i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP PENCAPAIAN PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN
KANDUNGAN DALAM KALANGAN BAKAL GURU FIZIK
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : __________ FARIDAH BINTI SAPIEE_____________________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
ALAMAT TETAP: NAMA PENYELIA:
LOT 750, CLEMATIS 6,
JALAN PUJUT 8B. PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN
98000 MIRI, SARAWAK.
Tarikh_________________ Tarikh: ___________________
CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis
ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik.”
Tandatangan : …………………………………………………………………
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN_
Tarikh : …………………………………………………………………
iii
TAHAP PENCAPAIAN PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN KANDUNGAN
DALAM KALANGAN BAKAL GURU FIZIK
FARIDAH BINTI SAPIEE
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : FARIDAH BINTI SAPIEE
Tarikh : …………………………….
v
DEDIKASI
Buat ayahanda yang dikasihi
Sapiee Bin Haji Hussin
Ayah, kaulah pembakar semangatku untuk aku terus berjuang mengejar cita – citaku .
Akan ku kenang jasamu yang telah membesarkan diriku dengan penuh kasih sayang.
Buat ibunda tersayang
Norsiah Kassim
Ibu, engkaulah ratu hati sanubariku. Tiada yang lebih berharga selain doa dan
restumu. Terima kasih ibu kerana kau telah mendidikku dengan sempurna sehingga
aku berjaya
Buat penyelia PSM dan pensyarah – pensyarah yang dihormati
Prof. Madya Dr. Haji Shaharom Bin Noordin
Segala ilmu dan nasihat yang kalian curahkan tidak akan ku lupakan. Akan ku
manfaatkan di mana jua ku berada. Akan ku jadikan pedoman semasa aku bergelar
sebagai pendidik nanti..
Buat teman yang teristimewa
Terima kasih di atas segala dorongan dan sokonganmu yang menjadikan aku lebih
berkeyakinan. Semoga impian yang kita impikan akan direstui dan dirahmati
olehNya. Amin…
Buat sahabat seperjuanganku
Terima kasih di atas segala pengorbanan kalian
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT SEMUA
vi
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan
kekuatan dan keizinan untuk saya meneruskan dan seterusnya menyiapkan tugasan
projek ini.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk penyelia saya, PM Dr. Shaharom Bin
Noordin di atas segala tunjuk ajar, usaha, prihatin, bimbingan, nasihat dan ilmu yang
telah beliau curahkan sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Juga tidak dilupakan jutaan terima kasih buat keluarga tercinta, teman
teristimewa dan sahabat-sahabat seperjuangan Tahun Tiga dan Tahun Empat Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan Fizik yang turut memberi semangat dan sokongan
sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Akhir kata, terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan projek
ini secara langsung mahupun tidak langsung. Mohon maaf untuk segalanya.
“Semoga Tuhan memberkati kalian semua”
vii
ABSTRAK
Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar telah
menarik perhatian ramai penyelidik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
pencapaian pengetahuan pedagogi dan pengetahuan Fizik dalam kalangan 41 orang
pelajar tahun tiga Pendidikan Fizik di UTM Skudai, Johor. Reka bentuk kajian
berbentuk tinjauan. Dalam konteks kajian ini, hanya dua pengetahuan sahaja yang
dikaji iaitu pengetahuan pedagogi dan pengetahuan Fizik manakala pembolehubah
bebas yang terlibat ialah minat dan jantina. Dua alat kajian telah digunakan untuk
mengukur tahap pencapaian dua pengetahuan ini iaitu Soal Selidik Tahap Pencapaian
Pengetahuan Pedagogi Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik dan juga Ujian Penilaian Isi
Kandungan Mata Pelajaran Fizik (UPIKMPF). Setiap set soalan mengandungi 30 item
dengan lima pilihan markat manakala UPIKMPF mempunyai 30 soalan objektif.
Kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = .89 dan UPIKMPF ialah α = .74. Analisis
statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah
digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan
antara tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dengan tahap pencapaian pengetahuan
Fizik adalah positif sederhana di mana nilai r ialah ialah .536 pada p<.05. Selain itu,
hubungan antara gred keputusan Latihan Mengajar pelajar dengan tahap pencapaian
pengetahuan pedagogi adalah sangat lemah iaitu nilai r ialah .195 pada p>.05. Tidak
terdapat perbezaan tahap pencapaian pelajar bagi kedua – dua pengetahuan merentas
minat dan berada pada tahap baik. Terdapat perbezaan tahap pencapaian pengetahuan
pedagogi dalam kalangan pelajar merentas jantina iaitu perempuan (cemerlang)
manakala lelaki (baik). Bagi tahap pencapaian pengetahuan Fizik pula secara
keseluruhan tidak terdapat perbezaan tahap pencapaian merentas jantina iaitu berada
pada tahap baik.
viii
ABSTRACT
Pedagogical Content Knowledge (PCK) among students needs to be further
researched. The purpose of this research was to identify the levels of achievement in
pedagogical and Physics knowledge among 41 Third Year Physics Education
undergraduates in UTM Skudai, Johor. The research method used is survey. In the
context of this research, only two types of knowledge were investigated which are
pedagogical and Physics knowledge in relation to independent variables such as
interest and gender of the respondents. Two instruments were used to measure the
levels of achievement of this two knowledge which are Questionnaire on the level of
Pedagogical Knowledge among Physics Trainee Teachers and the Assessment on the
Contents of Physics (UPIKMPF). The former of 30 items with five multiple choice
answer and the latter (UPIKMPF) has 30 objective questions. The reliability
instruments used for the instruments were a α = .89 and a α = .74 respectively.
Descriptive statistics analysis in the forms of mean, standard deviation, maximum and
minimum percentages was used to analyze the data. The results of this research
indicated that the relationship between the levels of achievement in pedagogical and
Physics knowledge was positively average whereby the value of r was .536 at p<.05.
On the other hand, the relationship between the grade of Practical Teaching and the
level of pedagogical knowledge was very weak as the value of r was only .195 at
p>.05. There was no difference on the level of knowledge based on their interest of
students and the finding was good for both types of knowledge. The difference in the
findings on level of achievement for pedagogical knowledge between gender indicated
females are excellent while males are good. Generally, the levels of achievement for
Physics knowledge for both the males and females indicated it was good and there was
no difference.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
SENARAI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.1.1 Kurang Pengetahuan dalam Aspek Pedagogi 4
1.1.2 Kurang Pengetahuan dalam Aspek Isi Kandungan 8
Fizik
x
1.1.3 Minat Penentu Keberkesanan Dalam Kerjaya 9
1.2 Pernyataan Masalah 12
1.3 Objektif Kajian 12
1.4 Persoalan Kajian 13
1.5 Kerangka Konsep Kajian 13
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.7 Skop Kajian 17
1.8 Andaian Kajian 18
1.9 Batasan Kajian 19
1.10 Definisi Istilah 20
1.10.1 Tahap Pencapaian 20
1.10.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) 21
1.10.3 Pengetahuan Pedagogi 21
1.10.4 Pengetahuan Isi Kandungan 22
1.10.5 Fizik 22
1.10.6 Bakal Guru 23
1.10.7 Minat 24
1.11 Rumusan 24
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 26
2.1 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) 26
2.1.1 Pengetahuan Pedagogi 30
2.1.1.1 Prinsip Pengajaran 31
2.1.1.2 Strategi Pengajaran 36
2.1.1.3 Pengurusan Bilik Darjah 41
2.1.1.4 Penilaian Pengajaran 43
2.1.2 Pengetahuan Fizik 47
2.1.2.1 Matlamat dan Objektif Kurikulum 47
Fizik
xi
2.1.2.2 Organisasi Kandungan 48
2.2 Kajian – kajian Lepas 59
2.2.1 Kajian – kajian Lepas Luar Negara 59
2.2.2 Kajian – kajian Lepas di dalam Negara 61
2.3 Rumusan 63
3 PENGKAEDAHAN KAJIAN
3.0 Pendahuluan 64
3.1 Reka Bentuk Kajian 64
3.2 Populasi dan Persampelan 65
3.3 Alat Kajian 66
3.3.1 Soal Selidik Tahap Pencapaian Pengetahuan 67
Pedagogi Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik
3.3.2 Ujian Pencapaian Isi Kandungan Mata Pelajaran 69
Fizik (UPIKMPF)
3.4 Tatacara Kajian 76
3.5 Kajian Rintis 79
3.6 Kajian Sebenar 79
3.7 Analisis Data Kajian 80
3.8 Rumusan 84
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 85
4.1 Hubungan Antara Tahap Pencapaian Pengetahuan 86
Pedagogi Terhadap Pengetahuan Fizik
4.2 Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan 87
Pengetahuan Fizik Merentas Minat
4.3 Hubungan Antara Keputusan Latihan Mengajar 90
Dengan Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi
4.4 Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan 91
xii
Pengetahuan Fizik Merentas Jantina
4.5 Rumusan 93
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 94
5.1 Ringkasan 94
5.2 Kesimpulan 96
5.3 Perbincangan 98
5.3.1 Hubungan Antara Tahap Pencapaian Pengetahuan 98
Pedagogi Terhadap Pengetahuan Fizik
5.3.2 Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan 100
Pengetahuan Fizik Merentas Minat
5.3.3 Hubungan Antara Keputusan Latihan Mengajar 110
Dengan Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi
5.3.4 Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi Dan 105
Pengetahuan Fizik Merentas Jantina
5.4 Implikasi 107
5.4.1 Bakal Guru Fizik 108
5.4.2 Pihak Pensyarah 109
5.4.3 Fakulti Pendidikan 110
5.5 Cadangan 110
5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 114
5.7 Rumusan 115
RUJUKAN 117
LAMPIRAN 121
xiii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA
JADUAL SURAT
1.1 Kategori GPA Dan Nilai Min Kemahiran Generik 5
Yang Diperolehi Oleh Guru Pelatih
2.1 Ciri – Ciri Kepimpinan 43
2.2 Huraian Pengetahuan Tajuk Dalam Tingkatan 4 dan 5 50
2.3 Isi Kandungan Yang Terkandung Dalam Bab 3 52
(Daya dan Tekanan)
2.4 Isi Kandungan Yang Terkandung Dalam Bab 4 54
(Haba)
2.5 Isi Kandungan Yang Terkandung Dalam Bab 5 56
(Cahaya)
3.1 Taburan Peserta Kajian Berdasarkan Program 66
Pengajian, Jantina Dan Bilangan
3.2 Jadual Permakatan Untuk Skala Likert 67
3.3 Aspek – Aspek Yang Dinilai Dalam Pengetahuan 71
Pedagogi Dan Isi Kandungan
3.4 Susunan Aspek – Aspek Yang Dinilai Dalam 73
Pengetahuan Pedagogi
3.5 Tahap Pencapaian Terhadap Min Pengetahuan Pedagogi 82
3.6 Pemeringkatan Tahap Pencapaian Terhadap 83
Pengetahuan Fizik dalam Daya dan Tekanan,
xiv
Haba dan Cahaya
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Hubungan 86
Antara Tahap Pencapaian Pengetahuan Pedagogi
Terhadap Pengetahuan Fizik
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pencapaian 88
Pengetahuan Pedagogi Dan Pengetahuan Fizik
Merentas Minat
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Hubungan Antara Gred 90
Keputusan Latihan Mengajar Dengan Tahap
Pencapaian Pengetahuan Pedagogi
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pencapaian 91
Pengetahuan Pedagogi Merentas Jantina
4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pencapaian 92
Pengetahuan Fizik Merentas Jantina
5.1 Kategori GPA Dan Nilai Min Kemahiran Generik 104
Yang Diperolehi Oleh Guru Pelatih
xv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA
RAJAH SURAT
1.1 Kerangka Kajian Tahap Pencapaian PPK Dalam 15
Kalangan Bakal Guru Fizik Tahun 3 di UTM,
Skudai Johor.
2.1 Hubungan PPK Dengan Pengetahuan Pedagogi Dan 28
Pengetahuan Kanudngan
2.2 Unsur – Unsur Pengetahuan Terhadap PPK 29
guru terhadap PPK
2.3 Model Pengajaran 32
2.4 Proses Umum Pengajaran Sains 33
2.5 Corak Komunikasi Antara Guru Dengan Pelajar 35
Berpusatkan Guru Dan Pelajar
2.6 Strategi P&P Dalam Kurikulum Sains 38
2.7 Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme 40
2.8 Tiga Peranan Penting Dalam Bilik Darjah 42
2.9 Tajuk – Tajuk Yang Berkaitan Dalam Sukatan 49
Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4 & 5
3.1 Aspek – Aspek Yang Dinilai Dalam Amalan Pedagogi 68
3.2 Aspek – Aspek Yang Dinilai Dalam Isi Kandungan 70
3.3 Carta Aliran Tatacara Pengendalian Kajian 78
xvi
SENARAI SINGKATAN
BBM - Bahan Bantu Mengajar
FP - Fakulti Pendidikan
HSP - Huraian Suakatan Pelajaran
IP - Institusi Perguruan
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
KDPM - Kursus Diploma Perguruan Malaysia
KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LPBS - Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPK - Pengetahuan Pedagogi Kandungan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9
SP - Sukatan Pelajaran
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPM - Sijil Pelajaran Menengah
SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan
(Fizik)
S&T Sains dan Matematik
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
xvii
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UPIKMPF - Ujian Penilaian Isi Kandungan Mata Pelajaran Fizik
UPM - Universiti Pertanian Malaysia
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
USM - Universiti Sains Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Soal Selidik Tahap Pencapaian Pengetahuan 121
Pedagogi Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik
B Ujian Penilaian Isi Kandungan Mata Pelajaran 128
Fizik (UPIKMPF)
C Jawapan UPIKMPF 148
D Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana 150
Muda (PSM) Dan Permohonan Kelulusan Menulis
Tesis Melebihi muka Surat Yang Ditetapkan
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Malaysia mempunyai matlamat untuk mencapai taraf negara maju menjelang
tahun 2020. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini maka perindustrian
berteraskan sains dan teknologi telah ditekankan selaras dengan cabaran keenam
Wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan, bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi pada masa hadapan.
Ini menunjukkan bertapa pentingnya ilmu sains dan teknologi dalam
memajukan sesebuah negara. Bagi mencapai matlamat ini, setiap individu perlu
mempunyai satu asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains supaya kadar tenaga
manusia mencukupi untuk membuat pengkhususan dalam pelbagai bidang sains dalam
2
penyelidikan dan pembangunan. Sejajar dengan ini juga, guru sains perlu menghayati
Falsafah Pendidikan Sains di Malaysia iaitu:
“Pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan
memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,
tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan
teknologi.”
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)
Salah satu cabang utama sains yang menyumbang kepada sains dan teknologi
adalah ilmu Fizik. Fizik adalah salah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim
dan tenaga serta hubungkait antara keduanya. Sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik,
ilmu Fizik sentiasa bercambah dan berkembang dengan begitu pesat sekali. Aplikasi
konsep dan prinsip Fizik dalam pelbagai aktiviti kehidupan telah banyak menyumbang
ke arah kemajuan dan kesejahteraan hidup kita khususnya dalam zaman sains dan
teknologi ini.
Namun demikian, pada masa kini tidak ramai dalam kalangan pelajar meminati
mata pelajaran Fizik. Ini kerana Fizik dikatakan salah satu mata pelajaran yang paling
sukar untuk difahami disebabkan konsepnya yang terlalu abstrak. Oleh yang demikian,
maka minat pelajar terhadap mata pelajaran Fizik tidak begitu memberangsangkan.
Kesan daripada ini, maka prestasi pelajar dalam mata pelajaran Fizik menjadi kurang
memuaskan.
3
Ini disebabkan salah satu faktor penyebab minat pelajar terhadap mata
pelajaran Fizik menjadi kurang memberangsangkan adalah guru yang tidak mampu
menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Tambahan pula, guru lebih
mengutamakan pengajarannya dalam mengejar silibus tanpa mengambil tahu sama
objektif yang diajarnya tercapai atau pun tidak. Hasilnya pelajar tidak dapat menerima
mata pelajaran tersebut menjadi mata pelajaran kesukaannya.
Berdasarkan hasil kajian Hanafi Jasman (2004), salah tanggapan bukan saja
disebabkan oleh sifat mata pelajaran pengajaran Fizik yang dianggap susah, tetapi juga
faktor-faktor guru, bahasa, pengalaman seharian dan persekitaran. Ini telah
mempengaruhi penguasaan konsep Fizik dan juga pencapaian akademik pelajar. Jika
ini berlaku, maka tidak tercapailah sasaran Wawasan 2020 untuk melahirkan bakal
modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam Sains dan Teknologi
(S&T) dalam menghayati nilai-nilai murni untuk menjadi acuan pembangunan negara
di masa akan datang.
Oleh itu, sewajarnya bakal guru perlu menguasai ilmu Pengetahuan Pedagogi
Kandungan (PPK) untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan. PPK adalah ilmu
yang sangat penting kerana dengan PPK bakal guru dapat menterjemahkan isi
kandungan subjek dengan mengubahsuaikannya berdasarkan pengetahuan sedia ada
pelajar, minat dan kebolehan pelajar agar mudah dikuasai. Dengan ini maka bakal
guru akan terus memastikan agar suatu masa nanti martabat keguruan mereka sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi untuk di masa
hadapan.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia terdapat beberapa masalah yang tercetus di dalam isu-isu
pendidikan. Antaranya adalah masalah yang melibatkan proses P&P guru.
Berdasarkan petikan Salehudin & Mahadi (2005:13), “guru perlu bijak dalam
menyampaikan pengajaran dan juga mahir dalam isi kandungan mata pelajaran yang
diajar. Oleh itu pengisian ilmu dalam kedua aspek ini penting.”
Ini kerana guru memainkan peranan yang amat penting di dalam menentukan
pencapaian akademik pelajar. Sesungguhnya, peningkatan dan penurunan pencapaian
akademik pelajar itu bergantung kepada cara pengajaran guru. Sungguhpun beberapa
program telah dilaksanakan untuk meningkatkan proses pembinaan PPK dalam
kalangan bakal guru, namun sehingga kini proses membina PPK di kalangan bakal
guru masih lagi dibahaskan. Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik akan cuba mengatasi
masalah – masalah yang berkaitan dengan masalah PPK guru.
1.1.1 Kurang Pengetahuan dalam Aspek Pedagogi
Sebagai seorang bakal guru, mereka juga perlu menguasai aspek – aspek
pengetahuan pedagogi kerana penyampaian yang berkesan menyebabkan proses P&P
dalam bilik darjah menjadi lebih menarik. Tambahan pula, dengan cara ini akan
memudahkan lagi pelajar-pelajar untuk memahami isi kandungan mata pelajaran.
Bakal guru mesti bijak dalam menyampaikan pengajaran terutamanya di dalam bilik
darjah.
5
Namun kini masih terdapat beberapa sekolah yang masih kekurangan bakal
guru yang bijak atau berkebolehan dalam menyampaikan isi kandungan mata
pelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Fizik. Ini kerana ada sebahagian bakal guru
yang masih kurang ilmu asas pedagogi. Sungguhpun bakal guru boleh mengajar
namun bakal guru masih kurang berkebolehan untuk mengajar. Justeru, bakal guru
perlu mempelbagaikan lagi strategi dan kaedah pengajarannya agar proses P&P akan
menjadi lebih menarik dan berkesan.
Salah satu permasalahan yang berlaku ialah guru kurang penguasaan dalam
kemahiran generik. Beberapa persoalan timbul tentang kemahiran generik ini iaitu
adakah kemahiran generik ini berbeza dengan pencapaian? Jadual 1.1 di bawah
menunjukkan dapatan Megat et al. (2007), mendapati bahawa nilai r = .389 dan p
>.05. Dapatan mendapati bahawa penerapan kemahiran generik dalam kalangan guru
– guru pelatih di UTM tidak berkait dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Ini
bermaksud sungguhpun tahap pencapaian pelajar berada pada tahap yang baik namun
penerapan kemahiran generik mereka tidak semestinya baik juga atau sebaliknya.
