Download - Sem2 dinamika nota2

Transcript
Page 1: Sem2 dinamika nota2

DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Oleh:

HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Page 2: Sem2 dinamika nota2

KONSEP SEJARAH

Page 3: Sem2 dinamika nota2

Konsep Sejarah

• SEJARAH (bahasa Melayu) dan HISTORY

(bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan

Greek-HISTORIA yang bermaksud penyelidikan

atau penyiasatan.

• Matlamat untuk menggambarkan kejadian-

kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku.

Page 4: Sem2 dinamika nota2

Konsep Sejarah

• Ia perlu dilakukan berasaskan fakta-fakta dan

dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.

• Namun begitu fakta yang diperoleh boleh

dimanipulasi oleh pengkaji menjadi propaganda

dan tidak benar.

• Oleh itu masyarakat moden perlu meneliti dan

menilai semula setiap penulisan sejarah yang

dihasilkan agar ia benar-benar bersifat objektif

dan terkini.

Page 5: Sem2 dinamika nota2

Tanggapan Salah Tentang Sejarah

• Pelaksanaan pengajaran dan isi kandungannya

dikatakan klasik dan bersifat tradisional.

• Dilihat sebagai hanya sesuatu yang berlaku pada

waktu silam yang tidak ada kaitan dengan realiti masa

kini.

• Dilihat sebagai catatan berbentuk tarikh-tarikh yang

beku dan mati/ketiadaan fungsi.

Page 6: Sem2 dinamika nota2

Mengapa Sejarah Penting

• Penting untuk menghasilkan pemahaman mendalam

tentang keperibadian negara dan peradaban

masyarakat.

• Membantu kita untuk mengenali dan memahami latar

belakang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku.

• Dapat mengaitkan sesuatu peristiwa dengan peristiwa

yang lain, di samping menempatkan peristiwa itu ke

tempat yang sewajarnya serta memberi makna yang

lebih meluas.

Page 7: Sem2 dinamika nota2

Mengapa Sejarah Penting

• Sejarah yang berlaku pada masa lalu meninggalkan

banyak pengalaman yang boleh diteladani.

Contoh : Peristiwa 13 Mei 1969

• Kefahaman tentang sejarah membolehkan kita

memahami keadaan masa kini bagi menyusun

perancangan di masa hadapan.

Page 8: Sem2 dinamika nota2

Mengapa Sejarah Penting

• Keperibadian yang luhur dan semangat cintakan

Negara hanya dapat dipupuk jika semua rakyat

memahami luki-liku sejarah pembinaan Negara dan

bekerjasama untuk membina sebuah Negara bangsa

Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang pada masa

akan datang.

Page 9: Sem2 dinamika nota2

Takrifan Sejarah

• E.H. Carr :

Sejarah adalah suatu proses interaksi yang berterusan

antara sejarawan dan fakta-faktanya, serta dialog yang

tidak putus-putus antara masa kini dengan masa lalu.

Page 10: Sem2 dinamika nota2

Takrifan Sejarah

• Ibn Khaldun :

Sejarah adalah maklumat tentang organisasi sosial

manusia ……..….. Merangkumi semua kegiatan

manusia dan merupakan satu proses ilmu pengetahuan

yang mencari kebenaran (tahqiq)

Page 11: Sem2 dinamika nota2

DEFINISI MASYARAKAT

Page 12: Sem2 dinamika nota2

Definisi Masyarakat

• Terdapat banyak definisi yang kesemuanya dapat menjelaskan hakikat kewujudan

masyarakat. Contoh definisi:-

1. Lucy Mair (1965)

‘Masyarat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling

berhubungan secara kolektif dengan mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling

mengiktiraf’

- Mair menekan:

(i) persoalan obligasi di kalangan manusia

contoh: berhubungan dan berperanan di antara satu sama lain

(ii) Setiap individu mempunyai pemilikan dan kuasa (hak) serta peranan yang

saling difahami.

Contoh: hak pada harta benda dan hak di dalam masyarakat (penting kerana ia

boleh memandu anggotanya berhubung dan bekerja sama)

Page 13: Sem2 dinamika nota2

Definisi Masyarakat

2. Ralph Linton (1936)

‘Masyarat adalah kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan

saling bekerja sama hingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka

sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu’

- Ini menunjukkan:

(i) Pembinaan sesebuah masyarakat itu memakan masa yang lama

(ii) Mempunyai manusia yang ramai

(iii) Dapat menunjukkan rasa bersatu dalam masyarakat (kesatuan sosial)

- Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

masyarakat:

(i) Terdiri daripada manusia

(ii) Berhubungan dan bekerja sama

(iii) Mempunyai kesatuan sosial

(iv) Membina kebudayaan

- Hanya MANUSIA yang layak di gelar sebagai ‘MASYARAKAT’. Haiwan tidak layak

digelar masyarakat kenapa?

Page 14: Sem2 dinamika nota2

CIRI-CIRI MASYARAKAT

1. Masyarakat adalah manusia yang hidup dalam satu kelompok

Manusia mesti hidup berkelompok kerana:

(i) Fitrah semulajadi manusia (Al-Quran) – (berpasangan, siang-

malam, lelaki-perempuan)

(ii) Perlu pada orang lain. - masalah gangguan mental

(iii) Lemah

2. Masyarakat melahirkan kebudayaan

Tiada masyarakat, maka tiadalah kebudayaan

Masyarakat kebudayaan (benda dan bukan benda)

Masyarakat dan kebudayaan tidak boleh dipisahkan

3. Masyarakat mengalami perubahan

Meliputi – jumlah kelahiran, ekonomi, politik, sosial

Page 15: Sem2 dinamika nota2

Ciri-Ciri Masyarakat

4. Anggota masyarakat itu berinteraksi

Dalam masyarakat mesti ada perlakuan berhubunga dan bekerjasama

di antara ahli-ahlinya mencetuskan interaksi

Bahasa memainkan peranan penting (lisan / bertulis)

Penggunaan peralatan – (telefon, telegram, komputer, mesin faksimili

dll)

5. Dalam masyarakat terdapat kepimpinan

Mengikut bidang dan peringkat dalam masyarakat: (keluarga,

kampung, daerah, negeri, negara pertubuhan sukarela dll)

6. Stratifikasi Sosial

Merujuk kepada susunan lapisan sosial dalam masyarakat:

Dapat dibahagi kepada 3:

(a) kelas

(b) status

(c) kasta

Page 16: Sem2 dinamika nota2

6a. Kelas

Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan

harta

Contoh: kelas atasan (hartawan), kelas menengah, kelas rendah

6b. Status

Jangkaan peranan dimainkan oleh individu dalam masyarakatnya

Status tinggi jika memainkan peranan penting dlam masyarakat

Contoh: pegawai daerah, wakil rakyat dll

Status juga merujuk kepada peranan individu pada masa / waktu

yang berlainan.

Contoh: anak, suami, guru dll

Faktor yang dapat memberi status dalam masyarakat di sini

Contoh: gelaran Haji, lebai, Dato, Tan Sri dan lain-lain

Ciri-Ciri Masyarakat

Page 17: Sem2 dinamika nota2

Pembahagian stratifikasi sosial dalam masyarakat:

- Golongan Atasan (Pemerintah)

- Golongan Pertengahan (pelaksana tugas Pemerintah)

- Golongan Bawah (diperintah)

Contoh – Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional (Sejarah Melayu)

- Raja

- Bangsawan

- Rakyat

- Hamba

Moden:

berlaku mobiliti sosial atau sama ada dalam kelas / status

e.g - anak petani (miskin) boleh dapat status tinggi jika berjaya dalam pelajaran

- orang yang berasal daripada kelas rendah boleh naik ke kelas atasan, misalnya

kita berjaya dalam perniagaan

Ciri-Ciri Masyarakat

Page 18: Sem2 dinamika nota2

Kelas dan status saling berkaitan

e.g – Kelas tinggi mungkin boleh capai status tinggi dan sebaliknya

Status pekerjaan mewujudkan kelas sosial

menyebabkan wujudnya perbezaan tingkahlaku berpolitik, sosial dll

6c. Kasta

Wujud dalam masyarakat India tradisional ke hari ini

Brahmin

Ksyatria

Vaisya

Sudra

Ciri-ciri

Keahlian ditentukan melalui kelahiran tidak boleh berubah tempat

Perkahwinan hanya dibenarkan dalam kasta sendiri

Terdapat peraturan yang ketat dalam mengawal perhubungan &

tingkahlaku ahli-ahli

Ciri-Ciri Masyarakat

Page 19: Sem2 dinamika nota2

Ciri-Ciri Masyarakat

Stratifikasi sosial dalam masyarakat tidak boleh dielakkan kerana

setiap anggota masyarakat. Mempunyai kebolehan dan peluang yang

tidak sama antara satu sama lain

7. Sistem Sosial

Dalam masyarakat, terdapat Sistem Sosial

Sistem Sosial ialah satu set rol sosial yang mempunyai nilai, norma

dan matlamat yang sama

Ia menekankan kepada struktur hubungan bentuk-bentuk hubungan

dan kesan sosial secara umum

Sistem Sosial boleh dibahagikan kepada beberapa yang saling

berhubungan:

- keluarga dan kekeluargaan

- sistem ekonomi

- pendidikan

- agama & kepercayaan

- kesenian dll

Page 20: Sem2 dinamika nota2

MASYARAKAT ISLAM

1. DEFINISI

Masyarakat Islam dibentuk bersumberkan Al-Quran & Al-Sunnah dan

berasaskan aqidah, syarak & akhlak

Masyarakat umum memahami bahawa masyarakat Islam adalah

kelompok manusia beragama Islam yang selalu disebut sebagai

‘ummah’

Mengikut Piagam Madinah (fasal 25-35) ‘ummah’ dimaksudkan orang-

orang Islam dan Bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Ini bermakna

‘masyarakat Islam’ juga meliputi golongan bukan Islam yang hidup

bersama-sama orang Islam di dalam satu kelompok

CIRI-CIRI utama masyarakat ini ialah mengamalkan sistem Islam

(undang-undang Islam)

Page 21: Sem2 dinamika nota2

Masyarakat Islam

2. Dari segi sejarah, Masyarakat Islam mula wujud dan dibentuk oleh Nabi

Muhammad s.a.w pada tahun pertama Hijrah (622m) seiring dengan

penubuhan negara Islam Madinah

3. Penduduk Madinah pada ketika itu terdiri daripada orang Islam dan juga

penganut agama lain

4. Orang bukan Islam dikenali sebagai Ahli Zimmah (Zimmi) bermaksud

golongan yang dijaga keharmonian mereka.

