SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK JALAN TUN ABDUL RAZAK
30640 IPOH
PERAK TEL: 05-5015204 FAKS: 05-5279809 E-MEL : [email protected] PORTAL RASMI : http://jpnperak.moe.gov.my URL SPMICT : http://jpnperak.moe.gov.my/spmict
Ver.2
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 2
KANDUNGAN
MUKA
SURAT
1.0 TADBIR URUS ICT NEGERI (PKG/BTP/JPN/SPA ICT/PPD ICT/ SICT)
1.1 Gambaran Keseluruhan 3
2.0 TADBIR URUS ICT SEKOLAH
2.1 Perjawatan yang berkaitan dengan ICT Sekolah 4
2.2 Senarai Tugas Juruteknik Komputer 5, 6
2.3 Senarai Tugas Guru Penyelaras Bestari 7, 8
2.4 Senarai Tugas Guru Penyelaras ICT 9, 10
2.5 Senarai Tugas Guru Data Maklumat 11, 12
2.6 Senarai Tugas Penolong Kanan Pentadbiran 13
2.7 Senarai Tugas Guru Matapelajaran TMK 13
3.0 PENGURUSAN MAKLUMAT
3.1 Guru Penyelaras ICT (GPICT) 14
3.2 Guru Data Dan Maklumat (GDM)
15
4.0 PENGURUSAN TEKNIKAL
4.1 1GOVUC 16, 17
4.2 Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) 18
4.3 Pengurusan Aset ICT di Sekolah
19, 20
ISI KANDUNGAN
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 3
TADBIR URUS ICT NEGERI 1.0
1.1) Gambaran Tadbir Urus ICT Pendidikan Negeri
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 4
TADBIR URUS ICT SEKOLAH 2.0
2.1) Perjawatan yang berkaitan dengan ICT Sekolah
Perbezaan perjawatan yang wujud di sekolah yang mempunyai dan tidak pusat akses
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 5
2.2) Senarai Tugas (Juruteknik Komputer)
1. PENGURUSAN ICT SEKOLAH
Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan peralatan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori yang lain.
Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
Membantu menguruskan semua hal-hal berkaitan dengan aduan kerosakan peralatan ICT di sekolah.
Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan pendaftaran serta mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah.
Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan proses pelupusan aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah.
Membantu menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Membantu memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
Membantu menyedia, mengurus serta mengemaskini semua fail-fail ICT di sekolah.
Sebagai pegawai yang dilantik dalam menguruskan e-mel 1GOVUC.
Membantu pihak pengurusan sekolah dalam mengemaskini laman web rasmi/blog sekolah.
Membantu pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
2. PENGURUSAN PERKAKASAN/PERISIAN DAN KESELAMATAN ICT
Membantu dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi dan sistem online dan sebagainya.
Membantu isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU.
Membantu dalam pengurusan 1GFMAS bagi sekolah PTJ.
Membantu menguruskan serta merekod semua maklumat sistem online serta perisian yang diterima oleh pihak sekolah.
Membantu Guru Penyelaras Bestari (GPB) dalam menguruskan laman VLE Frog.
JURUTEKNIK KOMPUTER (Lantikan JPA)
Bertugas dari pukul 8.00 pagi hingga
5.00 petang
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 6
2.2) Senarai Tugas (Juruteknik Komputer)
3. PENGURUSAN RANGKAIAN
Membantu, memantau dan menyelia rangkaian 1BestariNet.
Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian 1BestariNet di sekolah.
Membantu, mengurus dan menyelaras pembahagian Alamat IP (IP Address), ZOOM, Router,
Access Point, Switch, VPN dan sebagainya.
Membantu menyelia serta memantau rangkaian Local Area Network (LAN) di sekolah.
4. PEMBANGUNAN APLIKASI (FA29)
Menganalisis, membangun dan mewujudkan sistem aplikasi yang membantu pengurusan
maklumat lebih bersistematik.
Melakukan penambahbaikan sistem aplikasi yang telah dibangunkan mengikut kepada
keperluan semasa dan respon daripada pengguna (End-User).
Memastikan sistem yang dibangunkan menepati keperluan semasa.
5. LAIN-LAIN
Menjadi pegawai sumber Help-desk dan 1st Level Support di sekolah.
Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan ICT yang diarahkan.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 7
2.3) Senarai Tugas (Guru Penyelaras Bestari)
GURU PENYELARAS BESTARI (Lantikan BTPN)
Merancang dan mengajar matapelajaran
antara 6 hingga 8 waktu seminggu
1. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
2. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan
serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik
Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau
kontraktor memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh KPM
Sistem VLE, SSQS
3. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka
sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem
aplikasi seperti bahan pengajaran dan pembelajaran.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 8
5. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam
aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
6. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah
ditentukan oleh KPM.
7. Sebagai pengurus e-mel.
8. Memastikan integriti dan keselamatan data.
9. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti
perkembangan ICT semasa.
10. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak
yang berkenan.
11. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur
teknologi.
Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari
masa ke semasa.
.
