SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 24
UNIT 3
Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Konsep Perkenalan Kendiri Topik 3: Manusia Sebagai Pelakon Sosial Topik 4: Klasifikasi Tingkah Laku Perkenalan Kendiri Topik 5: Perbezaan Individu dalam Perkenalan Kendiri Topk 6: Penutup
Unit ini membincangkan bagaimana manusia dalam kehidupan sehari-‐hari memberitahu orang lain siapa dirinya, samada secara sengaja atau tidak sengaja dan secara langsung atau tidak langsung. Tingkah laku, pakaian kita yang kita pakai, percakapan dan pemilikan kita adalah memberitahu orang lain siapa kita. Kita boleh diumpamakan sebagai haiwan sesumpah, yang menukar warna kulit mengikut persekitaran ia berada. Begitu juga manusia adalah sebagai pelakon, bertingkah laku mengikut skrip agar dirinya diterima oleh orang lain. Manusia cuba memperkenalkan dirinya kepada orang lain.
Istilah perkenalan kendiri merujuk tingkah laku seseorang yang bertujuan mempengaruhi impresi (pandangan dan persepsi) orang lain terhadap dirinya. Dengan kata lain, ia merujuk kepada bagaimana manusia memperkenalkan kendirinya kepada orang lain, agar orang lain itu menerimanya atau mempunyai impresi positif terhadapnya. Perkenalan
PERKENALAN KENDIRI
Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Memahami konsep perkenalan kendiri 2. Menjelaskan analogi bahawa maanusia adalah pelakon sosial 3. Membezakan taktik-‐taktik dan strategi-‐strategi perkenalan kendiri 4. Menghuraikan perbezaan manusia dari segi perkenalan kendiri
Topik 1: Pengenalan
Topik 2 : Konsep Perkenalan Kendiri
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 25
kendiri terdiri daripada percubaan-‐percubaan seseorang untuk menguasai impresi orang lain terhadap dirinya (pengurusan impresi). Manusia cuba memperkenalkan kepada orang lain pelbagai identiti mengikuti situasi dan keperluan. Manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap dirinya di mana manusia ingin kelihatan “menarik” dan “cantik” pada mata orang lain.
Dunia ini adalah pentas dan manusia adalah pelakonnya, yang mempunyai pelbagai watak berdasarkan keperluan skrip. Manusia memperkenalkan kendirinya berdasarkan watak, dan berlakon (bertingkah laku) mengikut skrip. Tujuannya, untuk diterima oleh orang lain (mendapat anugerah). Dihadapan ibu bapa kita bertingkah laku (berlakon) sebagai seorang anak yang baik untuk mendapat pujian dan lebih wang saku (anjaran atau anugerah); di hadapan rakan kita menunjukkan tingkah laku yang ‘ganas” untuk mendapat pujian.
Seorang ahli sosiologi, Erving Goffman dalam bukunya The Presentation of Self in Everyday Life (1959), adalah orang yang bertanggungjawab membentuk perspektif seni-‐drama dalam psikologi sosial, yang dikenali sebagai perspektif seni-‐drama. Mengikut perspektif ini, manusia dilihat sebagai pelakon/aktor sosial yang terlibat dalam lakonan. Seperti juga pelakon-‐pelakon profesional yang memperolehi ganjaran apabila pononton-‐pononton merasa senang atau gembira, begitu juga kebanyakan manusia akan sebaik mungkin cuba melahir atau mengemukakan sesuatu identiti diri yang baik kepada orang lain. Manusia biasanya ingun kelihatan menarik pada mata orang lain, dan sebab itu manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap dirinya. Kadang kala ia melibatkan tindakan-‐tindakan menipu dan memanipulasi, bertujuan mendapatkan perhatian daripada orang lain. Maksudnya manusia kadang kala tidak menunjukkan kendirinya yang sebenar. a. Konsensus kerja -‐ Apa yang penting ialah kendiri atau identiti yang cuba kita kenalkan
Topik 3: Manusia Merupakan Pelakon Sosial
Sub topik 3.1: Hidup in Seperti Dalam Sebuah Drama
Fikirkan kata-‐kata ini: Apa yang penting ialah bukan apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita; sebaliknya ialah apa yang kita fikirkan tentang apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita. Bukankah kita ini terlalu sibuk memikirkan “apa orang lain kata nanti”?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 26
kepada orang lain harus dipersetujui (diterima) oleh orang lain itu, bagi membolehkan interaksi dengan orang lain itu berjalan lancar. Ini dikenali sebagai sepersetujuan (konsensus) kerja. Sepersetujuan atau konsensus ini wujud, apabila manusia berinteraksi, identiti yang setiap individu perkenalkan akan diterima oleh orang lain tanpa persoalan (ada persetujuan).
b. Penyelamatan air-‐muka – apabila kendiri yang diperkenalkan itu dicabar atau dinafikan oleh orang lain maka manusia mungkin merasa malu dan cuba bertindak menyelamatkan air muka dengan berbuat sesuatu untuk kembali kepada keseimbangan.
