Teks Ucapan Guru Besar SK Bukit RokMesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rok Kali Ke-28 Tahun 2013
Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.Saudari Pengacara Majlis,Pn…………………………………………
Yang Dihormati En. Asyraaf b ………….. YDP PIBG SK SK(2) JLN Selangor
Yang saya hormati En. Azruuazi b. …………..NYDP PIBG SK(2) JLN Selangor
Barisan Penolong-Penolong KananAJK PIBGGuru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah
kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia
ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-….. bagi Sekolah
Kebangsaan (2) Jalan Selangor. Saya bagi pihak sekolah mengalu-alukan
kehadiran dan merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu-bapa ataupun
waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu-bapa yang hadir
pada pagi ini sebenarnya adalah ibu-bapa yang cemerlang. Tahniah dan
syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin hulurkan sejambak bunga tanda
penghargaan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta
staff sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya
melaksanakan mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya.
1
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti
diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac dengan memilih dan melantik
AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Di samping itu
harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa
seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang
dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM.
Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG
sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan
guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan
dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama
dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan
pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan
perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat
(school home community partnership).
Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’
terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana,
kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan
guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam Peraturan 5
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA
GURU) 1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah
menggariskan tujuan dan batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di
2
sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6) ada dinyatakan batasan-batasan
yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu :
Subperaturan (5) – Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa
Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran
sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan
yang lain dalam sekolah.
Subperaturan (6) – Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi
menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara
Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di
mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat
Pendidikan Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian
Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.
Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan
supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa
juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan
perpaduan masyarakat setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar
kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau
menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan
memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri
Persatuan akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan
akhirnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran,
sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak murid di sekolah. Saya
Guru Besar SK (2) Jalan Selangor selaku ex-officio dan Penasihat PIBG
dikehendaki memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 ini kepada semua ahli jawatankuasa
3
PIBG yang dilantik dan ibu bapa keseluruhannya agar ia dipatuhi pada
setiap masa.
Tuan-tuan dan Puan-Puan
Sebelum saya melanjutkan bicara, izinkan saya untuk menyatakan
perkembangan sekolah ini. Untuk makluman tuan puan, tiga orang guru
kita telah berpindah sekolah iaitu Pn Azlina bt Zaidil, Pn Kasmaniza bt
Kamis dan Pn Hayati. Namun kita telah menerima 4 orang guru. 2 di
antaranya pertukaran secara Redeployment daripada SK PJ iaitu En Thawi
dan Pn Sakinah. En Thawi adalah guru matematik dan Pn Sakinah J-Qaj.
Kita juga menerima 2 orang guru baru, fresh keluar dari IPG, iaitu Cik Zora
Farhanes, guru sains dan Cik Dinah Nabilah guru pemulihan. Menjadikan
tenaga pengajar sekarang seramai 18 org. Bila campur dengan staf
sokongan berjumlah 21 orang semuanya.
Bilangan murid kita sekarang 98 orng. Saya sangat risau kerana bilangan
murid kita semakin bertambah kurang. Kesannya, peruntukan oleh KPM
juga semakin kecil. Bila peruntukan kecil, maka menjadi masalah bagi
membiayai segala pembayaran dan juga melaksanakan program-program
yang dirancang. Di sini saya amat mengharapkan kerjasama dan bantuan
PIBG bagi memberi sokongan moral berusaha mencari dana agar dapat
menangani permasalahan yang melibatkan kewangan.
Tuan-tuan dan Puan-Puan Yang saya hormati sekalian.
Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak
sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata
4
sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing.
Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan
sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti yang
telah saya terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik
Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu
bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan
mendapat persetujuan bersama berkaitan sumbangan PIBG bagi Tahun
2015 ini. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti dihantar ke
JPN. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin
tanpa menimbulkankan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-
murid.
Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai
inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini
termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti program IM1S,
KSSR, PBS, MBM MBI dan di samping itu pelbagai bantuan khas juga
diberikan kepada murid-murid termasuk mereka yang berada di
prasekolah, asrama dan juga murid keseluruhan hendaknya. Transformasi
penilaian murid di masa kini telah ditukarkan. Pentaksiran sekolah telah
ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (yang dipanggil PBS)
dan sekarang ia telah dilaksanakan bermula tahun1 hingga tahun 5.