5. Orang bukan Islam menerima konsep negara Islam kerana dasar-dasar

Islam itu sendiri bersifat adil & menyeluruh untuk semua pihak ternyata

berjaya dan selamat

Page 22: Sem2 dinamika nota2

KEDUDUKAN DAN HAK RAKYAT

BUKAN ISLAM

kerakyatan terbahagi kepada 2 Orang Islam yang beriman

Orang Bukan Islam

Golongan kafir

Syariat Islam memberi layanan yang cukup adil terhadap kedua-dua

golongan kerana dasar pemerintahan Islam bersifat menyeluruh

kepada semua manusia, Islam mengamalkan konsep kebebasan

beragama

Islam juga menjamin setiap warga negaranya menikmati kebebasan di

dalam memiliki dan mengamal diri, harta, keluarga, fikiran dan kebebasan

bersuara

Page 23: Sem2 dinamika nota2

MASYARAKAT

Hidup bermasyarakat adalah fitrah semulajadi manusia (Ibn Khaldun)

Fitrah inilah yang menyebabkan mereka sama ada mahu / tidak mesti

hidup berkeluarga berjiran, berkerabat, bergaul dan bermasyarakat

Hidup manusia akan menjadi lebih sempurna dengan adanya

masyarakat

ISTILAH PERKATAAN

Kamus Dewan - dari segi bahasa ‘masyarakat’ adalah kumpulan

manusia yang hidup bersama

Drs Sidi Gazalba - dari segi perkataan ‘masyarakat’ dipinjam dari

perkataan Arab iaitu ‘syarikat’ yang bererti perhubungan dan

pembentukan suatu kelompok / kumpulan

Masyarakat dalam Bahasa Melayu menurut beliau adalah pergaulan

hidup

Page 24: Sem2 dinamika nota2

KEBUDAYAAN

Page 25: Sem2 dinamika nota2

Kebudayaan

1. ISTILAH PERKATAAN

Mengikut Prof Dr. nik Safiah Karim:

Budaya adalah cantuman 2 perkataan:-

BUDI + DAYA

Dalam bahasa Inggeris – CULTURE Latin

Dalam bahasa Belanda – CULTUR ‘Colore’

Colore bermaksud mengolah tanah bertani

Bertolak dari pengertian inilah berkembangnya makna ‘culture’ sebagai

‘segala daya & gerak kerja manusia untuk mengolah & mengubah alam’

Dipinjam dari bahasa sanskrit –

bererti kecerdasan fikiran dan akal

Perkataan Melayu – Polenesia. Bererti

Kekuatan tenaga atau perbuatan,

Kuasa dan pengaruh

Page 26: Sem2 dinamika nota2

DEFINISI KEBUDAYAAN

Terdapat banyak definisi / takrif kebudayaan

Berbagai-bagai disiplin mengkaji kebudayaan – antropologi, sosiologi,

falsafah, sejarah, psokologi, dan lain-lain

A.L. Kroeger & C. Cluckhohn – mendapati terdapat sebanyak 160 definisi

DEFINISI KEBUDAYAAN

a. E.B Taylor (1871)

‘Kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang

mengandungi di antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,

undang-undang, moral, adat resam, dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan

yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat’

Definisi ini menunjukkan bahawa:-

Taylor tidak menghadkan mana-mana unsur/bidang yang dilakukan dan

diamalkan oleh manusia

Mengatakan ‘satu keseluruhan yang kompleks’ itu dimaksudkan sebagai

seluruh unsur dan aspek dalam kehidupan manusia dan setiap satunya

mempunyai pertalian rapat

Page 27: Sem2 dinamika nota2

Definisi Kebudayaan

Mengatakan ‘kebolehan & kebiasaan lain yang diperolehi’ dapat dirujuk

sebagai apa jua kemampuan, keupayaan & aspek lumrah yang diamal oleh

manusia hasil dari usaha-usahanya

Ini bererti” ‘bernafas, batuk, bersin, menangis, warna kulit, mata sepit,

hidung panjang, dll tidak boleh digelar sebagai unsur kebudayaan kerana

bukan hasil usaha manusia tetapi terjadi secara automatik atau sebagai sifat

semulajadi’

- Jenis-jenis Kebudayaan - (i) benda

(ii) bukan benda

Memasukkan rangkai kata “oleh manusia sebagai ahli sesebuah

masyarakat” maksudnya – sebarang kebolehan serta kebiasaan yang

diperolehi itu boleh dimasukkan ke dalam aspek kebudayaan jika individu itu

menjadi ahli kepada sesebuah masyarakat

- Ini bererti jika perlakuan ganjil oleh seseorang yang tinggal terpencil/

terasing dari kecil hingga dewasa tida dikira sebagai kebudayaan –

kerana diamalkan oleh seorang sahaja.

Ia seolah-olah bersyarat bahawa mesti diamalkan & diiktiraf oleh manusia

lain

Page 28: Sem2 dinamika nota2

Definisi Kebudayaan

BEBERAPA DEFINISI KEBUDAYAAN YANG LAIN

b. A.L Kroeber & Clyde Kluckhohn (1952):

‘Kebudayaan terdiri dari pola-pola tingkah laku yang ekspilit dan implisit

yang diperolehi, disampaikan melalui simbol-simbol… Teras kebudayaan

terdiri dari idea-idea yang bercorak tradisi…, terutama sekali nilai-nilai yang

terikat dengannya.’

Kroeber & Kluckhohn mengambil kira:

(i) semua pola tingkah laku sama ada:

(a) eksplisit (cara bertutur, cara bersalam)

(b) implisit (idea, adat resam, kepercayaan)

(ii) Idea-idea bercorak tradisi – contoh: perlakuan & amalan biasa yang

sudah turun temurun yang berupa teras kepada satu-satu kebudayaan

Page 29: Sem2 dinamika nota2

Definisi Kebudayaan

c. Aziz Deraman:

‘Kebudayaan itu ialah apa jua yang kita fikir, buat dan punya dalam kehidupan

merangkumi semua bidang kehidupan seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian,

undang-undang, moral, adatistiadat dan apa juga cara hidup kita yang merupakan

penglahiran dari apa yang kita warisi dari masyarakat kita’

- Rangkai kata ‘apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran dari apa yang

kita warisi dari masyarakat kita’ – sebenarnya membawa aplikasi pola tingkah laku

sebagaimana yang ditegaskan oleh Kroeber & Kluckhohn

Cara hidup itu pula dilanjutkan daripada satu generasi kepada satu generasi

berikutnya secara turun temurun

Berdasarkan kepada definisi tersebut & definisi lain yang diberikan oleh ahli-ahli

Antropologi, Sosiologi, maka kebudayaan itu mempunyai 4 aspek penting:

1. kelakuan dan usaha manusia

2. peraturan terhadap kelakuan & usaha manusia

3. hasil daripada kelakuan dan usaha manusia

4. kelakuan & usaha manusia itu bertujuan murni. Contoh: memajukan hidup

mereka

Page 30: Sem2 dinamika nota2

PENGERTIAN KEBUDAYAAN

MENGIKUT ISLAM

Islam menganggap kebudayaan sebagai salah satu cabangnya dan

bukannya Islam itu sebahagian dari kebudayaan

Sarjana-sarjana Barat dalam tanggapan mereka mengatakan bahawa

agama itu terkandung dalam kebudayaan – hanya sesuai untuk agama-

agama budaya sahaja. (ciptaan manusia) tetapi bukan agama ISLAM –

kerana Islam adalah agama wahyu

Oleh itu soal kebudayaan adalah tertakluk di bawah ruang lingkup Islam

Kebudayaan bagi Islam – bertolak dari Al-Deen Islam. Contohnya:

(i) menentukan corak hidup umat Islam

(ii) menentukan peraturan dan undang-undang Islam di dunia

Al-Deen bererti agama yang diwahyukan melalui rasul Allah – yang meliputi

semua aspek kehidupan di dunia dan akhirat

Page 31: Sem2 dinamika nota2

Pengertian Kebudayaan Mengikut Islam

Termasuk hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan

manusia

Ia adalah satu sistem hidup / peraturan yang lengkap meliputi semua aspek

kehidupan manusia di dunia dan akhirat

Mengikut Professor Ismail Faruqi, istilah yang paling sesuai untuk

menggambarkan kebudayaan ialah ‘adab’

Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

‘Tuhan telah mengadabkan (mendidik) saya, maka DIA menjadikan sebaik-

baik adab’

Adab bermaksud cara hidup yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi

dan mulai yang merangkumi segala aspek kehidupan

Oleh itu kebudayaan dari perspektif Islam bermaksud.. Walaupun soal

kebudayaan terpulang kepada penentuan manusia sebagai usaha mereka

untuk menjalani kehidupan, tetapi ia juga tertakluk kepada peraturan / adab

yang telah ditetapkan Allah / Ilahi

Page 32: Sem2 dinamika nota2

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

1. Dipelajari

2. Dikongsi

3. Sejagat (universal)

4. Diwarisi

5. Berubah

6. Simbolik

7. Berpola & berstruktur

8. Sistem Perlembagaan

9. Mempunyai pandangan hidup

Page 33: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Kebudayaan

1. Dipelajari

Tidak lahir secara automatik

Manusia perlu belajar untuk mendapatkan ilmu

Contoh: (i) peralatan

(ii) bahasa

(iii) ilmu pengetahuan dan lain-lain

Proses pembelajaran formal

tidak formal

- Dikongsi

Bermaksud – setiap perlakuan itu diamal & didokong oleh

sekumpulan manusia

Jika tidak dikongsi – hanya perlakuan individu

Contoh: - makanan nasi lemak, roti canai

- pakaian sari, baju kurung dll

- pelacuran? Berjudi? Lepak? Minum arak? Bunuh diri?