Dalam kehidupan seharian kita, identiti (siapa kita) yang kita cuba tonjolkan kepada orang lain tidak semestinya diterima oleh orang lain itu, sebaliknya mereka cuba mengemukakan satu identiti lain untuk diri kita. Misalnya, kita mungkin cuba menonjolkan did kita sebagai seorang yang pandai; sebaliknya orang lain mungkin menganggap kita sebagai seorang yang bodoh. Dengan kata lain seolah-‐olah berlaku proses perundingan mengenai identiti yang sesuai untuk kita, yang sama-‐sama kita dan orang lain dapat menerimanya. Apa identiti yang dikemukakan diterima barulah interaksi berjalan dengan lancar.
Untuk tujuan penjelasan, kita boleh mengkategorikan tingkah laku perkenalan kendiri kepada perkenalan kendiri asertif (tegas), perkenalan kendiri defensif, perkenalan kendiri bertaktik dan perkenalan kendiri berstrategik. Huraiannya adalah seperti di bawah.
Topik 4: Klasifikasi Tingkah Laku Perkenalan Kendiri
Sub topik 3.2: Perundingan Untuk Identiti
Perkenalan Kendiri
Fikirkan kata-‐kata ini: Manusia adalah diibaratkan seperti pelakon drama, yang berlakon mengikut skrip yang telah ditentukan dan mengikut arahan pengarah (manusia di sekitarnya). Seperti pelakon drama yang memperolehi anugerah, manusia juga berlakon untuk memperlolehi ganjaran.
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 27
Rajah1: Klasifikasi Perkenalan Kendiri
Banyak daripada tingkah laku manusia yang bertujuan memperkenalkan kendiri mereka bermatlamat untuk memperolehi ganjaran-‐ganjaran segera dan yang dapat dilihat. Ini adalah taktik asertif (tegas) perkenalan kendiri. Seseorang itu menggunakan taktik asertif ini pada kebiasaanya untuk memperkukuhkan sesuatu identitinya, yang mana bertujuan membangkitkan beberapa emosi dalam diri orang lain terhadap dirinya, seperti rasa cinta, takut, hormat atau simpati. Emosi-‐emosi ini pula dijangka dapat mendorong orang lain mengambil tindakan-‐tindakan yang menguntungkan orang yang berkenaan. Diantara taktik asertif adalah: a. Taktik Bermuka-‐muka – merupakan tindakan “mengampu” orang lain dengan tujuan
memberi faedah pada diri sendiri. Misalnya, kakitangan bawahan cuba bermuka-‐muka (berbuat baik, mengampu) terhadap bosnya dengan tujuan untuk dinaikkan pangkat. Empat cara manusia mungkin menggunakan taktik bermuka-‐muka untuk mencapai matlamatnya: (a) komunikasi melebih-‐lebihkan diri sendiri; (b) komunikasi memuji diri orang lain; (c) pengakuran kepada pendapat orang lain; dan (d) berbuat baik. Kita akan bincangkan dengan terperinci seperti di bawah. i. Melebih-‐lebihkan diri sendiri. Dalam situasi-‐situasi tertentu kita perlu juga menunjuk
atau menyatakan kepada orang lain bahawa diri kita berkebolehan, bijak, berkemahiran dan seumpamanya. Tindakan ini bertujuan agar kita disukai atau dihargai oleh orang lain. Dalam temuduga biasanya kiaaberbuat demikian.
ii. Melebih-‐lebihkan diri orang lain. Ini adalah tindakan memuji orang lain. iii. Pengakuran terhadap pendapat orang lain. Ia merujuk kepada tindakan seolah-‐olah
kita bersetuju (akur) dengan nilai, sikap, dan pendapat orang lain. iv. Berbuat baik. Ia merujuk kepada tingkah laku berbuat baik kepada orang lain dengan
tujuan agar orang lain itu berasa bertanggungjawab untuk membalas perbuatannya itu.
b. Ugutan pada orang lain – Ia merujuk kepada perkenalan kendiri dengan cara menunjukkan identiti yang ditakuti dan berbahaya. Biasanya dengan tujuan agar orang lain mengikuti kehendaknya.
