7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 1/15
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 2/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
2
GARIS-GARIS BESAR HALUAN PERJUANGAN II:
MEMPERTEGAS HADAF, MEMPERKUKUH KHITTAH
Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan,
Ahli-ahli Majlis Syura Kebangsaan,
Pimpinan dan Ahli Jawatankuasa ABIM Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah,
Ketua-ketua Agensi ABIM,
Para petugas Muktamar ke-42,
Muktamirin dan Muktamirat.
Mewakili saf qiadah ABIM Pusat, saya memanjangkan salam dengan ucapan ahlan wa
sahlan dan masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari
Kebangsaan yang kita raikan buat kali yang ke-56. Angka 56 itu seharusnya membawa erti
yang cukup mendalam dalam mengangkat Karamah Insaniah kerana ia melambangkan satu
perjuangan yang diwarisi dari para mursalin.
Muktamar kali ke-42 ini menghantar kita ke persada kedewasaan di gelanggang dakwah. Ia
bukan sekadar jangka masa atau tempoh beraksi, tetapi juga membawa erti keyakinan dan
kepercayaan, keperitan dan kebahagiaan malah kehidupan dan kematian. Telah ramai paraaktivis dakwah yang dilahirkan bagi mencorak perubahan, juga ramai yang telah gugur
sebagai mujahid dakwah dan tidak kurang juga yang tergelincir di tengah jalan, terkeliru
dengan umpan kepalsuan.
Dalam meraikan hari kebesaran jamaah kita ini, hati kita terpalit duka yang tidak sedikit,
apabila bayangan kesengsaraan umat menjelma di kotak fikiran kita. Kezaliman di luar
batasan kewarasan manusia, terpapar pada saudara kita dipelbagai negara. Penderitaan
umat di Palestin masih tidak dapat kita padamkan, Rohingya masih terus terseksa, Syria juga
terus menangis hiba dan kini Mesir datang menambah keperitan derita.
Pertembungan antara kuasa Barat dengan Islam terus berlangsung tanpa terlihat di
manakah penghujungnya. Kini keadaan lebih parah apabila kelompok Islamis pula dijadikan
sasaran. Satu persatu gerakan rakyat yang bangun dari gelombang al-thawrah sya’ab, mulai
layu, gugur dirobek dendam dan kemarahan Barat. Demi sebuah keangkuhan
pertembungan ini dengan sengaja diadakan bagi memastikan dominasi Barat terus
berlangsung.
Kesediaan ummat untuk menerima demokrasi sebagai pilihan kepada sistem pemerintahan
disambut dengan pandangan sinis oleh para pengkaji Barat. Ini dinyatakan sendiri oleh
Profesor John L. Esposito:
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 3/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
3
“ People who believe that secular approaches and a separation of religion and politics are an
essential part of democracy argue that Islamist groups only advocate democracy as a tactic
to gain political power.”
Pada mereka Islam sebagai sebuah agama yang tidak mampu untuk memberikan ruang
kepada demokrasi seutuhnya. Islam tidak boleh untuk berinteraksi dengan nilai-nilai
demokrasi.
Kenyataan-kenyataan ini disanggah oleh beberapa pemikir Islam dengan menyatakan
bahawa Islam amat menghargai kedudukan manusia sebagai makhluk yang berfikir dan
mampu membuat pertimbangan. Amalan syura seperti yang dituntut oleh Islam adalah asas
terpenting dalam melaksanakan demokrasi. Dr. Rashid al Ghannoushi misalnya menyatakan:
“If by democracy is meant the liberal model of government preva iling in the west, a system
under which the people freely choose their representatives and leaders, in which there is an
alternation of power, as well as all freedoms and human rights for the public, then Muslimswill find nothing in their religion to oppose democracy, and it is not in their interests to do
so.”
Demokrasi adalah diperlukan kerana kebaikannya. Ia ada satu set mekanisme bagi warga
Muslim untuk memanfaatkan sebaik mungkin darinya bagi mewujudkan semula sistem
pemerintahan moden berasaskan shura.
Ternyata kelunakan sikap yang ditunjukkan oleh sarjana Islam itu seolah-olah masih belum
dapat meyakinkan para penaja demokrasi moden. Tidak cukup dengan itu satu kajian yang
dijalankan oleh Gallup Institute berkaitan sikap penduduk di negara-negara muslimberkaitan beberapa perkara yang melibatkan kebebasan bersuara, sumber perundangan
negara dan ketua negara, jelas memberikan indikasi bahawa prinsip-prinsip asas demokrasi
bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat muslim.
