi menghidapi autisme, dengan tanda-tanda lebih jelas apabila kanak-kanak itu berusia 2 hingga 3 tahun.
Bagi kanak-kanak autisme, pengesanan dan campur tangan awal adalah kunci dalam meraih hasil optimum.
08
Jumlah Penerima Faedah
kanak-kanak
300 Matlamat
Memeriksa adik-beradik kanak-kanak penghidap autism dan menjalankan campur tangan awal jika diperlukan
Membentuk rangka kerja pemeriksaan berteraskan masyarakat yang tersusun agar lebih ramai kanak-kanak yang menghidap autisme dapat dikesan dan mendapat campur tangan lebih awal
1 2
Keputusan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan ke atas ibu bapa dari program perintis akan dinilai bagi menentukan corak pemeriksaan berteraskan masyarakat yang paling sesuai untuk autisme di Singapura. Rakan-rakan masyarakat kemudiannya akan dilatih dalam rangka kerja pemeriksaan ini agar mereka boleh memberi khidmat kepada kanak-kanak dalam masyarakat.
Peralatan yang digunakan semasa pemeriksaan
Setiap pasangan ibu bapa-anak akan menjalani tiga lawatan pemeriksaan semasa kanak-kanak itu berusia 12, 18 dan 30 bulan.
M-CHAT (Senarai Semak Yang Diubah Suai untuk Autisme di kalangan Kanak-Kanak) Alat soal selidik yang diiktiraf antarabangsa
Pada usia 36 tahun, seorang psikologis akan menjalankan ujian ADOS (Jadual Pemerhatian Diagnostik Autisme) bagi mengesahkan sekiranya kanak-kanak itu menghidap autisme.
ASDetect Alat pemeriksaan berteraskan Aplikasi
SACS (Perhatian Masyarakat dan Kajian Perhubungan) Penilaian terperinci dijalankan oleh seorang karyawan kesihatan
BENTUK PROGRAM
Refleksi 2017/201809
Talian Penjagaan
Hospital Besar Changi Berpendapatan rendah atau warga tua uzur yang hampir tiada sokongan penjagaan
2 tahunMenyediakan penjagaan berterusan untuk warga tua rentan yang lemah sokongan penjagaannya
Penerima BantuanRakan Kerja
Jangka Masa
LATAR BELAKANG
Menjelang 2030, dianggarkan 83,000 warga tua akan tinggal sendirian.
Talian Penjagaan mula memberi khidmat pada November 2016 kepada warga tua yang tidak mempunyai sokongan penjagaan mencukupi. 60 peratus dari sasaran penerima faedah merupakan warga tua berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli satu alat perhubungan dan/atau pelan langganan khidmat telefon bimbit.
Di kalangan warga tua ini, ada mula nyanyuk, selain menghadapi kesukaran menggunakan telefon bimbit dan memerlukan alat perhubungan lebih mudah untuk berhubungan dengan Talian Penjagaan.
BENTUK PROGRAM
Talian Penjagaan merupakan khidmat penjagaan menerusi telefon sepanjang masa yang pertama di Singapura untuk warga tua. Ia menumpukan kepada usaha membangunkan hubungan dengan warga tua di bawah penjagaannya, dan menyediakan mereka dengan sokongan kesihatan dan sosial yang bertepatan waktu. Warga tua yang layak akan disediakan telefon bimbit yang dipasang dengan aplikasi Talian Penjagaan untuk memudahkan mereka menghubungi pusat panggilan.
Model Talian Penjagaan adalah berkesan kerana mampu mengimbangi keperluan tenaga manusia bagi menyokong pertumbuhan warga tua rentan dalam negara ini.
Khidmat Talian Penjagaan termasuklah:
Beri bantuan segera kepada warga tua apabila mereka perlu bantuan
Mengenalpasti Keperluan
Alat telefon bimbit yang sesuai dan pilihan untuk warga tua mendapatkan
khidmat penjagaan menerusi telefon
10
Jumlah Penerima Faedah
warga tua
1,570 Matlamat
Menyediakan warga tua dengan alat perhubungan supaya dapat memanfaatkan penjagaan 24 jam dan talian kecemasan
Membantu warga tua menguruskan keperluan penjagaan kesihatan mereka dengan lebih baik
Menyediakan warga tua dengan sokongan sosial dan untuk mengongsi perasaan
1 2
3
Menyediakan mereka sokongan kesihatan dan sosial
Memberi ruang untuk warga tua yang keseorangan mencurah perasaan
Dari menangani kes kehilangan dompet sehinggalah kes kecemasan. Panggilan yang ditangani Talian Penjagaan setiap hari tertumpu kepada keperluan penjagaan sosial sehingga kes yang memerlukan bantuan segera.
Setiap Pegawai Bersekutu Khidmat Pelanggan Talian Penjagaan menguasai sekurang-kurangnya dua Bahasa dan boleh menghubungkan pemanggil kepada rakan masyarakat yang bersesuaian menurut keperluan mereka. Carol Valberg (atas), yang menyertai Talian Penjagaan pada 2017, gembira dapat membantu warga tua dan mendampingi mereka sebagaimana beliau melayani ibu mentuanya yang berusia 91 tahun.
Mendengar curahan perasaan, Menghulur tangan membantu
“Adakala, warga tua lebih senang menghubungi pihak ketiga daripada ahli keluarga mereka sendiri kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Kerja paling mustahak dalam tugas ini adalah untuk sentiasa bersedia bersama mereka.”
— Carol Valberg, Pegawai Bersekutu Khidmat Pelanggan Talian Penjagaan
Mengingatkan mereka tentang kegiatan masyarakat di kejiranan mereka
CareLine
Refleksi 2017/201811
Pemeriksaan Berteraskan Masyarakat untuk Kanak-Kanak Berisiko Berusia 0 hingga 6 tahun
• Pertubuhan Perubatan NUS (Pentadbir)• Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak Dengan sokongan daripada:
• Hospital Universiti Nasional • Pusat Khidmat Keluarga THK • Kelab Heal• Pejabat Khidmat Masyarakat @ Boon Lay
Rakan Kerja
Pemeriksaan ke atas kanak-kanak rentan untuk kesihatan, tumbesaran, pendidikan dan keperluan sosial
LATAR BELAKANG
Menerusi program perintis Temasek Foundation Cares — Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak (KIDS) 0–3, adalah jelas kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah memerlukan sokongan dan campur tangan awal dalam perkara-perkara seperti kesihatan, sosial dan tumbesaran di peringkat awal mereka.
Satu usaha menyeluruh berteraskan masyarakat dengan satu rangkaian kerjasama boleh menyokong kemajuan tumbesaran mereka.
BENTUK PROGRAM
Program perintis mencakupi komponen berikut:
Penilaian Keperluan dan Jangkauan
Program ini memberi tumpuan kepada lima blok flat sewa di Boon Lay Drive.
Pemeriksaan pada 2018
Lebih daripada 300 sukarelawan merangkumi:
• pelajar perubatan, pergigian dan kerja-kerja kemasyarakatan dari institusi tempatan dan lain-lain
• pengamal sukarelawan dari Hospital Universiti Nasional, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, selain doktor am yang dikerahkan untuk menilai kanak-kanak
dan keluarga mereka atas pelbagai perkara yang diperlukan.
