Pembangunan dan Perpaduan untuk kesejahteraan
Rancangan Malaya Pertama
Matlamat
Membangunkan kawasan luar bandar
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar
Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan luar bandar
Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara
Usaha-usaha
Ekonomi
Pembukaan tanah baru untuk pertanian
Penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang
Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
Memperluaskan perusahaan melombong bijih timah
Sosial
Perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perhubungan
Awam
Memberi tumpuan kepada infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan
Lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Industrial Development Authority ( RIDA )
Matlamat : membangunkan luar bandar Peranan :
Memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil
Membantu pemasaran hasil pertanian
Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam sektor perniagaan
Selepas merdeka :
Membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan @ Fedaral Land Development Authority ( FELDA )
Peranan :
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
Meningkatkan hasil pertanian negara Usaha
Tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan petempatan baru
Penduduk luar bandar yg miskin dipindahkan ke petempatan baru menjadi petani moden
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
Menyelaraskan dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar.
Rancangan Malaya Kedua
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk
bandar
Mengurangkan kadar kemiskinan
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Usaha-usaha
Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan
Mempelbagaikan jenis tanaman
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan @ Federal Agricultural Marketing Authority ( FAMA )
Peranan
Membantu petani mengatasi masalah pemasaran pertanian
Meningkatkan pendapatan petani
Bilik Gerakan Negara Menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung.
Buku Merah Mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian
Rancangan Malaysia Pertama
Integrasi utama : Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat
Mempelbagaikan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian
Pembukaan tanah oleh FELDA membawa kepada kemunculan pelbagai projek spt Tiga Segi
Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara.
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara ( FELCRA )
Tujuan : Membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar
Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) Mengganti RIDA Matlamat : membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian Strategi :
Membantu usahawan bumiputera
Menambah guna tenaga bumiputera
Menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera
Bank Bumiputera Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan
Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS )
Menggiatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan
Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian @ Malaysian Agricultural Research and Development Institude ( MARDI )
Menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia @ Malaysian Industrial Development Authority ( MIDA )
Membangunkan sektor perindutrian
Lembaga Penasihat Tarif Membangunkan sektor perindustrian
Akta Pelaburan 1969 Menggalakkan kemunculan industri baru
Rancangan Malaysia Kedua
Matlamat
Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah
Tumpuan :
Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
Merapatkan jurang ekonomi
o Menambahkan pendapatan
o Menyediakan peluang pekerjaan
Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
Membangunkan kawasan luar bandar
Agensi Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
Melaksanakan program pembangunan wilayah
Agensi-agensi lain Membantu golongan petani Menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan Memajukan bandar
Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN ) 1971 Menstabilkan harga padi
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKM) 1971 Membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 Membangunkan bandar
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA ) 1973
Membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 Membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi
Pertroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974 Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.
Rancangan Malaysia Ketiga
Matlamat : Membasmi kemiskinan & Menyusun semula masyarakat
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ( KEJORA ) Pembukaan tanah secara besar-besaran
Memberi tumpuan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit atas keperluan eksport
Berperanan luas dlm sektor pembangunan wilayah dan pembangunan bandar baru
Lembaga Kemajuan Terengganu Tenggara ( KETENGAH )
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ( DARA )
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR )
Rancangan Malaysia Keeempat
Memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan
modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir
Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HICOM ) Mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap
Perusahaan baru dan zon bebas perdagangan diwujudkan utk
Menggiatkan perindustrian
Menggalakkan modal asing
Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
Pelan Induk Perindustrian
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia Mengenal pasti kelemahan dalam struktur perindustrian negara
Pelan Induk Perindustrian Menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia 1983 Matlamat : Merangsangkan penglibatan sektoe swasta secara aktif dan berkesan dlm pembangunan negara Konsep :
M’sia dianggap syarikat yg dimiliki secara bersama oleh kerajaan dan swasta .
Semua kakitangan krjn dan swasta merupakan pemilik saham dan pekerja yg bertanggungjawab utk memajukan syarikat ini (Malaysia ).
Usaha :
Pegawai krjn ditempatkan di syarikat swasta utk menjalin hubungan dan berkongsi kepakaran
Sektor swasta harus memahami dasar krjn
Sektor swasta harus mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapat keuntungan maksimum
Krjn memberikan perkhidatan sokongan bagi memudahkan operasi sektor swasta
Dasar Penswastaan 1983 Tindakan : Kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan , pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Matlamat :
Mengurangkan beban kewangan krjn
Meningkatkan produktiviti negara
Meningkatkan kualiti perkhidmatan @ barangan
Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal
Dapat mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain.