Sub topik 4.1: Taktik Perkendalan Kendiri Asertif
Taktik Strategi
Asertif Defensif Asertif Defensif
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 28
c. Rayuan terhadap orang lain -‐ Ia merujuk kepada perkenalan kendiri dengan cara menunjukkan kepada orang lain bahawa diri adalah lemah atau dalam keadaan kekurangan. Tujuannya untuk mendapat simpati dan bantuan daripada orang lain.
d. Promosi diri sendiri – Ia merujuk kepada perkenalan kendiri dengan cara menunjukkan
kepada orang lain bahawa kita mempunyai identiti (kebolehan, kecekapan) yang positif (hebat). Bezanya dengan taktik bermuka-‐muka (agar orang lain menyukai dirinya), taktik promosi diri adalah manusia mahukan penghormatan daripada orang lain dari kelebihan dirinya itu. Diantara taktik promosi diri sendiri ialah: i. Mendapatkan hak – Ia merujuk kepada tindakan mendapatkan pengiktirafan (hak) ke
atas sesuatu hasil (contoh, penemuan) dan tingkah laku positif yang dilakukan. ii. Melebih-‐lebihkan kelebihan diri sendiri – Ia merujuk kepada tindakan perkenalan
kendiri di mana manusia cuba untuk menunjukkan kehebatan diri dengan cara menyatakan kesukaran yang dialami dalam mencapai sesuatu kejayaan, yang orang lain tidak mampu mencapainya.
iii. Mengidentifikasikan diri – Ia merujuk kepada tindakan perkenalkan kendiri dengan cara mengaitkan diri dengan sesuatu yang berkedudukan tinggi, misalnya dengan kumpulan, keturunan dan pemilikan. Tujuannya, agar manusia dilihat sebagai berkedudukan tinggi juga.
iv. Memburuk diri orang lain. Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri dengan cara merendah-‐rendah kendiri orang lain dengan tujuan meningkatkan kendiri mereka.
e. Percontohan – Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri dengan cara
memberikan contoh (model) positif kepada orang lain.
Taktik ini merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri yang dilakukan apabila kendiri dalam keadaan rosak atau dimalukan. Dengan demikian manusia cuba untuk mempertahankan dan memulihkan kendiri tersebut. Tindakan ini berbeza dengan tindakan perkenalan kendiri secara asertif, yang bertujuan membentuk identiti yang baru. Seseorang mungkin berasa malu apabila kendirinya dirosakkan oleh orang lain (misalnya diejek oleh orang lain). Rasa malu adalah satu emosi, wujud akibat daripada satu gangguan atau ancaman pada identiti yang telah diperkenalkan. Antara taktik-‐taktik yang digunakan untuk memperbaiki sesuatu identiti yang telah rosak adalah alasan, justifikasi, penyangkalan, tingkah laku penghalang kendiri dan permintaan maaf. a. Alasan – Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri dengan cara memberikan sebab
(alasan) ke atas kendirinya yang negatifnya. Ini merupakan salah satu mekanisma bela diri. Alasan adalah penerangan yang digunakan oleh seseorang dalam percubaannya untuk meyakinkan orang lain bahawa dirinya tidak bertanggungjawab pada apa yang telah berlaku, atau yang telah dilakukannya. Tujuannya adalah agar kendirinya tidak dipandang negatif oleh orang lain. Terdapat dua jenis alasan yang biasa digunakan oleh
Sub topik4.2: Taktik Perkenalan Kendiri Defensif
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 29
manusia dalam memperkenalkan kendiri mereka iaitu: • Alasan yang menafikan niat secara sengaja untuk menimbulkan kesan-‐kesan
negatif. • Alasan yang mendakwa kurangnya kuasa kawalan terhadap tingkah laku
tertentu.
b. Justifikasi – Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri dengan cara memberi gambaran bahawa seseorang itu mengakui bertanggung jawab pada apa yang telah dilakukannya, tetapi beliau memberikan alasan, sebab atau wajaran tingkah lakunya itu untuk tujuan menutupi kerosakan identiti akibat perbuatannya itu.
