1
2
Page 2 Edisi Sept 2013 Page 2 Edisi Sept 2013 Edisi Sept 2013
SIDANG Editor
RISALAH MADANI E-mel: [email protected]
En.Izwan Suhadak Bin Ishak
Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil
Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan
Wong Sook Li @ Khadijah Wong
Anis Nur Syuhada Bt Safuan
Nurul Shafiqah Binti Omar
GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : [email protected]
3
Salam Merdeka,
Nur Balqis Hannah
-Editor Risalah Madani -
Dirgahayu Negara ku!
Assalamualaikum ... Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam lebaran yang
masih bersisa dan salam ulang tahun kemerdekaan Negara kita, yang ba-
kal disambut pada 31 Ogos ini. Sedar tak sedar umur Negara kita bakal
menjengah ke angka 57 tahun. Dengan tema yang dibawa pada tahun Ini,
Malaysia Di sini lahirnya sebuah cinta, banyak perubahan demi peru-
bahan yang dapat kita kecapi dalam masa yang amat singkat ini. Seha-
rusnya Syukur dan pujian ke hadrat Ilahi harus diberi kerana telah mem-
benarkan kita untuk menikmati nikmat kemerdekaan dan kebebasan itu.
Sebelumnya, kita sebagai warganegara Malaysia amat prihatin dengan kejadian yang sudah dan
sedang berlaku terhadap Negara dan dunia, Pertamanya, berita tentang penembakan pesawat Malay-
sia Airlines (MAS) di ruang udara Ukraine pada 17 Julai lalu. Berita ini telah menggemparkan seuruh warga dunia, apabila kesemua krew kapal dan penumpang tidak ada yang terselamat dalam nahas itu.
Selain itu, dunia juga turut bersedih atas serangan terbaru oleh Israel terhadap Palestin. Serangan
bertalu-talu telah mengakibatkan banyak kematian yang menyayat hati.
Kebebasan apakah yang penduduk Palestin dapat, sedangkan Negara mereka sendiri tidak di
iktiraf? Menumpang di Negara asal? Bunyinya pelik namun begitulah yang terjadi terhadap penduduk Palestin. Sedih bukan. Semoga dengan doa dan sokongan semua warga dunia, Palestin akan kembali
menjadi sebuah Negara yang berdaulat
Sebagai rakyat Malaysia, kebebasan yang telah dikurniakan Tuhan melalui para pejuang harus-lah setiap anak bangsa menghargainya. Kita perlu mengisi kemerdekaan dengan perlakuan yang nyata
untuk pertumbuhan dan kemajuan Malaysia, dan menghasilkan generasi yang cinta tanah air.
Oleh itu, marilah kita mengisi kemerdekaan ini, baik kemerdekaan sebagai bangsa yang bebas
dari penjajahan bangsa lain atau penjajahan secara rohani dari dosa dengan erti kesyukuran yang
mendalam. Jangan sia-siakan segala kemehawan yang kita telah kecapi ini dengan tindak tanduk yang
merugikan bangsa, agama dan Negara
Ps: Dirgahayu 57 tahun Negara ku Malaysia
Ogos 2014 TUTUR EDITOR!
4
Ogos 2014 Pena Presiden
KEBEBASAN DALAM
MERUNGKAI MAKNA
KEMERDEKAAN Oleh : MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD Unisel) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Industri, Fakulti
Sains & Bioteknologi Jurulatih Modul Kepimpinan Motivasi & Jatidiri Remaja
Di antara nilai-nilai kemanusiaan yang juga sangat
dipraktikan dalam Islam adalah "kebebasan," yang
dengannya dapat menyelamatkan manusia dari segala
bentuk tekanan, paksaan, kediktatoran dan penjajahan.
Menurut Dr. Yusuf Qaradawi dalam makna kebebasan
terbahagi kepada kepada beberapa perkara penting seperti
kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan
berpolitik, kebebasan madaniyah (tempat tinggal) dan
segala bentuk kebebasan yang hakiki dalam kebenaran.
