Condition Appraisal
1
( C o m p an y N o .
RUJUKAN KAMI : PMSB/KPL/CA-E0001/11/2009
TARIKH : 27/11/2009
ANALISA LAPORAN
SISTEM / PERALATAN : SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA DAN PAPAN
SUIS UTAMA
TUJUAN : MENILAI KEADAAN SEMASA DAN KEPERLUAN
BEBAN KE ATAS KEDUA-DUA SISTEM
LOKASI : HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH. KUALA
PILAH, NEGERI SEMBILAN.
DISEDIAKAN OLEH; DISAHKAN OLEH; DILULUSKAN;
........................................... ................................................ ............................................(ARIFF ISKANDAR BIN AZHAR) (MOHD ZAIN BIN ABD. MAJID) (RUZAIDI BIN HJ.DERAMAN)FACILITIES ENGINEER, SUPERVISOR IN CHARGE, CUSTOMER SERVICE MANAGER
PRIMARY HORIZON SDN. BHD PRIMARY HORIZON SDN. BHD. PANTAI MEDIVEST SDN. BHD
Condition Appraisal
2
( C o m p an y N o .
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Bangunan Hospital Kuala Pilah
1.2 Tujuan
2.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA
(GENERATOR SET)
3.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM PAPAN SUIS UTAMA (MAIN
SWITCH BOARD)
4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEROSAKAN SISTEM
5.0 KESAN KEROSAKAN SISTEM
6.0 TINDAKAN SEMASA YANG TELAH DIAMBIL
7.0 SKOP KERJA YANG DICADANGKAN
8.0 KESIMPULAN
Condition Appraisal
3
( C o m p an y N o .
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengenalan Bangunan Hospital Kuala Pilah
Hospital Kuala Pilah siap dibina dalam tahun 1994 (Nucleus Concept)
oleh Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd., dibawah
pengawasan Jabatan Kerja Raya, Malaysia.
1.2 Tujuan
Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan satu penilaian ke
atas keadaan Sistem Janakuasa Tunggusedia (Generator Set) untuk system
bekalan elektrik tunggusedia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Laporan ini disediakan selaras dengan
keperluan dan kehendak yang terdapat didalam ‘Master Agreed Procedures,
FES 004’ yang telah termaktub didalam ‘Concession Agreement’, iaitu untuk
menilaikan keadaan kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital dan
mencadangkan supaya ianya dinaiktarafkan ataupun penggantian secara
keseluruhannya.
Di dalam “Supplementary Agreement – Schedule 6 Table C (g) ” bagi
skop kerja menaiktaraf sistem tersebut di bawah “Reimbursable Work” adalah
keadaan sistem tersebut perlu dinaiktaraf secara keseluruhan memandangkan
keperluan semasa atau masa hadapan perlu diambil kira untuk menampung
kesemua beban peralatan elektrikal.
Laporan ini telah disediakan berdasarkan kepada pemerhatian dan
penilaian teknikal yang telah dijalankan di seluruh bangunan Hospital Tuanku
Ampuan Najihah Kuala Pilah adalah terdiri dari bangunan:
Condition Appraisal
4
( C o m p an y N o .
a) Blok Wad-Wad (Tingkat Bawah dan Atas)
b) Klinik – klinik Pakar
c) Blok Kecemasan ( Tkt Bawah) dan Wad Bersalin (Atas)
2.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA
(GENERATOR SET)
2.1 Keadaan sistem
2.1.1. Sistem janakuasa tunggusedia adalah satu sistem yang amat
penting dalam pembekalan elektrik kepada semua kemudahan atau
blok-blok bangunan serta nadi utama untuk menjanakan setiap
peralatan perubatan bagi merawat pesakit walaupun bekalan utama
elektrikal terputus.
2.1.2. Berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan yang dilakukan
didapati sistem tersebut bakal mengalami masalah yang berkaitan
dengan ketidakcukupan bekalan yang mampu dijana untuk keseluruhan
keperluan bangunan hospital.
2.1.3 Sistem janakuasa tunggusedia ini terdiri daripada 2 buah enjin
diesel yang mampu menjana sebanyak 350 kVA (350 kVA x 2) yang
telah dipasang mengikut keperluan dari mula pembinaan hospital ini iaitu
dari 1994 sehinggalah sekarang yang mana perkembangan serta
pembangunan dari keperluan elektrikal telah meningkat sama sekali.
Condition Appraisal
5
( C o m p an y N o .
2.1.4 Pembangunan yang diperkatakan adalah dari kewujudan
bangunan-bangunan baru yang diusahakan oleh pihak hospital bagi
memastikan kemudahan-kemudahan rawatan pesakit dapat diteruskan.
Contoh-contoh bangunan atau penambahan baru di dalam hospital
sehingga sekarang :
a) Stor tambahan (Stor perubatan) 2 bangunan baru
b) Penambahan bilik dan kemudahan di Jabatan Kemalangan
dan Kecemasan
c) Penambahan kemudahan Mammography di Jabatan
Pengimejan dan Diagnostik
d) Penambahan Jabatan Pentadbiran (Tingkat atas)
e) Penambahan bangunan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik
f) Pengubahsuaian bangunan dan kemudahan di Unit Rawatan
Rapi (ICU)
g) Penambahan Ruangan Menunggu
h) Penambahan
2.1.5 Terdapat juga penambahan bangunan yang diluar jangkauan
bekalan elektrik janakuasa tunggusedia iaitu :-
a) Bangunan Jurupulih Carakerja
b) Bangunan Klinik Hijrah
c) Bangunan Rehat Pemandu
Condition Appraisal
6
( C o m p an y N o .
