Pasar Perasaan
Maksud sajak Rangkap 1: Pelbagai ragam masyarakat dapat dilihat di warung-warung. Misalnya, di warung
terdapat penjual sentimental dan para pengunjung yang terlalu mengikut emosi.
Rangkap 2: Golongan tersebut memperkatakan sesuatu menurut kata hati dan bukannya berfikir
secara rasional dan menggunakan akal yang waras.
Rangkap 3: Golongan ini berhujah tanpa asas yang kukuh dan hujah itu pula mudah disangkal.
Rangkap 4: Di warung itu, masyarakat lebih banyak berbual-bual kosong.
Rangkap 5: Golongan ini hanya berkata-kata dengan berbekalkan akal yang cetek dan
pengetahuan yang dangkal semata-mata.
Rangkap 6: Penyair mendapati mereka yang berada di warung itu kaya dengan perasaan tetapi
kurang bijaksana dalam bercakap atau bertindak.
Rangkap 7: penyair mendapati pasar itu dipenuhi pengunjung yang tidak menggunakan akal
fikiran dalam berurusan, tetapi penuh dengan hiruk-pikuk yang tidak mempunyai
apa-apa makna.
Tema Sajak “Pasar Perasaan” bertemakan kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang
bersuara di warung-warung. Masyarakat ini menyuarakan pendapat mengikut perasaan
tanpa menggunakan akal.
Persoalan 1. Pengunjung warung yang penuh dengan pelbagai sifat manusia.
2. Sikap emosional ketika berkata-kata atau berhujah.
3. Kepelbagaian isu semasa diperkatakan oleh pengunjung warung.
4. Perbincangan golongan tertentu yang berasaskan fikiran dan pendapat yang dengkal.
Bentuk Sajak 1. Sajak “Pasar Perasaan” berbentuk bebas. Sajak ini tidak terikat dengan ciri-ciri khusus
seperti pantun atau syair.
2. Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap.
3. Bilangan rangkap dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungi tiga
baris, rangkap kedua mengandungi empat baris, rangkap ketiga mengandungi lima baris,
rangkap keempat mengandungi tiga baris, rangkap kelima mengandungi tiga baris,
rangkap keenam mengandungi lima baris, rangkap ketujuh mengandungi dua baris.
4. Bilangan kata dalam setiap baris pun tidak sama juga, iaitu antara tiga hingga lima patah
kata dalam satu baris.
5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada enam hingga lima belas suku kata.
6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: abb, rangkap kedua: abcd, rangkap ketiga :
abbcd, rangkap keempat: abc, rangkap kelima: abc, rangkap keenam: aaabb, dan rangkap
ketujuh: ab.
Unsur Keindahan 1. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah
dan berkesan. Contohnya:
i. Para gerainya duduk menjual sentimental – rangkap 1, baris 2.
ii. Tetapi miskin dengan kebijaksanaan – rangkap 6, baris 5.
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak “Pasar Perasaan” termasuklah:
(a) simile. Contohnya:
i. Yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk- rangkap3, baris 3.
ii. Yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering- rangkap 3, baris 5.
(b) metafora. Contohny: pasar perasaan
(c) penggunaan kata pinjaman. Contohnya:
i. Sentimental-rangkap 1, baris 2.
ii. Emosional-rangkap 1, baris 3.
(d) pengulangan atau kata repetisi. Contohnya:
- ini pasar perasaan-rangkap 1, baris 1; rangkap 2, baris 1; rangkap 4, baris 1; rangkap 5,
baris 1.
(e) personifikasi. Contohnya:
- ini pasar perasaan yang memperdagangkan akal cetek-rangkap 5, baris 1 dan 2.
(f) perlambangan atau imejan. Contohnya:
i. Kayu buruk-rangkap 3, baris 3.
(bermaksud tidak berguna)
ii. Ranting kering-rangkap 3, baris 5.
(bermaksud tidak bernilai)
iii. Sungai manusia-rangkap 4, baris 2.
(bermaksud tempat ramai orang)
(g) inversi. Contohnya:
- di dalamnya mengalir sungai manusia-rangkap 4, baris2.
(sepatutnya: sungai manusia mengalir di dalamnya)
(h) responsi. Contohnya:
- yang terbit daripada kalbu
- bukan terbit daripada akal-rangkap 2, baris 3 dan 4.
3. Antara unsur bunyi yang digunakan dalam “Pasar Perasaan” termasuklah:
(a) asonansi
Pengulangan bunyi huruf vokal atau pengulanganasonansi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa
membaca sajak.
Contohnya:
i. Pengulangan bunyi vokal a
- ini pasar perasaan – rangkap 1, baris 1.
- ini pasar tidak berakal – rangkap7, baris 1.
ii. Pengulangan bunyi vokal e
- mereka memperdagangkan kata-kata – rangkap 2, baris 2.
- di tengah-tengah penjual dan pembeli – rangkap 6, baris 3.
iii. Pengulangan bunyi vokal i
- bagai ranting kering – rangkap 3, baris 5.
- tetapi miskin dengan kebijaksanaan – rangkap 6, baris 5.
iv. Pengulangan bunyi vokal o
- yang menghilirkan suara kosong – rangkap 4, baris 3.
- yang diriuhkan kekosongan – rangkap 7, baris 2
(b) aliterasi
Pengulangan bunyi huruf konsonan atau pengulangan aliterasi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa
membaca sajak.
Contohnya:
i. Pengulangan bunyi konsonan k
- bagai kayu buruk – rangkap 3, baris 3.
- tapi miskin dengan kebijaksanaan – rangkap 6, baris 5.
ii. Pengulangan bunyi konsonan m
- mereka memperdagangkan hujah – rangkap 3, baris 1.
- di dalamnya mengalir sungai manusia – rangkap 4, baris 2.
iii. Pengulangan bunyi konsonan n
- yang sering dikunjungi pembeli emosional – rangkap 1, baris 3.
- dan tawar-menawar yang dangkal – rangkap 5, baris 3.
iv. Pengulangan bunyi konsonan s
- kumasuki pasar ini – rangkap 6, baris 1.
- kususuri sungai sibuk ini – rangkap 6, baris2.
Nada Sajak “Pasar Perasaan” ini bernada sinis. Nada sajak ini sesuai kerana menyindir
segelintir masyarakat yang bercakap mengikut perasaan tanpa menggunakan akal.
Nilai 1. Nilai berhati-hati. Contohnya, berhati-hati ketika menyuarakan pendapat.
2. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, bijak berkata-kata dengan menggunakan akal, dan
bukannya menurut hati dan perasaan.
3. Nilai rasional. Contohnya, bersikap rasional dalam setiap tutur kata atau tindakan supaya
tiada masalah yang timbul.
Pengajaran
1. Kita perlu bijak dalam menyampaikan pandangan atau menyuarakan perasaan.
2. Kita hendaklah bersikap rasional dalam apa-apa jua perkara.
3. Kita sewajarnya menggunakan akal apabila berhujah dengan pihak lain.
Top Related