MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 1/9
1. OBJEKTIF
Menyediakan Dataset Topografi yang mematuhi spesifikasi pemetaan.
2. SKOP
Prosedur ini digunapakai untuk menyediakan Dataset Topografi Bahagian
Pemetaan Topografi.
3. RUJUKAN
3.1 AK.PK.03.TOPO.01 Pendigitan.
3.2 AK.PK.03.TOPO.02 Kompilasi.
3.3 AK.PK.03.TOPO.03 Pengemaskinian Dataset Lapangan.
3.4 MS 1759:2015 - Geographic Information/Geomatics-Features and
Attribute Codes.
3.5 Geodatabase Schema.
3.6 Prosedur Operasi Standard Pendigitan.
3.7 Prosedur Operasi Standard QA/QC.
3.8 Prosedur Operasi Standard Post Changes.
3.9 Prosedur Operasi Standard Field Survey.
3.10 Prosedur Operasi Standard Plot Verifikasi.
3.11 Prosedur Operasi Standard Nama Tempat.
3.12 Prosedur Operasi Standard Field Verification.
4. DEFINISI
4.1 Data Vektor Data pemetaan berdigit dalam bentuk titik,
garisan dan poligon yang mempunyai nilai
koordinat X, Y dan Z.
4.2 Dataset Digitan Data yang dihasilkan melalui kerja pendigitan
ke atas ortofoto atau ortoimej.
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 2/9
4.3 Dataset Kompilasi Dataset yang dihasilkan daripada Dataset
Digitan dan maklumat-maklumat lain melalui
proses kompilasi.
4.4 Dataset Lapangan Dataset Kompilasi yang telah dikemaskini di
lapangan dan dilaksanakan proses QA/QC.
4.5 Foto Udara Terlaras Foto udara yang telah dibuat pembetulan
geometri.
4.6 Foto Udara Digital Gambar yang dihasilkan daripada kamera
udara digital.
4.7 Pendigitan Proses pendigitan butiran daripada foto udara
terlaras dan citraan berortorektifikasi untuk
menghasilkan data vektor menggunakan
stesen kerja fotogrametri berdigit.
4.8 Pendigitan Stereo Proses pendigitan butiran daripada foto udara
terlaras dan citraan penderiaan jauh
berortorektifikasi untuk menghasilkan data
vektor menggunakan stesen kerja
fotogrametri berdigit.
4.9 Pendigitan Mono Proses pendigitan butiran daripada ortofoto
dan citraan penderiaan jauh berortorektifikasi
secara 2D menggunakan stesen kerja
pendigitan.
4.10 Plot Verifikasi Cetakan data berdigit daripada Dataset
Topografi untuk tujuan semakan
kesempurnaan data.
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 3/9
4.11 Pangkalan Data Imej Tempat penyimpanan data yang diwujudkan
untuk menyimpan dataset fotogrametri.
4.12 Pemetaan Baru Pemetaan edisi pertama bagi sesuatu lembar.
4.13 Ulangan Piawai Pemetaan ulangan yang meliputi lebih
daripada 30% perubahan maklumat dalam
sesuatu lembar.
4.14 Ulangan Terhad Pemetaan ulangan yang meliputi kurang
daripada 30% perubahan maklumat dalam
sesuatu lembar.
4.15 Penyelia Penolong Juruukur Kanan yang ditugaskan
menyelia proses kerja pendigitan mono dan
stereo serta suntingan.
4.16 Pemproses Penolong Juruukur yang ditugaskan
melaksanakan kerja-kerja pendigitan mono
dan stereo serta suntingan.
