Download - SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

Transcript
Page 1: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

SIKAP, MINAT, KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP SAINS DAN TEKNOLOGI

SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS  

JUDUL : SIKAP, MINAT, KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP SAINS DAN TEKNOLOGI

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya : SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO 2, JALAN SERINDIT 22, PM DR MOHAMMAD YUSOF ARSHAD TAMAN SCIENTEX, NAMA PENYELIA 81700 PASIR GUDANG, JOHOR. Tarikh: 30 JUN 2012 Tarikh: 30 JUN 2012

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 3: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

“ Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ______________________________ Penyelia : PM DR MOHAMMAD YUSOF ARSHAD Tarikh : ______________________________

Page 4: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

ii  

SIKAP, MINAT, KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR

TINGKATAN EMPAT TERHADAP SAINS DAN TEKNOLOGI

SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JULAI 2012

Page 5: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

iii  

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI

Tarikh : ______________________________

Page 6: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

iv  

DEDIKASI

Teristimewa buat:

Bonda tersayang,

Saarah Binti Abdul

Terima kasih atas segala pengorbanan dan didikanmu

Adik-beradik yang disayangi,

Serta rakan yang sentiasa di sampingku memberi dorongan

Terima kasih atas segalanya

Dan buat pensyarah pembimbing yang dihormati dan dikasihi,

PM Dr Mohammad Yusof Arshad

Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang dihulurkan tanpa

mengenal erti jemu

Page 7: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

v  

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana rahmat dan izin-Nya, saya dapat

menyiapkan kajian yang dijalankan ini dengan sepenuhnya mengikut masa

yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada PM Dr Mohammad Yusof Arshad

selaku penyelia projek, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta

bantuan yang telah diberikan sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini.

Segala ilmu dan dorongan yang diberikan amat berharga dan berguna malah

akan dikenang sehingga akhir hayat. Saya juga ingin merakamkan sekalung

budi buat guru-guru di beberapa sekolah sekitar daerah Pasir Gudang yang

membantu dalam memudahkan urusan saya menyiapkan kajian ini.

Sekalung terima kasih yang tidak terhingga buat bonda Saarah Binti

Abdul yang tercinta dan adik-beradik yang tersayang di atas bantuan dan

sokongan sepanjang tempoh pengajian saya sehingga tamatnya kajian ini.

Semoga rezeki bertambah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Akhir sekali jutaan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan (SPC)

yang sentiasa menyokong dalam apa jua perkara dan keadaan. Terima kasih

juga ditujukan kepada semua staf akademik dan bukan akademik Fakulti

Pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh

untuk menyiapkan kajian ini. Semoga Allah s.w.t memberkati dan merahmati

segala usaha dan pertologan yang diberikan. Amin…

Page 8: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

vi  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap, minat, kefahaman dan

pengetahuan pelajar terhadap Sains dan Teknologi. Seramai 174 orang

pelajar tingkatan empat aliran sains dari tiga buah sekolah menengah di

daerah Pasir Gudang, Johor terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang

mengandungi empat bahagian untuk mengkaji sikap, minat, kefahaman dan

pengetahuan pelajar terhadap Sains dan Teknologi digunakan dalam kajian

ini. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0 untuk mendapatkan

kekerapan,peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan

pelajar mempunyai sikap yang agak positif, minat yang tinggi, kefahaman

dan tahap pengetahuan yang sederhana. Beberapa implikasi kajian dan

cadangan kajian lanjutan juga dikemukakan.

Page 9: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

vii  

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the student’s attitude, interest,

understanding and knowledge of Science and Technology. One hundred and

seventy four form four students from science stream in three schools in Pasir

Gudang district, Johor were chosen as the samples. Questionnaire which

consisted of four parts were asked to identify student’s attitude, interest,

understanding and knowledge of Science and Technology. All the data

obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)

version 17.0 to obtain the frequency, percentage, mean and standard

deviation. The results of this research showed that the students have positive

attitude, high level of interest and moderate understanding on knowledge

toward Science and Technology. Some implications and suggestion for

further research were also given.