Page 34: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Kebudayaan

3. Sejagat / Universal

Bermaksud – Budayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia /

masyarakat

Tetapi kebudayaan antara masyarakat adalah berbeza kerana:

(i) faktor pengaruh alam semulajadi

(ii) pengaruh luar

(iii) tahap penyesuaian anggota masyarakat

Clyde Cluckhohn – mengesan 7 unsur yang universal dalam

kebudayaan masyarakat di dunia:

(a) peralatan

(b) mata pencarian hidup (ekonomi)

(c) sistem sosial / kemasyarakatan (politik, perundangan,

perkahwinan, sistem kekerabatan dll)

(d) bahasa

(e) kesenian

(f) sistem pengangkutan

(g) agama dan kepercayaan

Page 35: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Kebudayaan

4. Diwarisi

Juga dimaksudkan bersambung (continuity) – berkesinambungan

Bukan sahaja diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, tetapi

bersambung dari zaman ke zaman

Ini membawa maksud – tidak ada kebudayaan yang lahir secara serta

merta tanpa pertalian sejarah

Contoh: - teknologi

- pakaian baju kurung, sari kebaya dll

5. Berubah

Tidak ada budaya yang tidak boleh berubah

Perubahan budaya boleh dikaji dari perubahan bentuk, ciri dan proses

yang telah berlaku

Yang mudah berubah – budaya kebendaan

Contoh: - tangga lif

- kereta lembu kuda kereta, bas, kapal terbang dll

- baju kurung moden?

- kebaya moden?

Page 36: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Kebudayaan

6. Simbolik

Kebudayaan itu simbolik – kerana ia boleh dimengerti dan saling

difahami oleh pendokongnya

Sistem perlembagaan yang wujud sama ada secara konkrit dan abstrak

difahami dan dijelmakan oleh manusia menerusi tingkah lakunya

Contoh: - mengibarkan bendera patriotik

- membakar bendera / patung seseorang kebencian

- keris kepahlawanan orang Melayu

7. Berpola & Berstruktur

Kebudayaan mempunyai pola & struktur yang bermaksud sesuatu

kebudayaan mempunyai corak dan susunannya yang tersendiri

Setiap kelompok manusia mempunyai corak organisasi sosial dan

susunan kemasyarakat yang berbeza-beza

Contoh: - kebudayaan yang mengira nasab ibu, ada yang mengira

nasab bapa

- di Malaysia, Afrika, Indonesia dll

Page 37: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Kebudayaan

Pada umumnya kebudayaan ini berpola & berstruktur kerana:

(i) perbezaan persekitaran

(ii) ilmu pengetahuan

(iii) kemajuan sains dan teknologi

(iv) pengaruh asing

(v) jumlah penduduk

8. Sistem Perlembagaan

Dalam kebudayaan terdapat sistem perlembagaan yang bermaksud

sebagai satu-satu lambang dalam budaya yang boleh memberikan

makna tertentu kepada pendokongnya

Sistem perlembagaan boleh dibahagi kepada 2:

(i) lambang

(ii) isyarat

Lambang indah – sesuatu objek dan perlakuan yang dapat memberikan

pengertian tertentu kepada ahli sesuatu kebudayaan

Contoh: bendera, logo, lencana

Page 38: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Kebudayaan

Isyarat ialah – sesuatu objek dan perlakuan budaya yang memberikan

arahan tertentu

Contoh: - lampu trafik

- tanda-tanda di jalan raya

- lambaian tangan

- gambar pada tandas

Lambang biasa dihormati

Isyarat memerlukan kepatuhan daripada pendokong

Contoh: - warga negara yang memijak bendera negaranya

taksirannya apa?

- warga negara yang tabik menunjukkan apa?

Sistem perlembagaan yang wujud dalam budaya – dapat membantu

manusia berhubung & berkomunikasi sesama mereka

Lambang & Isyarat membolehkan manusia mengerti sesuatu makna &

arahan yang sepatutnya diikuti

Contoh: perlawanan bola sepak pengadil meniup wisel

Page 39: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Kebudayaan

9. Budaya mempunyai Pandangan Hidup (World View)

World View – adalah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap

keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian

World View – lahir kerana manusia yang melahirkan

Kebudayaan mempunyai pertalian yang sangat erat dengan alam

sekitarnya – yang diterjemahkan & digunakan dalam kehidupan sehari-

hari

Contoh:

- simpulan bahasa - seperti aur dengan tebing

- ibarat bunga sedang mekar dll

- ukuran - sehasta

- sekangkang kera

- kalau kail panjang sedepa …..

- tempoh masa - sepenanak nasi

- sepiak sirih

- sikap / usaha - kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan

dapat sagunya

- kalau mencabut lalang, cabutlah hingga ke

akarnya (pepatah cina)

Page 40: Sem2 dinamika nota2

KONSEP KENEGARAAN

Page 41: Sem2 dinamika nota2

Konsep Kenegaraan

1. ISTILAH PERKATAAN:

1.1 Berasal dari perkataan NEGARA

Menunjukkan pengenalan bagi:

bangsa masyarakat sistem politik /

pemerintahan

Page 42: Sem2 dinamika nota2

Konsep Kenegaraan

1.2 Definisi Negara

Terdapat beberapa pendekatan:

Organisasi masyarakatnya yang terikat dengan undang-undang

Organisasi dan kuasa pemerintahannya

Kawasan yang berautoriti

Sistem politik dan lain-lain

Page 43: Sem2 dinamika nota2

Konsep Kenegaraan

1.3 Definisi oleh Deutch:

“Negara merupakan sebuah jentera tersusun bagi menyedia dan

menjalankan keputusan-keputusan politik dan menguatkuasakan peraturan

dan undang-undang sesebuah pemerintahan”

Deutch melihat NEGARA sebagai:

(i) jentera pemerintahan

(ii) organisasi yang terkawal dengan undang-undang

Page 44: Sem2 dinamika nota2

Konsep Kenegaraan

1.4 Definisi Kenegaraan

DALAM SAINS [OLITIK – KENEGARAAN DIKATAKAN SEBAGAI SATU

BIDANG KAJIAN TERHADAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA

(NATIONHOOD)

- Tetapi berdasarkan keterangan mengenai negara dan beberapa unsur

yang dikaitkan dengannya. KENEGARAAN pada umumnya ialah:

“KAJIAN MENGENAI SEJARAH PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN

NEGARA, MELIPUTI SOSIO POLITIK, SOSIO-BUDAYA, MASYARAKAT

DAN EKONOMI”

Page 45: Sem2 dinamika nota2

KONSEP POLITIK

Page 46: Sem2 dinamika nota2

Konsep Politik

1.5 KONSEP POLITIK

• BIDANG POLITIK – meliputi aktiviti-aktiviti manusia:

1.1 Tidak formal – aktiviti-aktiviti dalam institusi bukan pemerintahan

Contoh: persatuan, pejabat, rumahtangga dan lain-lain

1.2 Formal – melibatkan hal ehwal kenegaraan

Contoh:Pemerintahan

Pembangunan

negara

Dasar-dasar

awam negara

Pentadbiran

awam

Tanggungjawab

rakyat

Parti-parti

politik

Institusi

Perundangan

Perlakuan &

Budaya politikKehakiman Kuasa

Pengaruh

Page 47: Sem2 dinamika nota2

Konsep Politik

2. PERKATAAN POLITIK

YUNANI (GREEK) – POLIS, POLITIK, POLITIKOS

- NEGARA BANDAR ATAU NEGARA TERKAWAL

LATIN – POLITIKA

- MERUJUK KEPADA ILMU YANG BERHUBUNG DENGAN

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

3. DEFINISI POLITIK

Kepelbagaian aktiviti manusia dan bidang ilmu telah mempengaruhi definisi

politik yang berbeza-beza:

(a) POLITIK – pendekatan Sains Sosial ialah:

“satu cara untuk mengendalikan atau mengurus hal ehwal masyarakat,

termasuklah masalah politik itu sendiri, ekonomi dan keselamatan.”

- kadang-kadang politik juga diaktakan sebagai: “satu kegiatan yang

lahir dari naluri manusia untuk mendapatkan kuasa” kerana dalam

setiap kelompok masyarakat memerlukan pemimpin

- berlakunya persaingan untuk berkuasa

Page 48: Sem2 dinamika nota2

Konsep Politik

4. MATLAMAT POLITIK

“UNTUK MEMBENTUK DAN MENCAPAI PENGHIDUPAN MASYARAKAT

DAN NEGARA YANG ADIL DAN MAKMUR”

Matlamat di atas hanya dapat dicapai:

(i) pemerintah yang jujur

(ii) masyarakat yang sedar terhadap tanggungjawab dalam erti hidup

bernegara

(iii) memiliki semangat dan sikap patriotisme yang tinggi terhadap

negaranya

Page 49: Sem2 dinamika nota2

Konsep Politik

Menurut H.S. Laswell, politik ialah siapa mendapat apa, bila dan

bagaimana?

Sebenarnya terdapat tiga unsur penting dalam politik iaitu:

(i) Dasar (policy)

(ii) Pertentangan (conflict)

(iii) Kuasa (power)

(i) Dasar - Ia merujuk kepada perbezaan pendapat dan matlamat dalam

kegiatan berpolitik. Biasanya sesebuah parti atau kumpulan

memperjuangkan apa yang difikirkan sebagai benar dan realistik

(ii) Pertentangan - Pententangan untuk berkuasa akan melibatkan perspektif

politik yang lain iaitu konflik, pengurusan konflik dan

kaedah penyelesaian konflik

- Contoh – Karl Marx menyatakan politik ialah pertentangan

yang berterusan di antara dua kelas di dalam masyarakat

Page 50: Sem2 dinamika nota2

Konsep Politik

(iii) Kuasa - sangat penting dalam mana-mana sistem politik

- ia menekankan persoalan kuasa, keesahan kuasa dan

penggunaan kuasa

- melibatkan unsur paksaan (coercion) dan sekatan,

pengorbanan atau perlucutan hak (deprivation) yang ketara

- lebih melibatkan ‘pemerintah’, dan yang tidak mengikut

perintah akan dikenakan hukuman

- kuasa yang sah dipanggil autoriti

Max Weber membahagikan autoriti kepada 3:

(i) Autoriti tradisional - kuasa turun temurun atau “divine ringht” yang

berunsur kedewaan / ketuhanan

Page 51: Sem2 dinamika nota2

Konsep Politik

(ii) Autoriti karisma - keperibadian luar biasa seperti Imam

Khomeini, Sukarno, Hitler dll

(iii) Autoriti legal-rasional - disahkan oleh kedudukan politik dan bukan

unsur-unsur peribadi

- ditentukan oleh undang-undang dan peraturan

yang ditetapkan

Page 52: Sem2 dinamika nota2

EVOLUSI POLITIK

Sistem politik juga mengalami proses evolusi

Politik tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:

