FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PRESTASI PELAJAR-PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI
DAERAH JOHOR BAHRU
TEOH LEE PENG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR-PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN
KEJURUTERAAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya TEOH LEE PENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 5878, LORONG BORIA 2, EN. MOHD. MOHSIN B. UZIR TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)."
Tandatangan : ______________________________________
Nama Penyelia : EN. MOHD. MOHSIN BIN UZIR
Tarikh : 4 FEBRUARI 2004
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR-PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI TIGA BUAH
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU.
TEOH LEE PENG
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________
Nama Penulis : TEOH LEE PENG
Tarikh : 4 FEBRUARI 2004
iii
DEDIKASI
Buatmu ayah (TEOH EAM KIM) dan ibu (TAN AH MOOI) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….
Buatmu insan yang tersayang,
Terima kasih atas sokongan, nasihat,
kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini ….
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
tidak akan saya lupai ….
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenangi selamanya ….
iv
PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, En. Mohd. Mohsin Bin Uzir atas bimbingan dan
dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini.
Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan
projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan (EPRD), Kuala Lumpur bagi meluluskan penyelidikan ini
amat dihargai.
Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada guru-guru sekolah, iaitu guru-
guru dari Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Sekolah Menengah Teknik
Johor bahru dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dalam usaha memberi
sumber berkaitan kajian ini serta bantuan dalam menjalankan kajian rintis.
Kerjasama daripada mereka dalam penyelidikan projek Sarjana Muda ini amatlah
dihargai.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Negeri
Johor yang telah menyediakan pelbagai bahan rujukan untuk menjayakan projek ini.
Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya
Chun Kin, Jessina dan Hui Ming serta mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak di atas, projek Sarjana Muda ini tidak akan disiapkan dengan
begitu lancar dan sempurna.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menyelidik tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru, iaitu Sekolah
Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan
Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Terdapat lima aspek yang menjadi fokus
dalam kajian ini, iaitu termasuk kaedah pengajaran guru, faktor minat, faktor
persekitaran kelas, faktor rakan sebaya serta faktor sikap pelajar. Instrumen kajian
ialah satu set borang soal selidik yang mengandungi 30 item telah digunakan untuk
mengumpul data yang diperlukan. Seramai 217 orang pelajar-pelajar dari tiga buah
sekolah ini telah dipilih secara rawak sebagai responden. Mereka adalah terdiri
daripada pelajar Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pengajian Kejuruteraan Awam dan
Pengajian Kejuruteraan Jentera. Data yang diperoleh dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian
menunjukkan bahawa kelima-lima faktor yang dikaji mempengaruhi prestasi pelajar-
pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di tiga buah Sekolah Menengah
Teknik di daerah Johor Bahru. Daripada dapatan kajian ini, telah dirumuskan
bahawa faktor persekitaran kelas (min4.10) merupakan faktor yang paling utama
mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Ini diikuti kaedah pengajaran guru (min 3.96), faktor minat (min 3.90) dan faktor
rakan sebaya (min 3.83) yang berada pada tahap min tinggi. Manakala dan faktor
sikap pelajar (min 3.58) berada pada tahap min sederhana. Dengan itu, pelajar
haruslah mengubah sikap mereka yang negatif kepada positif.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the factors that influence the
achievement of students in the subject of Engineering Drawing among three
technical secondary schools in Johor Bahru region, which are Sekolah Menengah
Teknik Perdagangan, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah
Menengah Teknik Tanjung Puteri. The research focuses on five aspects, which are:
teachers’ teaching method, students’ interest, class environmental factor, peer group
factor and students’ attitude factor. The instrument for this research is a set of
questionnaire consisting of 30 items to collect data. A total of 217 students from
these three technical secondary schools, have been chosen randomly as respondents
for this research. These respondents are from Electrical Engineering Education,
Civil Engineering Education and Mechanical Engineering Education. The data that
obtained was analysed using Statistical Package for Social Science (SPSS)
Programme. The result of this research showed that all the five factors in this
research influence the achievement of students in the subject of Engineering Drawing
among these three technical secondary schools. It can be concluded that the class
environmental factor (mean 4.10) is the main factor that influences the achievement
