8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
1/33
1
UITM TERENGGANU, KAMPUS DUNGUN
CTU 101
EH1101A
UNSUR-UNSUR PEMBINAAN AKIDAH ISLAM SERTA CABARAN-CABARAN
DALAM MENGEKALKAN AKIDAH YANG BENAR
Disediakan oleh :
NUR FARHANA BINTI RIDZUAN
2010178163
910307115148
ANIS BINTI ABD GANI
2010574379
920123035724
NABILAL HUDA BINTI ABDUL HALIM
2010588941
920824115938
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
2/33
2
Assalamualaikum W.B.t......
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Ustaz Ismail Bin Embong pensyarah CTU 101 kelas EH1101A yang banyak
member tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus yang bertajuk
Unsur-unsur Pembinaan Akidah Islam Serta Cabaran-cabaran Dalam
Mengekalkan Akidah yang Benar. Dengan melalui kerja khusus ini, kami
dapat mengetahui serba sedikit tentang cabaran -cabaran bagi mengekalkan
akidah yang benar dalam kehidupan seharian kami. Selain itu,pembinaan akidah
juga dapat kami ketahui bagaimana untuk memantapkan lagi akidah dalam diri
kami. Oleh itu,kami telah memberi serba sedikit info-info di dalam hasil kerja
kami bagi memudahkan pembaca untuk mengetahui tajuk yang telah de berikan
kepada kami. Akhir sekali, Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
kawan-kawan yang banyak membantu kami dalam memberi dorongan dan
semangat serta tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
3/33
3
Pendidi n akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri
seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang
tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan
oleh Allah swt. Ayat ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada
Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan
asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat danjelas maka Nabi
Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat sahabat yang mempunyai
daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke
seluruh dunia.Bil l i R ti j i w l p i
iti i t i t p p i p t i
i i j l A i i t t p t i w l
p t Dari sini kita nampak denganjelas
bahawa pendidikan akidah amat penting dalamjiwa setiap insan muslim agar
mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman
globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya
internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
4/33
4
DEFINISI AKIDAH
Menurut Kamus Dewan edisi 2002 akidah bermaksud kepercayaan dan
keyakinan. Akidah adalah bererti menyimpul sesuatu deng an kuat. Dari sudut
bahasa, akidah bermaksud simpulan iman pegangan yang kuat atau keyakinan
yang teguh. Dari sudut istilah,akidah bermaksud kepercayaan yang pasti dan
keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak dan keraguan. Akidah
juga bermaksud keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana -mana
pengaruh samada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Manakala
akidah Islam pula ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT
sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan Nama-namaNya dan segala sifat-
sifatnya, beriman dengan malaikat, kitab -kitab , para rasul , hari akhirat dan
beriman dengan qada dan qadar Allah samada baik atau buruk termasuk juga
segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran
dan petunjukNya.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
5/33
5
DASAR-DASAR PEMBINAAN AKIDAH
Sebagai umat islam kita mestilah berpegang teguh kepada rukun islam dan
rukun iman yang merupakan tunggak utama dalam pembentukan akidah islam.
Sebagai orang islam kita wajib percaya kepada rukun islam dan rukun iman.
Rukun islam terbahagi kepada lima iaitu :
y Mengucap dua kalimah syahadah
y Solat lima waktu
y Membayar zakat
y Berpuasa di bulan ramadhan
y Menunaikan haji di makkah
RUKUM IMAN
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
6/33
6
Iman dalam pengertian bahasa ialah percaya. Iman yang dimaksudkan di
sini ialah sesuatu Itiqad. Dari pengertian ini, iman adalah meliputi tiga
asas yang utama iaitu :
1) Itiqad yang teguh : iaitu sesuatu keyakinan yang kuat dan tidak boleh
dipengaruhi atau kepercayaan yang benar -benar meresap di hati.
2) Itiqad yang betul : sebagaimana yang di ajar oler Rasullah tentang
hal-hal ketuhanan, kerasulan dan lain-lain lagi bahawa perkara yang
diitiqadkan itu adalah berlandaskan keterangan daripada Al -Quran
atau hadith-hadith nabi.
3) Kepercayaan- kepercayaan yang di sokong dengan alasan atau dalil -
dalil sudah sempurna iman sekalipun dalil yang di pegang secara
ijmali sahaja.