Mengenalpasti Keperluan
Satu pemeriksaan kanak-kanak berteraskan
masyarakat dan program campur tangan untuk
kanak-kanak dari keluarga berpendapatan
rendah
12
Kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun dari keluarga berpendapatan rendah
2 tahun
Penerima Bantuan
Jangka Masa Jumlah Penerima Faedah
kanak-kanak
317Matlamat
Pemeriksaan kanak-kanak untuk kesihatan, tumbesaran dan keperluan sosial
Menghubungkan kanak-kanak rentan dan keluarga mereka dengan khidmat masyarakat sedia ada untuk menerima campur tangan dalam perkara-perkara yang diperlukan
1 2
Penjagaan Susulan
Mereka yang memerlukan penjagaan susulan akan dihubungkan dengan khidmat sokongan masyarakat yang bersesuaian.
Terdapat panggilan telefon dan kunjungan ke rumah bagi memastikan kanak-kanak ini menerima campur tangan yang diperlukan.
Kanak-kanak yang memerlukan perhatian segera telah dirawat di lokasi.
Pemeriksaan pada 2019
Satu lagi pemeriksaan akan dijalankan pada 2019 untuk menilai kemajuan kanak-kanak yang menerima campur tangan pada 2018 selain mendekati penerima faedah yang baharu.
“Setiap orang punya titik permulaan yang berbeza dalam kehidupan. Kami ingin mengatasinya dan menyediakan kanak-kanak ini dengan peluang seimbang untuk berjaya dalam hidup.
Terdapat banyak nilai kebaikan dalam kerja-kerja pencegahan, terutamanya bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 0 hingga 6 tahun. Di sinilah kerja-kerja sosial boleh melengkapi aspek pemeriksaan kesihatan untuk projek ini.
Kami meluangkan begitu banyak masa dengan masyarakat di sini sehingga menyuntik perasaan kami ke atas mereka. Kami benar-benar ingin anak-anak mereka meraih manfaat daripada pemeriksaan ini.”
— (Dari kiri ke kanan) Valerie Chew Tian Wei dan Rachel Genevieve Law, Pengarah Khidmat Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak Kejiranan (NHS Kids), Nur Razeenah Binte Abdul Rahman, dan Ketua Jawatankuasa Kerja-Kerja Sosial NHS Kids
Refleksi 2017/201813
Program Campur Tangan Awal bagi Kanak-Kanak Berumur 2 hingga 6 Tahun Yang Mengalami Kecelaruan Keresahan
LATAR BELAKANG
Setiap tahun, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) merawat kira-kira 200 kanak-kanak prasekolah berusia 2 hingga 6 tahun berkaitan keresahan. Jika dibiarkan, masalah keresahan semasa tumbesaran kanak-kanak boleh:
Melengkapi ibu bapa dengan kemahiran untuk menangani dan menyokong anak-anak mereka yang keresahan
Rakan Kerja
Menjejas pembelajaran sosial
dan akademik
Menjejas fungsi seharian
Membawa kepada masalah mental apabila dewasa
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
Mengenalpasti Keperluan
Sebuah program campur tangan awal berteraskan
bukti untuk kanak-kanak di bawah usia enam tahun
yang menghidapi kecelaruan keresahan
di Singapura
14
2 tahun
Kanak-Kanak berusia 2 hingga 6 tahun
Penerima Bantuan
Jangka Masa
30Jumlah Penerima Faedah
kanak-kanak
Menyediakan campur tangan awal berteraskan ibu bapa untuk kanak-kanak yang mengalami kecelaruan keresahan
Matlamat
BENTUK PROGRAM
Sedang kanak-kanak prasekolah yang menghadapi gangguan ini mungkin terlalu muda atau menolak untuk menyertai sesi terapi secara aktif, program campur tangan berteraskan ibu bapa melengkapkan ibu bapa ini dengan kemahiran untuk menangani sikap anak mereka.
Dalam 10 sesi campur tangan, ibu bapa boleh:
KKH akan menilai sama ada program ini boleh dilaksanakan secara klinikal atau dalam keadaan berteraskan masyarakat.
Pelajari cara mengurangkan kekerapan menurut kata atau menunaikan permintaan anak semasa mereka dalam keresahan
Memahami cara untuk memberi sokongan kepada anak mereka yang berada dalam keadaan yang meresahkan
Mewujudkan pelan rancangan praktikal dan terperinci agar mereka dapat gunakan untuk membantu anak yang menghadapi keresahan
Belajar tentang keresahan
Refleksi 2017/201815
ELEVATE • Institut Pendidikan Teknikal • Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan • AWWA Ltd, Khidmat Masyarakat TOUCH dan YMCA Singapura
Belia dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE)
3 tahun
Menggalak hasil pembelajaran positif untuk pelajar Institut Pendidikan Teknikal menerusi khidmat masyarakat
LATAR BELAKANG
Khidmat Pembelajaran telah terbukti berjaya di negara-negara lain dalam memupuk pembangunan belia yang positif dan meningkatkan hasil pembelajaran mereka menerusi khidmat masyarakat yang bermakna.
Penerima Bantuan
Rakan Kerja Jangka Masa
BENTUK PROGRAM
Memilih pelajar tahun pertama dari tiga Kolej ITE yang digandingkan dengan sebuah Pertubuhan Khidmat Masyarakat:
- AWWA Ltd - Khidmat Masyarakat TOUCH - YMCA Singapura
Program ini memakan masa 24 minggu dan mencapai 100 jam.
Khidmat Pembelajaran adalah gabungan dua perkara:
Khidmat Masyarakat akan membawa kepada
Kehidupan yang
bermatlamat
Hasil pembelajaran yang positif
+Kemahiran
hidup Kemahiran
yang dipelajari di sekolah
+
Mengenalpasti Keperluan
Menjalin hubungan bermakna dengan pelajar ITE di sekolah
dan dalam masyarakat menerusi pendekatan Khidmat Pembelajaran
16
540 Mendampingi, melengkapi dan memperkasa pelajar ITE dalam khidmat masyarakat agar mereka boleh:
• Menamatkan pendidikan mereka• Kembali menyumbang kepada masyarakat • Meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan atau meneruskan pengajian
Jumlah Penerima Bantuan Matlamat
belia
Program ini merangkumi dua komponen utama:
Khidmat Pembelajaran
Menggunakan kemahiran yang mereka pelajari di ITE, para belia akan bekerja berpasukan untuk membangunkan sebuah projek untuk masyarakat dengan mengenalpasti sesebuah keperluan dan melaksanakan huraiannya. Mereka belajar tentang tanggungjawab sosial semasa membantu golongan yang memerlukan.
1
Bimbingan dan Latihan
Karyawan khidmat masyarakat akan membantu pelajar dalam melakar dan melaksanakan projek mereka. Menerusi jalinan dan hubungan rapat dengan pelajar, para karyawan berpeluang membimbing para belia ini apabila perlu.