Namun adakah demokrasi sahaja yang menyebabkan ketegangan atau penafian hak muslim
untuk hidup sebagai manusia yang bertamadun? Bagaimana pula dengan negara-negara
yang mengamalkan sistem monarki, menolak sistem berparti yang mendapat layanan yang
istimewa dari Amerika Syarikat? Negara seperti ini mendapat bantuan dan perlindungan
yang bukan sedikit dari Amerika dan sekutunya.
Jelas dari kedudukan ini, demokrasi atau tidak, bukanlah punca umat Islam ditindas sebegini
hari ini. Ia lebih kepada satu ancaman terhadap kedudukan Barat dan penguasaan terhadap
politik dunia. Faham sekularisme yang mendasari libralisme yang melepas bebas semahunya
kedurjanaan hawa nafsu adalah pokok pangkal kepada sengketa ini.
Kemahuan Barat yang menaja pengasingan hidup dengan agama terpancar dengan jelas
dalam setiap dialog dan wacana anjuran mereka. Terpisahnya manusia dari agama
membuka satu ruang untuk manusia dieksploitasi semahunya. Dari ruang ini manusia bagai
dipukau untuk memperhambakan dirinya kepada kemahuan manusia. Mereka akan
memenuhi masa mereka berkerja dan berkerjaya bagi membeli kehidupan yang penuhdengan kepura-puraan. Bermula dengan makanan yang diseleweng khasiatnya, pakaian
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 4/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
4
yang dikeliru kecantikannya sehinggalah pendidikan yang ditipu kecerdikannya. Ini golongan
yang dimahukan oleh Barat agar penindasan dapat diteruskan dengan jayanya.
Apabila gema perubahan mula berkumandang, menjadikan seluruh kehidupan seutuhnya
demi Allah, mengangkat Rasul sebagai qudwah ikutan, mengisytihar al-Quran sebagai
perlembagaan kehidupan, ukhuwah Islamiah sebagai teras penyatuan, maka tindakbalas
penentangan mula kelihatan.
Kelompok ini yang benar-benar mahukan Islam didaulatkan dalam setiap aspek kehidupan,
akan ditindas semahunya. Tidak kira diceruk mana pun, kelibat mereka akan diburu habis-
habisan.
Dalam berhadapan dengan segala cabaran ini, kita perlu untuk mempertegas hadaf
(matlamat), membugar kefahaman terhadap matlamat perjuangan, agar khittah (strategi)
dapat dilaksana bagi menjayakan misi, mengangkat martabat ummah.
Terdapat 5 matlamat khusus seperti yang telah digariskan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam
ucapan dasarnya pada Muktamar ABIM ke-11 iaitu:
1. Membina sahsiah (peribadi) Islam
2. Membina usrah (keluarga) Islam
3. Membina ummah (masyarakat) Islam
4. Menegakkan dawlah (negara) Islam
5. Membina khilafah (dunia) Islam
MEMBINA SAHSIAH (PERIBADI) ISLAM
Peribadi Islam adalah unit asas bagi pembinaan tamadun ummah. Kita dengan jelas menolak
individu yang ‘sekerat ular, sekerat belut’. Apatah lagi anglophile yang mengkagumi gaya
hidup barat sehingga lupa tempat berdiri.
Pembinaan sahsiah Islamiah, adalah satu proses pentarbiyahan yang selengkapnya. Kita
mengutarakan penyepaduan setiap unsur manusiawi, dengan segala potensi diri untuk
dikembangkan bagi mencurahkan khidmat bakti kepada masyarakat.
Keyakinan terhadap kemurnian akidah tidak akan lengkap sekiranya sangsi dengankesempurnaan cara hidup Islam. Begitu juga keyakinan itu menjadi tidak sempurna jika
sangsi terhadap kegemilangan masa depan Islam.
Atas tuntutan keimanan jugalah kita melayari lautan perjuangan ini. Tanpa pelayaran ini kita
akan tenggelam dalam kealpaan yang merugikan. Dalam menggariskan ciri-ciri i’bad al -
Rahman Dr. Yusof al-Qaradhawi, beliau menyimpulkan kehambaan bukan sahaja tunduk
dan patuh kepada titah perintah Allah, juga bukan hanya menjauhi segala laranganNya
tetapi sifat kehambaan adalah, jiwa yang tertakluk dengan rela, mengakui segala kelemahan
diri dan pasrah menerima ketentuanNya.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 5/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
5
Sifat ini seharusnya mengakar dalam setiap individu yang menamakan diri mereka sebagai
da’ie. Kita tidak mahu penggerak dakwah ini terpesona dengan kejayaan diri dan angkuh
mempamer pencapaian peribadi.
Lewat kegagahan Nabi Sulaiman putera Nabi Daud yang tertunduk memandang permaisuri
semut seraya berkata : Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku danmengerjakan amal saleh yang engkau Redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu
yang saleh (Al-Naml: 19).