Rukun Iman adalah 6 perkara iaitu:
1)Percaya kepada Allah
2)Percaya kepada malaikat
3)Percaya kepada para rasul
4) rasul.
5)Percaya kepada hari akhirat
6)Percaya kepada Qada dan Qadar (baik dan buruk daripada Allah
s.w.t)
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
7/33
7
Selain daripada yang tersebut di atas, umat Islam dihendaki juga mempercayai
wujud segala perkara ghaib dam samiyat yang diterangkan oleh Al -Quran dan
hadith-hadith nabi.
Beriman kepada Allah
Dalam bahasa Arab, kepercayaan kepada Allah Swt. Disebut iman
yang bermaksud mengetahui, mempercayai, dan yakin tanpa
keraguan sedikit pun. Dengan demikian, iman bererti keyakinan yang
tidak goyah yang timbul berdasarkan ilmu pengetahuan dan
kepercayaan. Seseorang yang mengetahui dan percaya kepada Allah,
sifat-sifatNya, hukum-hukumNya, petunjuk- petunjukNya dan
peraturan-peraturanNya mengenai rahmat dan hukum-hukumNya
disebutMukmin. Kepercayaan ini membimbing maanusia menjadi taat
dan pasrah dirinya kepada kehendak Allah. Dan manusia yang
mempunyai sifat ini disebut muslim.
Tanpa iman seseorang tidak akan dapat menjadi muslim yang benar.
Iman merupakan sesuatu titik awal yang tidak dapat digantikan. Oleh
kerana itu, tanpa Iman dan ketaatan kepada Allah s.w.t tidak dapat
dimulai. Hubungan antara Islam dan Iman adalah sama dengan
hubungan antara pokok dan benihnya. Pokok tidak ada tanpa
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
8/33
8
benihnya. Begitu juga bagi manusia, ia tidak dapat menjadi muslim
tanpa iman.
Atau aggaplah pokok dapat tumbuh tanpa ben ihnya tapi pokok
tersebut tidak akan tumbuh menjadi besar atau tumbesarannya akan
terbantut atau lambat. Dekian juga manusia. Mungkin ia memiliki
kepercayaan terhadap Tuhan,tetapi dengan beberapa kelemahan ia
tidak dapat menjadi muslim yang yang benar dan kuat pegangan
agamanya. Dengan demikian, kita boleh mengatakan bahawa iman
merupakan titik permulaan yang membawa manusia ke dalam
kepasrahan diri kepada Allah s.w.t. Sebaliknya, walaupun seseorang
itu percaya adanya tuhan tetapi oleh kerana kelemahan hati nya miskin
akan pengetahuan dan lingkungan yang buruk, ia mungkin saja tidak
dapat hidup seperti orang muslim yang benar.
Beriman kepada malaikat
Nabi Muhammad s.w.t mengajar umat-umatnya untuk percaya kepada dengan
adanya malaikat-malaikatNya. Hal ini merupakan unsur kedua dalam keimanan
islam. Percaya kepada malaikat -malaikatNya sangat penting kerana
membebaskan konsep tauhid daripada bayangan syi rik. Keimanan kepada
malaikat-malaikatNya juga membuat konsep tauhid menjadi murni dan
sederhana.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
9/33
9
Orang orang menganut kepahaman politisme telah menyekutukan Allah
dengan dua zat :
1) Benda- benda yang terbentuk nyata dan dapat dilihat oleh mata manusia,
seperti matahari, bulan, bintang, api, air, binatang-biantang, orang-oorang
besar dan seterusnya.
2) Sesuatu yang tidak dapat berbentuk dan tidak dapat dilihat mata manusia.
Iaitu sesuatu yang dianggap bertugas untuk meng atur alam semester.
Kepercayaan yang pertama dapat di lihat dengan jelas dengan
kesalahannya mengucap kalimah La ilaha illallah. Kalimah ini dengan
jelas menyatakan bahawa benda-benda ini sama sekali tidak mempunyai
kekuatan untuk mengatur dirinya sendiri apatah lagi mengatur kehidupan
manusia.
Kepercayaan kedua ialah,percaya kepada sesuatu yang tidak dapat di lihat
oleh mata manusia membuat penganut politisme semakin mundur.
Mereka menganggap sesuatu yang tidak dapat di lihat dengan mata ini
sebagai dewa-dewa atau anak tuhan.
