1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN
DEWAN MAKAN INFAQ LIL-WAQF
2
DI KOMPLEKS PENGAJIAN ANAK
YATIM DAN
WARGA EMAS DARUL WIDAD
TARIKH: 13 JANUARI 2018 (SABTU)
3
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Terima Kasih Pengacara Majlis
4
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian.
____________________________________
_______________
5
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke
hadrat Allah SWT kerana dengan izin-
Nya, pada pagi yang mulia ini kita
dapat bersama-sama di Majlis
Perasmian Dewan Makan Infaq Lil-
Waqf di Kompleks Pengajian Anak
6
Yatim dan Warga Emas Darul Widad,
Linggi, Negeri Sembilan.
2. Terlebih dahulu saya bagi pihak
ANGKASA ingin merakamkan
ucapan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada para
7
hadirin sekalian kerana dapat
bersama-sama di dalam majlis yang
begitu bermakna dan bersejarah ini.
Saya juga ingin merakamkan terima
kasih kepada pihak pengurusan
Kompleks Darul Widad di atas
penganjuran majlis pada pagi ini.
8
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
3. ANGKASA merupakan badan
puncak yang menaungi gerakan
koperasi Malaysia yang diiktraf
Kerajaan untuk mewakili gerakan ini
di peringkat Nasional dan
9
Antarabangsa. Setakat 30 Jun 2017,
berdasarkan statistik yang
dikeluarkan SKM terdapat lebih
13,000 (13,648) koperasi yang
berdaftar dengan lebih 6.7 juta
anggota (6, 733,788)1. 1 Laporan Interim Statistik Gerakan Koperasi Laporan Prestadi Setengah Tahun 2017. Lama web www.skm.gov.my
10
4. Koperasi merupakan gerakan
yang mendapat pengiktirafan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) sebagai agen pembangunan
masyarakat yang paling berkesan di
dunia.
11
5. Diperingkat antarabangsa,
ANGKASA menjadi anggota
International Co-operative Alliance
(ICA) dan ASEAN Co-operative
Organization (ACO) yang mana saya
adalah Presidennya. Sebagai
sebuah organisasi yang bertaraf
12
APEX dan global, ANGKASA
merangka banyak program berkait
ekonomi, pembangunan
masyarakat, pendidikan dan lain-lain
untuk kepentingan gerakan koperasi.
13
6. ANGKASA turut memberikan
perkhidmatan yang berteraskan
syariah bagi memastikan setiap
koperasi melunaskan kewajipan
seperti membayar zakat perniagaan
dan perjalanan koperasi mematuhi
syariah. ANGKASA juga
14
menggalakkan koperasi
menyumbang dalam bentuk wang
tunai untuk tujuan wakaf melalui
program Infaq Lil-Waqf ANGKASA.
7. Ini adalah satu transformasi dan
usaha murni ANGKASA menyahut
15
seruan agama dalam memastikan
koperasi mengendalikan setiap
aktiviti muamalah berdasarkan
prinsip-prinsip syariah serta seimbang
antara dunia dan akhirat.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
16
8. Program Infaq Lil-Waqf ANGKASA
ini antaranya untuk:
• Menggalakkan anggota koperasi
dan para pelanggan BPA
membudayakan amalan berwakaf;
17
• Membangunkan harta untuk tujuan
diwakafkan bagi kepentingan
masyarakat umum;
• Menyediakan saluran kebajikan
yang sistematik dan dinamik.
18
9. Alhamdulillah, program ini
mendapat sokongan para
penyumbang yang terdiri dari Warga
Koperasi dan Pelanggan Biro
Potongan ANGKASA (BPA).
ANGKASA menyediakan pelbagai
kaedah untuk memastikan amalan
19
berwakaf dipermudahkan seperti
melalui sumbangan tunai dan
potongan gaji, serta secara online
melalui CIMB Click.
20
10. Pihak koperasi turut
memberikan sumbangan mereka
secara:
• Bulanan,
• Hasil keuntungan tahunan koperasi,
21
• Potongan gaji anggota dan
kakitangan sekurang-kurangnya RM
1.00 sahaja setiap bulan.
11. Sehingga Disember 2017,
sumbangan terkumpul berjumlah RM
22
10.17 juta termasuk RM 1 juta
sumbangan ANGKASA setiap tahun.
12. Bermula 2014 ANGKASA telah
membangunkan beberapa projek
antaranya;
23
• Penubuhan Pusat Jagaan Darul
Sakinah ANGKASA yang
menempatkan anak yatim dan
asnaf,
• Projek pembangunan ekonomi
bersama Koperasi Kariah Masjid
terpilih di seluruh negara,
24
• Menyumbang Mesin Dialisis dan
bantuan kos rawatan pesakit Dialisis
kepada Koperasi, Hospital Kerajaan,
Hospital Swasta, NGO dan lain-lain;
13. ANGKASA turut
membangunkan sektor ekonomi
25
dengan perancangan membeli
premis perniagaan di setiap negeri
dan diwakafkan kepada Majlis
Agama Islam Negeri berkenaan.
Tujuannya dapat menyediakan
tempat perniagaan yang strategik.
Premis perniagaan disewakan
26
kepada para usahawan khususnya
dari gerakan koperasi dengan kadar
sewaan yang kompetitif. Hasil
sewaan disalurkan semula kepada
dana Infaq Lil-Waqf untuk merangka
projek lain dalam sektor kesihatan
dan pendidikan.
27
14. ANGKASA juga telah melakar
sejarah apabila telah menyerahkan
bangunan yang bernilai RM 1.56 juta
untuk didaftarkan sebagai aset
wakaf di bawah Majlis Agama Islam
Negeri Johor (MAINJ).
28
15. Alhamdulillah, ANGKASA pada
hari ini sekali lagi melakar sejarah
dengan perasmian Dewan Makan
Infaq Lil-Waqf ANGKASA di Kompleks
Pengajian Anak Yatim dan Warga
Emas Darul Widad.
29
16. Melalui program Infaq Lil-Waqf ini,
sumbangan sebanyak RM 100,00.00
(Satu Ratus Ribu) telah disalurkan
kepada kompleks ini pada 20 Ogos
2015 yang lalu. Pihak ANGKASA juga
mengucapkan tahniah kerana
dewan makan ini telah pun siap
30
sepenuhnya dan telah digunakan
oleh para penghuni di sini.
17. Semoga dengan terbinannya
dewan makan ini, pahala para
pewakaf akan terus mengalir dan
ANGKASA telah melunaskan
31
tanggungjawabnya untuk
memastikan amanah para
penyumbang dilaksanakan dengan
baik.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
32
18. Dengan Lafaz Mulia
Bismillahirrahmanirrahim, saya
merasmikan Dewan Makan Infaq Lil-
Waqf ANGKASA di Kompleks
Pengajian Anak Yatim dan Warga
Emas Darul Widad ini
33
Sekian, Wabillahi Taufiq wal Hidayah,
Wassalamu ‘Alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
34
Disediakan: Disemak dan disahkan:
Unit Kutipan dan Pengurusan Dana
Infaq Lil-Waqf
Tuan Hj. Azhar Hamzah
Pengurus Besar Bahagian
Pengurusan Syariah dan
Pembangunan ANGKASA
Top Related