Inilah sosok yang mendepani kejayaan dan kelebihan peribadi dengan sifat yang terpuji,
sujud dan insaf ia adalah kurnia Ilahi bukan hak mutlak peribadi. Ia hadir bagi
menyempurnakan segala perancangan Rabbani.
Sahsiah sebeginilah yang mengakar dalam diri para sahabat yang membenihkan keberanian
dan ketangkasan bagi membela setiap sudut kebenaran. Generasi para sahabat adalah
generasi teladan sepanjang zaman. Mereka tetap kental walau dipijak derita seksaan tetapi
tetap tunduk di puncak menara kejayaan.
Mereka dari awal menyahut dengan yakin seruan Rasulullah s.a.w yang menyifatkan
kalimah thayyibah sebagai:
Aku hanya memanggil kamu semua kepada dua kalimat yang mudah disebut dengan
lidah, akan tetapi amat berat dibawa kepada mizan.
Peribadi muslim adalah tonggak pembinaan ummah yang kuat dan cemerlang. Peribadi
muslim harus berdiri dilapangan amal dengan segala kemahiran, yang kukuh dengan tauhid
serta sentiasa berwaspada dengan setiap bisikan yang melonggarkan hubungan dengan
Allah.
MEMBINA USRAH (KELUARGA) ISLAM
Dalam menyongsong arus kebangkitan ummah, pembinaan keluarga mesti diberikan
perhatian yang serius. Statistik menunjukkan perceraian keluarga muslim berlaku bagi setiap
15 minit. Perceraian bukan semata-mata perpisahan antara suami dan isteri, tetapi ia turut
mengheret persoalan anak-anak, keadilan bagi para isteri dan suami, perlindungan dan yang
lebih menakutkan adalah persoalan akidah.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 6/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
6
Institusi keluarga turut diserang dari sudut konsep dan falsafahnya. Para pengikut faham
liberalisme contohnya, cuba untuk mengenengahkan konsep yang begitu asing yang
berteraskan fahaman mereka. Maka gerakan LGBT yang kian agresif dewasa ini semakin
berani mengemukakan pandangan mereka yang liar dan menjijikkan.
Penglibatan kita dalam gerak kerja sosial menemukan kita dengan pelbagai penyakit
masyarakat. Kita boleh menyimpulkan bahawa kelumpuhan institusi keluarga dalam
melaksanakan fungsinya akan membawa bencana yang amat buruk kepada masyarakat dan
negara.
Perjuangan Rasulullah s.a.w amat dekat dengan keluarga. Baginda menyenaraikan sebab
musabab bagi seorang perempuan itu dinikahi iaitu, rupa, harta, keturunan dan agamanya.
Lalu Rasulullah mencadangkan agar kita cenderung kepada wanita yang beragama. Dari
agama lahirlah taqwa yang membenihi rasa kasih dan sayang yang berpaksikan akidah.
Maka ini adalah asas pembinaan sebuah keluarga Islam yang bakal melahirkan zuriat
pembela agama Allah.
Baginda juga dikehendaki mengharungi fitnah bagi memberikan gambaran yang betul
berkaitan keluarga Islam. Saranan Baginda agar Zaid bin Harithah menceraikan isterinya
Zainab Jahsy lalu disusuli dengan perintah Allah agar Baginda menikahinya diambil
kesempatan oleh musuh Islam untuk melemparkan fitnah kepada Baginda. Namun bagi
menyempurnakan aturan sebuah risalah Baginda berhadapan fitnah ini dengan kecekalan
dan kesabaran.
Penglibatan ahli keluarga Baginda dalam pelbagai misi dakwah dengan kerencaman kaedah
dan suasana memang tidak boleh dinafikan. Rasulullah membina keluarga yang menjadikanperjuangan sebagai identiti. Keluarga sebagai faktor dorongan, medan perbincangan strategi
perjuangan dan tempat berkongsi kesusahan.
Kita khuatir dalam hambatan ekonomi yang mampu menghumban kita ke lembah
materialistik, keluarga akan menjadi batu penghalang untuk kita gagah melangkah ke medan
juang. Kita juga khuatir pengabaian prinsip-prinsip asas keluarga yang berteraskan taqwa
mulai menarik kita ke lohong kehancuran keluarga.
MEMBINA UMMAH (MASYARAKAT) ISLAMKonsep asas ummah seperti yang digagaskan oleh Rasulullah lebih seribu tahun dahulu
mesti dikembalikan. Penyatuan ummah yang bermula dari perakuan aqidah yang sah,
penyatuan fikrah, amal, bahasa, undang-undang dan sebagainya, perlu digerakkan
sebaiknya.