2.1.6 Kemajuan dan pembangunan didalam kawasan hospital
khususnya pembinaan bangunan akan turut melibatkan bebanan
tambahan pada janakuasa tunggusedia dan jika berlaku gangguan
bekalan elektrik, dikhuatiri janakuasa tunggusedia tidak akan mampu
membekalkan kuasa elektrik kepada seluruh bangunan hospital dan
akan membahayakan nyawa pesakit yang sedang menerima rawatan.
3.0 PENILAIAN KEADAAN SEMASA SISTEM PAPAN SUIS UTAMA (MAIN
SWITCH BOARD)
3.1 Keadaan sistem
3.1.1 Masalah yang bakal dihadapi oleh sistem elektrikal di hospital ini
juga melibatkan Sistem Suis Utama (Main Switch Board) MSB. Sistem
ini mempunyai keupayaan tampungan sebanyak 600Amp maksimum
dan beban semasa yang ditanggung adalah sebanyak 68%. Bebanan ini
juga akan terus berkembang selaras dengan pembangunan dan
penambahan kemudahan elektrikal.
3.1.2 Mengikut statistik asset semasa, terutama sekali asset elektrikal
dan mekanikal untuk hospital ini telah bertambah dengan banyaknya.
Dalam rekod penambahan asset dari tahun 2004-2009 (dalam 5 tahun
sahaja):
a) Asset mekanikal contoh penghawa dingin jenis asing (split
unit) dari julat kuasa 5hp, 3hp, 2hp dan 1.5hp telah bertambah
sebanyak 35%
Condition Appraisal
7
( C o m p an y N o .
b) Asset elektrikal contoh komputer, printer, fotostat, katil
elektrikal, katil hidraulik dan lain-lain lagi telah bertambah
sebanyak 25.5%
Kesimpulan penambahan peralatan dalam masa 5 tahun
sahaja telah meningkat sebanyak 61% tidak termasuk
keperluan peralatan kemudahan bangunan-bangunan baru
iaitu kipas, lampu dan lain-lain lagi.
3.1.3 Maka bebanan yang ditanggung oleh suis utama MSB adalah
semakin membimbangkan jika tidak dinaiktaraf untuk keperluan masa
hadapan.
4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKCUKUPAN SISTEM.
1.2.1 Penambahan bangunan (termasuk sistem)
1.2.2 Penambahan peralatan-peralatan elektrikal
5.0 KESAN KETIDAKCUKUPAN SISTEM JANAKUASA TUNGGUSEDIA DAN
SISTEM PAPAN SUIS UTAMA
Kesan kepincangan sistem ini menjejaskan perkhidmatan dalam
menjaga kesihatan dan kesejahteraan pesakit. Ianya juga memberi
kesan kepada :
Condition Appraisal
8
( C o m p an y N o .
- Lumpuhnya fungsi peralatan perubatan untuk merawat pesakit
contohnya mesin Hemodialysis.
- Lumpuhnya fungsi perawatan pembedahan jika terputusnya bekalan
elektrikal di dalam dewan bedah
- Mengurangkan efisyen praktis perubatan kakitangan perawatan
terhadap pesakit.
6.0 TINDAKAN SEMASA YANG TELAH DIAMBIL
Pihak kami telah memberikan sedikit sebanyak nasihat dan
gambaran kemudaratan kepincangan kedua-dua sistem ini yang datang
dari kerja-kerja penambahan pendawaian dan perpasangan elektrikal
dari penambahan atau pembinaan bangunan-bangunan baru yang
sepatutnya dikawal serta mengikut spesifikasi semasa beban yang sedia
ada.
7.0 SKOP KERJA YANG DICADANGKAN
Pihak kami mencadangkan supaya pihak hospital untuk
menaiktaraf kedua-dua sistem ini seperti berikut:-
a) Sistem janakuasa tunggusedia
Dari 350 kVA kepada 500kVA (atau lebih besar)
b) Sistem Papan Suis Utama (Main Switch Board)
Dari 600Amp kepada 1000 Amp (atau lebih besar)
Condition Appraisal
9
( C o m p an y N o .
Cadangan ini mengambil kira perkembangan bebanan
yang ditampung oleh kedua-dua sistem sepanjang 15
tahun ianya berkhidmat.
8.0 KESIMPULAN
Cadangan untuk menaiktaraf kedua-dua sistem ini, perlu dilakukan
memandangkan sistem sedia telah bakal mengalami ketidakcukupan
tampungan bebanan yang sukar elakkan dan mampu membahayakan
keselamatan dan kesejahteraan pesakit.
RUJUK LAMPIRAN 1 – LAPORAN BERGAMBAR
Condition Appraisal
10
( C o m p an y N o .
LAMPIRAN 1LAPORAN BERGAMBAR
Condition Appraisal
11
( C o m p an y N o .
GAMBAR-GAMBAR MENUNJUKKAN KEADAAN SEMASA SISTEMJANAKUASA TUNGGUSEDIA DAN PAPAN SUIS UTAMA DILOJI
KEJURUTERAAN HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALAPILAH.
Janakuasa Tunggusedia 1
Janakuasa Tunggusedia 2
Condition Appraisal
12
( C o m p an y N o .
Panel ‘Synchronization’ (AMF board)
Papan Suis Utama
Top Related