PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA PROBLEM-BASED LEARNING
(PBL)
SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGESAHAN PENYELIA
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan : Nama penyelia : TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN Tarikh : 2 MEI 2008
PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA PROBLEM-BASED LEARNING
(PBL)
SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI NADYA BINTI ZYNUDDIN
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Khas buat,
Bonda dan ayahanda yang dikasihi,
Fadzelah Abdul Arshad dan Zynuddin Ismail
budi dan jasa kalian tidak akan
ku lupakan,
berkat doa dan dorongan kalian,
menjadi penawar dan semangat
untukku,
Teristimewa untuk,
Adik-adik tersayang,
Nur Azwa, Nur Aliya, Mohd Zulawal, Amirul Zaman
dan Alif Akhma,
Teman teristimewa,
Adi Farhan Hakimi,
Teman-teman seperjuangan,
kau menjadi sumber inspirasiku,
dalam menempuhi liku dan ranjau,
kata perangsang mu ubat paling mujarab
buatku,
akanku semat ianya dalam kalbuku,
akanku ingati sepanjang hayatku.
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah
S,A,W, keluarga baginda, para sahabat, para suhadak, para ambia serta para
pejuang Islam keseluruhannya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia
pembimbing tesis Tuan Haji Meor Ibrahim bin Kamaruddin kerana
memberi bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Kerjasama daripada para pelajar tahun akhir aliran sains Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia serta para pensyarah penilai yang
memberikan nasihat yang membina dalam menyiapkan tesis ini. Amatlah
dihargai.
Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan
Laporan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Problem-Based Learning merupakan satu kaedah pengajaran yang amat
digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi
terhadap pendekatan pembelajaran secara Problem-Based Learning dalam kalangan
pelajar-pelajar tahun akhir aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Bahru, Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang pandangan pelajar terhadap pembelajaran secara PBL bagi enam kategori
iaitu gaya pembelajaran secara PBL, kerjasama dan komunikasi antara kumpulan dan
fasilitator, kemahiran menyelesaikan masalah, komitmen terhadap gaya
pembelajaran PBL, kebolehan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
sikap dan minat terhadap PBL. Sampel terdiri daripada 140 orang responden yang
dipilih secara rawak mudah. Mereka terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains, Kimia, Fizik dan Matematik di
Fakulti Pendidikan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
SPSS versi 11.5. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap PBL bagi
keenam-enam kategori adalah positif. Hasil kajian ini diharap dapat dimanfaatkan
oleh pihak fakulti dan pihak-pihak tertentu bagi memastikan pelajar-pelajar sentiasa
mempunyai persepsi yang positif terhadap PBL.
vi
ABSTRACT
Problem-Based Learning is one of the teaching methods that have been
encouraged by the Ministry of Education to be applied in teaching and learning
process. The purpose of this study is to determine students’ perceptions on PBL
among final year science stream students at the Faculty of Education, University
Technology of Malaysia, Johor Bahru, Johor. The students’ perceptions on PBL
questionnaire was used as the research instrument. Six categories of the perceptions
are focused in this study, they are understanding PBL, cooperation and
communication between group members and facilitator, problem solving skill,
commitment and PBL learning style, advantages of PBL in teaching and learning,
last but not least attitude and interest towards PBL. A sample of 140 students,
chosen randomly from eight science stream courses at the Faculty of Education were
involved as respondents. Collected data were analyzed by using SPSS software
version 11.5. The result shows that the students’ perceptions on PBL for all the six
categories are positive. Hopefully this research will help the faculties and other
organizations to ensure students will always have a positive perception towards PBL.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Rasional Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.7.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 8
1.7.2 Pihak Institusi Pengajian Tinggi 8
