FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
PERAKAUNAN AWALAN (PAF3023)
TUGASAN 2
Nama Pelajar : MOHD ZAKARIA BIN MOHD SAID
No Matrik : D20102040320
Program : PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU
Kumpulan : UPSI 01 ( SEMESTER 4 )
Nama Pensyarah : PROFESOR MADYA KHALID BIN ISMAIL
No. Tel : 019-5471062
KONSEP/PRINSIP PERAKAUNAN
1. Soalan : Siapa pengguna maklumat perakaunan?
Jawapan : Pengguna maklumat perakaunan terbahagi kepada dua iaitu
pengguna dalaman dan pengguna luaran. Kedua-dua jenis ini mempunyai kepentingan yang berbeza ke atas maklumat dalam
penyata kewangan.
2. Soalan :
Siapa pengguna dalam dan luar?
Jawapan :
Pengguna Dalaman terdiri daripada mereka yang berkerja dalam organisasi berkenaan. Contohnya,pihak pengurusan. Pihak
Pengurusan menggunakan maklumat kewangan untuk menilai keputusan pengurusan yang lepas dan membuat membuat keputusan untuk masa depan perniagaan.
Pengguna luaran terdiri daripada individu atau sekumpulan orang di luar syarikat yang mempunyai kepentingan atau tidak
mempunyai kepentingan dalam syarikat. Contohnya pelabur, bank, pemiutang dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Amnya, pengguna luaran memerlukan maklumat perakaunan bagi membolehkan
mereka membuat perbandingan prestasi kewangan sesebuah perniagaan.
(a) Pelabur Sedia Ada memerlukan maklumat kewangan untuk mengetahui nilai modal yang dilaburkan berbanding dengan jumlah dividen yang diterima serta mengetahui sumber kewangan
perniagaan.
(b) Pihak Bank atau Pemiutang memerlukan maklumat kewangan untuk menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik hutang
serta faedah atas pinjaman.
(c) Lembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan maklumat kewangan
untuk menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar mengikut keuntungan perniagaan.
(d) Bakal Pelabur pula memerlukan maklumat kewangan untuk
melihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan.
3.
Soalan : Berikan ciri-ciri kualiti maklumat perakaunan?
Jawapan : Ciri-ciri kualiti maklumat perakaunan ialah :
1. Kebolehfahaman
Pengguna seharusnya dapat memahami maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan.
2. Kebolehpercayaan
Maklumat bebas dari ralat dan kesilapan serta bebas dari
pengaruh atau kepentingan pihak tertentu.
3. Kebolehbandingan Kaedah penyediaan penyata haruslah tekal antara tahun dan antara perniagaan supaya perbandingan boleh dibuat bagi
pengukuran prestasi.
4. Tepat masa
Maklumat haruslah diperolehi ketika ia diperlukan. Maklumat yang lewat diterima tidak lagi dapat digunakan
untuk membuat keputusan.
5. Relevan
Maklumat perakaunan yang dibekalkan mestilah bersesuaian (relevan) dengan tujuan maklumat itu diperlukan.
4. Soalan : Penilaian aset tetap berdasarkan prinsip perakaunan apa?
Jawapan: Prinsip Kos Sejarah
Prinsip ini menyatakan kos sebenar yang dibayar atau ditanggung sewaktu urusniaga tersebut berlaku. Nilai asal perolehan aset
senantiasa dinyatakan didalam penyata kewangan tahun-tahun berikutnya.
5. Soalan : Catatan bergu ialah...
Jawapan : Sistem catatan bergu ialah satu kaedah apabila setiap urusniaga perniagaan akan direkodkan dalam sekurang-kurangnya dua akaun
lejar berasingan dgn amaun yg sama. Satu akaun akan didebitkan manakala satu akaun lagi dikreditkan. Sistem ini bukan sahaja
menjadi kaedah yang logik untuk merekodkan urusniaga perniagaan, tetapi juga cara untuk membuktikan ketepatan proses perekodan maklumat perakaunan. Ketepatan tersebut dipastikan
melalui penyamaan antara jumlah semua catatan debit dengan jumlah semua catatan kredit bagi semua urusniaga yang telah
direkodkan.
