Tarian Piring
Pijak piring pecah dalam Tarian Piring
Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau.
Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil menarik.
Tarian Piring di Malaysia
Di Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkahwinan terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Tarian ini biasa dilihat di kawasan
Seremban,Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu. Ada yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10 - 20 minit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini.
Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring. Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.
1.0 PENGENALAN
Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan
menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif merupakan
satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh
dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Pergerakan kreatif
adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan
kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan
yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi.
Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.
Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui
muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah
alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan
mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan
sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh
bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak.
Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik,
spontan dan terancang.
Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan
untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya, kanak-
kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi
telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu :
i. Keinginan untuk bergerak
ii. Keinginan untuk berjaya
iii. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya
iv. Keinginan untuk bersaing
v. Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal
vi. Keinginan untuk mengembara
vii. Keinginan untuk memperoleh daya penarik
viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti
ix. Keinginan untuk mengetahui
Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai
fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan
mental serta rohani dan sosial.
Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah ”Pergerakan Kreatif” untuk
pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung
antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota badan. Pergerakan
kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan
kepuasan peribadi.
Margaret H’Doubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian
berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini membentuk
pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran, pertumbuhan fizikal
dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak, bukanlah bertujuan untuk menarik
perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui
pergerakan.
2.0 ELEMEN ASAS PERGERAKAN
Pergerakan kreatif merangkumi empat elemen utama iaitu ruang, masa, tubuh badan,
dan aliran. Ia melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sama ada dengan atau
tanpa muzik.
2.1 Ruang
Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan. Terbahagi kepada dua
iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu yang
boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah kawasan yang digunakan
semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana dan rendah
b) arah - hadapan, belakang, sisi, atas dan
bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus dan berliku-liku
d) ekstensi - mengecil dan membesar
2.2 Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan
serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti
ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat,
tegas, spontan dan dinamik.
b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, Mengambil masa dan dapat dikawal.
Perlakuannya adalah lambat, licin, beralun dan berayun. Ia boleh dirasakan sebagai
sesuatu yang tidak perlu tergesa-gesa atau cepat.
2.3 Tubuh Badan
Anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakan seperti
kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan mengawal
kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan - Pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot
yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
a) Berat-kuat - Pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga
dan menggunakan otot-otot yang kuat.
2.4 Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan
licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan terikat. Aliran
berhubungkait dengan anggota badan dengan orang lain atau alatan. Contohnya, permainan
ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan.
2.0 JENIS-JENIS PERGERAKAN KREATIF
Pergerakan kreatif terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan
lokomotor, dan kemahiran manipulatif.
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat
yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor adalah untuk menyokong aktiviti pergerakan yang
dirancang.
i. Konsep pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluan dan
masa.
ii. Arah
Arah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan
iii. Haluan
Haluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnya adalah
seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain
iv. Masa
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa boleh beradadalam
keadaan cepat atau pelahan, secara tiba-tiba atau dalam bentuk terkawal.
v. Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor
Bentuk-bentuk pergerakan lokomotor adalah seperti berjalan, berlari dan melompat.
vi. Lokomotor beritma sekata
Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain
Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi
Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli)
Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.
Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.
Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.
Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor adalah kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar
sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat aktiviti. Pergerakan
bukan lokomotor adalah merupakan keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa
beralih tempat. Secara kebiasaannya, pergerakan bukan lokomotor ini adalah aspek
keseimbangan. Dalam pergerakan ini, kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai alatan untuk
mempelbagaikan pergerakan.
i. Konsep pergerakan bukan lokomotor
Konsep pergerakan lokomotor adalah merupakan konsep pergerakan dalam keadaan statik dan
memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor ini dapat membantu
kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam
keadaan yang fleksibel dan seimbang. Aktiviti gerakan mestilah dibuat dalam keadaan yang
tenang dan kurang tekanan.
ii. Bentuk-bentuk pergerakan bukan lokomotor
a. Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti
bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel
membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini
terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula
membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan
dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan
bahagian lengan atas dan bahu.
b. Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan
sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau
dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'.
Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang
Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan
bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki
kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan
belakang.
Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan
bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.
c. Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa
menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja.
Struktur sendi menentukan bahagianbadan yang boleh dikilas. Sebagai contoh, badan boleh
dikilas pada paksipanjang.
d. Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh
badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.
Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.
Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan,
badan, dan leher.
Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan
berlainan sebagal dasar menyokong.
e. Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek
dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan
tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu,
dan pinggul.
f. Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan.
Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.
Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik
Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang
berlainan
Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi . Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan
yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki
g. Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik
tengah yang tetap
h. Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan
Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai
Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan didada Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain Hayun dengan bergayut pada palang
Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan
ke kiri dan ke kanan
i. Rebah
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .Rebah mungkin
merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag
tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara
keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa
berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah
keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar
menyokong baru didapati.
j. Bangun
Aktiviti bangun, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang
stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.
Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangun
Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga
bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.
Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas yang
disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalah kombinasi
pergerakan-pergerakan di atas:
Merangkak-membongkok + berjalan. Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau
lebih langkah berjalan atau berlari.
Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.
Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.
CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIF
Antara ciri-ciri pergerakan kreatif adalah :
Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson 1982)
Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).
Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976)
Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek. (H’Doubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob 1986)
Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983)
Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).
3.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF
Pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta
mempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964), sangat
memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif. Objektif yang
disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untuk mempertingkatkan
kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan
kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Nilai-nilai positif yang akan
diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah berbeza kerana bergantung
dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktiviti ini. Melalui pergerakan kreatif murid-
murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat sekiranya dilaksanakan
dengan teratur dan sistematik.
Meningkatkan kecergasan
Pergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak terutamanya
kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalami masalah otot lemah
dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan rasa lebih
gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidak langsung mereka dapat membina
kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaan kanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang
teratur dan senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-
kanak menjamin kesihatan dan tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu
kecergasan kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan
dan kecergasan berat badan.
Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh seseorang
untuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan memberi implikasi
terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani kehidupan secara efektif atau tidak.
Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepada aspek-aspek fizikal,
mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponen dalam konsep kecergasan
yang merupakan perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Latihan jasmani yang kerap
dilakukan dapat mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan
salah satu faktor penting dalam mempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat
membantu kanak-kanak mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian
dalam tubuh yang berpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini
kerana aktiviti yang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang
besar serta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di samping
membina semula tulang-tulang.
Alat teraputik
Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan
mental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan efektif
dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika
merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-kanak. Pergerakan kreatif mempunyai
nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebut untuk di jadikan
pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang kepada kanak-
kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yang lebih positif dengan melakukan
pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan dalaman yang mereka miliki untuk
melakukan sesuatu pergerakan. Kanak-kanak juga mampu untuk memikirkan pergerakan yang
bagaimana mereka ingin lakukan melalui penyelesaian masalah dengan memupuk interaksi
sosial yang positif dengan membekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka
meneroka dan mengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan
mempelbagaikan pergerakan melalui pengalaman estetika.
Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri,
mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui cabaran dan
kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlu merangkumi
kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, yang
seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan,
sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional. Pergerakan kreatif
sangat penting untuk memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui
interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan
mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin.
Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakan
sintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak dan memperkukuhkan
pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanak kesan terhadap tubuh
badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ), lompat seperti kuda,
meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antara senaman yang sangat menarik
terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah daya koordinasinya.
Sosialisasi
Aktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rassa
saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran yang di berikan
dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti pergerakan kreatif merupakan
perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian. Kana-kanak sangat sesuai
melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untuk bergaul dengan orang lain,
menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Penting bagi setiap kanak-kanak untuk
mempelajari cara untuk menjadikan mereka di terima dari segi sosial untuk memudahkan aktiviti
mereka. Melakukan aktiviti dalam kumpulan dapat mempertingkatkan tahap sosial kanak-kanak
dan menyesuaikan diri mereka untuk meneroka dan memahami konsep memimpin dan
mengikut.
Fokus konsep sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan
menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, tatatertib,
sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dan kempimpinan yang
unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat melakukan aktiviti
dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat yang positif, meningkatkan
keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk personaliti diri.
Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa
Kanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan
dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan ini dapat
diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positif dalam diri
mereka. Hal ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan hiperaktif kanak-kanak kerana
pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yang semulajadi.
Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran
yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi dan menyelesaikan
masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Kanak-
kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupi untuk membina personality
mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan aktiviti, tekanan yang
mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk di kawal.
Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya bukan
untuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat diredakan namun
tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untuk disalurkan kepada jenis
aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yang dilakukan. Melalui pergerakan
kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka,
melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka
terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakan kreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk
melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti
pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak
memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.
Kemahiran bertutur
Pergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar
lebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan. Dengan
aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran bertutur dan
kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampu untuk menyebut perkataan dengan
betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan sebaliknya dengan aktiviti
pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapat membantu memperbaiki pertuturan
kanak-kanak tersebut.
Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan
mereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka akan beranggapan
menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan lebih terhibur dan
menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanak-kanak, aktiviti ini sangat membantu untuk
mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutan kanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian
memerlukan sebutan yang betul dan jelas mengikut rentak dan irama serta disampaikan
tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-
kanak memperbaiki pertuturan mereka.
