PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 1
Objektif am :
Mengetahui Etika dan Protokol majlis rasmi.
Mengamalkan Etika dan Protokol ketika menghadiri majlis.
Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-
mentakrifkan maksud Etika dan Protokol.
mengetahui protokol-protokol untuk menghadiri majlis rasmi
mengetahui dan mengamalkan etika dimeja makan.
UNIT 4
OBJEKTIF
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
INPUT
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 2
4.1 DEFINISI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL
Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen
yang menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa
maksud yang pertama dan perkataan koiI yang bermaksud pelekat
Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam
perlaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan
keutamaan dalam pangkat dan status seseorang.
Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang
membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai
penentu kepada perlakuan seseorang.
Etika sosial yang hendak disampaikan dalam modul ini merupakan
satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya anda lakukan
untuk berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia
melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri
yang baik yang diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada
dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.
4.2 TATASUSILA DAN KELAKUAN
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 3
Tatasusila atau adab tertib merupakan punca pengenalan peribadi
seseorang. Tidak semua tatasusila orang barat itu sesuai dengan
orang timur terutamanya yang beragama Islam.
4.2.1 Tatacara majlis rasmi
Majlis rasmi boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:
i. Peringkat antarabangsa
ii. Peringkat Kebangsaan
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Daerah
v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan
sebagainya)
Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan
dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Majlis Rasmi.
Apa yang akan diperbincangkan dalam modul ini adalah asas-asas
kepada tatacara majlis rasmi agar anda tidak terpinga-pinga atau
kekok apabila menghadir majlis rasmi.
a) Tatacara menghadiri majlis
Tetamu-tetamu bagi majlis rasmi biasanya diundang
menggunakan kad jemputan. Tanggunjawab anda sebagai tetamu
bagi sesuatu majlis rasmi adalah bermula daripada hari
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 4
penerimaan kad jemputan dan berakhir apabila anda
meninggalkan majlis tersebut. Oleh itu, sekiranya anda menerima
kad jemputan bagi sesuatu majlis rasmi, adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk melakukan perkara-perkara berikut:
i. Anda hendaklah membaca kad jemputan dengan teliti.
Perhatikan apakah kad jemputan tersebut perlu dijawab atau
disediakan pelekat kenderaan.
ii. Telitilah tujuan jemputan dan jenis majlis yang akan diadakan.
Adakah ia majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Ini adalah penting
untuk menentukan jenis pakaian yang hendak dipakai
sekiranya kad jemputan tersebut tidak menyatakan jenis
pakaian yang patut dipakai.
iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak
diadakan.
iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada
kebiasaannya kad jemputan ada menyatakan jenis pakaian
yang perlu dipakai tetamunya.
v. Buat keputusan sama ada anda hendak hadir atau tidak pada
majlis tersebut. Jawablah segera jemputan tersebut untuk
memudahkan penganjur majlis menentukan bilangan tetamu
keseluruhannya.
b) Tatacara pergaulan sosial
Pergaulan sosial merupakan pengenalan peribadi seseorang iaitu
samada beliau seorang yang hidup dalam suasana sopan santun
atau pun hanya seorang yang jahil dan kurang kesopanan.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 5
Memperkenalkan seseorang
i. Orang yang penting kepada orang yang kurang lebih
penting
Anda memperkenalkan orang yang kurang penting kepada
orang yang lebih penting. Misalnya anda mempunyai seorang
kawan yang ingin berkenalan dengan ketua anda. Anda
bersetuju memperkenalkannya kepadanya. Ini bermakna
kawan anda itu adalah orang yang diperkenalkan dan ketua
anda adalah orang yang menerima perkenalan.