Yang kita maksud dengan kebebasan agama adalah
kebebasan dalam beraqidah (berkeyakinan) dan kebebasan
melakukan ibadah. Maka tidak diterima keislaman
seseorang di saat ia dipaksa untuk meninggalkan agama
yang ia cintai, atau dipaksa untuk memeluk agama yang
tidak ia sukai. Al Qur'an secara terang-terangan melarang
tindakan seperti itu, sebagaimana tersebut dalam ayat
Makkiyah:
"Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia
supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman
semuanya?" (Yunus: 99)
Atau sebagaimana disebutkan di dalam ayat-ayat
Madaniyah sebagai berikut:
"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam),
sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan
yang sesat." (Al Baqarah: 256)
Siapa saja dari orang-orang di luar Islam yang berada
dalam tanggungjawab kaum Muslimin maka dia telah
mendapat hak seperti kaum Muslimin secara umum,
dengan beberapa pengecualian yang ditentukan oleh
agama. Maka tidak wajib baginya segala sesuatu yang
diwajibkan kepada kaum Muslimin, dan tidak terlarang
baginya sesuatu yang diharamkan kepada kaum Muslimin.
Dengan beberapa pembatasan tertentu sesuai dengan
syari'at Islam.
Ada yang berpandangan bahawa sesungguhnya warisan
hasil dari catatan di dalam Khazanah Arab dan Islam tidak
menyangkal adanya kebebasan pemahaman moden
sebagaimana yang kita dapatkan dari barat, tepatnya
setelah revolusi Perancis. Akan tetapi Islam hanya
mengenal makna kemerdekaan (kebebasan) itu dalam erti
membebaskan manusia dari segala cengkeraman dan
kekuasaan yang zalim, dari penguasa yang zalim atau
pemerintahan diktator.
Al-Quran juga mengaitkan kemerdekaan dengan konsep
istiqlal danal-Hurriyyah. Istiqlal membawa makna
kemerdekaan, berdaulat, mengangkat, meninggi,
menjayakan dan meneruskan sesuatu. Manakala al-
Hurriyyah bermaksud kebebasan iaitu bebas daripada
nafsu yang jahat.
Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nasr bermaksud;
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
(semasa engkau Muhammad berjaya menguasai negeri
Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam
agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih
dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-
Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat
"(Surah an-Nasr: 1-4).
5
Ogos 2014 Pena Presiden
Definisi dan maksud al-Quran di atas memberikan kita makna kemerdekaan dan kebebasan dalam erti kata yang luas.
Kemerdekaan tidak sekadar pembebasan diri daripada belenggu penjajahan secara fizikal tetapi mengangkat diri sebagai
manusia atau umat yang bermaruah (Karamah Insaniah) dan ada harga diri. Kemerdekaan Mekah daripada belenggu
jahiliyyah adalah lambang kemerdekaan antara yang hak dengan yang batil, antara jahiliyah dengan fitrah, antara asas syirik
kepada asas tauhid. Titik tolak kemerdekaan Mekah memberi kesan yang amat bermakna kepada umat manusia.
Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah
tauhid itu ada kaitan dengan hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan
manusia dengan Allah S.W.T adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan
hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam kedudukan yang baik.
Pendekatan yang digunakan oleh Islam adalah memerdekakan rohaniah manusia terlebih dahulu sebelum memerdekakan
jasmaninya. Justeru itu, kedua-duanya sangat penting bagi memperoleh kemerdekaan. Golongan penjajah pada masa kini
tidak lagi datang menaiki kapal dan menggunakan senjata seperti dahulu, sebaliknya berupaya menjajah umat Islam
menerusi talian kuprum, fiber optik dan satelit serta menggunakan kuasa kewangan, pengaruh ekonomi dan media massa.
Erti kemerdekaan bagi golongan yang pernah dijajah amatlah tinggi. Menggenggam kemerdekaan ibarat bulan jatuh ke riba.
