TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS AKHIR TAHUN KELAB GURU DAN STAFF 2015
Kata Alu-Aluan Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Yang BerusahaEncik Kharul Anuar Bin ArsibYang Dipertua PibgSMK Putrajaya Presint 11(1)
En…………………Naib Yang Dipertua Pibg
Yang Berbahagia,Puan Sri Halimah Binti Abdul MajidPengetua CemerlangSMK Putrajaya Presint 11 (1)
Barisan Jawatankuasa PIBG
Barisan Pentabdir, Ketua-Ketua Bidang, Guru-Guru Cemerlang, Guru- Guru Dan Staf Yang Dikasihi Sekalian
Alhamdulilah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia –Nya dapat kita bersama-sama berkumpul bagi Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru Dan Staff 2015.
Ke Pekan Kuala Membeli Bingka,Sayang Pesanan Terlupa Sudah,
Majlis Bermula Tirai Dibuka,Dengan Alunan Madah Yang Indah.
Smart and Beautiful semua sekaliTema Pilihan Kita Kali Ini
Jamuan Akhir Tahun Kita MulaiMencipta Kenangan Tersemat Di Hat
Tujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk majlis makan-makan ,ia juga menjadi medan bagi kita untuk beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2015 ini.
Bacaan DoaSebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadzil Ustaz Mohd Tarmizi bin Che Hassan
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Bacaan Doa)
Terima kasih Ustaz
Terbang Rendah Burung TempuaHinggap Berdua Di Dahan Ara
Hidangan Di Meja Sudah TersediaDijemput Tuan Menjamu Selera
Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan
(Tunggu 10 minit)
Ucapan Pengerusi Kelab Guru
Hadirin yang dihormati,
Sambil-sambil kita menjamu selera, kita teruskan bingkisan kata dari Pengerusi Kelab Guru dan Staf. Majlis dengan ini mempersilakan Encik Farid bin Abdul Rahim untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan
(Ucapan Pengerusi).
Pergi Ke Kota Beli Selasih,Sayang Si Dara Buat Halwa; Kata-kata Simpulan Kasih,
Sulamkan Mesra Satukan Jiwa.
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada En Farid bin Abdul Rahim.
Penyampaian Sijil Dan Hadiah Ajk Hadirin yg dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil kepada Barisan Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf 2015. Majlis dengan ini, menjemput Puan Sri Halimah binti Abdul Majid, Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11(1) untuk
menyampaikan Sijil Penghargaan. Memulakan senarai:
1. Puan Salmah binti Isa –Penyelaras2. En Farid Bin Abdul Rahim-Pengerusi3. Puan Roziah Hani binti Othman-Setiausaha4. Pn Roslina binti Abas- Bendahari5. Pn Suhaina binti Mohammad Khir6. En. Mohd Rashidan bin Saad7. Puan Asmahan binti Said8. Puan Siti Munirah binti Yahya9. Puan Sharifah Zubaidah binti Syed Ager10.Puan Nor Hafizah binti Sulaiman11.En Mohd Tarmizi bin Che Hassan12.Pn Rasenah binti Mat yasin13.Pn Wan Faridah Fairus binti Wan ramli14.Puan Shafinaz binti Mohamed Edar
Terima kasih Puan Sri kerana sudi menyempurnakan acara.
Cabutan BertuahTuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang kena.Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah dalam kalangan kita. Dengan ini saya serahkan majlis kepada En. Farid untuk meneruskan acara Cabutan Bertuah.
(Cabutan bertuah)
terima kasih Encik Farid kerana sudi menyempurnakan acara.
Pertukaran Hadiah Untuk makluman semua, hadiah pertukaran boleh diambil
mengikut nombor yang telah dicabut pada waktu pendaftaran itu tadi.
Sekarang tibalah masa untuk mengumumkan pemenang bagi kategori pakaian terbaik/pakaian tercantik. Untuk itu, majlis menjemput En Khairul Anuar bin Arsib, YDP PIBG SMK Putrajaya Presint 11(1) untuk menyampaikan hadiah.
(pemenang )
Tahniah diucapkan kepada pemenang
Bersurai Hadirin sekalian..
Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hatiSemoga persahabatan tersimpul rapi.Mudah-mudahan kita berjumpa lagi.
Tetapi sebelum itu,
Dari Rokan Ke Indragiri,Membawa Tinta Ke Kuala Linggi;
Baliklah Tuan Rehatkan Diri,Esok Kita Bertugas Lagi.
Sekian,terima kasih.
Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt
Top Related