Page 10: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

viii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 11: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

ix  

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Takrifan Istilah

1.9.1 Sains dan Teknologi 9

1.9.2 Sikap 10

1.9.3 Minat 10

1.10 Penutup 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

12

2.2 Sikap Terhadap Sains dan Teknologi 13

2.3 Kajian Mengenai Sikap Terhadap Sains dan Teknologi

15

2.4 Minat Terhadap Sains dan Teknologi

18

2.5 Kajian Mengenai Minat Terhadap Sains dan Teknologi

19

2.6 Pengetahuan Terhadap Sains dan Teknologi

24

2.7 Kajian Mengenai Pengetahuan Terhadap Sains dan Teknologi

25

2.8 Sains dan Teknologi

27

2.9 Penutup

28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

Page 12: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

x  

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.4 Instrumen Kajian 31

3.5 Tatacara Pengumpulan Data 34

3.6 Analisis Data 34

3.7 Penutup 35

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Data Mengenai Sikap Terhadap S&T 38

4.3 Analisis Data Mengenai Minat Terhadap S&T 44

4.4 Analisis Data Mengenai Kefahaman

Terhadap S&T

50

4.5 Analisis Data Mengenai Tahap Pengetahuan

Terhadap S&T

54

4.6 Kesimpulan 57

BAB 5 RUMUSAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan 60

5.3 Implikasi Kajian 61

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 62

5.5 Kesimpulan 63

RUJUKAN 64

LAMPIRAN 69

   

Page 13: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

xi  

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Perbezaan Minat Mengikut Negara Terhadap Beberapa Isu Dalam S&T

23

3.1 Taburan responden di Tiga Buah Sekolah Sekitar Pasir Gudang

31

4.1 Peratus Kekerapan Bagi Pernyataan Sikap Terhadap S&T

38

4.2 Peratus Kekerapan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Mengenai Minat Terhadap S&T

45

4.3 Peratus Kekerapan Bagi Pernyataan Mengenai Kefahaman Subjektif Terhadap S&T

51

4.4 Peratus Kekerapan, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Mengenai Tahap Pengetahuan Terhadap S&T

54

 

Page 14: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

xii  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Perbandingan Minat di antara Jepun dan Amerika Syarikat.  

21

2.2 Minat Terhadap S&T di 14 Buah Negara 24

3.1 Prosedur Pengumpulan Data 34

 

Page 15: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

xiii  

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

BSE Bovine Spongiform Encephalopathy

FP Fakulti Pendidikan

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

MASTIC Malaysian Science and Technology Information Centre .

P&P Pembangunan dan Penyelidikan

SPSS Statistical Package For Social Science

S&T Sains dan Teknologi

VCU Virginia Commonwealth University

 

Page 16: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

xiv  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 69

B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat (UTM) 75

C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat (KPM) 76

D Surat Pengesahan Instrumen Kajian 78

E Surat Pengesahan Instrumen Kajian 79

Page 17: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains dikenali sebagai “way of knowing”. Penyiasatan saintifik dalam ilmu sains

melibatkan beberapa proses seperti penerokaan, uji kaji, pemerhatian, pengukuran,

analisis dan penyebaran data. Menurut kamus dewan edisi keempat, sains ialah ilmu

pengetahuan yang sistematik dan boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Ianya juga

suatu cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan. Ini

bermaksud bahawa ilmu sains tidak direka berasaskan kepada pemikiran pakar bijak

pandai semata-mata sebaliknya daripada penyiasatan saintifik yang dilakukan.

Menurut Ahmad Zewail (2002) sains merupakan suatu proses pendidikan yang

mengaplikasikan pemikiran secara kreatif untuk bertanya, membuat uji kaji atau pun

memerhati. Ia bertujuan untuk mendapatkan dan mengenalpasti prinsip, konsep serta

undang-undang yang merangkumi fenomena alam. Selain itu, tujuannya juga adalah

untuk memahami alam semesta dan memperoleh ilmu baru bagi menerangkan sesuatu

proses sains yang berlaku.

Teknologi dikenali sebagai “way of thinking” dan proses penerokaan serta uji

kaji. Menurut Rennie (1987), teknologi merujuk kepada komputer dan peralatan

Page 18: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

elektrik serta merujuk kepada rancangan dan penghasilan sesuatu. Jika difikirkan

secara terbuka, teknologi mempunyai konsep yang sangat meluas dan mempunyai

banyak takrifan. Walau bagaimanapun, masyarakat sedia maklum bahawa istilah

teknologi itu sendiri selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yang

menggunakan prinsip sains dan proses terkini.

Sains dan Teknologi (S&T) wujud dalam konteks sosial mahupun ekonomi yang

lebih luas. Dunia hari ini telah banyak berubah hasil daripada S&T ini. Sebagai contoh,

sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama

dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan, interaksi antara

hidupan hidup dan hidupan mati, dan sebagainya. Tanpa disedari, proses asas sains

seperti pemerhatian, pengkelasan, dan membuat ramalan juga banyak berlaku dalam

kehidupan seharian manusia.

Manakala, teknologi pula telah merevolusikan sistem perhubungan dunia

daripada sistem yang hanya menggunakan surat sehingga kepada sistem e-mail yang

lebih canggih dan pantas. Perubahan yang besar juga berlaku dengan penemuan ubat-

ubatan baru serta antidote bagi penyakit berbahaya seperti barah dan sebagainya.