Ummah yang merangkul gelaran ummat yang terbaik adalah ummat yang membudayakan
gerak kerja dakwah dalam segenap aspek kehidupan. Dakwah ini bertitik tolak daripada
manifestasi keimanan yang tulen. Ia adalah jelmaan dari sistem nilai yang hakiki dan diyakini
dengan sebenar-benarnya.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 7/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
7
Dakwah dalam ertinya yang bertenaga telah diketengahkan oleh Dr.Siddiq Fadhil sebagai:
“ al-amruna bi l-ma’ ruf wa an-nahyu a’n il -munkar juga harus direncana dan digubah dalam
bentuk program penyelesaian kepada masalah-masalah umat dan masyarakat. Gerakan
Islam tidak harus selamanya menumpukan hanya kepada nahi munkar dalam bentuk
retorika yang ofensif dan provokatif, menggempur dan mendombrak! Memang ada
ketikanya nahyi munkar dalam bentuk itulah yang diperlukan. Tetapi pada ketika lain apa
yang sangat diperlukan ialah amar makruf dalam bentuk problem solving. Para aktivis
gerakan Islam selaku golongan al-amiruna bi’l -ma’ruf wa’n-nahuna a’n il -munkar harus tahu
menilai situasi untuk menentukan pendekatan mana yang paling relevan agar mereka tidak
menjadi golongan yang hanya pandai meruntuh tetapi tidak tahu membina.”
Pertembungan idea di pentas-pentas perdebatan menyaksikan Islam berupaya menjadi
pemenang yang membanggakan. Namun apabila kita memasuki gelanggang aksi kita
tersungkur dek kerana sikap dan strategi bertindak yang longgar.
Bagi memastikan kita mampu mengolah ummah menjadi satu jenis kekuatan yang dihormati
pihak lawan, keupayaan menterjemah idea adalah satu bentuk usaha amat-amat
diperlukan. Jangan kita terperangkap dalam membincangkan aliran-aliran pemikiran
semata-mata, tanpa berusaha dengan serius dan mencukupi untuk memperlihatkan
kebenaran yang terkandung adalah kebenaran yang memberi rahmat dan nikmat seperti
yang diharapkan.
Bagi merealisasikan hasrat ini maka oraganisasi dakwah seharusnya tampil menawarkan
upaya. Organisasi dakwah seperti ABIM, perlu bersungguh-sungguh mempersiapkan diri
mendepani cabaran. Disiplin harakiy dan budaya organisasi yang kompeten seharusnyamenjadi tunjang kepada gerak kerja kita.
Kita bermula dari cetusan kesedaran untuk menawarkan penyelesaian yang praktikal
terhadap segala kemelut permasalahan ummah. Ia mesti diteruskan dengan mempraktikkan
budaya merencana, ketekunan melaksana dan sikap yang terbuka dalam melakukan
introspeksi.
Keupayaan kita menawarkan dan melaksanakan solusi menjadi penentu hayat relevensi kita
di tengah kancah pergulatan ummat. Di sinilah letaknya kualiti organisasi bersabung nyawa
membela nasib ummat.
MENEGAKKAN DAWLAH (NEGARA) ISLAM
Menyonsong konsep dawlah Islamiah, membawa kita meneliti sejarah bermulanya konsep
negara bangsa. Seperti pandangan ramai sejarawan, konsep negara bangsa ini timbul
lantaran pemisahan negara dari pengaruh Gereja Roman Katholik yang sekaligus memberi
ruang kepada negara terbabit, untuk mentadbir dan memutuskan sesuatu perkara dalam
wilayah sempadan yang berkaitan.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 8/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
8
Ia ditandai dengan Treaty of Westphalia pada tahun 1648. Perjanjian itu melahirkan satu
pemerintahan bentuk baharu yang mengakhiri pemerintahan berbentuk empayar. Maka
lahirlah sebuah negara yang mandiri (national self-determination) yang mempunyai
sempadan yang tersendiri.
Perkara yang sama juga berlaku kepada Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1923.
Natijahnya lahirlah negara seperti Arab Saudi, Yaman, Mesir, Tunisia dan lain-lain.
Kemunculan pelbagai negara ini datang bersama kerencaman sistem pemerintahannya.
Muhammad Asad memberikan pandangan bahawa negara Islam (dawlah Islamiah) boleh
mengambil pelbagai bentuk asalkan sentiasa berpaksi kepada syariah. Ia seharusnya
meletakkan satu kerangka politik yang membina perpaduan dan kerjasama sesama muslim.
