Download - Teknik Terjemahan

Transcript
Page 1: Teknik Terjemahan

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU , PERKAMUSAN & TERJEMAHANTeknik Terjemahan dan penterjemahan

MAKSUD

• Menterjemah ialah aktiviti menggantikan bahan teks dalam bahasa sumber dengan bahan teks dalam bahasa sasaran.

• Dalam aktiviti menterjemah, penterjemah menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

BENTUK

Terdapat 3 bentuk :-

1. Terjemahan penuh – seluruh teks dalam bahasa sumber diganti dengan teks dalam bahasa sasaran.

2. Terjemahan separa – terdapat beberapa teks dalam bahasa sumber tidak diterjemahkan dengan teks bahasa sasaran.

3. Terjemahan menyeluruh – seluruh unsur-unsur dalam bahasa sumber digantikan dengan unsur-unsur bahasa sasaran yang sepadan.

TEKNIK

Terdapat 3 teknik :-

1. Terjemahan Terus,

2. Terjemahan Struktural,

3. Terjemahan Global.

TERUS

• Dinamakan juga terjemahan hurufiah / literal.• Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu

dengan perkataan-perkataan yang sepadan dalam bahasa sasaran. • Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak

semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber. • Semua tanda bacaan – dikekalkan.

• Teks Asal :My brothers and sisters: I am sure that the most presistent and restless desire of

my life is to be fully human and fully alive.

• Terjemahan :Abang-abang dan kakak-kakakku: saya percaya bahawa hajatku yang paling utama

dan meresahkan ialah untuk menjadi manusia yang sepenuhnya dan hidup sepenuhnya.

Contoh

Page 2: Teknik Terjemahan

STRUKTURAL

• Teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan atau dipecahkan kepada ayat-ayat dan frasa. • Dilakukan ke atas pecahan-pecahan ayat itu. • Memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. • Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti

dikekalkan.

Contoh

• Teks Asal :Industrialized countries lead the way in collection and preservation of cultural treasures that belong to the

developing world. • Terjemahan :1. Industrialized countries lead the way – Negara-negara industri mendahului jalan.2. In the collection and preservation – dalam mengumpul dan memelihara.3. Cultural treasures that belong to the developing world – harta kebudayaan itu kepunyaan kepada dunia

membangun.

GLOBAL

• Terjemahan keseluruhan - mengutamakan pemahaman pembaca. • Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran. • Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca

dengan unsur-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran. Namun demikian, makna atau maksud asal petikan atau teks masih kekal dan terpelihara.

Contoh

• Teks Asal :Malaysia has good relation with many countries, in the past emphasis has been greater on

Commonwealth and other capitalistic countries. • Terjemahan :

Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan banyak negara. Pada masa lalu, tumpuan lebih banyak diberikan kepada negara-negara Komanwel dan negara-negara kapitalis.

Page 3: Teknik Terjemahan