of students in the subject of Engineering Drawing. Followed by the influences of
teachers’ teaching method (mean 3.96), students’ interest (mean 3.90), and peer
group factor (mean 3.83), which were considered as high level mean. Meanwhile,
students’ attitude factor (mean 3.58) was in the moderate level. Hence, students
should change their negative attitude to the positive attitude.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGESAHAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI vi
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
BAB I
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Definisi Istilah 13
viii
BAHAGIAN DUA
BAB II
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Faktor Kaedah Pengajaran Guru 16
2.3 Faktor Minat 20
2.4 Faktor Rakan Sebaya 21
2.5 Faktor Sikap Pelajar 23
2.6 Faktor Persekitaran Kelas 24
2.7 Rumusan 26
BAHAGIAN TIGA
BAB III
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Analisis Data 33
ix
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV
BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 35
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 35
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 37
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Mengikut
Orang Yang Tinggal BersamanyaUmur 37
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 39
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Faktor Kaedah
Pengajaran Guru 39
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Faktor Minat 42
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Faktor Rakan
Sebaya 45
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Faktor Sikap 48
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Faktor
Persekitaran Kelas 51
4.4 Kesimpulan 54
x
BAHAGIAN LIMA
BAB V
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan 57
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Faktor Kaedah pengajaran Guru 58
5.3.2 Faktor Minat 61
5.3.3 Faktor Rakan Sebaya 52
5.3.4 Faktor Sikap 65
5.3.5 Faktor Persekitaran Kelas 67
5.4 Kesimpulan 69
5.5 Implikasi Kajian 72
5.5.1 Pelajar 72
5.5.2 Guru 73
5.5.3 Pihak Sekolah 75
5.5.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 75
5.6 Cadangan Untuk kajian Masa Depan 76
5.7 Penutup 76
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
Rujukan 78-81
BAHAGIAN TUJUH
BORANG SOAL SELIDIK
Set Borang Soal Selidik 82-86
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Jadual Sekolah-Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Elektif KBSM Lukisan Kejuruteraan 1992-1998 3
1.2.1 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2002 Dalam Mata
Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Daerah Di
Negeri Johor. 5
1.2.2 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru 6
1.2.3 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah
Menengah Teknik Perdagangan 7
1.2.4 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah
Menengah Teknik Teknik Tanjung Puteri 8
3.4.1 Taburan Responden Sampel Mengikut Sekolah 29
3.5.1 Jadual Skala Likert 31
3.8.1 Pemeringkatan Skala Likert 34
3.8.2 Tahap Penilaian Berdasar Peratus 34
3.8.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 34
4.2.1 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 36
4.2.2 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 36
4.2.3 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus 37
4.2.4 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Tinggal Bersama 43
4.3.1 Faktor Kaedah Pengajaran Guru Mempengaruhi Prestasi
Pelajar-Pelajar Terhadap Lukisan Kejuruteraan 41
xii
4.3.2 Faktor Minat Mempengaruhi Prestasi Pelajar-Pelajar
Terhadap Lukisan Kejuruteraan 44
4.3.3 Faktor Rakan Sebaya Mempengaruhi Prestasi Pelajar-Pelajar
Terhadap Lukisan Kejuruteraan 47
4.3.4 Faktor Sikap Mempengaruhi Prestasi Pelajar-Pelajar
Terhadap Lukisan Kejuruteraan 50
4.3.5 Faktor Persekitaran Kelas Mempengaruhi Prestasi
Pelajar-Pelajar Terhadap Lukisan Kejuruteraan 53
4.4 Analisis Keseluruhan Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Prestasi Pelajar-Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di
Daerah Johor Bahru. 54
xiii
SENARAI SIMBOL
% = Peratus
xiv
SENARAI SINGKATAN 1. KBSM = Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
2. SPM = Sijil Peperiksaan Malaysia
3. SMT = Sekolah Menengah Teknik
4. LK = Lukisan Kejuruteraan
5. SS = Sangat Setuju
6. S = Setuju
7. TP = Tidak Pasti
8. TS = Tidak Setuju
9. STS = Sangat Tidak Setuju.
10. SPSS = Statistical Packages For The social sciences
11. PKA = Pengajian Kejuruteraan Awam
12. PKE = Pengajian Kejuruteraan Elektrik
13. PKJ = Pengajian Kejuruteraan Jentera
14. EPRD = Education Research Development
(Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan)
15. SMA = Sekolah Menengah Akademik
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
Lampiran A : Surat Pengesahan Pelajar dari Fakulti Pendidikan
Lampiran B : Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Kementerian
Pendidikan Malaysia (EPRD)
Lampiran C : Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Jabatan Pendidikan
Negeri
Lampiran D : Data-data Kajian
Lampiran E : Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie &
Morgan (1970)
BAB I
PENGENALAN Bab ini terdiri daripada sembilan sub judul yang didahului dengan
pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, skop kajian dan akhir sekali takrifan bagi
keseluruhan tajuk kajian yang dikaji.
