ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN
2. TEORI PSIKOLOGI ISLAM
3. OBJEKTIF
4. KAEDAH KAJIAN/ METADOLOGI
5. ANALISA KAJIAN
5.1 PENGENALAN NOVEL
5.2 SINOPSIS NOVEL
5.3 KAJIAN WATAK DALAM NOVEL
6. PERYATAAN MASALAH
7. KESIMPULAN
8. LAMPIRAN
9. BIBLIOGRAFI
1
PENDAHULUAN
Bukan mudah membaca pemikiran atau karya orang lain. Apalagi jika
tidak menghayati pengarang dan kepengarangannya. Hal ini demikian kerana
idea yang dicurahkan dalam tulisannya melalui karya kreatif bukan buah fikiran
semata-mata, tetapi mengandungi makna yang tersurat dan tersirat.
Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan
kehadiran penulis daripada multidisiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulis
ini telah menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu,
kehadiran penulis dari bidang luar sastera dianggap suatu yang asing. Mereka ini
pernah dikatakan menjungkar balikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai
penulis yang suka bereksperimen dalam karya. Namun, kelainan mereka ini
membuatkan nama mereka cepat mendapat tempat meskipun keluhan-keluhan
daripada pengamal sastera yang tulen menyatakan bahawa penulis ini
menghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca.
Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya, serta
hadir dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatu subjek
dalam karyanya. Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawah panji
realisme sebaliknya melakukan transformasi dan aliran lain seperti surealisme,
absurdisme dan neutrealisme.
2
Melihat kepada cerpen dan novel penulis mutakhir ini, karya mereka
kental dengan penggunaan ilmu bantu bagi memperkukuhkan muatan karya.
Mereka dilihat tidak lagi membicarakan tema-tema yang klise tetapi lebih yakin
membicarakan isu-isu global. Selain itu, mereka begitu lancar menggunakan
teknologi maklumat, ekologi, geografi, falsafah, undang-undang, politik
antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luar sastera sebagai landansan
pengkaryaan mereka.
Penulis mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat kerana
setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing
terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia,
terpulang kepada insane tersebut sama ada mahu mengeksploitnya
semaksimum ataupun seminimum mungkin.
3
TEORI PSIKOLOGI ISLAM
‘Psikologi kesusasteraan’ bermaksud pengajian psikologi terhadap
pengarang sebagai individu atau pengajian tentang proses penciptaan, jenis dan
hukum psikologi yang terdapat dalam karya sasteraatau kesan kesusasteraan
terhadap pembacanya. ( Rene Wellek dan Austin Warren, 1988:121). Pendapat
tersebut, selaras dengan Terry Eagleton (1988:196)yang menyatakan secara
kasar kritikan psikoanalisis sastera dapat di bahagikan empat jenis, bergantung
kepada hal yang dikajinya. Kritikan tersebut mungkin mengkaji pengarang karya
itu, isi karya itu, pembinaan bentuknya atau pembacanya.
Dalam perkembangan keilmuan pada masa kini, ilmu psikologi tidak
ketinggalan menjadi ilmu yang paling digemari oleh manusia. Hal ini kerana,
pertalian tersebut amat rapat dengan ciri manusia itu sendiri. Penerokaan ke
dalam batin dalaman manusia bagi memahami kemanusiaan dan sikap hidupnya
yang merupakan suatu pendekatan yang merangsangkan. Manusia dengan
misteri dan keunikannya menjadi kajian, bukan sahaja menyeronokkan tetapi
penting ( Mana Sikana, 1986:118 ).