Jadual 1.1
Kategori GPA Dan Nilai Min Kemahiran Generik Yang Diperolehi Oleh Guru Pelatih
Kategori GPA Min SL N
GPA antara 0.00 hingga 1.99
GPA antara 2.00 hingga 2.29
GPA antara 2.30 hingga 2.69
GPA antara 2.70 hingga 2.99
GPA antara 3.00 hingga 3.49
GPA antara 3.50 hingga 3.69
GPA antara 3.70 hingga 4.00
3.6789
4.0377
3.9834
3.9978
3.9731
3.9747
3.8399
.10615
.32416
.27851
.46167
.42842
.41901
.19512
2
4
18
52
201
26
5
Jumlah 3.9748 .41970 308
6
Justeru, guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang
bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Menurut Megat et al. (2007), “Kemahiran
generik amat penting bagi menentukan keupayaan graduan mengadaptasikan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam dunia pekerjaan sebenar.” Ini kerana
penggunaan dan penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam P&P amat
bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan pelbagai
kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar,
kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran serta tidak kurang pentingnya
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. (Mok, 2003)
Maka dengan ini menimbulkan lagi satu permasalahan yang sering berlaku
dalam kalangan bakal guru iaitu guru pelatih masih tidak dapat mengaplikasikan
pendekatan inkuiri – penemuan dalam pengajaran mereka. Ini kerana bakal guru
dikatakan kurang berkemahiran dalam teknik menyoal berasaskan inkuiri dan kurang
menguasai kemahiran fasilitator. Ini merujuk kepada hasil dapatan Thangavelo et al.
(2002), terdapat juga keadaan yang menunjukkan bakal guru tidak mengajar Sains
secara inkuiri – penemuan dan lebih berpusatkan guru. Dengan ini menimbulkan
punca permasalahan bakal guru semasa melaksanakan strategi P&P sains secara
inkuiri – penemuan.
Disamping itu, ada juga sesetengah bakal guru masih kurang mempelbagaikan
strategi pengajaran mereka. Sebagai contoh, ada sesetengah di kalangan guru lebih
suka bercerita dengan panjang lebar tanpa menghiraukan kebosanan pelajar terhadap
pengajaran tersebut. Menurut Lilia et al. (2002:42), “…guru berkuliah dan pelajar
hanya belajar fakta. Lama kelamaan Fizik tidak disukai kerana mata pelajaran adalah
membosankan disebabkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang pasif”.
Justeru, bakal guru perlu mempunyai pembentukan sikap yang baik serta rajin
7
berusaha dan mesra dengan pelajar – pelajarnya agar proses P&P menjadi menarik dan
diminati oleh pelajar- pelajar.
Selain daripada itu, banyak isu – isu yang timbul berkaitan dengan kerenah
pelajar – pelajar misalnya pelajar tidur di dalam kelas, bercakap semasa guru tengah
mengajar dan sebagainya. Sebagai seorang guru perlu mempunyai kesabaran dan juga
kreativiti dalam menangani masalah yang berkaitan dengan pelajar. Ini kerana
kesabaran dapat menangani apa jua permasalahan yang berkaitan dengan masalah
serta karenah pelajar. Berdasarkan pernyataan Salehudin el al. (2005:13), “Sabar juga
penting kerana dalam proses pengajaran, guru terpaksa berdepan dengan pelbagai
kerenah pelajar, menghadapi pelajar yang lemah, kemudahan yang tidak mencukupi
dan suasana pembelajaran yang tidak mengizinkan. Namun begitu sekiranya seseorang
guru itu mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang positif maka ia dianggap guru itu berkualiti”.
Oleh itu, dengan ini bakal guru perlu bijak dalam menangani masalah yang
bakal mereka hadapi semasa di dalam dan di luar kelas. Semua masalah yang
berkaitan dengan masalah di dalam dan di luar kelas akan dapat ditangani sekiranya
guru itu mempunyai sifat semulajadi keguruan dan mempunyai daya kreativiti yang
tersendiri pada diri guru itu sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.
8
1.1.2 Kurang Pengetahuan dalam Aspek Isi Kandungan Fizik
Selain daripada berkebolehan dalam ilmu pengetahuan pedagogi, bakal guru
juga perlu menguasai aspek – aspek pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang
mereka ajar. Namun kini masih terdapat beberapa sekolah yang masih kekurangan
bakal guru yang bijak atau berkebolehan dalam mata pelajaran yang diajarinya
terutamanya dalam mata pelajaran Fizik. Sesungguhnya, penguasaan isi kandungan
juga amat penting bagi guru untuk mengajar mata pelajaran yang diajarinya kerana
dengan kebijaksanaannya maka akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang
melibatkan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Disamping itu, penguasaan isi
kandungan yang baik juga membolehkan guru lebih berkeyakinan ketika berhadapan
dengan pelajar – pelajar ketika di dalam bilik darjah. “Aspek kedua yang
mempengaruhi kejayaan perlaksanaan aktiviti yang berpusatkan murid ialah
pengetahuan isi kandungan Fizik yang dikuasai oleh guru (Lilia et al., 2002)”.