1.7.3 Para pelajar (siswazah) 8
viii
1.8 Skop Kajian dan Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Persepsi 9
1.9.2 Pelajar 9
1.9.3 Pendekatan 10
1.9.4 Problem-based learning (PBL) 10
1.10 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Apakah Masalah? 13
2.3 Sejarah Latar Belakang PBL 14
2.4 Pendekatan Berasaskan Masalah / 15
Problem-Based Learning (PBL)
2.5 Prinsip-prinsip Utama PBL 17
2.6 Langkah-langkah dalam Model PBL 18
2.7 Peranan Guru 21
2.8 Penutup 22
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Lokasi Kajian 24
3.4 Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Bahagian A (Maklumat responden) 25
3.5.2 Bahagian B (Persepsi pelajar terhadap 26
PBL)
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Kajian Rintis 28
ix
3.8 Analisis Data 28
3.9 Penutup 29
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Maklumat Responden 31
4.2.1 Analisis responden mengikut Jantina 31
4.2.2 Analisis responden mengikut Bangsa 32
4.2.3 Analisis responden mengikut Kursus 32
4.3 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap PBL 33
4.3.1 Persepsi pelajar terhadap PBL secara 34
keseluruhan
4.3.1.1 Gaya Pembelajaran 35
secara PBL
4.3.1.2 Kerjasama dan Komunikasi antara 37
Kumpulan dan Fasilitator
4.3.1.3 Kemahiran Menyelesaikan 40
Masalah
4.3.1.4 Komitmen Terhadap Gaya 43
Pembelajaran PBL
4.3.1.5 Kebolehan PBL dalam Proses 45
Pengajaran dan Pembelajaran
4.3.1.6 Sikap dan Minat terhadap PBL 48
4.4 Penutup 50
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 52
5.2 Rumusan 52
5.3 Implikasi Kajian 54
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 56
x
5.5 Penutup 57
RUJUKAN 59
Lampiran A-D 64-73
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Enam (6) kategori dan 26
nombor bilangan item
dalam soal-selidik
3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 29
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31
4.2 Taburan responden Mengikut Bangsa 32
4.3 Taburan responden mengikut Kursus 33
4.4 Taburan Min Mengikut Kategori dan 34
Min Keseluruhan
4.5 Taburan Peratusan, Kekerapan dan Min 36
bagi kategori Memahami Gaya
Pembelajaran secara Problem-Based
Learning (PBL)
4.6 Taburan Peratusan, Kekerapan dan Min 39
bagi kategori Kerjasama dan Komunikasi
antara kumpulan dan fasilitator
4.7 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 42
Min bagi kategori Kemahiran
Menyelesaikan Masalah
xii
4.8 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 45
Min bagi kategori Komitmen
Terhadap Gaya Pembelajaran PBL
4.9 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 47
Min bagi kategori Kebolehan
PBL dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
4.10 Taburan Peratusan, Kekerapan dan 49
Min bagi kategori Sikap dan Minat
terhadap PBL
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Carta KND 21
xiv
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Berpadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KND - know, need to know, need to do
PBL - Problem-Based Learning
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
Kimia
SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
Fizik
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
Matematik
SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W 64
B Borang Soal Selidik 65
C Nilai Alpha Cronbach (Reliability) 71
D Pengesahan Instrumen Kajian 72
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan Perkembangan Sains dan teknologi yang canggih serta ledakan maklumat
tanpa sempadan ke arah pencapaian wawasan 2020 telah memberi dimensi baru
kepada kurikulum sains di sekolah Malaysia. Bagi merealisasikan matlamat untuk
menjadi sebuah negara perindustrian, memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan
pakar dalam bidang tersebut. Sebuah negara yang pesat membangun mementingkan
kepada keperluan penghasilan tenaga profesional dan separa profesional bagi
menentukan kesinambungan perkembangan negara selaras dengan matlamat ini
penyesuaian sistem pendidikan untuk menghasilkan sumber tenaga yang diperlukan
harus dilaksanakan. Dalam pernyataan Rangka Jangka Panjang Kedua, perhatian
yang lebih akan diberikan dalam memastikan sistem pendidikan selaras dengan
perubahan dan permintaan pasaran buruh. Kawalan yang lebih rapi terhadap sistem
pendidikan dan latihan serta usaha-usaha bagi memperbaiki lagi kurikulum akan
dilaksanakan untuk memastikan kemahiran yang diajar adalah sesuai dengan
keperluan industri.