Untuk memurnikan keimanan dan keesaan Allah s.w.t dengan
membersihkan diri daripada pencampuran dengan kepercayaan yang
kedua ini, unsur keimanan kepada malaikat -malaikatNya adalah penting.
Beriman kepada kitab
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
10/33
10
Nabi Muhammad telah berperintah kepada manusia adalah percaya kepada
kitab-kitabNya. Kitab-kitab yang telah diturunkan Allah s.w.t melalui nabi-
nabi dari waktu ke waktu.Allah s.w.t menurunkan kitab-kitab kepada para
nabi sebelum nabi Muhammad s.w.t dengan cara yang sama seperti Allah
s.w.t menurunkan Al-Quran kepada nabi Muhammad s.w.t. Manusia telah di
beri penjelasan tentang beberapa kitab iaitu kitab Taurat yang di berikan
kepada nabi Musa , kitab Zabur kepada nabi Daud dan kitab Injil diturunkan
kepada nabi Isa A.s. Manusia tidak mengetahui kitab-kitab lain yang
diturunkan Allah S.W.T kepada nabi-nabi yang lain.
Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan Allah SWT. Dalam
hal ini, ada beberapa perbezaan antara Al -Quran da kitab-kitab suci yang
sebelumnya.
1. Teks asli al-Quran masih lagi wujud sehingga kini sebagaimana
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Di dalam al-Quran hanya firman-firman Allah SWT sepertimana
bentuknya yang murni tanpa campuran dan tambahan sekalipun.
3. Kitab-kitab yang diturunkan sebelum nabi Muhammad SAW ialah
dalam bahasa yang telah lama mati.Pada masa sekarang,tidak ada pun
yang memahami bahasa tersebut. Sebaliknya, bahasa yang digunakan
dalam al-Quran merupakan bahasa yang digunakan sepanjang zaman
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
11/33
11
iaitu Bahasa Arab. Setiap orang dapat memahami dan mempelajari
bahasa tersebut.
Beriman kepada Rasul
Nabi telah diutuskan kepada setiap golongan umat manusia dengan
membawa agama iaitu agama Islam. Nabi Muhammad merupakan nabi
dan rasul yang terakhir yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.Seorang
nabi berada dalam tingkat dan posisi yang sama. Maka, jika seseorang
tidak mempercayai dan tidak mengakui seorang nabi, bererti dia tidak
mempercayai nabi-nabi yang lain.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
12/33
12
Beriman kepada Hari Akhirat
Hari akhirat merupakan hari ke musnahan. Hari akhirat berlaku dengan
kemusnahan alam semesta ini. Pada hari tersebut, semua kehidupan akan
mati .
Peringkat-peringkat Hari Akhirat
I. Alam Kubur.
II. Manusia Dihimpunkan
III. Pembentangan Amalan
IV. Timbangan Amalan
V. Sirat
VI. Balasan Syurga Dan Neraka
Beriman pada Qadar dan Qada
Allah SWT menyatakan di dalam al -Quran, bahawa takdir adalah satu
peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas segala yang ada
di alam ini. Jadi, peraturan-peraturan tersebut adalah merupakan undang -
undang umu dan ketentuan yang mengandungi sebab musabab atau sebab
akibat.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
13/33
13
UNSUR-UNSUR PEMBINAAN AKIDAH
Pembinaan akidah perlu dimulai dengan memahami konsep Islam yang
seharusnya dan memahami konsep akidah Islam secara khusus.
Mujahadah an-Nafs
Mujahadah bermaksud pertarungan menentang nafsu dan perjuangan
menegakkan agama Allah SWT . Mujahadah perlu dilaksanakan secara
istiqamah pada setiap masa dan tempat sehinggalah ke akhir hayat.