1.1 Pendahuluan
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun,
bercita-cita dan berwawasan untuk menjadikan sebuah negara maju pada tahun 2020.
Penghasilan tenaga yang mahir untuk membangunkan negara adalah penting.
Dengan itu, beberapa perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan teknik dan
vokasional. Salah satu daripadanya ialah penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah
Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Dalam pada itu juga
bagi menambahkan bilangan tenaga kerja dalam bidang teknik dan teknologi yang
amat diperlukan dalam sektor perkilangan dan perindustrian pada masa kini dan
datang. Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan penting pada tahun 1995
dengan menggubalkan Pelan Tindakan Peningkatan Tenaga Manusia Teknikal yang
menyebut bahawa.
“ Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan
meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan
menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke
2
bidang teknik semasa sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata
pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan
sekolah menengah teknik dan politeknik.”
(Kementerian Pendidikan 1996:45)
Dengan itu, beberapa mata pelajaran teknikal seperti Lukisan Kejuruteraan
dan Teknologi Kejuruteraan telah ditawarkan di 15 buah sekolah berasrama penuh,
24 buah sekolah kawalan atau sekolah-sekolah ‘Primer’ dan di beberapa sekolah
menengah akademik terpilih yang lain (Kementerian Pendidikan Malaysia 1995:40).
Lukisan Kejuruteraan ialah seni persembahan objek-objek kejuruteraan
seperti bangunan, jalan raya, mesin dan lain-lain lagi di kertas (Dhawan, 2002).
Lukisan Kejuruteraan mempunyai objektif yang lebih bersepadu kerana ia
menggabungjalinkan lukisan geometri dengan semua bidang kejuruteraan.
Pendedahan ini penting kerana ia dapat membina kecenderungan pelajar terhadap
sesuatu bidang kejuruteraan yang diminati (Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan
2003). Menurut sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan 2003, Lukisan kejuruteraan
merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat
secara tepat dan ringkas. Lukisan Kejuruteraan juga mempunyai konvensyen, simbol
dan kepiawaian tersendiri yang telah ditetapkan. Dari kaca mata kejuruteraan, subjek
Lukisan Kejuruteraan boleh dibahagikan ke dalam kategori berikut. (Dhawan, 2002)
1. Lukisan geometri
a) Lukisan geometri satah
b) Lukisan geometri padu
2. Lukisan kejuruteraan mekanikal
3. Lukisan kejuruteraan Sivil
4. Lukisan kejuruteraan elektronik dan elektrikal dan lain-lain.
Lukisan Kejuruteraan (LK) telah mula diperkenalkan di 9 buah Sekolah
Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1992 dan di 29 Sekolah Menengah Akademik
(SMA) pada tahun 1993. Berikut ialah jenis sekolah yang menawarkan mata
3
pelajaran elektif KBSM Lukisan Kejuruteraan antara tahun 1992-1998 (Nor Fadila
dan Widad,1998).
Jadual 1 : Sekolah-sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran Elektif KBSM
Lukisan Kejuruteraan 1992-1998.
1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 Jumlah
Sek. Men. Teknik 9 20 31 18 78
SMA ( Pilihan JPN) 29 43 40 17 10 139
SMA (RM6) 5 14 9 6 34
SMA Primer 20 20
Sek. Men. Sains 1 16 17
Sek. Men. Keb. Agama 1 7 8
Jumlah 9 29 43 47 67 50 51 296
Menurut Nor Fadila dan Widad (1998), mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
bukanlah satu subjek yang baru untuk Sekolah Menengah Teknik. Lukisan Teknik
atau Lukisan Geometri Bangunan (LGB) ialah nama panggilan subjek Lukisan
Kejuruteraan sebelum ini. Pada tahun1993, Lukisan Kejuruteraan telah mula
diperkenalkan sebagai suatu mata pelajaran elektif Kemahiran Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) dalam kumpulan teknologi dan vokasional di sekolah menengah
atas (SMA). Ia juga merupakan satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada
semua pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan di semua Sekolah Menengah
Teknik sama ada daripada kursus Kejuruteraan Awam, Elektrik serta Jentera.
Sebagaimana yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran (2003), mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah menjadi asas yang sangat penting kepada
pelajar kejuruteraan. Ini disebabkan mata pelajaran ini bertujuan untuk
melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan serta
melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik dalam kehidupan
harian dan bidang yang diceburi. Penguasaan dan kemahiran asas ini membolehkan
pelajar berinteraksi dengan penuh keyakinan dalam teknologi semasa di samping
dapat memupuk minat pelajar dalam bidang kejuruteraan. Para pelajar lepasan
4
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) iaitu pelajar tingkatan 4 boleh mengikuti
pelajaran ini tanpa memikirkan pengetahuan yang dimiliki di bidang kejuruteraan.
Menurut Yusaini Salleh (1999), kini mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
merupakan satu subjek yang bukan sahaja ditawarkan di sekolah-sekolah malah telah
ditawarkan di pusat pengajian tinggi awam. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan
untuk menghasilkan tenaga mahir dalam pembangunan negara. Oleh kerana
penyelidikan moden dalam kejuruteraan banyak bergantung terutamanya pada
lukisan kejuruteraan, maka perlu bagi seseorang jurutera memperolehi pengetahuan
tentang tugas yang baik untuk menyatakan dan merekodkan bentuk, saiz dan lain-
lain maklumat yang perlu bagi pembinaan pelbagai tanda atau objek seperti
bangunan, jalan raya, jambatan, struktur, mesin dan lain-lain.
1.2 Latar Belakang Masalah
Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang lazimnya diajar atau
ditawarkan untuk Sekolah Menengah Teknik tetapi merupakan mata pelajaran baru
bagi Sek Menengah Akademik. Walau bagaimanapun pencapaian prestasi pelajar
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sama ada di Sekolah Menengah Teknik
ataupun Sekolah Menengah Akedemik adalah perlu dititikberatkan.
Menurut maklumat dalam Jadual 1 ialah analisis keputusan SPM 2002 untuk
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mengikut daerah di negeri Johor. Berdasarkan
jadual ini, didapati secara keseluruhan prestasi calon dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan adalah sangat lemah, iaitu bilangan pelajar yang gagal berada di tahap
yang tinggi, iaitu sebanyak 28.4%. Manakala pelajar yang mencapai keputusan yang
cemerlang adalah sangat rendah iaitu hanya 3.4% calon mencapai A1 dan 4.3% calon
mencapai A2. Keadaan ini bertambah membimbangkan di mana daripada Jadual 1
juga didapati terdapat satu persamaan di antara daerah sekolah di negeri Johor ialah
pencapaian calon dalam gred 9F, iaitu gagal adalah menduduki peratus yang paling
tinggi. Memandangkan keadaan ini, maka satu kajian tentang faktor-faktor yang
5
Jadual 1: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2002 Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Daerah Di Negeri Johor.
Analisis Keputusan Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mengikut daerah SPM 2002 Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
Lulus GP Daerah di Negeri Johor
Bilangan Calon
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil Bil % Batu Pahat 543 8 1.5 21 3.9 29 5.3 40 7.4 69 12.7 85 15.7 66 12.2 61 11.2 164 30.2 0 379 69.8 6.6 Johor Bahru 928 39 4.2 46 5.0 54 5.9 92 10.0 131 14.2 123 13.4 107 11.6 94 10.2 235 25.5 7 686 74.5 6.2 Kluang 453 28 6.2 18 4.0 25 5.6 37 8.2 53 11.8 58 12.9 48 10.7 62 13.8 121 26.9 3 329 73.1 6.3 Kota Tinggi 370 3 0.8 10 2.7 11 3.0 41 11.1 46 12.5 58 15.7 43 11.7 51 13.8 106 28.7 1 263 71.3 6.7 Kulai 0 1 1.3 0 0.0 1 1.3 3 3.8 5 6.3 8 10.0 15 18.8 10 12.5 37 46.3 0 43 53.8 7.6 Mersing 81 0 0.0 0 0.0 0 0.0 3 3.8 5 6.3 7 8.8 18 22.5 10 12.5 37 46.3 1 43 53.8 7.7 Muar 349 30 8.6 36 10.3 29 8.3 31 8.9 28 8.0 41 11.8 28 8.0 37 10.6 88 25.3 1 260 74.7 5.7 Pontian 38 0 0.0 0 0.0 1 2.6 3 7.9 4 10.5 7 18.4 4 10.5 6 15.8 13 34.2 0 25 65.8 7.1 Segamat 348 0 0.0 5 1.4 18 5.2 35 10.1 46 13.2 61 17.5 35 10.1 48 13.8 100 28.7 0 248 71.3 6.7 Jumlah Keseluruhan
3190 109 3.4 136 4.3 168 5.3 285 9.0 387 12.2 448 14.1 364 11.5 379 11.9 901 28.4 13 2276 71.6 6.4
6
mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah
sangat diperlukan.