ii. Yang berpangkat rendah kepada yang berpangkat
tinggi
Jika kedua-dua orang yang hendak dikenalkan diketahui
pangkatnya maka hendaklah orang yang lebih rendah
pangkatnya diperkenalkan kepada orang yang lebih tinggi
pangkat. Misalnya memperkenalkan seorang penolong
setiausaha kepada setiausaha bahagian walaupun mereka
bukan dalam satu kementerian
iii. Yang muda kepada yang tua
Perkenalan seorang yang lebih muda usianya kepada seorang
yang lebih tua usianya, berlaku dalam lingkungan
kekeluargaan. Sebagai contoh apabila seseorang
memperkenalkan rakannya kepada bapanya ataupun anda
hendak memperkenalkan rakan anda kepada bapa anda.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 6
Dalam situasi ini bapa dianggap sebagai orang yang tua dan
dengan itu dia merupakan orang yang menerima perkenalan.
iv. Lelaki kepada perempuan
Perkenalan seorang lelaki kepada seorang perempuan. Ini
dilakukan dengan cara menyebut nama perempuan yang
berkenaan terlebih dahulu barulah disebut nama lelaki. Walau
bagaimanapun sekiranya lelaki itu orang ternama atau
mempunyai kedudukan tinggi, peraturan ini dikecualikan.
Dalam keadaan ini nama orang yang ternama terlebih dahulu
disebut sebagai tanda menghormatinya.
Perilaku dan lafaz perkenalan
“Benarkan saya perkenalkan encik……………..”
Sebutkan nama penuh orang yang diperkenalkan.
Perkenalkan hanya apabila orang yang ditanya itu setuju.
Perempuan yang diperkenalkan boleh tetapi tidak perlu
menghulurkan tangan.
Perempuan yang duduk tidak perlu berdiri. Tanda
‘acknowledgement’ dengan menunduk kepala dan senyum manis
sudah mencukupi.
Boleh minta sahabat yang memang kenal orang yang hendak
dikenali memperkenalkan diri.
Bagi orang Melayu, perempuan tidak diperkenalkan kepada lelaki
melainkan oleh suami ataupun bapa perempuan sendiri.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 7
Perempuan Melayu tidak perlu berjabat tangan dengan lelaki,
hanya perlu tundukkan kepala sahaja.
Umur merupakan faktor yang penting. Yang muda akan
diperkenalkan dahulu kecuali dalam kes keluarga diraja, yang
bukan keluarga diraja diperkenalkan dahulu. Gunakan gelaran jika
ada seperti Yang Mulia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, Tuan
Haji dan sebagainya.
Tingkah-laku di Majlis.
i. Lelaki buka pintu kereta.
ii. Lelaki menarik dan menolak kerusi.
iii. Berbaris untuk mengambil makanan.
iv. Berbahasa sopan.
v. Jangan goyang kaki/makan chewing gum.
vi. Jangan menyampuk/mencelah perbualan.
vii. Jangan gigit kuku, korek telinga, hidung dan merokok.
viii. Jangan memakai bedak di khalayak ramai.
ix. Jangan bercakap dengan mulut penuh.
x. Jangan berlaga sudu dan garpu.
xi. Jangan meninggalkan sudu di dalam gelas
xii. Jangan letak siku di atas meja.
xiii. Bawa makanan ke mulut dan bukan sebaliknya.
xiv. Letakkan napkin di atas peha, bukan di kolar.
xv. Jika datang berpasangan, perempuan hendaklah masuk
dahulu.
xvi. Jika membawa anak, yang muda mengikuti di belakang.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 8
xvii. Jika memakai baju luar (cloak), hendaklah di tanggalkan
dan di letak di bilik kecil yang disediakan atau diserah kepada
butler.
xviii. Biasanya ada bilik untuk tetamu membersihkan diri dan
berhias sebelum masuk dewan.
c) Tatacara menjadi pengacara majlis
Juruacara dalam sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka
yang berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh
menjadi juruacara yang baik. Juruacara adalah berperanan untuk
memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut
urutan majlis. Juruacara tidak semestinya Pengerusi Majlis tetapi
Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Sebaiknya setiap majlis
disediakan dua orang juruacara. Teks ucapan bagi juruacara
hendaklah ditaip dengan menggunakan separuh dari kertas A4
dan satu muka hanya dimuatkan dengan satu pengumuman
sahaja.