2.2) Senarai Tugas (Guru Penyelaras Bestari)
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 9
2.2) Senarai Tugas (Guru Penyelaras ICT)
GURU PENYELARAS ICT
(Lantikan Sekolah - Tiada Pekeliling)
Merancang dan mengajar matapelajaran tidak
dikurangkan dan mengikut budi bicara
GB/Pengetua
1. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
2. Mengurus dan menyelaras kemudahan aset ICT dan perisian-perisian aplikasi yang
dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
a. Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik
b. Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau
kontraktor memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh KPM
c. Sistem VLE ,
d. SSQS
e. Membantu dalam pengurusan 1GFMAS bagi sekolah PTJ.
f. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam mengemaskini laman web rasmi/blog sekolah.
g. Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
h. Pendaftaran serta mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di
sekolah.
i. Proses pelupusan aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah.
3. Sebagai pegawai penyelaras penyelenggaraan kepada
a. Kelengkapan peralatan ICT yang rosak
b. Aktiviti penyelenggaraan termasuk berurusan dengan PKG,BTPN dan pembekal berkaitan
c. Hal-hal berkaitan dengan aduan kerosakan peralatan ICT di sekolah.
4. Sebagai pegawai penyelaras pengurusan rangkaian
a. Membantu, memantau dan menyelia rangkaian 1BestariNet.
b. Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian 1BestariNet di sekolah.
c. Membantu, menyelaras pembahagian Alamat IP (IP Address), ZOOM, Router, Access
Point, Switch, VPN dan sebagainya.
d. Membantu menyelia serta memantau rangkaian Local Area Network (LAN) di sekolah.
e. Membantu menyelaras pengurusan dongle dan smartphone altitude sekolah
.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 10
2.2) Senarai Tugas (Guru Penyelaras ICT)
5. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka
sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
6. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
a. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan
sistem aplikasi seperti bahan pengajaran dan pembelajaran.
7. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan
penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
8. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah
ditentukan oleh KPM.
9. Sebagai pengurus emel .
10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa
mengikuti perkembangan ICT semasa
11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak
yang berkenaan.
12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
a. Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur
teknologi.
b. Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke
semasa.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 11
GURU DATA (Lantikan Sekolah dan Lantikan Rasmi
oleh SICT - Mempunyai Pekeliling)
Merancang dan mengajar matapelajaran antara
tidak lebih 12 waktu seminggu
2.2) Senarai Tugas (Guru Data Maklumat)
1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang
ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).
2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang
diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
3. Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS,
iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran,
pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah
mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan :
Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
Staf bukan guru;
Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 12
4. Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan
seperti
HRMIS,
Sistem Maklumat Murid (SMM),
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM),
KWAMP, Peperiksaan, Asrama, Kokurikulum, Buku Teks dan
Sistem Pangkalan Data Murid(APDM).
SSO(Single-Sign-On) - Teknikal
5. Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari
tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.
6. Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah
bagi Sistem Pangkalan Data Murid.
7. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat
sekolah.
8. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).
9. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan
dari semasa ke semasa.
2.2) Senarai Tugas (Guru Data Maklumat)
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 13
2.2) Senarai Tugas (Guru Matapelajaran TMK)
MATAPELAJARAN TMK (LANTIKAN SEKOLAH)
Merancang dan mengajar matapelajaran antara
22 hingga 30 waktu seminggu
1. Dilantik dikalangan Guru Matapeajaran yang mempunyai kepakaran ICT.
2.2) Senarai Tugas (Penolong Kanan Pentadbiran)
PENOLOG KANAN PENTADBIRAN
(PEGAWAI ASET) (Lantikan oleh JPN Perak)
Merancang dan mengajar matapelajaran tidak
kurang 12 waktu seminggu
1. Urusetia Mesyuarat JKPAK Bahagian/ JPN/ PPD/ Institusi/ Sekolah AGENDA MESYUARAT
JKPAK
Kedudukan semasa Aset Alih Bahagian/ JPN/ PPD/ Institusi/ Sekolah
Laporan Hasil Pemeriksaan Aset Alih
Laporan Tindakan Pelupusan
Laporan Tindakan Surcaj/ Tatatertib
Masalah-masalah berkaitan dengan pengurusan aset alih
2. Menguruskan Aset Kerajaan mMengikut Peraturan Yang Ditetapkan
3. Menguruskan Tindakan Pelupusan, Kehilangan Dan Hapuskira
4. Laporan Pengurusan Aset Alih Kerajaan
5. Urusetia Penerimaan Hadiah
6. Menguruskan Pelantikan Pegawai
Pegawai Pemeriksa Harta Modal & Inventori
Lembaga Pemeriksa Pelupusan
Jawatankuasa Penyiasat
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 14
PENGURUSAN MAKLUMAT 3.0
3.1) GURU PENYELARAS ICT (GPICT)
1. Pengetua/Guru Besar tidak melantik guru penyelaras ICT memegang apa-apa jawatan selain
dari jawatan yang dinyatakan
2. Mengadakan program peningkatan profesionalisme GPICT bersama dengan agensi lain
seperti politeknik, kolej komuniti, Institut latihan awam untuk menambah ilmu terutama yang
terkini
3.2) GURU DATA MAKLUMAT (GDM)
1. Patuhi pekeliling Guru Data dan Maklumat (GDM) iaitu surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan
14/2007 termasuk mematuhi jumlah waktu mengajar seminggu.