Mujahadah juga merupakan membersihkan diri dari segala dosa de ngan
cara meninggalkan perkara tersebut dengan taubat dan doa. Manusia juga
akan sentiasa dekat dengan hidayah Allah apabila mereka memiliki hati
yang bersih . Selain itu, hati yang bersih juga akan melahirkan perbuatan
yang baik.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh -sungguh
kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya, Kami
akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan
mereka bergembira seolah memperolehi keredaa) dan
Sesungguhnya,(pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta
orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(al-Ankabut :69)
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
14/33
14
Muhasabah diri
Muhasabah diri bermaksud menghisab dan menghitung setiap amalan dan
dosa, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi amalan dan mengingatkan
manusia terhadap balasan Allah terhadap perkara kebaikan dan
keburukan yang dilakukan.Muhasabah akan mendorong manusia su paya
sentias berhati=hati dalam kehidupan. Ia juga akan menimbulkan
keinsafan dan keyakinan bahawa nikmat yang dikurniakan oleh Allah
SWT terlalu banyak. Sekiranya dihitung dan dibandingkan nikmat Allah
SWT dengan ibadah beratus tahun sekalipun,pasti ibadah yang itu belum
boleh menyamai bertapa besarnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah
SWT. Tanpa muhasabah diri, manusia akan hidup dalam kelekaan dan
penderhakaan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka
terhadap perintah Tuhan mereka dan rasul-rasulNya, maka Kami
hitung amal mereka dengan satu persatu dengan hitunganNya
yang keras ra pi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang
tidak pernah dikenaldahsyatnya.
(al-Talaq :8)
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
15/33
15
Muaqabah
Muaqabah adalah suatu bentuk denda yang dikenakan terhadap diri
sendiri kerana kecuaian dalam melakukan sesuatu perintah Allah SWT.
Denda ini adalh dalam bentuk amalan yang akan membawa seseorang itu
lebih mendekati Allah SWT. Amalan mendenda diri sendiri ini
membuktikan bahawa keimanan terhadap Allah SWT akan menjadi
semakin teguh. Ini akan menunjukkan kebimbangannya terhadap balasan
Allah SWT terhadap kecuaiannya.
Firman Allah SWT yang membawa maksud :
Dan sempurnakanlah ibadah ha ji dan umrah kerana Allah;maka
sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya
ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta)
sembelihlah dam yang mudah didapati; dan janganla kamu mencukur
kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan
disembelih) di tempatnya, maka sesiapa di antara kamu sakit atau
terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur
rambutnya), hendakla ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau
bersedekah, atau menyembelih dam. Kemudian apabila kamu berada
kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati
kemudahan dengan mengerjakan umrah , (dan terus menikmati
kemudahan itu) sehingga masa (mengerjakan) ibadahha ji, (bolehlah ia
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
16/33
16
melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih dam yang mudah
didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah ia
berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan ha ji dan tujuh hari lagi
apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh
(hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah ba gi orang yang tidak tinggal
menetap (di sekitar) Ma sjid Al-Haraam (Makkah), dan hendaklah kamu
bertakwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah maha berat
balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya)
.
(al-Baqarah :196)
Muahadah
Muahadah dengan Allah SWT adalh perkara yang berlaku sebelum
kelahiran manusia. Allah SWT telah membuat perjanjian dengan manusia
semasa berada di alam roh. Mengingati perjanjian kita ketika berada di
alam roh dari semasa ke semasa merupakan suatu perkara yang amat
penting untuk membina dan memperkukuhkan lagi keiman kita kepada
Alla SWT.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
17/33
17
Firman Allah SWT :
Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat
anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia
jadikan saksi terhada p diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan
firmanNya) : Bukankah Aku Tuhan kamu? mereka menjawab : Benar
(Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu
tidak berkata padahari kiamat kelak : Sesungguhnya Kami adalahlalai (tidak
diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini .
(al-Araf :172)
y Muraqabah
Muraqabah bermaksudkewas adaan atau engawasan.Hati yang sentiasa
bermuraqabah akan sentiasa merasai bahawa Allah S.W.T.mengawasi segala
gerak gerinya.Penjagaan aspek muraqabah amat penting dalam pembetukan
akidah.Langkah awalnya ialah dengan melaksanakanperintah
AllahS.W.T.dengan penuh ketelititian dan meninggalkan larangan Allah SWT
sepenuhnya.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
18/33
18
Sabda Rasullulah S.W.T maksudnya:
Bahawa kamu menyembah Allah seolah -olah kamu
melihatNya.Sekiranya kamu tidak dapat melihat Allah maka
sesungguhnya Allah melihat kamu.
Mengelakkan Diri Dari Suasana Dosa Dan Jahiliah
Kemantapan akidah akan terhakis dengan suasana dan amalan dosa dan
maksiat.Pembinaan dan pengukuhan akidah akan terjejas malah akan
menyebabkan dan boleh meruntuhkan akidah itu sendiri sekiranya
manusia melakukan perbuatan yang be rtentangan dengan syariat
Allah SWT.