Meningkat kreativiti
Kreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak.
Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti
mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untuk mencurahkan
tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti
mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan fizikal dan kecenderungan
terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativiti merupakan proses yang boleh
digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan
pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, dapat memberi pengalaman
yang lebih bermakna kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti mereka
melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukan idea
mereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativiti melambangkan bakat
semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di bilik darjah yang bersifat
mengongkong . menggunakan pendekatan pergerakan kreatif merupakan aktiviti semulajadi
dan menyeronokkan kanak-kanak untuk di jadikan pengalaman mereka.
Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak,
perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakan kreatif
akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukan pergerakan kreatif
akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasa dihormati dalam kalangan
mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untuk berfikir yang memerlukan saluran
untuk meluahkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian yang
mereka lalui.
4.0 CADANGAN AKTIVITI
Tarian
Definisi tarian dan pendapat tokoh
Tarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untuk
mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian
mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari
ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang
lain.
Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliau mendefinisikan
seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui
gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun
tarian yang dipengaruhi oleh unsure-unsur moden. Seni tari boleh di kategorikan kepada :
a) Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang di persembahkan pada waktu
perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya, tarian ini termasuklah
tarian seperti tarian siti panyung, mak inang, asyik, gamelan dan sebagainya.
b) Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya.
c) Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang, tarian
labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya.
Tarian kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap
pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi
pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-
kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk
memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati
kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai
untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.
Kepentingan tarian kepada kanak-kanak
i. Aspek kognitif
ii. Aspek fizikal
Membantu mengembangkan psikomotor kanak-kanak ke tahap yang maksimun
dan baik
iii. Aspek sosial dan emosi
iv. Aspek psikomotor
Drama
Definisi drama
Drama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu
perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yang penting
sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan atau
mengekspresi diri mereka.
Ekspresi dalam drama
Kanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti. Drama
merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialah melahirkan luahan daripada
hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah, takut dan benci.
Jenis-jenis drama
a) Improvisasi
merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian,
keadaan atau situasi dalam kehidupan harian.pergerakkan yang terlibat
termasuklah gerak balas, isyarat tangan, gerakkan badan, mimic muka dan
isyarat-isyarat lain.
b) Pantomin
merupakan lakonan tanpa dialog. Skrip di baca oleh kanak-kanak dan mengiringi
lakonan tersebut. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin
tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.
c) Memos
memos merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan
tanpa bahasa atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui
mimik muka dan pergerakkan badan.
d) Main peranan
aktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.
Pemain atau pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut
kemudian melakokannya mengikut situasi tersebut.
e) Simulasi
melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik.
Kanak-kanak di kehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan
berkesan.
f) Teater membaca
melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog.
Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu :
penceritan berada dalam kelompok cerita :
- pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon
yang wataknya dibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
pencerita diluar kelompok cerita :
- pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di
sediakan dan pelakon akan bertindak balas terhadap cerita itu dengan
berdiri dan berlakon apabila skrip mengenai wataknya dibaca oleh
pencerita tersebut.
g) Teater boneka
Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilan
boneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka
masih lagi berfikiran animism dan sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga
disesuaikan dengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui
teater boneka, pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada
kanak-kanak. Perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman belajar
yang sangat seronok kepada diri kanak-kanak.
Cadangan Aktiviti :
Tahap /Tahun
Perkembangan Psikomotor
Cadangan aktiviti
Tarian Drama Muzik
3 – 4 Menggerakkan bahu dan tangan mengikut irama.
Seronok bertepuk tangan tetapi dengan bimbingan.
Pergerakan yang mudah
Cth : rasa sayang hey
Lakonan yang spontan dan semulajadi yang dilakukan oleh kanak-kanak
setelah diminta oleh ibu bapa.
Muzik yang harmoni dan tenang serta penggunaan bahasa yang mudah dalam lirik.Cth : rasa sayang hey.
5 – 6 Boleh melompat dan menari
Melukis gambar manusia 2 dimensi tetapi berbentuk realistic
Pergerakan yang bertema.
Cth: tarian kontemporori, nirmala, balqis.
Lakonan yang berkaitan dengan alam semulajadi.
Cth : arnab dan kura-kura.
Muzik yang bertema.
Nilai murni
Lirik lagu yang menggunakan bahasa yang mudah.Cth : Tanya sama pokok.
7 – 8 Boleh menggunakan kombinasi tangan dan kai dengan baik dalam melakukan pergerakan dalam tarian .
Mencari teman secara aktif.
Pergerakan tarian yang konkrit.
Cth : tarian zapin, tarian sri inang.