Teknologi juga memberi keselesaan dan kemudahan kepada manusia seperti kipas dan

penghawa dingin. Teknologi komunikasi dan informasi seperti kewujudan internet juga

memberi sumbangan dalam memudahkan dan mempercepat urusan seharian. Walau

bagaimanapun, terdapat juga keburukan seperti penipuan, pencurian, penyalahgunaan

hak cipta yang kebanyakannya telah menyebabkan kerugian besar.

Menurut Ahmad Zewail (2002) teknologi dikategorikan kepada tiga jenis iaitu

yang pertama ialah teknologi mudah yang sesuai digunakan dalam kehidupan seharian

bagi menyelesaikan masalah domestik. Contohnya lampu isyarat dan penyahgaraman

air laut. Kedua ialah, teknologi inovatif yang membolehkan manusia melibatkan diri

dalam pasaran dunia. Kategori ketiga ialah teknologi sempadan yang berkaitan dengan

kajian terhadap sesuatu perkara baru dan pelaburan pada masa hadapan.

Page 19: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

Pada abad ke 21, pencapaian dalam S&T menjadi suatu perkara yang normal.

S&T membolehkan pembekalan air minuman dan makanan yang selamat kepada

masyarakat dunia. Manusia juga boleh melancong ke seluruh dunia dengan mudah

hasil daripada S&T ini. Perkembangan komputer dan teknologi komunikasi telah

membuka minda masyarakat, memberi sokongan kepada pertumbuhan ekonomi dan

pembangunan negara selain meningkatkan kecekapan demokrasi dan kerajaan.

S&T ini perlu dilihat dalam kontek yang lebih meluas. Menurut (King &

Kitchener, 1994; Linn & Songer, 1993) sains perlu dilihat dalam pemikiran yang lebih

canggih supaya masyarakat dapat menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan

mereka dalam pelbagai situasi. Seperti yang diketahui S&T banyak berada di

persekitaran. Pemahaman dan pengetahuan terhadap asas mengenai S&T amat penting

bagi kita memahami fenomena yang berlaku di persekitaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan panduan

ke arah negara maju. Bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju (Mahathir

1991), penggunaan S&T perlu digandakan seperti yang dinyatakan dalam cabaran ke

enam.

Malaysia perlu mempunyai keupayaan untuk memaju sekaligus menyelaraskan

sumber S&T yang ada dalam usaha mencapai hasrat wawasan 2020 yang keenam iaitu

menghasilkan masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, dapat

memanfaatkan teknologi masa kini dan menjadi penyumbang kepada kemajuan

peradaban S&T pada masa hadapan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara

perlu menyediakan tenaga kerja dan modal insan dalam pelbagai bidang S&T. Hal ini

dilihat penting supaya negara tidak ketandusan pakar dalam bidang S&T menjelang

tahun keramat itu.

Page 20: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

Menurut kajian Malaysian Science and Technology Information Centre,

MASTIC (2008), walaupun Malaysia telah melabur dengan banyak dalam penyelidikan

S&T namun Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara maju dari segi

pengetahuan, kefahaman, sikap dan kepentingan S&T. Perbandingan ini telah dibuat

dengan Jepun, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang lain.

MASTIC telah menjalankan kajian mengenai tahap kesedaran penduduk

Malaysia terhadap S&T pada tahun 1998 sehingga tahun 2008. Kajian tersebut

mencadangkan tahap kesedaran orang awam khususnya mengenai S&T harus

ditingkatkan. Kajian yang dilakukan itu meliputi aspek, sikap, minat, kefahaman dan

pengetahuan terhadap S&T, kesedaran terhadap isu S&T, reaksi terhadap isu hangat

dalam S&T serta sumber informasi yang berkaitan S&T.

Walaupun, terdapat peningkatan dari segi minat, sikap, kefahaman dan

pengetahuan tentang S&T dari tahun 1998 sehingga 2008, namun dapatan menunjukkan

ia masih ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain seperti Amerika

Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat membimbangkan kerana kita hanya mempunyai

masa kurang daripada lapan tahun lagi bagi mencapai Wawasan 2020. Ia bukan suatu

jangka masa yang lama. Dalam tempoh lapan tahun ini, kerajaan serta penduduk

Malaysia seharusnya berganding bahu dalam usaha meningkatkan kesedaran penduduk

Malaysia terhadap S&T dan melahirkan masyarakat yang berasaskan sains selari

dengan teras Wawasan 2020 yang keenam.

Sesungguhnya, ilmu S&T adalah amat penting dewasa ini. Kesedaran, sikap,

minat, pengetahuan dan kefahaman masyarakat kita masih diperingkat rendah. Terdapat

segelintir masyarakat sahaja yang mempunyai kesedaran, sikap, minat, pengetahuan dan

kefahaman terhadap S&T yang tinggi. Sekiranya, perkara ini dibiarkan tanpa usaha

dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap S&T, ianya akan menjadi

salah satu halangan dan kekangan yang besar bagi negara untuk mencapai status negara

maju.