Ilitizam Meninggalkan Perkara yang Haram
Dimana setiap seseorang manusia mestilah sentiasa menjauhi dan
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Seseorang Islam
wajib bersungguh-sungguh meninggalkan segala bentuk perkara yang
diharamkan oleh Allah SWT. Kesungguhan meninggalkan
kemungkaran tersebut akan melahirkan kemanisan iman seterusnya
memperolehi akidah yang mantap.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
19/33
19
Iltizam MelakukanIbadat
Keazaman untuk melakukan ibadat. Ini kerana ibadah berfungsi untuk
mencegah manusia daripada melakukan perkara kemungkaran. Apabila
segala kemungkaran diketepikan barulah lahirnya kemurniaan dan
tarikan kearah budaya akidah yang sihat.Ketika ini barulah ketenangan
hati melaksanakan segala tuntutan Allah SWT si dalam semua perkara
(ibadat) dapat dirasai dengan segala nikmat dan selunaknya.
Kesungguhan ketaatan kepada Allah tersebut tentulah membawa kepada
akidah yang lebih mantap terhadap Allah. Ibadat yang sebenarnya
mengandungi dua bahagian iaitu meninggalkan segala lar angan sebagai
nahagian pertama sementara bahagian keduanya adalah melaksanakan
segala suruhanNya.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
20/33
20
y Hasutan Syaitan Yang Menggoda
Sepertimana yang kita ketahui bahawa syaitan adalah musuh ketat
manusia. Mereka akan cuba menyesatkan manusia sehingga hari
kiamat.Kami telah menemui dua ayat dalam al -quran yang mengandungi
ugutan syaitan untuk menyesatkan manusia dan mengodanya.
Firman Allah yang bermaksud :
Maksudnya: Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaaku sehinggahari mereka
dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya kamu daripada
golongan yang diberi tempoh (ke suatu asa yang tertentu). Iblis berkata: Oleh
kerana Engkau (wahai Tuhanku) menyebabkan daku tersesat, (maka) demi
sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari
menjalani) jalanMu yanglurus. Kemudian aku datangi mereka daripada depan
mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri
mereka, dan Engkau tidakakan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
(AlAraaf: 1417)
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
21/33
21
Manakala satu lagi firman Allah yang bermaksud:
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian berilah tempoh kepadaaku
hingga kehari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan
permohonan kamu itu, maka sesungguhnya kamu dari golongan yang diberi
tempoh. Hingga ke hari (masa) yang tertentu. Iblis berkata: Wahai Tuhanku!
Kerana engkau telah menjadikan aku sesat maka demi sesungguhnyaaku akan
memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,
dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antarazuriat -zuriat
Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan daripada syirik. (AlHijr: 36-40)
Oleh itu, berdasarkan ayat al-quran yang menceritakan perbualan syaitan,sudah
jelas bahawa syaitan adalah cabaran utama bagi membina akidah yang benar.
Ramai umat islam terpengaruh engan tipu daya syaitan.
Kadang kala terdapat sebilangan umat islam tertanya-tanya, apakah jalan untuk
membebaskan diri daripada hasutan dan tipu daya syaitan ini?
Kami telah menemui jawapan kepada persoalan ini di dalam al -Quran
yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w supaya ia menjadi
penawar dan rahmat kepada orang -orang yang beriman.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
22/33
22
1. Al-Quran telah memberitahu kita bahawa syaitan adalah musuh kepada manusia.
Oleh itu mereka hendaklah menjadikannya sebagai musuh.
Allah telah berfirman maksudnya:
Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh
(yang mesti dijauhi tipu dayanya) sebenarnya dia hanyalah mengajak
golongannya supaya menjadi penduduk neraka. (Faatir: 6)
2. Al-Quran telah menjelaskan manhajNya kepada orang-orang yang beriman dan
menggariskan kepada mereka jalan yang lurus.
Semua jalan dan manhaj yang selain daripadanya adalah daripada hasutan
syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak -anak Adam supaya kamu
tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya dia ba gi kamu adalah musuh yang
nyata. Dan (Aku perintahkan) hendaklah kamu menyembah Ku, inilah jalan
yanglurus. (AlAnaam: 153)
3. Al-Quran menuntut dari orang-orang Islam supaya menjadi orang-orang yang
benar-benar beriman, bertawakkal dan berlindung dengan Allah daripada syaitan.
Apabila mereka bersifat demikian, maka syaitan tidak akan dapat menguasai
mereka.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
23/33
23
Firman Allah yang bermaksud:
Oleh itu apabila engkau membacaal-Quran, makahendaklah engkau
(terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan
yang kena rejam. Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai apa -apa pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada
Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang -
orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang
dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
(An Nahl: 98-100)
4. Al-Quran telah memperingatkan dan memberi amaran kepada setiap orang yang
lalai dari mengingati Allah, beribadat dan mentaatiNya, di mana syaitan menjadi
temannya yang akan menyesat dan memperdayakannya.
Firman Allah yang bermaksud :
Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (AlQuran yang
diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya
syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah syaitan itu teman
yang tidak renggang daripadanya. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap
menghalang mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka
bahawa merekaadalah orang-orang yang mendapathidayah petunjuk.
(Az Zukhruf: 36-37)
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
24/33
24
y Bisikan Nafsu
Demikianlah wahai umat islam jalan penyelesaian terpenting untuk
membebaskan dirimu daripada tipu daya dan hasutan syaitan, melepaskan
dirimu daripada perhiasan dan kesesatannya sebagaimana yang telah
kami ambil daripada ayat-ayat al-Quran. Kami ringkaskan jalan-jalan
penyelesaian tersebut di dalam bebe rapa noktah berikut: Syaitan adalah
musuh kepada manusia, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai
musuh. Beristiqamah mengikuti manhaj rabbani dan berjalan di atas jalan
yang lurus. Mempertingkatkan keimanan terhadap Allah, berlindung dan
bertawakkal kepadaNya.Memohon perlindungan dengan Allah setelah
dia merasakan godaan daripada syaitan yang direjam. Mempertingkatkan
ketaqwaan kepada Allah dan merasakan pemerhatianNya di setiap masa
samada ketika sunyi atau nyata. Menghidupkan hati dan anggota yang
lain dengan zikir kepada Allah dan sentiasa taat serta beribadat
kepadaNya. Sedar dan beringat setelah dialpakan oleh syaitan dan
memutuskan hubungan dengan ahli batil dan sesat. Dengan penyelesaian
ini, kita sebagai umat islam akan menjadi insan yang beriman, sedar dan
pandai bertindak di dalam segenap perkara. Kita akan menjadi seorang
yang mempunyai keimanan yang mendalam, beriltizam dengan manhaj
Islam dan ajaran al-Quran. Syaitan tidak akan dapat bergantung,
memperdaya atau menguasai kamu. Kita selama-lamanya akan menjadi
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
25/33
25
seorang hamba Allah yang ikhlas dan tenteraNya yang menang. Inilah
makna firman Allah yang telah menggugat syaitan dengan kata -kata yang
menggentarkan:
Maksudnya:
Sesungguhnya hamba-hamba Ku tidak adalah ba gimu sebarang kuasa
untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang -
orang yang sesat (dengan pilihan mereka sendiri). (AlHijr: 42)
Inilah yang telah diakui oleh syaitan sendiri bahawa dia tidak
mempunyai jalan untuk menggoda hamba Allah yang ikh las:
Maksudnya:
Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan daku
sesat, maka demi sesungguhnyaaku akan memperelokkan segala maksiat
kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan
mereka semua , kecuali di antara zuriat Adam itu orang-orang yang
dibersihkan daripada sebarang syirik . (AlHijr: 39-40)
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
26/33
26
Jalan Penyelesaian Yang Terpenting ialah:
1. Mempertingkatkan keimanan:
2. Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat.
3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik.
y Cabaran sebaran
Di antara slogan-slogan palsu yang dilaung-laungkan oleh Yahudi, Salibiah,
pendakwah kristian dan orientalis... ialah slogan Pembebasan Wanita'.
Bebas daripada apa? Bebas daripada rumahnya. bebas daripada pakaiannya.
bebas daripada akhlak dan bebas daripada akidahnya.
Yang dimaksudkan dengan bebas daripada rumah ialah keluar ke tempat -
tempat kerja untuk bekerja, atau ke kelab -kelab untuk menari, atau ke
pentas-pentas untuk menyanyi atau kepada kawan-kawan untuk bercinta.
Yang dimaksudkan dengan bebas daripada pakaian ialah mendedahkan apa
yang telah diperintah oleh Allah supaya menutupnya dan mencerobohi
perkara yang telah diarahkan oleh Islam supaya memeliharanya .
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
27/33
27
Yang dimaksudkan dengan bebas dari akhlak ialah menentang segala prinsip
akhlak yang terdapat di dalam syariat Islam. Jangan bersifat dengan sifat
malu, jangan beradab dengan orang yang lebih berumur, jangan mendengar
nasihat para penjaga mereka dan jangan terkongkong dengan adat ataupun
agama.
Yang dimaksudkan dengan bebas daripada aqidah ialah mengiklankan
penentangannya terhadap dasar -dasar Islam yang menyeru wanita supaya
berpegang teguh dengannya dan beramal dengan tuntutannya seperti
memerangi hijab, sistem poligami dan system perwarisan. Menentang dasar
`kepimpinan' yang telah diberikan kepad a kaum lelaki dan sebagainya yang
mana hanya dengan salah-satu daripada tindakan ini sahaja telah
menyebabkan terlucutnya seseorang daripada ikatan Akidah Rabbaniah dan
terkeluarnya beliau daripada agama Islam .Lebih-lebih lagi apabila perkara-
perkara tersebut terkumpul, maka murtad dan keluar daripada agama Islam
adalah lebih nyata dan jelas.
Daripada kata-kata dan perancangan -perancangan yang telah kami nyatakan,
jelaslah kepada kita bahawa Yahudi, Freemason, Salibi ah, Komunis,
Kristianisasi dan Orientalis sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong untuk
merosakkan masyarakat Islam dengan menggunakan arak, seks, hiburan,
majalah, novel, hiburan yang tidak berakhlak serta meninggikan slogan:
Sesungguhnya mereka telah mencapai -alangkah sedihnya matlamat mereka
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
28/33
28
yang hina dan tujuan mereka yang keji di mana kita melihat ramai umat
Islam di negara Islam telah bertaburan untuk mencari kepuasan nafsu
syahwat.Mereka tergelincir ke lembah keruntuhan dan
penyelewengan..Mereka tidak mempunyai matlamat dan tujuan melainkan
semata-mata untuk memenuhi tuntutan dan kemahuan nafsu. Mereka terjun
ke dalam lumpur kehinaan dan kekejian serta mengabaikan kewajipan
mereka yang utama dan suci iaitu membawa risalah Islam dan berjuang
mempertahankannya.
Oleh itu, kita sebagai umat islam hendaklah mengetahui semua hakikat ini. Kita
hendaklah berhati-hati terhadap perancangan dan tipu daya musuh terhadap kita
dan kita hendaklah saling member peringatan antara satu sama lain. Memang
telah diyakini bahawa media massa pada hari ini digunakan untuk melakukan
kejahatan, maka ia dianggap sebagai wasilah terkuat di dalam merosakkan
masyarakat, memesongkan dan menyelewengkan umat Islam, membebaskan
wanita daripada ikatan akhlak dan kemuliaan agama. Ini disebabkan media
massa mampu berbicara kepada berjuta -juta orang melalui program dan
rancangan-rancangannya bahkan lebih ramai lagi. Kebanyakan mereka
mempunyai kepentingan dan keinginan yang mudah terpenga ruh dengan
perkataan-perkataan yang dibaca dan juga yang di lihat.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
29/33
29
Sekiranya perkataan itu baik maka ia adalah seperti pokok yang baik yang mana
akarnya teguh mencengkam bumi dan cabangnya mencapai langit lalu
mengeluarkan hasilnya pada setiap masa deng an izin Tuhannya. Sekiranya
perkataan itu jahat maka ia adalah seperti pokok yang tidak baik yang tercabut
daripada bumi dan tidak mempunyai pendirian yang teguh. Dari sini kita dapat
melihat bagaimana Islam memberi perhatian terhadap kalimah dan amanahny a
sesuatu kalimah serta kesannya... samada ia akan naik tinggi bersama orang -
orang mukmin ke langit suci dan mulia ataupun jatuh bersama orang yang
menuturkannya ke dalam neraka jahanam yang hina. Di antara yang
menyedihkan ialah kebanyakan media massa d i seluruh negara Islam adalah
dibuka medannya untuk menyebarkan kejahatan, mendorong melakukan
jenayah dan kerosakan di atas muka bumi.Kesan daripada itu berlakunya
kegoncangan akidah, kehancuran akhlak dan k emusnahan nilai-nilai mulia.