Diharapkan ibu bapa mengambil berat makluman ini kerana tiada lagi
penomboran kedudukan kelas berasaskan individu dan penilaian yang
dilakukan adalah berterusan dan tidak melangkaui bidang akademik
sahaja, malahan juga bidang kokurikulum , sahsiah dan juga emosi. Ingin
dimaklumkan di sini terdapat 6 band penggredan pengetahuan murid yang
5
dinilai berasaskan PBS iaitu Band 1 hingga Band 6. Band 1 (Tahu), Band
2 (Tahu dan Faham), Band 3 (Tahu, faham dan boleh buat), Band 4 (Tahu,
faham dan boleh buat dengan beradab), band 5 (Tahu, faham dan boleh
buat beradab terpuji), Band 6 ( Tahu, faham dan boleh buat beradab
mithali).
Tuan-tuan dan puan-puan,
Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula
di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada
anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai
kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar
rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak
sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk
melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan
pihak sekolah semata-mata. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah
bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain
daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan
sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah
ditunjuk oleh oleh pihak sekolah dan PIBG.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Kerjasama yang baik ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam
melonjakkan prestasi UPSR tahun ini. Pada tahun lepas keputusan UPSR
kita merosot banyak daripada 90.5 % kepada 58.8 %. Walaupun begitu kita
berbangga kerana masih ada seorang pelajar kita yang telah berjaya
mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A 1B. Pada tahun lepas walaupun
6
peratus kelulusannya tinggi tetapi tiada seorangpun yang mendapat 5A. Ini
bermakna kita telah dapat meningkatkan dari segi kualiti walaupun tidak
dari segi kuantiti. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan
tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha
peningkatan akademik sekolah tanpa jemu.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, UPSR tahun ini
merupakan UPSR yang terakhir bagi KLSR dan pada tahun hadapan akan
diganti dengan UPSR KSSR yang melibatkan pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Adalah amat diharapkan UPSR tahun ini kita akan dapat
meningkatkan sebanyak 20% menjadikan sekurang-kurangnya 78.8%
kelulusan dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 2.08. Pada
peringkat permulaan ini, pihak sekolah telah mengenalpasti punca
kelemahan murid-murid ini. Ternyata matapelajaran matematik dan sains
menjadi punca kemerosotan ini. Justeru, pihak sekolah telah merancang
banyak program bagi mengagatasi masalah ini. Di antaranya mengadakan
kelas-kelas tambahan, Kem motivasi pelajar dan Program Strategi
Menjawab Soalan UPSR. Kita juga mengadakan kelas matematik di awal
pagi bermula jam 6.30 pagi hingga 7.30 dipanggil Santai Pagi yang
dikendalikan oleh Cigu Thawi. Murid-murid tahun 6 diminta untuk datang
awal bagi mengikuti kelas ini. Dari pemantauan saya lihat nampaknya
penyertaan ini amat menggalakkan.
Di samping itu kita tidak mengabaikan murid-murid tahun 1 hingga 5. Kita
akan memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran 4M, iaitu
membaca, menulis, mengira dan menaakul. Memastikan semua murid
7
menguasai semua kemahiran ini. Penguasaan ini penting bagi
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran yang lebih tinggi.
Perancangan saya seterusnya adalah meningkatkan keceriaan SK(2) Jalan
Selangor samada di dalam mahupun di luar kelas. Saya benar-benar
berharap agar sekolah ini mejadi ‘second home’ kepada murid kita. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, meminta semua sekolah untuk
menjadikan kelas Abad ke 21, di mana setiap kelas mestilah dapat
mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif bagi
menjalankan PdP. Ini penting agar murid-murid gembira dan seronok
berada di sekolah. Namun perancangan ini memerlukan sumber tenaga
yang besar malahan kos pelaksanaannya juga memerlukan dana yang
besar juga.
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Diharapkan tahun ini kepimpinan baru JK PIBG dapat membantu pihak
sekolah meningkatkan kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi
hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti
Program Motivasi, Kecemerlangan UPSR, Sukan, Hari Anugerah Sekolah
dan sebagainya. Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan
murid-murid sekolah ini akan cemerlang dalam bidang-bidang lain. Terima
kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana
menghantar anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan
tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini dalam mendidik
anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan didoakan
murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih
besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan
8
jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan
anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Pintu bilik
saya sentiasa terbuka, mengalu-alukan kehadiran tuan puan untuk
berbincang demi kebaikan anak-anak kita dan sekolah amnya. Tindakan
yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan
kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah
menerangkan dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah
amat membantu pihak sekolah.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di
sini untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan
kerana sudi hadir dan mendengar pada pagi ini. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK PIBG yang bakal dipilih dan
dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-____ ini akan dapat berjalan lancar dan teratur.
Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.
9
Top Related