7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
1/15
1
PEMULIHARAAN UDARA
Oleh: Siti Nazariah Binti Isa
Malaysia kini sedang mengalami proses pembangunan yang pesat. Kesan
daripada pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik
dan sosial ini telah membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan menaikkan imej
negara kita di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan
tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan
masyarakat. Buktinya, pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan yang
menunjukkan peningkatan pencemaran yang berlaku di seluruh dunia. Pencemaran itu
berlaku di segenap pelosok dunia termasuk di negara membangun apatah lagi di
negara maju. Malah, masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang asing lagi di
Malaysia.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pencemaran juga merupakan
kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semulajadi atau bukan semulajadi ke
dalam alam persekitaran, sehingga merosakkan sebahagian atau keseluruhan
ekosistem. Sesuatu pencemaran dikatakan berlaku apabila sesuatu yang mulia, baik,
murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan
sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap manusia yang tidak beretika
(melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan
dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al Quran yang mulia:
"Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan
di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia,
kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan
perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
(Surah Al-Rum : 41)
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
2/15
2
Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut
amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :
Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah
memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak
akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat
Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
(AI A'raaf: 56)
Menurut Chief Seattle Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang
kita, tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita. Kata-
kata tersebut membuktikan betapa pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi
tanggungjawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.
Pencemaran udara merupakan antara jenis pencemaran yang perlu diberikan perhatian
yang serius kesan daripada peningkatannya yang semakin membimbangkan di
Malaysia khususnya. Udara merupakan elemen yang sangat yang penting dalam
kehidupan manusia. Manusia memerlukan udara untuk hidup kerana udara
mengandungi gas oksigen yang penting untuk pernafasan. Namun dengan
meningkatnya pembangunan bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah
mengalami perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor.
Perubahan ini berlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam
udara sebagai contoh habuk, debu, asap dan gas-gas beracun. Habuk, asap, kabus,
wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
antara bentuk-bentuk pencemaran udara.
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atauzarah yang terkandung di dalam udara sehingga menyebabkan perubahan dan
menjejaskan hidupan dan juga persekitaran. Bahan-bahan tersebut terampai di udara
dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Bahan-bahan ini
akan memasuki tubuh manusia melalui proses pernafasan dan berupaya menyekat
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
3/15
3
pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Keadaan ini boleh menimbulkan
pelbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia.
Rajah 1: Pencemaran Udara
Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan
bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Manakala menurut Wark
dan Warner (1901), mendefinisikan pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau
lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada
suatu jangka waktu yang boleh berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada
kehidupan manusia, tumbuhan atau haiwan atau harta benda yang akan menganggu
suasana kehidupan yang tenteram.
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran
sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera,
khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Pencemaran udara di negara kita
khususnya di bandar-bandar besar berpunca daripada pelepasan asap atau bahan-
bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan terutamanya kenderaan awam. Kenderaan
awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang
lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil
dan dibebaskan adalah berwarna hitam dan mencemarkan udara.
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
4/15
4
Rajah 2: Pencemaran udara hasil Rajah 3: Pencemaran udara hasil
pelepasan asap dari kenderaan dari pembangunan industri
Selain itu pencemaran udara turut dikaitkan dengan penghasilan dan pelepasan
asap daripada aktiviti perindustrian dan pembuatan di kawasan bandar. Perkembangan
ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik,
kimia dan juga getah kerana Malaysia merupakan antara negara pengeluar bahan
mentah yang terbesar di Asia Tenggara. Kesannya, banyak kilang-kilang yang dibina
bagi memenuhi keperluan bahan mentah dunia. Kadar pengeluaran dan permintaan
yang kian meningkat ini telah menyebabkan peningkatan kepada pencemaran udara
sebagai contoh kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur
dioksida dan hidrokarbon manakala industri logam pula mencemarkan udara dengan
sulfur dioksida dan habuk toksik.
Selain itu, pembakaran terbuka merupakan antara punca utama kepada
pencemaran udara. Pembakaran pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan
penanaman semula serta pembakaran sampah secara terbuka dan berleluasa dalam
skala yang besar menghasilkan banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh
diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap
menyelubungi ruang udara. Jerebu yang telah melanda negara kita baru-baru ini
berpunca dari pembakaran hutan secara terbuka dan berleluasa di Kalimantan dan
Sumatera, Indonesia sehingga memberi kesan kepada negara-negara serantau.