(a) Sistem Politik Tradisional

(b) Sistem Politik Moden

Page 53: Sem2 dinamika nota2

PERBANDINGAN ANTARA SISTEM POLITIK

TRADISIONAL & MODEN

A. SISTEM POLITIK TRADISIONAL

Ialah sistem pemerintahan yang paling dominan sebelum berlakunya

proses pemodenan yang bermula selepas berlakunya revolusi industri

pada abad ke-18

CIRI-CIRI

(i) Dipengaruhi unsur-unsur kepercayaan, adat resam dan agama yang

digunakan untuk menjamin kedudukan & pengukuhan kuasa pemerintah

(ii) Wujudnya jurang perbezaan antara golongan aristokrat istana / bangsawan

dengan golongan rakyat bawahan

(iii) Berlaku pembatasan peranan rakyat dalam politik – hanya di peringkat

kegiatan politik kampung

(iv) Politik golongan atasan menguasai keseluruhan kepentingan politik,

ekonomi dan tenaga rakyat

(v) Hal-hal kebajikan dan keadilan rakyat tidak mendapat perhatian politik,

golongan atasan

(vi) Sistem politik tradisional dikenali sebagai “tirani” (kejam)

Page 54: Sem2 dinamika nota2

PERBANDINGAN ANTARA SISTEM POLITIK

TRADISIONAL & MODEN

B. SISTEM POLITIK MODEN

Sistem politik moden lahir apabila berlaku reformasi ekonomi daripada

pertanian di Eropah pada abad ke-19

CIRI-CIRI

(i) Diterima sebagai ideologi perjuangan untuk menegak keadilan sosial

(ii) Diterima sebagai konsep negara untuk melindungi rakyat dalam menentang

sistem pemerintahan tradisional (feudal)

(iii) Peranan dan suara rakyat menjadi penting dalam menentukan sesebuah

pemerintahan

(iv) Peranan dan tanggungjawab kerajaan semakin tercabar dalam memenuhi

tuntutan hak dan penyertaan rakyat dalam bidang-bidang politik, ekonomi,

dan status sosial yang lebih baik

(v) Keyakinan & sokongan berterusan daripada rakyat amat diperlukan untuk

mengekalkan sesebuah kerajaan / pemerintahan\

(vi) Kewujudan institusi raja lebih merupakan simbol warisan lampau

(vii) Raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak

(viii) Perlembagaan adalah kuasa tertinggi negara

Page 55: Sem2 dinamika nota2

IDEOLOGI DAN IDEOLOGI POLITIK

Page 56: Sem2 dinamika nota2

Ideologi dan Ideologi Politik

1. IDEOLOGI

Berdasarkan 2 perkataan

- idea (pemikiran, tanggapan)

- logos (ilmu)

Ideologi dari sudut tatabahasanya ialah: “Ilmu tentang konsep

pemikiran, pegangan dan keyakinan”

Dari sudut terminologinya – ideologi boleh didefinisikan sebagai:

“suatu aliran fahaman, falsafah atau prinsip perjuangan yang

berpengaruh, diterima pakai & yang dapat mendorong terhadap

pengenalan sesuatu sistem politik, ekonomi / sosial

Ideologi ini dikenali sebagai Ideologi Sekularisme

Ideologi boleh diibaratkan sebagai nadi / agenda penting dalam mana-

mana perjuangan politik, dan dalam mengukuhkan satu-satu sistem

politik

Contoh: manifesto parti, rukun negara (Malaysia) / Pancasila

(Indonesia), sistem demokrasi, dasar-dasar kebangsaan negara dan

lain-lain

Page 57: Sem2 dinamika nota2

Ideologi dan Ideologi Politik

2. IDEOLOGI POLITIK

Mengikut Alan R. Ball:

Ideologi Politik adalah satu set idea / sistem yang berfungsi dan

diterima pakai dalam sesuatu perlakuan politik bagi menyokong (atau

mengukuh) pelaksanaan rancangan, reformasi atau hasil daripada

sesuatu reaksi

Page 58: Sem2 dinamika nota2

IDEOLOGI NEGARA

Ia tergolong dalam perjuangan ideologi politik

Ia meliputi prinsip-prinsip dan dasar-dasar sosial, ekonomi & politik negara

KENAPA PERLU KEPADA IDEOLOGI NEGARA

1. Untuk memenuhi keperluan agenda ideologi politik sesebuah negara

- masyarakat yang kompleks

- berbagai bangsa dan budaya

2. Untuk melindungi dan memartabatkan negara

3. Untuk menegakkan identiti negara dan bangsa

4. Untuk mencapai keharmonian dan kerukunan hidup bernegara

5. Untuk menanamkan sikap dan semangat patriotisme terhadap negara

6. Contoh di Malaysia:

- Rukun Negara, Perlembagaan Negara, Dasar-Dasar Pembangunan,

Pendidikan, Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain

Page 59: Sem2 dinamika nota2

IDEOLOGI NEGARA

KONSEP HIDUP BERNEGARA & TANGGUNGJAWAB BERNEGARA

“Tatacara / prosidur hidup warga negara atau masyarakat dengan penuh

kesedaran dan tanggungjawab, disertai oleh semangat patriotisme yang tinggi,

saling bekerjasama, bertoleransi, hormat menghormati antara satu sama lain,

(rakyat dengan rakyat dan pemerintah) demi mencapai matlamat sesebuah

negara yang makmur, maju dan berdaulat”

BAGAIMANA MENCAPAINYA

Bergantung kepada komitmen dan kerjasama antara rakyat & pemerintah

Rakyat mesti memahami & menghayati sepenuhnya tentang erti hidup

bernegara

Page 60: Sem2 dinamika nota2

IDEOLOGI NEGARA

TANGGUNGJAWAB RAKYAT YANG PALING ASAS DALAM

MENYEMPURNAKAN MATLAMAT & MENYAHUT CABARAN NEGARA:

1. Membina kehidupan keluarga dengan sempurna

2. Membina & membentuk diri serta peribadi mulia untuk menjadi individu

berguna

3. Menyumbang bakti melalui penguasaan terhadap setiap bidang ilmu dan

kemahiran sedia ada

4. Melaksanakan apa juga tugas & tanggungjawab yang dapat membantu

pembangunan demi kesejahteraan masa depan negara & masyarakat

5. Berazam untuk memahami dan mematuhi perlembagaan dan undang-

undang kebaikkan bersama

6. Berpegang teguh dan mematuhi ajaran agama serta ketatasusilaan hidup

yang sekaligus merupakan benteng kekuatan & keselamatan negara, selain

untuk mendapatkan keredhaan Tuhan demi untuk kejayaan hidup di dunia

dan di alam sesudahnya

Page 61: Sem2 dinamika nota2

SEKIAN TERIMA KASIH

TAMAT

BYE..

!!!

Page 62: Sem2 dinamika nota2

DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Oleh:

HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Page 63: Sem2 dinamika nota2

SISTEM POLITIK DAN KERAJAAN

Page 64: Sem2 dinamika nota2

ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

Negara ini mula dihuni manusia lebih daripada 35,000 tahun lalu dengan terjumpanya bukti

arkeologi di:

Gua Niah (Sarawak) Zaman Paleolitik

Kota Tampan (Perak) (Zaman Batu Awal)

Tingkayu (Sabah) (35,000 tahun lalu)

Gua Cha (Kelantan)

Gua Kecil (Pahang) Zaman Mesolitik

Guar Kepah (Kedah) (11,000 tahun lalu)

Gua Mandai (Sabah)

Jenderam Hilir (Selangor)

Gua Gamoutong (Sabah) Zaman Neolitik

Gua Tengkorak (Sarawak) &

Sungai Long (Selangor) Zaman Logam (besi, gansa)

Sungai Tembeling (Pahang) (2500 – 5000 tahun lalu)

Sungai Muar (Johor)

Semenanjung dikenali sebagai “SUVARNABUMI” (Bumi Emas) oleh pedagang India.

Bahasa yang digunakan dikepulauan Melayu ialah Bahasa Melayu

SEJARAH AWAL NEGARA

Page 65: Sem2 dinamika nota2

PENDUDUK KEPULAUAN MELAYU

Terdiri daripada pelbagai suku kaum:

- Orang Asli (Negrito, Senoi, Sakai, Melayu Asli dll)

- Orang Melayu, termasuk juga Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling,

Rawa, Johor Riau dll.

Sabah & Sarawak

- Kadazan, Bajau, Dusun, Bisaya dll (Sabah)

- Iban, Kayan, Kelabit, Melanau, Melayu dll (Sarawak)

KERAJAAN AWAL DI MALAYSIA

Sebelum kemunculan kerajaan Melayu Melaka, wujud beberapa kerajaan seperti

Langkasuka, Pan-Pan, Tan-Tan, Tun-Sun dan Chih-Tu

Kerajaan-kerajaan tersebut muncul sejak awal kurun Masihi

Kerajaan Kedah Tua pula muncuk pada abad ke-5 Masihi yang berpusat di Sungai Emas,

Kuala Muda kemudian beralih pusat pemerintahan ke Lembah Bujang

Kerajaan ini amat maju (hingga abad ke 14) kerana mempunyai pelabuhan entreport yang

terkenal

Sejarah Awal Negara

Page 66: Sem2 dinamika nota2

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Dibuka oleh Parameswara (daripada Palembang)

Berkembang menjadi pelabuhan penting

Berbaik dengan kuasa besar China untuk mendapat perlindungan agar tidak

diganggu oleh Ayuthia dan Majapahit

Parameswara memberi tumpuan kepada usaha-usaha memajukan Melaka

Parameswara kemudian memeluk agama Islam dengan nama Iskandar Syah

Ini telah menguntungkan Melaka kerana menarik lebih ramai pedagang Islam

(Arab & India)

Melaka menjadi lebih maju apabila Iskandar Syah berkahwin dengan Puteri Pasai

kerana Pasai mempunyai kerajaan yang kukuh, pelabuhan yang maju, pusat

perkembangan ilmu pengetahuan dan pusat penyebaran agama Islam

Sejarah Awal Negara

Page 67: Sem2 dinamika nota2

Bermula daripada asas yang dibina Iskandar Syah, Melaka terus berkembang

pada zaman pemerintahan Sultan Muhamad Syah (1424-144) dan Raja Ibrahim

(1444-1446)

Ketika Sultan Muzaffar Syah memerintah (1446) Melaka sudah pun menjadi

sebuah pelabuhan yang maju dan mempunyai sistem pemerintahan yang utuh.