Unit Perancangan Ekonomi ( UPE ) Jawatankuasa penswastaan yang memberikan garis panduan kepada kementerian @ jabatan yg ingin menjalankan penswastaan.
Permodalan Nasional Berhad ( PNB) 1981 Mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dan kaum bukan bumiputera
Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) 1981
Dasar Pertanian Negara ( DPN ) 1984 Matlamat : Memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
Rancangan Malaysia Kelima
Penekanan utama :
Meningkatkan sektor perindustrian dengan
Melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dlm sektor swasta
Melonggarkan syarat pelaburan asing untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian
berorientasikan eksport
Usaha-usaha:
Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan
sektor swasta dgn lebih berkesan
Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian
Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan
Industri desa yang berpotensi digalakkan
1. Cadangan Laporan Barnes :
• semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan
• Digantikan dengan sekolah kebangsaan
• Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
• Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi
bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris
• Tentangan terhadap Laporan Barnes - masyarakat Cina menganggap bahasa ibunda mereka akan
tergugat
2 Cadangan laporan Fenn-Wu
• Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan
3 Cadangan Ordinan Pelajaran 1952 :
• Dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu
• Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa
• Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di
sekolah Melayu
• Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran - Tentangan masyarakat Cina , Tentangan
masyarakat dan India , kekurangan kewangan dan ancaman komunis
4 Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan
• Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
• Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
5 Cadangan Penyata Razak :
• Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
• Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah
6 Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960
• sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
• sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
• pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira
keturunan dan agama
• sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kapada
bahasa Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
• Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak
kurang 15 pelajar Islam
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-
kurangnya 15 orang pelajar
• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
7 Kajian Aminudin Baki :
• sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
• menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
• memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan
untuk pasaran kerja
• kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni perusahaan dan
sains pertanian
• mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa
8 Jawatankuasa Kabinet 1974
Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :
• menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan
sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
• mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:
• penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )
• kenaikan darjah secara automatik
• penekanan terhadap sekolah vokasional
• sukatan pelajaran sekolah swasta
• bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
• penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan
Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
• penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
9 Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :
• memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
• melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
• melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia,
bertanggungjawab , berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
• memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara
AKTA BAHASA KEBANGSAAN
Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu
• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
• Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
• Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
seperti Sekolah Alam Syah
• Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
• Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara
berperingkat-peringkat
• Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977
• Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa
Inggeris
• Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sejarah penubuhan :
• Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971
Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :
• Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
• Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
• Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi
Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan :
• kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
• unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
• Islam sebagai unsur yang terpenting
SUKAN UNTUK PERPADUAN
Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita
• penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
• dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
• aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
• aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat
sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
• Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
• Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) diadakan dua tahun sekali
• SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri
WAWASAN 2020
Maksud Wawasan 2020 :
• Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
• Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 19981
Matlamat wawasan 2020
• Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara
maju
• Menitikberatkan kemajuan bersepadu
Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan :
• perpaduan rakyat
• kestabilan politik
• ketinggian taraf hidup
• kekukuhan nilai moral dan etika
• kekukuhan sistem kerajaan
• ketinggian maruah bangsa
• semangat yakin diri bangsa
Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :
• Cabaran Pertama : Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional,
Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia
• Cabaran Kedua : Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram
dan berkeyakinan
Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan
negara
Musuh negara mudah ditangkis
• Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui
saluran tertentu
• Cabaran Keempat: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul
kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
keberkesanan sistem pendidikan
keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis
Cabaran Kelima : Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal dan bertoleransi
masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu
masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran
terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan
parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
• Cabaran Keenam : Membina masyarakat yang maju dan saintifik
masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina
kecemerlangan
penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi
ukuran kemajuan bangsa
mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif
Cabaran Ketujuh : Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan
menghomati, bekerjasama dan saling membantu
masyarakat yang tidak individualistik
meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai- nilai murni amalan tradisi
dan institusi kekeluargaan
• Cabaran Kelapan : Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan
Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup
rakyat
• Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat makmur
Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang
tinggi
tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi
Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020
• mengekalkan perpaduan
• saling memahami dan menghormati
• memiliki daya kreatif dan inovatif
• bersikap terbuka
• bangga dengan apa yang dicapai
• menghayati Falsafah Pendidikan Negara
• berusaha mengekalkan kemajuan negara
• menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang