Tugasan 3 Kajian Tinjauan
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN 4 : KAJIAN TINJAUAN
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU – GURU SEKOLAH
ZON LADANG DAERAH SUBIS SARAWAK
ABSTRAK
1
NAME : TENGKU NORAINI BINTI MEGAT ABDULLAH
STUDENT NO : M20111000250
LECTURER : PROF MADYA DATO’ DR ABD LATIF HAJI GAPOR
COURSE CODE : KPT 6044
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT membolehkan aktiviti dijalankan tanpa
kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya
meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan
kadar kebolehan pelajar. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan
ICT dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap
penggunaan ICT bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu,
satu kajian tinjauan dijalankan di sekolah – sekolah kawasan zon ladang daerah Subis
Sarawak. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran di kalangan guru – guru sekolah luar bandar. Tiga aspek telah dikaji bagi
menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran, kelemahan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masalah-
masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada guru – guru yang mengajar di lapan buah sekolah
dalam daerah tersebut. Kajian ini menggunakan tiga teknik tinjauan iaitu soal selidik, data dari
kajian lepas dan temubual dengan beberapa orang guru. Analisis data dilakukan dengan
menggunakan analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah disebabkan oleh faktor-
faktor seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang
telah tersedia. Beberapa usul cuba dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir
dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah – sekolah tersebut.
Kata Kunci : Information Communication Technology ( ICT ), Kelebihan ICT, Kelemahan ICT,
Masalah Penggunaan ICT, Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P)
PENDAHULUAN
2
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
1.0 PENGENALAN
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan Information
Communication Technology ( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi
melahirkan generasi muda yang celik computer dan sentiasa peka dengan perkembangan
teknologi semasa. Ia selaras dengan usaha dan dasar kerajaan Malaysia melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia ( KPM ) yang sedang memperluaskan kurikulum pendidikan berasaskan ICT
dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar
dan juga personel KPM. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) yang
menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu
penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display ( LCD ), kamera video digital,
interactive white board dan lain-lain penggunaan ICT dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Salah satu penggunaan Information Communication Technology ( ICT ) dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer. Istilah penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu
Computer - Based Instruction ( CBI ) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan
computer ( Faharol Razi, 1998 ). Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg ( 2000 ),
komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.
Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,
ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan
bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan ICT.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
3
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Di negara maju, penggunaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT telah
diterima oleh tenaga pengajar dan juga pelajar dalam dunia pendidikan. Ia juga berfungsi
sebagai alat yang boleh mempertingkatkan minat pelajar kepada setiap isi pelajaran yang
dipelajari mereka. Namun begitu, sejauh manakah penggunaan ICT ini bagi sekolah di kawasan
luar bandar? Itulah yang menjadi persoalan. Maka, ekoran daripada persoalan ini penggunaan
ICT di sekolah luar bandar telah menarik perhatian pengkaji.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Pelajar – pelajar mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza – beza. Pelajar yang
cerdas akan belajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahaman
mereka. Pelajar yang lemah pula lambat dalam mempelajari topik yang sukar untuk difahami.
Oleh yang demikian, tumpuan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membantu pelajar yang lemah dan sekaligus dapat menarik minat mereka harus dilaksanakan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
1.3.1 OBJEKTIF UMUM
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, Subis
Sarawak.
4
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
1.3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti :
I. Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak.
II. Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis, Sarawak.
III. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis,
Sarawak.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1.4.1 PERSOALAN KAJIAN UMUM
Sejauh manakah penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru – guru di sekolah luar bandar iaitu daerah zon ladang, Subis Sarawak ?
1.4.2 PERSOALAN KAJIAN KHUSUS
I. Apakah kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ?
II. Apakah kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang, Subis Sarawak ?
5
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
III. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah daerah zon ladang,
Subis Sarawak ?
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dapat membantu dalam :
I. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik
disamping memperolehi pembelajaran yang bermakna.
II. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang
bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata
pelajaran.
III. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui
penggunaan ICT dan seterusnya dapat memperbaiki lagi mutu perkhidmatan
mereka.