Untuk kawalan Melaka melaksanakan sistem hal ehwal pengurusan yang cekap

(Sistem Pembesar Berempat, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut)

Raja dibantu oleh 4 pembesar – Bendahara, Penghulu, Bendahari, Temenggung

dan Laksamana

Undang-undang Islam juga digunakan pada zaman pemerintah Sultan Alauddin

Riayat Syah

Namun pada zaman pemerintah Sultan Mahmud Syah (1488-1511) Melaka mula

merosot, perpecahan dalam negeri berlaku dan akhir jatuh ketangan Portugis

(1511)

Sultan Melaka kemudiannya membuka pusat pemerintah di Johor.

Sejarah Awal Negara

Page 68: Sem2 dinamika nota2

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Page 69: Sem2 dinamika nota2

Demokrasi berparlimen merujuk kepada pemerintah demokrasi yang dijalankan

secara perwakilan

Perwakilan dipilih melalui pilihanraya

Proses demokrasi berparlimen di Malaysia bermula pada tahun 1955 apabila

pilihanraya umum pertama diadakan bagi memilih kabinet kerajaan Persekutuan

Tanah Melayu.

Namun ada juga yang berpendapat daripada segi prinsipnya proses demokrasi

bermula dengan Sistem Ahli yang dibentuk pada tahun 1951 (atas desakan anak

tempatan)

Sistem Ahli merujuk kepada keanggotaan dalam Majlis Perundangan

Persekutuan (seolah-olah kabinet sekarang)

Pada tahun 1951 diadakan pilihanraya untuk memilih wakil-wakil dalam kerajaan

tempata Majlis Perbandaran George Town, Pulau Pinang

Demokrasi Berparlimen

Page 70: Sem2 dinamika nota2

Dalam pilihanraya parti-parti politik mengambil bahagian Antaranya:

Parti Radikal, Parti Buruh dan UMNO

Pada tahun 1952 diadakah pilihanraya kerajaan tempat Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur

Dalam pilihanraya ini kerjasama antara kaum bermula di mana UMNO &

MCA berpakat menentang Parti Buruh dan Parti Kemerdekaan Malaya

Hasilnya pakatan UMNO & MCA memenangi 6 daripada 9 kerusi yang

dipertandingkan – sehinggalah pilihanraya umum 1955 untuk memilih

Ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang menyerupai kabinet pada

hari ini.

Walau bagaimanapun, dalam konteks negara Malaysia, sistem

demokrasi berparlimen adalah berasaskan sistem demokrasi

Wesminster di England

Demokrasi Berparlimen

Page 71: Sem2 dinamika nota2

Dengan terbentuknya parlimen selepas negara mencapai kemerdekaan,

kedudukan kabinet sekarang agak berbeza kerana selain daripada

menjadi badan pemerintah, ia juga adalah badan pembentuk dan

pelaksana dasar tertinggi negara

Namun begitu, setiap rang undang-undang yang hendak dijadikan dasar

perlu mendapat persetujuan persidangan parlimen

Kedudukan kabinet seperti itu dalam sistem demokrasi berparlimen di

Malaysia disebut juga sebagai sistem kabinet berparlimen

Ini bererti kabinet merupakan salah sebuah organisasi utama dalam

struktur pemerintahan dan pentadbiran Persekutuan yang menjalankan

kuasa pemerintah melalui parlimen

Demokrasi Berparlimen

Page 72: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen

(i) Perlembagaan

(ii) Raja Berperlembagaan

(iii) Pilihanraya

(i) Perlembagaan

Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia

mempunyai perlembagaan

Iaitu undang-undang dasar bagi sesebuah negara yang berupa

prinsip, peraturan dan panduan yang menentukan bentuk kerajaan

yang boleh didirikan dalam sesebuah negara serta kuasa yang

boleh digunakan oleh kerajaan mentadbir negara

Demokrasi Berparlimen

Page 73: Sem2 dinamika nota2

(ii) Raja Berperlembagaan

Bermaksud dalam menjalankan pemerintahan negara, raja

hendaklah mematuhi had-had yang telah ditetapkan oleh

perlembagaan

Di Malaysia sistem demokrasi berparlimen telah diperkukuh melalui

sistem raja berperlembagaan

Berdasarkan sistem ini, jawatan ketua negara bagi Persekutuan

Tanah Melayu adalah dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu

dan dilantik secara bergilir-gilir dengan gelaran ‘Duli Yang Maha

Mulia Sri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong’ (YDPA)

berkhidmat selama 5 tahun

Dalam Perlembagaan Negara Malaysia YDPA disebut sebagai

‘Ketua Utama Negara’ (Perkara 32)

Manakala bagi negeri-negeri pula sultan-sultan adalah ketua negeri

masing-masing

Demokrasi Berparlimen

Page 74: Sem2 dinamika nota2

Perlembagaan menetapkan (Perkara 34) bahawa YDPA tidak boleh

memegang apa-apa jawatan lain yang bergaji/berelaun, berniaga,

saraan/pendapatan sebagai raja dinegerinya, tidak boleh meninggalkan

negara melebihi 15 hari, kecuali untuk lawatan negara

YDPA dan mana-mana sultan boleh didakwa di Mahkamah Khas

(Perkara 182(1) jika melakukan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh

dilucut jawatan

YDPA dalam menjalankan tugasnya (Perkara 40) hendaklah mengikut

nasihat jemaah menteri, melantik Perdana Menteri dan samada

perkenan atau tidak memperkenankan pembubaran parlimen

Demokrasi Berparlimen

Page 75: Sem2 dinamika nota2

YDPA juga pemerintah tertinggi angkatan tentera (Perkara 41), Ketua

agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Sabah

dan Sarawak dan bagi negeri tempat baginda menjadi sultan (Perkara 3)

YDPA boleh mengampun dan menangguhkan hukuman ke atas

kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Tentera dan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (Perkara 42)

YDPA juga melantik jemaah menteri (Perkara 43), mengisytiharkan

darurat (Perkara 150) dan memperkenankan rang undang-undang yang

telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara (Perkara 66)

Demokrasi Berparlimen

Page 76: Sem2 dinamika nota2

(iii) Pilihanraya

Merupakan satu ciri penting bagi sistem demokrasi berparlimen

Merupakan ‘senjata rakyat’ untuk memilih kerajaan

Dalam pilihanraya rakyat akan memilih wakil-wakil rakyat yang akan

mewakili mereka baik untuk peringkat negeri mahupun peringkat

persekutuan

Bagi peringkat negeri, wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya

akan menganggotai Dewan Undangan Negeri di setiap negeri

Bagi yang menang kerusi Parlimen akan menganggotai Dewan

Rakyat

Perlembagaan menetapkan bahawa pilihanraya mesti diadakan

dalam tempoh tidak lebih daripada 5 tahun

Demokrasi Berparlimen

Page 77: Sem2 dinamika nota2

SEKIAN TERIMA KASIH

TAMAT

BYE..

!!!

Page 78: Sem2 dinamika nota2

DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Oleh:

HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Page 79: Sem2 dinamika nota2

MASYARAKAT MULTI ETNIK DI MALAYSIA

Page 80: Sem2 dinamika nota2

MASYARAKAT AWAL (MELAYU)

1. Menurut G. Ceodes (The Indianesed State of S.E.A)

- penduduk pribumi bumi NUSANTARA pada zaman pra

sejarah

- sudah memiliki peradaban mereka sendiri

- dalam bidang ekonomi – sudah menjalankan usaha-

usaha pertanian padi, menternak bintang, menguasai ilmu

pelayaran & penggunaan logam

2. Mengikut N.J Krom – terdapat juga kesenian seperti wayang

kulit, gamelan & kepandaian membatik

3. Ralph Linton – organisasi sosio-politik penduduk-penduduk

kepulauan Melayu pada masa lampau merupakan corak

daripada unit-unit perkampungan seperti yang dikenali sampai

hari ini – organisasi yang mempunyai ketua (ketua kampung)

Page 81: Sem2 dinamika nota2

LATAR BELAKANG MASYARAKAT

MELAYU TRADISIONAL

1. Orang Melayu sudah beribu-ribu tahun hidup bermasyarakat di

semenanjung

2. Bukti-bukti jelas daripada tinggalan rangka-rangka manusia,

alat-alat kerja yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi di beberapa

tempat

3. Asal-usul orang Melayu – terdapat berbagai-bagai teori,

antaranya oleh Hendrik Kern dan Von Heine – Geldern

mengatakan:

- Terdapat 2 kumpulan pengembara dari Yunan antara tahun

2500 – 1500 SM

- Contoh : Melayu Proto – orang Melayu asli sekarang

: Melayu Deutro – orang Melayu sekarang

Page 82: Sem2 dinamika nota2

1. Sistem politik / pentadbiran melalui tradisi (awal) adalah mudah

2. Bermula dengan peringkat yang paling kecil. Cth: pentadbiran

keluarga

3. Di ketuai oleh bapa / suami

4. Dalam setiap kelompok masyarakat Melayu – terdapat

seseorang tokoh yang dilantik sebagai pembimbing (ketua

kampung) – supaya ahli masyarakat dapat hidup bersama dan

saling hormat menghormati

5. Ciri-ciri pemilihan ketua:

(i) umur (seniority)

(ii) pengalaman yang luas

(iii) mempunyai kuasa luar biasa (bomoh / pawang)

(iv) pandai bermain senjata

SISTEM POLITIK MASYARAKAT

MELAYU TRADISIONAL

Page 83: Sem2 dinamika nota2

Sistem Politik Masyarakat

Melayu Tradisional

7. Jawatan ketua diturun temurunkan (ascribtion)

- bukan berdasarkan pencapaian (achievement)