2
Untuk projek Khidmat Pembelajarannya, pelajar ITE, Mohammad Syahir dan pasukannya memutuskan untuk menjadi hos sebuah karnival untuk kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Pertapis dan Pusat Penjagaan Pelajar Brighton demi menceriakan hari mereka. Selain melawat kanak-kanak ini dua minggu sekali, mereka meluangkan masa berbulan-bulan membuat perancangan bagi melaksanakan karnival itu, dan menyediakan permainan dari bahan-bahan yang dikitar semula. Memanfaatkan apa yang telah beliau pelajari dalam kursus Pendinginan Hawa dan Penyejukan, Syahir mereka sebuah permainan ‘puzzle’ yang rumit yang begitu disukai kanak-kanak!
“Matlamat kami adalah untuk membuat kanak-kanak itu tersenyum. Mereka tinggal di rumah tumpangan kanak-kanak jadi kami memutuskan untuk mengadakan sebuah karnival untuk mereka. Mereka suka permainan ‘puzzle’ saya dan asyik datang untuk terus memainnya.”
— Mohammad Syahir bin Mohamed Salleh, pelajar Tahun 2 di ITE (Nitec dalam Kemudahan Teknologi, Pendinginan Hawa & Penyejukan)
Dari Bilik Darjah ke Masyarakat
Refleksi 2017/201817
Moving Generations
• Berbasikal Tanpa Mengira Umur Singapura (Pentadbir)
• Pusat Kegiatan Warga Tua
• Masyarakat Belia seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan kumpulan sukan
• Warga tua yang terpinggir • Belia
3.5 tahun
Mendampingi warga tua terpinggir dan menggalak jalinan antara generasi dengan menaiki beca elektronik (e-beca)
Penerima Bantuan
Rakan Kerja Jangka Masa
LATAR BELAKANG
Pada 2015, e-beca yang pertama tiba di Singapura dan sukarelawan mula menawarkan peluang kepada warga tua untuk menaiki beca.
Daya usaha ini diterima baik oleh warga tua yang seronok berhubungan dengan masyarakat dan mengongsi kisah kehidupan dan pengalaman mereka dengan orang muda.
Mengenalpasti Keperluan
Mendampingi warga tua yang dipinggirkan dengan
menawarkan peluang menaiki beca dalam
lingkungan masyarakat
BENTUK PROGRAM
Pengambilan sukarelawan muda
Belia berumur 16 hingga 35 tahun akan ditarik dan dilatih untuk menjadi jurupandu beca.
1
Latihan
Selain belajar memandu kenderaan, jurupandu belia akan juga belajar cara berhubungan dengan warga tua dan memahami keterbatasan jasmani menurut usia warga tua.
2
Pendampingan
Jurupandu belia akan membawa warga tua menaiki e-beca sambil memberi penerangan di laluan Rangkaian Penghubung Taman dan di kejiranan. Setiap perjalanan memakan masa sekitar sejam.
3
1818
Jumlah Penerima Bantuan
warga tua
belia
2,250200
Matlamat
Menggalak masyarakat berdamping warga tua yang berisiko dipinggirkan
1 Menggalak jalinan antara generasi antara penumpang warga tua dan jurupandu belia
2
KeselamatanBeca ini dilengkapi dengan tali pinggang keledar dan boleh mencapai kelajuan 25km/j. Bagaimanapun, jurupandu dilatih untuk mengayuh pada kadar kelajuan 10km/j di laluan Rangkaian Penghubung Taman bagi membolehkan mereka berbual dan menikmati perjalanan yang santai.
Jurupandu berada di belakang penumpang supaya boleh melihat jalan dan berbual dengan warga tua.
Mesra Pengguna Beca ini dilengkapi dengan sistem pengayuh elektrik dan direka untuk kemudahan warga tua.
Ia boleh memuatkan dua penumpang, membenarkan seorang rakan, pengasuh atau ahli keluarga untuk menemani warga tua.
Bentuk RampingSelebar 1m, e-beca ini mampu melalui laluan kolong blok HDB yang sempit.
Program ini akan membawa masuk e-beca yang ditempah khas dengan ciri-ciri berikut:
Kali terakhir Cik Gooi Geok Kwee (duduk di sebelah kiri bahagian depan), 90 tahun, menaiki beca adalah kira-kira 70 tahun lalu, sebelum zaman perang di Singapura. Meskipun beliau suka melihat keindahan pantai, beliau tidak pernah ke sana sejak 17 tahun lalu sejak mula berkerusi roda. Namun, disebabkan kesediaan sukarelawan jurupandu, Sarah (tengah, bahagian belakang), Cik Gooi menikmati hari yang tidak boleh dilupakannya menaiki e-beca di East Coast Park. Beliau malah merakamkan pengalamannya itu dengan merakam dirinya sendiri atau ‘selfie’!
“Cik Gooi sukakan pantai, jadi saya gembira dapat membawanya ke East Coast Park di mana beliau boleh mendengar bunyi pukulan ombak.”
— Sarah Tham, jurupandu sukarela
Menelusuri Jalan Kenangan
19Refleksi 2017/2018
19
Merintis Teknologi Rangka Luar dalam Pemulihan berdasarkan Masyarakat untuk Warga Tua
• Hospital Universiti Nasional (Pentadbir)• NTUC Health• Penjagaan Warga Tua St Luke’s • Hospital St Luke’s• Stesen Sokongan Angin Ahmar
2 tahun
Menggunakan teknologi rangka luar bagi meningkatkan hasil pemulihan untuk warga tua yang menghadapi ketidakupayaan fizikal
Rakan Kerja
Jangka Masa
LATAR BELAKANG
Seseorang pesakit yang mengalami serangan angin ahmar yang teruk perlu menjalani proses pemulihan yang lama. Ramai pesakit mendapati proses itu sukar, terutamanya warga tua.
Hanya 1 bagi setiap 5 pesakit meneruskan proses pemulihan selepas mereka meninggalkan pusat rawatan. Di kalangan mereka, hanya 5 peratus kekal dalam program selepas setahun.* Tanpa menjalani sesi pemulihan, keupayaan jasmani pesakit menjadi semakin lemah dan bertambah buruk, membuat mereka menjadi uzur.
Faedah latihan dengan rangka luar
Tugas Khusus
Latihan dalam menahan timbangan, mengalih timbangan, menapak dan keseimbangan
Tingkat Keupayaan
Dalam suatu sesi latihan gaya jalan selama 20 minit, seseorang pesakit secara purata boleh mencapai tahap berikut:
1
Mengurangkan Permintaan Sumber Tenaga
Bagi pesakit yang tidak boleh berjalan sendiri, latihan dengan menggunakan kaedah rangka luar boleh mengurangkan jumlah ahli terapi yang diperlukan untuk menyokong latihan tersebut
3
2
*Sumber: www.straitstimes.com/singapore/health/just-one-in-five-patients-returns-for-rehab-study
50 hingga 100 langkah menerusi sesi pemulihan biasa
Lebih 500 langkah menerusi kaedah rangka luar
Mengenalpasti Keperluan
Sesi pemulihan bagi mempercepatkan pemulihan
dan meningkatkan keupayaan pesakit, agar
warga tua lebih terdorong untuk menamatkan program
pemulihan mereka
Dibiayai Endowmen Balaji Sadasivan
20
Warga tua yang memerlukan pemulihan jasmani
Penerima Bantuan
Jumlah Penerima Bantuan
225
Matlamat
Menilai keberkesanan teknologi rangka luar dalam pemulihan berteraskan masyarakat untuk warga tua
Membantu warga tua menikmati keupayaan bergerak dengan lebih baik dan pemulihan lebih pantas
1
2
Menetapkan piawaian dan garis panduan untuk penggunaan teknologi rangka luar dalam pemulihan
3
(kebanyakannya warga tua)
BENTUK PROGRAM
Hospital Universiti Nasional (NUH) akan membawa masuk dua jenis rangka luar bagi mengenalpasti kesesuaiannya untuk keperluan pesakit tempatan merentasi pelbagai keadaan kesihatan yang berbeza dan sekitaran pemulihan.