Sekiranya anda menjadi juruacara untuk sesuatu majlis, pastikan
anda mengetahui agenda atau turutan majlis dari permulaan
sehingga majlis tamat. Pastikan anda membuat teks ucapan yang
penuh. Teks anda perlu dipatuhi sepenuhnya kecuali ada
perubahan yang berlaku disaat-saat akhir. Teks anda juga penting
bagi memastikan atur cara majlis berjalan dengan licin serta
lancar
Sekiranya anda menjadi juruacara dalam majlis formal, anda tidak
perlu memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau berjenaka
atau menyebut tetamu kenamaan yang hadir. Anda hanya perlu
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 9
mengumumkan apa yang berlaku. Tidak perlu untuk membuat
ulasan dan tiada ucapan terima kasih. Berjenaka adalah dilarang
sama sekali.
Pengetahuan anda mengenai panggilan-panggilan hormat
berdasarkan gelaran turun temurun ataupun jawatan yang
disandang akan memudahkan anda apabila untuk membuat
pengumunan atau menyemput seseorang.
PANGGILAN HORMAT
Panggilan Hormat
Lelaki Perempuan/IsteriPanggilan
hormat
DYMMSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
DYMM
DYMM Raja Perlis Raja Perempuan DYMMKDYMM Sultan Kedah Sultanah DYMMDYMM Sultan Selangor Tengku Ampuan DYMM
DYMMYang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Tunku Ampuan DYMM
KDYMM Sultan Pahang Sultanah DYMMKDYMM Al-Sultan Kelantan Raja Perempuan DYMM
DYMM Sultan TerengganuTengku Ampuan Besar
DYMM
DYMM Sultan Johor Sultanah DYMMDYMM Sultan Perak Raja Pemaisuri DYMM
DYTM Raja Muda SelangorIsteri Raja Muda Selangor
YTM
DYTM Raja Muda Perlis Raja Puan Muda YTM
KDYTMTengku Mahkota Pahang
Isteri Tengku Mahkota Pahang
YTM
DYTMYang Dipertuan Muda Terengganu
Isteri Yang Dipertuan Muda Terengganu
YTM
DYAM Tunku Mahkota JohorIsteri Tunku Mahkota
YAM
DYTM Raja Muda Kedah Raja Puan Muda YTMDYTM Raja Muda Perak Raja Puan Besar DYTMYAM Anak-anak Raja Yang Anak-anak Raja YAM
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 10
Panggilan Hormat
Lelaki Perempuan/IsteriPanggilan
hormatMemerintah Yang Memerintah
Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Isteri Y.A.Bhg
Y.A.B Perdana Menteri Isteri Y.A.BhgY.A.B Tim. Perdana Menteri Isteri Y.A.BhgY.A.B Menteri Besar Isteri Y.A.BhgY.A.B Ketua Menteri Isteri Y.A.BhgY.B Menteri Isteri Y.BhgY.B Timbalan Menteri Isteri Y.BhgY.B Setiausaha Parlimen Isteri Y.Bhg
Y.BYang Dipertua Dewan Negara
Isteri Y.Bhg
Y.BYang Dipertua Dewan Rakyat
Isteri Y.Bhg
Y.BTim. Yang Dipertua Dewan Negara
Isteri Y.Bhg
Y.BTim. Yang Dipertua Dewan Rakyat
Isteri Y.Bhg
Y.Amat Arif
Ketua Hakim Negara Isteri Y.Bhg
Y.BhgKetua Setiausaha Negara
Isteri Y.Bhg
Y.B Ahli Dewan Negara Isteri PuanY.B Ahli Dewan Rakyat Isteri Puan
Y.BAhli Dewan Undangan Negeri
Isteri Puan
Y.Arif Hakim Besar Isteri Y.Bhg
Y.ArifHakim Mahkamah Agung
Isteri Y.Bhg
Y.ArifHakim Mahkamah Tinggi
Isteri Y.Bhg
Y.Bhg. Peguam Negara Isteri Y.Bhg
Y.Bhg.Panglima Angkatan Tentera
Isteri Y.Bhg
Y.Bhg Ketua Polis Negara Isteri Y.BhgY.Amat
BhgTun Isteri Y.A.Bhg
Y.Bhg Tan Sri Isteri Y.BhgY.Bhg Dato/Datuk Isteri Y.Bhg
Y.Mulia Tunku/Tengku Tunku/Tengku Yang MuliaY.Mulia Ungku Ungku Yang Mulia
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 11
Panggilan Hormat
Lelaki Perempuan/IsteriPanggilan
hormatY.Mulia Ku Ku Yang MuliaY.Mulia Raja Raja Yang MuliaTuan Syed Syed Puan/CikTuan Sheikh Sheikh Puan/CikTuan Haji Hajjah Puan/Cik
Sahibul Samahah
Mufti - -
Sahibul Fadillah
Kadi Besar - -
Sahibul Fadillah
Kadi - -
d) Tatacara menjadi penyambut tetamu
Penyambut tetamu merupakan orang yang paling hadapan sekali