- ada ikatan kekeluargaan

8. Kadang-kadang berlaku juga konflik sesama mereka dalam

kelompok masyarakat melayu / kumpulan dari luar

9. Punca konflik : perebutan kawasan pengairan, persawahan /

perdagangan

10. Unit-unit perkampungan telah disatukan menjadi sebuah

organisasi yang lebih berkesan & kuat – memberi peluang

untuk berkembang melalui penaklukan – kerajaan Melayu awal

11. Istana menjadi pusat pemerintahan kerajaan dipimpin oleh

seorang raja – dibantu oleh pembesar

Page 84: Sem2 dinamika nota2

ASPEK EKONOMI

1. Ekonomi sara diri – penumpuan mencari makan – bergantung

pada alam sekitar – hubungan rapat dengan alam

2. Pertanian, menternak binatang – berusaha menghasilkan

barangan keperluan sendiri – jika tak ada – tukar dengan

barang

3. Sistem ekonomi melayu lama – terpisah antara golongan

pemerintah dengan rakyat

4. Golongan pemerintah – menguasai ekonomi melalui

pemungutan cukai

5. Majoriti rakyat adalah petani

6. Ada yang tinggal berhampiran dengan pelabuhan – melibatkan

diri dalam perdagangan

7. Tanah menjadi milik pemerintah

Page 85: Sem2 dinamika nota2

Aspek Ekonomi

8. Rakyat tak ada tanah – sewa tanah pembesar

9. Kegiatan ekonomi dijalankan bersama-sama ahli keluarga –

suka pada ahli keluarga yang ramai

10. Kerja-kerja dibantu oleh binatang

11. Hubungan sosial yang erat antara masyarakat – tolong

menolong

12. Penggunaan teknologi rendah senderhana – (parang, kapak,

cangkul, dan lain-lain)

13. Terdapat juga teknologi pembinaan perahu dan kapal

Page 86: Sem2 dinamika nota2

ASPEK SOSIAL

KELUARGAAN

- Merupakan perkara penting sebagai pengikat hubungan antara anggota

keluarga

- Terdapat 6 fungsi keluargaan:

(a) Fungsi Ekonomi – aktiviti ekonomi banyak bergantung kepada tenaga

kerja keluarga

(b) Fungsi Pembelajaran – pembentukan akhlak, kemahiran tertentu serta

warisan budaya bermula dalam keluarga. Ia berlaku dalam 2 tahap:

(i) Tahap kanak-kanak – penekanan terhadap pembentukan akhlak

(ii) Tahap remaja hingga dewasa – menekan kemahiran-kemahiran

tertentu (bertukang, bermain senjata dll) – Keluarga yang tidak

melaksanakan tanggungjawab ini akan merasa terhina dan

rendah diri

Page 87: Sem2 dinamika nota2

Aspek Sosial

(c) Fungsi Keagamaan – pengukuhan doktrin keagamaan dilaksanakan

oleh keluarga (khususnya Islam) – kejahilan anak-anak akan

memalukan keluarga

(d) Fungsi Perlindungan – lingkungan keluarga (tempat yang paling

selamat)

- keluarga memberikan perlindungan dari menadpaat ancaman

fizikal, ekonomi, tekanan jiwa dan kesejahteraan psikologi

- Layanan yang baik daripada anak-anak kecil sehingga orang tua

(uzur) – menjadi tanggungjawab keluarga

- Keluarga menjadi tempat menyelesaikan masalah

(e) Fungsi Rekreasi – bagaimana individu menghabiskan masa lapang

(penglibatan dalam permainan, muzik, ukiran dan perbagai bentu seni)

(f) Fungsi Pemberian Status – kedudukan individu ditentukan oleh

keluarga yang dianggotainya

Page 88: Sem2 dinamika nota2

SISTEM KEPERCAYAAN ORANG MELAYU

- Mengikut Ralph Linton

- Sistem kepercayaan penduduk-penduduk kepulauan Melayu – percaya

kepada kuasa-kuasa luar biasa. Contoh: Animisme (penunggu,

makhluk halus, semangat dan lain-lain)

- Terdapat juga kepercayaan dewa-dewa yang menguasai alam semesta

(dewa bintang, dewa langit, dewi bumi dll) dan gejala-gejala pemujaan

roh nenek moyang

- Kesan daripada kepercayaan terhadap makhluk halus telah menyebabkan

lahirnya pelbagai upacara, peraturan (pantang larang) dan lain-lain

Page 89: Sem2 dinamika nota2

MASYARAKAT MAJMUK

Page 90: Sem2 dinamika nota2

Masyarakat Majmuk

• Mula diperkenalkan oleh J.S. Furnivall pada tahun 1948

(buat kajian di Burma) lebih menekankan kesan

penjajahan sebagai kuasa ekonomi

• Definisi Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai

kelompok ras/etnik yang berlainan tetapi berada di

bawah satu sistem pemerintahan

Page 91: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri

(a) Furnivall:

(i) Terdiri daripada dua atau lebih komuniti

yang berbeza keturunan, kaum, adat resam

dan lain-lain di antara satu sama lain

(ii) Tidak berkongsi azam sosial yang sama

(iii) Hanya berinteraksi dalam keadaan yang

terbatas seperti hubungan interpersonal

dalam kegiatan jual-beli

Page 92: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri

(iv) Mempunyai struktur politik penjajah

(v) Pembahagian tugas adalah mengikut garis

etnik

(b) M. G. Smith:

(i) Mempunyai kepelbagaian budaya

(ii) Tiada nilai bersama dan wujud konflik

berkaitan kebudayaan yang dimiliki mereka

Page 93: Sem2 dinamika nota2

Ciri-ciri

(c) Van den Berghe:

(i) Tiada konsensus nilai

(ii) Terdapat pelbagai kebudayaan

(iii) Wujud konflik antara kelompok yang

berlainan

(iv) Saling bergantung dalam aspek ekonomi

sebagai dasar intergrasi sosial

(v) Dominasi politik oleh satu golongan tertentu

(vi) Hubungan antara kelompok lebih bercorak

sekunder manakala hubungan dalam

kelompok lebih berbentuk primer

Page 94: Sem2 dinamika nota2

Kesan

• Setiap kumpulan etnik cenderung untuk tinggal dalam

kelompok sendiri tetapi berasingan daripada kelompok

etnik lain

• Setiap etnik mempunyai kegiatan ekonomi masing-

masing yang berbeza

• Ciri-ciri pekerjaan adalah mengikut garis etnik

• Jurang sosial di antara kaum menjadi lebar kerana

interaksi di antara mereka terbatas

• Ketiadaan azam sosial bersama menghasilkan

tingkah laku yang tersendiri dalam berpolitik

Page 95: Sem2 dinamika nota2

Kesan

• Konflik mudah berlaku dalam masyarakat majmuk

kerana:

Kepelbagaian kebudayaan

Perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan

Prasangka yang tebal dan tiada hubungan akrab

Kecenderungan mengekalkan identiti tersendiri

Penguasaan dalam bidang-bidang tertentu

Bilangan masyarakat majoriti dan minoriti yang

hampir sama

Page 96: Sem2 dinamika nota2

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Page 97: Sem2 dinamika nota2

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

• Kehadiran orang-orang asing di Malaysia khususnya

orang-orang Cina telah bermula seawal tahun Masihi

414 (catatan Sami Buddha Fa Hsien)

• Menjelang abad ke 15 (Zaman Kesultanan Melaka)

jumlah bertambah

• Melaka merupakan penempatan awal & terbesar orang

Cina di Tanah Melayu (catatan Laksamana Cheng Ho)

mereka dikenali sebagai ‘straits Chinese’ atau Baba

Page 98: Sem2 dinamika nota2

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

• Selain orang Cina terdapat juga India dan Arab di

Melaka pada ketika itu

• Kehadiran orang-orang asing di zaman Kesultanan

Melaka telah menimbulkan masalah kerana:

(i) Jumlahnya yang kecil

(ii) Datang hanya berdagang/sebagai pelaut asing

(iii) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca

(iv) Menghormati budaya tempatan

Page 99: Sem2 dinamika nota2

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

(v) Hubungan antara Melaka dengan Cina lebih

kepada bersifat hubungan kerajaan (Perkahwinan

Sultan dengan Hang Li Po)

(vi) Semua kaum patuh kepada undang-undang &

peraturan (Hukum Kanun Melaka & Undang-

undang Laut Melaka) menyebabkan tidak

timbul masalah perkauman

(vii) Tidak wujud sifat ‘persaingan’ antara kaum kerana

sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’

Page 100: Sem2 dinamika nota2

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

• Penempatan yang tersendiri dengan komuniti yang

terasing daripada penduduk tempatan menjadikan

perbezaan budaya dan cara hidup amat ketara

Menjelang abad ke 20 menyaksikan kedatangan

orang-orang India secara beramai-ramai untuk

memenuhi tenaga kerja di estet-estet getah & buruh-

buruh membina jalan-jalan

Contoh: 1901 – 120,000 orang

1931 – 625,000 orang

1941 – 2,725,917 orang

Page 101: Sem2 dinamika nota2

• Mengikut perangkaan, jumlah penduduk yang dibuat

dalam tahun 1931, menunjukkan pertama kali didapati

jumlah rakyat asing telah melebihi jumlah penduduk

tempatan

Tahun 1911 1921 1931 1941

Kaum

Melayu 53.8% 49.2% 44.7% 41%

Cina 34.2% 35.0% 39.0% 43%

India 10% 14.0% 14.2% 14%

Lain-lain 2% 1.8% 2.1% 2%

Sumber: Jabatan Perangkaan Tanah Melayu

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

Page 102: Sem2 dinamika nota2

• Kehadiran pendatang-pendatang asing telah

memesatkan pertambahan penduduk

Contohnya:

Pada tahun 1891 jumlah penduduk di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu 218,000 orang

Menjelang 1931 meningkat 1.7 juta orang

dengan taburan:

Melayu – 34.7%

Cina – 41.5%

India – 22.2% 65.3%

Lain-lain – 1.6%

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

Page 103: Sem2 dinamika nota2

• Perbezaan cara hidup antara kaum di Tanah Melayu

telah menepati ciri-ciri MM (Masyarakat Majmuk)