6. Soalan : Kaedah selamat yang tidak mengakibatkan aset dan hasil terlebih catat atau liabiliti dan belanja tidak terkurang catat dipanggil prinsip
A pemadanan B kematerialan C konservatisme
Jawapan:
Prinsip Konservatisme kerana menurut prinsip ini, kerugian yang dijangkakan akan diambilkira sebagai belanja di dalam Penyata Kewangan tetapi keuntungan yang dijangkaka tidak boleh diiktiraf
sebagai pendapatan sehingga keuntungan sebenar diperoleh. Penggunaan prinsip ini bagi memastikan aset dan hasil tidak
terlebih nyata, liabiliti dan dan belanja tidak terkurang nyata ini keranan kerugian mesti direkodkan walaupun belum berlaku dan keuntungan hanya direkodkan apabila telah direalis.
7. Soalan : Tentukan andaian, prinsip atau konvensyen perakaunan yang mana berkaitan?
a) Inventori dilaporkan pada nilai kos apabila nilai pasarannya lebih rendah.
b) Membeli sebuah komputer untuk kegunaan peribadi. Bayaran
dibuat menggunakan wang syarikat dan didebitkan dalam Akaun Komputer.
c) Mengiktiraf hasil tetapi sebelum jualan berlaku d) Mengadakan nota berkaitan kaedah perakaunan digunakan
Jawapan:
Andaian perakaunan ialah asas yang diperlukan untuk proses perakaunan contohnya suatu perniagaan dianggap senantiasa berterusan, kestabilan nilai wang, entiti berasingan dan wang
sebagai ukuran. Manakala prinsip ialah suatu panduan yang diterima umum bagi menetapkan bagaimana sesuatu urusan atau urusniaga ekonomi
perlu direkodkan dan dilaporan. Contoh prinsip perakaunan ialah kematerialan, catatan bergu, tempoh perakaunan, konsistensi, kos
sejarah, keobjektifan, pemadanan dan realisasi.
a) Inventori perlu dilaporkan pada nilai yang lebih rendah bagi
menepati konsep konservatisme. Pelaporan pada nilai yang tinggi akan menyebabkan keuntungan dilaporkan lebih tinggi
dari sepatutnya dan aset juga terlebih nyata. b) Tindakan ini tidak mematuhi konsep entiti berasingan.
Pembelian komputer adalah untuk tujuan peribadi. Ia tidak
boleh direkod dalam buku perniagaannya. c) Tidak boleh mengiktiraf hasil sebelum jualan berlaku ini
kerana tindakan tersebut tidka menepati konsep realisasi.
d) Tindakan ini mematuhi konsep pendedahan penuh di mana
perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.
8. Soalan : Nyatakan proses perakaunan
Jawapan: Proses perakaunan boleh diterangkan sebagai satu set prosidur yang digunakan dalam mengenalpasti, merekod, mengkelas, dan
mentafsir maklumat yang berkait dengan transaksi dan lain-lain peristiwa bagi sesuatu entiti perniagaan. Untuk memahami proses
perakaunan, seseorang itu mesti mengetahui terminologi asas yang digunakan dalam proses perakaunan. Terminologi asas tersebut adalah: peristiwa (event), transaksi,
akaun benar, akaun nominal, lejer, jurnal, posting, imbang duga, pelarasan catatan, penyata kewangan, dan catatan penutup.Terma-
terma ini merujuk kepada pelbagai aktiviti yang membentuk kitaran perakaunan. Secara ringkasnya, langkah-langkah dalam kitaran perakaunan
dilakukan setiap tempoh perakaunan adalah seperti berikut:
a. Masukkan transaksi(dokumen sumber) dalam tempoh
perakaunan ke dalam jurnal yang sesuai(buku catatan pertama)
b. Pos dari jurnal ke lejar (atau lejar). c. Sediakan imbangan duga terselaras. d. Sediakan menyesuaikan catatan pelarasan ke dalam jurnal
dan pos ke lejar. e. Sediakan imbangan duga selepas pelarasan (baki pelarasan).
f. Sediakan penyata kewangan daripada imbangan duga terselaras.