Selain itu, berdasarkan maklumat dalam Jadual 2, analisis keputusan SPM
2001-2002 untuk mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi aliran Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru adalah semakin menurun, dimana peratus calon lulus
pada tahun 2001 ialah sebanyak 98.18% manakala peratus calon lulus pada tahun
pada tahun 2002 telah menurun kepada 96.72%. Selain itu, peratus calon yang
mencapai A1 dan A2 juga telah menurun sebanyak 16.91% antara dua tahun ini.
Berikut ialah maklumat analisis keputusan SPM 2001-2002 yang ditunjukkan dalam
bentuk Jadual 2.
Jadual 2: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.
Tahun
(Peratus) / Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred
Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Lulus
Jumlah
pelajar
Gred
Purata
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
63 31 32 32 29 17 8 4 4 63
2001
94
(42.72)
64
(29.1)
46
(20.91)
12
(5.45)
4
(1.81)
0
0
216
(98.18)
220
3.27
30 33 33 48 37 31 18 6 8 0
2002
63
(25.81)
81
(33.19)
68
(27.86)
24
(9.86)
8
(3.28)
0
0
236
(96.72)
244
4.11
Sementara itu, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan pula pelajar-pelajar
hanya mula mendaftar mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan pada tahun
2001. Daripada maklumat yang diperolehi daripada pihak sekolah, pengkaji
7
mendapati bilangan calon yang gagal adalah ramai iaitu sebanyak 24.57%. Pada
tahun 2001, daripada bilangan calon 232 orang yang menduduki SPM dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan, hanya terdapat 6.04% calon yang mendapat
keputusan yang cemerlang iaitu A1 dan A2. Manakala pada tahun 2002 pula,
keadaan ini bertambah serius di mana bilangan calon yang gagal telah meningkat ke
32.15% dan hanya 5 orang calon sahaja yang mendapat keputusan yang cemerlang
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Jadual 3 menunjukkan analisis
keseluruhan SPM 2001-2002 mengikut gred bagi mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
Jadual 3: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah Menengah Teknik
Perdagangan.
Tahun (Peratus) / Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Dalam
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Lulus Jumlah
pelajar
Gred
Purata
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
6 8 12 20 22 37 39 31 57 0
2001
14
(6.04)
32
(13.79)
59
(25.43)
70
(30.17)
57
(24.57)
0
0
175
(75.43)
232
6.48
2 3 8 17 52 48 52 47 109 1
2002
5
(1.47)
25
(7.38)
100
(29.50)
99
(29.20)
109
(32.15)
1
(0.30)
229
(67.55)
339
6.98
Di samping itu, berpandukan Jadual 4 di bawah, didapati prestasi pencapaian
calon untuk Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri adalah tidak memuaskan. Ini
disebabkan peratus pencapaian gred pelajar yang berada di tahap yang paling tinggi
antara tahun 2001 dan 2002 ialah gred 9G, iaitu bilangan calon yang gagal adalah
tinggi. Seterusnaya daripada jadual 4 juga didapati prestasi calon adalah lemah di
8
mana gred purata calon antara tahun 2001 dan 2002 masing-masing ialah sebanyak
6.9% dan 6.6%.
Jadual 4: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah Menengah Teknik Tanjung
Puteri.
Tahun (Peratus) / Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Dalam
Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
Lulus Jumlah
pelajar
Gred
Purata
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
2 3 1 9 17 11 14 12 40 0
2001
5
(4.59)
10
(9.17)
28
(25.69)
26
(23.85)
40
(36.70)
0
(0)
69
(63.30)
109
6.90
0 2 6 11 21 12 13 12 33 1
2002
2
(1.8)
17
(15.5)
33
(30)
25
(22.7)
33
(30)
1
(0)
77
(67.55)
111
6.6
Di samping itu, menurut Jimat (1999) terdapat sebanyak 31.5% responden
kajian berpendapat bahawa kemudahan yang ada masih belum mencukupi bagi
membolehkan mereka melaksanakan pengajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah.