Orang Melayu – dikategorikan sebagai petani

Orang Cina – di lombong-lombong & peniaga

Orang India – di estet-estet

Keadaan ini berterusan daripada sebelum merdeka

awal kemerdekaan

Kekhuatiran orang-orang Melayu terhadap hak-haknya

jelas dengan penolakan Malayan Union (1946) &

peristiwa 13 Mei 1969

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

Page 104: Sem2 dinamika nota2

• Walau bagaimanapun, ciri-ciri MM telah dapat

dikurangkan selepas kemerdekaan melalui dasar-dasar

pentadbiran kerajaan

Tetapi ciri-ciri komunal tidak dapat dihapuskan kerana

kewujudan parti-parti perkauman di mana

pemerintahan Barisan Nasional sendiri adalah

berteraskan komponen parit-parit ketiga-tiga kaum:

Melayu - UMNO

Cina - MCA

India - MIC

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di Malaysia

Page 105: Sem2 dinamika nota2

Pembentukan Masyarakat Majmuk

di MalaysiaMelayu Mudah Lupa (Sajak)

(Dibacakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di akhir

ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan

Dunia Putra (PWTC) semalam

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak Tiada daulat

Melayu mudah lupa Tiada maruah

Melayu mudah lupa Tiada bebas

Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena

Dulu bangsanya kelas dua Tanah lahirnya yang merekah

Melayu mudah lupa Berdarah

Dulu bangsanya hina Ingatlah

Melayu mudah lupa Ingatlah

Dulu bangsanya sengketa Ingatlah

Melayu mudah lupa Jangan muidah lupa lagi

Dulu bangsanya derita Kerana perjuanganmu belum selesai

Page 106: Sem2 dinamika nota2

MASYARAKAT MODEN(PELBAGAI)

Page 107: Sem2 dinamika nota2

MASYARAKAT MODEN (PELBAGAI)

DI MALAYSIA

• Masyarakat Malaysia Moden hari ini lebih dikenali sebagai

masyarakat pelbagai kerana penglibatan menyeluruh golongan

etnik dalam pelbagai kegiatan hidup

• Kegiatan-kegiatan hidup tersebut merangkumi aspek-aspek seperti

berikut:

(a) Ekonomi

(i) Bidang perniagaan dan perdagangan kini bukan lagi

dimonopoli oleh kaum Cina sahaja tetapi telah

diceburi oleh orang Melayu dan India

(ii) Pekerjaan mengikut garis etnik semakin kabur

kerana setiap bidang pekerjaan telah diceburi oleh

pelbagai etnik.

(iii) Sektor swasta berperanan memberikan peluang-

peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum

Page 108: Sem2 dinamika nota2

Masyarakat Moden (Pelbagai)

di Malaysia

(b) Politik

(i) Terdapat perikatan politik yang disertai oleh semua

kaum melalui parti Barisan Nasional iaitu sebagai

parti pemerintah

(ii) Parti-parti pembangkang juga dianggotai oleh

pelbagai kaum walaupun ada parti pembangkang

yang khusus dianggotai oleh satu kaum namun

perpaduan masih terus dapat dikekalkan

(iii) Sektor swasta berperanan memberikan peluang-

peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum

Page 109: Sem2 dinamika nota2

Masyarakat Moden (Pelbagai)

di Malaysia

(c) Sosial

(i) Terdapat tempat tinggal yang sama untuk semua

kaum seperti di taman-taman perumahan

(ii) Interaksi antara kaum adalah akrab iaitu tidak terhad

kepada aspek jualbeli di pasar sahaja

(iii) Pertubuhan-pertubuhan induk diperingkat

kebangsaan seperti sukan, pekerjaan, kesihatan,

kebangkitan dan seumpamanya dianggotai oleh

semua kaum

(iv) Sistem pendidikan dari peringkat rendah hinggi ke

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan

silabus yang sama

(v) Mewujudkan sekolah wawasan dengan tujuan

menyemaikan semangat perpaduan dikalangan

semua kaum bermula di peringkat sekolah rendah

Page 110: Sem2 dinamika nota2

INTEGRASI NASIONAL

Page 111: Sem2 dinamika nota2

Integrasi Nasional

Definisi Integrasi

- Weiner (1944:55) berpendapat integrasi sosial di definisikan

sebagai satu proses yang menyatukan kumpulan-kumpulan yang

berasingan dari segi budaya dan sosial menjadi satu ‘territotial

unit’ dan membentuk perpaduan nasional

- Menurut Schermerhon (1970:12) integrasi merupakan usaha

menyatukan unit-unit kecil atau golongan minoriti ke dalam satu

masyarakat yang dominan dari segi sosio-budaya dan

falsafahnya.

- Dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk,

masalah integrasi adalah satu masalah yang besar

- Perbezaan-perbezaan yang wujud diantara kaum-kaum boleh

menimbulkan tegangan dan mengancam keselamatan negara

Contoh: Peristiwa 13 Mei 1969 dilihat sebagai kemuncak

manifestasi masalah integrasi nasional

Page 112: Sem2 dinamika nota2

Integrasi Nasional

- Sejak itu pihak kerajaan telah memberi keutamaan kepada

integrasi nasional dalam dasar-dasar yang dilaksanakan

- Integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial adalah

proses menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat

melalui satu identiti bersama dengan mengenepikan perbezaan-

perbezaan besar – dalam masa yang sama tidak menghilangkan

identiti asas masing-masing

- Dalam proses ini, integrasi norma dan nilai dikalangan kaum

amatlah penting walaupun ia agak sukar dilaksanakan

- Setiap manusia mempunyai norma dan nilai yang universal dan

hampir sama seperti saling menghormati, saling memahami,

toleransi, kerjasama, kejiranan, saling menolong, sayang kepada

negara, cintakan keamanan, keharmonian dll

- Nilai dan norma universal inilah yang diharap dapat disepakat

oleh semua kaum di negara ini

Page 113: Sem2 dinamika nota2

Integrasi Nasional

- Kesepakatan norma dan nilai tidak akan mengorbankan indentiti

bersama tanpa mengorbankan indentiti asas mereka

- Satu keperluan lain ialah kesanggupan dan kesediaan setiap

kaum menerima norma dan nilai baru sebagai indentiti bersama

tanpa mengorbankan identiti asas mereka.

- Untuk mewujudkan kesepakatan norma dan nilai-bukanlah suatu

perkara yang mudah kerana ia tidak berlaku secara semulajadi

- Menurut ahli-ahli sains sosial, untuk mewujudkan kesepakatan,

perlu ada keadaan saling bergantung dari segi ekonomi, politik

dan sosial

- Ini dapat dilakukan melalui penyertaan kaum-kaum dalam satu

sistem pengeluaran yang sama, interaksi dan tindakan politik.

- Diantara unsur-unsur ini, tindakan politik adalah unsur yang paling

penting dalam merancang dan mewujudkan keadaan saling

bergantung dan interaksi di kalangan kaum

Page 114: Sem2 dinamika nota2

Integrasi Nasional

- Di Malaysia tindakan politik sudahpun diambil bagi mewujudkan

integrasi nasional sejak negara mencapai kemerdekaan

- Namun selepas Peristiwa 13 Mei 1969, usaha lebih tegas dan

bersungguh-sungguh telahy dilakukan untuk mencapai matlamat

tersebut.

Contoh:

(i) mewujudkan Dasar Pendidikan Kebangsaan

(ii) mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

(iii) mewujudkan Dasar Ekonomi Baru

(iv) memperkenalkan Rukun Negara

(v) memperkenalkan Rukun Tetangga

(vi) memperkenalkan konsep 1 Malaysia dll

Page 115: Sem2 dinamika nota2

GAGASAN 1 MALAYSIA

Page 116: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

1. PENGENALAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap

negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus

kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi

menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan

anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakini Bangsa Malaysia,

yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina

sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu

bersaing dengan masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi

pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang

sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun

Razak memperkenalkan Konsep 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita

rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Page 117: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara

rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi

pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup

mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu

menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam

segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Sato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita

mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan

etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong

kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil

dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak

mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan, kita keluar daripada

cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Page 118: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut:

Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin

memainkan peranan masing-masing.

“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi

maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir

melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan

tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop

bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan

tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka

sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan

pekara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan

kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan

bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan

negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa

mengira kaum dan agama di Malaysia.

Page 119: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik

dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi.

Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara

melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia , YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat

bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka

kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA

DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia

memiliki kelainan seperti berikut:

1 Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini

tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula

adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang

wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil

secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total

Page 120: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

4. MATLAMAT

1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam

kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan

kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi

sebarang cabaran.

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara

menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1 Malaysia

bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di

kalangan rakyat Malaysia.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu,

dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang

membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka

urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Page 121: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

5. 3 PRINSIP TERAS MALAYSIA

1 Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan

nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAAN

PRINSIP KENEGARAAN

PRINSIP KEADILAN SOSIAL

5.1 PRINSIP PENERIMAAN

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malauysia mempunyai cara hidup,

amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama

lain sebagai rakan setia.

5.2 PRINSIP KENEGARAAN

Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan

semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman

melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng

Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan

kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.

Page 122: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru

(DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di

negara ini.

Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang

dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran

‘Bapa Perpaduan’.

Tun Dr. Mahatir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula

membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

di negara ini.

Page 123: Sem2 dinamika nota2

Gagasan 1 Malaysia

5.3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL

Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi

keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang

penting.

Melalaui Konsep 1 Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan

kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

Namun begitu Konsep 1 Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial

bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang

keterlaluan dan bukan-bukan.

Page 124: Sem2 dinamika nota2

SEKIAN TERIMA KASIH

TAMAT

BYE..

!!!