c. Penyangkalan – Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri yang menjelaskan
terlebih dahulu tentang kesukaran yang akan diamali untuk mencapai sesuatu matlamat, dengan tujuan sekiranya pencapaian itu gagal beliau tidak akan dipersalahkan. Ia bertujuan untuk melindungi kendiri sebelum ianya rosak.
d. Tingkah laku penghalangan kendiri (self-‐handicapping)-‐ Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri dalam mana seseorangn itu sengaja membentuk (mengada-‐adakan) halangan dengan tujuan menyukarkan pencapaian sesuatu matlamat atau kejayaan dalam sesuatu tugas. Tujuannya, sekiranya gagal mencapai matlamat, beliau tidak akan disalahkan (yang disalahkan ialah halangan tersebut); namun sekiranya berjaya, kendirinya akan lebih meningkat (walaupun ada halangan namun masih berjaya). Ia merupakan cara seseorang mempertahankan kendirinya daripada rosak atau dirosakkan.
e. Permintaan maaf – Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri dalam mana seseorang itu mengakui bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan bagi mengurangkan reaksi negatif darpada orang lain. Diantara bentuk permintaan maaf ialah:
• Satu penerimaan ke atas tanggungjawab dan kesalahan yang telah dilakukan. • Satu luahan rasa bersalah. • Satu tawaran untuk memperbaiki sebarang tindakan salah yang telah dilakukan
terhadap orang lain. • Satu janji untuk bertingkah laku secara betul di masa akan datang .
Fikirkan kata-‐kata ini: Dalam memperkenalkan kendiri manusia adalah seperti memakai topeng muka; apa yang ditunjukkan melalui topengnya itu adalah tidak sama dengan mukanya yang sebenar (muka di sebalik topeng tersebut).
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 30
Perkenalan kendiri secara strategik memfokus kepada pembinaan sesuatu nama baik untuk identiti yang akan tahan lama dan penting, dan fokusnya adalah pada identiti baru yang akan dibentuk dan diwujudkan. Dengan kata lain, seseorang itu terlibat dalam apa yang dinamakan "pembinaan kendiri". Diantara usaha pembinaan kendiri ialah:
a. Kebolehan – Ia merujuk kepada pengenalan kendiri dalam mana seseorang itu cuba
untuk membina, meningkat dan seterusnya mempromosi atau memberitahu orang lain tentang kebolehan dan kemahiran bagi tujuan memperolehi kendiri yang lebih positif.
b. Daya tarikan – Ia merujuk kepada pengenalan kendiri dalam mana seseorang itu cuba menonjolkan sifat-‐sifat yang mempunyai daya tarikan dalam aspek fizikal dan sosial. Manausia ingin kelihatan menarik pada mata orang lain, dan dengan demikian cuba menjaga daya tarikan yang dimilikinya.
c. Pendedahan kendiri – Ia merujuk kepada pengenalan kendiri dalam mannna seseorang cuba memberitahu orang lain tentang kendirinya, khususnya kendiri yang positif. Pendedahan kendiri merujuk kepada sebarang maklumat mengenai diri seseorang yang diberitahukan kepada orang lain secara lisan. Melalui pendedahan kendiri seseorang itu mungkin dapat menunjukkan kepada orang lain tentang sifat-‐sifat positifnya sebagai seorang tertentu, seperti jujur dan boleh dipercayai.
d. Status dan martabat – Ia merujuk kepada pengenalan kendiri dalam mana seseorang menunjukkan kelebihannya dari segi kedudukan (status), misalnya memperlihatkan rumah, pakaian dan kenderaan mewah dan mahal kepada orang lain. Status dan martabat juga dikaitkan dengan gaya hidup, pemilihan pasangan hidup, dan keahlian dalam persatuan atau organisasi. Simbol-‐simbol status dan martabat boleh digunakan sebagai alat untuk memperolehi autoriti dan pengaruh.
Manusia biasanya cuba untuk kelihatan menarik pada mata orang lain. Oleh kerana itu, sekiranya mempunyai kendiri yang negatif, manusia cuba memberitahu orang lain bahawa kendiri tersebut bukan kerana salahnya. Contoh manusia yang sakit, tidak cekap, terlalu resah, malu, tertekan, dan/atau tidak dapat mengawal diri sendiri mungkin cuba melarikan diri daripada bertanggungjawab pada tindakan yang telah mereka lakukan, dan meminta bantuan daripada orang lain. Apabila reaksi seperti ini terjadi secara kerap dalam hidup seseorang maka reaksi-‐reaksi tersebut akan menjadi sebahagian daripada identitinya. Di bawah ini dinyatakan beberapa strategi perkenalan kendiri defensif seperti ini.