Jerit perih pemimpin terdahulu mencapai kemerdekaan sangat dihargai. Tidak boleh dinafikan bahawa sumbangan YM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj perlu kita puji serta beberapa lagi tokoh-tokoh yang memperjuangkan hak dan kebebasan
seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan banyak lagi tokoh yang bermati-matian berjuang dan
akhirnya generasi pada hari ini dapat merasai nikmat aman dan harmoni. Pada bulan kemerdekaan, pelbagai program telah
diadakan bagi mengisi bulan yang penuh bermakna ini. Mengibarkan bendera hinggalah ke perarakan, kemeriahannya jelas
dirasakan. Namun, apakah sambutan kemerdekaan ini cukup sekadar berpesta sebegini? Apakah erti kemerdekaan ini benar
-benar sudah dihayati?
Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah
tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia.
Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia
meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam kedudukan yang baik dan menyumbang.
.
6
Ogos 2014 DALIL QURAN
-
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu
sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah. [ Al Hadid : 22 [
Berikut ini adalah ayat ayat Al-quran al-Karim yang menerangkan tentang qadha' dan qadar serta pengaruh mutlaknya, dan bahawa setiap peristiwa yang
terjadi pasti telah dilakukan oleh Kehendak Ilahi dan hal itu telah tersurat
sebelumnya dalam suatu kitab yang nyata ( luh Mahfudz ) .
Jadi kita sebagai hambaNya harus menerima qadar dan qadar kita tanpa merungut
dengan apa yang terjadi. Mungkin ini cara Allah itu untuk menguji para hambanya.
Bersangka baiklah kita :)
7
Sumber: Google Image
Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
8
Ogos 2014 Anda Tahu?
Perkongsian oleh : Wong Sook Li @ Khadijah Wong
Apa itu kebebasan dan kemerdekaan?
Menurut Kamus Dewan Pustaka, maksud
kebebasan dan kemerdekaan membawa mak-
sud yang sama iaitu bebas, berdiri sendiri dan
tidak bergantung kepada orang lain. Dalam erti
kata lain makna merdeka ini juga lebih cender-
ung kepada bebas dari penjajahan manakala
kebebasan pula membawa makna seseorang
itu bebas dalam melakukan sesuatu mengikut
kehendaknya.
Dalam kita meniti arus globalisasi ini, apakah
makna kemerdekaan yang dapat difahami oleh
golongan remaja? Adakah merdeka yang
difahami adalah bebas dari melakukan semua
perkara tanpa dibatasi oleh batas-batas aga-
ma? Merdeka yang difahami oleh remaja
sekarang berbeza, seperti yang kita lihat se-
tiap tahun pada tanggal 31 Ogos pelbagai kes-
kes gejala sosial seperti mat rempit, seks
bebas, dadah, buang bayi, vendalisme dan se-
bagainya terpampang di dada-dada akhbar.
Ini membawa makna bahawa remaja
pada masa kini menggangap bahawa ke-
merdekaan itu adalah satu kebebasan mutlak
bagi diri mereka. Jika perkara ini berlarutan
tanggal 31 Ogos setiap tahun bukanlah suatu
tarikh kebanggaan lagi tapi merupakan titik
hitam di mana akan berlaku pelbagai kes gejala
sosial.
9
Pelbagai bentuk kemungkaran dilakukan di bumi tuhan, akhirnya manusia hidup dalam keadaan hu-
ru hara dan sentiasa dalam keadaan ketakutan dan jiwa tertekan. Ini bukanlah makna sebenar
kemerdekaan. Firman Allah yang bermaksud:
lahirlah kerosakan di daratan dan di lautan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka) agar mereka kem-bali ke jalan yang benar. Ar Rum 41
Apakah merdeka masih bermakna jika pada hakikatnya kita melakukan kemungkaran seperti
mereka yang jahil, yang tidak merdeka dari fikiran! Allahkhuabar! Firman Allah lagi:
Maksudnya:
bahawasannya mereka, usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka mereka telah membuat kebaikan. Al Kahfi 54.