Teori Pendekatan Islam bersumberkan al-quran dan sunnah. Konsep
psikologi Islam yang digunakan oleh pengkaji dan penganalisisan watak-watak
dalam novel adalah Nafs. Nafs merangkumi nafsu, diri, hati nurani dan
kemanusiaan. Mohd salleh Lebar ( 1994:20 )menjelaskan nafs mempunyai dua
4
kekuatan yang bertentangan iaitu kebaikan dan keburukan. Nafsu yang jahat
disebut al-amarah merupakan peringkat kerohanian yang paling rendah. Nafsu
yang baik, jiwa yang tenang dan sabar disebut al-mutma’innah. Nafsu jahat dan
baik disebut al-mulhamah dan nafsu yang terakhir ialah al-lawamah, iaitu orang
yang mempunyai nafsu kebaikan dan kejahatan di mana nafsu yang jahat dapat
diatasi. Kedua konsep Qalb yang bermaksud hati. Dari segi rohani, hati bersifat
halus, lembutdan menentukan hakikat manusia. Hati mempunyai sifat semulajadi
yang positif iaitu mencintai pekara yang baik. Segala tingkah laku manusia
termasuk keinginan digerakkan oleh hati. Konsep Psikologi Islam yang ketiga,
adalah akal. Akal dalam Islam merupakan ikatan dari tiga unsure, iaitu fikiran,
perasaan dan kemahuan. Akal adalah alat yang menjadikan manusia dapat
melakukan pemilihan antara yang betul atau yang salah. Akal penting untuk
memahami fenomena kehidupan di alam ini. ( Djamaludin Ancok dan Fuad
Nashori Suroso, 1994:158 ).
Pendekatan Psikologi dan karya sastera mempunyai hubungan yang erat.
Hal yang demikian kerana, dalam sesebuah karya pengarang menggambarkan
kepelbagaian konflik dalaman manusia manakala psikologi pula adalah ilmu
tentang gejala kejiwaan manusia yang berkaitan dengan fikiran ( kognisi ),
perasaan ( emosi ) dan kehendak ( konasi ). Justeru itu, pendekatan psikologi
mampu menghuraikan dan memperlihatkan tingkah laku manusia dalam
sesebuah karya sastera. Dalam kajian sesebuah karya sastera, mengkaji tingkah
laku dari sudut psikologi dapat menghuraikan dan menganalisis tingkah laku
5
watak-watak untuk tujuan kebaikan. Pergolakan jiwa watak-watak dalam novel
mewakili pergolakan jiwa ahli-ahli masyarakatnya.
OBJEKTIF
Objektif kajian novel ini adalah untuk melihat kelebihan dan kelemahan
watak utama (Abdullah Khairul Azzam) dari segi Pendekatan Psikologi Islam
yang digunakan untuk menganalisis aspek kejiwaan watak-watak dalam kajian
karya sastera hingga melahirkan pelbagai tingkah laku yang menekankan tiga
unsur iaitu akal, nafsu, dan hati.
Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir,
bercakap, rupa paras, kepercayaannya dan ideologi serta gambaran perasaan
seseorang. Watak utama memainkan peranan utama dalam sesebuah cerita dan
menggerakkan atau mengembangkan cerita. Melalui penghayatan ke atas aspek
perwatakan dapat dilihat bahawa unsur latar dan jalinan plot merupakan aspek
yang penting dalam analisis sebuah novel serta membantu individu memahami
konflik manusia yang dipaparkan dalam novel ini.
6
KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah dibuat di
perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuat
berdasarkan jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa.
ANALISA KAJIAN
PENGENALAN NOVEL
Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 merupakan sebuah karya Habiburrahman
EL Shirazy, seorang novelis lulusan Sarjana dari Al Azhar University, Cairo dan
penulis adikarya fenomenal Ayat-ayat Cinta yang telah meninggalkan kesan
mendalam kepada khalayak pembaca. Ketika Cinta Bertasbih 1 ini, merupakan
sebuah novel dwilogi pembangunan jiwa yang diterbitkan oleh Penerbit
Republika dan Pesantren Basmala Indonesia. Novel ini dicetak buat kali
keempatnya pada tahun 2007 dan mempunyai halaman sebanyak 477. Novel
Ketika Cinta Bertasbih 1 ini amat sesuai sekali sebagai bahan tatapan rohani dan
motivasi kerana banyak menekankan konsep ketuhanan. Novel ini bukan
sekadar novel biasa, tetapi perpaduan antara ilmu agama dan cerita fiksyen.