Sub topik 4.3: StrategiPerkenalan Kendiri Asertif
Sub topik 4.4: Strategi Perkenalan Kendiri Defensif
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 31
a. Penggunaan alasan patologi – ia merujuk kepada tindakan pengenalan kendiri dalam
mana seseorang menggunakan alasan penyakit untuk tidak dipertanggungjawabkan diatas kendiri negatif beliau. Penggunaan alasan patologi merupakan penggunaan strategi oleh seseorang untuk mengelakkan diri daripada dianggap sebagai bertanggungjawab pada tingkah laku negatifnya. Apabila tidak datang dalam aktiviti gotong royong zeseorang igu mungkin memberikan alasan sakit jantung.
b. Penghalangan kendiri secara strategik -‐ Ia merujuk kepada tindakan seseorang memperkenalkan kendiri dengan menggunakan penghalangan kendiri secara berlebih-‐lebihan. Maksudnya, dalam jangka masa panjang, seseorang memperkenalkan kepada orang lain bahawa beliau mempunyai kelemahan (halangan) untuk berfungsi sebagai manusia yang normal. Penghalangan kendiri secara strategik mengambil beberapa bentuk, antaranya ialah penagihan dadah dan akohol, kebimbangan ujian, dan hipokondriasis.
i. Penagihan dadah dan akohol – Ia merujuk kepada tindakan seseorang dalam
memperkenalkan kendiri sebagai seorang penagih dan dengan demikian dirinya ingin dilihat oleh orang lain sebagai kurang berfungsi dalam masyarakat. Lantaran itu diharap masyarakat tidak akan menyalahkannya sekiranya beliau tidak mampu memikul tanggunghawab sosial.
ii. Kebimbangan ujian – Ia merujuk kepada tindakan seseorang dalam memperkenalkan kendiri sebagai seorang yang tidak mampu untuk menduduki ujian kerana masalah kecelaruan kebimbangan ujian. Dengan demikian beliau berharap kegagalan dalam ujian bukanlah kerana beliau bodoh, sebaliknya kerana adanya halangan kebimbangan ujian.
iii. Hipokondriasis – Ia merujuk kepada tindakan perkenalan kendiri sebagai seorang yang menggunakan simptom kekhuatiran atau keprihatinan yang melampau mengenai penyakit. Ini berkaitan dengan penggunaan simptom neurotik untuk menafikan tanggungjawab terhadap tingkah laku yang tidak sesuai atau yang tidak diingini oleh masyarakat. Sebagai contoh, ramai pesalah yang dituduh membunuh misalnya menyatakan bahawa mereka tidak siuman atau berpenyakit jiwa sewaktu melakukan pembunuhan.
Fikirkan kata-‐kata ini: Manusia biasanya ingin kelihatan “menarik” atau “cantik” pada mata orang lain. Lantas manusia cuba mengawal impresi orang lain terhadap dirinya. Oleh kerana itu manusia begitu prihatin tentang tingkah lakunya, pakaiannya, pemilikannya dan para rupa fizikalnya untuk kelihatan cantik pada mata orang lain....... bukan untuk dirinya sendiri!
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 32
Terdapat perbezaan antara manusia dari segi strategi dan taktik perkenalkan kendiri yang mereka gunakan. Cara atau gaya perkenalan kendiri juga berkait rapat dengan tret seseorang. Antara tret-‐tret tersebut ialah keperluan untuk bergabung dan penerimaan, pengawasan kendiri, Machiavellianisme, dan kesedaran kendiri awam. a. Keperluan Bergabung dan Diterima -‐ Pada umumnya manusia yang mempunyai
keperluan untuk bergabung dan diterima oleh orang lain mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memperkenalkan kendiri mereka. Biasanya mereka ini cuba memperkenalkan sifat-‐sifat yang baik yang diingini oleh sosial, dan sebaliknya cuba menyembunyikan kelemahan-‐kelemahan diri mereka.