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
5/15
5
Singapura dan sebahagian Malaysia merupakan antara negara yang terjejas teruk
sehingga diistiharkan darurat. Kronologi dan sejarah jerebu dikatakan telah berlaku
sejak tahun 1977 lagi. Kemudian jerebu yang lebih teruk lagi telah melanda negara kita
pada tahun pada 2005 sehingga beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang juga
terpaksa diisytiharkan darurat. Pada tahun 2006, masalah yang sama berulang lagi
namun jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini merupakan antara jerebu yang
terburuk dalam sejarah negara kita sehingga mengakibatkan beberapa sekolah-sekolah
di kawasan yang terjejas teruk terpaksa ditutup buat sementara.
Rajah 4: Kebakaran hutan yang berlaku di
Kalimantan, Indonesia
Rajah 5: Keadaan jerebu di Muar Rajah 6: Keadaan jerebu di Kuala Lumpur
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
6/15
6
Selain itu, aktiviti harian juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran
udara. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk
mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan
sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara
apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan klorofluorokarbon (CFC) ke udara
seterusnya menipiskan lapisan ozon. Pencemaran udara bukan melibatkan kawasan
bandar dan industri sahaja malah boleh berlaku menerusi kegiatan di kawasan
pedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yang
menghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan dan
penyemburan baja. Dalam keadaan tertentu, pencemaran juga boleh berasal dari
sumber-sumber semula jadi seperti letusan gunung berapi ataupun ribut debu. Tetapi
pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi ini adalah kecil jika
dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang terhasil dari manusia sendiri.
Rajah 7: Letusan Gunung Berapi Krakatau, Indonesia menghasilkan
asap tebal dan menyebabkan pencemaran udara
Pencemaran udara boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif kepada
hidupan dan alam sama ada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Kesan
utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan dan sistem pernafasan manusia.
Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasan kita akan menyerap pelbagai
bahan tercemar ke dalam paru-paru. Hal ini akan mengakibatkan proses penukaran
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
7/15
7
karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami
kekurangan oksigen. Seterusnya akan menyebabkan fungsi paru-paru manusia terjejas
dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Manakala haiwan juga akan
terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang
memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan
pencemaran udara.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera bumi
kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (klorofluorokarbon) boleh mengakibatkan
lapisan ozon menjadi nipis dan bocor seterusnya akan menyebabkan berlaku
pemanasan global kesan daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi
daripada sinaran terus cahaya matahari. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan
ozon merupakan punca utama kepada isu pemanasan global yang hangat diperkatakan
kini.
Rajah 8: Penipisan lapisan ozon pemanasan global
Selanjutnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya hujan asid.
Hujan asid terjadi melalui penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida
dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di
dalam awan akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_globalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mataharihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mataharihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
8/15
8
terdapat di dunia. Hujan asid mampu membunuh dan merosakkan tumbuh-tumbuhan
serta hidupan air serta mampu mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan
barangan besi.
Rajah 9: Kesan Hujan Asid terhadap ekosistem akuatik
Rajah 10: Kesan Hujan Asid terhadap tumbuh-tumbuhan
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
9/15
9
Pemuliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama setiap generasi
supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna
pakai sehingga generasi akan datang. Dalam konteks alam sekitar, Islam menegah dan
melarang penyalahgunaan sumber asli yang dikurniakan Allah. Allah berfirman
bermaksud:
..Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memakmurkannya
(Surah Hud, ayat 61)
Pada hari ini masalah pencemaran udara telah mengakibatkan berlaku dan
hilangnya ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Manusia pada hari ini bersikap
tamak dan sering menyalahgunakan dan melupakan nikmat udara yang dikurniakan
kepada mereka. Melihat kepada bahayanya pencemaran udara ini kepada umat
manusia, maka langkah-langkah pemuliharaan udara yang menyeluruh perlu segera
diambil. Pemuliharaan ialah usaha-usaha untuk melestarikan bekalan sumber alam
yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber
setelah digunakan. Maka dapat disimpulkan di sini pemuliharaan udara ialah usaha-
usaha yang perlu diambil bagi memelihara dan membaik pulih sumber udara yang telah
digunakan.
Terdapat pelbagai langkah yang sesuai untuk digunakan bagi mengurangkan
masalah pencemaran udara yang melanda negara kita. Pertama, penggunaan teknologi
moden untuk mengurangkan pencemaran udara adalah amat pentingSemua maklum
bahawa antara punca utama masalah ini ialah pelepasan asap atau bahan-bahan
cemar lain daripada ekzos kenderaan dan kilang-kilang. Maka, penggunaan teknologimoden dilihat sebagai satu langkah yang penting dan mampu membantu untuk
memulihara udara daripada terus tercemar. Penciptaan dan pemasangan alat penapis
udara pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian merupakan
salah satu hasil daripada teknologi moden yang telah diperkenalkan bagi tujuan
mengurangkan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara. Selain itu,
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
10/15
10
alat ini turut berfungsi untuk mencegah dan mengurangkan pelepasan bahan pencemar
ke persekitaran.