Justeru sains memainkan peranan penting di dalam merealisasikan matlamat
ini. Persoalannya mengapa sains begitu penting di kaca mata dunia? Ini adalah
kerana sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang menekankan kepada
pembinaan konsep yang membolehkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan
lebih bermakna dan dapat menjelaskan fenomena-fenomena ini secara semula jadi
dengan tepat dan selaras dengan konsep yang diajar. Tanpa pembinaan konsep yang
sebenar, perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada perolehan fakta dan
2
penjelasan kajian secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan miskonsepsi. Hal ini
adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
Selaras dengan hasrat untuk mencapai status negara maju, kurikulum sains di
sekolah Malaysia digubal bagi mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
serta berilmu. Masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi,
memandang jauh ke hadapan, inovatif serta manjadi penyumbang kepada tamadun
sains dan teknologi masa depan. Dengan kata lain, masyarakat Malaysia perlu
mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi, ingin mencuba, celik sains, bersifat
terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan
sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan
kesanggupan untuk menyumbang terhadap kemajuan sains dan teknologi ( Abu
Hassan, 2003).
Sistem pendidikan Malaysia perlu dinamik, melalui pelaksanaan kurikulum
yang sesuai dan kemas, selaras dengan cita-cita dan kehendak negara. Bagi
mencapai matlamat pendidikan yang berkesan, kurikulum dan proses pengajaran
yang dilakukan perlu berada dalam keadaan harmoni. Kurikulum Sains KBSM,
misalnya, di mana melibatkan konsep dan penyiasatan serta penyelesaian masalah
sains secara induktif, akan menjadi berkesan dan bermakna jika kerangka kurikulum
tersebut memberi penekanan terhadap konsep-konsep dan masalah yang betul-betul
penting dan menarik, di samping melibatkan pengajaran melalui proses induktif yang
‘hidup’.
3
Bersesuaian dengan hasrat rancangan KBSM, strategi pengajaran-
pembelajaran perlu memberi penekanan kepada kesepaduan antara pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni. Bagi
tujuan ini, strategi pengajaran-pembelajaran sains haruslah berteraskan kepada
pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan
inkuiri/penemuan. Aktiviti inkuiri dan penemuan ini melibatkan pelajar mengenal
pasti (sesuatu) masalah, seterusnya merancang atau menjalankan penyelidikan untuk
menyelesaikan masalah tersebut secara terancang dan bersistem (dengan bimbingan
guru) (Meor Ibrahim, 2001).
Melalui kaedah inkuiri/penemuan ini pelajar berpeluang memperoleh
pengetahuan dan menguasai kemahiran tertentu dengan lebih berkesan (iaitu melalui
usaha dan pengalaman sendiri). Bermakna,segala aktiviti pembelajaran yang
dirancang perlu melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan
pemikiran analitis, kritis dan kreatif. Justeru, bagi mencapai matlamat ini guru perlu
membimbing pelajar dengan menggunakan pelbagai gaya pembelajaran yang sesuai,
demi untuk meluaskan pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan
pemahaman dan ingatan pelajar (Abu Hassan, 2003).
Oleh yang demikian, kajian mengenai persepsi pembelajaran secara Problem-
Based Learning atau Pembelajaran Berasaskan Masalah perlu dijalankan di kalangan
pelajar-pelajar tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan untuk mengetahui sejauh
manakah pengetahuan dan pemahaman bakal-bakal guru tersebut sepanjang proses
pembelajaran mereka di Universiti Teknologi Malaysia. Diharapkan hasil daripada
kajian ini dapat memberi idea dan panduan kepada pihak guru, fakulti dan
Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya dalam mata pelajaran sains yang lebih berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
4
Pendidikan Sains KBSM bermatlamat untuk membekalkan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran sains, mengembangkan daya pemikian saintifik dan
memupuk nilai-nilai murni. Seterusnya dengan tercapainya matlamat ini, diharapkan
para pelajar dapat memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam
kehidupan dan untuk membangunkan negara serta berkeupayaan menyelesaikan
masalah harian bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab demi
kesejahteraan manusia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988).
Sering kali pengajaran-pembelajaran sains di dalam bilik darjah atau makmal
dimonopoli sepenuhnya oleh guru dengan memberikan pelbagai arahan yang perlu
diikuti. Sering kali kedengaran guru merungut semasa pelajar melakukan kerja
amali. Kerja amali yang dilakukan hanyalah bertujuan untuk mengesahkan teori,
dengan hanya melibatkan aspek manipulatif. Pendekatan, kaedah dan strategi yang
digunakan oleh guru secara autokratik tidak sesuai lagi. Guru tidak perlu lagi
mengawal sepenuhnya aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan memberi segala
fakta, maklumat serta arahan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar semasa
proses pengajaran-pembelajaran. Cara ini akan menjadikan pelajar pasif, iaitu hanya
menerima segala maklumat yang diberikan guru (Meor Ibrahim, 2001).