b. Pengawasan Kendiri -‐ Mereka yang mempunyai kemahiran pengawasan kendiri yang
tinggi biasanya menyedari tentang bagaimana orang lain mempersepsi mereka dan seterusnya cuba mengatur tingkah laku mereka agar bersesuaian dengan jangkaan dan nilai orang lain. Ciri-‐ciri manusia yang mempunyai kemahiran pengawasan kendiri yang tinggi dicerminkan oleh lima kecenderungan asas: • prihatin terhadap kesesuaian sosial tingkah laku; • memberi tumpuan kepada tingkah laku orang lain; • mempunyai kemahiran dalam mengubah suai dan mengawas perkenalan kendirinya; • berupaya menggunakan kemahiran perkenalan kendiri dalam pelbagai situasi; dan • mempunyai repertoir yang luas mengenai tingkah laku perkenalan kendiri.
c. Machiavelliannisme -‐ Terdapat manusia yang memperkenalkan kendiri secara ikhlas; namun tidak kurang yang memperkenalkan kendiri secara tidak jujur (tidak kendiri yang sebenar) demi untuk mencapai matlamat. Ini berkaitan dengan fahaman machiavellianisme, yang sering disebut “matlamat menghalalkan tindakan”. Ini bermaksud, sesetengah manusia memperkenalkan kendiri yang palsu (biasanya yang bersifat positif) demi untuk diterima oleh orang lain.
d. Kesedaran Kendiri Awam -‐ Manusia yang mempunyai kesedaran kendiri awam yang tinggi lebih menyedari keadaan dan wajah rupanya di dalam situasi sosial, dan berusaha untuk memberikan impresi yang baik terhadap orang lain. Sebaliknya orang yang mempunyai kesedaran kendiri awam yang rendah tidak begitu prihatin terhadap dirinya ketika berada di dalam situasi sosial. Mereka biasanya memperkenalkan kendiri positif mereka, agar kelihatan menarik di mata orang ramai. Ambil sahaja contoh seseorang yang akan menemui kekasihnya; tentunya beliau akan mengenakan pakaian yang cantik, bersolek dan seumpamanya.
Topik 5: Perbezaan Individu Dalam Perkenalan Kendiri
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 3 33
Manusia biasanya mahu dirinya dikenali oleh orang lain, lebih-‐lebih lagi tentang sifat-‐sifat positif yang mereka miliki. Melalui sifat-‐sifat positif ini, manusia ingin dipuji dan diterima oleh orang lain. Manusia akan merasa bangga apabila kebaikannya disebut dan diketahui oleh orang lain, sebaliknya merasa malu apabila diri mereka dicaci akibat sifat-‐sifat negatif mereka. Akibatnya, manusia biasanya cuba hanya memperkenalkan sifat-‐sifat positifnya sahaja, sebaliknya menutupi sifat-‐sifat buruk mereka daripada diketahui oleh orang lain. Lantaran itu, manusia mempunyai pelbagai cara untuk memperkenalkan diri mereka kepada orang lain. Sebagaimana yang telah dinyatakan, tujuan utamanya ialah manusia mahu dirinya diterima. Dalam memperkenal kendiri, kadangkala manusia menggunakan teknik yang dianggap negatif, seperti menipu, mengampu, memburuk-‐burukkan orang lain, atau mencacatkan diri. Namun demikian, banyak teknik yang positif dan wajar boleh digunakan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bab ini. Pada ketika dan keadaan tertentu manusia perlu memperkenalkan kendirinya. Misalnya, semasa temu duga seseorang calon itu perlu memperkenalkan kendirinya, dan cara beliau memperkenalkan kendirinya sedikit sebanyak dapat mempengaruhi keputusan temuduga tersebut. Dengan demikian, apa yang penting ialah seseorang itu harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang teknik memperkenalkan kendiri secara berkesan dan dapat diterima oleh orang lain.
Topik 6: Penutup
1. Apakah yang anda faham tentang konsep manusia sebagai pelakon sosial?
2. Apakah bezanya di antara taktik perkenalan kendiri dengan strategik perkenalan kendiri?
3. Apakah bezanya di antara perkenalan kendiri asertif dengan perkenalan kendiri defensif?
4. Huraikan tentang keperluan dan tujuan manusia memperkenalkan kendiri.
5. Mengapa dan bila masanya manusia memperkenalkan kendiri secara asertif dan defensif?
Fikirkan kata-‐kata ini: Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabd yang ebrmaksud “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-‐hati kamu”. (Riwayat Muslim)
Fikirkan kata-‐kata ini: Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-‐hati kamu”. (Riwayat Muslim)