UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD
ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL
1PESARA
24 SEPTEMBER 2014 (RABU), 9.00 PAGI
MAEPS, SERDANG
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
[SALUTATION DISEDIAKAN DI ATAS
ROSTRUM]
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya jua kita dapat bersama-
sama dalam Karnival 1Pesara yang
julung-julung kalinya diadakan ini.
Karnival ini telah direalisasikan hasil
jalinan kolaborasi dan kerjasama padu
3
JPA bersama-sama Kementerian
Kewangan Malaysia.
2. Saya ingin mengambil kesempatan
di sini untuk mengalu-alukan kehadiran
semua pesara Kerajaan dan bakal
pesara Kerajaan yang sudi meluangkan
masa untuk menyertai Karnival 1Pesara
yang telah berlangsung sejak semalam
hingga ke hari ini.
3. Saya juga ingin merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih
atas sokongan padu dan kerjasama erat
yang dizahirkan oleh wakil-wakil
kementerian dan agensi-agensi
4
Kerajaan, persatuan pesara dari seluruh
pelusuk Malaysia, pihak industri dan
barisan media dalam menjayakan
Karnival 1Pesara ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
4. Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini
telah mengeluarkan Laporan Daya Saing
Global bagi tahun 2014 dan 2015 yang
membawa berita gembira kepada
Malaysia. Mengikut laporan tersebut,
Malaysia kini merupakan antara
kelompok 20 buah negara paling
berdaya saing daripada 114 buah
5
negara. Pencapaian ini merupakan
peningkatan daripada kedudukan ke-24
daripada 148 buah negara sebelumnya.
5. Ekonomi negara juga dilapor
menunjukkan trend yang
memberangsangkan dengan mencatat
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) sebanyak 6.4 peratus
dalam suku kedua 2014 iaitu rekod
tertinggi pernah dicatatkan sejak suku
ke-empat tahun 2012. Pencapaian ini
ternyata menjadikan Malaysia sebagai
negara yang paling tinggi pencapaian
pertumbuhan ekonominya dalam
6
kalangan negara ASEAN bagi tempoh
separuh pertama tahun 2014.
6. Dalam memperkatakan kisah
kejayaan Malaysia di arena global ini,
saya ingin juga berkongsi laporan World
Competitiveness Yearbook yang
diterbitkan oleh Institute for
Management Development yang telah
meletakkan Malaysia di kedudukan ke-
12 daripada 60 negara pada tahun 2014
berbanding tempat ke-15 pada tahun
2013.
7
7. Apa yang lebih menarik ialah
penarafan Malaysia di bawah World
Competitiveness Yearbook ini telah
meletakkan Malaysia di tangga pertama
bagi Dana Pembiayaan Persaraan
(Pension Funding) di bawah faktor
Kecekapan Kerajaan atau Government
Efficiency. Ini membuktikan bahawa
“Pension Funding is adequately
addressed for the future” atau dengan
kata lain Kerajaan telah memberi
keutamaan kepada pengurusan dana
bagi pembiayaan persaraan masa
hadapan. Ini merupakan manifestasi
kesungguhan Kerajaan dalam menjamin
kesejahteraan golongan pesara.
8
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
8. Kemakmuran negara kita Malaysia,
sering kali diintai dan menjadi perhatian
serta fokus pihak luar terutamanya di
peringkat antarabangsa. Ini terbukti
apabila Majalah International Living
menyenaraikan Malaysia sebagai
destinasi terbaik dalam kalangan
negara-negara Asia untuk mereka
menetap selepas besara. Perkara ini
dinyatakan dalam artikel mereka
bertajuk The World’s Best Places to
Retire in 2014. Pemilihan Malaysia ini
adalah berdasarkan kepada beberapa
faktor antaranya faktor kos sara hidup,
9
kemudahan infrastruktur, cuaca, budaya
hormat-menghormati yang dipamerkan
dan pelbagai lagi faktor positif yang
lain.