5. SINGKATAN
5.1 PUB (PT) Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan
Topografi Semenanjung/ Sabah/ Sarawak)
5.2 TPUB (PT) Timbalan Pengarah Ukur Bahagian
(Pemetaan Topografi Semenanjung/
Sabah/Sarawak)
5.3 PPU (Stereo) Penolong Pengarah Ukur (Pendigitan Stereo)
5.4 PPU (Suntingan) Penolong Pengarah Ukur (Suntingan)
5.5 PPU (SPD) Penolong Pengarah Ukur (Seksyen
Penawanan Data)
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 4/9
5.6 PPU (W) Penolong Pengarah Ukur (Pejabat Topografi
Wilayah)
5.7 KC (P) Ketua Cawangan (Pemetaan)
5.8 KC (PMG) Ketua Cawangan (Pengurusan Maklumat
Geospatial)
5.9 KC (PS) Ketua Cawangan (Pendigitan Stereo)
5.10 KC (PMo) Ketua Cawangan (Pendigitan Mono)
5.11 Pemproses (PS) Pemproses (Pendigitan Stereo)
5.12 Pemproses (PMo) Pemproses (Pendigitan Mono)
5.13 Penyelia (Stereo) Penyelia (Pendigitan Stereo)
5.14 Penyelia (Suntingan) Penyelia (Suntingan)
5.15 Pemproses (Stereo) Pemproses (Pendigitan Stereo)
5.16 Pemproses (Suntingan) Pemproses (Suntingan)
5.17 Pegawai Kerjaluar Ketua Pasukan / Pengukur
5.18 Penyelia/Penyemak Pengukur (Pejabat/Semakan Kualiti) atau
Penolong Juruukur yang ditugaskan bagi
melaksanakan kerja Pemprosesan Imej Data
Bawaan Udara
5.19 AOI Area of Interest
5.20 QA/QC Quality Assurance/Quality Control
5.21 NAS Network Access Storage
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 5/9
6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Tanggungjawab Tindakan
PPU (Mono/Stereo/
Suntingan)/
KC (PMG)
Penyelia/
KC (Mono/Stereo /
Suntingan) /
KC (P)/KC (PS)/
KC (Pmo)
Pemproses
(Mono/Stereo/
Suntingan)/
P(PS)/P(Mo)
Penyelia/KC
(Mono/Stereo /
Suntingan) /
KC (P) KC (P)/
KC (PS)/KC(Pmo)
6.1 Penyediaan Dataset Digitan Menggunakan Kaedah
Pendigitan Stereo/Mono
a. Agihkan kerja pendigitan kepada Penyelia/KC
(Mono/Stereo/Suntingan)/KC (P)/KC (PS)/ KC (Pmo).
b. Agihkan kerja kepada Pemproses (Mono/Stereo/
Suntingan/P(PS)/P(Mo) yang akan menjalankan
pendigitan mengikut AK.PK.03.TOPO.01 –
Pendigitan.
c. Lakukan pendigitan mengikut AK.PK.03.TOPO.01–
Pendigitan.
d. Sediakan plot verifikasi dan senarai nama tempat
mengikut AK.PK.03.TOPO.02 - Kompilasi.
Setelah selesai, kemukakan Dataset Kompilasi
kepada Penyelia/KC (Mono/Stereo/Suntingan)/KC
(P)/ KC (PS)/ KC(Pmo) untuk proses semakan.
e. Lakukan semakan kualiti Dataset Kompilasi. Jika
semakan gagal, kembalikan kerja kepada
Pemproses (Mono/Stereo/Suntingan/Pemetaan).
f. Jika semakan lulus, serahkan Dataset Kompilasi
kepada Pejabat Topografi Wilayah untuk kerja
pengemaskinian dataset Geospatial di lapangan.
Rujuk AK.PK.03.TOPO.03 – Pengemaskinian
Dataset di Lapangan.
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 6/9
Tanggungjawab Tindakan
PPU (W)/
Penyelia (W)
6.2 Pengemaskinian Dataset di Lapangan
a. Muat turun fail kerja (zip file) dan semak sama ada fail
yang diterima adalah lengkap. Buat perancangan
kerja di pejabat.
b. Arahkan pasukan kerja luar untuk mengemaskini
dataset di lapangan.
c. Serahkan fail kerja kepada Pegawai Kerja Luar untuk
tindakan.
d. Muat turun fail kerja ke dalam Toughbook dan
pastikan fail kerja adalah lengkap.
e. Buat perancangan kerja di lapangan dan uruskan
kelengkapan peralatan ukur dan dokumen-dokumen
berkaitan.
f. Laksanakan kerja-kerja mengambil, mengenalpasti
dan mengesahkan butiran di lapangan serta
kemaskini atribut berdasarkan arahan yang diterima
daripada PPU(W)/Penyelia(W).
g. Jalankan kerja-kerja QA/QC dan kembalikan dataset
lapangan kepada PPU(W)/Penyelia(W) untuk
semakan. (Rujuk AK.PK.03.TOPO.03 –
Pengemaskinian Dataset di Lapangan).
h. Sahkan hasil semakan dataset lapangan dan majukan
fail kerja serta dokumen-dokumen berkaitan termasuk
data ukuran kepada Penyelia (Suntingan)/KC (P)/
KC (PS)/KC (Mo) di Ibu Pejabat BPT.