Latihan Pesakit akan menjalani 12 sesi pemulihan, dengan setiap sesi merangkumi sekurang-kurangnya 30 minit latihan rangka luar dan fizioterapi biasa.
Penilaian Berdasarkan data yang dikumpulkan dari sesi latihan, NUH akan menilai keberkesanan teknologi rangka luar terhadap hasil pemulihan pesakit.
Program akan dirintis di lima pusat pemulihan berbeza:
Wad Peralihan Pemulihan Dijalankan oleh NUH di kampus Alexandra
1 Pusat Pemulihan berteraskan Masyarakat untuk pesakit hospital dan Pulang Hari Oleh Hospital St Luke’s
2
Pusat Penjagaan Oleh NTUC Health
3
Kumpulan Kegiatan dan Sokongan Angin Ahmar berteraskan Masyarakat Oleh Stesen Sokongan Angin Ahmar
5
Pusat Penjagaan Warga Tua Oleh Penjagaan Warga Tua St Luke’s
4
Refleksi 2017/201821
Play-Ability (Kemampuan Bermain)
Sport Singapore Jumlah orang kurang upaya
3 tahun
Membolehkan seseorang yang kurang upaya untuk melibatkan diri secara kerap dalam sukan berteraskan masyarakat
Penerima BantuanRakan Kerja
Jangka Masa
LATAR BELAKANG
Hanya sepertiga orang kurang upaya bersukan sekurang-kurangnya seminggu sekali*.
Sebab utama yang diberikan golongan kurang upaya atas jumlah penyertaan yang rendah adalah:
Mengenalpasti Keperluan
Menyediakan orang kurang upaya dengan lebih banyak
peluang untuk terlibat secara kerap dan kemudahan untuk
menggalak mereka agar lebih terdorong menyertai
kegiatan sukan dalam masyarakat
Kurangnya peluang dan kesedaran
Kesukaran memanfaatkan
kemudahan masyarakat
Kurang pengetahuan menyebabkan rendah
keyakinan
*Sumber: Sports Index 2015
Dibiayai Endowmen Ee Peng Liang
22
Jumlah Penerima Bantuan
Jumlah orang kurang upaya
540 Matlamat
Menggalak dan mendorong orang kurang upaya untuk menjalani gaya hidup aktif
Menyediakan ruang yang selamat dan selesa untuk orang kurang upaya menjalin hubungan dengan masyarakat menerusi sukan riadah
1 2
BENTUK PROGRAM
Play-Ability menggalak kehidupan aktif di kalangan orang kurang upaya dengan menangani secara tersusun halangan yang menghadang mereka dari terlibat dalam sukan.
Program ini menyediakan:
Jurulatih Sukarela
Melatih sukarelawan yang menunjukkan potensi dan minat dalam melatih orang kurang upaya
1
Kemudahan dan Peralatan
Menyediakan kemudahan sukan seperti laluan renang, gelanggang bola keranjang dan padang bola sepak seminggu sekali untuk orang kurang upaya
2
Pengangkutan dan Khidmat Asuhan
Khidmat pengangkutan dan bantuan asuhan sukarela disediakan untuk orang kurang upaya, jika diperlukan
3
Refleksi 2017/201823
Di bawah Play-Ability, orang kurang upaya boleh memilih untuk menyertai sukan berikut:
Badminton Kegiatan Dalam Air (contoh: Renang, Flippa Ball)
Bola Keranjang
24
Ethan berusia 16 tahun dan mengalami autisme peringkat sederhana dan selalunya mengalami kesukaran memahami arahan apabila bersukan. Kurangnya program sukan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas di Singapura bermakna Ethan punya peluang terhad untuk mengikuti kegiatan fizikal tetapi sejak menyertai program bola keranjang Play-Ability, ibu Ethan, Susan, agak terkejut dengan apa yang boleh dilakukan oleh anaknya dalam sukan itu. Selepas hanya tiga sesi, beliau boleh membezakan antara hantaran bahagian dada dan hantaran lantunan!
“Sukan telah meningkatkan mutu kehidupan Ethan. Sesi bola keranjang juga adalah baik untuk kami luangkan masa bersama.” — Susan Tan, ibu Ethan, seorang peserta dalam sesi bola keranjang Play-Ability
Ragbi Kerusi Roda
Kesemua sukan ini dipilih berdasarkan populariti mereka dalam masyarakat di samping kesesuaiannya untuk orang yang mempunyai tahap keupayaan berbeza
Program sukan ini akan berjalan dalam kitaran tempoh 8 hingga 12 minggu bagi membolehkan peserta terlibat secara kerap dan menjalin hubungan dengan jurulatih dan sukarelawan.
Mempunyai semangat kesukanan yang baik
Futsal
Refleksi 2017/201825
Buku Cerita ‘Kekal Bersedia’ untuk Murid Darjah 3 dan 4
LATAR BELAKANG
Pada 2017, Kementerian Ehwal Dalam Negeri menerbitkan buku cerita SGSecure yang pertama untuk murid Darjah 3 di sekolah aliran utama. Buku cerita mengandungi pesanan utama SGSecure dan memberi panduan kepada murid-murid tentang langkah betul yang harus diambil sekiranya diserang seorang pengganas.
Penghasilan dan pengedaran buku cerita ‘Kekal Bersedia’ yang menerapkan pesanan SGSecure untuk murid Darjah 3 dan 4
• Kementerian Pendidikan • Kementerian Ehwal Dalam Negeri
3 tahun
Rakan Kerja
Jangka Masa
Untuk murid Darjah 4 Untuk murid Darjah 3
It was the last week of the school holidays, and Tim and Dee were off to the mall for a treat with Big Sister.
But things took a frightening turn when a man began attacking the shoppers there.
Join Tim and Dee as they used the lessons they learnt in school to stay safe, keep calm and help others. Along the way, they rescued a little boy named Jake and even saved an injured girl called Leela!
By Joyceline See TullyIllustrated by Lim An-Ling
Atta
ck At The Mall
ISBN 978-981-11-6393-7
9 789811 163937
Grandpa was taking Dee for fishball noodles at his favourite stall, said to be the best on the island. But they got more than just lunch when a car accident nearby turned into something a lot more sinister.
Find out how Dee and Grandpa kept calm, escaped the danger and stayed safe. Along the way, Dee even made a new friend!
By Joyceline See TullyIllustrated by Lim An-Ling
Runaway Car
The
ISBN 978-981-11-6394-4
9 789811 163944
BENTUK PROGRAM
Written by
Hidayah AminLee Seow Ser
Art by
Tan Ai Khim
In Support of the SGSecure Movement
Be Ready! Be Steady!