9. Persoalannya di sini ialah jika
Malaysia boleh dikatakan menjadi
“syurga tempat tinggal” kepada
golongan pesara dari luar negara,
mengapa pesara kita tidak boleh
menikmati kelebihan tersebut? Apakah
kemudahan yang boleh disediakan oleh
Kerajaan kepada kumpulan pesara
Kerajaan? Sesuatu harus dilaksanakan
agar pesara di Malaysia khususnya
dalam kalangan pesara Kerajaan akan
10
terus merasakan Malaysia sebagai bumi
bertuah yang banyak membawa faedah
kepada mereka walaupun setelah
melewati gerbang persaraan.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
10. Jabatan Perkhidmatan Awam
bukan sahaja bertanggungjawab
menyediakan kemudahan terbaik
kepada pegawai-pegawai yang sedang
berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam
negara malah, golongan pesara juga
merupakan kumpulan berkepentingan
atau stakeholder yang perlu diberi
11
perhatian. Menyedari hakikat ini, JPA
telah memperkenalkan program
1Malaysia Civil Service Retirement
Support.
11. Untuk makluman semua, 1Malaysia
Civil Service Retirement Support
merupakan salah satu inisiatif terbaharu
yang disediakan untuk menjaga
kebajikan pesara penjawat awam.
Inisiatif yang diterajui JPA dengan
kerjasama Kementerian Kewangan,
Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Sumber Manusia ini
bernaung di bawah lembayung Strategi
12
Lautan Biru Kebangsaan atau National
Blue Ocean Strategy (NBOS).
12. Inisiatif ini juga merupakan satu
lagi manifestasi keprihatinan Kerajaan
kepada golongan pesara Kerajaan yang
telah banyak menabur budi dan jasa
bakti sepanjang berada dalam tempoh
perkhidmatan.
Hati gajah sama dilapah,
Hati nyamuk sama dicecah.
Kalau sedikit, secubit seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang.
13
Jangan sampai bak dikata,
Berakit berdua, karam seorang.
Modal sama dikongsi,
Rugi sama ditanggung,
Untung lain-lain.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
13. Apa yang cuba saya sampaikan
melalui bait-bait kata tersebut ialah
pesanan saya kepada pegawai-pegawai
saya agar mereka menyediakan
kemudahan atau perkhidmatan yang
sama taranya kepada kedua-dua pihak
baik kepada pegawai yang masih
14
berkhidmat mahupun yang telah
bersara.
14. Biar untung sama diraih. Bagi yang
masih berkhidmat atau telah bersara,
kita tiada bezanya. Kita sama-sama
terlibat menghulurkan tenaga dan
mencurah bakti demi ibu pertiwi.
Namun, apabila nafiri berundur
ditiupkan, ada yang terpaksa melangkah
pergi meninggalkan Perkhidmatan
Awam yang dikasihi. Kita yang masih
berada di dalam perkhidmatan Kerajaan
ini haruslah mengenang jasa kuntuman
budi Tuan-tuan dan Puan-puan kumpulan
pesara yang telah banyak menabur budi
15
dan bakti kepada negara untuk sekian
lamanya.
15. Atas dasar ini, maka empat perkara
telah digariskan sebagai teras yang
memayungi inisiatif 1Malaysia Civil
Service Retirement Support iaitu:
Aspek Pertama: kesejahteraan
pesara yang meliputi aspek
pembelajaran sepanjang hayat
dan bantuan khidmat
kerohanian;
Aspek Kedua: bekerja semula
yang menyediakan panduan
16
kepada pesara yang masih
ingin menabur bakti kepada
masyarakat. Sebagai
makluman, daripada seramai
1,599 pesara yang mendaftar
dengan Jobs Malaysia, 589
telah diambil bekerja. Untuk
JPA sendiri, di bawah kontrak
untuk perkhidmatan (contract
for service), seramai 1,979
pesara telah diambil bekerja
semula di mana 859 dari
kumpulan Pengurusan dan
Profesional manakala 1,120
dalam kalangan kumpulan
pelaksana. Di bawah
17
Kementerian Pendidikan
Malaysia pula seramai 406
orang pesara telah diambil
bekerja semula yang terdiri
daripada guru bahasa Inggeris,
guru agama dan kumpulan
pelaksana. Begitu juga halnya
dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia di mana
seramai 66 orang doktor
perubatan/pakar perubatan
telah diambil semula untuk
berkhidmat.
Aspek Ketiga: Kelangsungan
penjagaan kesihatan yang
18
meliputi kemudahan perubatan
dan laluan pantas atau Rapid
Lane yang disediakan bagi
pesara mendapatkan khidmat
nasihat kesihatan. Dari tahun
2012 hingga 2014, seramai
105,871 pesara telah
mendapat faedah bantuan
perubatan yang meilbatkan
kos sebanyak RM204.8 juta.