IV. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam
menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan pengkaji terhadap guru – guru di lapan buah sekolah di kawasan
luar bandar iaitu zon ladang daerah Subis, Sarawak. Kajian ini juga terbatas kepada faktor-
faktor seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual.
6
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Kekangan lain seperti faktor tempoh masa kajian yang agak terhad juga sedikit sebanyak
membataskan kajian yang dijalankan.
1.7 KERANGKA KONSEP KAJIAN
Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian
1.8 DEFINISI ISTILAH
Beberapa istilah yang digunakan dalam penulisan ini memerlukan definisi yang terperinci.
Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza.
Istilah-Istilah tersebut adalah seperti berikut :
1.8.1 Information Communication Technology ( ICT )
Kaedah yang digunakan untuk menyimpan, memindah, melindungi, memproses
menyebar dan memaparkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
7
PENGGUNAAN ICT
KOMPUTER LCD PROJECTOR
OHP CD - ROM
INTERNET COURSEWARE
KELEBIHAN KELEMAHAN MASALAH
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
1.8.2 Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P )
Tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama di antara guru serta pelajar.
METODOLOGI
2.0 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan daripada
hasil temubual dan juga data – data daripada kajian terdahulu. Borang soal selidik berstruktur
dan juga soalan – soalan temubual digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel
kajian terdiri daripada guru - guru yang dipilih dari sekolah – sekolah zon ladang daerah Subis
Sarawak iaitu :
Bil Nama Sekolah1 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 12 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 23 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 34 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 45 Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No 56 Sekolah Kebangsaan Rumah Tinggi7 Sekolah Kebangsaan Rumah Barat8 Sekolah Kebangsaan Sungai Bakas
Rajah 2.1 : Senarai Sekolah
Menurut Mohd Majid ( 1994 ), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang
sedang berlaku. Temubual dilakukan untuk mengetahui secara langsung bagaimana cara guru
guru di sekolah zon ladang memilih teknik pengajaran dan mengaplikasikannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Soalan temubual yang juga merupakan salah satu instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan data yang berbentuk kualitatif
8
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
dalam membantu penyelidik menyokong analisis penggunaan ICT ketika proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.
2.1 TEMPAT KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sekolah – sekolah luar bandar iaitu sekolah zon ladang di daerah
Subis, Sarawak seperti Rajah 2.1.
2.2 SAMPEL KAJIAN
Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan
guru-guru di kawasan zon ladang untuk menjawab soalan soal selidik. Disebabkan penyelidik
juga perlu menjalankan temubual secara individu dan terperinci, maka hanya beberapa orang
responden sahaja dipilih untuk ditemubual.
2.3 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian adalah soalan soal – selidik, soalan temubual dan maklumat dari kajian
terdahulu. Pemerhatian dan tinjauan merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan untuk
mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakala temubual pula sesuai
digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara langsung dan terperinci ( Mohd
Najib, 1999 ). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap
daripada responden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi
dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
9
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
DAPATAN KAJIAN
3.0 DAPATAN DARIPADA KAJI SELIDIK DAN TEMUBUAL
Persoalan Dapatan
Pemahaman guru
tentang ICT
Internet, komputer dan teknologi – Guru menggunakan kemudahan
teknologi dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT
dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
Tidak selalu menggunakan kemudahan ICT dan hanya digunakan
untuk sesetengah tajuk danisi pelajaran yang dirasakan perlu
sahaja. Ada juga diantara mereka yang menggunakan kemudahan
ICT sebulan sekali ekoran daripada kemudahan ICT yang hanya
dibekalkan di bilik tayang sahaja dan penggunaan bilik itu adalah
terhad mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sumber yang guru
selalu gunakan
Laptop sendiri, LCD ,CD, tayangan video di bilik tayang.
Penggunaan ICT
dan kesesuaian
dengan isi
pelajaran
Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana
sesetengah topik penggunaan ICT menyebabkan pelajar lebih susah
memahami tajuk yang diajar.