In Support of the SGSecure Movement
The Ottersof
Pulau Kawan
Written by
Hidayah AminLee Seow Ser
Art by
Tan Ai Khim
Pada 2018, buku cerita ‘Kekal Bersedia’ dikemaskini dengan menyertakan pesanan kesiapsiagaan kecemasan yang diterbitkan untuk sekolah aliran utama. Ia melengkapi buku cerita ‘Kekal Bersedia’ yang direka khas dan diterbitkan pada 2017 untuk murid di sekolah pendidikan khas.
Mengenalpasti Keperluan
Murid Darjah 3 dan 4 dilengkapi dengan
pemahaman lebih baik dan bersedia menghadapi
kecemasan
26
Murid Darjah 3 dan 4 di sekolah aliran utama
Penerima Bantuan
150,000Jumlah Penerima Bantuan
kanak-kanak
Mempersiap murid-murid menghadapi kecemasan dengan memaklumkan kepada mereka daya usaha ‘Kekal Bersedia’ dan gerakan SGSecure
Matlamat
Dua buku cerita ‘Kekal Bersedia’ yang disiapkan, setiap satu disesuaikan untuk murid darjah 3 dan 4.
Menerusi pendekatan bercerita, buku cerita ini memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk kekal selamat dan membantu orang lain semasa dalam kecemasan.
Pesanan ‘Kekal Bersedia’ seperti maklumat tentang trauma kanak-kanak dan di mana boleh mendapatkan bantuan, juga dimuatkan.
Di peringkat berbeza, murid sekolah rendah akan mempelajari aspek berbeza tentang kesiapsiagaan kecemasan.
Darjah 3 & 4: Buku Cerita “Serang Gedung” dan “Kereta Yang Pecut Laju” Darjah 5 & 6: Bantuan keselamatan asas, konsep menyelamatkan nyawa dan keselamatan kebakaran
“Menerusi kisah dalam buku ini, saya belajar bagaimana saya boleh melindungi diri saya dan menggunakan App SGSecure jika saya dalam bahaya. Saya kongsi kisah ini dengan rakan-rakan dan bilang mereka tentang tiga langkah penting ‘Lari, Sembunyi, Beritahu’.”
— Jowin Pay, 9 tahun, murid Darjah 3
“Saya gemar membaca cerita dalam buku ini dan saya tahu saya tidak boleh kelam kabut dan harus menjaga kawan dan ibu bapa saya yang berada dalam keadaan bahaya.”
— Shernice Koh, 9 tahun, murid Darjah 4
Refleksi 2017/201827
Program Pemulihan Ingatan bagi Pesakit Angin Ahmar (SMaRT)
• Institut Neurosains Kebangsaan • Pertubuhan Khidmat Masyarakat
Pesakit angin ahmar yang baru yang didapati atau berisiko menghadapi ketakmampuan kognitif selepas diserang angin ahmar
3 tahun
Menawarkan pemulihan kognitif untuk pesakit angin ahmar bagi mengelak daripada mengalami dementia vaskular.
Penerima BantuanRakan Kerja
Jangka Masa
BENTUK PROGRAM
Program berkenaan merangkumi tiga komponen:
Dalam masa enam minggu, peserta akan menjalani
kegiatan seperti:
Menguatkan daya ingatan mereka
Meningkatkan fungsi eksekutif dan tumpuan mereka
Mereka boleh memilih rawatan tertentu berkaitan Bahasa dan keupayaan pendengaran, atau visuospatial, berdasarkan ketakmampuan selepas mengalami serangan angin ahmar
Membangunkan Model Penjagaan dan Pedagogi bagi Rawatan Pemulihan Kognitif
1
LATAR BELAKANG
Kira-kira 1 dalam setiap 10 orang berusia 60 tahun mungkin mengalami demensia.*
jenis demensia di Singapura 2
Lebih 50 peratus pesakit angin ahmar mengalami ketakmampuan kognitif dalam masa setahun selepas mengalami angin ahmar. Ini meningkatkan risiko mereka dalam menghadapi demensia vaskular.
Model penjagaan pesakit angin ahmar sekarang ini melibatkan ubat-ubatan dan pemulihan jasmani, tetapi bukan pemulihan kognitif.
*Sumber: www.straitstimes.com/singapore/health/more-help-at-hand-for-dementia-patients
Mengenalpasti Keperluan
Sebuah program kognitif yang tersusun untuk
pesakit angin ahmar bagi membantu mereka pulih dari ketakmampuan kognitif dan mengelak keadaan menjadi
buruk sehingga menjadi demensia vaskular
PESAKIT MENGALAMI DEMENSIA VASKULAR
35%
PESAKIT MENGALAMI
JENIS DEMENSIA YANG LAIN
5%
PESAKIT MENGALAMI PENYAKIT
ALZHEIMER
60%
28
Jumlah Penerima Bantuan
Matlamat
pesakit angin ahmar
Menawarkan pemulihan kognitif, yakni memulihkan proses ingatan dan deria, untuk pesakit angin ahmar bagi mengurangkan risiko mereka mengalami demensia
1 Membangunkan sebuah model penjagaan kognitif untuk pesakit angin ahmar
2
Melatih masyarakat dalam pemulihan kognitif
3
800
Pertubuhan Khidmat Masyarakat dalam sesebuah masyarakat akan dilatih tentang prinsip pemulihan kognitif selain bagaimana dapat mereka mencapai dan menilai keberkesanan rawatan yang ditawarkan
· Institut Neurosains Kebangsaan (NNI) akan merujuk pesakit angin ahmar ke Pertubuhan Khidmat Masyarakat, yang kemudian akan menawarkan khidmat pemulihan untuk mereka dalam masyarakat
· Pesakit NNI dan Pertubuhan Khidmat Masyarakat akan menerima perkakasan untuk dibawa pulang bagi memudahkan mereka melakukan senaman pemulihan kognitif di rumah
Melatih Pertubuhan Khidmat Masyarakat
2
Penyediaan Rawatan Pemulihan Kognitif oleh Pertubuhan Khidmat Masyarakat
3
Pada 2017, Cik Janet Tay, 38, mengalami serangan angin ahmar kedua dalam masa empat tahun. Serangan kali ini menjejas ingatan beliau, mencegahnya daripada kembali bertugas sebagai jururawat masyarakat. Selepas selesai mengikuti pemulihan kognitif SMaRT selama enam minggu, ingatan Cik Tay semakin baik dan beliau kini berharap untuk pulih sepenuhnya dan kembali bekerja.
Sebuah Program Yang Diingati
“Salah satu latihan kognitif adalah mencari harta. Kami berpecah dalam beberapa kumpulan dan ditugaskan mencari beberapa tanda dan objek. Ia satu cara yang menyeronokkan untuk membantu kami ingat apa yang perlu dicari, apa yang kami lihat di sepanjang jalan, dan bagaimana kami merancang perjalanan kami.” - Cik Janet Tay, peserta program SMaRT yang berlangsung selama enam minggu
Refleksi 2017/201829
Kajian tentang Duka dan Perkabungan Memahami keperluan rakyat Singapura untuk berkabung dan sekitaran bagi perkhidmatan sedia ada
Majlis Hospis Singapura
1.5 tahun
Warga yang berduka dan berkabung
Penerima BantuanRakan Kerja
Jangka Masa
LATAR BELAKANG
Panduan Kebangsaan bagi Penjagaan Paliatif menyarankan agar “ahli keluarga yang terjejas oleh suatu kematian ditawarkan sokongan berkabung yang segera dan wajar menurut pilihan dan keperluan mereka”.