Ini seperti yang dinyatakan dalam Surah Ali ‘Imran: 103-104:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana
nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka,
lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-
ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk ( Ali ‘Imran: 103)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang
yang beruntung (Ali ‘Imran: 104)
Dari sinilah kita lihat kewajaran apabila Saidina Umar ibnu al-Khatab, tidak merasa canggung
apatah lagi rasa bersalah mewujudkan sebuah intitusi pengurusan kewangan yang dikenali
sebagai ‘diwan’. Beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbirannegara.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 9/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
9
Demokrasi adalah salah satu pilihan yang ada. Pilihan ini dilihat sebagai mampu
menampung semangat syura seperti yang dituntut syariat. Dr. Yusof al-Qaradhawi
mendokong idea ini lalu menggunakan istilah dawlah shuriyyah.
Pemuafakatan perlu berlaku dalam semangat dakwah yang mahukan makruf diangkat dan
munkar diketepikan. Ia juga seharusnya berupaya menggembleng segala potensi bagi
mencapai hasrat maqasid syariah yang semestinya mengejar maslahah ummah dan
mengenepikan mafsadah.
Kemajmukan budaya, agama dan latar belakang perlu ditangani dengan baik bagi
menterjemah pernyataan rahmatan lil a-lamin menjadi kenyataan dalam segenap aspek
kehidupan.
Seharusnya kemajmukan yang ada di Malaysia ini tidak sepatutnya menghalang kita
membina perpaduan dalam masyarakat. Setiap daripada kita ini mengimpikan sebuahnegara yang adil, bebas dan setiap kaum juga lapisan masyarakat dapat hidup dengan
sejahtera.
MEMBINA KHILAFAH (DUNIA) ISLAM
Fenomena “ Arab Spring” telah membuka dimensi baru dalam wacana politik umat Islam.
Gelombang ini yang ditanggapi oleh ulama terkenal Dr. Yusof al-Qaradhawi sebagai
“Thawrah Syaab” (Kebangkitan Rakyat), menzahirkan kesedaran umat menuntut Karamah
Insaniah mereka dihormati serta tidak dinafikan.
Ketika menghuraikan makna di sebalik Karamah Insaniah sepertimana yang dikemukakan
menerusi Surah Al-Isra ayat 70, Ibn ‘Ashur, menafsirkan Allah s.w.t telah mengangkat
martabat manusia berdasarkan kemampuan akal fikirannya ataupun Karramahum
Subhanahu Bi Al-Aql .
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan
dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka
dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan mahluk yang telah Kami ciptakan.
(Al-Isra:70)
Menerusi visi Karamah Insaniah, umat Islam mengenal hakikat Al-Tahririyyah
(Pembebasan), Al-Tanwiriyyah (Pencerahan dan Pencerdasan) dan Al-Taghyiriyyah
sepertimana yang dikemukakan dalam al-Qur’an:
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 10/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
10
Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (Al-Qur’an) kepada hamba-Nya
(Muhammad) untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya, Dan sungguh,
terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang (Al-Hadid: 9)
Gelombang Kebangkitan Rakyat (Thawrah Syaab) menyaksikan umat bangkit menuntut
Karamah Insaniah mereka mereka diperakui. Simboliknya tidak lain tidak bukan, hanyalah
semata-mata untuk membuka mencipta masa depan (untuk umat & negara) yang lebih baik.
Lantaran itu, Thawrah Syaab telah mengangkat Ikhwan Muslimin (Mesir) serta An-Nahdah
(Tunisia) ke puncak kekuasaan Siyasiy . Peranan kedua-dua gerakan tersebut dalam
mengangkat dan membela Karamah Insaniah telah diperakui melalui amalan demokrasi
yang luhur.
Jika dahulu, autoriti gerakan tersebut jelas terserlah dari keupayaan mengetengahkan idea
dan gagasan-gagasan pemikiran besar sebagai rujukan untuk umat. “ Arab Spring” mencabar
gerakan-gerakan Islam tersebut untuk merealisasikan gagasan pemikiran untuk kebaikan
masyarakat seperti di mana Dr. Tariq Ramadhan:
“ The Arab world, and Muslim-majority societies, need not only political uprisings, but also a
thorough going intellectual revolution from within that will open the door to economicchange; to spiritual, religious, cultural and artistic liberation; and to the empowerment of
women.”
Akan tetapi, tragedi rampasan kuasa tentera dan tragedi Medan Rabiah di Mesir di samping
pergolakan terbaru yang sedang dihadapi Rached Ghannouchi (Tunisia), telah membuka
wacana baru peranan gerakan Islam dalam politik.