Dapat menarik minat murid untuk belajar kerana banyak animasi
yang boleh memberikan tarikan kepada mereka supaya sentiasa
10
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Kelebihan memberi perhatian kepada tajuk yang diajar. Ianya juga dapat
membantu proses pengajaran dan pembalajaran supaya lebih
berkesan.
Kelemahan
Tidak semua tajuk memerlukan penggunaan ICT. Adakalanya
menggunakan ICT banyak membazirkan masa dari aspek
pemasangan peralatan dan turut memerlukan masa tambahan
untuk guru menerangkan semula isi – isi pelajaran yang tidak
difahami murid dengan menggunakan kaedah tradisional.
Penggunaan ICT ini juga menyebabkan murid yang lemah akan
sedikit ketinggalan.
Masalah
Masalah dari aspek kekurangan peralatan ICT seperti makmal
komputer yang tiada kelengkapan komputer yang mencukupi di
dalamnya. Terdapat juga sekolah yang hanya mempunyai makmal
komputer tetapi tiada komputer di dalamnya. Guru kebanyakannya
menggunakan laptop peribadi untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Laptop yang disediakan oleh pihak kementerian
untuk sesebuah sekolah iaitu sebanyak 4 – 5 buah sahaja dan ianya
perlu berkongsi dengan guru – guru lain. Kemudahan internet pula
belum meluas dan kebanyakan guru lebih selesa menggunakan
broadband sendiri. Penggunaan bilik tayang pula sangat terhad
kerana haruslah mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak
multimedia sekolah.
Cara mengatasi
masalah tersebut
Guru kebanyakannya menggunakan laptop peribadi untuk proses
pengajaran dan pembelajaran dan kebanyakan guru juga lebih
selesa menggunakan broadband sendiri.
11
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Bagaimana ICT dapat membantu
Hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Namun begitu ia
dapat menarik perhatian murid untuk lebih seronok belajar dan
lebih memberi tumpuan pada tajuk yang di pelajari.
Respon Pelajar Pelajar lebih berminat untuk belajar dan lebih memberikan
perhatian.
Kemudahan ICT yang disediakan
oleh sekolah
LCD, CD, Bilik Tayangan, OHP, Komputer.
Adakah guru menggunakan
courseware untuk membuat soalan
ujian kepada pelajar ?
Tidak.Guru belum dibekalkan dengan kemudahan tersebut. Guru
hanya membuat soalan melalui rujukan – rujukan sendiri dan ianya
akan disemak oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah
sebelum diedar kepada pelajar.
Rajah 3.1 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Kaji Selidik dan Temubual
3.1 DAPATAN DARIPADA MAKLUMAT KAJIAN TERDAHULU
Hasil Kajian Dapatan
Nor Zubaidah Binti Abu Bakar ( 2005 )
Pembelajaran yang menggunakan ICT seperti
mengandungi komponen – komponen yang
menarik seperti foto album, tayangan video,
buku nota pelajar dan nota pelajar yang
menggunakan perisian power point dapat
12
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
membantu dalam mempertingkatkan
pemahaman pelajar dalam sesuatu subjek.
Bahrudin Mohd Bilal dan Muhammad Kasim
( 2001 ) dalam kajian Husnan, Rawaidah dan
Sharidah ( 2010 )
ICT dapat membantu mengatasi kelemahan
pendidikan Sains yang diajar secara tradisional
serta penglibatan guru dalam penggunaan
komputer secara lebih produktif.
Maswan ( 2004 )
Proses pengajaran dan pembelajaran melalui
laman web dapat menyediakan peluang untuk
menghantar dan mengakses maklumat yang
bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga
termasuk grafik, animasi, audio dan video.
Kaedah ini dapat mengelakkan pelajar
daripada merasa bosan disamping dapat
mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina ( 2006 )
Faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi,
personaliti guru, dan sokongan organisasi
amat mempengaruhi penerimaan dan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di
samping itu faktor demografi seperti jantina,
umur dan mata pelajaran major yang diajar
didapati tidak mempengaruhi penggunaan
komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah
Kassim, ( 2010 )
Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada
dan bilangan bilik multimedia yang terhad
mempengaruhi penggunaan ICT. Penggunaan
ICT ini boleh memudahkan pemahaman
13
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
pelajar namun hanya dalam sesetengah tajuk
sahaja.