Pegawai Kerja Luar
PPU (W)/
Penyelia (W)
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 7/9
7. CARTA ALIR
7.1 Carta Alir Penyediaan Data Digitan Mentah Menggunakan Kaedah
Pendigitan Mono
Semakan Kualiti
Penyerahan
Create Job
U N T U K M E N Y E D I A K AN D O K U M E N S P K M S I S O 9 0 0 1
Agihan kerja
Pendigitan data mentah,
penyediaan plot verifikasi dan
senarai nama tempat
Tidak
MULA
Tindakan
pembetulan
TAMAT
Ya
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 8/9
7.2 Carta Alir Aktiviti Pengukuran Penyudahan Padang
Ya
Agihan Kerja
U N T U K M E N Y E D I AK A N D O K U M E N S P K M S I S O 9 0 0 1
Pengukuran Penyudahan Padang
Kemaskini atribut dan QA/QC
Semakan Kualiti
Penyerahan
Tidak
MULA
Tindakan
pembetulan
TAMAT
MS ISO 9001:2015
PK.03.TOPO Penyediaan Dataset Geospatial
Muka 9/9
8. REKOD
Jenis Rekod Tempoh
penyimpanan Tempat Simpanan
8.1 Dataset Fotogrametri Kekal Server Sistem
Geospatial
9. LAMPIRAN
Tiada.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.03.TOPO.01 Pendigitan
Muka 1/3
1. OBJEKTIF
Menghasilkan dataset digitan yang mematuhi spesifikasi pemetaan.
2. PERINGKAT KERJA
2.1 Pendigitan.
2.2 Proses QA/QC.
2.3 Post Changes.
3. RUJUKAN
3.1 Prosedur Operasi Standard Pendigitan.
3.2 Prosedur Operasi Standard QA/QC.
3.3 Prosedur Operasi Standard Post Changes.
4. TINDAKAN
4.1 Aktifkan ruang kerja dengan sistem koordinat yang betul.
4.2 Laksanakan pendigitan mono/stereo.
4.3 Bagi pendigitan mono/stereo, semua butiran 2D/3D yang nampak pada imej
ortofoto akan dijalankan pendigitan kecuali bagi butiran yang dikelaskan sebagai
demarcation (sempadan daerah/sempadan hutan simpan) dan hypsography
(kontur) yang hanya boleh dikenalpasti pada imej 3D dan semakan kerja
luar di padang. (Sila rujuk Prosedur Operasi Standard Pendigitan)
4.3.1 Laksanakan pendigitan butiran menggunakan mode berikut :
4.3.1.1 Polygon/Rectangle - untuk mendigit butiran jenis shape
(contohnya: rumah).
4.3.1.2 Line - untuk mendigit butiran jenis jajaran (contohnya: jalan,
sungai dan lain-lain).
4.3.1.3 Point - untuk mendigit butiran jenis titik (contohnya: Batu Aras).
4.3.2 Jalankan pendigitan butiran berdasarkan kategori seperti berikut:
4.3.2.1 Butiran BUILT ENVIROMENT
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.03.TOPO.01 Pendigitan
Muka 2/3
i. Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi
(residential, comercial, industrial) mengikut Prosedur
Operasi Standard Pendigitan. Sekiranya klasifikasi tidak
dapat dikenalpasti, digit butiran sebagai klasifikasi
residential building.
ii. Bangunan didigit dengan mengikut bentuk sebenar.
4.3.2.2 Butiran TRANSPORTATION
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi (road,
track, railway dan lain-lain) mengikut Prosedur Operasi
Standard Pendigitan.
4.3.2.3 Butiran HYDROGRAPHY
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi (natural-
hydrography, manmade-hydrography, alur sungai dan lain-
lain) mengikut Prosedur Operasi Standard Pendigitan.
4.3.2.4 Butiran VEGETATION
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi (natural
vegetation, cultivated vegetation dan lain-lain) mengikut
Prosedur Operasi Standard Pendigitan.
4.3.2.5 Butiran UTILITY dan MISCELLANOUS
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi (power
line, power station, dan lain-lain) mengikut Prosedur Operasi
Standard Pendigitan.
4.3.2.6 Butiran HYPSOGRAPHY
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi (kontur,
cutting dan lain-lain) mengikut Prosedur Operasi Standard
Pendigitan.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.03.TOPO.01 Pendigitan
Muka 3/3
4.3.2.7 Butiran DEMARCATION
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi
(sempadan pentadbiran, sempadan daerah, sempadan negeri
dan lain-lain) mengikut Prosedur Operasi Standard Pendigitan.
4.3.2.8 Butiran GEOLOGY
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi (kuari,
mines dan lain-lain) mengikut Prosedur Operasi Standard
Pendigitan.
4.3.2.9 Butiran AERODROME
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi
(padang terbang, lapangan terbang dan lain-lain) mengikut
Prosedur Operasi Standard Pendigitan.
4.3.2.10 Butiran GENERAL
Laksanakan pendigitan berdasarkan skema klasifikasi (spot
height, tanda aras dan lain-lain) mengikut Prosedur Operasi
Standard Pendigitan.
4.4 Proses QA/QC
Laksanakan QA/QC untuk Dataset Digitan dan sahkan mengikut Prosedur
Operasi Standard QA/QC
4.5 Post Changes
Laksanakan proses kerja Post Changes mengikut Prosedur Operasi Standard
Post Changes.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.03.TOPO.02 Kompilasi
Muka 1/1
1. OBJEKTIF
Menghasilkan dataset kompilasi yang mematuhi spesifikasi pemetaan.