Perancangan Yahudi dan Freemason.
Yahudi berkata di dalam protokol mereka: Kita mesti bekerja untuk
merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah
dicapai. Sesungguhnya Frued adalah dari kalangan kita. Di antara kata -kata
mereka lagi ialah: Kita mesti merosakkan wanita. Di hari mereka
menghulurkan tangan kepada kita, kita akan berjaya menghiasi mereka dengan
perkara haram dan menggugatkan tentera yang memperjuangkan agama.
Yahudi adalah orang yang telah melahirkan teori Nature yang melenyapkan
akhlak dan mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh
membawa kepada kepuasan.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
30/33
30
Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi: Manusia hendaklah
berusaha memuaskan nafsu dengan cara mengungkaikan ikatan akhlak dan
halangan dari masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu
semua.
KESIMPULAN
Begitulah -wahai saudaraku ,apabila kamu mampu membebaskan dirimu
daripada pujukan syaitan, menewaskan dorongan nafsu ammarah
danmengenepikan keinginan hawa nafsu... sesungguhnya kamu telah
menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan menggunakan cabaran lain
yang lebih berkesan, positif dan lebih baik. Pada waktu yang sama kamu
telah memperbaiki dirimu, mengasuh akhlak dan berjalan di atas jalan
ketaqwaan dan petunjuk. Manusia akan memandang kamu sebagai seorang
ahli iman, ahli taqwa dan orang yang berhak mendapat keampunan kerana
mereka yang berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghindari tipu daya
syaitan, tanpa syak lagi mereka akan dapat menewaskan musuh-musuhnya,
mengalahkan ahli kesesatan, kefasikan dan kebatilan. Allah akan sentiasa
bersama mereka, menolong dan membantu mereka dengan pertolonganNya,
mengukuhkan kedudukan mereka di atas muka bumi, menyediakan untuk
mereka sebab-sebabkekuatan dan keagungan dan menggantika n ketakutan
dengan kemenangan.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
31/33
31
Mereka menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.
Aturlah urusanmu -wahai saudaraku - dan berbekallah dengan bekalan iman
dan taqwa. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Kuatkanlah
keazaman di dalam dirimu. Bebaskanlah dirimu dari pujukan syaitan dan
hawa nafsu; Sehingga apabila kamu muncul di medan dakwah ke jalan Allah
dan berjihad di jalanNya, kamu mempunyai pengaruh yang besar di dalam
usaha pengislahan, kedudukan yang tinggi di medan qudwah dan
kesanggupan yang kuat di dalam menyebarkan Islam Bahkan apabila
manusia melihatmu, mereka akan melihat dengan penuh kepercayaan, kasih
sayang dan optimis. Ketika kamu menyeru mereka, tidak ada seorang pun
yang tercicir dari menyahut dan taat. Ketika kamu meminta supaya mereka
beratur di dalam saf dakwah, mereka akan melakukannya dengan penuh
ketaatan dan minat. Dengan ini semua -wahai saudaraku para pemuda- kamu
telah memperbanyakkan kader-kader Islam di seluruh alam yang mana
melalui merekalah dasar-dasar Islam akan tersebar luas ke seluruh pelusuk
bumi dan terbinanya daulah Islam serta terbebasnya Negara Islam daripada
perancangan jahat Yahudi, Salibiyun, Komunis dan penjajah. Ketika itu
orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah. Dia
menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
32/33
32
Aqidah Dan Keimanan
y Abu Bazli Abdul Kadir Bin Che Kob (1985)
y Penerbit : Adabi Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Dasar-dasar Akidah Islam
y Abdul Ala Al Maududi (1985)
y Penerbit : Media Dakwah
Aqidah Islam Ilmu Tauhid
y Sayid Sabiq (Guru Besar di Universiti Al-Azhar) , (1974)
8/6/2019 Unsur2 Asas Akidah Islam
33/33
Benteng Akidah Islam
y Husein Muhammad Al-Jasr Al-Tarabulsi (1982)
y Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Prinsip-Prinsip Asas Islam (Islam Dan Akidah)
y Muhammad Asri Abdullah (2009)y Pusat Penerbitan Universiti, UPENA, UiTM Shah Alam
Internet
y www.dakwah.info
Top Related