1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN FORUM
PEMBIAYAAN HARTANAH KOPERASI
DAN PENYERAHAN BANTUAN
2
PROGRAM PEMBANGUNAN
PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN
BINAAN TAHUN 2018
18 DISEMBER 2018 (SELASA)
4.30 PETANG
HOTEL GRAND BLUE WAVE
SHAH ALAM, SELANGOR
3
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Terima Kasih Pengacara Majlis
YBhg. Madya Datuk Hj. Mohamad
Ali Hasan
Naib Presiden ANGKASA
4
YBhg. Dato’ Hj. Che Mohd Shukree
Che Isa
Naib Presiden ANGKASA
YBrs. Tuan Rusli Jaafar
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Negeri Selangor
5
YBrs. Puan Norlelah binti Samsuddin
Penolong Ketua Pengarah Sektor
Hartanah Suruhanjaya Koperasi
Malaysia
6
YBhg. Dato’ Mohd. Alias Hamzah
Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Selangor
7
YBrs. Tuan Hj. Zulkifli Jamaludin
Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Negeri
Wilayah Persekutuan
YBhg. Barisan Ahli Jawatankuasa
Sektor Hartanah dan Industri Binaan
ANGKASA
8
Tn. Hj. Nasir Khan Yahaya
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKASA
Tn. Hj. Abdullah Hj Jusoh
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Merangkap Ketua Pegawai Operasi
Kumpulan Perniagaan Koperasi
9
Penasihat-Penasihat Korporat
ANGKASA
Barisan Pengurusan Kanan
ANGKASA
10
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan
dan Puan-Puan Yang Dihormati
Sekalian
1. Terlebih dahulu marilah kita
panjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT, kerana dengan limpah
kurnia dan rahmat-NYA jua maka
11
forum Pembiayaan Koperasi
Hartanah dan Penyerahan Bantuan
Program Pembangunan Perniagaan
Pembekal Bahan Binaan 2018
dapat dilaksanakan.
2. Saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada barisan panel forum,
12
wakil-wakil agensi dan semua
peserta yang dapat hadir pada
petang ini. Saya juga ingin
mengucapkan tahniah kepada
koperasi yang dipilih untuk
menerima bantuan perniagaan
pembekal bahan binaan bagi
tahun 2018 ini. Selain itu, terima
13
kasih juga kepada para pempamer
yang turut serta mempamerkan
produk dan perkhidmatan mereka
pada petang ini.
3. Forum ini merupakan lanjutan
program jaringan kerjasama
koperasi yang terlibat dalam
14
perniagaan hartanah dengan
Kementerian, agensi-agensi
kerajaan, koperasi serta swasta.
Pada hari ini juga bank-bank yang
menawarkan pembiayaan kepada
koperasi yang menjalankan aktiviti
pembangunan hartanah turut
dijemput hadir.
15
Hadirin yang dihormati sekalian
4. Sebagai badan puncak yang
memayungi gerakan koperasi
negara, ANGKASA sentiasa
berusaha untuk menyediakan
ruang dan peluang melalui
jaringan kerjasama perniagaan
16
hartanah antara koperasi dengan
swasta. ANGKASA berperanan
merangsang dan membangunkan
aktiviti perniagaan koperasi yang
terlibat dalam sektor
pembangunan hartanah
seterusnya membina rangkaian
perniagaan koperasi di peringkat
17
nasional. ANGKASA turut
mengaturkan jaringan antara pihak
pembiaya dan koperasi yang
bergiat dalam bidang
pembangunan hartanah dan
industri pembinaan.
18
5. Jalinan kerjasama ANGKASA
dengan Persatuan Usahawan
Hardware Bumiputera Malaysia
adalah salah satu medium untuk
merangsang koperasi yang terlibat
dalam perniagaan pembekalan
bahan binaan. Kerjasama ini
bergantung kepada persetujuan
19
antara kedua pihak berdasarkan
terma dan syarat yang mampu
koperasi penuhi demi manfaat
anggota, koperasi dan negara.
Hadirin yang dihormati sekalian
20
6. Terdapat beberapa isu dan
cabaran yang dihadapi oleh
koperasi yang terlibat sebagai
pemaju dalam bidang
pembangunan hartanah dan
industri pembinaan, antaranya:
21
i) Koperasi tidak mempunyai modal
awalan yang banyak bagi
memulakan sesuatu projek
pembangunan hartanah.