2. PERINGKAT KERJA
2.1 Pelarasan Jidar Dataset Kompilasi.
2.2 Penyerahan maklumat ke Pejabat Topografi Wilayah.
3. RUJUKAN
3.1 Prosedur Operasi Standard Field Survey.
3.2 Prosedur Operasi Standard Plot Verifikasi.
3.3 Prosedur Operasi Standard Senarai Nama Tempat.
4. TINDAKAN
4.1 Pelarasan Jidar Dataset Kompilasi
4.1.1. Aktifkan ruang kerja dengan sistem koordinat yang betul.
4.1.2. Muat naik dataset bagi AOI dan lembar-lembar bersebelahan (jika ada).
4.1.3. Laraskan butiran di kawasan jidar lembar berpandukan ortofoto (jika perlu).
4.1.4. Masukkan maklumat atribut bagi semua butiran yang boleh dikenalpasti.
4.1.5. Sediakan layer siasatan butiran mengikut Prosedur Operasi Standard Field
Survey (Arahan Kerja) (jika perlu).
4.1.6. Semak Dataset Kompilasi dan sahkan.
4.2 Penyerahan Maklumat ke Pejabat Topografi Wilayah
4.2.1. Sediakan plot verifikasi mengikut Prosedur Operasi Standard Plot
Verifikasi.
4.2.2. Sediakan senarai nama tempat mengikut Prosedur Operasi Standard
Senarai Nama Tempat.
4.2.3. Serahkan Dataset Kompilasi ke Pejabat Topografi Wilayah.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.03.TOPO.03 Pengemaskinian Dataset Di Lapangan
Muka 1/2
1. OBJEKTIF
Menghasilkan dataset lapangan yang mematuhi spesifikasi pemetaan.
2. PERINGKAT KERJA
2.1. Perancangan dan agihan Dataset Kompilasi.
2.2. Perancangan kerja di lapangan.
2.3. Pengukuran.
2.4. Kerja-kerja selepas pengukuran.
2.5. Penghantaran Dataset Lapangan ke Ibu Pejabat.
3. RUJUKAN
3.1. Prosedur Operasi Standard Field Verification.
3.2. Manual Peralatan Kerja Luar.
3.3. Manual Peralatan GNSS.
3.4. Manual Perisian GIS.
4. SINGKATAN
4.1. AOI Area of Interest.
4.2. BPT Bahagian Pemetaan Topografi.
4.3. GNSS Global Navigation Satellite System.
4.4. GIS Geographical Information System.
5. TINDAKAN
5.1. Penerimaan dan Agihan Dataset Kompilasi.
5.1.1. Terima arahan pengemaskinian Dataset Kompilasi daripada Ibu
Pejabat.
5.1.2. Muat turun dan semak Dataset Kompilasi (zip file) dan buat
perancangan agihan kerja. Seterusnya serahkan kepada pegawai
kerjaluar untuk tindakan.
ARAHAN KERJA
MS ISO 9001:2015
AK.PK.03.TOPO.03 Pengemaskinian Dataset Di Lapangan
Muka 2/2
5.2. Perancangan Kerja Di Lapangan
5.2.1. Muat turun Dataset Kompilasi ke dalam toughbook dan pastikan
Dataset Kompilasi adalah lengkap.
5.2.2. Semak AOI bagi mengenalpasti tempat dan keadaan muka bumi serta
menentukan kaedah pengukuran yang sesuai.
5.2.3. Pastikan peralatan kerjaluar seperti toughbook, peralatan GNSS,
broadband dan lain-lain berada dalam keadaan sempurna untuk
digunakan.
5.2.4. Sediakan dokumen-dokumen sokongan dari pihak berkenaan
sekiranya perlu, seperti surat kebenaran, surat makluman dan
sebagainya.
5.2.5. Rancang perlaksanaan kerja luar dengan membuat perancangan kerja
harian yang sistematik.
5.3. Pengukuran
5.3.1. Jalankan pengukuran di lapangan berpandukan layer siasatan butiran.
5.3.2. Ukur dan kemaskini maklumat atribut butiran-butiran baharu selain
daripada yang terdapat dalam layer siasatan butiran.
5.3.3. Laksanakan verifikasi bagi butiran dan atribut sedia ada dalam
Dataset Kompilasi.
5.4. Kerja-Kerja Selepas Pengukuran
5.4.1. Jalankan post processing data GNSS, jika perlu.
5.4.2. Laksanakan proses penukaran format data.
5.4.3. Kemaskini Dataset Kompilasi dan laksanakan proses QA/QC.
5.5. Penghantaran Dataset Lapangan ke Ibu Pejabat
Serahkan Dataset Lapangan ke Ibu Pejabat BPT.
Top Related