9. Soalan : Nyatakan apakah akaun yang hendak didebitkan dan dikreditkan
daripada urusniaga berikut: a) Sebuah perabot dibeli RM400.00 disusutnilaikan selama lima
tahun
b) Sebuah peralatan dijual pada harga RM700,000.00 yang dibeli pada harga RM300,000.00
Jawapan: a) Dt Akaun Susutnilai Perabot RM80
Kt Akaun Peruntukan Susutnilai Perabot RM80
b) Dt Akaun Bank RM 700,000.00 Kt Akaun Pelupusan RM 700,000.00 Dt Akaun Pelupusan RM 300,000.00
Kt Akaun Peralatan RM 300,000.00 Dt Akaun Pelupusan RM 400,000.00
Kt Akaun Untung Rugi RM 400,000.00
PERSAMAAN PERAKAUNAN
10. Persamaan perakaunan ialah C. Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti + Hasil – Belanja
11. Membeli sebuah mesin RM 200.00 secara kredit. Apakah kesan urusniaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?
A. Mesin bertambah RM200.00
12. Dapat pinjaman bank RM 200,000.00 dengan cek. Apakah kesan urusniaga?
A. Aset dan liabiliti bertambah.
13. Jadual dibawah menunjukkan catatan bergu beberapa urusniaga. Pilih
mana yang betul: A dan B
14. Manakah akaun yang berikut berbaki debit dalam imbangan duga? C Akaun Angkutan
15. Perniagaan mengeluarkan alat tulis dari stok untuk kegunaan pejabat
C Debit Akaun Alat Tulis dan kredit Akaun Belian
16. Pemilik kedai telah memasukkan wanng perniagaan harian ke dalam bank. Urusniaga ini harus direkodkan dalam buku tunai sebagai:
B. Bank(dt) Tunai(kt)
PELARASAN DAN PEMBETULAN
17. Soalan:
Apakah guna catatan pelarasan? Jawapan:
Pelarasan dibuat untuk memadankan belanja sesuatu tempoh perakaunan dengan hasilnya bagi menghitung untung atau rugi
dalam tempoh perakaunan. Ini kerana kebanyakan perniagaan menjalankan urusniaga secara kredit maka amalan perakaunan asas akruan digunakan kerana ia mengamalkan prinsip perakaunan
yang diterima umum dan mengikut konsep pemadanan bagi pengiraan untung yang lebih tepat.
18. Baki di dalam Akaun Gaji Terdahulu sebelum pelarasan dilakukan pada akhir tahun ialah RM15,000.00 yang mewakili tempoh tiga bulan pembayaran gaji pada Disember 1. Catatan pelarasan yang diperlukan
pada 31 Disember ialah:
A. Debit Belanja Gaji, RM 5,000.00; kredit Gaji Terdahulu
RM5,000.00
19. Baki Akaun Bekalan Pejabat pada 1 Jan adalah RM5,200, belian bekalan sepanjang bulan Jan adalah RM2,500 dan baki ditangan pada
31 Jan ialah RM2,000. Jumlah yang perlu dibuat bagi catatan pelarasan adalah
Dt Akaun Untung Rugi RM 5,700.00 Kt Akaun Bekalan Pejabat RM 5,700.00
20 Untung bersih yang dilaporkan di dalam Penyata Pendapatan berjumlah RM700,000.00 . Bagaimanapun catatan pelarasan tidak
dibuat pada akhir tempoh untuk belanja gaji berjumlah RM 5,000 dan sewa terakru berjumlah RM15,000.00 . Kirakan untung bersih yang
betul Untung bersih RM 700,000
(-) Gaji 5,000 Sewa terakru 15,000 ---------- 20,000
------------ Untung bersih 680,000
=========
21. Catatan pelarasan bagi sewa diterima yang direkodkan di dalam akaun sewa belum diterima ialah:
A. Sewa belum diterima, debit; Hasil sewa, kredit.
22. Baki b/b (bawa bawah) RM 10,000.00 di dalam buku tunai
menunjukkan: B. Perniagaan mempunyai baki tunai sebanyak RM 10,000
23. Perniagaan telah membeli secara kredit 5 item barang pada harga RM80.00 seunit dengan terma perniagaan iaitu diskaun perniagaan
sebanyak 25% dan diskaun tunai (5/14/, n/30). Jika perniagaan ini membayar pada hari ke 20, apakah nilai yang patut dibayar?
