OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
1
Soalan tugasan
1. Aspek pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga amat penting dipraktikkan oleh kita semua untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan kita terjamin.
Dengan bantuan pengurusan grafik yang dipilih, bincangkan kedua-dua pernyataan di atas dengan mengambik kira kepentingannya serta keutamaannya dalam kehidupan kita seharian.
Pengenalan
Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata ketiadaan penyakit dan cacat cedera sahaja (WHO). Ia adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R., 1968). Kesihatan berkait rapat kepada siapa kita sebagai individu, bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian.
Setiap manusia dilahirkan dengan mempunyai tubuh dilengkapi bahagian-bahagian yang memainkan peranan atau fungsi tersendiri. Bahagian dan organ membentuk sistem yang membolehkan tubuh berfungsi sepenuhnya. Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. Pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan kesihatan amat penting. Pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu. Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga emas.
Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan peralatan yang digunakan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan, pengurusan tekanan dan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan. Lelaki dan perempuan dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
2
Pengurusan Kesihatan Diri
Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna.
Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi asset yang penting untuk hidup
sihat sepanjang hayat. Berikut adalah aspek pengurusan diri yang harus diberi perhatian:
Rajah tentang Pengurusan kesihatan diri
(a) Pengurusan Kebersihan tubuh
Menjaga kebersihan diri adalah satu amalan yang mesti diberi keutamaan dalam
kehidupan kita. Untuk memastikan badan kita bebas daripada kekotoran, bukanlah
setakat mandi dua kali sehari. Sebaliknya kita mestilah prihatin tentang kebersihan tubuh
badan kita dari hujung rambut hingga hujung kaki. Badan yang bersih bukan sahaja
terhindar daripada penyakit, malah kita akan sentiasa ceria dan dapat memberi tumpuan
kepada aktiviti harian kita dengan baik. Berikut merupakan bahagian yang perlu kita beri
keutamaan.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Aspek pengurusan
kesihatan diri
pengurusan kebersihan
pakaian
Pengurusan pemakanan yang sihat
Pengurusan berat badan
Pengurusan tahap
kesihatan
Pengurusan kebersihan
tubuh
Pengurusan tekanan (stress)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
3
1. Membersihkan tubuh badan
Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian kita yang perlu
dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh
badan dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan
ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan
berbau busuk.
2. Tangan
Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak mengumpul
kuman. Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman
orang lain dipindahkan kepada tangan kita. Tambahan pula pada era ini terdapat virus
yang digelar H1N1 yang boleh menular melalui sentuhan dan juga melalui udara.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Tubuh badan
Tangan
RambutPenjagaan mulut
Rehat dan tidur
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
4
Apabila virus ini terjadi, maka ramai orang yang telah menjaga kesihatan diri dengan
mencuci tangan dengan betul. Kita perlu bersihkan tangan dengan sabun dan air
bersih setiap kali selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan atau hendak
makan. Kuku yang panjang akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke
mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.
3. Rambut
Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang
bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu
kering dan berminyak. Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu
rambut dan masalah kulit kepala adalah di antara masalah kesihatan yang biasa
berlaku. Selain itu, masalah kelemumur boleh terjadi apabila kulit kepala berminyak
dan berhabuk. Gunakanlah syampu yang khas untuk menghilangkan kelemumur dan
rambut bercabang. Pemilihan sikat juga amat penting untuk menjamin rambut kekal
sihat dan cantik. Sikat yang berbentuk sebaris sesuai untuk digunakan oleh orang
yang berambut lurus, manakala bagi mereka yang berambut kerinting, gunakanlah
sikat yang kembang. Sekiranya masalah kulit kepala kerap berlaku maka dapatkanlah
rawatan dan nasihat di klinik.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
5
4. Penjagaan mulut
Penjagaan mulut termasuklah gigi amat penting dalam
pengurusan kesihatan diri. Gigi adalah salah satu anugerah Allah kepada hambanya.
Gigi yang sihat dan bersih mampu membuatkan wajah kita berseri-seri. Kita mestilah
menggosok gigi 3 kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari selepas makan dan
sebelum masuk tidur. Gosoklah gigi dengan cara yang betul agar segala sisa-sisa
makanan dapat dikeluarkan. Jika masih terdapat sisa makanan yang tersangkut
dicelah gigi, gunalah benang untuk mengeluarkannya.
Pilih ubat gigi yang sesuai untuk gigi dan gusi kita. Kita juga
digalakkan berjumpa dengan doktor gigi 6 bulan sekali untuk memantau tahap
kesihatan gigi kita. Untuk pengetahuan kita semua, rokok, teh dan kopi boleh
mengakibatkan gigi kita kekuning-kuningan.
Untuk memastikan gigi kita putih bersih, jauhilah daripada
menghisap rokok dan kurangkan pengambilan teh dan kopi dalam kehidupan harian.
Rajin-rajinlah minum susu kerana susu yang kaya dengan kalsium membantu
pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Sayangilah gigi anda. Gigi yang sihat dan
putih bersih akan membuatkan senyuman anda lebih menawan.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
6
5. Rehat dan tidur
Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk
memulihkan tenaga dan minda. Dapatkan tidur secukupnya dan berkualiti. Kanak-
kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang
dewasa. Pastikan tubuh dibersihkan sebelum tidur.