Bagi menyediakan sokongan perkabungan sedemikian, terdapat keperluan untuk:
Memahami pengalaman dan sikap mengenai perkabungan di Singapura
Membangunkan keupayaan dan kemampuan dalam sektor kesihatan dan penjagaan sosial bagi sokongan perkabungan
Meninjau khidmat penjagaan perkabungan sedia ada
Membangunkan satu pendekatan menyeluruh bagi menguruskan dan menyelaraskan penjagaan untuk orang-orang berkabung
Mengenalpasti Keperluan
Satu rangka kerja amalan masyarakat bagi menyediakan kemudahan serta penjagaan
perkabungan yang peka budaya dan bertepatan masa untuk
rakyat Singapura.
30
Memahami pengalaman, sikap dan keperluan rakyat Singapura yang berkabung
Matlamat
Memahami perkhidmatan yang ada sekarang, kewajaran dan jurang dalam khidmat penjagaan sedia ada
Melakar rangka kerja amalan masyarakat dalam menyediakan sokongan bagi perkabungan
1 2 3
BENTUK PROGRAM
Kajian ini merangkumi tiga komponen:
Menganalisa keperluan
Mengenalpasti perkhidmatan asas perkabungan sedia ada menerusi wawancara dengan mereka yang berkabung, perbincangan khusus secara berkumpulan dengan kumpulan masyarakat yang punya hubungan dengan mereka yang berkabung, dan tinjauan ke atas perkhidmatan psikososial yang ditawarkan di institusi kesihatan.
Memahami amalan, kerohanian, psikologikal, emosi dan sokongan sosial yang diperlukan individu yang sedang berduka, dan bagaimana penyedia khidmat boleh menawarkan khidmat mereka.
1
Rangka Kerja Amalan Masyarakat
Melakarkan sebuah rangka kerja untuk penjagaan perkabungan dalam masyarakat, termasuk corak dan piawai penjagaan, selain senarai penyedia khidmat dan perkhidmatan mereka.
2 Membangunkan keupayaan (Fasa 2)
Daripada dapatan yang ada, Temasek Foundation Cares akan membangunkan keupayaan dan merintis program berkenaan penjagaan perkabungan yang menyeluruh bagi masyarakat serta menyediakan sokongan bagi orang yang berkabung di Singapura.
3
Refleksi 2017/201831
Bantuan Penggunaan Kerusi Roda
Innosparks Pte Ltd Warga tua yang menggunakan kerusi roda dan tinggal di rumah yang bertangga25 bulan
Membolehkan warga tua yang menggunakan kerusi roda dan tinggal di rumah yang bertangga untuk keluar masuk flat dengan lebih mudah.
Penerima BantuanRakan Kerja
Jangka Masa
32
LATAR BELAKANG
Beberapa penduduk warga tua, seperti mereka yang menginap di flat HDB yang dibina pada tahun 1970an dan ’80an yang bertangga dan tidak mesra kerusi roda.
Disebabkan itu, warga tua yang berkerusi roda berasa sukar untuk bergerak keluar dan masuk rumah, sekaligus menjejas keupayaan mereka untuk menikmati sisa usia secara aktif dalam masyarakat.
Mengenalpasti Keperluan
Sebuah alat pergerakan yang dimampui yang boleh membantu warga tua yang mengharapkan kerusi roda dapat membantu mereka ‘melangkah’ masuk
atau keluar dari rumah yang bertangga
32
Membangunkan kemudahan mesra kerusi roda dengan kos rendah bagi membantu warga tua masuk dan keluar rumah yang bertangga
Matlamat
Meningkatkan pergerakan warga tua dalam masyarakat
1 2
BENTUK PROGRAM
Melakar konsep
Menjalankan perbincangan secara berkumpulan dan bekerjasama dengan Agensi untuk Penjagaan Bersepadu, Pertubuhan Khidmat Masyarakat dan mensasarkan golongan kurang upaya bagi mendapatkan maklum balas tentang keselamatan produk, penggunaan dan daya tarikannya.
1
Ujian
Menguji konsep rekaan dan prototaip.
2
Perintis
Mengagihkan alat yang memudahkan pergerakan kerusi roda kepada warga tua yang memerlukan.
3
33Refleksi 2017/2018
33
Program WHEELS
• Agensi bagi Penjagaan Bersepadu (Pentadbir)• Yayasan Kebajikan & Pendidikan Kampung Senang • Pusat Kegiatan Warga Tua Moral (Kaki Bukit)• Pusat Kegiatan Warga Tua Lions Befrienders• Pusat Kegiatan Warga Tua Sunlove Chai Chee• Pusat Kegiatan Warga Tua THK Bedok Radiance
Melatih warga tua yang cergas untuk berkhidmat kepada warga tua berkerusi roda yang berpendapatan rendah
LATAR BELAKANG
Sedang warga Singapura memasuki usia senja,
Rakan Kerja
BENTUK PROGRAM
Warga tua yang cergas akan ditarik dan dilatih dalam melakukan khidmat pemeriksaan dan pembaikan asas kerusi roda.
Mereka akan melakukan pemeriksaan dan pembaikan secara kerap seperti menghilangkan karat dan membersihkan komponen.
Kerusi roda memerlukan pemeriksaan dan pembaikan yang kerap demi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Untuk warga tua berpendapatan rendah, ia dianggap menyusahkan dan mahal untuk kerusi roda mereka diperiksa dan diperbaiki, atau menggantikan kerusi roda yang rosak.
Warga tua aktif memanfaatkan kegiatan bermakna yang boleh membantu mereka kekal cergas, cerdas dan aktif dalam masyarakat.
Warga tua uzur mungkin memerlukan alat bantuan seperti kerusi roda untuk bergerak.
Program WHEELS akan dirintis di lima Pusat Kegiatan Warga Tua di Bedok dan Tampines.
Jika kerusi roda tidak lagi boleh dibaiki, kerusi roda terpakai akan disediakan sebagai pengganti.
Mengenalpasti Keperluan
Menyediakan khidmat memeriksa dan membaiki kerusi roda, menyediakan penggantian
kerusi roda terpakai, berteraskan masyarakat, mudah
dan percuma untuk warga tua berpendapatan
rendah
34
600
30• Warga tua berpendapatan rendah yang bergantung dengan kerusi roda • Warga tua aktif
3 tahun
Jumlah Penerima Bantuan
Penerima Bantuan
Jangka Masa Matlamat
warga tua berkerusi roda
warga tua cergas dilatih
Melatih warga tua aktif untuk membantu mereka yang berkerusi roda
1
Memastikan keselamatan dan memanjangkan tempoh penggunaan kerusi roda milik warga tua
2
Menyediakan barang gantian yang diperbaiki semula untuk warga tua yang kerusi roda mereka tidak boleh diperbaiki lagi
3
Sebagai bekas pengguna kerusi roda, Cik Ng Ah Mui, 76 tahun, tahu pentingnya mengekalkan kerusi roda dalam keadaan yang baik. Beliau meluangkan masa yang ada di Pusat Kegiatan Warga Tua Lions Befrienders @ 434 Tampines, dan memutuskan untuk belajar kemahiran dalam memperbaiki kerusi roda. Beliau malah mendermakan kerusi roda lamanya kepada pusat berkenaan, sedia diberikan kepada warga tua yang memerlukan kerusi roda terpakai.