Politik telah menyaksikan suara rakyat telah beberapa kali dikhianati pendukung
Sekularisme (Kemalisme) di Turki. Begitu juga di Algeria, FIS di bawah pimpinan Abbas
Madani dinafikan mandat mereka dengan rampasan kuasa yang turut mengundangcampurtangan Perancis. Kita juga tidak harus lupa di Sudan, peranan serta jasa Hassan
Turabi dan Ikhwan Muslimin (Sudan) telah dilupakan oleh regim tentera yang dibantu
mereka sebelum ini.
Kemenangan AKP parti pimpinan Reccep Tayyip Erdogan serta Abdullah Gul telah membuka
dimensi baru wacana politik Islami. Dengan demokrasi, golongan Sekularis Kemalisme tegar
telah ditewaskan dengan dukungan suara rakyat. Akan tetapi pengajaran dari AKP Turki
menunjukkan amalan politik berasaskan demokrasi yang luhur mampu mengangkat
martabat umat!
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 11/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
11
Atas jalur demokrasi, martabat Turki sebagai “Dawlah” penaung kekuatan politik Ummah di
pentas antarabangsa telah diangkat sekali lagi.
Politik memerlukan perancangan dan pengamatan teliti terhadap faktor-faktor sekeliling.
Tragedi politik di Mesir dan kemelut di Tunisia menyedarkan kita bahawa evolusi Arab
Spring masih belum dituai kebaikannya (kepada rakyat).
Perkembangan ini seharusnya dicermati secara mendalam oleh para pendukung ABIM.
Keadaan ini seharusnya dimanfaatkan sebagai rujukan serta suri teladan dalam merangka
Khittah perjuangan.
Sepanjang 42 tahun penubuhannya, ABIM telah meraikan kepelbagaian pengalaman serta
pemikiran di peringkat global. Kita sentiasa bersedia untuk belajar daripada pengalaman
gerakan-gerakan Islam lain. Dalam hal ini, kita harus merenungi kembali pengajaran yang
diketengahkan Al-Hujjurat ayat 13 yang berbunyi:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesr a antara satu dengan yang lain.” (Al-Hujjurat: 13)
Sepanjang 42 tahun penubuhannya, ABIM telah meraikan kepelbagaian pengalaman serta
pemikiran di peringkat global. Natijah daripada itu lahirlah Manhaj Maliziy sebagai Magnum
Opus untuk gerakan ini .
ABIM sentiasa berlapang dada menerima tunjuk dari pelbagai tokoh serta para intelektual
dan golongan ulama’ yang tidak diragui autoriti keilmuwannya. Akan tetapi ia tidak
semestinya menjadikan kita apologetik dan menjadi para pengkagum yang naïf terhadappencapaian orang lain.
Sudah sampai detiknya untuk kita mengetengahkan pengalaman serta gagasan pemikiran
berasaskan Manhaj Maliziy merentas persada global. Justeru adalah amat penting untuk
para penggerak ABIM menganjakkan diri berperanan selaku “major global player”.
Jaringan antarabangsa dirintis serta dikembangkan bukan sahaja untuk memperkayakan
citra gerakan serta individu semata. Sebagai “major global player”, mereka perlu memandu
jaringan-jaringan antarabangsa umat Islam agar lebih cakna terhadap perkembangan yang
membentuk persekitaran umat.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 12/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
12
Institusi-institusi antarabangsa umat perlu lebih gagah mengangkat suara umat. Sudah tiba
masanya untuk institusi-institusi antarabangsa umat melangkaui perbincangan persidangan
atau seminar. Para “major global player” yang dilahirkan ABIM perlu memastikan gagasan
kebangkitan umat menjadi realiti.
Pendedahan yang diterima para penggerak kita di awal penubuhan ABIM menerusi IIFSO,
WAMY, dan kini UNIW serta beberapa institusi antarabangsa, merupakan sumber inspirasi
kita untuk merintis kecemerlangan masa depan.
Kelantangan Turki dalam membela nasib rakyat Mesir, Syria, Palestin serta Rohingya
membuktikan umat Islam mampu tampil sebagai “Kuasa Besar” bercitra ummatik. Untuk itu,
kita perlu membuka ruang untuk meraikan potensi yang ada di kalangan generasi muda
Islam. Kader-kader ini perlu dibimbing dan dikembangkan potensinya agar mereka mampu
menggalas cabaran serta harapan umat pada masa akan datang.
Kita juga perlu memanfaatkan setiap ruang serta mencipta kesempatan berdasarkanpersekitaran sosio, politik serta ekonomi kita. Gagasan Rahmatan Lil Alamin hanya mampu
direalisasikan menerusi perlaksanaan khittah yang berkesan.
MEMPERKUKUH KHITTAH
Khittah yang tepat amat diperlukan bagi memastikan hadaf dapat direalisasikan. Ia juga
perlu mempunyai keluwesan agar segala halangan dan gangguan di sepanjang perjalanan
menuju hadaf dapat diatasi dengan jayanya.