Melalui akhbar Utusan Malaysia (bertarikh 22 Jun 2010) telah melaporkan
kejayaan beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut, Sabah
dalam menghasilkan Penapis Asap Bio (Bio Smoke Filter). Penapis Asap Bio
merupakan penapis asap yang berfungsi meneutralkan serta membersihkan asap-asap
hitam yang dikeluarkan oleh kilang-kilang. Penapis ini juga turut mampu menghilangkan
bau asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang perindustrian. Sistem penapisan alat ini
adalah menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap asap dan wap air. Wap
asap yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa
sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau asap.
Alat ini dapat mengatasi masalah pencemaran asap yang terhasil daripada aktiviti-
aktiviti perindustrian, ekzos kenderaan serta pusat pelupusan sampah yang
mengamalkan pembakaran terbuka. Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis gas-
gas berbahaya malah ia dapat menapis partikel-partikel halus yang terdiri daripada
habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran. Maka secara tidak langsung
membuktikan bahawa penggunaan alat ini adalah sangat praktikal terutamanya bagi
negara kita yang terkenal sebagai sebuah negara perindustrian selain kos alat penapis
ini yang sangat murah dan efektif.
Alat Penapis Asap Bio (Bio Smoke Filter)
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
11/15
11
Selain itu, penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan salah satu hasil
daripada penggunaan teknologi moden. Penggunaan petrol tanpa plumbum ini dapat
mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang boleh membahayakan
kesihatan manusia. Penggunaan petrol berplumbum telah menyumbang kepada
peratusan pencemaran udara yang tinggi. Petrol berplumbum berupaya menghasilkan
karbon monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi kadar
plumbum yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini penggunaan petrol tanpa plumbum
telah diperkenalkan pada 1990. Petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan plumbum
di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada 0.15 gram per liter.Pemasangan alat
catalytic converter pada enjin kenderaan juga merupakan antara teknologi-teknologi
moden yang diperkenalkan bagi mengurangkan pencemaran udara di mana alat
bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Manakala di bandar-
bandar besar contohnya di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT,
ERL, Komuter dan Monorel telah digunakan sebagai pengangkutan awam dan telah
berjaya mengurangkan kadar pencemaran udara di kawasan tersebut. Hal ini kerana
kereta api elektrik merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam dan tidak
mengeluarkan asap hitam yang membahayakan.
Langkah pemuliharaan udara yang seterusnya ialah melalui penguatkuasaan
undang-undang. Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal dan
penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar
kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan. Kementerian Sains dan
Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penggubalan dan penguatkuasaan
undang-undang atau akta ke atas orang ramai. Undang-undang mengenai pelbagai
jenis pencemaran harus memberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu
dijalankan bagi mengawal kadar pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang
perindustrian dan individu persendirian. Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai
undang-undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam
sekitar. Ianya bertujuan untuk melindungi alam sekitar antaranya ialah :
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
12/15
12
a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan)
Mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.
Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas kenderaan,
kumbahan, fluen industri dan juga bahan-bahan buangan kilang.
Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar.
b) Peraturan Kenderaan Bermotor ( Kawalan Pelepasan Asap, 1977)
Dikuatkuasa pada 15 Mac 1978.
Asap ekzos tidak boleh melebihi 50 HSU (Hartridge Smoke Unit).
Semua kenderaan bermotor perlu dipasang dengan alat-alat kawalan yang
boleh memerangkap gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida.
Melalui peraturan dan akta yang ditubuhkan, jelas menunjukkan bahawa
kerajaan telah memberi perhatian yang serius terhadap isu pencemaran udara yang
berlaku di negara kita. Peraturan dan akta yang digubal adalah bertujuan bagi
mengurangkan kadar pencemaran udara di negara kita. Selain itu, akta ini turut digubal
bagi memastikan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan salingmenghormati antara satu sama lain.
Selain daripada penggubalan akta dan peraturan, kesan daripada jerebu akibat
daripada pembakaran hutan yang tidak terkawal, satu perjanjian antara 7 anggota
negara-negara ASEAN telah ditandatangani iaitu Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu
Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada
tahun 2002. Malah baru-baru ini, Malaysia, Indonesia dan Singapura telah mengambil
langkah untuk membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi
mengurangkan risiko jerebu teruk yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara
termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu
Merentas Sempadan.