Page 125: Sem2 dinamika nota2

DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Oleh:

HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

Page 126: Sem2 dinamika nota2

ISLAM DI MALAYSIA

Page 127: Sem2 dinamika nota2

KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU PERINGKAT AWAL

Para sejarawan berpendapat bahawa Melaka merupakan negeri yang

mula-mula menerima Agama Islam

Raja Melaka (Parameswara) telah memeluk Islam yang dikenali sebagai

Megat Iskandar Shah (1414)

Menurut buku sejarah Melayu raja Melaka pertama memeluk Islan ialah

Raja Kecil Besar (Sultan Muhamad Syah)

Berpandukan dua sumber tersebut, sejarawan Barat berpendapat

bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu berlaku pada kurun ke 15

Masihi dan ia bermula dari Melaka

PERKEMBANGAN AWAL

Page 128: Sem2 dinamika nota2

Menurut Syed Naquib al-Attas berpandangan Islam mula masuk ke

Tanah Melayu melalui negeri Terengganu berdasarkan kepada wujudnya

Batu Bersurat Terengganu (di Hulu Sungai Berang – 1899 Masihi)

Batu Bersurat ini bertulisan Jawi-bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303

Masihi (tentang hukum-hukum Islam)

Tapi mengikut Harrison bertarikh 1326/1380 masihi

Kedatangan Islam ke Terengganu berkait rapat dengan aktiviti dakwah

dan perdagangan (pedagang Asia Barat) yang menjadikan terengganu

sebagai tempat persinggahan antara India ke China sejak awal abad ke

13 (telah wujud sebuah kerajaan di Kuala Berang)

Pengembara Cina Ling Wai Tai ada mencatat tentang sebuah kerajaan

di Kuala Berang bernama Fo-Lo-An diperintah oleh Raja Mandalika

(daripada Kerajaan Melayu Jambi)

PERKEMBANGAN AWAL

Page 129: Sem2 dinamika nota2

Ada yang berpendapat pengislaman di Terengganu berkait rapat dengan

pengislaman di Champa dan Khmir (abad ke 10 Masihi) – hujahnya

ialah Batu Bersurat Terengganu ada persamaan dengan batu bersurat

yang dijumpai di daerah Phang Rang di Kemboja

Oleh itu daripada beberapa fakta sejarah jelaslah Terengganu juga

boleh dikatakan antara negeri Melayu terawal menerima Islam (selewat-

lewatnya pada abad ke 13 Masihi)

Mengenai Negeri Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor

dikatakan penyebaran Islam secara meluas berlaku pada abad ke 15

dan awal ke 16 Masihi bila negeri-negeri tersebut menjadi jajahan takluk

Melaka.

Negeri Kelantan yang terkenal dengan negeri Tan Tan sejak abad ke 6 &

7 Masihi telah berhubungan dengan kerajaan Campa yang telah terlebih

dahulu menerina Islam

PERKEMBANGAN AWAL

Page 130: Sem2 dinamika nota2

Selain daripada itu Kedah juga dikatakan diantara negeri terulung

menerima Islam kerana kedudukannya yang strategik sebagai pusat

pelabuhan penting dengan Asia Barat

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan agama Islam

ialah agama rasmi Persekutuan

Bagaimanapun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di

mana-mana bahagian Persekutuan

Perkara 11 pula telah memperuntukan bahawa tiap-tiap individu berhak

menganut, mengamal serta mengembangkan agamanya

PERKEMBANGAN AWAL

Page 131: Sem2 dinamika nota2

Bagaimanapun, bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh menggubal

undang-undang untuk mengawal atau menyekar apa-apa kepercayaan

yang dianggap menyeleweng di kalangan meraka

Kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal perkara-perkara

tentang undang-undang Islam termasuklah kuasa menubuhkan

mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam

Bagi kes-kes jenayah, Mahkamah Syariah berkuasa mengenakan

hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, apa-apa denda sehingga

RM5000 atau enam sebatan atau kedua-duanya sekali

PERKEMBANGAN AWAL

Page 132: Sem2 dinamika nota2

ISLAM DAN TRANSFORMASI PENTADBIRAN

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

Di peringkat pada tahun 1985 sebagai sebahagian daripada pelbagai

usaha kerajaan Malaysia untuk menerapkan unsur-unsur Islam dalam

sistem pentadbiran dan kehidpan rakyat Malaysia

Ia selaras dengan status agama Islam dalam Perlembagaan

Persekutuan sebagai agama rasmi Persekutuan

Tujuan dasar ini digubal ialah untuk melahirkan masyarakat yang

beramanah, mewujudkan pentadbiran negara yang cekap, berkesan,

adil, berdisiplin serta meningkatkan produktiviti negara

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan cara

hidup perlu mengamalkan nilai-nilai yang dapat diterima oleh semua

rakyat

PERKEMBANGAN AWAL

Page 133: Sem2 dinamika nota2

Tanpa nilai yang universal ini, rakyat akan terdorong untuk menyanjung

nilai-nilai lain yang asing dan kurang sesuai kepada masyarakat

Malaysia

Jika keadaan ini berlaku, kesetiaan rakyat Malaysia serta identitinya

menjadi luntur dan kabur serta maruah bangsanya tidak dijunjung tinggi

Sebelas nilai (11) unggul telah dipilih untuk dihayati dan diamalkan oleh

kakitangan awam iaitu amanah, berdisiplin, tanggungjawab,

bekerjasama, ikhlas, berbudi mulia, dedikasi, bersih, sederhana,

bersyukur dan tekun

Kesemua nilai tersebut adalah nilai ‘universal’ (sejagat) yang boleh

diterima oleh semua kaum dan agama

PERKEMBANGAN AWAL

Page 134: Sem2 dinamika nota2

Keberkesanan prestasi perkhidmatan awam bukan sahaja bergantung

kepada tahap pengetahuan dan kemahiran kakitangan awam sahaja

tetapi juga pengamalan sikap dan nilai-nilai positif adalah penting

Gejala negatif seperti rasuah, penyelewengan dan seumpamanya

berlaku bukanlah disebabkan oleh sistem atau teknologi yang digunakan

tetapi kerana krisis nilai yang wujud dalam jiwa seseorang itu

Masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan sehingga mereka

lupa kepada nilai-nilai murni sejagat

Penghayatan nilai-nilai Islam oleh golongan pentadbir akan menjamin

kelancaran dan kecekapan jentera kerajaan

Penubuhan beberapa pertubuhan bercorak Islam seperti Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Bank Islam (melaksanakan sistem

perbankan Islam), Syarikat Takaful, Yayasan Pembangunan Ekonomi

Islam Malaysia dan sebagainya menandakan usaha-usaha peringkat

awal sudah dimulakan

PERKEMBANGAN AWAL

Page 135: Sem2 dinamika nota2

ISLAM HADHARI

Page 136: Sem2 dinamika nota2

LATAR BELAKANG

Zaman Rasulullah (S.A.W)

di Madinah Zaman

Zaman Khulafa Al-Rashidin kegemilangan

Bani Umayyah tamadun

Bani Abasiyah Islam

Eropah – Andalusia

ISLAM HADHARI

Page 137: Sem2 dinamika nota2

LATAR BELAKANG

Zaman Rasulullah (S.A.W)

di Madinah Zaman

Zaman Khulafa Al-Rashidin kegemilangan

Bani Umayyah tamadun

Bani Abasiyah Islam

Eropah – Andalusia

ISLAM HADHARI

Page 138: Sem2 dinamika nota2

LATAR BELAKANG

Zaman Rasulullah (S.A.W)

di Madinah Zaman

Zaman Khulafa Al-Rashidin kegemilangan

Bani Umayyah tamadun

Bani Abasiyah Islam

Eropah – Andalusia

ISLAM HADHARI

Page 139: Sem2 dinamika nota2

Zaman keruntuhan kerajaan Islam (abad ke 12) –

kesannya imej masyarakat Islam dikaitkan dengan

kelembahan dan kemunduran

Persepsi sebahagian besar umat Islam terhadap agama –

terbatas kepada aspek ibadah khusus

Umat Islam patut disedari bahawa Islam sebenarnya satu

cara hidup (AIDeen) yang merangkumi segala aspek

kehidupan

Atas dasar ini kerajaan Malaysia ini mengajak rakyat

Malaysia khasnya dan umumnya masyarakat dunia

memahami dan menghayati corak kehidupan Islam

sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah (S.A.W)

melalui satu pendekatan baru iaitu ISLAM HADHARI

ISLAM HADHARI

Page 140: Sem2 dinamika nota2

Pendekatan ISLAM HADHARI ini juga untuk:

- Membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah

negara Islam CONTOH – yang mementingkan

pembangunan seimbang (benda dan rohani)

- Membuktikan konsep ajaran Islam adalah bersifat

universal dan sesuai dihayati sebagai cara hidup dalam

negara berbilang kaum seperti Malaysia

ISLAM HADHARI

Page 141: Sem2 dinamika nota2

DEFINISI

Dari segi istilah – bermaksud ‘yang berterusan’

Takrif lengkap:

“satu pendekatan pembangunan manusia

masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat

menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif

tamadun Islam”

ISLAM HADHARI

Page 142: Sem2 dinamika nota2

MAKSUD

Pembangunan yang bersifat menyeluruh dalam kontek IH

– pendekatan Islam yang lengkap / tidak terpisah (contoh

bersifat politik. Tasawuf dan sebagainya)

Membina peradaban yang unggul dan meningkatkan kualiti

hidup melalui pendekatan ajaran Islam – agar mampu

hadapi cabaran alaf batu (teknologi maklumat, dunia tanpa

sempadan, ekonomi global, budaya materialisma, jati diri

dan lain-lain)

IH – tidak menolak aspek ‘ritual’ dalam pembinaan

tamadun – kerana pandangan hidup, sistem nilai,

kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah – menjadi tonggak

kepada pembinaan tamadun yang luhur

ISLAM HADHARI

Page 143: Sem2 dinamika nota2

VISI

Menjadi Malaysia sebagai sebuah Negara Islam

contoh – sebuah negara maju mengikut acuan sendiri

Konsepnya:

Mempunyai masyarakat membangun, berilmu,

berkemahiran, berketerampilan, berakhlak dan

berbudi yang berpaksi kepada KEPERCAYAAN

AGAMA

ISLAM HADHARI

Page 144: Sem2 dinamika nota2

MISI

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan

ummah berlandaskan pendekatan Islam yang

universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan

berimbang

Objektif: melahirkan individu dan masyarakat Islam

yang:

1. Mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak,

intelektual material, mampu berdikari, berdaya

saing, melihat kehadapan dan inovatif

2. Cekap menangani cabaran-cabaran semasa

dengan bijaksana, rasional, praktikal dan damai

ISLAM HADHARI

Page 145: Sem2 dinamika nota2

PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI

Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah (utama)

Kerajaan adil dan beramanah

Rakyat Berjiwa Merdeka

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Kehidupan Berkualiti

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Keutuhan Budaya dan Moral

Pemuliharaan Alam Semula Jadi

Kekuatan Pertahanan

ISLAM HADHARI

Page 146: Sem2 dinamika nota2

SEKIAN TERIMA KASIH

TAMAT

BYE..

!!!