Hakikatnya kmerdekaan yang kita cari selama ini hanya mengikut hawa nafsu semata-mata atau mengikut fikiran yang tidak berlandaskan syariat. Adakah kita sudah MERDEKA?...
Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
10
Ogos 2014 Lensa GPTD
11
Ogos 2014 Pelajar Dan Isu
PELAJAR DAN KEMERDEKAAN Perkongsian oleh : Anis Nur Syuhada Bt Safuan
Jika ditanya kepada pelajar sekarang apa yang mereka dapat daripada kemerdekaan,
pasti ada sahaja jawapan merdeka adalah bebas dari penjajah, tidak perlu berperang dan se-
bagainya bahkan jawapan gurauan seperti merdeka adalah bebas selepas menghadapi pepe-
riksaan akhir semester.
Pelajar sekarang kadangkala lupa akan kebebasan yang telah mereka capai, Ke-
merdekaan negara merupakan titik mula untuk setiap pelajar mempertahankan kebebasan
yang telah kita capai. Contohnya, pelajar tidak perlu takut untuk keluar dari rumah untuk per-
gi menimba ilmu bahkan pelajar dapat memperoleh ilmu dan berita dari pelbagai sumber
seperti internet, bahan-bahan rujukan bahkan berita isu-isu semasa di mana pada zaman pen-
jajahan negara kita dulu nenek moyang kita perlu menyorokkan sumber-sumber berita seperti
radio supaya tidak diketahui oleh penjajah.
Kebebasan yang telah kita capai sekarang perlulah digunakan secara bijaksana supaya
tidak mendorong diri kita ke arah keburukan. Kemerdekaan negara kita ini haruslah didorong
ke arah kebaikan kerana pelajar adalah harapan negara bagi memajukan negara.
Pada masa sekarang, institusi pendidikan di Malaysia memberi peluang yang luas dan
saksama kepada pelajar lelaki dan perempuan untuk berjaya sehingga ke institusi pengajian
tinggi. Keadaan ini sangat berbeza jika dibandingkan zaman sebelum merdeka.
12
Setiap tahun pada 31 Ogos negara menyambut hari kemerdekaan. Hari yang disam-
but setiap tahun dengan pelbagai acara dan sambutan yang meriah tentunya saban tahun
tarikh ini pasti tidak akan dilupakan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.
Memperkatakan tentang kemerdekaan kita hendaklah mengetahui makna ke-
merdekaan dan penghayatan kemerdekaan itu sendiri. Seluruh warga negara, khususnya
para remaja dan generasi muda kini amat perlu memahami makna sebenar kemerdekaan.
Sejak kebelakangan ini ada suara yang mengatakan bahawa semangat patriotik di
jiwa remaja dan generasi masa kini semakin menipis. Generasi masa kini tidak kuat seman-
gat untuk cintakan negara dan bangsa sendiri.
Remaja hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Jika remaja hari ini tidak mempu-
nyai jati diri yang teguh, kukuh dan ampuh, bayangkan apa akan terjadi kepada bangsa dan
tanah air kita 25 tahun akan datang?
Remaja hari ini hendaklah lebih banyak didedahkan kepada sejarah tanah air dan
bangsa sendiri. Malah didedahkan dengan susur galur sejarah bangsa yang menjadi teras
perjuangan dalam menuntut kemerdekaan negara. Jika sejarah tidak disuburkan dan diti-
tikberatkan, mana mungkin semangat patriotik dapat dipupuk dan disebarluaskan di
kalangan generasi muda kita.
Sejarah itu amat penting dalam membentuk jati diri dan perpaduan bagi melahirkan
masyarakat sejahtera dan sayangkan negara. Jika sejarah disisihkan, percayalah jiwa gen-
erasi muda sukar dibentuk untuk sayangkan bangsa dan negara.
13
Sumber: FB Ikramteens
Sumber: Google Image
Ogos 2014 Budak Komik
14
Sumber: Google Image
Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Sumber: FB Ikram teens
15
Ogos 2014 Isu Khas
Palestin : Masihkah punya Harapan
Perkongsian Oleh :Nur Balqis Hannah
Seperti yang kita ketahui peperangan
antara Israel dan Palestin tidak akan ada
hentinya , entah sampai bila ia bakal berakhir.