Antaranya ialah bahan rujukan, media-media dan peralatan. Menurut beliau lagi,
usaha untuk meningkatkan tahap kefahaman guru dan pelajar di dalam subjek
berkenaan akan bertambah sukar memandangkan kekurangan buku atau bahan
bercetak dalam bidang teknikal yang tertulis dalam bahasa Malaysia. Ini telah
menunjukkan masalah kekurangan buku rujukan dan kemudahan untuk mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah masih wujud. Satu temubual yang telah
dijalankan pada 21 Sept,1998 antara Mohd Azhar Bin Hj Hashim dengan 4 orang
guru di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja
Mahadi, Klang juga menunjukkan perlunya pembinaan Modul Pengajaran Kendiri
(MPK) untuk topik pandangan bantuan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
9
Tingkatan lima bagi menambahkan lagi pengajaran dan pembelajaran Lukisan
Kejuruteraan (Mohd Azhar,1999).
Di samping itu, terdapat juga guru yang kurang keyakinan mengajar mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Menurut kajian Jimat (1999), sebanyak 15.1%
merasa pengetahuan mereka masih belum mencukupi untuk mengajar mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan. 12.7% merasakan mereka masih kurang kemahiran serta ragu-
ragu tidak pasti tentang tahap kemahiran ada pada diri mereka untuk menghadapi
kelas bagi mengajar mata pelajaran ini.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa faktor rakan sebaya dan persekitaran
kelas juga mempengaruhi pembelajaran pelajar terhadap lukisan Kejuruteraan.
Menurut teori konteks perkembangan yang diperkenalkan oleh Richard Lener (1978)
mengatakan faktor utama dalam perkembangan ialah persekitaran fizikal (rumah,
bilik darjah), persekitaran sosial (keluarga, rakan, guru), ciri-ciri peribadi individu
dan masa (jadual harian individu). Ini telah menunjukkan penekanan interaksi di
antara individu dengan persekitaran sangat penting. Kedua-duanya saling
mempengaruhi (dalam Jas Laile Suzana Jaafar,2002).
1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan data dan maklumat yang telah dinyatakan di atas, didapati pencapaian
pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor, iaitu Sek Men Teknik
Perdagangan, Sek Men Teknik Johor Bahru dan Sek Men Teknik Tanjung Puteri
adalah semakin menurun. Ini akan menyumbang kepada masalah besar sekiranya
tidak dititikberatkan oleh semua pihak. Dengan itu, guru sebagai pendidik hendaklah
lebih peka terhadap masalah ini. Ini kerana ia seterusnya akan memberikan kesan
terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek. Tidak dapat kita menafikan
bahawa dalam proses pembelajaran, minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran
adalah penting. Di samping itu, faktor persekitaran seperti keadaan kelas, pengajaran
guru serta rakan sebaya juga turut dapat memberikan kesan dalam proses pengajaran
10
dan pembelajaran. Richard Lener (1987) mengatakan faktor utama dalam
perkembangan ialah persekitaran fizikal (rumah, bilik darjah), persekitaran sosial
(keluarga, rakan, guru), ciri-ciri peribadi individu dan masa (jadual harian individu).
Ini telah menunjukkan penekanan interaksi di antara individu dengan persekitaran
sangat penting. Kedua-duanya saling mempengaruhi.
Dengan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah kaedah pengajaran
guru, faktor minat, rakan sebaya, sikap pelajar serta persekitaran dalam
mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di
tiga buah Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru.
1.4 Objektif Kajian
Pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
haruslah dititikberatkan oleh semua pihak memandangkan masalahnya telah
dinyatakan seperti di atas. Oleh itu, satu tinjauan faktor-faktor yang mempengaruhi
prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di tiga buah
Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru telah dijalankan. Pengkaji telah
menetapkan objektif kajian sebagaimana berikut .
1.4.1 Mengenal pasti sama ada kaedah pengajaran guru dapat mempengaruhi
prestasi pelajar-pelajar SMT dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.4.2 Mengenal pasti sama ada faktor minat pelajar-pelajar SMT mempengaruhi
prestasi mereka dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.4.3 Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar-
pelajar SMT terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.4.4 Mengenal pasti sama ada faktor sikap pelajar-pelajar SMT mempengaruhi
prestasi mereka dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.4.5 Mengenal pasti sama ada faktor persekitaran kelas dapat mempengaruhi
prestasi pelajar-pelajar SMT dalam terhadap mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
11
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang menjadi asas kepada kajian adalah untuk mengenal pasti :
1.5.1 Adakah kaedah pengajaran guru mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT
terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
1.5.2 Adakah faktor minat mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT terhadap
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
1.5.3 Adakah rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT terhadap
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
1.5.4 Adakah faktor sikap pelajar-pelajar SMT mempengaruhi prestasi mereka
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
1.5.5 Adakah faktor persekitaran kelas mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
Top Related