TASKA MARAPERATURAN KANAK‐KANAK TRANSIT
1
KETERANGAN :‐ Perkhidmatan Transit Disediakan Untuk Kemudahan Kanak‐Kanak Sekolah Rendah Yang Memerlukan Tempat Persinggahan Untuk Mandi, Makan Tengahari Dan Membuat Persediaan Ke Sekolah (Sekolah Kebangsaan/Sekolah Agama) serta transit di Musim Cuti Sekolah.
SYARAT‐SYARAT
• Hanya untuk kanak‐kanak berumur 7 – 12 tahun sahaja
• Kanak‐kanak yang telah mendapat Pendidikan Awal di Taska MARA sahaja
WAKTU MAKAN TENGAHARI 1.00 PETANG SEHINGGA 3.00 PETANG
PERKHIDMATAN YANG TELAH DISEDIAKAN:‐
A) PENGASUH MENGAMBIL BALIK DARI SEKOLAH KEBANGSAAN
KE TASKA (Khidmat mengupah pengasuh untuk mengambil anak atas = RM 30 permintaan segelintir ibu/bapa; lebih kepada kanak‐kanak sek. lelaki)
B) PENGASUH MENGHANTAR KE VAN UNTUK KE SEKOLAH SEK.AGAMA
(1.30 – 2.30 ptg) Dari Van bawa ke TASKA = RM 10 (4.30‐5.30) (Khidmat ini dijalankan adalah untuk mengawal anak‐anak pada waktu tersebut bagi mengelakkan kesesakan di Lobi TH Perdana selepas mendapat teguran dari pihak Pengurusan Bangunan dan persetujuan bersama wakil Ibubapa)
Segala bayaran perkhidmatan tersebut hendaklah diserahkan kepada Penyelia
Taska pada setiap bulan
Seorang Anak
Satu keluarga
TASKA MARAPERATURAN KANAK‐KANAK TRANSIT
2
C) KES KECEMASAN Perkhidmatan bagi Ibu/bapa yang memerlukan penjagaan sementara; Syarat‐syarat adalah seperti berikut:‐
• Anak‐anak anggota MARA
• Permohonan secara rasmi melalui Bahagian Sumber Manusia untuk pertimbangan terlebih dahulu
• Caj bayaran yang dikenakan sebanyak RM10.00 sehari seorang. Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan membatalkan @tidak menghantar anak pada hari berkenaan
PERATURAN
a. Ibubapa yang mengambil perkhidmatan ini tidak perlu datang ke Taska untuk
menguruskan anak pada waktu tersebut. b. Ibu/ bapa TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam taska (sewaktu urusan balik dari
sekolah kebangsaan/agama dengan tujuan untuk menguruskan @ duduk berehat dan sebagainya.
c. Ibu/bapa DIWAJIBKAN mengemaskini keperluan peribadi anak untuk ke sekolah. Di samping itu juga, melatih anak‐anak tuan/puan untuk berdikari dalam pengurusan diri dan memudahkan pihak Taska menguruskan mereka sebelum ke sekolah agama.
d. Ibu/ bapa diminta mengambil langkah alternatif yang sepatutnya dalam menangani masalah ini atau berbincang dengan Penyelia Taska bagi maksud tersebut.
e. Memberi kerjasama menyediakan bahan latihan dan sebagainya untuk dibawa semasa cuti sekolah bagi menjayakan program yang telah dirancang.
f. Memohon kebenaran terlebih dahulu dari pihak taska/ pengasuh untuk membawa atau menyuruh anak keluar dari taska @ sebagainya.
g. Ibu/bapa hendaklah bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah anak‐anak. Contoh: Sekiranya berlaku pergaduhan kecil sesama mereka. Ibu/bapa tidak boleh bertindak mengikut emosi sebaliknya bersikap lebih terbuka demi kebaikan bersama.
TASKA MARAPERATURAN KANAK‐KANAK TRANSIT
3
SURAT AKUJANJI PERKHIDMATAN TRANSIT
NAMA IBUBAPA :
NAMA ANAK : 1) ________________________________________
2) ________________________________________
3) ___________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan/puan hendaklah mematuhi syarat‐syarat yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan ini. Ibu/bapa hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas sebarang risiko yang akan berlaku sepanjang anak tuan/puan di bawah pengawasan pengasuh dan tidak meletakkan tuduhan kepada Bahagian Sumber Manusia, Taska dan Pengasuh sekiranya berlaku sebarang kejadian.
3. Pihak Taska berharap mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak tuan/puan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh ibubapa. 4. Sekiranya tuan/puan BERSETUJU dengan syarat‐syarat di atas sila turunkan tandatangan pada surat Akujanji ini.
‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐ ‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐ Tandatangan Tandatangan Nama ibubapa: Penyelia/Penolong Penyelia No.H/P: TASKA MARA
b/p Unit Kebajikan Bahagian Sumber Manusia MARA
Top Related