Satu ciri soalan sains dan matematik ialah di dalam soalan itu tersemat
maklumat dan juga masalah yang mungkin menimbulkan kesukaran bagi seseorang
pelajar hendak menyelesaikannya. Sekiranya maklumat tersebut ialah maklumat
yang sudah diketahui pelajar, maka proses penyelesaian masalah menjadi aktiviti
pengukuhan atau ulangkaji sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya maklumat
tersebut merupakan maklumat yang baru atau yang masih belum dikuasai, maka
proses penyelesaian masalah menjadi aktiviti pendedahan. Oleh itu, proses
penyelesaian masalah bukan sahaja menjadi aktiviti ulang kaji bagi seseorang
pelajar, malah turut menjadi aktiviti pendedahan pula kepada seseorang pelajar lain.
Semakin banyak soalan sains dan matematik yang cuba diselesaikan, semakin
banyaklah maklumat yang diperoleh dan dipertimbangkan oleh pelajar. Seterusnya,
semakin besarlah kemungkinan pelajar menguasai maklumat tersebut. Oleh itu,
suatu masalah yang dihadapi itu akan bertindak sebagai pencetus ke arah berlakunya
pembelajaran yang seterusnya (Mohd Uzi, 2006).
5
Antara salah satu kaedah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang menimbulkan banyak minat di kalangan tenaga pengajar di institusi-institusi
pengajian tinggi sejak kebelakangan ini ialah kaedah pembelajaran aktif dan kaedah
pembelajaran berasaskan masalah atau program-based learning. Chickering dan
Gamson (1987) menghasilkan tujuh prinsip amalan baik dalam pendidikan siswazah.
Antara prinsip yang diketengahkan oleh mereka ialah:
“Learning is not a spectator sport. Students do not learn much
just sitting in classes listening to teachers, memorizing pre-packaged
assignments and spitting out answers. They must talk about what they
are learning, write about it, relate it to past experiences, and apply it
to their daily lives. They must make what they learn part of
themselves.”
(Chickering dan Gamson, 1987)
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi siswazah yang kurang memahami
dan tidak mempercayai keberkesanan kaedah pedagogi ini. Antara punca-punca
kritikan dan keengganan menggunakannya adalah kepercayaan bahawa pendekatan
ini merupakan alternatif dan bukan kaedah yang dapat meningkatkan keberkesanan
syarahan seseorang tenaga pengajar. Namun, untuk belajar secara berkesan pelajar
harus melakukan lebih daripada mendengar sahaja.
1.3 Pernyataan Masalah
Problem-Based Learning (PBL) adalah contoh terbaik bagi satu model
pendidikan yang berunsurkan persekitaran pembelajaran konstruktivis ( Savery et al.,
1996; Jonassen, 1999). Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di Universiti
Teknologi Malaysia, para siswazah telah melalui pelbagai kaedah pembelajaran yang
telah dipraktikkan oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. Kaedah
pembelajaran ini adalah kaedah yang masih baru tetapi ianya menjadi pendekatan
pilihan terutamanya semasa proses pengajaran pembelajaran subjek-subjek sains.
6
Para siswazah semestinya telah banyak didedahkan dengan kaedah pembelajaran ini
namun persoalan yang timbul ialah adakah bakal-bakal guru ini memahami dan
mempunyai pengetahuan yang secukupnya tentang kaedah pembelajaran ini?
Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi problem-based learning
dalam kalangan siswazah tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pembelajaran secara
problem-based learning dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir aliran sains
fakulti pendidikan berdasarkan enam (6) kategori berikut:
i. Gaya pembelajaran secara Problem-Based Learning (PBL).
ii. Kerjasama dan komunikasi antara kumpulan dan fasilitator.
iii. Kemahiran menyelesaikan masalah.
iv. Komitmen terhadap gaya pembelajaran PBL.
v. Kebolehan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
vi. Sikap dan minat terhadap PBL.
Top Related