Terdapat satu kajian dalam kalangan guru pelatih dan guru berpengalaman
menunjukkan bahawa guru – guru ini mempunyai kesilapan dalam memahami konsep
yang sama dengan pelajar (Lilia et al., 2002). Berdasarkan petikan Lilia et al.
(2002:42), “Guru tidak boleh hanya memberi kuliah dengan harapan pelajar menerima
secara bulat – bulat apa yang telah diajar.” Berdasarkan petikan ini, guru seharusnya
mengambil tahu apa yang pelajar faham dan apa yang pelajar tidak faham. Justeru,
guru perlu sentiasa peka dan menyemak semula kefahaman mereka dari masa ke
semasa. Ini kerana penyampaian yang disampaikan oleh seseorang guru amat
bermakna untuk pelajar – pelajarnya. Justeru, bakal guru perlu memantapkan isi
kandungan agar dapat menguasai isi kandungan yang akan diajarnya.
9
Sekiranya terdapat pengetahuan konseptual yang salah dalam kalangan guru
maka perlu ditangani dengan segera. Ini kerana terdapat ada sesetengah guru yang
mengajar mata pelajaran Fizik tetapi tidak mempunyai asas latihan Fizik (Subahan,
1999). Oleh itu, guru Fizik harus memandang serius dengan masalah ini terutamanya
bagi bakal – bakal guru yang akan mengajar di sekolah - sekolah agar bersedia untuk
mendalami ilmu isi kandungan Fizik dengan lebih mantap.
Kesimpulannya, pengajaran sains yang berkesan memerlukan guru sains
menguasai isi kandungan yang baik, mempunyai sikap dan ciri ahli sains yang baik,
serta mempunyai pelbagai kemahiran, teknik dan strategi dalam proses P&P sains.
Oleh itu, seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya serta sentiasa menganalisis dan berfikir secara kritis agar dapat
menjana idea-idea baru untuk mempelbagaikan strategi dan kaedah ketika mengajar.
Di samping itu, guru yang bakal mendidik anak bangsa seharusnya mempunyai sifat
jati diri agar mempunyai semangat yang kental untuk membina anak – anak bangsa di
masa hadapan.
1.1.3 Minat Penentu Keberkesanan dalam Kerjaya
Pada masa kini, khususnya bakal – bakal guru yang mengambil program
pendidikan di IPTA, sering dipersoalkan kemurniaan niat dan cita-cita kerjaya diri.
Adakah pelajar menjadi pendidik sebagai pilihan terakhir kelayakan yang ada atau
menyahut kemerunduman ekonomi semasa? Timbul pelbagai kekalutan terhadap
profesion ini ketika ini. Adakah profesion keguruan ini sedang menghadapi „krisis
identiti‟ profesionalisme dan semakin terhakis kepercayaan masyarakat terhadap
10
profesion ini? “Profesion guru dikatakan amat „tenat‟ dan guru sedang menghadapi
tekanan tugas yang amat berat.… Lebih merisaukan kedapatan laporan sekolah yang
mempersoalkan kewibawaan guru-guru pelatih sewaktu menjalani Praktikum atau
Latihan Mengajar di sekolah. Juga kedapatan guru-guru yang merungut diminta
mengajar mata pelajaran yang bukan opsyen pengajian diri.” (Salehudin, 2005:49)
Berdasarkan Halimah (2006:83) menyatakan, “… guru dan pelajar harus
berusaha untuk memupuk sikap, minat dan motivasi supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mencapai objektif yang telah disasarkan.” Berdasarkan pernyataan
ini, jika guru tidak mempunyai sikap minat terhadap kerjayanya maka perlaksanaan
guru terhadap proses P&P tidak akan memberi makna dan seluruh P&P yang
dilaksanakan tidak menunjukkan keberkesanan. Ini kerana sikap meminati kerjaya
adalah penting sebagai penentu matlamat guru agar proses P&P yang dilaksanakan
mencapai objektif pembelajaran.