2. Membuat lantikan GDM segera mungkin apabila berlaku kekosongan. Muat turun borang
permohonan lantikan rasmi dari Portal JPN Perak. Hanya penggunaan borang rasmi akan
dilayan.
3. Semua GDM mestilah patuh kepada Dasar Keselatan ICT (DKICT) KPM iaitu tidak mengguna
ID dan Katalaluan aplikasi KPM selain EmisOnline atau mana-mana aplikasi yang dibenarkan
secara rasmi. Tindakan mana-mana pihak mendedahkan apa-apa juga ID dan Katalaun
aplikasi selain EMISOnline kepada GDM boleh dikenakan tindakan tatatertib.
4. GDM memaparkan aktiviti berkaitan pengurusan data dan maklumat dalam jadual waktu
(masa lapang) peribadi tanpa gagal.
5. GDM bertindak sebagai Setiausaha Jawatan Kuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS)
dengan membantu pengurus sekolah menggerakkan pemilik-pemilik data di peringkat sekolah
seperti yang terkandung dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS) versi semasa.
6. Pentadbir sekolah tidak boleh sewenang-wenangnya menukar jawatan GDM tanpa sebab
atau mengikut giliran kecuali seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan lantikan
GDM.
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 15
PENGURUSAN TEKNIKAL 4.0
4.1) E-mel 1GOVUC
ADMIN UC
Setiap sekolah wajib
mempunyai seorang (1)
Admin UC berdasarkan
kelayakan berikut
mengikut keutamaan
iaitu :
Kelayakan 1 : Juruteknik
Komputer, jika tiada;
Kelayakan 2 : Guru
Penyelaras Bestari, jika
tiada;
Kelayakan 3 : Guru ICT,
jika tiada;
Kelayakan 4 : Guru Data
Surat Arahan Penggunaan E-mel 1GovUC Sebagai
E-mel Rasmi Sekolah-Sekolah Di Negeri Perak bertarikh
27 September 2016
AKAUN E-MEL RASMI SEKOLAH
i. E-mel rasmi sekolah adalah kod
[email protected] (contoh e-
mel 1:[email protected] dan
contoh e-mel
ii. Ketetapan tanggungjawab di
bawah bahagian pejabat sekolah
iaitu Pengarah Kolej/Pengetua/Guru
Besar dan Ketua Pembantu Tadbir.
iii. E-mel rasmi sekolah hendaklah
dibuka (read, reply, forward,
manage) oleh Pembantu Tadbir
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
iv. E-mel rasmi sekolah bukan
tanggungjawab Admin UC (read,
reply, forward, manage).
Penggunaan berkuatkuasa 1 Oktober 2016
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 16
PENDAFTARAN AKAUN E-MEL 1GOVUC
Akaun e-mel 1GovUC di sekolah tertakluk kepada kategori
seperti berikut :
1. E-mel rasmi sekolah berdasarkan Kod Sekolah
2. Pengarah Kolej / Pengetua Sekolah / Guru Besar
3. Guru Penolong Kanan Pentadbiran
4. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
5. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
6. Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam (6)
7. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
8. Guru Penyelia Petang
9. Guru Penyelaras Bestari/VLE
10. Guru Penyelaras ICT
11. Guru Data
12. Ketua Pembantu Tadbir
13. Juruteknik Komputer
14. Guru ICT
Penambahan pendaftaran akaun e-mel baharu bagi
perjawatan yang tidak tersenarai adalah tidak
dibenarkan.
Servicedesk 1GovUC TM-VADS :
Telefon : 03 - 7711 4646
E-mel : [email protected]
Admin UC JPN Perak :
Puan Suhana Binti Mohd Alias (05-5015000 samb. 5199)
Puan Sherry Rahayu Binti Mohamad Radzi (05-5015000 samb. 5203)
Encik Yusnizam Bin Mohammad Salleh (05-5015000 samb. 5040)
E-Mel Helpdesk Pegawai Meja JPN/PPD : [email protected]
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) 17
4.2) Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
JAWATANKUASA PEMANDU ICT JABATAN (JPICT)
JPICT JPN dijadualkan bermesyuarat secara berkala empat (4)
kali setahun (sila rujuk tarikh mesyuarat melalui aplikasi Takwim
Online portal JPN).
Sekolah hendaklah membuat permohonan kelulusan teknikal
bagi perolehan ICT dahulu sebelum membuat pembelian.
Sekolah dibenarkan membuat perolehan peralatan ICT
berdasarkan justifikasi keperluan Pengurusan dan Tadbiran
(PdT) atau Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Sekolah boleh memohon perolehan ICT menggunakan tiga (3)
sumber peruntukan seperti berikut:
Kumpulan Wang Kerajaan;
Kumpulan Wang SUWA; dan
Kumpulan Wang Asrama (jika berkenaan).
Punca Kuasa — SURAT PEKELILING ICT KPM
BILANGAN 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN TATACARA
PERMOHONAN TEKNIKAL INISIATIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Top Related