Page 21: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

Kefahaman tentang sains adalah amat penting pada masa kini berikutan banyak

teknologi yang dicipta memerlukan pengetahuan sains. Selain itu ia juga berguna untuk

mengikuti sesuatu perkara berkaitan sains. Masalah kurang pemahaman dan

pengetahuan di kalangan warga negara Malaysia terhadap Sains dan Teknologi ini

mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan mengenainya.

Media massa merupakan salah satu agen penyebar maklumat. Sekiranya ia

kurang berfungsi, kurangnya pemahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap S&T.

Tetapi dengan sikap masyarakat yang gemar kepada hiburan berbanding S&T telah

menyumbang kepada kurangnya pengetahuan S&T dikalangan masyarakat. Selain itu,

sikap positif terhadap S&T perlu dipupuk dari kecil agar cenderung terhadap S&T

apabila dewasa dan sekaligus menyumbang kepada penambahan bilangan masyarakat

yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam S&T.

Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) yang dilaksanakan lebih 17

tahun oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE), menunjukkan

bahawa pelajar merupakan aset yang penting bagi memastikan perluasan ilmu S&T di

negara ini. Pendidikan merupakan satu institusi sosial yang memainkan peranan penting

dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan professional. Pendidikan juga dapat

membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima perubahan,

inovasi serta penggunaan S&T dalam bidang kerja dan aplikasi dalam kehidupan

seharian. Para pelajar yang didedahkan dengan ilmu S&T diharapkan dapat

mengembangkan dan mengaplikasikan ilmunya serta membantu kerajaan dalam

menyedarkan masyarakat yang kurang pendidikan khususnya akan kepentingan S&T.

Page 22: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

1.3 Pernyataan Masalah

Daripada perbincangan di atas didapati sikap, minat, kefahaman dan

pengetahuan terhadap S&T merupakan antara elemen yang penting untuk mengukur

tahap kesedaran masyarakat terhadap S&T. Sikap yang negatif, minat yang kurang,

tahap pemahaman dan pengetahuan yang rendah terhadap S&T akan menjejaskan

bilangan masyarakat yang menceburi bidang S&T pada masa akan datang. Secara tidak

langsung ianya menyukarkan hasrat kerajaan dalam usaha mencapai negara maju pada

tahun 2020. Oleh itu sikap yang positif, minat yang mendalam, tahap pemahaman dan

pengetahuan yang tinggi terhadap S&T sangat diperlukan dalam masyarakat supaya

negara tidak ketandusan pakar dalam bidang S&T menjelang tarikh keramat itu.

Seperti yang dijelaskan di atas, pelajar merupakan aset penting dalam

memperluas ilmu S&T. Pelajar seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap

S&T kerana mereka merupakan salah seorang agen penyebar maklumat kepada

masyarakat di luar mengenai S&T. Selain itu, pelajar juga seharusnya mempunyai

pengetahuan dan kefahaman yang tinggi di samping sikap yang positif serta minat yang

mendalam terhadap S&T.

Oleh itu, kajian ini amat sesuai dilakukan untuk mengenal pasti minat, sikap,

kefahaman dan pengetahuan pelajar tingkatan empat terhadap S&T terutamanaya

pelajar yang mengambil jurusan sains tulen. Ini kerana mereka merupakan antara bakal

saintis dan pakar-pakar dalam bidang S&T pada masa akan datang. Pelajar juga menjadi

harapan kerajaan dalam memperkembang dan menyebarkan ilmu S&T kepada

masyarakat di luar. Tambahan pula keupayaan S&T negara tidak dapat ditingkatkan

tanpa kewujudan masyarakat yang mempunyai sikap, minat dan pengetahuan asas S&T.

Bagi tujuan ini, tindakan mesti bermula dengan memupuk minat, sikap dan

meningkatkan kefahaman serta pengetahuan masyarakat terutamanya pelajar terhadap

S&T.

Page 23: SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan,

1.4 Objektif

Berpandukan kepada masalah yang dikemukakan, maka objektif kajian ini ialah

bertujuan untuk mengenal pasti:

(i) Sikap pelajar terhadap S&T. (ii) Minat pelajar terhadap S&T. (iii) Tahap kefahaman pelajar terhadap S&T. (iv) Tahap pengetahuan pelajar terhadap S&T. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti berikut: (i) Apakah sikap pelajar terhadap S&T? (ii) Adakah pelajar mempunyai minat terhadap S&T? (iii) Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap S&T? (iv)  Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap S&T?