Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan juga melambangkan bunga perpaduan.
Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Maksud lambang dan warna;- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.- Warna merah pada jalur melambangkan
kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur.Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan
13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan
Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakanNegeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu
(Johor, Kedah, Perlis, Kelantandan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan
Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan
pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah
negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian
tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang;
merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning
warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri
Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan
Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.
Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai
penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu
digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu
Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri
dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi
Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
LAGU KEBANGSAAN
Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu negeri Perak. ‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.
Top Related