7
SINOPSIS NOVEL
Abdullah Khairul Azzam berumur 28 tahun, merupakan seorang pemuda
yang tampan dan aktif dari sebuah desa di Jawa Tengah. Abdullah Khairul
Azzam baru setahun di Cairo dan menjadi mahasiswa berprestasi predikat
Jayyid Jiddan (lulus dengan sempurna), ayahnya pula meninggal dunia. Sebagai
anak sulung, Azzam bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarganya kerana
adik-adiknya masih kecil. Sementara itu, Azzam sendiri perlu menyelesaikan
pengajiannya di negara orang. Akhirnya, Azzam terpaksa membahagi –
bahagikan masanya untuk belajar dan mencari sumber rezeki. Azzam mula
berniaga dengan membuat tempe dan bakso yang dipasarkan dalam kalangan
KBRI di Cairo. Berkat kepakarannya dalam memasak, Azzam menjadi terkenal
dan dikenali dalam kalangan staf KBRI di Cairo. Namun, dalam sibuk mncari
sumber kewangan Azzam masih belum menamatkan pengajiannya di Universiti
Al Azhar. Walaupun telah sembilan tahun berlalu. Azzam telah bertemu dengan
seorang puteri Duta Besar Indonesia, Eliana Pramesthi Alam ketika bekerja
dengan KBRI di Cairo. Eliana adalah lulusan EHESS dari Perancis yang
melanjutkan S-2 di American University di Cairo. Selain cerdas, Eliana juga
terkenal dalam kalangan mahasiswa kerana kecantikannya. Kejayaan dan juga
kecantikan Eliana telah memikat hati Azzam. Namun, Azzam tidak mahu
menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan Eliana kerana sifat dan
kehidupan Eliana yang sedikit kebaratan. Pada masa yang sama, Azzam
disarankan untuk melamar seorang mahasiswi cantik yang tidak kalah
8
kejayaannya dengan Eliana. Mahasiswi tersebut bernama Anna Althafunnisa, S-
1 dari Kuliyyatul Banaat di Alexandria dan sedang mengambil S-2 di Kuliyyatul
Banaat Al Azhar, Cairo yang juga menguasai banyak bahasa termasuklah
Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin. Walau bagaimanapun,
lamarannya telah ditolak kerana Anna Althafunnisa telah dilamar terlebih dahulu
oleh Furqan, seorang mahasiswa dari keluarga kaya yang juga cerdas dan
dalam waktu terdekat akan menyelesaikan S-2. Lamaran tersebut juga ditolak
atas dasar perbezaan status kerana S-1 Azzam yang masih tidak selesai dan
lebih-lebih lagi Azzam juga hanya seorang penjual tempe dan bakso di Cairo.
Furqan pula telah dijangkiti oleh virus HIV hasil muslihat seorang perempuan
yang telah dihantar oleh pihak Mosad.
Sementara itu, Ayyatul Husna, adik Azzam yang sering mengirim berita
dari kampung telah membawa khabar yang cukup melegakan hati Azzam.
Azzam diminta supaya tidak perlu lagi mengirim wang ke kampung dan
dinasihatkan supaya lebih menumpukan perhatian pada kuliahnya. Hal ini
demikian kerana Husna telah lulus kuliah di UNS dan juga sudah bekerja. Bakat
yang dimiliki Husna dalam menulis juga sudah membuahkan hasil. Kejayaan
Husna ini sudah cukup untuk membiayai keperluan adiknya yang mengambil
program D-3 serta adik bongsunya, Sarah yang masih belajar di Pesantren.
Azzam sangat rindu akan keluarganya di kampung dan memutuskan untuk
serius dalam pengajiannya dan akhirnya Azzam lulus. Azzam pun menepati
janjinya kepada keluarga untuk kembali ke kampung dan segera mencari jodoh
9
di sana bagi memenuhi permintaan ibunya walaupun sebenarnya masih terdetik
sedikit harapan untuk memiliki hati Anna.