Bagi menjayakan hadaf yang telah digariskan maka kita mengambil 3 strategi utama iaitu:
Dalaman
Rangkaian
Organisasi
Strategi Dalaman
Objektif strategi ini adalah bagi membina penggerak-penggerak dakwah yang berkualiti
tinggi. Individu yang menggelarkan dirinya sebagai pendakwah seharusnya malu jika tidak
dapat hadir program-program asas seperti usrah dan tamrin.
Penekanan terhadap kefahaman mengenai dakwah dan harakah perlu disampaikan dalam
pelbagai bentuk dan medium. Kefahaman dakwah yang meliputi kepentingan dakwah,
konsep dakwah, latar sejarah dan budaya seharusnya menjadi teras perbincangan.
Kefahaman mengenai harakah boleh diukur menerusi tindakan, disiplin dan cara bertindak
dalam struktur organisasi. Harakah seharusnya mampu untuk memberi ruang berkarya
kepada seluruh lapisan masyarakat. Kita bukan organisasi elitis yang dianggotai oleh
sekelompok kecil manusia berciri istimewa, tetapi kita adalah gerakan dakwah yang
mengakar di tengah-tengah ummah mengangkat suara rakyat sebagai gema keramat.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 13/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
13
Oleh itu seharusnya kita dilengkapi dengan kefahaman mengenai ilmu pengurusan,
komunikasi dan disiplin yang tinggi. Denyut nadi jamaah kita ini perlu dirasai dan dikongsi
bersama di setiap peringkat. Barulah akan terbina nanti sebuah binaan saling mengukuhkan
dan laungan suara yang saling bersahutan.
Strategi dalaman ini juga seharusnya meliputi pembinaan keluarga. Kita perlu memberi
perhatian yang sewajarnya pada setiap peringkat pembinaan keluarga. Termasuklah di sini
persoalan kualiti keluarga yang berdiri dibawahnya soal pendidikan, soal kewangan
keluarga, kesihatan keluarga dan sebagainya lagi. Kita mahukan zuriat serta para isteri
sebagai penyejuk mata dan digandingkan dengan kepimpinan yang bertaqwa. Inilah hasrat
kita yang perlu disambut dengan penuh bersemangat di segenap peringkat.
Pengukuhan Rangkaian
Pengukuhan rangkaian bukan sekadar menjalin hubungan dengan mengenali nama dan
tempat kelahiran. Tetapi ia seharusnya menjangkau kepada sebuah ikatan yang mampu
membawa misi kita ke tengah-tengah masyarakat.
Penganjuran konferens antarabangsa kali ini, mengisyaratkan bahawa kita mesti
mempersiapkan diri sehingga ke peringkat tertinggi. Kini medan aksi kita bukan sekadar di
persada nasional tetapi telah terangkat ke lapangan global.
Kita berhasrat mewujudkan penggerak-penggerak dakwah yang mampu berfungsi di
segenap peringkat. Kita bersama-sama berikrar untuk menjadikan kehadiran kita ini dirasai,
diperhitung dan dihormati. Jaringan dakwah kita menyerap ke segenap ceruk kampung dan
desa, menyelinap sehingga ke puncak menara.
Setiap dari kita harus memperkirakan bahawa setiap posisi itu penting dan bermakna untuk
dakwah. Perumpamaan batang tubuh bagi melambangkan kekukuhan ukhuwah Islamiah
perlu dihayati sebaiknya. Walau pun gigi itu kecil tetapi jika sakit setiap inci badan akan
terjejas dan merana dibuatnya. Tanpa memandang kedudukan tinggi atau rendahnya dalam
hierarki jamaah, sepenuh masa atau tidak, exco mahupun petugas jamaah setiap yang jujur
dari kita adalah sama kepentingannya dari sudut misi gerakan.
Jangan ada yang berasa kerdil atau terpinggir, kerana jawatan atau kedudukan bukan
dambaan kemegahan. Ia adalah satu lambang amanah yang sifatnya, semakin tinggi
semakin sukar untuk disempurnakan. Maka dari sinilah nanti akan kita bina rangkaiandakwah dengan segala keramahan bagi mengembleng segala potensi dan upaya ummah.
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 14/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
14
Memperkemas Institusi dan Agensi
Kita amat bertuah mewarisi sebuah wadah yang telah banyak menempa sejarah. Terima
kasih yang tidak terhingga wajar kita rakamkan kepada generasi terdahulu yang telah
banyak menaburkan jasa.