Dengan segala cara Israel melakukan se-
rangan secara sadis dan licik terhadap warga
Palestin terutamanya di Gaza. Perlu kita
ketahui bahawa kebanyakan korban kega-
nasan perang Israel , 75% diantaranya adalah
wanita dan kanak-kanak. Berbagai macam
alasan yang diberikan oleh Israel mengenai
mangsa dan ia sangat tidak masuk akal . Lebih
parah lagi seluruh negara didunia seakan tidak
mampu menghentikan ini semua,termasuk
negara-negara arab sendiri.
O leh kerana itu, PihakUniversiti Selangor
(Unisel) dengan berbesar hatinya telah men-
jemput seorang penceramah luar, iaitu Encik
Fadi Al Batsh, warga Palestin sendiri pada 18
Julai yang lalu untuk mengupas Isu Palestin-
Israel ini. Selepas ceramah yang sangat mem-
buka mata dan minda para hadirin, penulis
yang mewakili Grup Pengkaji Tamadun Dunia
(GPTD) Unisel telah mengambil peluang untuk
mengadakan wawancara khas bersama beliau.
Berikut merupakan sesi wawancara antara
penulis dan Encik Fadi Al Batsh
GPTD : Asslamualaikum W.R.B Encik Al
Batsh dan selamat tengah hari . Saya
Nur Balqis Hannah mewakili GPTD Unisel
Selangor ingin mewawancara sebentar
encik tentang isu yang sedang hangat
diperkatakan sekarang, Iaitu Isu Israel
-Palestin.
En Al Batsh: Waalaikumussalam. W.R.B
GPTD : Baiklah pertama sekali,
bagaimana pendapat Encik tentang
Malaysia, adakah persekitarannya
aman dan selesa?
En Al Batsh: Baiklah sebenarnya saya
sudah datang ke Malaysia pada tiga
tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2011.
Secara jujurnya, Malaysia sudah saya
rasakan seperti rumah kedua saya. (Ini
kerana beliau juga sedang menyambung
PHD di Universiti Malaya )
GPTD: Oh, Terima kasih.
En Al Batsh: Alhamdulillah, rakyat Ma-
laysia memberi sokongan yang sangat
padu kepada Palestin, dan saya
melihat, walaupun di Malaysia sendiri
terdapat pelbagai parti politik- Kera-
jaan dan pembangkang, namun kalian
dapat bersatu dalam memperjuangkan
Isu Palestin ini. Alhamdulillah. Saya
dapati juga kesedaran masyarakat Ma-
laysia tentang isu ini semakin mening-
kat. Terutamanya selepas peperangan
antara Israel dan Palestin pada tahun
2008, saya dapat lihat banyak peru-
bahan yang berlaku bermulanya pada
tahun itu.
16
Ogos 2014
Jadi seperti yang saya tegaskan da-lam ceramah saya sebentar tadi, kita harus menaikkan lagi kesedaran kepa-da semua lapisan tentang isu ini. Bila mana kesedaran itu wujud, maka rakyat akan menjadi lebih prihatin dan bersatu. Hasilnya, sokongan yang kami dapat seperti dari Malaysia ini san-gat penting buat kami, warga Palestin untuk terus berjuang.
GPTD : Oh terima kasih atas pan-dangan tersebut, Baiklah untuk soalan yang kedua, Saya percaya satu dunia sudah tahu tentang isu dan konflik yang berlaku antara Palestin dan Is-rael, jadi daripada pandangan Encik Al Batsh, apakah sebab utama Israel menduduki tanah Palestine ini.