Ketika Cinta Bertasbih 1 pula merupakan sebuah novel pembangun jiwa yang
amat bermakna dalam mengembalikan generasi muda kini ke landasan agama
yang sebenarnya. Bersesuaian dengan situasi dan permasalahan yang rencam
dalam generasi muda kini, Habiburrahman El Shirazy telah menggunakan
pendekatan yang tidak asing lagi bagi menerobos jiwa khalayak pembaca
supaya mereka kembali kepada ajaran agama. Selain mengajak khalayak
pembaca menyucikan jiwa, saudara Habiburrahman juga menerapkan nilai
prestasi dan kejayaan yang sebenarnya. Novelnya ini mampu untuk
mengembalikan rindu kita kepada fitrah dan kesucian agama milik al-Khaliq.
Novel ini juga ini merupakan salah satu novel yang boleh memotivasikan
khalayak pembaca supaya tidak mudah putus asa dan terus berusaha untuk
meraih anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Hal ini boleh dilihat dalam
watak Khairul Azzam yang sentiasa berusaha dan bekerja keras bagi mencari
sumber rezeki di bumi asing, Mesir. Khairul Azzam merupakan watak yang amat
kuat dan kental dalam menempuh kehidupan untuk memiliki keredhaan-Nya dan
seterusnya menjadi sumber inspirasi kepada khalayak pembaca.
“ Kenapa Allah mengurniakan kepada kita dua tangan, dua kaki, dua mata, dua
telinga, jutaaan syaraf otak, tapi hanya mengurniakan kepada kita satu mulut
sahaja? Jawabnya kerana Allah menginginkan agar kita lebih banyak bekerja,
lebih banyak beramal nyata daripada bicara. ”
(Ketika Cinta Bertasbih 1, 2007:185)
10
KAJIAN WATAK DALAM NOVEL
Watak Abdullah Khairul Azzam
Dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih watak Abdullah Khairul Azzam atau
Azzam digambarkan seorang yang bertanggungjawab sesuai dengan namanya
yang bermaksud “ bertekad kuat “ terbukti Azzam satu-satunya mahasiswa
Indonesia yang lulus dengan gred jayyid jiddan (sangat baik ).
Walaubagaimanapun, kepintaran akademiknya belum terbukti kerana Azzam
perlu memikul tanggungjawab terhadap keluarganya setelah ayahnya meninggal
dunia. Setelah itu, beliau berubah menjadi seorang yang cekal, tegas, dan tekun
serta pemurah. Wajahnya yang tampan menjadi idaman bagi setiap mahasiswi
yang mengenalinya. Dia harus berjuang demi mencari sumber rezeki yang halal
untuk membiayai kuliahnya, ibunya yang sakit dan juga adik-adiknya yang
masih melanjutkan pelajaran mereka. Oleh kerana itulah dia perlu membanting
tulang dengan menjadi seorang penjual tempe dan bakso yang berjaya dengan
berkat ketekunan, kerja keras, ketegasan, amanah dan keimanannya yang kuat.
Watak Eliana Pramesthi Alam
Merupakan anak kepada seorang duta besar Indonesia yang berkhidmat Negeri
Mesir. Beliau memiliki raut wajah yang cantik jelita. Eliana Pramesthi Alam ini
menjadi idola dan buah mulut para mahasiswa Indonesia termasuklah Azzam
Kejayaan dan juga kecantikan Eliana telah memikat hati Azzam. Namun, Azzam
11
tidak mahu menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan Eliana kerana sifat
dan kehidupan Eliana yang sedikit kebaratan.
Watak Furqan
Furqan merupakan sahabat baik Azzam yang menaiki pesawat yang
sama ketika pergi ke Mesir juga merupakan seorang pelajar yang tampan,
cerdas dan tegas serta rasional terhadap semua hal yang dilakukannya.
Berkat usaha dan doa yang dipanjatkannya membawanya pada kejayaan.