Mereka dengan penuh rela menyerahkan kehidupan kepada perjuangan. Sanggup bergolok
bergadai demi menggapai impian, sanggup mengenepikan keselesaan hiidup demi sebuah
perjuangan.
Sebagai generasi pewaris jangan kita dengan penuh angkuh mendabik dada memperlekeh
sumbangan mereka kerana sedikit kesilapan yang terpampang di depan mata. Sejarah
perjuangan generasi terdahulu telah tertulis dengan tinta emas tanpa dapat dinafikan oleh
sesiapa pun. Kita pula masih belum tahu di manakah pengakhiran kita dan bagaimanakah
wajah kita di lembaran sejarah. Kita menumpang bahagia apabila ada yang sanggup
berkongsi catatan kejayaan dengan menukilkan nama kita sebagai pewaris perjuangan.
Justeru segala kelemahan dalam gerakan kita ini bukanlah satu nikmat untuk dijaja bagi
melondeh dan memalukan sesiapa. Kelemahan ini mesti kita dokong bersama bagi mencari
penyelesaian yang terbaik. Itu pun masih belum tentu kerana penyelesaian yang kita
andaikan hari ini, boleh menjadi masalah dan bencana di kemudian hari.
Maka dalam kita memperkemas institusi dan agensi, ia mesti disertai dengan penuh
tawaddhu’ bagi menghilangkan takbur dan riya’. Dari sinilah nanti suasana yang harmoni
dalam budaya organisasi dapat kita wujudkan. Biasakanlah diri dengan catatan yang
sistematik dan teratur, perbincangan yang mesra dan mampu mencari jalan penyelesaian.
Inilah sebenarnya sebahagian dari ikhtiar kita untuk memastikan jamaah kita ini dapat
bertahan seterusnya mampu mengurangkan keciciran.
KHATIMAH
Di penghujung kalam ini, kami ingin merakamkan ucapan penghargaan tidak terhingga
kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan penganjuran muktamar serta beberapa
program sampingan lain.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah ingin diucapkan di atas komitmen serta pengorbanan dalam
mendukung kesucian visi Rahmatan Lil Alamin. Sesungguhnya, kita menggalastanggungjawab yang besar untuk membawa pengharapan baru ke dalam urat nadi umat ini.
Marilah sama-sama kita berdoa memohon hidayah serta kekuatan dari-NYa, agar usaha kita
ini terangkum dalam garisan jejak dakwah Rasullulah S.A.W ke arah menggapai ma'rifah
Allah s.w.t.
Semoga Allah memberkati usaha dan ikhtiar kita ini dengan keredhaan yang tidak terkira ke
arah memperolehi kebahagiaan abadi. Selamat bermuktamar. Selamat bermuhasabah.
Wa Allahu’ alam. Allahu Akhbar! Walillahil Hamd!
7/29/2019 Ucapan Dasar ABIM 2013, Muktamar ABIM Ke-42
http://slidepdf.com/reader/full/ucapan-dasar-abim-2013-muktamar-abim-ke-42 15/15
Muktamar Sanawi ABIM Ke-42
15
BIBLIOGRAFI
Abbas As Sissi (1990), Dakwah & Tarbiyah – Pandangan Hasan Al-Banna. Kota Bharu:
Pustaka Aman Press.
Ahmad Ibrahim, Mat Saad, Abdullah Abu Bakar (1995), Pemerintahan Islam dalam
Masyarakat Majmuk . Kuala Lumpur: IKIM.
M. Natsir (2010), Dibawah Naungan Risalah. Jakarta: P.T Abadi.
Mahmood Zuhdi (2010), Bagaimana Islam Memimpin Masyarakat Majmuk . Batu Caves: PTS
Islamika.
Nasr Farid Wasil (1980), Muhamad (S.A.W) Pejuang Islam dan Kedamaian. Kota Bharu:
Yayasan Islam Terengganu.
Rustam Abdul Sani (2004), Ke Mana Nasionalisme Melayu?. Kuala Lumpur: R Publishing
Services.
Sayyid Abul A’la Al-Maududi (1987), Prinsip-Prinsip Utama Negara Islam. Kuala Lumpur:
Penerbit Hizbi.
Siddiq Fadzil (2009), Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan. Kajang: Akademi Kajian
Ketamadunan KDH.
Siddiq Fadzil (2012), Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat . Bangi: Aras
Mega.
Syaikh Mushthafa Masyhur (2009), Fiqh Dakwah. Jakarta: Al-I’tishom Cahaya Umat.
Syeikh Sa’id Hawwa (2010), Pendidikan Spiritual . Kuala Lumpur: Mutiara Ilmu Selekta.
Yusuf al-Qaradhawi (2007), 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman. Kuala Lumpur: Blue-T
Publication.
Top Related