didalam sesuatu majlis. Sebelum majlis bermula penyambut akan
menyambut tetamu-tetamu yang datang. Sebaiknya penyambut
tetamu mempunyai perawakan yang menarik dan berpakaian
kemas. Penyambut tetamu mempunyai tanggungjawab yang
besar damlam melicinkan perjalanan majlis.
Berikut ialah panduan bagi anda sekiranya anda menjadi seorang
penyambut tetamu:
i. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui maklumat keraian
yang sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian itu
tersebut diadakan dan masa keraian itu bermula dan
berakhir mesti diketahuinya.
ii. Penyambut tetamu hendaklah tahu susunan tempat duduk
keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau
menunjukkan tempat-tempat duduk tetamu berkenaan.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 12
iii. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui tempat-tempat
yang penting yang penting seperti tandas, pintu masuk,
tempat keluar dan lain-lain.
iv. Penyambut hendaklah mahir dengan tempat-tempat dan
kawasan yang diuntukkan baginya.
v. Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan
senarai tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya
mengenali tetamu tersebut.
vi. Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput,
senarai tetamu khas yang akan disambut
vii. Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan
sesuai mengikut keraian yang sedang dijalankan.
viii. Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal
daripada masa tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah
melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil
senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua tempat
duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang
dikhaskan untuknya.
ix. Jika ada apa-apa pertanyaan yang dimajukan, jawablah
dengan sopan. Jika ada teguran dari tetamu yang kurang
senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi
ambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar dengan tetamu
atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang
pasti.
x. Penyambut hendaklah senyum selalu.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 13
Jawab soalan-soalan yang berikut:
AKTIVITI 1a
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 14
4.1 Berikan definisi protokol dan etika.
4.2 Senaraikan peringkat-peringkat majlis rasmi.
4.3 Semua majlis rasmi kerajaan di peringkat persekutuan
dikelolakan oleh sebuah “Jawatankuasa” yang dikenali sebagai
A. Jawatankuasa Majlis Tidak Rasmi B. Jawatankuasa Majlis Rasmi
C. Jawatankuasa Istiadat Kerajaan D. Jawatankuasa ‘adhoc’
4.4 Perkara-perkara penting yang mesti diambil kira dalam
penentuan TEMPAT majlis adalah seperti berikut kecuali;
A. Diketahui umum dan mudah dituju
B. Mempunyai tempat letak kereta memcukupi
C. Mempunyai ruang legar yang kecil
D. Mempunyai kemudahan asas yang memcukupi
4.5 Dalam penulisan dan pengedaran kad jemputan,butir-butir
berikut perlu dinyatakan kecuali;
A. Nama Majlis B. Tempat Majlis diadakan
C. Tarikh majlis diadakan D. Senarai nama ahli
Jawatankuasa
Jawapan :
MAKLUMBALAS 1a
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 15
4.1 Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi
dalam perlaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung
dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status
seseorang.
Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos
yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi
sebagai penentu kepada perlakuan seseorang.