Disamping itu, “guru pelatih yang memilih bidang pendidikan sebagai pilihan
terakhir atau dipengaruhi oleh pihak lain (minat yang rendah) menunjukkan prestasi
yang kurang baik semasa proses pengajaran berbanding mereka yang berminat,
menunjukkan kesungguhan sama ada dari segi persediaan mengajar ataupun proses
pengajaran.” Halimah (2006:92). Berdasarkan pernyataan ini, dapat dilihat bahawa
prestasi bakal guru yang berminat adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak
berminat dengan kerjaya ini. Oleh sebab itulah golongan yang tidak berminat terhadap
profesion perguruan banyak menunjukkan sikap negatif dan kurang bermotivasi
terhadap pengajaran mereka. Dengan kata lain, sesetengah bakal guru seperti ini tidak
melakukan persediaan yang baik, mengajar sambil lewa untuk menghabiskan sukatan
mata pelajaran, penggunaan alat bantuan mengajar tidak sempurna dan tidak
melakukan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran malah lebih menggunakan kaedah
kuliah sahaja. Oleh sebab itu, maka mereka seperti inilah yang akan memberi seribu
11
alasan yang tidak munasabah. Alasan yang dimaksudkan adalah seperti pelajar tidak
berminat dan tidak cukup masa untuk memberi nota. Bakal guru seperti inilah yang
amat kita kuatiri untuk menjadi pendidik pelajar – pelajar di masa akan datang.
Selain itu, satu lagi isu yang sering dibangkitkan ialah sama ada calon guru
yang berjaya dipilih benar-benar bercita-cita ingin menjadi guru atau sebaliknya.
Menurut Salehuddin et al. (2005:35), “…terdapat sebilangan kecil guru yang memilih
profesion keguruan adalah untuk kepentingannya sendiri seperti mendapat gaji yang
tetap, cuti yang panjang dan pada jangkaan mereka bidang ini mudah serta tidak
mencabar.” Sikap mengutamakan kepentingan diri inilah yang kita kuatiri akan hanya
memalapkan dunia pendidikan yang perlu didokong oleh watak-watak guru yang tidak
mempunyai sifat semula jadi seorang guru.
Kesimpulannya, bakal guru yang diharapkan menjadi pembimbing generasi
muda hendaklah mempunyai ciri-ciri unggul yang menjadi aspirasi masyarakat dan
negara. Sememangnya Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian
Pendidikan Guru berhasrat memilih bakal guru yang berminat, bukan mereka yang
hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan lain kerana sikap separuh hati ini telah
terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profesion itu sendiri.
12
1.2 Pernyataan Masalah
Daripada huraian latar belakang masalah, terdapat beberapa masalah- masalah
yang melibatkan bakal guru dalam isu pengajaran dan pembelajaran. Maka penyelidik
ingin mengkaji masalah tentang bakal guru Fizik tahun tiga UTM yang kurang dalam
aspek pedagogi dan isi kandungan mata Fizik.
1.3 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah:
i) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang bererti antara tahap
pencapaian pengetahuan pedagogi terhadap pengetahuan Fizik
ii) Membandingkan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan pengetahuan
Fizik bakal guru dalam merentas minat
iii) Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang bererti antara gred
keputusan Latihan Mengajar bakal guru dengan tahap pencapaian pengetahuan
pedagogi
iv) Membandingkan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan pengetahuan
Fizik bakal guru dalam merentas jantina
13
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan menjawab persoalan-persoalan berikut:
i) Adakah terdapat hubungan yang bererti antara tahap pencapaian pengetahuan
pedagogi terhadap pengetahuan Fizik?
ii) Adakah terdapat perbezaan antara tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan
pengetahuan Fizik merentas minat?
iii) Adakah terdapat hubungan yang bererti antara gred keputusan Latihan
Mengajar bakal guru dengan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi?
iv) Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian pengetahuan pedagogi dan
pengetahuan Fizik merentas jantina?
Top Related