En Al Batsh : Sebenarnya jika kita melihat kepa-da sejarah, secara asasnya majoriti rakyat yang menetap di Tanah Palestin, adalah warga Palestine sendiri, dan hanya sebahagian kecil bangsa Yahudi yang menetap di Tanah Palestin di suatu kawasan. Berbalik kepada masalah tadi, kami warga Palestin tidak mempunyai sebarang masalah dengan apa-apa agama, kerana ini bukanlah masalah agama. Secara mudahnya ini adalah masalah tentang suatu bang-sa yang datang ke tanah kami, bunuh rakyat kami, menduduki tanah kami secara paksa dan menendang kami dari tanah kami sendiri. Mereka secara mudahnya mendakwa mereka datang untuk merampas Palestin kerana adanya Haikal Sulaiman, tem-
pat suci bagi mereka. Namun itu ada-lah masalah mereka. Kita sebagai orang Muslim sangat jelas dan sedar bahawa Masjid Al-aqsa adalah kepu-nyaan orang Islam dan tiada siapa yang boleh menidakkan kenyataan ini.
Ceritanya bermula pada tahun 1917, pada masa itu Palestin masih dibawah jajahan British, Menteri Hal Ehwal Luar di United Kingdom telah mengisyti-harkan suatu perjanjian kepada Bang-sa Yahudi bahawa mereka akan menubuhkan Negara Israel di atas tanah Palestin. Antara sebab utama perjanjian ini berlaku adalah kerana,
jika anda membaca sejarah secara terperincinya, Bangsa Yahudi merupakan punca masalah di Negara-negara Eropah dan Rusia. Bangsa Yahudi inilah yang telah cuba me-nyebarkan rasuah di dalam masyara-kat, mengawal me-dia dan ekonomi secara amnya di
Negara-negara barat ini. Jadi untuk mengahalau sampah-sampah ini keluar dari Negara barat, maka perja-jian untuk mendapatkan Negara untuk Israel itu telah termeterai. Jadi yang seperti kita lihat, apabila Adolf Hitler telah membunuh beramai-ramai bang-sa Yahudi ini, ini adalah kerana beliau sedar bahawa bangsa yahudi merupa-kan bangsa yang bermasalah. Jadi bermula dari saat itu, bangsa Yahudi telah beramai-ramai berhijrah ke Pal-estin dan mendapat sokongan penuh dari United Kingdom
Bersambung...
17
Ogos 2014 Lensa GPTD
18
Ogos 2014 Review Buku !
Buku ini mengisahkan seorang wanita,
Poniem yang diselamatkan dari lembah
kehinaan oleh seorang lelaki bujang,
Leman. Dia kemudian dijadikan isteri
dan hidup dalam sebuah rumahtangga
yang bahagia.
Poniem sangat setia terhadap suaminya
dan be-
r u s a h a
kuat untuk
membantu
s e m u a
urusan ru-
mahtangga
dan peker-
jaan sua-
minya.
Akan teta-
pi lama-
kelamaan
kedamaian
rumah tangga mereka semakin hari se-
makin hilang setelah Leman larut dalam
kegiataperdagangannya. Sebagai lelaki
yang berasal dari keluarga Minang, dia
ditekan oleh keluarga supaya mengawini
seorang gadis yang sedarjat untuk mene-
ruskan adat dan budaya.
Lama-kelamaan Leman termakan dengan
kata-kata tersebut dan menerima untuk
menikah kembali. Leman berjanji
kepada Poniem tidak akan menga-
baikannya dan selalu menjaga perasaann-
ya sebagai isteri pertama.
Namun janji tinggal janji. Isteri
mudanya jauh lebih pandai berdandan
dan merebut perhatian Leman suapaya
lebih mencintainya.
Pertengkaranpun mulai terjadi.
Perdagangan Leman yang selama ini
dibantu Poniem pun hendak dikuasai oleh
isteri muda. Leman yang serba-salah pada
mulanya lama kelamaan memihak kepada
isteri mudanya.
Pertengkaran hebat yang terjadi
memaksa Leman menceraikan Poniem.