Pembangunan sesuatu projek
hartanah merupakan projek mega
yang memerlukan modal yang
22
amat besar di samping lain-lain kos
yang berkaitan.
ii) Kebanyakan koperasi mempunyai
tanah yang banyak untuk
dimajukan namun tidak
mempunyai dana yang mencukupi.
23
iii) Kemudahan pembiayaan
daripada syarikat kewangan sukar
diperoleh dan anggota sukar
mendapatkan pinjaman ‘Bridging
Financing’ untuk melaksanakan
sesuatu projek.
24
iv) Tidak dinafikan kesukaran
koperasi menyakinkan pihak bank
dan institusi kewangan bagi
mendapatkan pembiayaan antara
isu dan cabaran kritikal yang perlu
dihadapi koperasi pembangunan
hartanah.
25
v) Pembeli sukar mendapatkan
pinjaman perumahan ‘End
Financing’ untuk membeli rumah
kerana tidak mempunyai slip gaji
dan baki gaji yang ada tidak
mencukupi syarat- syarat potongan
gaji.
26
vi) Kekurangan penglibatan
koperasi dalam perniagaan
bekalan bahan binaan bagi
koperasi yang menjalankan projek
perumahan.
Dengan adanya program
seumpama ini secara tidak
27
langsung menjadi platform dan
peluang terbaik koperasi untuk
mendapatkan kemudahan
pembiayaan selain itu, peserta
yang hadir dapat mendengar dan
bertanya sendiri secara terus
kepada pihak pembiaya yang
28
menjadi panel forum kita pada
petang ini.
7. Untuk melengkapkan rantaian
perniagaan antara koperasi sama
ada yang mempunyai tanah milik
koperasi atau tanah milik anggota,
peranan berikut perlu dilakukan:
29
• Koperasi sebagai pemaju;
• Koperasi sebagai kontaraktor;
• Koperasi sebagai pembekal (iaitu
bahan binaan, jentera, logistik,
peralatan dan lain-lain); dan
• Koperasi sebagai pembiaya kredit
(yang memberi pinjaman,
30
pembiayaan projek dan juga
pembeli).
8. Manakala sektor pembangunan
hartanah yang terlibat dalam
bidang utama perkhidmatan pula
boleh dibahagikan kepada empat
komponen utama iaitu:
31
• Pemilikan bangunan komersial dan
kediaman;
• Pemilikan dan pajakan tanah;
• Pelaburan hartanah untuk jualan;
dan
• Unit amanah pelaburan hartanah
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
32
9. Objektif utama Dasar
Pembangunan Nasional (1991-
2000) adalah untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Dalam merealisasikan cita-
cita ini, kerajaan sentiasa berusaha
untuk mewujudkan keseimbangan
pertumbuhan ekonomi yang
33
optimum dan pengagihan ekonomi
yang saksama. Ini akan tercapai
melalui penggalakkan
pembangunan yang seimbang
antara sektor utama ekonomi dan
wilayah serta mengurangkan jurang
sosiekonomi antara masyarakat
selain menggalakkan perkongsian.
34
10. Bagi gerakan koperasi,
perkongsian pintar antara koperasi
yang terlibat dalam bidang
pembangunan hartanah dan
industri pembinaan bukan sahaja
meningkatkan daya maju bidang
pembinaan koperasi bahkan
mampu melonjakkan industri
35
hartanah dan pembinaan Malaysia
seterusnya memenuhi permintaan
masyarakat terhadap hartanah
mampu milik masa kini.
11. Seharusnya koperasi mengambil
peluang keemasan ini agar
gerakan koperasi yang terlibat
36
mampu berdiri sama tinggi agar
setanding dengan sektor
pembinaan swasta.
12. Akhir kata, sebagai institusi yang
terbina atas dasar kerjasama,
saya mahu melihat kejayaan kita
didokong oleh kesepaduan dan
37
tindakan kerjasama di peringkat
akar umbi antara semua pihak
dalam membina kejayaan yang
cemerlang dalam bidang
hartanah. Sekali lagi, saya
mengucapkan tahniah kepada
koperasi-koperasi yang berjaya
mendapat bantuan perniagaan
38
bekalan bahan binaan tahun 2018.
Harapan saya semoga usaha
seumpama ini dapat dipertingkat
dan diteruskan setiap tahun melalui
kerjasama yang lebih strategik.
11. Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirahim, saya
39
merasmikan Penutup Forum
Pembiayaan Hartanah Koperasi
dan Penyerahan Bantuan Program
Pembangunan Perniagaan
Pembekal Bahan Binaan tahun
2018.
Wabillahi Taufik Walhidayah.
40
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Top Related