(b) Pengurusan Kebersihan Pakaian
Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat berpeluh. Oleh
yang demikian adalah penting untuk kita menukarkan pakaian setiap hari. Pastikan
pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur
bantal,selimut tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.
(c) Pengurusan Tahap Kesihatan
Selain kita menjaga kebersihan tubuh badan, kita juga perlu memastikan tahap kesihatan
badan kita supaya tidak ada penyakit. Sesetengah penyakit adalah “pembunuh senyap”.
Ada di antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
7
penyakit yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan
strok. Penyakit ini dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di
Malaysia. Selain itu penyakit diabetis juga boleh mengancam kesihatan yang berpunca
daripada tahap glukosa dalam darah. Kita boleh mengetahui tanda-tanda awal sesuatu
penyakit dengan melakukan pemeriksaan kesihatan.
Rajah berkaitan tentang pemeriksaan yang boleh dijalankan :
(d) Pengurusan Pemakanan yang sihat
Pemakanan sihat merupakan sebaik-baik amalan untuk menjaga kesihatan. Pemakanan
sihat mengandungi makanan berkhasiat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan
pembinaan tubuh badan. Kita makan untuk menghidupkan fungsi organ tubuh badan kita.
Makanan memberi segala zat yang diperlukan oleh tubuh. Adalah amat penting untuk
memakan sajian seimbang untuk mendapatkan semua jenis zat yang diperlukan.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan :
Pemeriksaan tekanan darah
Saringan paras glukos darah
Saringan paras kolestrol
Indeks jisim badan
Pemeriksaan kanser serviks dan payu dara
Ujian kadar lemak
Saringan minda sihat
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
8
Pemakanan seimbang bermaksud makanan seharian yang kita ambil dalam kumpulan
makanan asas adalah sama banyak atau seimbang.
Contoh makanan seimbang yang kita ambil pada hari ini terdiri daripada nasi,
daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidak semua hidangan memerlukan makanan
daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara
makanan itu dalam tempoh sehari.
Rajah menunjukkan makanan seimbang mestilah mengandungi hidangan seperti berikut:
Pengurusan makanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan seseorang. Tiga
waktu makan utama ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kita
dinasihatkan supaya wajib mengambil sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu
memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah
untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Semoga kita dapat
mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengamalkan pemakanan sihat.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
a) 6-11 hidangan
daripad
a kumpulan
roti, bijirin, pasta
dan nasi
.b)
3-5 hidangan
daripada kumpulan
sayur hijau.
c) 2-4 hidangan
daripada kumpulan
buah-buahan.d)
2-3 hidanga
n daripad
a kumpula
n daging, ayam,
ikan,
telur
dan kekacang.e)
2-3 hidanga
n daripad
a kumpula
n hasilan tenusu iaitu susu,
keju dan dadi
h.f) Lemak
dan minyak hendaklah diambi
l sedikit yan
g mungkin.
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
9
(e) Pengurusan Berat Badan
Obesiti merupakan salah satu risiko untuk mendapat penyakit
diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang
bersenam. Di Malaysia, prevalen penyakit diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia
pada tahun 1986 ialah 6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996. ( menurut
National Health and Morbidity Survey, 1996 ).
Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan.
Kecergasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia
meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di
rumah dan membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga yang
berupa pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Pembakaran lemak yang konsisten
dapat menyisihkan lebihan lemak yang berada di dalam tubuh kita dan dapat
mengurangkan berat badan yang berlebihan. Di samping itu, kita dapat melindungi
jantung kita apabila tubuh kita mempunyai lemak darah berkepadatan tinggi (High
density lipoprotein atau HDL). Ia adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
10
dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia juga dikenali kolesterol yang
baik.
(f) Pengurusan Tekanan (stress)
Tekanan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan dan
cabaran. Stress boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stress yang
sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita tetapi sekiranya mengalami stress yang
serius mungkin seseorang individu itu akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan
alkohol. Terdapat dua faktor stress iaitu luaran dan dalaman.
Rajah (f).1 : Faktor luaran penyebab stres
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Faktor luaran penyebab
stres
Tempat kerja atau belajar
kegagalan institusi
kekeluargaan
Masalah Sosial
Persekitaran yang tidak
selesa
Tiada hubungan baik
sesama jiran
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
11
Rajah (f).2 : Faktor dalaman penyebab stres
Kita mesti belajar hidup dengan stress kerana ia sebahagian dari kehidupan. Belajar
mengurus stress dapat menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak
dapat membantu mengurangkan stress. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif.
Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.
Kesimpulannya, pengurusan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan keluarga amat penting
dipraktikkan oleh kita semua untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan kita
terjamin.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Faktor dalaman penyebab stres
"Feedback" yang negatif
Sentiasa dinilai dan
dikritik
imej kendiri
Pengurusan diri yang
lemah
Terjadinya banyak
kejadian
Kurang sokongan
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
12
Soalan 2
Bina satu set rancangan pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan bagaimana untuk anda
mengajarkan aspek pengurusan diri kepada murid-murid Tahun 5.