Walaubagaimanapun sikap terburu-burunya membawanya pada nasib yang
kurang baik.
Watak Anna Althafunnisa
altaf (berarti lembut), nisa (artinya wanita) altafunnisa artinya wanita yang
lembut, seperti namanya dia merupakan seorang wanita yang lembut, jamilah
dan cerdas tapi tidak ramai yang mengetahui tentang kecantikan dan
kecerdasannya ini. Berita Kelembutan dan kecantikan putri kiai ini memikat
Azzam dan berjaya menggugat hati Furqon. Kecerdasannya tertonjol semasa
menjadi wakil Indonesia dalam pertukaran pelajar Indonesia dan Wales.
Kecantikan dan kefasihannya dalam Bahasa Inggeris semasa di suatu
seminar menjadikannya terkenal dikalangan para mahasiswa Indonesia.
12
NAFSU
1)Dalam kesibukannya, Azzam tetap ingin mencari calon isterinya yang
mana ciri utamanya adalah solehah, taat pada Allah, oran tuanya dan mampu
mentaati suami. Dalam mencari jodohnya, Azzam banyak berpandukan ajaran
Al-quran dan hadis dan lebih banyak berserah kepada Allah serta yakin
terhadapNya kerana jodoh itu ditanganNya.
2) Azzam seorang pemuda yang bijak namun terpaksa mengorbankan
masa pembelajarannya dengan berniaga tempe dan bakso demi menyara
kehidupan ibu dan tiga orang adiknya di Indonesia setelah kematian bapanya.
Dia terpaksa menghabiskan ijazahnya dalam masa 9 tahun dan dalam pada
waktu itu dia tidak pernah pulang ke kampung halamannya dan tidak pernah
melihat pembesaran adik-adiknya. Nafsu di sini dapat dilihat melalui keinginan
watak Azzam yang mempunyai keinginan untuk menghabiskan pengajiannya
dan menyara keluarganya di kampung.
HATI
1) Sebagai anak sulung, Azzam mempunyai sikap tanggungjawab yang
tinggi terhadap kehidupan keluarganya kerana adik-adiknya masih kecil.
Sementara itu, Azzam sendiri perlu menyelesaikan pengajiannya di negara
orang.
13
2) tidak mudah putus asa dan terus berusaha untuk meraih anugerah
Allah yang tidak ternilai harganya.
AKAL
Khairul Azzam yang bijak berusaha dan bekerja keras bagi mencari
sumber rezeki di bumi asing, Mesir. Khairul Azzam merupakan watak yang amat
kuat dan kental dalam menempuh kehidupan untuk memiliki keredhaan-Nya dan
Disamping menjadi peniaga dan pelajar, Azzam juga dianggap sebagai
abang oleh rakan-rakannya yang sering dijadikan rujukan dan sikapnya banyak
dijadikan contoh bagi rakan-rakannya yang lain
14
PERNYATAAN MASALAH
1. Kami mahu menkaji watak-watak dalam novel ini kerana watak–watak
dalam novel tersebut memenuhi Teori pendekatan Islam.
2. hal tersebut juga kerana perwatakan setiap watak yang mempunyai
keistimewaan tersendiri dan boleh dijadikan sebagai panduan.
KESIMPULAN
Teori Pendekatan Islam, boleh digunakan untuk menilai atau mengkaji setiap
gambaran watak dan perwatakan yang terdapat dalam novel Ketika Cinta
Bertasbih karya Habiburrrahman El-Shirazy.
15
LAMPIRAN
16
BIBLIOGRAFI
1. Habiburrrahman El-Shirazy. 2007. Ketika Cinta Bertasbih 1.
Indonesia : Republika- Basmala.
2. Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2006. Sastera Melayu
Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn. Bhd.
3. Djamaludin Ancok, Fuat Nashori Suroso. 1994. Psikologi Islamisasi :
Salusi Islam Atas Problem-Problem Psikologi. Yogyakarta : Penerbit
Pustaka Pelajar
18
19
Top Related