B. RM300.00
JURNAL KHAS
24. Jurnal Jualan digunakan untuk merekodkan: C Jualan barangan secara kredit sahaja.
25. Jika suatu urusniaga tidak dapat direkod dalam Jurnal Khas:
A. Direkodan ke dalam Jurnal Am
26. Jika syarikat menggunakan Jurnal Jualan , Jurnal Penerimaan Tunai, Jurnal Belian, Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Am. Pulangan jualan tunai harus direkod dalam:
B. Jurnal pembayaran tunai
27. Catatan pembetulan direkod dalam: B. Jurnal Am
28. Jika syarikat membeli barang niaga secara tunai, urusniaga seharusnya direkod dalam:
C. Jurnal Pembayaran Tunai
PENYATA KEWANGAN
29. Modal awal RM 15,500, modal akhir RM 48100.00 dan ambilan adalah
RM 1,000 maka untung/rugi ialah:
Modal Akhir = Modal Awal – Ambilan + Untung bersih RM 48,100 = 15,500 – 1000 + Untung Bersih Untung Bersih = RM 33,600
30. Pembayaran akaun pemiutang sebanyak RM 450 dicatat sebagai debit
pemiutang RM45 dan kredit tunai RM 45. Betul atau salah? Salah . Dt Pemiutang RM 450
Kt Tunai RM 450
31. Jika hasil jualan adalah RM 400,000 kos barang dijual RM250,000 dan belanja operasi RM60,000 maka untung kasar adalah:
Untung kasar = Hasil jualan – Kos barang dijual = RM 400,000 – 250,000 = RM 150,000
32. Kos barang dijual diperolehi apabila
C. Stok Awal tambah belian tolak stok akhir
AKAUN PERKILANGAN
33. Yang mana kenyataan berikut adalah benar.
A. Kos produk adalah kos yang terlibat di dalam proses pengeluaran barang siap
34. Mana yang berikut adalah belanja yang dilaporkan di dalam penyata pendapatan sebuah syarikat perkilangan:
A. sewa pejabat
35. Kos bahan mentah digunakan mestilah dibawah tajuk .... dalam akaun perkilangan : C. Kos Prima
36. i. Kos bahan mentah langsung = RM 31,200
ii. Kos buruh langsung = RM 60,000
iii. Kos overhead kilang = RM 74,900 iv. Kos barang dikilang= RM 170,800 v. Kos pengeluaran = RM 166,100
vi. Belanja pentadbiran = RM 71,800
Perniagaan Kilang Enak Penyata Kos Barang Di kilang bagi bulan berakhir 30 September
2010
Bahan Langsung
Stok awal 18000
Belian 85000
103000
(-) Stok Akhir 71800
Bahan Langsung Digunakan 31200
Kos buruh langsung 60000
91200
Kos Overhead Kilang
Buruh tidak langsung 17000
Bahan mentah tidak langsung 12500
belanja utiliti 12600
Susutnilai alatan kilang 15200
Sewa kilang 17600
Jumlah Kos Overhead 74900
Kos Pengeluaran 166100
(+) KDP awal 23000
189100
(-) KDP akhir 18300
Kos Barang Dikilang 170800
Perniagaan Kilang Enak
Penyata Pendapatan bagi bulan berakhir 30 September 2010
Jualan 190000
Kos barang dijual
Stok Awal 15000
(+) Kos Barang Dikilang 170800
Kos barang Sedia Dijual 185800
(-) Stok Akhir 18900
Kos barang dijual 166900
Untung Kasar 23100
(-) Belanja Operasi
Gaji pekerja 35000
Belanja utiliti 5400
Susutnilai aset tetap 4400
Belanja Pengiklanan 12000
Belanja pemasaran 15000
71800
Rugi bersih -48700
Top Related