“Saya dilatih untuk menyenggara kerusi roda. Selepas beberapa bulan, saya belajar membuka skru dan membersihkan kotoran di roda. Ini memberi saya peluang untuk membantu warga tua lain yang uzur.”
— Cik Ng Ah Mui, seorang warga tua aktif yang dilatih di bawah program WHEELS
Menggerakkan Penjagaan
Refleksi 2017/201835
Bagi Tahun Kewangan 2017/2018, Temasek Foundation Cares memperuntukkan $12,327,708 bagi 20 program masyarakat, kesihatan dan penjagaan sosial. Kesemua program ini memanfaatkan 11,950 rakyat Singapura selain menjangkaui 280,000 yang lain bagi mempersiapkan mereka menghadapi kecemasan.
Sebagai sebahagian daripada keperluan penduduk yang semakin tua, kami membiayai beberapa program am. Sebagai contoh, Care Line, yang menyediakan perkhidmatan 24 jam menerusi telefon untuk warga tua di sini dan dijangkakan, dalam masa dua tahun, memanfaatkan 1,570 warga tua yang uzur, berpendapatan rendah dan kurang atau tidak menerima sokongan keluarga. Sama juga bagi program ‘Moving Generations’ yang merupakan satu daya usaha merapatkan hubungan antara generasi yang melatih 200 remaja untuk menawarkan khidmat naik beca secara elektronik untuk 2,250 warga tua yang berisiko dipinggirkan dalam masa tiga setengah tahun. Program am yang bersifat meluas ini membentuk hampir 25 peratus peningkatan dalam jumlah penerima bantuan secara langsung, dari 9,600 pada Tahun Kewangan 2016/2017 kepada 11,950 untuk Tahun Kewangan 2017/2018.
Program-program ini disokongan di bawah Dana Kesiapsiagaan Kecemasan Temasek yang menjangkau 280,000 penduduk di Singapura dalam tempoh tahun kewangan tersebut, yang masa ia merupakan lebih seganda dari Tahun Kewangan 2016/2017. Peningkatan itu secara umumnya disebabkan penghasilan dan pengedaran buku cerita ‘Kekal Bersedia’ yang memuatkan pesanan SGSecure untuk murid-murid Darjah 3 dan 4 di sekolah aliran pertama, yang membolehkan pesanan kesiapsiagaan kecemasan dikongsi dengan 150,000 pelajar.
Nisbah1 perbelanjaan kami untuk Tahun Kewangan 2017/2018 adalah 15.8 peratus. Kadar ini mencakupi 12 kakitangan yang menguruskan program dan endowmen, yang jumlahnya semakin meningkat, selain meningkatkan usaha jangkauan dan pendidikan awam bagi meningkatkan kesedaran umum tentang program dan sokongan yang disediakan untuk rakyat Singapura.
Sebagai sebahagian daripada amalan terbaik yang diamalkan di bawah Tatacara Pentadbiran yang mentadbir badan kebajikan dan institut bertaraf awam, jumlah mesyuarat Lembaga serta kehadiran anggota Lembaga untuk tahun FY2017/2018, pengisytiharan kami terhadap ‘Konflik Kepentingan’ dan dasar ‘Pendedahan Secara Tertutup’ dinyatakan di halaman berikutnya.
Satu audit dalaman terhadap proses perniagaan pertubuhan serta kawalan dalaman juga dilaksanakan dan diselesaikan pada tahun lalu. Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan berpuashati akan adanya kawalan dan proses pentadbiran berkesan, selain menuruti aturan secara keseluruhannya ke atas tatacara dan dasar-dasar dalaman.
Pasukan Pengurusan Woon Saet NyoonKetua Eksekutif (dilantik sejak 11 Jun 2009)
Kee Kirk ChuenTimbalan Ketua Eksekutif
1 “Nisbah Perbelanjaan” ditakrifkan sebagai nisbah Perbelanjaan Operasi dan Perbelanjaan Modal bagi Belanjawan Komited Ke Atas Geran Program untuk tahun kewangan ini.
PengurusanNota
36
Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan untuk Tahun KewanganFY 2017/2018 boleh didapati di www.temasekfoundation-cares.org.sg.
JUMLAH GERANKOMITED UNTUKPROGRAM
JUMLAHPROGRAM
JUMLAHPENERIMABANTUAN
2015 – 2016 6,500
2016 – 2017 9,600
2017 – 2018 11,950
BELANJAWANKESELURUHAN
(TIDAK TERMASUK PENERIMA BANTUAN DI BAWAH TEMASEK DANA KESEDIAAN KECEMASAN)
2015 – 2016 13
2016 – 2017 23
2017 – 2018 20
2015 – 2016 $9,850,000
2016 – 2017 $12,137,292
2017 – 2018 $12,327,708
2015 – 2016 $11,133,308
2016 – 2017 $13,731,667
2017 – 2018 $14,280,516
Mesyuarat Lembaga
Untuk Tahun Kewangan 2017/2018, semua ahli Lembaga menghadiri 4 dari 4 mesyuarat Lembaga yang dijadualkan, kecuali seorang anggota yang tidak dapat hadir 1 mesyuarat kerana keperluan peribadi.
Dasar Konflik Kepentingan
Temasek Foundation Cares mempunyai Dasar Percanggahan Kepentingan di mana kesemua Pengarah dan kakitangan dimaklumkan, dan mengisytiharkan sebarang percanggahan atau kepentingan keduaan dalam sesuatu keadaan dan berkecuali dalam membuat keputusan dalam mana-mana mesyuarat di mana perkara yang yang menimbulkan percanggahan dibincangkan.
Dasar Pendedahan Secara Tertutup
Temasek Foundation Cares telah mengadakan Dasar Pendedahan Secara Tertutup bagi membolehkan kakitangan dan anggota Lembaga menyuarakan keprihatinan menyentuh penyelewengan, perbuatan tidak senonoh, salah laku atau tidak menurut aturan berkanun, dengan jaminan bahawa setiap pendedahan yang dibuat dirahsiakan identiti individu yang melapornya dan individu berkenaan tidak harus bimbang tentang tindak balas, diskriminasi, atau padah buruk yang boleh dikenakan ke atasnya.