4.2 Ada lima peringkat
i. Peringkat antarabangsa
ii. Peringkat Kebangsaan
iii. Peringkat Negeri
iv. Peringkat Daerah
v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan
sebagainya)
4.3 B
4.4 C
4.5 D
4.2.2 TATACARA BERPAKAIAN DI DALAM MAJLIS
INPUT
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 16
Pakaian yang anda pakai di dalam sesuatu majlis memainkan
peranan yang amat penting dalam memperlihatkan
peribadi,personaliti dan imej anda. Jenis pakaian juga memainkan
peranan dalam penyesuaian terhadap aktiviti dan majlis yang
hendak anda hadiri.
Pakaian yang anda pakai untuk aktiviti sukan pastinya berbeza
dengan pakaian anda untuk menghadiri majlis rasmi umpamanya
majlis konvokesyen.
Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau
taraf majlis tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti
berikut:
i. Majlis Penuh Istiadat
ii. Majlis Formal
iii. Majlis Separuh Formal
iv. Majlis Tidak Formal
a) Tatacara berpakaian
i. Pakaian hendaklah bersih, sesuai dengan majlis.
ii. Pakaian pasangan mesti setanding.
iii. Jangan buka pakaian walaupun panas.
iv. Wanita jangan memakai pakaian berkilau di waktu siang.
v. Elakkan memakai pakaian yang menggunakan satu warna
atau lebih dari empat warna.
vi. Pastikan segalanya mencerminkan bahawa anda mempunyai
citarasa yang tinggi, sederhana tetapi menyerlah.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 17
vii. Semak pakaian sebelum keluar rumah. Amalan ini dapat
menyelamatkan kita dari situasi yang memalukan.
viii. Jangan terlalu mengikut fesyen semasa dan jangan menjolok
mata.
ix. Gunakan pewangi secara sederhana.
x. Kita perlu mengetahui jenis kain yang dipakai untuk
memudahkan di cuci sekiranya berlaku kemalangan yang
mengotorkan pakaian seperti kuah tumpah.
b) Jenis-jenis pakaian rasmi
Pada kebiasaannya penganjur majlis rasmi akan menyatakan jenis
pakaian yang perlu dipakai oleh tetamu pada kad jemputan.
Antara pakaian yang biasa digunakan pada majlis rasmi adalah:
i. Pakaian kebangsaan ( Baju lengkap)
ii. Lounge suit
iii. White tie atau tail coat.
iv. Dinner jacket, black tie atau smoking
v. Morning dress
vi. Mess kit
vii. Batik berlengan panjang
viii. Pakaian istiadat
Pada kebiasaannya pakaian yang biasa dipakai di majlis rasmi
adalah Pakaian Kebangsaan, Lounge suit dan batik berlengan
panjang.
i. Pakaian Kebangsaan
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 18
Jika kad jemputan menyebut pakaian kebangsaan sahaja
bermakna anda bebas untuk memilih warna kecuali warna
larangan yang ditentukan jika membabitkan pihak istana. Pakaian
kebangsaan tersebut terdiri dari:
Songkok hitam.
Baju melayu, cekak musang.
Seluar Melayu, sama warna dengan baju.
Samping songket, dipakai di sebelah luar.
Stoking hitam.
Sepatu kulit hitam.
ii. Lounge suit
Pada masa sekarang Lounge suit merupakan pilihan pakaian yang
popular dan amat disenangi dikalangan para tetamu. Lounge suit
biasanya terdiri daripada:
lounge suit warna gelap untuk malam dan warna cerah untuk
siang
Baju putih berkolar
Stoking hitam
Sepatu kulit hitam berkilat
Bersongkok jika dikehendaki.
Rajah 1: Pakaian sesuai untuk majlis rasmi.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 19
iii. White tie atau tail coat.
Tail coat panjang warna hitam
Waist coat putih
Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan
Wing collar.
iv. Dinner jacket, black tie atau smoking
Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju
atau shell jacket putih.
Kemeja putih berkanji di senelah hadapan
Kolar lembut
Tie-bow hitam.
Kumerban (cummerband) hitam atau waist coat putih.
Seluar hitam dengan satu jalur sutera.