Manakala bagi perkhidmatan
Rapid Lane pula, sebanyak 904
kemudahan kesihatan
disediakan meliputi
kemudahan di Hospital
Kerajaan, Pusat Kesihatan dan
19
Klinik Pergigian dengan
seramai 24,126 pesara telah
menggunakan perkhidmatan
ini.
Aspek Keempat:
Keusahawanan dan Kewangan
yang meliputi penyediaan
maklumat berhubung
keusahawanan bagi pesara
yang berhasrat untuk
menceburkan diri dalam
bidang tersebut dan juga
maklumat berkaitan
pengurusan kewangan.
20
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
16. “Melakar Perubahan: Pesara
Produktif Menelusuri Kesejahteraan”
telah dipilih sebagai tema penganjuran
Karnival 1Pesara yang julung-julung
kalinya diadakan ini. Tema ini dipilih
sebagai representasi kepada objektif
penganjuran karnival ini yang
meletakkan hasrat untuk melihat pesara
21
terus produktif dan sejahtera dalam apa
jua bidang yang diceburi selepas
memasuki alam persaraan. Pesara
perlu bangkit membuktikan bahawa
bersara bukan bermakna malapnya
masa hadapan atau tamatnya era
kesejahteraan hidup, malah bersara
sebenarnya membuka lembaran baharu
ke arah kehidupan yang lebih gemilang.
Itulah yang kita inginkan.
17. Penganjuran Karnival 1Pesara ini
merupakan platform untuk pesara dan
bakal pesara Kerajaan untuk
mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai kelebihan, faedah dan
22
ganjaran persaraan yang disediakan
sebagai kemudahan oleh pelbagai
pihak. Sebanyak 50 tapak pameran atau
booth telah dibuka oleh 35 pempamer
merentasi sektor awam, swasta dan
NGO.
18. Selain daripada itu, pelbagai
pengisian menarik telah turut
disediakan seperti pameran bergerak
oleh Pusat Transformasi Komuniti
(CTC), 1M4U, 1MTC dan pelbagai
karavan tani. Turut diadakan ialah sesi
perkongsian ilmu bersama-sama
personaliti usahawan dalam kalangan
23
pesara, ceramah kewangan oleh Agensi
Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK), pendedahan berhubung
pengurusan pelaburan oleh Permodalan
Nasional Berhad (PNB) serta pelbagai
lagi program menarik.
19. Alhamdulillah. Saya bersyukur
kerana program ini telah mendapat
sambutan yang amat menggalakkan di
mana semalam iaitu pada hari pertama,
saya difahamkan program ini telah
didatangi seramai 3,200 orang
pengunjung dan saya turut difahamkan
pameran bergerak CTC sahaja telah
24
menarik seramai 1,706 pengunjung dan
180 orang telah membuat pemeriksaan
kesihatan. Itu belum termasuk
pengunjung bagi program-program yang
lain juga.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
20. Sebagaimana kumpulan pesara
yakni pegawai-pegawai Kerajaan yang
terdahulu dari kita sanggup
mengorbankan masa dan tenaga bagi
memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat dan negara, kita
penjawat awam pada hari ini haruslah
menyahut semboyan perjuangan
25
tersebut dan meneruskan
tanggungjawab yang sedia terletak di
atas jemala kita dengan penuh integriti
dan akauntabiliti.
21. Perkhidmatan yang diberi perlu
berasaskan pertimbangan yang tegas
dan bijaksana serta disertai dengan
budi pekerti yang mulia. There must be
a humanistic approach to every service
rendered, the human face must be there
all the time. Dengan itu kepercayaan
rakyat terhadap Perkhidmatan Awam
sentiasa kukuh terpelihara. We hold the
people’s trust, we must therefore be
trusted. Inilah citra “Berkhidmat Untuk
26
Negara” yang perlu kita tampilkan
dalam memberi perkhidmatan terbaik
kepada rakyat selaras dengan slogan
“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.
22. Saya yakin dan percaya dengan
komitmen dan iltizam yang tinggi, kita
semua akan berjaya merealisasikan
Agenda Transformasi Negara dan
Transformasi Perkhidmatan Awam yang
sedang giat dilaksanakan hari ini.
Mudah-mudahan segala usaha murni
yang kita gemblengkan termasuk
pelaksanaan program Karnival 1Pesara
ini akan memperoleh rahmat dan
keredhaan Allah SWT jua, In Sha Allah.
27
23. Oleh itu, dengan penuh takzim dan
dengan kalimah suzi
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan
ini merasmikan Karnival 1Pesara.
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.
Top Related