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Butiran am
Tarikh : 15 Mac 2010
Kelas : 5 Solar
Hari : Isnin
Masa : 8.50 – 10.00 pagi
Minggu : 8
Bilangan murid : 33 orang
Butiran khas
Tunjang pembelajaran: Kesihatan Diri dan Keluarga
Tajuk pembelajaran : Amalan kesihatan
Pengetahuan awal murid : Murid pernah melakukan aktiviti kecergasan dan kesihatan.
Objektif pembelajaran: Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran diharapkan murid dapat :
Psikomotor : 1. Mencatat maklumat yang diperolehi hasil dari perbincangan.
Kognitif : 1. Menyelesaikan teka silang kata berdasarkan informasi yang diberi.
Afektif : 1. Menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk menjawab soalan.
Persediaan murid : alatulis
Persediaan guru : pen marker, papan silang kata, kertas mahjung dan lembaran kerja.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
13
FASA/MASA AKTIVITI BUTIRAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
ORGANISASI CATATAN
Permulaan
(set induksi)
5 minit
Memaparkan carta
tentang amalan harian
untuk menjaga kesihatan
1. Murid membaca dan
memahami carta tersebut.
Perkembangan
Langkah 1
(20 minit)
1. Membaca catatan
dan memahami isi
kandungan.
1. Murid dibahagikan
kepada 5 kumpulan ( 6
orang setiap kumpulan)
2. Guru memanggil wakil
setiap kumpulan untuk
membacakan sebuah
catatan.
3. Setiap kumpulan
dikehendaki mencatat
amalan yang sesuai untuk
diikuti oleh murid.
G
ABM
Catatan
Pen
marker
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
14
Langkah 2
(20 minit)
1. Membentangkan
catatan harian
yang telah dibuat
1. Setiap kumpulan akan
berbincang mengenai
aktiviti harian yang sesuai
di atas kertas mahjung
dengan membina jadual
aktiviti.
2. Wakil setiap kumpulan
akan membentang hasil
kerja.
X ABM
Kertas
mahjung
Pen
marker
Langkah 3
(20 minit)
1. Permainan (roda
silang kata)
1. Guru memanggil ketua
kumpulan untuk
memutarkan roda markah.
2. Apabila roda markah
berhenti, contohnya di
tempat nilainya ialah 40
markah. Guru akan
bertanya soalan berapa
yang ingin dipilih oleh
kumpulannya. (soalan 1
hingga soalan 6).
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
Xxxxx
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
15
3. Setelah itu, guru akan
membacakan soalan dan
sekiranya kumpulan itu
berjaya menjawab, 40
markah akan diberikan
dan jika gagal 0 markah
akan diberi.
4. Masa yang diberikan
untuk menjawab hanya 15
saat sahaja.
5. Permainan ini dijalankan
hanya dalam satu
pusingan sahaja.
6. Kumpulan yang berjaya
menjawab betul dan
memperolehi markah
tertinggi akan dikira
sebagai pemenang.
Penutup /
kesimpulan
(5 minit)
1. Sesi perbincangan
dan pengukuhan.
Mengadakan sesi perbincangan /
pengukuhan objektif :
- Memberi peneguhan
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
16
kepada murid terhadap
kemahiran yang
dipelajari.
- Sebagai satu motivasi
kepada murid.
- Cara membuat
pembetulan ke atas
kesalahan kemahiran
yang dilakukan murid.
- Guru membuat rumusan
mengenai amalan harian.
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
17
Rujukan
1. Albeny Joslyn Panting & Pises Busu, 2007. HBHE 2203, Kesihatan diri dan keluarga.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
2. Idris Mohamad, Shamsudin Mohd Shariff & Jamaludin Ahmad, 1999. Kurikulum
Bersepadu Sekolah rendah, Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
3. Universiti Putra Malaysia. Pengurusan kesihatan diri.
Di talian : www.educ.upm.edu.my/~gm/amalankesihatan.html.
4. Pendidikan kesihatan keluarga.
Di talian : www.scribs.com
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
18
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
19
Contoh lembaran kerja :
Amalan harian
Jawab semua soalan di bawah :
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
a)b)c)
1.Tulis tiga komponen kecergasan yang
penting kepada tubuh badan kita.
a)b)c)d)
2. Nyatakan empat cara menjaga
kebersihan tubuh badan.
a)b)c)
3. Nyatakan tiga kebaikan jika
badan kita bersih.
4. Namakan tiga jenis penyakit kulit yang mungkin terjadi sekiranya kita mengabaikan kebersihan diri.
a)______________ b)_______________________ c)_________________________
5. Senaraikan lima aktiviti kecergasan sebagai amalan kesihatan tubuh badan kita.
a)__________________ b)__________________ c)_________________
d)___________________ e) ________________
OPEN UNIVERSITY MALAYSIAHBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
20
Shahrom Nizam Bin Azali791129-07-5227 IPGM(PULAU PINANG)
Top Related