Gladwin, Margerison dan Walker ( 1990 )
Kebaikan penggunaan ICT di dalam pengajaran
dan pembelajaran berbanding kaedah
tradisional adalah :
Pelajar dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam pelajaran
disebabkan terdapat pemaparan grafik
berwarna – warni yang dapat menarik
perhatian pelajar. Penjelasan sesuatu
konsep pelajaran lebih berkesan
berbanding dengan cara melukis di
papan hitam.
Pengiraan yang kompleks dapat
diselesaikan dengan lebih mudah,
cepat dan tepat.
Pelajar dapat menjelajah skrin
computer. Ini memberikan cara
pembelajaran yang tidak dapat
dilakukan melalui buku teks seterusnya
secara langsung memberi peluang
kepada pelajar supaya dapat
membiasakan diri dengan teknologi.
Zackeriya ( 1995 ) Pelajar sekolah berinteraksi melalui
multimedia untuk memperoleh pengetahuan
yang berguna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Leng Mei Wei ( 1998 ) Kelebihan penggunaan ICT secara umumnya
14
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
dapat :
Membantu pelajar yang lemah kerana
pelajar yang lemah boleh belajar
mengikut keupayaannya. Pelajar ini
juga boleh mengulangi pelajaran
sehingga berjaya memahami konsep –
konsep yang diajar tanpa menggangu
perjalanan pelajar lain yang lebih
cerdas.
Mendapat maklumbalas yang cepat
dimana semasa membuat latihan,
pelajar akan mendapat maklumbalas
yang cepat terhadap jawapan yang
diberikan oleh pelajar. Dengan ini
membolehkan pelajar mengambil
tindakan sewajarnya jika jawapan
mereka adalah salah.
Membantu dalam pemahaman di
mana bahan pembelajaran dapat
difahami dengan baik dan cepat. Ini
kerana penggunaan grafik, animasi,
warna, muzik, simulasi dan dialog yang
akan mempercepatkan lagi proses
pemahaman konsep – konsep yang
ingin disampaikan.
Jangka masa pembelajaran yang
pendek di mana pelajar berupaya
memahami sesuatu konsep dengan
lebih cepat berbanding kaedah
15
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
tradisional.
Mutu dan perhatian di mana apabila
perhatian yang lebih dapat diberikan
kepada kepekaan seseorang pelajar.
Guru juga mempunyai masa yang lebih
untuk memperbaiki mutu bahan
pengajaran.
Meringankan beban guru di mana
pelajara yang lemah dapat
mengulangkaji topik yang mereka
lambat kuasai dan ini dapat
meringankan beban guru dalam
mengulangi isi pelajaran yang sama
berkali – kali.
Memupuk sikap positif di mana
kebanyakan perisian kursus
mempunyai ciri interaksi dengan
pelajar yang sekaligus akan
menggerakkan pelajar menjadi lebih
aktif dan dapat mengatasi sikap palajar
yang negatif serta dapat
menggalakkan pelajar mengambil
bahagian dalam perhubungan
pelajaran.
Mengamalkan kemajuan pencapaian
pelajar di mana rekod – rekod yang
disimpan dalam program komputer
memudahkan guru membuat
pemantauan akan kemajuan pelajar.
16
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Rajah 3.2 : Jadual Dapatan Kajian berdasarkan Maklumat Kajian Terdahulu
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
4.0 PERBINCANGAN
Pengkaji memilih proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT kerana
pengkaji percaya melalui pengintegrsian teknologi yang dilakukan dapat menarik perhatian dan
minat pelajar dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping
itu, ia juga dapat mencapai salah satu objektif pengkaji iaitu mengenalpasti apakah kelebihan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian tinjauan ini telah membuktikan yang guru – guru mempunyai pendedahan dan
pemahaman sedia ada tentang penggunaan ICT dan pelajar pula seronok dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT. Namun begitu, ekoran daripada
bebarapa kekangan seperti kekurangan peralatan, kekangan masa dan ketidaksesuaian
dengan isi pelajaran menyebabkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agak terbatas.