Lakonan yang konkrit dan bertema serta mempunyai pengajaran dan nilai estetika yang tinggi.
Cth: Puteri Gunung Ledang, snow white.
Muzik yang bertema dan rancak.
Cth : nasyid, tradisional, muzik jazz, dll.
5.0 IMPLIKASI PERGERAKAN KREATIF TERHADAP 4 PERKEMBANGAN
Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal
anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Pergerakan ini memberi
imlikasi terhadap keempat-empat perkembangan iaitu perkembangan kognitif, psikomotor,
afektif (sosial dan emosi) secara lansung mahupun tidak langsung.
Perkembangan Psikomotor
Perkembangan psikomotor merupakan perkembangan kemahiran dan kebolehan otot
fizikal. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Terdapat tiga
komponen utama perkembangan psikomotor yang dikemukan oleh Taksonomi Jewett dan
diantaranya adalah pergerakan kreatif. Gabungan pergerakan yang dilahirkan melalui perasaan
dan idea yang bernas ini dapat di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah khususnya. Hal ini kerana, jika kita melihat dari konteks perkembangan psikomotor
aktiviti seperti tarian dan drama dapat membantu pembentukan perkembangan psikomotor
secara langsung melalui aktiviti tersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi
peringkat kanak-kanak yang berusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan
serta kaki yang cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula
mampu menjana perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegang
ketika sedang menari. Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guru agar
dapat membantu kelancaran perkembangan psikomotor, selain itu, aktiviti seperti ini juga, dapat
mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-kanak adalah mereka
seronok bermain, menyanyi dan menari.
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan
masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaan penggunaan dalam
perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan
pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalm konteks perkembangan ini, kita dapat
lihat bahawa pergerakan kreatif memberi sumbangan dalam perkembangan kognitif ia dapat
dilihat dalam persembahan yang mereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun muzik.
Aktiviti seperti ini memerlukan ingatan yang kuat seperti drama, memerlukan kanak-kanak untuk
menghafal skrip begitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak memahami serta menghafal
lirik lagu manakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak mengingati estiap langkah dalam
tarian yang diperlajari mahupun yang bakal dipersembahkan. Selain itu, pergerakan kreatif juga
mencetuskan idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan
menggunakan tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti ini dapat melahirkan
kanak-kanak yang mampu berfikiran kritis serta memberikan pengalaman kepada pelajar
bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta dapat menonjolkan bakat kepimpinan kanak-
kanak berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan.
Perkembangan Afektif ( Sosial dan Emosi )
Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasi
bersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untuk berkomunikasi
bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanak yang duduk bersendirian
tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkuti oleh mereka. Menurut Coplan et al
(1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidak berinteraksi sosial dan kurang berhubung
dengan orang lain, walaupun terdapat orang yang bermain berdekatan dengan mereka,
manakala Pan (1994) mengatakan bahawa, dengan peningkatan umur mereka akan belajar
berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk permainan. Teori-teori tersebut
jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti
yang mampu memberangsangkan mereka untuk bersosialisasi disamping dapat memberi
keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif
merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yang menarik
seperti tarian, drama dan muzik.
Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti tarian,
drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat kerjasama diantara
pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini. Ketika ini, guru perlu
bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan pendekatan berkumpulan
dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yang memerlukan kerjasama daripada ahli
kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan yang serentak, sama dan menarik minat
penonton. Aspek emosi juga turut menerima impaknya, ia dapat dilihat daripada pengamatan
dan penghayatan pelajar dalam menjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik
merupakan antara aktiviti yang menjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak, ia dapat
ditunjukkan ketika kanak-kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan
penghayatan terhadap watak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini
dapat diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga,
tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-
kanak.
6.0 KESIMPULAN
Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan
daya jreativiti untuk melahirkan insane yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Pergerakan
ini bertujuan untuk meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanak berkaitan ritma, kreativiti,
kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang dapat dipupuk dan
diterapkan dariapada aktiviti yang memerlukan pergerakan kreatif ini iaitu seperti
mepertajamkan imaginasi dan sensitivity, mengurangkan ketegangan emosi, membentuk
personality dengan sifat jaya diri dan insiatif dan ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.
Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman
yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Tuntasnya, pergerakan
kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif
dan Afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh
guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta
dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu,
pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam
menjana perkembagan kehidupan yang sempurna.
7.0 Bibliografi
Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes.
Psychological Modelling? Chichago. Alsine-Asherton
Koehler, M & kravets, D. (1977). Social psychology:
understanding human interactions (Edisi 2). Boston
Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala
Lumpur Flo Enterprise.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Posted by Puteri IBu at 8:52 AM 1 comments
Reactions:
Older Posts Home
Pages