Stoking hitam
Sepatu kulit hitam berkilat.
v. Morning dress
Tail coat hitam
Waist coat hitam
Kemeja putih
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 20
Plain (stiff turndown) collar
Tali leher warna kelabu
Stoking hitam
Sepatu kulit hitam berkilat
vi. Mess kit
Mess Kit adalah pakaian istiadat untuk majlis makan malam
seperti pakaian istiadat tentera, polis, pegawai kanan kerajaan,
menteri dan penyandang darjah kebesaran.
vii. Batik
Batik sebenarnya tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi.
Bagaimanapun oleh sebab-sebab tertentu kadangkala ditetapkan
pakaian batik. Jika dikehendaki demikian maka, hendaklah
memakai :
Baju batik lengan panjang
Baju berkolar
Tidak perlu dimasukkan ke dalam seluar
Batik Malaysia
Tidak bercorak terlampau garang
Seluar hendaklah tidak bercorak dan berwarna gelap.
viii. Pakaian istiadat
Pakaian istiadat adalah dikhususkan kepada mereka yang tersebut
dibawah ini:
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 21
Pakaian rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan
Rakyat, ahli-ahli jemaah menteri dan timbalan menteri.
Pakaian rasmi ahli-ahli Parlimen
Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran DMN dan
PSD
Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran negeri dan
pakainan istiadat bagi katogeri-katogeri lain yang ditetapkan
oleh pihak negeri.
Pakaian istiadat bagi angkatan tentera, polis dan jabatan
penjara.
Pakaian pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-
pegawai pekhidmatan yang mempunyai pakaian istiadat
Pakaian istiadat bagi duta-duta sebagaimana yang ditetapkan
oleh negara masing-masing.
Pakaian istiadat bagi ahli-ahli jemaah hakim.
c) Pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan.
Struktur Lelaki WanitaPendek Berjalur, bergaris
menegakPakaian yang bergaris menegak. Pakai kasut bertumit tinggi tetapi jangan terlalu tinggi.
Tinggi Baju dan seluar yang berlainan warna. Pakaian ketat akan memberi gambaran lebih tinggi
Pakaian yang mempunyai dua bahagian. Warna pakaian atas dan bawah yang berbeza. Kasut mempunyai tumit rendah.
Berat Pakaian yang dijahit elok. Warna gelap.
Jauhkan dari corak-corak yang besar. Kain jangan jenis yang melekat di badan. Warna gelap. Wanita gemuk yang berdagu dua tidak harus memakai baju yang mempunyai turtleneck.
Kurus Bebas berpakaian. Jika lengan kurus, pakai baju
Bebas berpakaian. Jika ada bahagian tertentu yang kurang
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 22
Struktur Lelaki Wanitaberlengan panjang sedap dipandang,lindungi
dengan skaf/high colar
Sederhana
Bebas berpakaian Bebas berpakaian kecuali yang berkaki gemuk, tidak elok memakai mini skirt.
4.5.1 ETIKA DI MEJA MAKAN
Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui
supaya anda tidak berasa serba salah apabila berada di meja
makan terutama dalam majlis rasmi.
Anda hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas
meja semasa hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan
kerusi ke belakang. Duduklah dengan bahagian belakang badan
rapat kerusi dan kaki rata di atas lantai.
Rajah 2 : Pakaian yang sesuai ke pejabat atau majlis bagi wanita Islam
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 23
Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat
berguna bagi mereka yang sering diundang ke majlis-majlis
jamuan rasmi atau menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di
rumah orang kenamaan.
a) Tertib di meja makan
Biasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan
terpandang-pandang antara satu sama lain untuk memulakan
makan ketika makanan dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke
majlis rasmi tertunggu-tunggu untuk makan kerana takut salah
menggunakan peralatan yang disediakan.
Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para
tetamu yang berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan
minuman ringan sebelum jamuan. Lazimnya minuman dari jenis
jus akan dihidangkan. Elakkan meminta minuman kegemaran
seperti susu atau lain-lain minuman yang tidak dihidangkan oleh
tuan rumah.
Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan
paksa diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan
jika anda tidak mengambil minuman tetapi adalah tidak manis
jika mengambil minuman lebih dari dua gelas.
Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana
sedap sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letekkan
gelas di atas meja-meja kecil yang disediakan di ruang legar atau
berikan semula kepada pelayan.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 24
Berikut adalah beberapa panduan bagi anda apabila berada di
meja makan:
i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja
walaupun cantik.
ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana
ia dianggap seperti menghina tuan rumah.
iv. Elakkan menggunakan tangan untuk makan.
v. Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.
vi. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau
hidung.
vii. Jika perlu meninggalkan meja letakkan napkin di atas kerusi
menandakkan anda akan kembali semula. Jika napkin
diletakkan di atas meja menandakan anda akan terus balik.
viii. Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya
telah selesai makan.
Rajah 3 : Kedudukan napkin yang menandakan anda akan kembali ke meja semula
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 25
ix. Letakkan sudu dan garfu bersilang sekiranya belum selesai
makan.
x. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam
piring sudu boleh di ditinggakan di dalam bekasnya bila
selesai makan. Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas
berkaki yang berlapik, sudu hendaklah diletakkan di atas
piring pelapik sebelah kanan.
Rajah 4 : Kedudukan sudu dan pisau selepas selesai makan
Rajah 5 : Kedudukan sudu dan garpu belum selesai makan.
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 26
Jawab soalan-soalan yang berikut:
4.6 Terangkan kedudukan sudu dan garpu jika anda selesai makan.
4.7 Senaraikan TIGA perkara yang tidak boleh dilakukan semasa
anda dimeja makan.
4.8 Perkenalan seorang lelaki dan perempuan. Ini dilaku dengan
menyebut nama __________________ dahulu, barulah nama
______________.
4.9 Panggilan hormat bagi mereka-mereka dibawah ialah
Ketua Polis Negara
Syed
Menteri
Kadi
haji
4.10 Dalam majlis makan malam formal, pakaian lelaki yang sesuai
adalah____________manakala perempuan yang sesuai
adalah_____________.
AKTIVITI 1b
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 27
Jawapan :
4.6 Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah
selesai makan.
4.7 i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas
meja
walaupun cantik.
ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin
kerana ia dianggap seperti menghina tuan rumah.
4.8 Perempuan, lelaki.
4.9
Ketua Polis Negara YANG BERBAHAGIA
Syed TUAN
Menteri YANG BERHORMAT
Kadi SHAHIBUL FADILLAH
Haji TUAN
4.10 Baju Kebangsaan/Lounge suit—baju kurung/kebaya labuh.
MAKLUMBALAS 1b
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 28
Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang
disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!
1. Anda menerima kad jemputan majlis berbuka puasa di rumah
Menteri Besar. Apakah tindakan yang perlu anda ambil.
2. Anda diberi tugas untuk menentukan susunan meja makan bagi
majlis rasmi kerajaan. Maklumat adalah seperti berikut;
- Jumlah tetamu 380 orang
- Jumlah VIP 10 orang
- Jumlah meja bulat untu sepuluh orang 38 buah
- Sebuah meja panjang untuk sepuluh orang
- Majlis ini mempunyai persembahan dan pancaragam
PENILAIAN KENDIRI
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 29
Adakah anda telah mencuba dahulu ???
Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .
JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI
1. Tindakan anda adalah
i. Anda bacalah kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad
jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat
kenderaan.
ii. Telitilah tujuan jemputan dan ia adalah majlis rasmi..
iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.
iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaanya
kad jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai
tetamunya. Sekiranya tiada anda hendaklah memakai baju
melayu lengkap bersamping.
v. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan
penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.
2. i. Susunan keseluruhan dewan
MAKLUMBALAS
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIALR1001 / UNIT 4/ 30
ii. Susunan kerusi Vip dimeja khas.
Meja Utama
10 8 6 4 2 1 3 5 7 9
iii. Susunan kedudukan dimeja bulat
Nombor menunjukkan pangkat atau kekanan jawatan .
Top Related