4.1 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Kajian ini mempunyai implikasi yang postif kepada guru dan para pelajar serta sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru kini mempunyai pelbagai alternatif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di mana bukan hanya bergantung pada kaedah lama iaitu ‘ chalk
and talk ’ tetapi boleh mevariasikan teknik pengajara yang boleh berpusatkan pelajar. Pelajar
17
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
boleh menerokai maklumat isi pelajaran dengan bimbingan guru. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik dapat merangsang minat belajar yang tinggi di kalangan pelajar.
Pelajar dapat memahami sesuatu isi pelajaran dengan lebih mudah, cepat dan
mendalam. Cadangan pengkaji adalah sekiranya kajian ini diteruskan pada masa akan datang,
pengkaji akan mengintegrasikan teknologi dalam matapelajaran yang mempunyai banyak
konseptual dan eksperimental. Pengkaji juga berharap para guru dapat mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dan sekaligus memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih
daripada yang sepatutnya kepada para pelajar.
4.2 KESIMPULAN
Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada pelajar dan guru
itu sendiri. Kita seharusnya sudah bersedia untu merubah fokus daripada pengajaran
berpusatkan guru kepada pengarajaran berpusatkan murid. Maka,setiap kekangan yang ada
haruslah di atasi dengan segera. Pihak yang berkuasa haruslah menyelesaikan setiap
permasalahan yang ada terutamanya di kawasan sekolah luar bandar. Dengan cara ini, semua
pihak akan dapat merasakan manfaat dan kelebihan dalam mendapatkan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lebih kondusif, menarik dan berkesan.
18
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
SENARAI RUJUKAN
Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina, ( 2006 ). “Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan
Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes di Pulau
Pinang ”, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006
Faharol Razi Shaari, ( 1998 ), “ Psikologi Kognitif dalam Pembinaan Bahan Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer ”, Jurnal IPDA, 5: 38–44
Gladwin , Margerison dan Walker ( 1990 ), “ Computer in Teaching Initiative ”, Education in
Chemistry, 27 ( 3 ) : 67
Husnan Khufadli, Nur Rawaidah Rahmat dan Sharidah Asman ( 2010 ), “ Laman Sesawang dan
Kit Pembelajaran Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ”, Mini Kajian
Tindakan, 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia, ( 2012 ). “ Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 - 2025 ”, Sumber dari http://www.moe.edu.my, September 2012
Leng Mei Wei ( 1998 ), “ P & P Kimia Organik dalam Mata Pelajaran Kimia Melalui Perisian
Laman Web ”, Tesis Sarjana, UKM Bangi 1998.
Maswan. S, ( 2004 ). “ Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan
Pembelajaran ”, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institusi Perguruan Tuanku Bainun Pulau
Pinang, 2004
19
Tugasan 3 Kajian Tinjauan
Miordarulikram, ( 2010 ). “ ICT dalam Pendidikan ”, Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah
Manjung, Sumber dari http://www.ppdmanjung.edu.my
Mohd Majid Abdul Ghafar, ( 1992 ). “ Penyelidikan Pendidikan ”. Skudai, penerbit UTM
Nor Zubaidah Mohd Zain, ( 2005 ). “ Tahap Penggunaan Laman Web dalam Membantu Proses
Pembelajaran di Kalangan Pelajar – Pelajar Cacat Penglihatan di UM, UPSI dan UKM ”,
Kertas Kerja dibentang dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 dan
dikendalikan di Putrajaya, 6 – 7 December 2005
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Kassim, ( 2010 ). “ Penggunaan ICT dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru – Guru Pelatih UTM ”, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2010
Rosenberg, M.J., ( 2000 ), “ E-Learning ”, New York : McGraw Hill
SMART Technologies EMEA, ( 2011 ). “ The History of Technology in Education ”, Sumber
dari http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s, 3 Oct 2011
Zackeriya, ( 1995 ). “ Teknologi Multimedia ”, Majalah PC, October – November : 22 - 23
20
Top Related