Sejak hari itu Poniem meninggalkan ru-
mahnya dan merantau ke Deli. Kegiatan
perdagangan Leman mulai mengalami ke-
rugian, ditambah lagi dengan sikap tamak
isteri baharunya. Barulah Leman sedar,
selama ini dia banyak dibantu oleh
ketekunan Poniem dalam berdagang. Tapi
nasi sudah menjadi bubur.
Poniem akhirnya bertemu jodoh yang
lebih memahami dan menghargainya, iai-
tu salah seorang dari pekerja di kedainya
dahulu.
:
Ulasan Oleh : Nurul Shafiqah Binti Omar
19
Travelog Jejak Hamka
2014
Oleh: Balqis Hannah
Rabu 15/5| Hari Kedua
Kami bangun pada pukul 6 pagi. Sengal-sengal
badan perjalanan semalam terlerai sedikit
setelah mendapat tidur yang lena.Kami di suruh
mandi segera oleh wakil PII, ini kerana jam 7.30
dikhuatiri air tidak akan masuk,berikutan ramai
yang akan menggunakan air di sekitar kawasan
itu.
Pagi ini kami bersarapan lontong. Qari, wakil PII
telah membawa kami untuk membeli lontong di
kedai berhampiran dengan sektrariat mereka.
Lontong mereka tidak banyak beza dari kita, na-
mun yang uniknya, lontong mereka akan dile-
takkan bersama nasi impit dan mi goreng. Nam-
pak seperti pelik, tapi apabila kami memakann-
ya.Ah! terasa kesedapan lontong tersebut.
Pagi ini kami akan meneruskan perjalanan kami
ke Maninjau, ke Pesantren Buya Hamka. Perjal-
anan kesana akan mengambil masa selama 4
jam dari Padang. Namun sebelum itu, kami akan
dibawa oleh wakil PII untuk melawat sektrariat
Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI) di jalan
Hang Tuah yang sudah di aturkan oleh
Mursyidah ( ketua PII Sumatera Barat)
Sementara menunggu Fakhrul yang akan tiba
dari rumah sewa pelajar lelaki, aku telah bertan-
yakan kepada Fairuz, wakill PII sumatera barat
yang kini telah diserap ke PII Pusat tentang pan-
dangannya terhadapt mahasiswa Indonesia ter-
hadap budaya minang itu sendiri. Jawapannya
cukup bernas dan padat, katanya pelajar disini
hanya tahu, tapi hanya sekadar tahu, ini kerana
tidak banyak amalan yang mereka amalkan lagi
disini. Cuma yang paling orang minang ikut ada-
lah adat perkahwinan. Mereka melarang
berkahwin dengan satu suku. Pakaian seperti
baju kurung juga tidak lagi dipakai oleh mereka.
Cuma dalam acara-acara tertentu sahaja ia
digunakan.
Kami disambut dengan meriah oleh exco
tertinggi HMI. Ketua umumnya Fahri, telah me-
layan baik kedatangan kami. Di sektrariat mere-
ka, kami dijamu sedikit minuman panas. Sem-
pat kami mendengar tentang 4 teras HMI iaitu-
independasi,asas,tujuan dan HMI sebagai satu
organisasi.
Akibat kekangan masa, kami terpaksa memen-
dekkan lawatan kami di sektrariat HMI. Penurut
bapa Amril, pemandu kami, lebih bagus untuk
kami tiba awal di Maninjau, kerana dia juga ku-
rang tahu dimana lokasi pesantren Buya Hamka
itu. Setelah bertukar cenderamata dan bergam-
bar beramai-ramai, kami juga berpisah dengan
wakil PII yang menemani kami.
Ogos 2014 Kembara seorang Hamba
20
Ogos 2014 Kembara seorang Hamba
Seterusnya lokasi tujuan kami sebelum ke
Maninjau adalah Padang Panjang. Disitu kami akan
melaksanakan objektif kajian kami iaitu untuk menge-
tahui adat dan budaya di Minang Kabau. Ini kerana,
disana terdapat Minang Village ataupun rumah ke-
budayaan orang Minang. Kami para sukarelawan ter-
pesona apabila masuk ke adat rumah minangkabau
atau Minang village ini kerana gambar poster untuk
ekspedisi Hamka ini agak sama dengan rumah di
Minang village ini. Di dalam itu kami telah mendapat pelbagai informasi berkaitan adat Minang Kabau
melalui pembacaan dan gambar-gambar di dalamnya. Alhamdulillah salah seorang kakitangan di ru-
mah adat minang kabau ini telah memberi penerangan yang sangat terperinci tentang adat-adat
Minang Kabau.
Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Maninajau.
Kami telah melalui kelok 44 untuk sampai ke Maninjau.
SubhanaAllah apabila kami melalui kelok itu, kami dapat
melihat Danau Maninaju yang sangat cantik sekali,
dengan keadaan matahari yang hamper terbenam, di-
sepanjang kelok yang di sertakan 99 nama Allah. Hanya
tuhan sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu. Tak ber-
henti kami para relawan mengucap mengkagumi ciptaan
Allah ini.
Sesampainya kami di Pekan Maninjau, Pak Amril sempat bertanyakan arah kepada penduduk tem-
patan dimana lokasi Pesantren Hamka itu. Rupanya ia terletak di atas gunung. Perjalanan naik ke atas
sangat mencabar.Berpusing-pusing dan tinggi. Mula-mula kami ingat sudah salah jalan, namun apabila
melihat papan tanda Pesantren Hamka lagi 800 meter, baru kami yakin dengan jalan yang di lalui.
Kami telah disambut dengan pemandangan yang sangat indah sekali, Bapa Zainul Ariffin dan Ibu Yuar-
nida atau lebih senang dengan panggilan Pak In dan Umi Dada telah menjemput kami di atas sana. Ter-
dapat juga seorang ustaz dari Pulau Pinang-pengetua sekolah ABIM P.Pinang yang turut datang ke situ
untuk memantau keadaan sekolah itu menyambut kehadiran kami. Kami terus dibawa ke Stesyen
Hamka, yang dibina oleh UKM. Keadaannya sangat sejuk dan selesa. Sungguh tidak menyangka baha-
wa pesantren ini sangat cantik dan selesa sekali.
Bersambung.
Penulis merupakan pelajar ISM Pendidikan Pengaja-
ran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
tahun dua di UNISEL. Merupakan Exco penerbitan
GPTD UNISEL yang baharu dan telah menjayakan
Misi Ekspedisi Hamka-Projek Khidmat Pendidikan
dan Kajian Sosio Budaya pada 14/5 26/5 2014
21
SUMBER :MPP USIM
22
Ogos 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
1. Apakah kuasa luar yang mula-mula bertapak
di Tanah Melayu?
a. Belanda
b. b. Portugis
c. c. British
2. Bilakah tarikh sebenar pembentukan Malaysia?
a. 31 ogos 1963
b.16 September 1957
c. 16 September 1963
d. 31 Ogos 1957
3. Apakah tema Hari Kebangsaan Malaysia pada
tahun 2014?
a.Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
b. Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
c.1Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Se-
jahtera
d. 1Malaysia Menjana Tranformasi
4. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan
Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ma-
laysia yang ke -4. Apakah tujuan wawasan 2020
dilaksanakan?
a. Meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya men-
jelang tahun 2020.
b. Menyediakan rakyat Malaysia agar bersedia ber-
perang dengan negara lain
c. Mewujudkan suasana tidak harmoni dalam
negara menjelang tahun 2020
d. Melahirkan warganegara yang bersikap negatif
dan tidak mempunyai jati diri yang kukuh.
5.Apakah Motto negara Malaysia
a. Bersekutu Bertambah Jaya
b. Bersekutu Bertambah ilmu
c. Bersekutu bertambah jasa
d. Bersekutu bertambah Mutu
Jawapan
1. b
2. C
3. B
4. A
5. D
23
GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu
yang berminat menjadi sukarelawan GPTD. Sesiapa yang
berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon
dan email) anda ke [email protected] ataupun sms ke
nombor:
013-3917122