Refleksi 2017/201837
Senarai Program dan Talian Perhubungan
BabySibs — Khidmat Pemeriksaan Autisme untuk Kanak-Kanak Singapura
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
Tel: 6394 3062 Emel: [email protected]
Talian Penjagaan
Hospital Besar Changi
Tel: 6788 8833 Emel: [email protected]
Pemeriksaan berteraskan Masyarakat untuk Kanak-Kanak Berisiko Berusia 0 hingga 6 tahun
Pertubuhan Perubatan NUS (Khidmat Kesihatan Kejiranan Kanak-Kanak)
Tel: 9176 3115 Emel: [email protected]
Program Pencegahan Awal untuk Kanak-Kanak Berusia 2 hingga 6 Tahun Yang Menghadapi Gangguan Keresahan
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
Tel: 6886 0776 Emel: [email protected]
ELEVATE
Institut Pendidikan Teknikal
Tel: 6411 1107 Emel: [email protected]
Moving Generations
Berbasikal Tanpa Mengira Umur Singapura
Tel: 9104 7343 Emel: [email protected]
Merintis Teknologi Rangka Luar menerusi Pemulihan berteraskan Masyarakat untuk Warga Tua
Universiti Nasional Singapura
Tel: 6772 6198 Emel: [email protected]
Play-Ability (Kemampuan Bermain)
Sport Singapore
Tel: 6500 5156 Emel: [email protected]
Buku Cerita ‘Kekal Bersedia’ untuk Murid Darjah 3 dan 4
Temasek Foundation Cares
Tel: 6828 8752 Emel: [email protected]
38
Program Pemulihan Ingatan bagi Pesakit Angin Ahmar (SMaRT)
Institut Neurosains Kebangsaan
Tel: 6357 7153 Emel: [email protected]
Kajian Mengenai Kedukaan dan Perkabungan
Majlis Hospis Singapura
Tel: 6538 2231 Emel: [email protected]
Bantuan Penggunaan Kerusi Roda
Innosparks Pte Ltd
Tel: 6873 2084 Emel: [email protected]
Program WHEELS
Agensi untuk Penjagaan Bersepadu
Tel: 6593 3893 Emel: [email protected]
Refleksi 2017/201839
Rangkaian Yayasan Dalam ‘Keluarga Temasek’ Sejak ditubuhkan pada 1974, Temasek telah membangunkan 18 endowmen yang memberi tumpuan kepada pembangunan insan, membangun keupayaan dan membina semula kehidupan. Pada 2016, endowmen ini telah disusun semula di bawah enam Yayasan Temasek, bagi menyusun dan menyediakan program masyarakat yang lebih baik di bawah mandat masing-masing.
Temasek Foundation Cares memberi tumpuan terhadap peningkatan mutu kehidupan individu, keluarga dan masyarakat kurang bernasib baik di Singapura, yang termasuk warga tua, mereka yang memerlukan penjagaan paliatif dan mereka yang menghendaki keperluan khas. Di samping endowmen sedia ada, Temasek Foundation Cares juga menguruskan empat yang lain – Endowmen Balaji Sadasivan untuk membangun keupayaan penjagaan kesihatan; Endowmen Ee Peng Liang untuk membangun keupayaan khidmat masyarakat; Endowmen Kesihatan dan Kesejahteraan yang memberi tumpuan kepada pencegahan penyakit dan kesejahteraan rakyat; dan Dana Kesiapsiagaan Kecemasan Temasek bagi memperkasa masyarakat agar bersedia dan kental dalam menghadapi kecemasan.
Temasek Foundation Connects pula berusaha menjalin hubungan dan menggalak perbincangan dan persefahaman bersama, merentasi masyarakat antarabangsa. Programnya menjangkaui pemimpin dari sektor awam, swasta dan masyarakat dalam Asean dan Asia. Program-program ini memajukan pengetahuan kolektif dan pemahaman bersama dalam bidang-bidang utama yang penting kepada Singapura dan dunia. Selain pelbagai program yang diadakan itu juga, Yayasan ini turut menganjurkan Sidang Puncak Singapura – sebuah forum antarabangsa untuk pemimpin politik dan ahli perniagaan dunia. Yayasan ini menguruskan Endowmen Hon Sui Sen dan Endowmen S Rajaratnam.
Temasek Foundation Ecosperity pula menjuarai ketekalan ekosistem dunia. Ia membiayai penyelidikan translasi yang membawa kepada huraian, sistem dan keupayaan berpanjangan dalam menangani kesan buruk alam sekitar, biologikal dan kesan lainnya yang menjejas masyarakat kita, demi memastikan kita terus menikmati mutu kehidupan yang baik di Singapura dan di mana jua. Temasek Foundation Ecosperity menguruskan Endowmen Ketekalan.
Temasek Foundation Innovates pula menyokong program yang memberi tumpuan terhadap pembangunan huraian yang inovatif dan praktikal bagi kehidupan yang lebih baik menerusi penyelidikan dan pengembangan. Ia bertujuan memperkukuh keupayaan penyelidikan dengan memupuk bakat dan menggalak kerjasama lintangan. Yayasan ini menguruskan dua endowmen – Yayasan Alaf Singapura dan sebuah endowmen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik yang menyokong Makmal Sains Hayat Temasek, sebuah institusi penyelidikan biomolekular.
Temasek Foundation International pula bekerjasama dengan pertubuhan tempatan dan antarabangsa untuk membiayai dan menyokong program pembangunan keupayaan dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, pentadbiran awam, pengurusan bandar dan bantuan menangani bencana di Asia dan di mana jua. Program-program ini menyokong pembangunan modal insan dan masyarakat, menyumbang kepada masyarakat dunia yang lebih terhubung dan galak, yang didasari rangkaian kerjasama yang positif. Yayasan ini mentadbir Endowmen STEP, yang memberi tumpuan kepada kegiatan sosial dan budaya, kepimpinan, alam sekitar dan inovasi, bagi membantu belia di Asia membina jambatan persahabatan, hubungan baik dan persefahaman.
Temasek Foundation Nurtures pula menyokong program yang memberi tumpuan terhadap pendidikan dan pembangunan profesional, dengan matlamat untuk membina sebuah masyarakat yang bersemangat untuk menyumbang kepada rakyat. Menerusi enam endowmen, Yayasan ini membangunkan bakat dan memupuk semangat untuk belajar dan maju, terutamanya di kalangan remaja dalam bidang muzik, sukan, matematik dan sains, kejuruteraan dan teknologi.
Reflection 2017–2018
Temasek Foundation Cares – ன் “பிரதிபலிப்பு 2017 – 2018” ஆண்டு அறிக்கையின்
முககைிய அம்சஙகைள் இநதக ்கையயட்டில்
இடம்பறுகைின்றன. முழு விவரஙகை்ையும
இ்ைககைப்பட்டுள்ை ்சிடி-ராம கைைினி வட்டில் கைாைலாம.
Makalah ini mengandungi Laporan Tahunan Temasek Foundation Cares
“Refleksi 2017 – 2018”.Laporan penuh boleh didapati
dalam cakera padat (CD-ROM) yang disertakan bersama.
这本手册包含淡马锡关怀基金会 财政年度报告“2017 – 2018年度
回顾”的重点。欲阅读完整内容,可浏览随手册附上的光碟。
together
cerminan
2016 – 2017
Reflection 2017–2018
Penjagaan Untuk Masa Depan
Bermula Sekarang
Refleksi 2017 – 2018
பராமரிபபபின் எதிர்ாலம்
இன்்ிலிருந்து ததாடங்கு்ி்து
பபிரதிபலிபபு 2017 – 2018
关怀未来,始于当下
回顾 2017 – 2018
Temasek Foundation Cares CLG Limited Co. Regn No. 200909154Z60B Orchard Road #06-18 Tower 2The Atrium@OrchardSingapore 238891Tel: (65) 6828 8752Fax: (65) 6828 8652Email: [email protected] www.temasekfoundation-cares.org.sg
Top Related