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
13/15
13
Seterusnya, langkah pemuliharaan udara juga boleh dilaksanakan melalui
kempen kitar semula. Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan
semula bahan buangan seperti kertas bekas kaca atau plastik, tin aluminium dan
kertas. Program Kitar semula barang-barang yang terpakai dilihat sangat berkesan
bagi mengurangkan aktiviti pembakaran sampah sarap secara terbuka. Hal ini dapat
memastikan kualiti udara lebih bersih dan selamat. Selain program ini, pihak berkuasa
turut mengambil langkah selamat bagi mengelakkan lebih banyak pembakaran secara
terbuka dengan menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan
buangan pepejal di kawasan-kawasan perumahan. Langkah ini secara tidak langsung
mampu mengurangkan pembakaran sampah secara terbuka oleh orang-orang awam.
Keratan daripada akhbar Berita Harian
Seterusnya, masyarakat juga bertanggungjawab kepada alam sekitar. Semua
kaum tanpa mengira agama, budaya dan warna kulit perlu berganding bahu antara satu
sama lain dalam memastikan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan sehingga ke
generasi akan datang. Oleh itu, setiap individu perlulah mempunyai kesedaran. Bagi
memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.
Pendidikan mengenai alam sekitar ini penting ialah kerana mampu membentuk sikap
positif dan tanggungjawab diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
14/15
14
seseorang individu, dia akan sedar tentang peri pentingnya menjaga dan mengekalkan
kelestarian alam sekitar.
Oleh itu, saya berpendapat pameran-pameran mengenai isu-isu alam sekitar
sesuai dijadikan agenda utama kerajaan dalam langkah memulihara udara. Pameran ini
boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti kompleks
membeli-belah. Pameran ini yang ingin dijalankan boleh merangkumi isu-isu
pencemaran udara yang berlaku di sekeliling kita, sebab-sebab pencemaran, kesan-
kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.
Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar perlu dipamerkan
bagi membuktikan kepada masyrakat bahawa isu dan masalah yang cuba
diketengahkan sebagai contoh isu jerebu adalah benar-benar berlaku. Pameran
sebegini boleh meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dan meningkatkan
kesedaran mereka untuk melindungi alam sekitar.
Kesimpulannya, memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya
pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk
melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia
merupakan tanggungjawab semua pihak. Pengguna khususnya memainkan peranan
yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak
bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di
panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan
masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi
negara di masa akan datang.
7/29/2019 SITI NAZARIAH ISA- PEMULIHARAAN UDARA
15/15
15
BIBLIOGRAFI
Buku
Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Kuala Lumpur;
Eddiplex Sdn.bhd,
Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas.
Wark,K. dan Warner,C.F. 1981.Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New
York; John Wiley and Sons.
Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa danPustak .
Afiza Abdullah Suhaimi & Mohd Armi Abu Samah.2012.Pengurusan Pencemaran Udara.
Dewan Kosmik.
Mikdar Rusdi. 2010. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar menurut perspektifal-Quran. Penerbit UTHM.
Laman Sesawang
Pencemaran udara. Dipetik daripada http://eportfolio.utm.my/view/view.php?id=8538
pada 4 September 2013
Eyu Ghim Siang (2011). Isu-Isu Alam Sekitar. Dipetik pada 4 September 2013. Dari
http://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu
-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=bm
Air Pollution Kills. Dipetik pada 4 September 2013. Dari
http://www.washingtonpost.com/blogs/wonkblog/wp/2012/12/20/air-pollution-
now-kills-more-people-than-high-cholesterol/
http://eportfolio.utm.my/view/view.php?id=8538http://eportfolio.utm.my/view/view.php?id=8538http://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=bmhttp://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=bmhttp://www.washingtonpost.com/blogs/wonkblog/wp/2012/12/20/air-pollution-now-kills-more-people-than-high-cholesterol/http://www.washingtonpost.com/blogs/wonkblog/wp/2012/12/20/air-pollution-now-kills-more-people-than-high-cholesterol/http://www.washingtonpost.com/blogs/wonkblog/wp/2012/12/20/air-pollution-now-kills-more-people-than-high-cholesterol/http://www.washingtonpost.com/blogs/wonkblog/wp/2012/12/20/air-pollution-now-kills-more-people-than-high-cholesterol/http://www.washingtonpost.com/blogs/wonkblog/wp/2012/12/20/air-pollution-now-kills-more-people-than-high-cholesterol/http://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=bmhttp://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=bmhttp://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=bmhttp://www.agc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1024:isu-isu-alam-sekitar&catid=71:admin%20ag&lang=bmhttp://eportfolio.utm.my/view/view.php?id=8538Top Related